JULIA – BAB 17

Pakaiannya diteliti satu persatu.Blouse yang dipakai saat ini berwarna hitam.Dan didalamnya dia memakai t-shirt,di dalamnya lagi baju inner yang juga berwarna hitam.
Kain kembangnya dipandang.Di dalamnya dia memakai seluar hitam.Dan dalamnya lagi seluar legging yang juga berwarna hitam.
Dia memakai anak tudung yang turut berwarna hitam.Dan tudung yang juga berwarna hitam.Warna hitam dipakai kerana pada pemerhatiannya semua orang yang memasuki biliknya menjadikan warna hitam sebagai warna harian mereka.Kecuali mak cik Nafisah.
Langkahnya diatur menuju ke bilik air.Pintu dibuka,Julia mencapai bangku kayu yang diletak di atas sinki.Bangku kayu dipandang lama.Apakah dia perlu melakukan ini?
Kepala digeleng beberapa kali.Mengapa tidak? Dia harus berusaha menyelamatkan diri.Demi umi dan abi.Demi Has dan tentunya demi abang Hakim.
Pintu bilik air ditutup.Langkahnya terhenti di balik pintu keluar bilik.Berdoa dan berharap segalanya berjalan mengikut rancangan dan dipermudahkan,Ya Allah,bantulah…
Julia mengetuk pintu bilik.Bangku kayu yang diambil tadi dipegang erat di belakang.Faiz muncul di balik pintu,membiarkan pintu terbuka.
“Ada apa-apa yang cik muda nak?”
Julia tersenyum.Dia berundur dan Faiz mengikut.Lantas bangku kayu di tangannya dilayangkan ke kepala Faiz.
Faiz yang tidak bersedia apa-apa rebah.Tapi dia masih sedarkan diri.Baru saja dia ingin menyoal,apa yang dilakukan cik muda kepalanya dilayangkan bangku kayu sekali lagi.
Julia melepaskan bangku kayu pabila Faiz benar-benar rebah di lantai.”Saya minta maaf Faiz.Tak de niat pun nak cederakan awak.Saya pergi dulu ye”.
Pintu dikunci dari luar.Satu dua saat dia berhenti di depan pintu.Apa yang dilihat hanya lorong panjang.Nafas ditarik sebelum dia meneruskan langkah.
Julia berjalan melewati lorong.Jadi selama ini biliknya merupakan bilik yang paling hujung.Senyuman terukir bila dia menjumpai anak tangga di sisi kiri.
Bunyi tapak kasut menaiki tangga membuatkan Julia panik.Dia harus bersembunyi sebelum dirinya dijumpai.Langkahnya laju menuju ke almari yang terdapat di ruang tengah itu.
Dua lelaki berkemeja hitam muncul dari tangga.Julia cuba menenangkan diri apabila salah seorang dari lelaki itu mendekati almari yang menjadi tempat persembunyiannya.
Mujurlah lelaki yang masuk ke bilik tadi datang semula dan menarik temannya yang seorang lagi.Sebaik pintu tertutup,Julia langsung menghembus nafas lega.Perjalanan harus diteruskan.
Dia menuruni tangga.Sebaik tiba di anak tangga terakhir,langkahnya terhenti.Terkejut dia melihat beratus-ratus pistol yang terdapat di atas lantai.Lagaknya sudah seperti lambakan pistol yang mahu dijual ke pasar.
Barangkali pistol-pistol itu akan dibungkus dan disusun ke dalam kotak.Julia meneruskan langkah.Berhati-hati agar kakinya tidak menghasilkan bunyi yang menarik perhatian.
Julia segera bersembunyi di para yang terdapat di sisi tangga.Mujur para itu disusun kotak-kotak yang
padan dengan setiap tingkat.Jadi dia tidak kelihatan.Nafas ditarik.Perjalanan masih panjang dan dia tidak akan berhenti selagi dia belum putus semangat.

