JULIA – BAB 15

Dua pasang mata ditujukan ke pintu.Mak cik Nafisah masuk sambil menolak troli makanan.Kelihatan Faiz dan Nizam menunggu di luar.Pasti Faiz tidak masuk bersama mak cik Nafisah kerana ada Salim di bilik itu.
Julia melangkah ingin membantu mak cik Nafisah tapi langkahnya terhenti kerana menyedari dia masih bertelekung.Lagipun,mak cik Nafisah menghidang tepat di hadapan Salim.
Usai menghidang,mak cik Nafisah beredar dari bilik itu.Meninggalkan Julia dan Salim berdua…lagi.Julia yang berdiri mengundur , kembali mengambil tempat di atas katil.
Salim memandang buah hatinya itu.”Awak tak nak makan?”
Julia menggeleng.
Salim mengangguk.Julia memang keras kepala.Sesuai dengan status yang ingin dia berikan ‘Cik Puan Geng Helang Hitam’.Salim senyum sendiri.
Julia membeku.Memang rimas apabila Salim selamba menjamah hidangan sambil memerhatikannya,tapi tiada apa yang boleh dilakukan.Dia hanya boleh buat tak tahu saja.
Salim tiba-tiba teringat wajah pucat Julia sebaik melihat wajah Nizam tadi.Lantas dia menyoal,”Nizam ade buat apa-apa pada awak?”
Julia diam.Keadaan tempoh hari menerpa dalam ingatan.Sekalipun Nizam ada berbuat,tetapi dia tidak boleh membuka mulut.Itu adalah syarat Nizam,juga alasan untuk selamatkan dirinya sendiri.Lagipun Nizam memang benar , bukan Salim yang selalu dengannya.
Lihatlah dalam beberapa bulan dia dikurung di sini,ini baru kali kedua Salim datang.Itupun menurut Faiz,bos sudah benar-benar mencuri masa kerja semata untuk bertemu dengannya.
Salim hairan melihat Julia berkhayal.”Nizam ada buat apa-apa,kan?”
“Saya nak balik.Bila awak nak lepaskan saya?” ucap Julia tegas.
Salim mengeluh.Dia tidak faham perempuan.Bila Julia mengalih topik ertinya Nizam ada berbuat sesuatu padanya atau tidak?
“Nizam ada buat sesuatu,kan?”
“Saya nak balik” Julia tidak mahu mengalah.
Salim bangun dari duduk.Langkah diatur laju menuju ke arah Julia.Dia mahu Julia menjawab soalannya.
“Nizam ada buat sesuatu pada awak,kan?” Salim menyoal buat kesekian kali.
Julia diam di tempatnya.Dia tahu Salim tidak akan mengapa-apakannya.Tapi tubuh Salim yang makin mendekat tetaplah menakutkan.
Julia berdiri di sisi katil,”Kalau dia ada buat sesuatu pun,ada beza ke dengan awak yang kurung saya kat sini macam mayat hidup?”
Langsung langkah Salim terhenti.Kata-kata Julia membuatkan dia sedar.Wajah itu dipandang.Hanya pandangan benci yang mengisi ruang mata Julia.
Salim berpatah balik.Kali ini langkahnya menuju ke pintu.Sebelum beredar dia sempat berkata,”Bila dah sampai masanya nanti saya akan lepaskan awak”.

