JULIA – BAB 5

Nafas Julia turun naik ketakutan.Sesekali kepalanya ditoleh ke belakang,memastikan dia tidak diekori.Entah hanya perasaannya atau sememangnya ia satu kebenaran?Mengapa akhir-akhir ini dia selalu merasa diekori?
Julia menarik nafas lega sebaik saja masuk ke proton Iswara Has.Has yang leka mendengar lagu Dari Sujud Ke Sujud dari radio langsung memperlahankan suara radio melihat tingkah laku Julia.
“Kenapa ni?”
Julia menggeleng-geleng,tapi masih lagi diam mengambil nafas.
Has diam,memahami temannya itu memerlukan masa.Tapi kerana tidak sabar,dia menyoal lagi,”Kenapa ni?”
“Ju…”Julia memandang Has.Patutkah dia memberitahu Has yang mempunyai penyakit ‘cepat risau’ itu? Silap hari bulan,dia disuruh Has membuat laporan polis kerana terlalu bimbang.
Has menanti,keningnya diangkat,”Kenapa?”
Ju diam,masih teragak-agak.Satu dua saat.Akhirnya dia memutuskan untuk memberitahu Has.Dan dia membuka cerita,”Ju rasa Ju diekori”.
“Ha?”lantang suara Has terkejut,hampir saja kereta yang dipandu melanggar tiang lampu isyarat.
Julia mengangguk,mujur mereka di dalam kereta.Kalau di luar pasti suara Has sudah menarik perhatian orang lain.
“Diekori?”
Julia mengangguk lagi,”Ju rasa akhir-akhir ni selalu ada orang ikut Ju.Tapi bila Ju cuba cari Ju tak jumpa sesiapa pun”.
“Biar betul?”
“Betul,Ju rasa…kalau ada orang ikut kita,kita boleh rasa kan?”
Has mengangguk.Kata-kata Julia ada benarnya.”Dah berapa lama?”
“Dalam seminggu ni.Tapi,kalau betul nak ikut Ju sebab apa?”
“Has rasa baik kita buat laporan polislah”Has baru saja ingin memusing stereng untuk mengubah arah.
Julia menggeleng,sudah dia agak itu respon yang akan diberikan Has.
“Ju tak nak buat laporan ke?”Has menyoal,ketika itu kereta sudah berhenti di tepi jalan.
“Kalau buat laporan nanti serius sangat.Ju takut ni cuma perasaan Ju je..”
“Tapi kalau dah seminggu…Has risaulah”.
Julia diam,Has juga diam.Keduanya memikirkan jalan penyelesaian untuk hal ini.Julia menarik nafas sedalamnya dan berkata,”Tak pelah Has,tak de apa-apa kut.Mungkin Ju je yang perasan kut..”
Has memandang Julia.Tidak yakin dengan jawapan yang diberikan Julia.
“Betul ni?”
Julia mengangguk,”Betul,tak de apa-apa”.
“Ataupun,”Has memandang Julia.Julia diam menanti kata-kata Has,”Has minta papa upah pengawal untuk Julia nak?”
Julia mengerutkan dahi dan ketawa,”Merapu,Ju cakap tak de apa-apalah.Perasaan Ju je…”
Has menjeling.Dia benar-benar risau keadaan sahabatnya itu tapi dia diketawakan pula.
Julia berhenti ketawa bila tiada reaksi dari Has,”Has serius ke?”
“Yelah,Has ni risau tau.Betul Ju tak nak Has minta papa upah pengawal?”
“Tak payah,Ju ok je.Jom hantar Ju balik cepat,nanti umi risau.Nak maghrib dah ni”.

