JULIA – BAB 10

Has bangun dari duduknya,”Memanglah mama dengan papa tak bagi.Abang ambil je exam dulu baru balik tolong cari Julia.Kalau abang nak tangguh boleh,tapi tak berbaloilah.Kan hari ni periksanya”.
Jam baru menunjukkan pukul 5.45 pagi dan Has menerima panggilan dari Luqman,meminta pendapat.
Luqman diam.Kata-kata adiknya sama seperti kata-kata mama tadi.Mujur dia masih belum menanya pada papa,kalau tidak pasti teruk dia dimarah.
“Abang”panggil Has,memastikan Luqman masih di talian.
“Ye,ada lagi ni.”
“Abang faham tak apa Has cakap tadi?”
“Faham”.
“Tu je abang nak cakap? Dah nak subuh ni” Has mula bersiap untuk ke tandas.
“Oklah,abang pun nak solat.Assalamualaikum”.
“Waalaikummussalam” Has mematikan panggilan.
Dia tahu mengapa abangnya bertanya begitu.Pastinya abang sangat merisaui keadaan Julia hingga hilang fokus pada ujian yang bakal diambil.
Tapi untuk menangguhnya…Has sama sekali tidak setuju.

*……………….*

Nizam memerhati Salim melalui cermin belakang.Anas di sebelah setia memandu.Masih ada masa kira-kira 30 minit sebelum mereka tiba di banglo.
Setibanya di KLIA,Salim langsung mengarah Anas memandu ke banglo.Pada fikiran Nizam,Salim akan pulang ke rumah dulu baru ke banglo.Rupanya tidak.
Dia mengeluh.Nampaknya bos benar-benar tertarik dengan gadis bernama Julia ini.Dia mahu memastikan sendiri,apakah gadis bernama Julia ini layak mendapatkan cinta ketua Geng Helang Hitam?

*………………*

Buku novel bertajuk Anthem karya Hlovate yang berada di almari diambil.Buku itu dibelek seketika sebelum dia memutuskan untuk meneruskan pembacaan.Sweater yang berada di dalam almari dipakai.Hari ini cuaca sejuk sedikit dari kebiasaan.Barangkali hujan di luar.
Julia mengambil tempat di sofa.Sekilas jam dipandang.Pukul 7.50 pagi,pasti sebentar lagi mak cik Nafisah akan muncul bersama Faiz untuk menghidangkan sarapan.
Dia merenung dinding.Rindunya pada umi.Pada sarapan yang disediakan umi.Nasi lemak umi,roti telur umi,bihun goreng umi..pokoknya semua masakan umi dirindui.
Teringat pagi-pagi kalau umi memasak mee goreng cina,pasti menjadi rebutan dia dan abi.Mee goreng cina umi memang tiada lawannya.Walaupun hanya menggunakan bawang putih dan lada hitam,mee goreng cina umi memang sedap.
Umi pula akan ketawa melihat tingkahnya dan abi.Kata umi,abi akan menjadi kanak-kanak bila berhadapan dengan Julia.Memang benar,Julia sendiri pernah melihat abi mengajar di universiti.Begitu tegas dan garang hingga tidak ada pelajarnya yang berani membuat onar di dalam kelas.
Air mata yang mengalir dikesat.Walau menangis air mata darah sekalipun tidak ada gunanya.Tidak ada yang boleh menyelamatkan dia di sini.Apatah lagi,Julia sendiri tidak tahu dia di mana.
Rindu pada umi dan abi hanya mampu ditahan.Julia bukan gadis yang akan bertindak ‘gila’ hingga membahayakan diri sendiri.Walaupun tidak betah tinggal di mana yang tidak diketahui,dia harus bertahan.Masanya untuk pergi dari situ pasti akan tiba.
Pintu bilik terbuka.Seperti yang dia jangka,mak cik Nafisah masuk bersama Faiz.Julia tersenyum membantu mak cik Nafisah.
“Bubur ayam ke?” Julia memandang mak cik Nafisah,wanita itu mengangguk dan memberi senyuman.
“Terima kasih,dah lama saya tak makan bubur ayam”.
Nasifah menunduk memberikan tanda hormat.Walaupun sudah berkali-kali ditegur Julia agar tidak menunduk begitu,dia tetap melakukannya.Dia memberi tanda hormat bukan kerana itu adalah arahan bosnya,tetapi dia menunduk atas rasa hormatnya pada gadis bernama Julia itu.Sifat dan peribadinya meyakinkan Nafisah bahawa Julia adalah gadis yang baik.
Julia senyum.Faiz dipandang,”Boleh awak dengan mak cik temankan saya makan?”
Faiz laju menggeleng,”Maaf cik muda.Bos dah sampai,mungkin nanti dia akan tengok cik muda”.
Julia terdiam.Bos yang digembar gemburkan sudah tiba.Faiz asyik menyebut bos,bos dan bos.Sementara Johan pula asyik bercerita tentang bos,bos dan juga bos.
“Awak kata bos dah sampai?” Julia menyoal Faiz.
Faiz mengangguk.Wajah cik muda dipandang.Tidak tahu apa yang harus dikatakan untuk menenangkan hati cik muda.Tapi Faiz tahu,cik muda sudah tidak tenang hati.
Tangan Nafisah memegang tangan Julia.Memberitahu agar gadis itu tenang.Nafisah yakin bos tidak berniat yang bukan-bukan pada Julia.
Pandangan Julia berganti-ganti.Sekejap pada faiz,sekejap pada Nafisah.Apa yang harus dia rasakan? Dia sendiri tidak memahami perasaannya ketika ini.
“Saya boleh tanya dia kenapa dia simpan saya kat sini?” Julia menyoal dan Faiz mengangguk.
Julia diam sebentar dan menyoal lagi,”Saya boleh minta dia lepaskan saya?”
Faiz mengangguk.Sebenarnya dia kasihan melihat Julia.Tapi tiada yang boleh dilakukan memandangkan itu adalah arahan bos.
Bilik itu sepi setelah Nafisah dan Faiz berlalu pergi.Julia merenung sarapan di hadapannya.Serabutnya fikiran.Apa yang perlu dilakukan?
Ohh Tuhan,tolonglah…