*……………………..*

Julia terduduk.Telekung dibuka dan dia berbaring di atas katil.Nafas ditarik perlahan dan mata dipejam.Dia mahu pulang.Kali ini rasa rindu pada umi dan abi tidak tertahan lagi.
Telekung dilipat dan dimasukkan ke dalam almari.Tudung dicapai dan disarung ke kepala.Blouse dan kain dibetulkan.Setelah itu,dia mengatur langkah dan mengetuk pintu.
Tidak sampai beberapa saat,Faiz masuk tergesa-gesa.
“Ada apa-apa yang cik muda nak?”
Julia mengangguk,”Duduklah”.
Faiz maju tapi kepalanya ditoleh-toleh kehairanan.Mengapa sikap cik muda berlainan?
“Boleh awak tolong saya larikan diri?”
Faiz yang duduk langsung terbangun.Larikan diri? Kalau bos tahu,buruk padahnya.
“Apa yang cik muda cakap ni?”
“Saya dah tak larat hidup macam ni,Faiz.Saya nak balik,dan saya tak tahu bila Salim akan lepaskan dari penjara ni.Awak tolong saya?” Julia memandang Faiz,penuh mengharap.
Faiz menggeleng.Itu kerja gila namanya.Bukan saja kerja gila,malah mencari mati.Dia telah melihat berapa ramai teman-temannya terkorban kerana ingkar arahan Salim.
Samada mati dibunuh secara terus,atau pembunuhan dirancang,akhirnya tetaplah terkorban.Masakan dia mahu melakukan itu.Dia masih punya ibu dan ayah juga adik perempuan yang harus dijaga.
Keluhan dilepaskan.Julia sudah mengagak perkara itu.Mustahil Faiz akan membantunya.Dia tahu.Tapi dia harus mencuba kerana tidak ada jalan lain.
“Cik muda nak lari?”
Julia hanya mengangguk.Tubuhnya disandarkan pada sofa.Bagaimana dia harus melarikan diri dari sini?

*……………………*

Luqman menarik nafas lega.Segala urusan di Pulau Pinang sudah selesai diuruskan.Dia sudah tamat belajar,dan majlis penyampaian juga sudah tamat.
Kepulangannya ke Kuala Lumpur hari ini adalah langkah pertama bagi mengesan Julia.Sebelum dia melakukan apa-apa,dia harus mencari dan menyelamatkan Julia dahulu.
Papa sudah diberitahu.Papa juga bersetuju.Niatnya untuk mengambil Julia sebagai isteri yang sah juga sudah diberitahu.Dan dia mendapat persetujuan dari papa juga mama.
Cik Amir dan Cik Nisah sudah dimaklumkan.Mereka memang sudah maklum akan perkara itu kerana Has pernah memberitahu bahawa abangnya berniat untuk meminang Julia selesai kuliahnya.Cik Nisah mahupun Cik Amir tidak membantah.Yang terpenting bagi mereka sekarang adalah kepulangan Julia.
Pintu biliknya terbuka dan Has masuk.Sepertinya gadis itu baru pulang dari universiti.Has mengatur langkah ke arah radio dan memperlahankan lagu Julia yang sedang dimainkan.
“Abang dah habis kemas barang ke?” Has berbaring di atas katil abangnya.
Luqman mengangguk.Dia bangun dari tempatnya dan duduk di sisi Has.
“Penat ke?”
“Mestilah penat.Abang bila nak mula kerja?”
Luqman tersenyum.”Abang nak cari Lia dulu”.
Has duduk.Wajah Luqman dipandang.”Cari Ju?”
Luqman mengangguk.Dia sudah mengatur strategi.Walaupun dia belum tahu di mana keberadaan Julia,tapi segalanya telah disiapkan untuk operasi menyelamat.
“Abang nak buat apa?”
Luqman senyum lagi.”Esok Has free tak?”
Has diam berfikir.Kelas tiada.Tugasan yang diberikan juga sudah disiapkan petang tadi.Gelengan diberikan pada Luqman.
“Good.Kalau macam tu abang nak Has ikut abang esok,kita cari kereta”.
Has mengerutkan dahi.Kereta?

