JULIA – BAB 13

Anisah terjaga dari tidur.Keadaan sekeliling dipandang dan diperhati.Dia masih di bilik.Hanya lampu depan dibuka.Keadaan malap.Pasti Amir tidak mahu tidurnya diganggu.
Pintu bilik air terbuka.Amir keluar dari bilik air dan memandangnya.
“Nisa” Amir menyebut nama isteri tercinta.
Anisah tersenyum.Jam loceng di atas meja diambil.Pukul 11.00 malam.
“Kenapa?” Amir duduk di sisinya.Baru saja isterinya itu melelapkan mata kira-kira 30 minit yang lalu.Mengapa Anisah terjaga?
Anisah hanya senyum.Dia bermimpi.Puterinya dilanda bahaya.Dia terjaga kerana terkejut.Mimpi itu betul-betul dirasakan seperti benar.Bagaimana keadaan Julia sekarang sebenarnya?
Amir menanti jawapan.Tidak perlu bertanya banyak kerana Anisah pasti akan menjawab.Cuma cepat atau lambat menjadi persoalan.
Wajah suami dipandang.Tangan Amir yang memaut bahunya diturunkan dan dipegang erat.”Nisa mimpi”.
“Mimpi?” Amir menyoal.
Anisah mengangguk.”Julia…”hati ibu yang. sememangnya lembut itu menitiskan air mata.
Amir menghembus nafas berat.Dia memahami keadaan Anisah yang sangat merisaui Julia.Sudah hampir beberapa bulan puteri tunggal mereka itu menghilangkan diri.Pihak polis juga masih belum menemukan apa-apa petunjuk bagi mengesan kehilangannya.
Dia tahu,sejak Julia menghilangkan diri.Anisah tidak lagi seperti dahulu.Maklumlah itulah satu-satunya cahaya mata mereka.Dahulu,Anisah pernah mengandung sebelum mengandungkan Julia tetapi kandungannya gugur.Bayi mereka tidak dapat diselamatkan.
Mengandungkan Julia adalah satu rahmat bagi mereka.Segalanya mudah malah rezeki makin bertambah.Kelahirannya juga tiada sebarang permasalahan sedari awal.
Setelah itu,Anisah mengandung lagi.Kali ini,dia mabuk teruk.Badannya lemah dek kandungan bongsu itu.Alhamdulillah bayi selamat dilahirkan.Merupakan bayi lelaki.
Tapi,bukan rezeki mereka.Bayi yang diberi nama Johari Arman itu meninggal ketika berumur 6 bulan kerana demam kuning yang melandanya.Dan sehingga mereka menua,hanya Julia yang menjadi peneman setia.
“Apa yang Nisa mimpi?”soal Amir setelah menanti buat beberapa ketika.
Air mata Anisah menitis lagi.Julia hampir dirampas maruahnya.Dia bermimpi Julia ketakutan menangis memanggil abi dan uminya.Keadaannya sangat berserabut.Tudungnya sudah tiada di kepala.Bajunya koyak rabak seperti ditarik seseorang.
Anisah menggenggam tangan.Ketakutannya menerpa,dia benar-benar merisaui keadaan Julia tercinta.
“Nisa jangan risau.Insyaa Allah,Ju selamat.Mungkin itu cuma mainan tidur je..”Amir cuba menenangkan hati Anisah sedang dia sendiri kerisauan.
Anisah langsung memeluk Amir dan melepaskan tangisnya.Dia yakin mimpi itu bukan sekadar mainan tidur.Dia benar-benar berharap Julia dilindungNya dari segala macam ancaman.
Belakang Anisah diusap.Amir sudah tidak tahu apa lagi yang boleh dilakukan.Semangat dan keceriaan Anisah benar-benar hilang sejak kehilangan Julia yang tiba-tiba.
Di mana Julia sekarang?