*……………………*

Tangan memegang kepala yang terasa masih berpinar-pinar.Matanya dibuka perlahan-lahan.Bilik cik muda? Bagaimana dia boleh terbaring di bilik cik muda?
Faiz cuba mengingat kembali apa yang berlaku.Tadi dia masuk ke bilik itu untuk menyoal cik muda kalau ada apa-apa yang diperlukan.Kemudian…
Pandangan segera ditoleh pada pintu keluar bilik.Dia berdiri dan cuba memulas tombol pintu tapi tak berjaya.Pintu dikunci dari luar.Bererti…cik muda telah melarikan diri!!!
Faiz langsung mengetuk-ngetuk pintu.Membuat bising bagi menarik perhatian teman-teman.
“Buka pintu!!”jerit Faiz sekuat hati.Bangku kayu yang terdapat di sisi digunakan untuk membantu mengeluarkan bunyi.
Di mana agaknya cik muda sekarang?

*…………………….*

Julia keluar dari tempat persembunyian.Tapi bunyi langkah yang semakin kuat membuatkan Julia kembali bersembunyi.Hairan apabila melihat sekumpulan lelaki beramai-ramai menaiki tangga.
Senyuman terukir di bibir.Ianya tidak sepenting menyelamatkan diri sekarang.Jika ramai yang naik ke tingkat atas,bererti pengawasan di tingkat bawah akan berkurang.Dan ia pastinya lebih memudahkan Julia.
Merasa selamat dengan suasana,Julia keluar dari tempat persembunyian.Dia berlari anak ke belakang mencari pintu keluar.Tapi yang dijumpai adalah ruang tamu.Mana pintu keluar?
Matanya merayap mencari pintu.Keadaan rumah yang tiba-tiba berubah menjadi cemas membuatkan Julia panik.Lampu merah menyala di mana-mana.Julia langsung bersembunyi di balik sofa yang terdapat di ruang tamu.
“Tolong semua! Cik muda dah lari! Tolong beri perhatian,cik muda dah lari.Sebelum kita semua kena pancung dengan bos harap semua tolong cari cik muda”.
Julia diam mendengar suara dari pembesar suara yang entah di mana letaknya.Suara itu tidak pernah didengari.Mungkin tuan empunya suara tidak pernah menjengah dia di bilik.
Nafas ditarik sedalam mungkin.Dia perlu tenang.

*…………………*

“Jumpa ke tak?” Nizam menyoal tiga lelaki berkemeja hitam di depannya.Dan ketiga-tiganya menggeleng.
“Manalah Julia ni? Nak buat hal tak kena timing langsung!” Nizam membebel sendiri.
Salah seorang lelaki di hadapannya pun berkata,”Tapi Faruk dengan Kamil dah sahkan yang cik muda memang belum keluar”.
Nizam memandang.Faruk dan Kamil merupakan pengawal pintu keluar di banglo.Banglo memang dibina hanya dengan satu pintu keluar.Itupun pintu itu terletak di dalam bilik.Sekiranya Julia tidak tahu keadaan binaan banglo,mustahil dia akan menemui pintu keluar.
Zakuan dan Johan berlari anak datang padanya.”Ada tak?”
Nizam menggeleng.Zakuan meraup muka,ke mana perginya cik muda?
Johan memandang kedua temannya.Mungkin Julia berada di dapur,ataupun bilik belakang.
“Biar aku tengok kat dapur jap.Mana tahu cik muda ada kat situ” Johan langsung beredar.
Nizam mengeluh.Menyampah betul! Zakuan memandang wajah serabut Nizam.Teringat pada pesan bos tempoh hari,jangan sesekali membenarkan Nizam menyentuh cik muda walau seinci.Jika tidak,nyawanya sendiri menjadi taruhan.
Dia melilaukan anak mata.Cik muda harus dijumpai segera.Dia harus menemukan cik muda sebelum Nizam.

