JULIA – BAB 6

Kereta berhenti di hadapan rumah besar itu.Salim dan Nizam turun dari kereta manakala Anas memarkir kereta di tempat yang disediakan hanya untuk bos.
“Dah lama aku tak datang sini,kan?”Salim memandang Nizam di sebelahnya.
Nizam mengangguk.Mengiakan kata-kata Salim.
Salim membuat tinjauan di bilik-bilik yang ada.Semua ruang diperiksa,pekerja-pekerja yang ada hanya diam melihat gerak geri Salim.Salim memang tidak suka kalau ada yang berlebih-lebih ketika dia datang.Dia mahu semuanya berlagak normal.Pernah seorang pekerja hampir dibuang kerana teruja dengan kedatangan Salim.
Salim teringat sesuatu lalu dipandang wajah Nizam di sebelahnya,”Kat sini ada bilik kosong tak?”
Nizam memandang Salim kembali,mengapa Salim menyoal sedemikian rupa? “Ada”.
Salim mengangguk-angguk,”Kau bawa aku tengok bilik kosong tu”.
Dan Nizam pun mengatur langkah menuju ke bilik kosong yang diperkatakan.Ia berada di tingkat paling atas,dan merupakan bilik paling hujung.Salim sudah mula senyum sendiri kerana kesesuaiannya.
Pabila bilik itu dimasuki dan lampu dibuka Nizam,langsung Salim berkata,”Sesuai”.
Nizam mengerutkan dahi,apa yang sesuai? Akhir-akhir ini Salim selalu saja mengucapkan sesuatu yang tidak difahaminya.
Salim memandang Nizam,”Aku nak kau suruh orang kemas bilik ni.Tingkap yang ada tu kau drillkan,kalau boleh kau tutup terus.Pasang air-cond,esok dah boleh masukkan barang ni.Kau cuma ada masa sehari je”arahnya.
Nizam mengangguk.Hatinya sangsi akan apa yang mahu dilakukan Salim.Tetapi banyak bertanya hanya akan membawa padah.Jadi,lebih baik dia berdiam diri.
Dalam kereta menuju ke rumah,Salim tersenyum sendiri.Dia sudah membayangkan bilik itu dihuni seorang gadis,Julia.

*……………….*

Luqman termenung melihatnya teman rumahnya itu membuat apa yang dia sendiri tidak tahu.Sedari tadi temannya bernama Firdaus itu sibuk ‘bermain’ dengan cecair-cecair di depannya.
“Kau ni sebenarnya ambil jurusan kedoktoran ke,ambil jurusan cecair ni?”Luqman mendekati.
Firdaus tersenyum,”Apa punya soalanlah kau ni.Kalau ambil kedoktoran tak boleh buat benda ni semua ke?”
“Tak delah,aku tak faham apa yang kau tengah main ni.Dah lah bab sains pun aku lemah,tengok kau punya mainan ni pusing kepala otak aku”Luqman berdiri di sisi meja Firdaus.
“Ala..kau tu cakap je lemah,boleh juga skor.Aku tengah cipta ubat pelali lah..”
“Ubat pelali?”
“Ubat pelali yang menggunakan alam semula jadi.Kalau yang dekat hospital tu dia guna ubat pelali dari bahan kimia,tu yang aku nak cuba buat ubat pelali dari bahan semula jadi ni”Firdaus menerangkan.
Luqman membuat muka,”Ubat pelali ni yang boleh pengsankan orang tu,kan?”
“Pandai pun kawan aku seorang ni”.
Luqman menarik nafas,lantak kaulah Firdaus..yang penting kau bahagis,aku bahagia.
Luqman berjalan ke ruang tamu dan memasang kaca televisyen.Agaknya apalah yang sedang dilakukan Julia sekarang? Tiba-tiba dia menjadi rindu.

*………………*

Salim berhenti seketika sebelum masuk ke butik itu.Perlukah dia melakukan semua ini? Tapi,kalau dia tidak melakukan semua ini…dia sendiri tidak tenang.Akhirnya langkah kaki diteruskan.
Dua pengawal setia yang mengikut Salim kehairanan.Mengapa Salim singgah di butik? Bukankah selalunya pakaian Salim dibeli oleh Nizam?
Salim melangkah hingga tiba di kawasan pakaian wanita.Semua maklumat itu diingat kembali.Selalunya pakaian yang dipakai adalah blouse dan juga kain labuh,jika tidak pasti memakai blouse paras lutut bersam seluar jeans.Warna kegemaran adalah hijau padi ataupun hijau pokok pisang.Blouse yang dipakai mestilah tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar,begitu juga kain dan seluar.
Selalunya memakai stokin mengikut warna baju yang dipakai.Stokin haruslah panjang dan tidak di paras buku lali saja.Dia tidak suka stokin kosong dan jarang.Stokin yang dipakainya haruslab bercorak,tidak kira corak berbelang atau lainnnya.
Tudung pula selalunya bersaiz M – L kerana tidak terlalu labuh dan tidak juga terlalu pendek.Dia tidak suka tudung berwarna gelap.Juga tidak menyukai tudung yang mempunyai renda terlalu padat.Tudungnya haruslah simple dan ringkas.Yang penting,ia sejuk di pandang mata dan selesa dipakai.
Baju tidur pula selalu memakai baju lengan panjang bersama seluar hitam.Bagaimana jenis seluar tidak kisah yang penting ia berwarna hitam.Bajunya pula tidak terlalu nipis dan tidak juga terlalu tebal.Dia suka memakai t-shirt tapi dia tidak suka t-shirt yang berbulu dan juga jarang.Dan yang penting sekali,dia tidak suka tidur dengan bert-shirt hitam kerana seluarnya sudah berwarna hitam,bajunya harus berwarna lain.
Dua pengawal yang mengekori Salim hanya menyambut apa yang dibeli Salim.Fikir mereka Salim mahu membeli pakaian untuk diri sendiri.Tapi kalau pakaian wanita yang diambilnya,ianya untuk siapa?

