JULIA – BAB 16

Dia menahan geram.Habis pinggan-pinggan kaca yang berada di atas meja makan itu jatuh berteraburan.Bunyi kaca pecah yang berdentum-dentum tidak terkata.
Nafisah dan Faris berpandangan.Tiba-tiba sahaja Nizam masuk ke dapur dan mengamuk.Habis pecah segala isi dapur itu.
Faris memandang ibunya.Apa yang berlaku? Mengapa En.Nizam begitu marah sekali? Tidak pernah dia melihat En.Nizam semarah itu.
Nafisah yang sedang membasuh pinggan langsung menutup paip air.Mengambil tempat di hadapan Faris yang sedang menjamah makan malamnya.Dia memandang Faris,menyoal kalau-kalau anaknya tahu apa yang tidak kena.
Faris mengangkat bahu.Dia tahu Nizam baru kembali dari bilik Salim.Tapi apa yang terjadi dia sendiri tidak tahu.
Kaca pecah yang berada di bawah meja diambil dan dicampak ke dinding.Sakit betul hatinya.Sanggup Salim mengamuk padanya hanya kerana seorang perempuan?
Sedangkan selama ini,dialah yang banyak membantu Salim dari segala hal.Urusan syarikat mahupun geng.Yang sah di sisi undang-undang mahupun yang tidak sah di sisi undang-undang.
Tapi hari ini,dia dimarah hanya kerana gadis bernama Julia? Segala kata-kata makian dikeluarkan dari bibirnya.Kaca pecah itu digenggam hingga mengalir darah dari telapak tangannya.
“Julia Aleeya,kau tengoklah nanti.Aku akan uruskan kau!”
Faris dan Nafisah diam mendengar kata-kata Nizam.Jadi semua ini berkaitan dengan cik muda?

*…………………*

Sebelum dia memasuki kereta,wajah ketiga-tiga manusia di hadapannya dipandang satu-persatu.Zakuan,Johan dan Nizam.
“Aku pergi sekejap je.Kalau ada apa-apa jadi,lapor kat aku segera.Zakuan,aku nak kau jaga banglo baik-baik.Pesan kat Faris,malam ni ada barang baru sampai.Mesti kena cek dulu kualiti dan kuantiti.Kalau salah lagi,mesti Mr.Leong marah”.
Zakuan mengangguk,memahami kata-kata Salim.Setelah itu,Salim memandang Johan pula.Pesanan diberikan agar Johan menjaga Julia sebaik mungkin.Dia mahu hanya Johan dan Faiz yang menjaga Julia.Jangan sesekali membenarkan orang lain mencampur tangan.
“Nizam”.
Nizam menunduk.Tahu bos masih marah padanya soal Julia.
“Kau duduk je sini diam-diam.Jangan sentuh Julia walaupun hujung kaki.Kau faham tak?”
Nizam mengangguk.”Baik bos benarkan saya ikut bos turun bandar je…” Nizam mengomel sendiri.
Salim menjeling.”Ni hukuman kau sebab berani sentuh Julia.Sekali lagi aku dapat tahu kau apa-apakan perempuan aku,nyawa kau pun belum tentu aku simpan”.
Nizam diam.Perempuan aku konon! Julia juga belum tentu punya perasaan yang sama seperti Salim.Tapi fikiran itu hanya disimpan dalam diri semata-mata.Kalaulah Salim tahu…
Salim langsung masuk kereta.Anas sedia menunggu di tempatnya.
“Pergi hospital.Aku nak jumpa Tn.Hassan”.

