JULIA – BAB 8

Pandangan mata Julia beralih pada lelaki yang setia menjadi pengawal.Dia tahu kalau dia berusaha mati-matian untuk lari pun,dia sama sekali takkan dapat lari.Lagipun kalau dia lari sekarang hanya akan memakan tenaganya.Apa yang dia perlukan sekarang adalah arah kiblat.
“Awak…” Julia menegur.
Lelaki itu memandang Julia.Pandangannya tetaplah sama,tiada perasaan.Muka bersahaja yang kosong.
“Nak tahu arah kiblat boleh?” Julia menyoal.
“Arah kiblat?”
Julia mengangguk.Mengapa lelaki ini kelihatan bingung? Ataupun,jangan-jangan…dia tidak sembahyang?
“Awak tak solat ke?” Julia langsung menyoal,menyatakan apa yang terlintas di fikiran.
Wanita yang menghidang tadi datang mendekati dan menyentuh tangannya.Dia menarik Julia ke satu arah dan menunjukkan gaya-gaya bersolat.
Julia mengangguk memahami.Wanita itu dipeluk bagi menyatakan terima kasih.Sekurang-kurangnya ada juga yang tahu.
“Mak cik” lelaki itu memanggil.Mereka tidak boleh terlalu lama di situ,itu adalah arahan bos sendiri.Katanya dia tidak mahu ada yang membantu Julia melarikan diri.
Wanita itu mengangguk dan menolak troli keluar.
“Kejap!” Julia mendekati.Langkah keduanya terhenti dan memandang Julia.
“Mak cik nama apa?”
“Nafisah” jawab lelaki itu ringkas.
Julia mengangguk memahami dan lelaki itu berkata lagi,”Nama aku Faiz,kalau cik muda nak apa-apa,boleh panggil aku kat luar.Ketuk je pintu ni,nanti aku datang”.
Julia mengerutkan dahi,”Cik muda?”
Faiz mengangguk,”Bos suruh panggil cik muda je”.
“Bos?”
Faiz mengangguk lagi dan membuka langkah.Bimbang Julia bertanya lebih banyak.Kata bos semua permintaan cik muda harus dipenuhi,jangan sampai dia tidak gembira.Tapi bos tidak mahu cik muda tahu apa-apa tentang apa yang berlaku.Bagaimana Faiz boleh menuruti arahan bos kalau cik muda asyik menyoal itu dan ini?
“Kejap”.
Faiz dan Nafisah berhenti lagi.Faiz memandang Nafisah dan berkata,”Mak cik boleh keluar dulu.Siapkan makan petang untuk bos,nanti dia datang”.
Dan Nafisah berlalu bersama troli makanannya.Julia menjauh dari Faiz saat tinggal mereka berdua saja di bilik itu.
“Cik muda nak apa-apa?” Faiz menyoal.
“Kita kat mana? Kenapa bilik ni tak de tingkap langsung? Tak lemas ke orang yang tinggal kat bilik ni? Saya ni kena culik,kan? Tapi kenapa bagi bilik mewah macam ni? Lagi satu,yang awak cakap bos tu siapa? Kenapa dia letak saya kat sini? Kenapa nak culik saya? Nak minta duit tebusan ke? Umi abi saya bukan orang kaya pun nak bagi duit tebusan bagai. Lepas tu,semua barang dalam bilik ni baru lagi.Takkanlah nak minta duit tebusan? Kalau ada duit nak buat bilik ni,mestilah dah kaya,kan? Kenapa awak panggil saya cik muda? “Julia diam bila menyedari Faiz hanya memandang.Baru dia sedar dia tidak berhenti berbicara dari tadi.
Suasana sepi sebentar.Satu dua minit.Faiz diam,begitu juga Julia.Akhirnya Julia menyoal,”Awak tak boleh jawab soalan saya ke?”
Faiz memandang Julia.Apa yang boleh dia katakan.Dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.Gadis di hadapannya ini diculik untuk dijadikan tebusan atau tuan? Yang dia tahu,beberapa hari lalu kawan-kawannya sudah mengatakan bos akan membawa seorang ‘tetamu’ untuk menjadi penghuni tetap bilik itu. Kerana itulah bilik itu disiapkan semewah dan seselesa mungkin.Segala keperluan harian disertakan.
Menurut Zakuan yang merupakan orang kepercayaan bos di banglo,Tuan Nizam menyuruhnya berjaga di pintu bilik Julia dan menguruskan urusan makan minum Julia bersama Mak Cik Nafisah.Kalau ada apa-apa yang diperlukan Julia,dia harus memberitahu pada Johan yang menguruskan semua keperluan Julia.
Hanya itu.Hanya itu saja yang dia tahu.Yang lain dia tidak tahu-menahu.Dia sendiri bingung mengapa dia yang dipilih untuk berjaga di pintu bilik Julia.Bagaimana dia mahu menerangkan semua pada Julia kalau hanya itu yang dia tahu?
“Faiz” panggil Julia.Faiz mengangkat wajah memandang Julia dan Julia menyoal,”Awak termenung ke?”
“Maaf cik muda”.
“Kenapa awak minta maaf?” Julia menarik nafas,dia benar-benar pusing dengan apa yang berlaku sekarang.Nampaknya Faiz juga sama bingung sepertinya.
“Boleh awak bagi tahu kita kat mana?”
“Kuala Lumpur” ringkas jawapan Faiz.
Julia diam.Alhamdulillah.Jadi dia masih di KL lagi,mujurlah.Fikirnya dia sudah berada di sempadan negara-negara jiran Malaysia.Manalah tahu kalau-kalau bos yang dikatakan Faiz berniat untuk menjualnya atau apa-apalah yang selalu dia dengar di berita.
“Cik muda…”
Julia langsung memotong kata-kata Faiz yang masih belum selesai.Rimas sungguh dia dipanggil cik muda,cik muda.”Boleh tak awak jangan panggil saya cik muda?”
Faiz memandang Julia,”Kalau tak panggil cik muda,nak panggil apa?”
“Julia.Nama saya Julia,bukan Muda.Lepas tu tak yahlah nak ber-cik cik.Rimas betul.Panggil Julia je tak boleh ke?”
“Julia,nanti bos datang cik muda boleh tanya bos semua yang bos nak tahu.Mungkin dalam pukul 7 bos sampai” dan Faiz langsung keluar dari bilik itu sebelum sempat Julia menahan.
Julia mengeluh,balik-balik cik muda juga yang dipanggilnya.Jam dipandang lagi.Sudah jam 5.15 petang.Segera Julia melangkah ke bilik aor untuk mengambil wudhu’.Dia masih belum menunaikan solat asar.
Langkahnya terhenti di depan pintu bilik air.Ada sesuatu yang dia lupa minta pada Faiz.Telekung!

