JULIA – BAB 11

Salim menahan debaran di hati saat menanti pintu dibuka Faiz.Tangannya yang kesejukan dimasukkan ke dalam poket kotnya.Baru sekarang dia merasakan perasaan seperti ini.
Dia membuka langkah.Nizam disuruh tunggu di luar saja.Dia tidak mahu di’ganggu’.
Bilik itu sunyi.Salim berjalan melepasi ruang makan kecil di bilik itu dan terlihat Julia di atas katil.Gadis itu enak melayan tidurnya.
Wajah Julia dipandang.Wajah tidur yang menyerupai bayi ini benar-benar menyejukkan hati.Salim senyum nipis.
Salim duduk di sisi tubuh Julia yang terbaring.Wajah gadis itu diusap.Walaupun dia berasa aneh mengapa gadis itu bertudung ketika tidur,ianya tidak menghalang Salim menghayati ke’cantik’an Julia.
Tangan Julia diambil dan diletakkan di pipi.Apa sebenarnya perasaan yang dirasakan pada Julia? Apakah ini yang dinamakan ‘cinta’? Apakah ini perasaan yang ayah rasakan saat pertama kali melihat ibu?
Salim tahu betapa ayah sayang pada ibu.Dia sering mendengar pengikut-pengikut ayah mengatakan ayah akan menjadi lemah di hadapan ibu.Salim sendiri tahu ayah tidak pernah ‘menidakkan’ ibu.
Julia terjaga apabila terasa seseorang berada di sisinya.Matanya terbuka perlahan.Terkejut mendapati seorang lelaki tak dikenali di sisi.Lebih terkejut pabila tangannya berada pada wajah lelaki itu.
Lantas tangannya ditarik.Julia langsung duduk dan menjauhkan diri dari lelaki itu.Selimut ditarik menyelimuti tubuhnya.
“Awak siapa?”
Salim memandang Julia yang ketakutan,”Kau takut aku?”
Julia mengerutkan dahi.Pandangannya tajam memandang Salim.Mempamerkan wajah tidak suka.
Salim mendekati Julia tetapi Julia menjauh.Salim mendekat lagi dan Julia langsung berdiri di hujung katil.Selimut masih membaluti tubuhnya.
“Kau..”
“Awak duduk kat situ je.Jangan dekat” serius ucapan Julia.Dia tidak suka betul lelaki tak dikenali ini tiba-tiba menyentuhnya.Memperlakukan seolah-olah mereka mempunyai hubungan.Tidak tahu halal haramkah dia?
“Kau takut aku?” Salim menyoal lagi,bingung dengan kelakuan Julia.Sumpah dia tidak punya niat jahat pada gadis itu.
“Apa kau-kau? Cow tu lembu.Awak ingat saya ni lembu ke?” Julia menjeling.
Salim ketawa kecil.Unik sungguh gadis bernama Julia ini.
“Saya tak buat lawak.Awak siapa?”
“Aku…”Salim memandang Julia,dan dia menukar gelaran apabila Julia mempamerkan wajah tidak suka,”Saya…”Salim terhenti.Apa yang harus dia perkenalkan dirinya?
Julia diam.Pasti lelaki ini yang dikatakan bos.Kalau tidak masakan dia berani memperlakukan Julia seperti ini.
“Kau bos ke?” Julia langsung menyoal.
Salim mengangguk,tidak berfikir lama.Julia langsung duduk mengambil tempat di hujung katil itu.Kini mereka saling pandang-memandang.
“Apa semua ni?”
Salim diam.Dia sendiri tidak tahu apa yang harus diperkatakan.Bagaimana ingin dia menjelaskan kekeliruan yang dia sendiri mulakan?
Julia diam menanti.Melihat lelaki di hadapannya ini berdiam,dia menyoal lagi.”Apa semua ni?’
“Saya Salim,Salim Nu’man” Salim mengenalkan diri.
“Apa semua ni?” Julia menyoal buat kali ketiga.Dia tidak mahu membuang masa.Hampir tiga minggu dia hidup dalam ‘sangkar’ ini,dia mahu penjelasan.
Salim menarik nafas sedalam mungkin.Nampaknya gadis ini benar-benar tegas seperti yang dia bayangkan.
“Saya arahkan anak buah saya bawa awak ke sini”.
“Atas sebab apa?”
Soalan Julia membuatkan Salim terdiam.Takkanlah dia mahu menjawab ‘sebab saya sayang awak’? Kata-kata itu sangat tidak sesuai untuk situasi sekarang.
Julia menanti.Terasa sakit hati pula dengan sikap Salim yang asyik diam.Soalannya masih belum dijawab.
“Saya nak balik.Awak pulangkan saya pada keluarga saya” Julia berkata setelah lama menanti jawapan yang tidak terjawab dari Salim.
Salim mengerutkan dahi.Bukankah Johan melaporkan bahawa Julia tidak pernah meminta mahu pulang?
“Awak tak suka tinggal sini?”
Julia membuat muka letih.Dia mengeluh,”Tak de anak yang nak terpisah dari ibu bapa.Sedangkan haiwan pun akan cari kalau mak dia hilang.Saya manusia,bukan haiwan”.
Salim memandang,dia bergerak mendekati Julia.
“Saya cakap jangan dekat”.
“Kenapa?” Salim menyoal,kehairanan.
“Apa punya soalan ni?”suara Julia meninggi.Salim dipandang marah,lelaki di hadapannya ini memang tidak tahu atau buat-buat tak tahu? Mereka bukan mahram!
Julia mengeluh lagi.Malas mahu melayan,dia berkata lagi,”Awak lepaskan saya boleh?”
Salim diam.Dan Julia menyoal lagi,”Saya tak faham.Kenapa?”
Telefon bimbit dikeluarkan.Rakaman rompakan bank beberapa bulan lalu dimainkan.Berkerut dahi Julia menonton rakaman itu.
“Awak nak bagitahu yang rompakan tu adalah kerja awak?”
Salim mengangguk,”Dan kalau awak nak tahu lagi,lelaki yang pukul budak tu adalah Johan”.
Julia terdiam membisu seketika.Johan? Jadi lelaki kejam itu adalah Johan? Johan yang selama ini baik padanya? Johan adalah lelaki yang memukul budak itu? Yang hampir saja memukulnya? Pantasan saja,dia merasakan suara Johan seperti pernah didengari sebelum ini.
Nafas ditarik,”Habis kalau awak yang rompak bank tu,apa kena mengena dengan saya?”
Salim diam lagi.Nampaknya gadis ini bukanlah gadis biasa-biasa yang boleh ditutup mulutnya begitu saja.Julia memerlukan sebuah ‘kemunasabahan’ di sebalik semuanya.
“Awak culik saya sebab apa? Awak simpan saya kat sini? Tapi awak sediakan bilik semewah ni? Lagi-lagi,barang dalam bilik ni semua sesuai dengan rutin saya.Awak jangan cakap yang bilik ni memang khas untuk saya? ”
“Bilik ni memang untuk awak” Salim mengangguk,mengiakan pertanyaan Julia.
“Awak nak apa sebenarnya?” Julia mengangkat kening.Aneh,hairan,pelik semuanya bercampur baur.
Salim membisu seketika.Dan dia mula berbicara,”Saya bawa awak ke sini nak jadikan awak puan dalam rumah ni.Saya nak jadikan awak suri hidup saya.Saya bukan culik awak sebab nak duit tebusan.Saya tahu En.Amir dan Pn.Anisah cuma orang kebiasaan.Saya tak tahu awak akan terima permintaan saya ke tak,tapi yang saya tahu saya nak awak ke sini.Ke sisi saya,datang pada saya”.

