JULIA – BAB 9

Buku di atas meja hanya dipandang kosong.Setiap bait kata yang tertulis seperti huruf-huruf dan perkataan yang langsung tidak difahami.Sedang fikirannya melayang memikirkan kehilangan Julia yang sudah masuk dua hari.
Firdaus melangkah masuk ke bilik Luqman.Niatnya hanya mahu mengambil buku rujukan yang tertinggal,tapi melihat keadaan Luqman,Firdaus mengambil tempat di atas katil.
“Man” panggil Firdaus.
“Man”.
“Man…”panggil Firdaus lagi.Kali ini,suaranya ditinggikan sedikit.
Luqman tersedar dari lamunan.Tidak menyahut panggilan Firdaus,dia menoleh memandang temannya itu.”Bila kau masuk?”
Firdaus menggeleng-geleng,”Dah sejam”.
Luqman mengerutkan dahi.Sejam?
“Baru kejap tadi” Firdaus memandang Luqman dan menyambung lagi,”Aku rasa kau tangguh dulu lah ambil exam”.
Luqman langsung memusing seluruh tubuh menghadap Firdaus.
Firdaus mengangguk dan berkata,”Aku ni bukan apa,Man.Aku rasa kau nak ambil exam pun,otak kau dah tak boleh jalan.Aku rasa kau bukan sedar buku yang kau tengah baca tu terbalik ke atas”.
Luqman terdiam.Dahinya berkerut.Seketika dia mencuri pandang buku di atas meja.Kata-kata Firdaus benar.
“Kau nak aku tangguh?” Luqman menyoal.
Firdaus mengangguk.”Bukan apa,lagi baik kau tangguh,daripada kau gagal kena ulang.Kau kata Julia hilang.Setahu aku Julia tu kawan baik adik kau,bukan ada kena mengena dengan kau pun.Tapi bila tengok keadaan kau ni,aku dah dapat agak siapa Julia dalam hidup kau sebenarnya.So,sebagai kawan serumah dan juga kawan yang paling rapat dengan kau kat Penang ni,aku nasihatkan kau tangguh jelah”panjang lebar bebelan Firdaus.Maklumlah dalam tujuh orang adik-beradiknya,hanya dia seorang lelaki.Mahu tidak mahu,mem’bebel’ adalah sebahagian dari hidup.
Luqman meraup mukanya mendengar kata-kata Firdaus.Memang kata-kata Firdaus ada benarnya.Tapi mustahil,papa akan membenarkan dia menangguhkan ujian yang tinggal sehari saja lagi.Mama juga pasti menyokong papa memandangkan itu adalah ujian yang terakhir.
Luqman mengeluh.Entah apa yang harus dikatakan lagi,setiap kali pun termenung.Asyik termenung.Nampaknya kehilangan gadis bernama Julia ini benar-benar impak yang besar pada Luqman.

*………………*

Julia terjaga dari tidur.Keadaan sekeliling diperhati.Dia masih di situ.Di bilik itu.Apa yang dia alami tadi hanya mimpi.Sekadar mimpi.
“Umi..”ucapnya perlahan.
Mimpi sebentar tadi benar-benar dirasakan seperti kenyataan.Dia bermimpi berada bersama umi dan abinya di sebuah taman.Taman yang menjadi taman kegemarannya ketika dia kecil.
Kata abi,dia sengaja membawa Julia dan umi ke taman itu untuk mengenang zaman Julia ketika kanak-kanak.
Teringat satu hari,dia terpisah dengan abi dan umi kerana mengejar seekor pepatung.Saat itulah dia berjumpa dengan Has dan juga abang Hakim.
Air mata mula mengalir di pipinya.Rindu benar pada umi dan abi.Apa agaknya yang sedang mereka lakukan sekarang? Pasti keduanya sangat-sangat risau akan kehilangannya.Barangkali kehilangannya sudah dilaporkan pada pihak polis.
Juga Has.Bagaimana keadaan sahabatnya itu sekarang? Has yang cengeng.Has yang kuat menangis.Has yang selalu risau ter’lebih’.Tapi Has itulah yang paling disayanginya.Pasti Has menangis siang malam memikirkan dia.
Bagaimana pula dengan abang Hakim? ‘Ya Allah..Ju nak balik..’
Julia mengesat air matanya.Dia bukan gadis lemah yang hanya berdiam diri apabila ditimpa bahaya.Suatu hari nanti,dia pasti berjaya melarikan diri dari situ.