*…………….*

Salim dan Nizam menikmati sarapan yang disediakan Nafisah.Sebenarnya Nafisah adalah orang gaji yang berkhidmat pada ayah Salim.Dia berkerja di rumah mereka di bandar.Kemalangan yang pernah menimpanya menyebabkan suaminya meninggal dan dia kehilangan suaranya.Sementara anak lelakinya tidak apa-apa.
Kerana itulah Salim membawa dia bekerja di banglo.Kehilangan suara Nafisah adalah kelebihan buat Salim.Sementara anak lelaki Nafisah pula dilatih untuk menjadi ketua penyeludup di banglo.Urusan keluar masuk barang selalunya diuruskan oleh anak Nafisah yang bernama Faris.
Salim menoleh pada Johan yang menghulurkan sebuah beg padanya.
“Beg cik muda”.
Salim mengangguk.Beg itu dicapai dan diletakkan di sisi.Selepas meneguk air kopi yang disediakan,dia bangun dari meja makan.Dua orang pengawal yang berada di situ mengangkat pinggan-pinggan kotor.
“Johan”panggil Salim.
Johan menunduk,menjawab panggilannya.Berdiri tegak di hadapan Salim.Sementara Nizam berdiri di sisi meja Salim.
“Beberapa minggu Julia kat sini,ada nampak dia menangis?”
“Tak ada”.
Salim mengangguk-angguk.Dia benar-benar tidak salah jatuh cinta.Mungkin gadis ini adalah yang benar buatnya.
“Ada dia mengamuk minta nak balik?”
“Tak ada,bos” jawab Johan jujur.
Salim senyum dalam hairan.Bagaimana Julia boleh tenang walau tahu dirinya diculik?
Johan meminta diri untuk beredar.Tinggallah Nizam berdua bersama Salim.
“Bos percaya cakap Johan?” Nizam menyoal,mustahil seorang gadis boleh berlagak setenang itu! Pada Nizam,perempuan itu menyusahkan dan banyak songehnya.Mustahil dalam dunia ini ada gadis yang boleh tenang saat tahu dirinya diculik.Mustahil!!
Salim memandang Nizam tajam.Tidak suka Nizam merendahkan martabat Julia’nya’.”Kenapa kau tanya?”
Nizam diam.Tahu Salim sudah naik angin.Pantang Julianya dikomen,pasti naik suara.
“Aku tak perlukan pendapat kau”.
Nizam berundur.Kembali ke posisi.Melihat sahaja Salim memuntahkan isi perut beg itu.Telefon bimbit yang berada di dalamnya dicas.

*……………..*

Langkah Luqman terhenti apabila bahunya dipaut Firdaus.
“Macam mana,boleh jawab?”
Luqman senyum nipis.Akhirnya peperiksaannya selesai.Dia mahu segera pulang ke Kuala Lumpur untuk mencari Julia.Mencari tahu segalanya dan mencari tahu di mana Julia sekarang.
“Nak balik KL lah tu?” Firdaus meneka.Soalannya tadi tiada berjawapan.
Luqman memandang Firdaus,”Kalau aku balik dulu,nanti kalau keputusan keluar kau ambilkan boleh?”
Langsung pautan di bahu Luqman dilepaskan.Luqman dipandang lama.Lantas kepala digeleng-geleng,”No,no and no! No means no!”
“Mengadalah kau ni.Aku tanya je,tak boleh sudah” Luqman malas mahu melayan Firdaus.Kaki melangkah ke kantin untuk membeli roti.Fikiran tetap merisaui keadaan Julia.

*……………..*

Julia setia duduk di sisi katil.Menanti.Menanti bos yang dikatakan.Tapi untuk apa dia menanti dia sendiri tidak tahu.Yang dia tahu,dia menanti dan menunggu.
Banyak yang akan dia persoalkan.Dia mahu tahu segalanya.Mengapa dia diculik? Untuk apa dia di’simpan’ di sini? Sampai bila dia akan berada di sini? Dan yang terpenting sekali,apakah bos yang dikatakan ini mengenalinya?
Jam dinding dikerling,menunjukkan pukul 10 pagi.Tudungnya dibetulkan.Blousenya ditarik dan kain dikembangkan.Kaki yang tadinya diletak ke bawah dibawa naik ke katil.
Matanya sudah mengantuk.Lama menunggu,akhirnya Julia tertidur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s