JULIA – BAB 4

Telefon bimbitnya dipandang.Ya atau tidak?Ya atau tidak?
Jam dinding dikerling.Sudah pukul 12.00 malam,baik dibatalkan saja niat mahu menghubungi Julia itu.Lagipun,pujaan hatinya itu tentu saja sudah lena dibuai mimpi.
Cemas sungguh Luqman pabila Has menghubunginya,menceritakan apa yang terjadi siang tadi.Memang menurut Has Ju selamat tiada kecederaan dalaman mahupun luaran,tetapi Luqman tidak dapat menghalang hatinya dari merasa risau.
Tetapi…kalau Julia benar-benar dihubungi,apa yang mahu dikatakan?Sudahlah dia jarang sekali menelefon gadis bernama Julia itu.Selalunya kalau dia menelefon Julia pun,mereka hanya akan membicarakan hal yang betul-betul penting saja.Hal-hal biasa selalunya Has yang menjadi perantara.
Luqman menarik nafas,lebih baik Julia tidak dihubungi.Nanti apa pula fikirnya,’buang tabiat ke abang Hakim ni?’Lagu Julia nyanyian Exist yang sememangnya lagu kesukaan dipasang bagi melegakan hati.

*……………….*

Sudah seminggu berlalu sejak operasi mereka tempoh hari.Tapi sikap bosnya masih sama,begitu juga.Keadaannya sangat merunsingkan Nizam dan seluruh anak buah Helang Hitam.Nizam sendiri yang sudah berbelas tahun menjadi pembantu Salim tidak pernah melihat Salim begini.
Walaupun urusniaga semua diuruskan dengan baik tanpa ada cacat cela,Nizam tahu ada sesuatu yang mengganggu pemikiran bosnya.Mahu ditanya bimbang dimarahi.Tapi kalau tidak ditanya,dia sendiri yang resah gelisah.
“Bos”Salim dipanggil.
Salim memandang Nizam.
“Bos ok ke?”Nizam bertanya bagai anak kecil.
Salim kerut dahi,dah kenapa pembantu aku seorang ni? “Kau nampak aku macam dah nak mati ke?”
“Saya tengok bos sekarang…”
Kata-kata Nizam dipotong Salim,”Aku ok.Kau tak yah risau benda yang tak perlu.Sekarang ni aku nak kau panggilkan Johan,aku ada benda nak cakap dengan dia.”
“Baik,bos”.
Selang beberapa minit kemudian,Johan tiba di pejabat berhawa dingin itu.Berdebar hatinya saat dipanggil Nizam menyatakan bos ada hal mahu berjumpanya.Bimbang kalau-kalau dia ada melakukan sesuatu yang menaikkan kemarahan Salim.
“Duduk”.
Johan dan Nizam berpandangan.Tidak pernah Salim menyuruh sesiapa duduk di kerusi itu.Di antara semua ahli Helang Hitam pun,yang pernah duduk di kerusi itu hanya Nizam seorang.
“Nizam,kau boleh tunggu kat luar,”ucap Salim sambil menghidupkan komputer ribanya.
“Baik bos,”Nizam menurut perintah walaupun hatinya sangsi dengan arahan Salim.
Johan mendiamkan diri.Tidak pernah tinggal berdua dengan Salim membuatkan dia kecut perut.
“Kau ingat lagi tak masa operasi seminggu lepas?”Salim langsung menyoal.
Johan mengangguk.Pasti dia ingat memandangkan itu adalah operasi terakhir yang mereka jalankan setakat ini.
Salim memperlihatkan skrin komputer ribanya pada Johan.Rakaman tempoh hari dimainkan semula.
“Kau ingat lagi muka perempuan yang tolong budak lelaki tu?”
Johan diam,hairan Salim menyoal sesuatu di luar dugaannya.
“Kau ingat lagi tak?”Salim menyoal kali kedua.
“Ingat bos”Johan mengangguk.
“Bagus,aku nak kau cari tahu siapa dia,tinggal kat mana,kerja apa.Pokoknya aku nak tahu semua fasal dia.Termasuklah apa yang dia suka,apa yang dia tak suka.Kau faham?”selamba Salim memberi arahan.
“Faham”sahut Johan perlahan.Apa yang mahu Salim lakukan dengan maklumat itu?
“Bagus,kau boleh keluar”.
Salim menarik nafas.Gadis itu sudah mengacau bilaukan hidupnya.Dia harus cari tahu siapa gadis tempoh hari.Belum pernah dunianya tunggang terbalik seperti ini hanya kerana seorang bernama wanita.