*…………….*

Bingkai gambar itu dicapai.Gambar dia bersama Julia ketika mereka baru menuntut di universiti.Has membaringkan diri,merenung gambar Julia yang berada di tangannya.
“Ju,mana Ju pergi sebenarnya?” Has menyoal seolah Julia di dalam gambar itu ‘hidup’.
Has benar-benar buntu.Laporan polis sudah dibuat.Semua kenalan sudah ditanya tapi tiada seorang pun yang tahu keberadaan Julia.Di mana sahabatnya itu?
Pintu biliknya dibuka dari luar.Has memandang ke arah pintu.Mama.
Datin Mariah mendekati puterinya yang sedang berbaring.Has duduk sebaik Datin Mariah mengambil tempat di atas katil.
“Mukrimah ok?” Datin Mariah menyoal.
Has senyum nipis.Mama adalah satu-satunya orang yang memanggilnya Mukrimah.Mama memang tidak suka memanggil dengan nama panggilan.Abang pun dipanggil Luqmanul oleh mama.
Datin Mariah menghembus nafas,tangan Has dicapai.”Mama tahu..Mukrimah susah hati fasal Julia kan?”
“Mama rasa Ju selamat?” Has menyoal.
Datin Mariah memandang Has sambil berkata,”Kita cuma manusia.Hanya boleh tahu perkara yang terjadi di sekeliling kita.Tapi tak bermakna kita tak boleh doa untuk benda yang tak ada di sekeliling”.
Has senyum.Mama memang orang yang tepat untuk meminta nasihat.Kata-kata mama selalu menjadi penyejuk hati.
“Has takut..kalau-kalau..”suaranya mula bergetar.Datin Mariah menggeleng-geleng.Bahu Has dipaut.Menyedari anaknya mula berprasangka.
“Mukrimah kena doa banyak-banyak untuk Julia.Tak guna menangis siang malam kalau kita tak ada apa-apa ikhtiar.Bila dah habis ikhtiar,doa.Mana tahu doa Mukrimah,Julia balik sendiri nanti?” Datin Mariah cuba menenangkan Has.
Air mata Has mula mengalir.Tubuh Datin Mariah dipeluk sekuat mungkin.Seumur hidupnya,dia tidak punya teman rapat lain selain Julia.Dari kecil hanya Julia yang menemaninya ke sana sini.Bagaimana dia boleh berdiam tatkala dia sendiri tidak tahu keadaaan Julia.
Di mana dia tidur? Apa yang dimakan pagi,tengah hari dan malam? Cukupkah makannya tiga kali sehari? Selamatkan dia di luar sana?
“Has takut,mama…”
“Shhh..” Datin Mariah menepuk-nepuk belakang Has.Tiada apa yang boleh dilakukan selain memberi nasihat dan membantu Has menangkan hatinya.
Dato’ Norman setia berdiri di pintu.Memerhati isteri dan anaknya.Dia tahu Has pasti sangat-sangat sedih akan kehilangan Julia.Dia sudah mengarahkan orang-orangnya mencari Julia.Semoga usahanya akan membuahkan hasil.Lagipula,hanya itu yang boleh dilakukan untuk memulihkan semangat Has.