*…………….*

“Ok,kau boleh keluar”.
Johan mengangguk.Langkahnya diatur ke luar namun namanya dipanggil kembali.
“Johan”.
“Ya bos”.
“Kau ada buat sesuatu yang buat dia takut tak?”
Johan diam mendengar soalan Salim.
“Aku tanya ni,kau ada buat dia takut tak?”Salim mengulang semula soalannya.
“Tak de,bos”.
“Bagus,kau boleh keluar”.
Hilang saja bayangan Johan di balik pintu,Salim mencapai fail yang diserahkan Johan.Segala isi fail itu dimuntahkan.Dan terlihatlah segala maklumat gadis itu.
“Julia Aleeya”Salim membaca satu persatu maklumatnya.Segala maklumatnya dan keluarga disertakan Johan di dalam fail itu.
Dia kini berusia 23 tahun,merupakan anak tunggal dalam keluarga sederhana.Bapanya,En.Amir merupakan seorang pensyarah guaman di Universiti Kuala Lumpur manakalan ibunya,Pn.Anisah membuka kedai dobi di bawah nama ‘Juwita Aleeya’ di Petaling Jaya.
Salim meneruskan pembacaannya.Dia tenggelam hanyut bersama butir-butir peribadi seorang gadis bernama ‘Julia Aleeya’.

*……………..*

“Ye,Has dah cakap”Has mula membuat muka bosan di depan tandas perempuan itu.Bosan sungguh dia asyik menjawab pertanyaan yang sama dari Luqman.
“Habis Lia cakap apa?”Luqman menyoal lagi.
Has menjarakkan telinganya dengan telefon bimbit,telefon bimbit itu dipandang,’Apa kena dengan abang aku ni?’
“Kan Has dah cakap,Ju senyum je.Abang nak suruh Has cakap apa lagi.Has dah cakap banyak kali,Has dah pesan kat Ju abang suruh tunggu.Abang suruh tunggu.Abang nak Has ulang berapa kali?”bebel Has.
Luqman menarik nafas,”Yelah,abang tak tanya dah.Lia sihat ke?”
“Kata tak nak tanya dah.Setiap pagi abang telefon tanya fasal Ju tak cukup ke?Ni dekat U tau,bukan dekat rumah”.
“Has ni kuat bebel betul,abang tanya je.Kalau Has jawab baik-baik tak boleh ke?”
“Eh,kalau jawab baik-baik tu bukan Has la jawabnya”.
Luqman tersenyum.Adiknya ini memanglah benar-benar suka menyakitkan hati.Tapi apa boleh dilakukan,inilah satu-satunya adik manja yang dimiliki.
“Abang”panggil Has.
“Ye Has..”jawab Luqman lembut.Has ketawa geli hati mendengar nada suara abangnya.
“Tak yah gedik sangatlah.Abang tu cepatlah ambil final exam,lepas tu balik KL meminang Ju ni,kalau terlepas jangan marah Has tak jaga Ju.Abang yang lambat sangat!!”
“Amboi,pandainya adik abang seorang ni”kedengaran tawa Luqman dari corong telefon.
Has langsung menoleh ke arah lain sebaik terlihat Julia melangkah keluar dari tandas,”Abang,Ju dah datang tu.Nanti lain kali kita sembang ye.Assalamualaikum!”
Dan butang merah di papan kekunci telefon bimbit langsung ditekan.
“Siapa call?”
Has sengih mendengar soalan Julia,”Tak de sesiapa”.
Julia memandang Has dengan muka hairan,”Kalau tak de sesiapa,kenapa senyum sampai ke telinga ni,Cik Mukrimah Muhasibah?”
Has ketawa kecil,inilah nasib mahu berahsia dengan teman rapat.Lantas dia menyoal,”Hari tu kata ada orang ikut,kan? Sekarang ada lagi tak?”
Julia menggeleng,bila Has menyoal baru dia perasan.Memang perasaan itu sudah hilang seratus peratus.
“Alhamdulillah,baguslah macam tu”.
“Tulah nasib baik tak buat laporan,kalau tak buat malu Ju je..”Julia ketawa sendiri.
Has mencebik,tangan Julia ditarik,”Jom.Lambat nanti kena sembur dengan Prof.Suria baru tahu rasa!”
Dan keduanya berlari anak menuju ke dewan kuliah.