*…………..*

Dua sahabat itu jalan beriringan menuju ke kantin dari bilik kuliah.Mereka diberikan waktu rehat untuk makan tengah hari sekaligus menunaikan solat zohor.Memandangkan masih belum masuk waktu,maka Julia dan Has langsung ke kantin untuk makan tengah hari.
“Ju”Has membuka suara apabila mereka mendapat tempat.
Julia memandang Has sambil menarik kerusi.Doa sebelum makan dibaca,menanti kata-kata seterusnya dari Has.
Has sengih,memandang Julia yang sudah mula mengunyah makanan.
“Kenapa?”Julia menyoal,Has memang selalu saja begitu.Selagi dia tidak menyoal,temannya itu hanya tahu membuka kata,tapi tidak tahu menyambung.
“Has tak cerita lagi apa abang pesan kat Ju,kan?”
Kunyahan Julia terhenti.Dadanya diurut,terkejut mendengar kata-kata Has.
Has ketawa kecil,”Tersedak konon.Cakaplah ‘Has kasi tahulah’ ,nanti Has bagi tahu.”
Julia mencebik,”Tak nak cerita sudah.Orang tu jual mahalkan,nak buat macam mana.”
“Eleh…abang cakap suruh Ju tunggu”.
“Apa?”
“Abang cakap suruh Ju tunggu”.
“Apa?”Julia menyoal lagi,kurang pasti apakah Has salah sebut atau telinganya yang salah dengar.
“Abang cakap suruh Ju tunggu”ucap Has satu persatu.
Tunggu?Abang Hakim meminta dia tunggu?Senyuman terukir di bibirnya sedikit demi sedikit.Akhirnya…abang Hakim sudah membuka langkah pertama.
“Geli betul dengan kau orang ni.Mulalah tu,senyum sana,senyum sini.”
Julia tersenyum.Kata-kata dari Has benar-benar menghibur hatinya.
Has mencubit pipi Julia,”Mesti tak de selera dah tengok nasi tu,kan?”
Julia sengih,”Tunggu apa?”
Has membuat muka,”Tanya pulak?”
Julia mengangkat bahu.Has memandang Julia,riak wajahnya kali ini berubah,”Ju..”
Julia memandang Has,hairan nada suaranya tiba-tiba serius.
Has menarik nafas.Julia mengangkat kening,menanti kata-kata dari Has.
“Has tahu..”Has memulakan bicara.
“Dah kenapa ni?”Julia memotong,dia paling tidak suka bila Has membuat gaya begini.Serius bagai mahu melakukan soal siasat.
Has menarik muka,”Dengarlah dulu.”
Julia diam.Has pun memulakan bicaran,”Has tahu abang bukan lelaki yang terbaik untuk Ju…tapi,abang betul-betul sayangkan Ju.Has sendiri nampak macam mana sayangnya abang pada Ju.Has tak harap apa pun dari Ju,cuma Has harap Ju boleh sayang abang macam mana abang sayang Ju..tu je”.
Julia diam.Mengapa aneh sekali sikap Has hari ni?
“Boleh tak?”Has menyoal.
Julia tersenyum,”Insyaa-Allah.Tapi soal jodoh pertemuan bukan Ju yang tentukan.”
Has tersenyum.Cukuplah ini menjadi jawapannya.Abangnya pasti gembira bukan kepalang andai dia tahu ini yang menjadi jawapan Julia.Has menarik nafas gembira,sedia maklum akan rancangan abangnya mahu masuk meminang Julia selesai pengajiannya.