*……………..*

Salim bergegas menuju ke pejabatnya.Mesyuarat baru saja selesai.Dia harus segera menyelesaikan sedikit dokumen-dokumen yang perlu ditandatangan.Nizam memberitahu bahawa Zakuan memaklumkan Julia sudah selamat tiba di banglo.
Salim senyum sendiri.Tidak sabar rasanya mahu menemui Julia.Sudah beberapa bulan gadis itu membayangi hidupnya.Akhirnya dapat juga gadis itu ditemui.
“Bos” Nizam muncul di muka pintu.
“Nizam,kau suruh Anas tunggu aku kat depan sekarang.Kerja aku dah nak siap ni.Aku nak ke banglo” arah Salim.
Nizam maju ke hadapan.Menuju ke meja Salim.Nampaknya bos benar-benar mahu ke banglo,tetapi…
Salim mengangkat wajah memandang Nizam.Keningnya diangkat.
“Kita kena turun Brunei hari ni juga.Stok yang kita tempah dua bulan lepas ada masalah.Pihak sana kata dia orang tak dapat nak hantar lagi” Nizam memaklumkan masalah yang dihadapi.Fail di tangannya diserahkan pada Salim.
Salim meneliti dokumen yang diberikan Nizam.Matanya tekun meneliti setiap bait ayat di dokumen-dokumen itu.Selesai dokumen dibaca,fail ditutup.Tangannya mengetuk meja.Cawan kopi yang sudah kosong di hadapannya dibaling tepat melalui sebelah Nizam,terkena dinding dan jatuh pecah berderai.
Nizam diam.Menyedari masalah datang bukan pada masanya.Tidak tahu apa yang harus dikatakan pada Salim.
“Kau dah ambil flight?”
Nizam menangguk,”Pukul 6.00 petang ni kita dah boleh pergi airport”.
Salim diam.Mujur Nizam jenis yang cepat bertindak.Kalau tidak habis pembantunya itu dimarahi.
“Dah cakap dengan Anas ke?”
Nizam mengangguk lagi.Salim memandang Nizam,nampaknya hasrat menemui Julia terpaksa dibatalkan.Terpaksalah dia berharap pada Zakuan untuk menjaga gadis itu.
Kalau dah turun ke Brunei,belum tahu bila dia boleh pulang ke Malaysia.Biasanya selesai satu masalah,akan ada masalah lain pula yang datang.Tapi Salim tekad,kali ini dia akan berada di Brunei hanya selama seminggu.Selepas tujuh hari,tidak kira masalah sudah selesai atau belum dia akan tetap pulang ke Malaysia untuk menemui Julia.

