JULIA – BAB 14

Has mendiamkan diri.Soalan mama tidak dijawab.Mahu saja dia menjerit.Has tak tahu! Tak tahu!
“Mukrimah” Datin Mariah memanggil.Menyedari puteri bongsunya berkhayal.
“Mama…Has tak tahu..”ucapnya lembut.
Datin Mariah senyum.Dia sebenarnya mahu menanya khabar puterinya itu.Tapi bila ditanya soal Julia,asyik tak tahu yang keluar dari bibirnya.
“Has nak Ju balik.Tapi Has tak tahu dia kat mana.Has tak faham apa yang Ju buat sekarang.Has tak tahu Ju selamat ke tak..Has dah penat ” luah Has.Dia berbaring atas paha Datin Mariah.Rambut yang menutupi wajah ditarik membelakangi telinga.
Datin Mariah mengusap rambut Has.”Mukrimah penat?”
Has mula menitiskan air mata.Lagi-lagi menangis.Lagi-lagi menangis.Tapi keadaan tetap juga sama.Langsung tak berubah.
Dia menangis terkenangkan Julia.Sahabat sehidup semati.Hari-hari dia ke balai polis mencari khabar tetapi jawapannya hampa.Sering dia melawat Cik Nisah dan Cik Amir.Keadaannya tetap sama.
Cik Nisah sudah hilang senyuman.Yang dihadap hari-hari adalah wajah muram dan sedih Cik Nisah.Hanya Cik Amir yang masih positif meyakinkan Julia masih selamat dan terpelihara.
Mama dan papa selalu menyoal.Apa yang boleh dijawab hanya tak tahu.Tak tahu dan tidak.Papa juga sudah buntu pabila penyiasat peribadi yang diupah tidak menemukan sebarang hasil.
Juga soalan bertubi dari Luqman yang harus dihadapi.Abang yang sering menelefon mahu bertanya.Kalau-kalau Julia sudah muncul.Kalau-kalau ada yang tahu keberadaan Julia.
Has hanya menggeleng.Tidak juga tak tahu.Dan wajah abangnya itu terus muram.Jantung hatinya hilang tapi dia tidak boleh membantu.
Air matanya mengalir lagi.Hanya mama yang tahu betapa dia menangis saban hari.Emosi letih,fizikal juga letih kerana kehilangan Julia.Bukan dia tidak risau akan keadaan temannya itu.Dia juga sama seperti mereka.
Sama seperti Cik Nisah yang merisaui cahaya mata.Sama seperti abang yang merisaui jantung hati.Tapi dia harus berlagak kuat.Kalau dia juga lemah,siapa yang akan menjaga Cik Nisah saat ini? Siapa yang akan memberi semangat pada abang yang kelihatan sangat ‘down’ itu?
Datin Mariah mengusap lembut pipi Has.”Has ada doa untuk Ju?”
Has memandang wajah mama.Dia mengangguk.Setiap doanya pasti terselit nama Julia.Tidak kira siang malam dia sentiasa mendoakan sahabat tercinta.
“Kita manusia bukan Tuhan.Apa yang jadi kita tak tahu.Sebagai manusia hanya boleh berserah pada Allah di samping usaha yang kita lakukan.Kalau kita rasa kita dah buat yang terbaik tapi Allah belum perkenankan,tandanya itu belum sehabis baik.Kita kena usaha lagi,kena doa lagi..”ucap Datin Mariah lembut.Dia menarik nafas,mendiamkan diri buat beberapa ketika.
Dan menyambung lagi,”Mukrimah kena yakin pada Allah.Dia takkan mensia-siakan doa hambaNya.Ju akan balik.Cuma kita tak tahu bila.Mama tahu apa yang Mukrimah rasa.Walaupun mama tak boleh tolong apa-apa,tapi mama tak nak Mukrimah lemah macam ni.Ingat tak,Allah takkan turunkan ujian yang melebihi kemampuan seseorang hamba?”
Has senyum.Indahnya dia kerana punya mama seperti ini.Kata-kata mama memang ibarat mutiara.Dia memang beruntung memiliki Datin Mariah sebagai mamanya.

*…………………..*

Salim memandang telefon bimbit Julia yang berada di tangannya.Telefon bimbit itu hanya dijaga sebaiknya.Dia tidak pernah memeriksa isi telefon bimbit itu atas rasa hormat dan sayangnya pada gadis bernama Julia.
Dia hanya meletakkan mode ‘Silent’ agar ia tidak mengganggu.Siapa yang menelefon dia tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu.Siapa yang menghantar mesej dia tidak peduli dan tidak mahu peduli.
Yang Salim tahu,telefon bimbit itu akan dicas jika kehabisan bateri.Telefon bimbit itu akan dibawa ke mana sahaja dia pergi.Berada tetap dalam penjagaannya.
Pandangannya dibuang ke luar tingkap.Dia dalam perjalanan menuju ke banglo,menemui Julia.Sejak pertemuan pertama mereka tempoh hari,dia belum sempat menemui Julia untuk kali kedua.
Salim berharap tempoh mereka tidak bertemu ini memberikan ruang untuk Julia berfikir.Dia benar-benar mahu mengambil Julia menjadi suri hidupnya sekiranya gadis itu bersetuju.
“Julia…”ucap Salim perlahan.Telefon bimbit itu dipandang semula dan dia mengukir senyuman.