*………………*

Langkah kakinya dihentikan apabila tiba di pintu bilik itu.Tertulis di pintu bilik itu ‘Dr.Hassan’.Nizam mengarahkan pengikutnya berhenti,dan dia masuk seorang diri.
Seorang lelaki sekitar awal 40-an yang berkot putih doktor duduk di meja sambil menulis sesuatu di dokumen-dokumen yang terdapat di mejanya.Nizam langsung saja menyapa lelaki itu,”Tuan”.
Dr.Hassan mengangkat wajahnya,”Nizam.Duduklah”.
“Maaf kalau kedatangan saya mengganggu waktu kerja tuan…”
Dr.Hassan menggeleng.Sedia maklum Nizam adalah pembantu peribadi Salim,anak saudaranya anak dari abang kandungnya.
“Ada apa-apa yang boleh saya tolong?”Dr.Hassan menyoal.Selalunya Salim saja yang datang ke hospital,ditemani Nizam.Tapi kali ini Nizam saja yang datang,pasti ada sesuatu yang mahu dibicarakan Nizam.
“Maaf tuan..”Nizam memulakan bicara.Dr.Hassan setia menjadi pendengar.
“Akhir-akhir ni,saya tengok bos selalu termenung,dia selalu masuk dunia sendiri.Dia macam ada masalah,tapi bila saya tanya,dia kata dia ok.Bukan saya je yang perasan perubahan bos tu,tapi semua orang pun perasan hal yang sama.”
Dr.Hassan terangguk-angguk mendengar butir bicara Nizam.Dan Nizam menyambung lagi,”Jadi saya datang ni nak tanya tuan kalau-kalau tuan tahu apa yang mengganggu fikiran bos.”
Dr.Hassan menarik nafas,”Setakat ni Salim tak pernah cerita apa-apa pada saya.Lagipun saya sendiri sibuk,belum ada masa nak melawat Salim.Dan saya rasa dia pun sibuk juga,kan?”
Nizam mengangguk.
“Bila awak perasan Salim jadi macam ni?”Dr.Hassan menyoal,risau juga dia akan keadaan anak saudaranya yang satu-satunya itu.Tidak pernah pula sebelum ini dia melihat Salim menjadi seperti yang dikatakan Nizam.
“Lebih kurang dua minggu lepas,rasanya.”
“Macam nilah,saya tak boleh nak cakap apa-apa.Mungkin dalam masa terdekat ni saya akan cuba lawat Salim.Macam mana pun kalau ada apa-apa,awak bolehlah datang jumpa saya”Dr.Hassan memandang pembantu Salim itu.
Nizam mengangguk,”Terima kasih tuan.Kalau macam tu,saya minta diri.Takut bos cari.”
Dr.Hassan mengangguk.Dan Nizam meninggalkan dia seorang di ruang kerjanya.Dr.Hassan menarik laci mejanya.Bingkai gambar itu dikeluarkan.Gambar dia bersama arwah abangnya.
Dia tahu apa yang dilakukan Salim semuanya.Dan dia akui itu bukanlah salah Salim.Salim hanya menyambung apa yang telah abangnya tinggalkan untuk Salim.Semasa arwah abangnya hidup,dia langsung tidak tahu segala kegiatan haram yang dilakukan abangnya itu.Fikirnya abangnya hanyalah usahawan biasa yang membuka syarikat menjual basikal.Yang berjaya di atas usaha sendiri,dan kemewahan hidupnya hanya berlandaskan Syarikat Sa-Nu yang sememangnya terkenal itu.
Tapi sebaik abangnya terlibat dalam kemalangan hingga mengorbankan nyawa dia bersama isteri,barulah dia tahu segalanya.Itu juga kerana surat yang abangnya tinggalkan padanya,sekiranya terjadi apa-apa yang tidak diingini.Mujur ketika itu Salim sudah cukup dewasa untuk menggalas dan memikul apa yang telah disediakan untuknya.Jadi Dr.Hassan hanya menjadi pemerhati.
Rupanya Salim sudah diajar dari kecil tentang selok belok perniagaan luar dalam.Dari yang sah di sisi undang-undang,hinggalah yang tidak sah di sisi undang-undang.Kerana itulah mudah saja Salim menguasai seluruh perusahaan dengan cekap.
Abangnya juga memberitahu bahawa isterinya langsung tidak tahu menahu akan hal ini,lagi pulak dia tidak mahu nyawa isterinya dalam bahaya dek musuh yang tidak terkira banyaknya.Untungnya apabila isterinya melahirkan anak lelaki yang sulung.Walaupun setelah itu isterinya sudah tidak mengandung lagi tapi hanya seorang pewaris sudah cukup.Apa yang penting dia adalah lelaki,supaya dia benar-benar kuat untuk menggalas apa yang ditinggalkan abangnya.
Juga ada dituliskan dia tidak perlu risau sekiranya pihak polis mencarinya.Abangnya tahu dia tidak suka hidup seperti abangnya.Jadi semua biaya pembelajaran yang ditanggung abangnya hanya menggunakan wang ‘halal’ semata-mata.Semua yang menjadi milik adiknya setelah pemergiannya adalah untung ‘bersih’ yang dimilikinya selama ini.
Memang ada niat di hati Dr.Hassan mahu meminta Salim melepaskan semua perniagaan haram yang dilakukan,tapi mengenangkan beribu nyawa yang dipegang dibalik perniagaan-perniagaan haram itu,maka dia diamkan saja.Lagipula,Dr.Hassan sendiri langsung tidak memahami selok-belok perniagaan.Cukuplah sekadar ilmu kedoktoran yang ada padanya juga buat dia sudah cukup sakit kepala.
Dr.Hassan mengingat kembali kata-kata Nizam tadi.Salim sedang punya masalah yang tidak mahu dikongsikan.Apakah benar ianya seperti yang dia fikirkan?Nampaknya dia harus menemui Salim.
Bunyi ketukan pintu mengalih perhatiannya.Muncul dua orang jururawat memberitahu bahawa ada pesakit yang perlukan pembedahan segera.Langsung Dr.Hassan meninggalkan bilik pejabatnya itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s