*………………..*

Diam.Mendengar kata-kata Faiz membuatkan dia kecut perut.Salim ke luar bandar.Katanya ada urusan yang harus diselesaikan.Nizam ditinggal di banglo atas alasan hukuman.
“Cik muda” Faiz memanggil,hairan cik muda tiba-tiba mendiamkan diri.
Julia senyum,menyembunyikan rasa takut di hati.Apa agaknya yang akan Nizam lakukan ketika ketiadaan Salim ini?
“Ada apa-apa yang cik muda nak?” Faiz menyoal.
“Tak de.Terima kasih” Julia memberi senyuman.Faiz menutup pintu bilik.Keadaan cik muda menghairankan.Mengapa cik muda kelihatan risau?
Julia meneliti dirinya.Tidak kira apa berlaku.Dia harus melarikan diri hari ini juga.

*…………………….*

Has bersandar pada Peugeot berwarna hitam yang terdapat dalam kedai itu.Hanya melihat Luqman ke sana ke mari bersama salah seorang pekerja kedai.Tidak ada satu pun kereta yang menarik minatnya.Bukan kerana dia tidak minat kereta,tapi Has merasa proton Iswara yang dimilik sudah cukup istimewa.Hadiah hari lahirnya yang ke 18.
Tangan Luqman yang melambai pada Has membuatkan dia melangkah mendekati abangnya.
“Cantik tak?” Luqman menepuk-nepuk BMW di hadapannya.
Has menoleh.”Dah test ke?”
Luqman bercakap-cakap dengan pekerja kedai itu.Pekerja kedai pun menyerahkan kunci pada Luqman.Luqman mengambil tempat di tempat duduk pemandu.Membiarkan pintu terbuka dengan Has di luar.
“Selesa ke?” Has mendekati.
Luqman mengangguk.Dia memerlukan sebuah kereta yang sesuai bagi digunakan untuk rancangannya.
“Bukan dulu abang kata ada kereta renyah ke?” Has menyoal sebaik urusan jual beli diselesaikan.Pandangannya tetap pada Luqman di sisi.
Luqman tersenyum ketawa.Pintu kereta proton Iswara milik Has dibuka.Tempat duduk pemandu.
Has mengambil tempat,menjeling abangnya.
“Dah kenapa?”
Luqman membuat muka,”Motor safety kuranglah”. Teringat pada motosikalnya yang dihadiahkan papa sebaik dia lulus SPM dahulu.Motosikal itu akan ada juga kegunaannya tetapi Luqman memikirkan keadaan kalau-kalau dia berjaya menyelamatkan Julia
Mustahil dia mahu menyuruh Julia naik motosikal.Walhal dia sendiri maklum Julia selalu memakai kain sebagai pakaian harian.Lagipun Has pernah memberitahu Julia memang tidak sukakan motosikal kerana bunyi juga asapnya.
Has memandang Luqman yang sudah memulakan pemanduan.”Safety?”
Luqman mengangguk.Has diam,memang memakai motosikal lebih terdedah pada bahaya berbanding kereta.Tapi dia tahu itu bukan sebab utama.Mengapa selama ini abangnya tidak pernah memikirkan soal keselamatan itu?
“Kenapa tiba-tiba je cakap fasal safety ni? Dulu waktu papa nak belikan kereta abang tak nak.Nak ambil lesen je,ni nak beli keretalah,apalah”bebel Has.
Luqman sengih.Inilah ‘gunanya’ adik perempuan.Kerjanya cuma mahu tahu,menyoal itu ini.Selagi dia tidak punya jawapan yang meyakinkan,selagi itulah adik perempuannya ini akan bertanya.
“Macamlah Has tak tahu.Abang pilih BMW kenapa?”
“Laju.Boleh digunakan ketika kecemasan.Lagipun dia ringan”.
Has diam.Malas mahu menyoal lagi.Bukannya dia mahu tahu sangat.Tapi tindakan Luqman meragukan.Has memandang sekilas dan menoleh semula ke hadapan.
Biarlah.Apapun pilihan abangnya,bukan mengganggu hidup pun.