*………………….*

Doa diaminkan.Julia mengesat air mata yang merembes keluar.Sampai bila dia harus menghadapi semua ini?
“Umi…Ju nak balik…”esakannya mula kedengaran.Julia yang masih bertelekung berbaring atas sejadah.
Dinding bilik dipandang.Bilik mewah ini tidak setanding biliknya di rumah.Memang benar.Tapi nilai bilik ini langsung tidak dapat menandingi nilai biliknya pada Julia.
Apa erti bilik semewah ini kalau tidak ada umi yang membantu dia mengemas? Apa guna buku sebanyak ini kalau tidak ada Has yang gemar bertukar buku dengannya? Apa erti semuanya?
Julia teringat abang Hakim.Bagaimana agaknya keadaan abang Hakim sekarang? Apa agaknya yang abang Hakim sedang lakukan?
Adakah dia sihat? Pelajarannya bagaimana? Apakah dia sudah menamatkannya dan mula bekerja dengan Dato’ Norman?
Yang paling penting adakah dia merisaui Julia? Apakah dia rindu pada Julia seperti Julia merinduinya? Apakah Luqman juga mendoakannya seperti yang Julia lakukan tiap hari?
“Abang Hakim…tolong selamatkan Lia…” Julia memejam mata.Dan air mata menitis lagi.
Mujur Nizam tidak pernah datang padanya selepas kejadian itu.Julia kalau boleh tidak mahu melihat lelaki itu langsung.Menganggap wanita seperti mainan yang boleh diusik sana-sini.Apa Nizam tidak punya wanita yang disayangi? Ibu atau kakak mahupun adik perempuan?
Bunyi pintu terbuka membuatkan Julia langsung berdiri.Sejadah diambil dan dilipat.Barulah dia memandang ke arah pintu.
Salim masuk bersama Nizam.Nizam setia berdiri di belakang Salim.Diam dan membisu.Berbeze dengan Nizam yang menakutkan beberapa hari lalu.
“Awak sihat?” Salim menyoal.
Julia mengangguk.Wajah Nizam yang menahan marah dipandang.Dan dia melarikan pandangan selepas beberapa saat.
Salim perasan wajah pucat Julia.Nizam di belakang dipandang.Pasti ada sesuatu yang Nizam rahsiakan darinya.
“Kau keluar”.
Nizam yang menunduk langsung mengangkat wajah.Mengerutkan dahi memandang Salim.
“Kau keluar” Salim mengulang kata-katanya tadi.
“Bos..”
“Tunggu kat luar pun susah ke? Minta mak cik Nafisah bawa naik minum petang”.
Nizam diam dan mengorak langkah keluar.Bukannya dia boleh menidakkan kata-kata Salim.Silap hari bulan,nyawanya yang melayang.
Salim menarik nafas.Tinggal dia berdua bersama Julia.Dia mengatur langkah menuju ke arah Julia.
“Kan saya pernah cakap jangan dekat dengan saya” Julia membuka kata melihat gerak Salim.
Salim terhenti.Jijik sangatkah dia pada mata Julia hingga mendekat pun Julia tidak benarkan?
“Lama tak jumpa.Awak nampak kurus” Salim memandang.
“Mana ada orang boleh menggemuk dalam keadaan macam ni” Julia duduk di hujung katil.
“Awak masih nak balik?”
“Sampai bila-bila pun saya tetap nak balik.Kenapa awak tak nak lepaskan saya?”
Suasana sunyi seketika.”Julia…”ucap Salim.
“Awak cuma lepaskan saya keluar dari tempat ni.Kalau awak tak nak hantar saya balik pada family saya tak pe,cuma lepaskan saya.Saya akan cari jalan balik sendiri”.
Salim diam seketika.”Awak memang tak nak tinggal sini?”
Julia mengerutkan dahi.Salim ini tidak faham bahasakah? Dia mahu pulang!!
“Saya nak balik.Cuma tu je yang saya nak” Julia bertegas.
“Awak tak nak pertimbangkan permintaan saya dulu?”
“Permintaan apa? Awak nak saya jadi suri hidup awak? Kalau macam ni caranya,bukan cuma saya.Tapi tak de seorang perempuan pun dalam dunia ni yang akan terima awak” Julia meninggikan suara.Sudah letih berlembut.
“Awak memang tak nak bagi saya peluang untuk buktikan saya mampu jadi lelaki yang baik” Salim menunduk.
“Salim” ucap Julia.Dia menyambung lagi,”Mana ada lelaki baik yang buat semua ni? Awak culik saya bukan hal yang baik.Kalau awak betul-betul sayangkan saya macam yang awak cakap,kenapa awak tak buat macam lelaki lain kat luar sana tu? Cuba pikat saya cara baik?”
“Kalau saya pikat awak,awak akan terima saya?” Salim langsung menyoal.
Julia diam.Tidak perlu berfikir pun dia sudah tahu jawapannya memanglah tidak.Mana mungkin dia boleh menerima orang lain sedang hati dan fikirannya sudah dipenuhi abang Hakim?
“Lepaskan saya” hanya itu yang mampu Julia katakan.
“Saya takkan”.
“Sampai bila?”
“Sampai awak terima saya?”
“Saya takkan terima awak sampai bila-bila”.
“Kalau macam tu,awak kenalah tinggal kat sini sampai bila-bila”.
“Sampai bila?”
“Sampai bila-bila.Selamanya mungkin” Salim mengambil tempat,duduk di sofa yang disediakan.
Julia diam.Begitu juga Salim.Keduanya melayan fikiran masing-masing.Apa yang harus Salim lakukan agar Julia boleh menerimanya?Apa yang harus Julia lakukan agar Salim melepaskannya?
Suasana itu berterusan hingga pintu bilik diketuk dari luar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s