*…………………*

Pisau yang berada di tangannya dibaling tepat mengenai papan di hadapan.Zakuan yang melihat mendiamkan diri.Mengapa angin Salim tiba-tiba berubah?
Salim menahan geram.Soalan yang ditanya pada Zakuan sudah menjawab persoalannya.Ertinya,Nizam memang melanggar batas sebagai orang bawahan! Berani dia mengapa-apakan Julia!
“Kau panggil Nizam masuk sini sekarang!”
Zakuan mengangguk dan meminta diri.Tidak beberapa lama kemudian wajah Nizam muncul di hadapannya.
“Bos panggil saya ke?”
Salim bangun dari kerusi.Sebuah penumbuk dilayangkan ke wajah pembantu peribadinya itu.Kerana Nizam tidak bersedia,tubuhnya rebah dan sedikit melayang dek kuatnya tumbukan Salim.
Nizam diam di tempatnya.Menanti Salim yang mengatur langkah.Salim menarik kolar baju Nizam.Matanya membulat tanda menahan amarah.
“Kai buat apa kat Julia?”soal Salim serius.
Nizam diam,mengesat darah yang mengalir dari bibir.Belum pernah Salim semarah ini padanya.Tapi hari ini,dia marah hanya kerana perempuan itu?
“Aku tanya kau buat apa kat Julia?”sekali lagi tumbukan Salim melayang.
“Bos”ucap Nizam perlahan.
“Kau jawab,apa kau buat kat Julia?”suara Salim diperlahankan.Dia bangun berdiri dan membetulkan kotnya.Kembali mengambil tempat di kerusi semula.
“Saya tak buat apa-apa pada perempuan tu”.
“Siapa bagi kau hak panggil Julia perempuan? Dia ada nama”serius suara Salim.
Nizam diam.Julia.Lagi-lagi Julia.Asyik-asyik Julia.Terus-terusan Julia.Apa bagusnya perempuan bernama Julia Aleeya itu?
“Kali ni aku lepaskan kau.Sekali lagi aku dapat tahu kau apa-apakan Julia,aku takkan lepaskan kau”dan cawan kaca di atas meja dibaling tepat ke arah Nizam.
Nizam menangkap cawan itu.Tahulah dia Julia merupakan kelemahan terbesar buat Salim.

*……………………….*

Lampu bilik air ditutup.Dia maju melangkah ke meja cermin dan mengambil tempat.Wajahnya yang tertera di kaca cermin dipandang.
“Sampai bila,Ju?”
Keluhan dilepaskan.Entah berapa lama sudah dia
terkurung di sini.Setiap hari memikirkan benda yang sama.Bilakah dia akan keluar dari sini?
Bagaimana khabar umi dan abi? Bagaimana keadaan Has? Bagaimana perihal Luqman sekarang? Universitinya bagaimana? Pensyarah semua sihatkah? Teman-teman sekuliah pasti tertanya-tanya di mana dia sekarang.
Sikat dicapai.Rambutnya separas pinggang itu dirapikan dan disanggul.Bunyi ketukan pintu mengejutkan Julia lantas dia menjerit,”Kejap,jangan masuk lagi”.
Dia bergegas mencapai tudung.Kakinya yang berseluar diselimuti dan Julia duduk di atas katil.”Masuklah”.
Wajah Johan yang kelihatan tergesa-gesa dipandang.Kening diangkat tanda menyoal.
“Maaf cik muda kalau mengganggu.Cik muda tahu apa yang terjadi antara bos dengan En.Nizam?” Johan langsung menyoal.
Julia mengerutkan dahi.Apa yang terjadi antara Salim dan Nizam?
“Sebelum ni,walau apapun salah En.Nizam,bos tak pernah marah macam ni.Kita orang semua tak tahu apa yang bos marah sangat.Kalau-kalau cik muda tahu…”
“Saya dalam ni je..nak tahu apa?” Julia memberi senyuman.
Johan terdiam.Baru dia tersedar.Dia bertanya pada orang yang salah.Senyuman diberi dan dia meminta diri.
“Kejap,Johan.Teruk sangat ke dia orang bergaduh?” Julia menyoal,ingin tahu.
“Sampai bertumbuk”.
Julia mengerutkan dahi.Bertumbuk? Mengapa? Atau jangan-jangan kerana pertanyaan Salim petang tadi?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s