*…………….*

Dr.Hassan memberhentikan keretanya di hadapan Syarikat Sa-Nu yang gah itu.Setelah kunci kereta diserahkan pada budak penjaga kereta,dia mengatur langkah memasuki bangunan.Semua pekerja yang melihat mengukir senyuman dan menyapa.
Tiba di pejabat Salim,rupanya anak saudaranya itu sudah menunggu.Setia menanti di ruang rehat di dalam pejabatnya yang besar itu.Sudah tersedia dua cawan nescafe bersama dua potong kek red velvet.Juga disediakan kuih-kuih melayu seperti karipap dan cucur badak.
“Lama pak su tak datang tengok Lim.Nampak ceria sikit sekarang,kan?”Dr.Hassan mengusik.
Salim tersenyum,”Lama pak su tak datang tengok Lim,lama lagi Lim tak melawat pak su.Macam dah rindu pula bau hospital tu”.
“Kalau rindu bau hospital,pergilah melawat sekali sekala.Sibuk ke?”
“Bolehlah.Sekarang tengah sibuk import basikal baru dari Kanada,jadi tak berapa ada masa kat luar,memang banyak kat sini je..”
Dr.Hassan mengangguk-angguk.Jujurnya dia datang kerana kata-kata Nizam tempoh hari,mahu melihat kalau semuanya benar seperti yang diperkatakan.
“Banyak lagi stok yang belum sampai?”Dr.Hassan menyoal lagi.
“Adalah dalam dua tiga pusingan lagi.Lepas tu nak kena turun Brunei kejap,nak tengok stok basikal budak 5-6 tahun”Salim memberitahu.
“Dah lama Salim pegang Sa-Nu ni kan.Maju betul”puji Dr.Hassan.
Salim tersenyum nipis,semacam dapat mengagak apa yang mahu dikatakan pak sunya.
“Tak silap pak su,tahun ni Salim dah 36 kan?”Dr.Hassan memandang Salim dan pemuda itu mengangguk.Kemudian Dr.Hassan menyambung lagi,”Dah nak masuk 40 pun,belum ada calon isteri ke?”
Salim ketawa,sudah mengagak soalan pak sunya.”Kenapa pak su tanya macam tu?”
“Pak su tanya je.Takkanlah Lim fikir nak membujang sampai 50 tahun?”
Salim ketawa lagi,”Belum lagi pak su.Tak de pula terfikir ke arah tu”.
“Belum terfikir tak pe.Jangan tak fikir langsung sudah,setidaknya ada orang yang boleh jaga makan minum Lim,takkan nak harap si Nizam tu sampai tua? Kalau dia bertemu jodoh sebelum Lim,macam mana?”
“Tengoklah macam mana.Pak su tanya-tanya Lim ni,pak su dah dapat cari pengganti mak su ke?”
“Pengganti? Baru nak masuk dua tahun mak su Lim meninggal,Lim nak suruh pak su cari pengganti?”
Salim tersenyum,begitu juga Dr.Hassan.Salim mengangkat bahu dan Dr.Hassan senyum lagi.

*………………..*

Salim menarik nafas lega.Letih benar hari ini.Begitu banyak stok basikal yang harus diperiksa kualitinya.Akhirnya dapat juga dia menarik nafas rehat walaupun baru di dalam kereta.
Pandangannya dibuang ke luar menghayati keindahan alam.Lantas dia teringat sesuatu.
“Anas”pemandunya dipanggil.
“Ye bos”.Nizam yang berada di sebelah Anas turut menoleh,memandang Salim.
“Jangan balik rumah.Pergi banglo”ucap Salim ringkas.
Anas mengangguk dan kereta bertukar arah.Nizam mengerutkan dahi.
Ke banglo? Rasanya sudah beberapa bulan Salim tidak menjejakkan kaki ke banglo.Banglo adalah sebuah villa yang terletak di dalam hutan.Di dalamnya tersembunyi 1001 rahsia Helang Hitam,dikeranakan perjalanan dari banglo ke bandar Kuala Lumpur mengambil masa yang agak lama,selalunya hanya Nizam yang menguruskan urusan di banglo.Sedang Salim hanya mendengar laporan yang dihantar dan hanya akan pergi ke banglo sekiranya ada hal kecemasan.
Dan setakat ini belum ada hal kecemasan lagi,mengapa Salim mengarahkan Anas membawanya ke banglo?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s