*………………….*

Fail pesakit diteliti satu persatu.Tiada masalah.Lalu fail diserahkan pada jururawat di sebelahnya.
“Ingat.Mesti suruh pesakit minum air masak selang enam jam.Itu akan membantu”dia berpesan.
“Baik,doktor”jururawat menyambut fail yang diserahkan.
Dr.Hassan pun meninggalkan wad pesakit.Keluar saja dari wad,langkahnya terhenti.Tiga orang pemuda berkot hitam menanti di hadapannya.Masing-masing menunduk memberi tanda hormat.
“Bos tengah tunggu kat bilik tetamu”ucap salah seorang pemuda itu.
Dr.Hassan meneliti seorang demi seorang.Ada sesuatu yang berlainan dari selalunya.”Mana Nizam?”
“En.Nizam ada kerja di banglo”jawab yang lain. Dr.Hassan mengangguk tanda memahami.Langkah diatur menuju ke bilik tetamu.
“Pak su” Salim menegur sebaik melihat paksunya.Dr.Hassan senyum.Pasti Salim punya masalah lagi.
“Lama tak jumpa.Tak busy hari ni?” Dr.Hassan mengambil tempat di hadapan Salim.
“Biasa je.Taklah busy sangat.Maaflah kalau Lim ganggu waktu kerja pak su”.
Dr.Hassan tersenyum.Air kopi panas di depannya dihirup.Menanti Salim berkata-kata.
“Pak su..”
Dr.Hassan memandang Salim.Hairan nada suaranya bertukar lemah.
“Susah tak masa pak su nak pikat mak su dulu?” Salim menyoal,teringat pada Julia di banglo.
Dahi dikerut.Tidak pernah Salim menanya soalan aneh sebegitu.
“Kenapa tiba-tiba ni? Dah jumpa calon menantu untuk pak su ke?”
Salim tersenyum.Wajah Julia terbayang di ruang mata.Kalaulah pak su berjumpa Julia…
“Nak pikat mak su tak susah.Tapi nak pikat pak su susah” Dr.Hassan tergelak sendiri teringat kehidupan lalunya.
“Maksud pak su?”
Nafas ditarik.Dr.Hassan bersandar pada sofa.Dia dan Zainab adalah dua manusia yang saling tidak mengenal.Mereka dijodohkan atas urusan keluarga semata-mata.Walhal ketika itu dia sendiri sudah punya teman wanita.Berbeza dengan Zainab yang merupakan gadis sunti yang hanya di rumah.
Perkahwinan yang terjadi atas dasar keluarga bukanlah sesuatu yang Dr.Hassan inginkan.Segala kasih dan perhatian yang diberi Zainab ditolak ke tepi.Padanya Zainab adalah wanita tak tahu malu yang tidak sedar diri.
Dia mahu pada teman wanitanya yang tidak diketahui waktu itu sudah beberapa kali terlanjur dengan lelaki lain.Zainab mencuba sehabis mungkin untuk mengambil hatinya.
Memang diakui,lama-kelamaan hatinya cair dengan kelembutan Zainab.Tapi ego lelakinya bukanlah rendah.Zainab hanya dilayan bagai angin lalu.Hinggalah akhirnya Zainab kemalangan.
Ketika itu barulah dia tahu betapa Zainab merupakan sebahagian hidupnya.Pakaiannya tidak terurus.Makan minumnya tidak terjaga sepanjang Zainab koma.Memang benarlah,sesuatu itu hanya boleh kita tahu betapa berharganya dia setelah kita kehilangannya.
Seteleh itu,Zainab dijaga sepenuh hati.Dimanja dan disayang sebagaimana harusnya seorang isteri.
“Patutlah pak su sayang sangat dengan mak su.Sampai sekarang belum ada pengganti” Salim senyum sendiri mendengar cerita Dr.Hassan.
“Lim tanya pak su ni sebab dah ada pilihan hati,kan?”
Salim mengangguk,senyum lagi.Tapi apa yang harus dilakukan bagi memenangi hati Julia yang keras seperti batu itu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s