JULIA – BAB 12

Has melangkah keluar dari rumah.Sebelum pintu ditutup dek pembantu rumah,Has menjerit di balik pintu'”Mama! Papa! Has pergi dulu!”
Memaklumkan pemergiannya ke universiti pada mama dan papa yang sedang bersarapan.Kereta dihidupkan dan Has memandu proton Iswaranya keluar dari perkarangan banglo.
Pemanduannya terhenti tiba-tiba pabila keretanya ditahan seorang lelaki.
“Abang?” Has terkejut mendapati Luqman berada di hadapan.Luqman langsung meluru masuk ke dalam proton Iswara.
“Kenapa…”
“Cepat bawa kereta dulu” Luqman menggesa.Has menekan minyak dan kereta berjalan.
“Bila abang balik?” Has menyoal setelah keadaan tenang.
Luqman memandang Has yang sedang memandu.Nafas ditarik perlahan dan dilepaskan.
“Nak jawab ke tak ni? Kenapa abang tak jumpa mama dengan papa? Ke abang lari?” brek kereta ditekan.Kereta berhenti mengejut.
“Ya Allah! Apa Has buat ni? Berhenti kat tepilah” Luqman meninggikan suara apabila kereta mereka dihon oleh kereta belakang.
Has membebel sendirian.Kereta dialih ke tepi jalan.Kali ini tangannya dilipat menandakan dia perlukan penjelasan yang sejelasnya.
Luqman sengih.Dia lari.Mudah.Tapi itu hanya jawapan di fikiran.Untuk adiknya yang banyak songeh ini,yang terbaik adalah diam.
“Abang!!” Has kegeraman dengan sikap abangnya yang membisu.
“Apa yang Has fikir tu semua betul” lembut bicara Luqman.
“Abang lari? Serius? Abang Firdaus tak cakap apa-apa ke?” Has menyoal bertubi.
Luqman senyum memanjang.Has menjeling,”Abang lari…kenapa?”
Nafas dilepas.Bila Has sudah mula tenang barulah mudah dia memulakan bicara kata,”Abang balik kejap je.Dua hari,nanti abang kena turun Penang balik.Sementara ni abang baliklah kejap..abang nak tau sebenarnya apa yang jadi”.
Has diam.Jam kereta dipandang.Pukul 8.00 pagi.Kelas pertamanya bersama Dr.Fahim bermula pukul 10.00 pagi.Dia masih punya masa untuk bercerita panjang lebar pada abang.

*………………….*

Novel Seliter Air Mata yang diterjemahkan dari Bahasa Jepun itu ditutup.Menitis air mata Julia membaca kisah hidup Ikeuchi Aya yang menyayat hati.Ditambah dengan mendalamnya perasaan Aso Haruto pada wanita yang dicintainya.Walaupun setelah lima tahun berlalu,cintanya pada Aya masih sama tidak berubah.
Novel itu dipandang lama.Kata-kata Salim seminggu lalu masih terngiang di telinganya.
‘Saya bawa awak ke sini nak jadikan awak puan dalam rumah ni.Saya nak jadikan awak suri hidup saya.Saya bukan culik awak sebab nak duit tebusan.Saya tahu En.Amir dan Pn.Anisah cuma orang kebiasaan.Saya tak tahu awak akan terima permintaan saya ke tak,tapi yang saya tahu saya nak awak ke sini.Ke sisi saya,datang pada saya’.
Julia berbaring di atas katil.Dia sebenarnya masih terasa kata-kata itu bagai penipuan yang nyata.Tapi buktinya sudah ada.Yang paling jelas,sepanjang dia berada di sini dia dilayan bagai puteri raja.Puteri raja memanglah terkurung saja di dalam istana.
Julia senyum sendiri memikirkan hakikat selama ini dia hanya menetap di bilik mewah itu.Yang disediakan segala jenis kelengkapan.
“Saya nak jadikan awak suri hidup saya.Saya nak jadikan awak suri hidup saya.Saya nak jadikan awak suri hidup saya” Julia mengulang kata-kata itu.
Wajah Aya di kulit novel Seliter Air Mata dipandang.Setelah Salim membuat ‘luahan perasaan’,dia tidak pernah datang melawatnya.Menurut Johan,Salim punya urusan di Indonesia.Setelah selesai urusannya di Indonesia,dia harus ke Thailand pula.
“Tulah,padan muka kau.Nak tahu sangat kenapa kau kena culik,kan? Bila Salim cakap,ternganga sendiri” Julia membebel,memadanmukakan dirinya.
Kata-kata Salim bukanlah memberi kesan yang besar padanya.Tapi dia tidak faham mengapa Salim perlu menculiknya? Jika benar apa yang Salim katakan,bukankah lebih baik dia memikat dirinya terang-terangan? Daripada menculiknya seperti ini.
Julia mengeluh.Dia teringat kata-kata Faiz,”Kalau cik muda nak tahu,bos tak pernah suka walau seorang perempuan dalam hidup ni.Jadi kami suka tengok cara bos layan cik muda”.
Suka? Suka dirinya diperlakukan seperti ini? Diculik? Dipisahkan dari keluarganya? Dari Has? Dan juga dari abang Hakim?
“Ju nak balik!!”