*……………..*

Luqman termenung di mejanya.Gambar Julia di dalam telefon dipandang lama.Lia,Lia kat mana sekarang?
“Ya Allah…”ucapnya perlahan.
Kepalanya tersembam ke atas meja.Bunyi pintu bilik yang terbuka dibiarkan.Tidak lain tidak bukan pastinya Firdaus.Mereka hanya tinggal berdua di apartmen itu.
“Masih belum ada khabar dari Julia ke?”
“Belum”.
Firdaus menggeleng-geleng.Dia duduk di atas katil Luqman.Kasihan dia melihat sahabatnya itu.Mahu ditolong,dia juga tidak punya ikhtiar.
“Aku tak faham.Dia kat mana? Dah dekat sebulan dia hilang.Polis pun tak jumpa klu apa-apa.Petunjuk apa pun tak de.Dia hidup lagi ke tak? Selamat ke tak? Dia tahu tak punya ramai orang yang susah hati sebab dia?” Luqman memandang Firdaus.
Firdaus senyum nipis,”Kita tak tahu apa yang menimpa dia,kan? Mungkin dia hilang bukan kehendak dia sendiri.Kena culik?”
Luqman mengeluh,”Kalau kena culik,kenapa penculik tu tak telefon? Mestilah nak minta duit tebusan ke apa ke.Ni tak de tanda langsung.Hilang macam tu je…tak de call,tak de mesej.Rasanya bukan kes penculikan”.
Firdaus mengangguk,bersetuju dengan kata-kata Luqman.
“Has kata,kalau lagi sebulan tak de khabar,pihak polis nak tutup kes.Dia orang pun tak tahu hujung pangkal kes ni.Berlambak lagi kes dia orang nak kena selesaikan” Luqman memberitahu.
“Kalau kes ni kena tutup,kau nak buat apa?”
Luqman diam seketika.Kalau pihak polis pun tak tahu mahu mencari bagaimana,apa yang boleh dia lakukan?
“Masa depan aku tak tahu.Yang aku tahu,aku takkan berhenti mencari.Aku akan cari Julia sampai aku jumpa”.
Firdaus diam mendengar kata-kata Luqman.

*………………*

Selesai menunaikan solat Isya’,Has mengaminkan doanya.Telekung dibuka dan dilipat.Menitis air mata melihat telekung pemberian Julia itu.Rindu benar dia pada Julia.
Has berbaring di atas katil.Kata-kata Luqman yang menghubunginya petang tadi membuatkan dia berfikir.Mengapa kehilangan Julia tidak membawa tanda apa-apa?
Kalau Julia diculik,tiada pula yang menghubungi menuntut apa-apa.Kalau Julia yang menghilangkan diri,tidak pula Julia menghubungi ataupun menulis surat apa-apa.
Tapi,Has yakin Julia tidak menghilangkan diri.Mustahil Julia akan meninggalkan dia begitu saja.Tambahan Julia sangat menyayangi Cik Nisah juga Cik Amir.Jadi amat mustahillah dia meninggalkan mereka tanpa memberitahu apa-apa.
Kalau diculik,mengapa tidak ada yang menghubungi? Hari pertama dahulu masih boleh disambung taliannya,tapi selepas itu telefonnya tiada dalam perkhidmatan.Bererti Julia bukan berada di tempat biasa.Barangkali di kampung terdalam,mungkin juga hutan.
Has mengeluh.Bantal dipeluk,selimut ditarik hingga ke paras dada.Di mana Julia sebenarnya?
“Ju…”

1 thought on “JULIA – BAB 11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s