*……………*

Luqman gelisah menanti.Sedari tadi Has dihubungi namun panggilannya tidak dijawab.Dan akhirnya panggilan dijawab juga.
“Has! Kenapa dari tadi abang call baru sekarang Has angkat? Abang risau ni,abang ada rasa hati.Takut-takut kalau betul.Lia tak apa-apa,kan? Kenapa abang cuba call Lia tak de jawapan pun? Dia ada dengan Has tak?”
“Has,Has.Abang tanya ni..Has..” Luqman kehairanan bila Has membisu.Selalu adiknya itu banyak cakapnya,tapi mengapa hari ini dia bisu saja?
“Abang” suara Has yang kedengaran seperti esakan membimbangkan Luqman.
“Kenapa ni?” Luqman mula resah.
“Ju hilang.Dari tengah hari tadi Has tak nampak dia.Cik Nisah kata dia keluar jumpa Has.Tapi lama Has tunggu Has tak jumpa Ju pun” Has mula menangis.
Luqman terdiam.Julia hilang? Hilang sejak tengah hari tadi.Patutlah sepanjang hari dia cuba menghubungi Julia tidak berjawab.
“Cik Amir dah cari kat semua tempat.Has pun dah tanya semua kawan-kawan tapi tak de seorang pun yang tahu Ju kat mana”sambung Has.
“Papa dengan mama tahu tak?”
“Dah..papa dah suruh orang cari Ju tapi tak jumpa juga.Cik Nisah dah sepanjang hari menangis je.Abang…Has takut kalau..”suara Has mati,hanya esak kedengaran.Dia benar-benar tidak boleh membayangkan kalau-kalau sahabat tercinta ditimpa sebarang bahaya.
Luqman menarik nafas.Dan menghembus.Cuba mencari ruang berfikir.Julia hilang.Ikutkan hatinya mahu saja dia mengambil tiket kapal terbang dan pulang ke Kuala Lumpur.Tapi ujiannya tiga hari saja lagi.Tambahan pula ini adalah ujian terakhir.Dia tidak boleh ke mana-mana hingga peperiksaannya selesai.
“Macam nilah,Has tenang dulu.Mungkin Lia tak apa-apa.Mana tahu esok dia balik”.
“Has call Ju banyak kali tak dapat.Abang pun tahu Ju mana pernah tak angkat Has call” gadis itu terus menerus menyatakan kerisauannya.
“Has doa banyak-banyak untuk Lia.Abang pun risau ni.Kalau ada apa-apa,Has bagi tahu abang ye”.
Has mengangguk walaupun abangnya tiada di hadapan mata.Dan talian dimatikan.

*……………..*

Anisah memaut kuat tangan Amir.Hatinya dikuatkan memasuki balai polis.Sudah lepas waktu 24 jam puteri mereka hilang.Mereka akan membuat laporan polis tentang kehilangan Julia.Amir memandang wajah isterinya yang sudah bengkak mata kerana menangis sejak semalam.
“Nisa”panggil Amir lembut.
Anisah mengukir senyuman paksa.Ibu mana yang boleh tersenyum jika mereka tidak tahu keadaan dan keberadaan anak mereka.Apatah lagi,cahaya matanya hanya Julia seorang.
Has tidak datang bersama.Dia punya kelas di universiti hari ini.Lagi pula,Amir meyakinkan dia akan menyelesaikan semuanya.Has boleh belajar dulu,memaklumkan pada pensyarahnya bahawa Julia tidak dapat dikesan sejak semalam.
“Jom” Amir memaut bahu isteri kesayangan.Mengatur langkah memasuki balai polis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s