*……………..*

Pandangannya teralih saat pintu itu terbuka.Buku yang berada di tangan ditutup dengan meninggalkan penanda.Menanti gerangan yang membuka pintu.
Lelaki.Julia bangun berdiri.Lelaki ini masih belum pernah dilihatnya sejak dia di sini.Memang beberapa hari dia di sini,yang dijumpai hanyalah Faiz dan juga mak cik Nafisah.Tapi ini bukan Faiz.
Lelaki itu menunduk memberikan tanda hormat.Julia menunduk sedikit,membalas.
“Ni untuk cik muda” lelaki itu meletakkan sepasang telekung dan senaskhah alQuran di atas meja yang terletak berdekatan sofa.
Julia tersenyum.”Telekung!” Langkahnya laju menuju ke situ pabila lelaki itu menjauh.Akhirnya dapat juga dia menunaikan solat menggunakan telekung,tidak perlulah dia menggunakan pakaian harian seperti sebelum ini.
Julia memandang lelaki itu dengan senyuman,”Awak siapa?”
“Cik muda boleh panggil Johan”.
“Johan,terima kasih sebab belikan telekung dengan Quran untuk saya”.
“Tugas saya untuk memastikan keperluan cik muda dipenuhi” Johan menunduk lagi.
Julia mengerutkan dahi.Mengapa suara ini seperti pernah didengari?
“Kita pernah jumpa kat mana-mana ke?” Julia menyoal.
Johan memandang,ingatkah Julia akan kejadian di bank beberapa bulan lepas? “Kenapa cik muda tanya macam tu?”
Julia membuat muka,”Rasa macam pernah dengar suara awak”.
Johan mendiamkan diri.Melihat Johan berdian,Julia malas mahu menyoal.Baru saja ingin memusing tubuh kembali ke katil,dia memandang Johan semula pabila teringat sesuatu.
“Johan,hari tu Faiz kata saya boleh tanya semua benda kat bos.Dia ada cakap bos nak datang.Tapi kenapa tak datang-datang pun?”
“Bos ada kerja kat Brunei.Bila siap baru dia boleh datang”.
“Sampai bila dia nak simpan saya kat sini?”Julia menyoal lagi.
Johan menunduk.Memberi isyarat soalan Julia tidak boleh dijawab.
Julia mengeluh,”Kalau awak tak tahu,awak boleh cakap tak tahu je.Janganlah asyik nak menunduk,saya ni bukan puteri.Dan kalau saya puteri sekalipun,kita sama-sama manusia”.
Johan cuba mengukir senyum.Tapi senyum itu kaku pada pandangan Julia.Pasti Johan sudah lama tidak tersenyum.
Julia mengetap bibir,”Oklah,awak boleh keluar.Terima kasih fasal Quran dengan telekung”.
Johan meninggalkan bilik mewah itu.Langkahnya terhenti sebaik pintu ditutup.Baru dia faham mengapa bos boleh tertarik dengan gadis itu.Mungkin ada sudut lain yang membuatkan bos tertarik dengan Julia kerana bos masih belum mengenalinya.
Tapi pada Johan,Julia memang seorang gadis yang luar biasa,Kalau gadis biasa,saat diculik pasti sudah menangis siang malam minta dilepaskan.Ataupun mencari jalan untuk selamatkan diri.Tapi Julia masih tenang dan mengikut rentak.Hampir dua minggu Julia di sini,belum pernah dia mendengar Julia membuat hal.
“Aku nak kau jaga cik muda elok-elok.Jangan bagi dia marah” Johan berpesan pada Faiz yang setia berkawal di pintu.

*……………*

Salim tersenyum memasuki lapangan terbang antarabangsa Brunei.Perjalanan dari Brunei ke Malaysia hanya memakan masa beberapa jam.Tidak sabar mahu tiba segera.Anas sudah menunggu di KLIA.Dia mahu segera ke banglo menemui Julia.
Zakuan setiap hari membuat laporan.Memberitahu Julia baik-baik saja.Belum pernah dia mengamuk minta dilepaskan atau membuat cubaan melarikan diri.Bahkan Julia kelihatan selesa di bilik yang telah dia siapkan.
Salim menarik nafas senang hati.Banyak yang perlu dia bicarakan dengan gadis itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s