*…………………….*

Has diam.Penat bercerita.Wajah resah Luqman dipandang.
“Abang..” Luqman dipanggil.
Luqman menoleh.Senyum paksa.”Abang pun ada call Lia,tapi tak de dalam perkhidmatan.Dia kat mana abang pun tak boleh nak teka”.
“Abang nak buat apa lepas ni?”
“Kenapa Has tanya macam tu?”
Has mengangkat bahu.Suasana bertukar sepi.Dua beradik itu terdiam.Has memandang jam.Pukul 9.45 pagi.Langsung kereta dipandu menuju ke universiti.

*……………………*

Nizam terdiam mendengar arahan Salim.Dia harus pulang ke Malaysia petang ini untuk menjaga Julia bagi pihaknya.
“Tapi,bos…”Nizam cuba membantah.Dia tidak mahu pulang semata-mata mahu ‘menjaga’ seorang perempuan.
Salim memandang Nizam di sisi.Fail yang telah siap ditanda tangan ditutup.”Aku suruh kau balik.Kau faham tak?”
Nizam diam dan mengangguk.Dalam hatinya,membantah seribu bahasa.Dia tidak mahu pulang ke Malaysia!!
Untuk apa dia pulang kalau semata-mata disuruh menjaga perempuan itu? Sudah ada Faiz yang sedia berkawal di pintu,Johan yang mengurus segala keperluan siang dan malam dan juga Zakuan yang sedia memberi laporan perilaku Julia 24 jam dalam tujuh hari.Untuk apa dia harus pulang?
Salim memandang Nizam.”Kau duduk”.
Nizam mengambil tempat.”Bos..saya rasa..”
“Kau tak nak balik? Kau cakap dengan aku,kenapa kau tak nak balik?”
“Saya..”Nizam diam.Menyampah dengan situasi ini.Kebelakangan ini,bos sensitif benar jika menyentuh soal Julia.Benarlah fikiran Nizam,perempuan hanya memeningkan kepala.
“Kau balik.Aku nak kau siap barang.Petang ni,kau balik.Aku boleh urus semua sendiri.Kau balik,jaga Julia baik-baik”.
Nizam diam.Dia tahu.Keputusan Salim muktamad.

*…………………..*

Selesai kelas hari itu,Has mendapati abangnya masih berada di dalam kereta.Kunci diberi pada Luqman,meminta dia memandu.
“Abang tidur mana?”
“Hotel” ringkas jawapan Luqman.
“Abang tak cakap dengan mama dan papa ke?”
Luqman menggeleng.Dia harus memikirkan bagaiman caranya untuk membantu Julia.Dari mana harus dia memulakan pencarian?
“Abang tengah fikir mana nak cari Ju?” Has meneka fikiran abangnya.
Luqman mengangguk,”Has ada idea tak?”
Has hanya mengangkat bahu.”Has yakin Ju selamat walau kat mana pun dia.Abang dah cuba cari location GPS?”
Luqman memandang Has.Adakalanya cerdik juga adiknya seorang ini.Tapi untuk itu,telefon bimbit Julia haruslah hidup dan berada dalam perkhidmatan.Bererti dia harus menanti saat itu.