*……………….*

Julia memejam matanya.Dia tidak pasrah,tapi sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk melawan.Dia harus menunggu waktu yang sesuai agar dirinya tidak dilanda bahaya.
Nizam tersengih melihat Julia yang sudah memejam mata.Dia yang tadinya menghimpit tubuh Julia bangun berdiri.
“Aku ingat kau tak takut”.
Julia membuka matanya perlahan.Langsung dia naik ke atas katil dan membungkus diri dengan selimut tebal yang tersedia.
“Aku bukannya ingin pun perempuan murah macam kau ni.Nak tengok kau punya respon je..”Nizam duduk di atas meja belajar yang disediakan Salim di bilik itu.
Julia mendiamkan diri.Hanya itu pilihan yang dia ada sekarang.Dia tahu manusia yang bernama lelaki adalah seorang yang tidak boleh dijangka tindakannya.Yang terpenting sekarang adalah mahkota dirinya masih terpelihara.
“Kau jangan risau.Aku takkan buat apa-apa kat kau.Aku tahu bos gilakan kau separuh mati.Takkanlah aku sanggup apa-apakan buah hati bos aku?” Nizam menyindir.
Julia menahan amarah yang terpendam.Air mata yang mula bertakung di kolam mata ditahan.Dia tidak akan sesekali menitiskan air mata di hadapan lelaki durjana di hadapannya ini.
Nizam membetulkan kotnya.Hatinya puas dapat mengenakan gadis itu.Gadis bernama Julia yang bagi Nizam menyusahkan.
Kerana Julialah,Salim makin tidak fokus dengan kerja.Kerana Julialah,Johan yang asalnya merupakan pembantu Nizam dipindahkan ke banglo.Kerana Julialah,Faiz berjaga siang malam.
Banyak lagi yang Nizam langsung tidak setuju tetapi dia mendiamkan diri.Dia tidak boleh bersuara memandangkan sikap Salim yang langsung tidak mahu bertolak ansur jika perkara tersebut berkait soal Julia.
Yang penting,dia tidak suka Julia.Dia bencikan Julia.Julia merampas diri Salim yang sebenar.Walhal dari apa yang dia lihat,gadis itu langsung tidak punya kelayakan untuk menjadi suri hidup Salim.
“Apa yang berlaku tadi cuma amaran je.Kalau kau cuba-cuba bagi tahu bos,kau akan kena betul-betul.Bos bukan selalu kat sini.Aku yang kena jaga kau.Kalau kau berani buka mulut,aku tak jamin kesucian kau” Nizam memberi amaran.
Julia menahan perasaan.Marah,sedih,sakit hati.geram,menyampah,meluat semuanya bercampur-baur.Wajah Nizam dipandang tajam.
Nizam senyum kambing.Pintu dibuka dan dia keluar dari bilik.Hatinya senang tak terkata.
Julia menghembus dan menarik nafas.Air mata yang ditahan sedari tadi mula mengalir.Tangannya menggenggam penumbuk.Cadar katil berceramuk kerana kegeraman yang ditahan.
“Ya Allah..” Julia mula menangis.Dia akan lari.Dia pasti akan lari.Cuma dia perlukan masa.Dia mahu pulang.Pada umi,pada abi dan pada Has.
Dia mahu keluar dari sangkar ini.Sangkar yang sudah tidak indah.
“Ju..lagi sikit.Lagi sikit Ju…”Julia menenangkan hati.
Langkah diatur menuju ke bilik air.Dia mahu mengambil wudhu’.AlQuran merupakan penawar terbaik buat masa ini.Dia mahu mencari ketenangan hati.Melupakan segala kekacauan buat sementara.

*……………………*

Luqman merenung telefon bimbitnya.Apa yang perlu dia lakukan? Bagaimana harus dia mencari Julia? Kepulangannya ke KL tempoh hari memberi satu petanda.Julia bukan sengaja menghilangkan diri.Pasti ada bahaya yang menerpa.
Yang menjadi kehairanan,mengapa tidak ada yang menghubungi? Telefon bimbit Julia,terkadang hidup tapi tidak ada yang menjawab panggilan.Kadang-kadang,tiada perkhidmatan bererti ianya di luar bandar.Dan sesekali,ia tidak dapat dihubungi menandakan tidak ada bateri.
Bererti telefon bimbit Julia ada pada seseorang.Ada seseorang yang menjaga telefon itu tapi dia tidak mempedulikan segala panggilan dan mesej yang sampai.Kalau tidak,masakan jawapan dari tukang operator berbeza-beza.
Mahu merehatkan fikiran,Luqman keluar dari bilik.Menuju pada Firdaus yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.
“Dah habis dah?” Firdaus menyoal.
Luqman senyum segaris.”Tak de maknanya..”
“Polis tak cakap apa-apa?”
Luqman mengelunh,”Kalau tunggu polis,entah apa jadi kat Lia sekarang”.
Firdaus menoleh.Apa yang mahu Luqman lakukan? Jangan-jangan,”Kau nak buat apa ni?”
Luqman memandang Firdaus dan senyum,”Cari Lia lah.Nak buat apa lagi?”
“Macam mana kau nak cari dia kalau kau sendiri dah jadi macam ni?” Firdaus menyoal.
Luqman mengeluh lagi.”Kita punya penyampaian lagi tiga hari.Kau ikut aku turun KL nak?”
Firdaus mengerutkan dahi.Ikut Luqman turun ke Kuala Lumpur? Atas alasan apa?
“Sebab?”
Luqman memandang temannya itu.”Aku perlukan ilmu doktor kau.Lepas aku dah tahu Lia kat mana,aku kena selamatkan dia.Waktu tu,kau akan membantu”.
“Maksud kau?” Firdaus menyoal kebingungan.
Luqman memandang depan.Kaca televisyen dipandang.Sedang apa yang tertayang langsung tidak masuk ke otak.Hanya mendengar dan memandang.Kosong.
“Man..kau jangan macam-macam” Firdaus dapat merasakan Luqman merancang sesuatu.
“Habis kau nak aku tunggu je sampai Lia turun dari langit? Aku kena cari dia,selamatkan dia”.
“Mana kau tahu dia tak selamat?” Firdaus menebak.
“Aku tahu.Mustahil dia tinggalkan keluarga dia tanpa cakap apa-apa”.
“Habis apa kau nak buat?”
Luqman diam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s