*……………..*

Has mendekati Julia yang sedang menghayati keindahan kolam ikan di taman sains.Air mineral di tangannya diserahkan pada Julia.
“Berangan ke cik?”Has mengusik Julia yang tidak mengendahkan kedatangannya.
“Has suka ikan tak?”
Has ketawa kecil,”Dah kenapa?”
Julia memandang Has,menjeling.”Kalau Ju tanya boleh tak Has jawab comel-comel?”
Has tersengih,”Allah…ada orang sensitif pula hari ni”.
“Nak jawab tak nak? Has suka ikan tak?”
“Suka makan.Tak suka bela”Has ketawa lagi.Seronok benar dia mengusik Julia.
Julia mencebik mulutnya.Dia sendiri bukanlah penggemar ikan.Cuma baru hari ini dia suka pula melihat ikan-ikan di kolam itu.
“Ju,lagi 4 minggu je abang nak ambil final exam”Has memberitahu.
Julia menoleh memandang Has.4 minggu bersamaan sebulan.Keningnya diangkat.
“Seronoklah tu,tinggallah Has seorang diri”Has membuat gaya rajuk.
“Mengada.Ada Ju cakap nak pergi mana-mana ke?”
Has sengih.Dia memandang Julia,”Tak sabarnya nak dapat kakak ipar”.
Julia mengalih pandangan.Has memang tidak habis-habis mengusik.Dia hanya berdoa dalam hati agar abang Hakim boleh menjawab ujian dengan mudah.Soal selepas itu,hanya Dia yang lebih tahu.

*………………*

Dia terjaga dari lena.Astaghfirullah,dia bermimpi buruk.Dalam mimpinya Julia ditimpa bahaya.Apakah hanya sekadar mainan tidur atau amaran?
Bunyi kaca pecah menyedarkan Luqman.Bergegas dia ke dapur melihat apa yang berlaku.Terlihat Firdaus di dapur mengutip kaca yang berteraburan.
“Apa yang pecah?”Luqman menyoal.
“Cawan kau,maaflah aku tak perasan dia ada kat atas meja tu”Firdaus menyatakan rasa bersalahnya.
Luqman mengerutkan dahi,jangan-jangan..”Cawan yang tulis selamat hari lahir tu ke?”
Firdaus mengangguk.Luqman terdiam.Cawan itu adalah hadiah hari lahirnya yang diberi Julia empat tahun lalu.Apakah kejadian cawan pecah ini ada kaitan dengan mimpinya sebentar tadi?
“Kau ok ke?”Firdaus menyoal,hairan melihat Luqman tiada respon.
Luqman senyum paksa.”Aku ok,tak pelah.Cawan tu boleh di cari ganti,yang penting kau tak apa-apa”.

*…………………*

Butang hijau ditekan tanda panggilan diterima.
“Assalamualaikum”salam diberi.
“Waalaikummussalam..Ju,lambat lagi ke?Has dah ada kt 7-Eleven ni”.
“Ya,Ju baru nak keluar kedai.Has tunggu kejap ye”.
Talian dimatikan.Julia memandang uminya yang sibuk melayan pelanggan.Setelah pelanggan itu beredar,Julia mendekati Anisah.
“Umi,Ju nak pergi ni.Has dah ada kat 7-Eleven”.
Anisah tersenyum saat Julia menyalami tangannya.Baru saja Julia ingin beredar Anisah memeluknya.
“Kenapa ni,umi?”Julia menyoal hairan.
Anisah menggeleng-geleng.Entah kenapa,hati ibunya sedari semalam sudah tidak enak.Dia merasakan ada sesuatu yang bakal berlaku pada puteri tunggalnya itu.
“Ju jangan balik lewat sangat ye”.
Ju ketawa kecil,”Umi,Ju pergi perpustakaan je.Tak lama lah,nak cari maklumat sikit”.
Anisah mengangguk dengan senyuman.Menghantar Julia pergi dengan pandangan mata.Apa yang mahu diberitahu soal perasaannya pada Julia?
“Ju sayang umi tau”Julia menoleh kembali sebelum meneruskan langkah.

*……………….*

Julia meneruskan langkahnya sebaik menjawab panggilan kedua dari Has.Tidak sabar sungguh temannya seorang itu.Saat melintas jalan pemisah bangunan,Julia panik bila tangannya tiba-tiba ditarik seseorang.
“Diam!”lelaki yang tidak dikenali Julia itu menutup mulutnya menggunakan tangan.
Julia meronta-ronta minta dilepaskan.Tapi suaranya sudah tidak terkeluar.Begnya sudah beralih tangan,berada pada lelaki lain yang juga tidak dikenali.
Julia cuba meronta lagi.Tapi dia diberi sehelai sapu tangan yang telah diletakkan sesuatu.Pandangannya sudah berpinar-pinar saat tubuhnya diangkat dan dimasukkan ke dalam van hitam itu.Setelah itu Julia tidak tahu apa yang terjadi,dunianya gelap.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s