*……………………*

Julia terkejut pabila pintu terbuka tiba-tiba.Tiada ketukan seperti selalunya.Tudung yang berada di tangan langsung disarung ke kepala.Mujur sang pembuka pintu belum sempat melihat auratnya.
“Awak siapa?” Julia menyoal.Wajah yang belum pernah dilihat sebelum ini.Bukan Faiz,bukan Johan dan bukan juga Salim.
Sang pembuka pintu tadi langsung masuk dan mengambil tempat di sofa,”Mewahkan bilik ni? Selesa tak?”
Julia mula tidak sedap hati.Siapa sebenarnya lelaki di hadapannya ini? Sikapnya tidak menggambarkan dia seorang bawahan Salim.Juga caranya yang membuatkan Julia sedikit menyampah,membuktikan dia juga punya status tersendiri.
“Awak siapa?” Julia menyoal lagi.Dia yang tadinya berdiri di depan almari,kini berdiri di sisi almari.
“Kau tak yahlah takut sangat.Duduk sini..”lelaki itu menjemput.
Julia memandang tajam.Gerak geri lelaki di depannya ini jelas menggambarkan bahawa dia langsung tidak menghormati manusia bernama wanita.
“Awak siapa?”
“Patutlah bos sayang sangat kat kau,kan? Tegas,berpendirian tetap.Sepuluh kali aku tak jawab,sepuluh kalilah kau tanya”.
Julia merengus.Mempamerkan rasa marah.Seketika terlintas di fikirannya,kalau lelaki di hadapannya ini memanggil ‘bos’ bererti dia tetaplah orang bawahan Salim.Tapi mengapa tingkah lakunya seperti ini.
“Aku Nizam.Pembantu peribadi merangkap kawan Salim dari kecil.Serius aku cakap,dia belum pernah jadi macam ni seumur hidup.Tapi lepas dia jumpa kau,dia bukan dia.Aku nak tahu,apa kelebihan kau sampai dia jatuh cinta separuh mati macam ni?” Nizam berkata sambil langkahnya maju ke arah Julia.
Julia membeku.Kata-kata Nizam membuktikan bahawa Nizam langsung tidak suka padanya.Semakin Nizam dekat padanya,semakin kakinya membeku.Walhal ikutkan hati,mahu saja dia berlari menjauhkan diri dari lelaki bernama Nizam itu.
Nizam tersenyum sinis.Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Julia yang sedari tadi menunduk.”Cantik”.
“Macam baik.Belum pernahada orang pakai kau,kan?”
Julia langsung mengangkat wajah.Kemarahannya ditahan.Apa yang lelaki ini mahukan sebenarnya?
Julia langsung berjalan melawati lelaki itu.Langsung tidak menyangka hari ini dia akan berhadapan dengan lelaki ini.
Nizam memandang tubuh Julia yang membelakanginya,”Agaknya kau ni bertutup litup macam ni sebab nak sorok diri kau yang sebenar kan?”
Julia menoleh,”Apa maksud awak?”
Nizam senyum,”Jom buat ujian nak?”
Julia mengundur.Pandangan Nizam menakutkannya.Perlahan-lahan dia ke belakang.Tapi Nizam lebih cepat.Tangan Julia langsung ditarik dan tubuhnya ditolak hingga dia terbaring di atas katil.
Julia cuba bangun.Tapi betisnya yang kesakitan kerana terkena kayu hadapan katil itu menyusahkannya.Nizam yang mula mendekat membuatkan Julia lebih susah untuk bangun.
“Awak nak buat apa?” bagai orang bodoh Julia menyoal.
“Nak buat ujian,dah pernah ada orang pakai kau ke belum”.

3 thoughts on “JULIA – BAB 12

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s