*…………………*

Dia terdiam apabila kedengaran suara-suara bebelan dan keluh kesah di belakangnya.
“Mana cik muda ni?”
“Kau dah jumpa ke?”
“Belum.Tapi dia belum keluar lagi.Takkan dia tahu pintu kat mana”.
“Cik muda,cik muda”.
“Baik cari cik muda sebelum bos sampai”.
“Cik muda..”
Julia mengintai.Mereka yang berkumpul di ruang itu sudah berpecah hingga tiada orang.Julia bangun dari duduk.Tertunduk-tunduk berjalan melepasi sofa.
Suara Nizam yang menuruni tangga mendebarkan hatinya.Langkah kakinya laju mencari apa saja yang boleh dijadikan tempat persembunyian.Dia berlari mencari bilik yang tidak berkunci.
Sebaik berdiri di balik pintu yang sudah ditutup,Julia membulatkan matanya.Terkejut melihat bungkusan-bungkusan serbuk putih yang terdapat pada rak di hadapannya.
Dia melangkah perlahan.Label yang terdapat di baca”Syabu,heroine…dadah…”
Julia membisu.Kalau yang dilihat sekarang adalah dadah yang entah berapa kilo beratnya…pandangan dihalakan ke rak sebelah kanan.Kelihatan ketulan-ketulan ais yang juga dibungkus mengikut saiz.”Extasi…”
Salim merupakan pengedar dadah? Julia mengingat semula pistol-pistol yang dilihat tadi.Kalaulah kekayaan yang Salim peroleh merupakan hasil dari kerja-kerja seperti ini,pastinya ia bukan dari sumber halal.Kalau begitu,segala makan minumnya selama dia tinggal di sini…halal atau haram?
Dia menggeleng-geleng.Yang terpenting sekarang adalah selamatkan diri.Perlahan pintu dibuka dan Julia melangkah keluar.
“Julia!!”
Langkah Julia terhenti.Dia menoleh sekilas,Nizam! Julia langsung berlari ke hadapan sedang kepalanya masih memandang Nizam.Tidak sedar bahawa dia berlari ke dalam pelukan seseorang.
Julia tergamam.Wajah lelaki yang berada di hadapannya dipandang.Wajah yang tidak dikenali.Wajah yang belum pernah dilihat.Diam,Julia sedar dirinya terkepung.
“Cik muda”ucap lelaki itu.
Nizam memandang Julia tajam.Geram,sakit hati,menyampah semuanya ada.Langkah laju menghala ke arah Julia,mahu saja dia menampar gadis itu.
“Zam”lelaki di hadapan Julia menyambut tangan yang diangkat Nizam.Julia membeku di tempatnya.
“Wan,apa ni?” Nizam naik marah dengan sikap Zakuan.
“Aku tak nak cari fasal dengan kau,Zam.Bos dah pesan jangan bagi kau sentuh cik muda” Zakuan menarik Julia rapat padanya.
Dia menunduk memberikan tanda hormat,”Maaf cik muda.Kita balik bilik ye”.
Julia mengikut kata.Walaupun lelaki di hadapannya ini kurang dipercayai,barangkali ia lebih baik dari mengikut Nizam.
Setibanya di tangga tengah yang menukar arah,Julia langsung menolak Zakuan sekuat hati.Hingga tubuhnya jatuh tergolek menuruni tangga.
Julia berlari anak menuruni tangga.Fikirannya yang menyangka Nizam sudah beredar dari tempat tadi ternyata salah apabila Nizam menangkapnya.Julia cuba melepaskan diri.
“Lepaslah!” Julia meronta-ronta.
“Diam!” Nizam menguatkan cengkaman.
Julia membuka keronsang di blousenya dan mencucuk jarumnya sekuat hati pada tangan Nizam yang memegangnya.Tubuh Nizam ditolak.
“Julia!” Nizam mengejar.
Julia berlari sekuat hati.Tapi tetaplah kalah pada Nizam.Nizam yang naik marah mengenangkan cubaan Julia tadi,langsung saja mengeluarkan picagari yang berada di dalam poket seluarnya.Tangannya menggenggam kuat pergelangan Julia dan dia menyuntik cecair yang berada dalam picagari itu.
Julia merasakan kepalanya berpinar tiba-tiba.Teringat kata-kata Has bahawa bahaya boleh datang bila-bila masa kerana itulah Has selalu risau padanya.
“Has! Tolong Ju!” Julia menjerit.
“Has…”suaranya mulai lemah.Dan akhirnya Julia jatuh pengsan dalam pelukan Nizam akibat ubat tidur yang disuntik.

4 thoughts on “JULIA – BAB 17

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s