JULIA – BAB 18

Dia melangkah keluar dari perpustakaan.Buku-buku yang diperlukan sudah diambil.Dia tersenyum memandang abang yang setia menunggu di luar,tidak boleh masuk kerana tak punya pas pelajar.
“Has”.
Langkahnya terhenti.Suara itu.Has menoleh ke belakang.Dia yang tadinya ingin keluar melangkah semula ke dalam perpustakaan.
“Has,tolong Ju!”
Jeritan itu membuatkan Has gelabah.Lariannya dilajukan mencari Julia di setiap celahan almari.Tapi tiada.Has berhenti,bukankah Julia masih belum pulang?
“Has…”
Suara itu mulai lemah.Has mengucap nama Julia di bibirnya.Dia mencari lagi,kalau-kalau terjumpa Julia.Tapi hampa.keputusannya tetap sama.Julia tiada.
Dahinya berkerut.Has melangkah keluar dar perpustakaan dengan perasaan hampa.Suara itu..seolah memberi petanda padanya.Petanda bahawa Julia dalam bahaya.
“Ju,awak kat mana?”

*…………………..*

Zakuan bangun berdiri pabila tubuhnya dirasakan mulai stabil.Melihat Nizam mendukung Julia,Zakuan langsung saja merampas tubuh gadis itu.
Nizam merungut.Tindakan Zakuan sama saja seperti dia tidak mempercayainya.
“Wan”.
“Dahlah,Zam.Kau dengan aku sama-sama ada kerja sendiri.Bos dah pesan kat aku jangan bagi kau pegang dia.Aku cuma buat kerja aku je..”
Nizam menghalang tubuh Zakuan dari berlalu.Temannya itu dipandang.
“Zam”.
Nizam menayang muka marah.Tidak puas hati diri diperlakukan sedemikian rupa.Zakuan mengeluh.Kenapa dengan Nizam ni?
“Apa yang kau tak puas hati sebenarnya?”
Nizam diam.Soalan Zakuan membuatkan dia berfikir.Apa yang dia tidak puas hati? Julia tidaklah begitu penting padanya.Tapi mengapa dia merasa begitu marah?
“Kau suka cik muda ke?” Zakuan menebak.Satunya cara untuk membuatkan Nizam beralih.
Nizam terdiam.Automatik tubuhnya beralih.Membiarkan Zakuan lalu bersama Julia.Nafas ditarik.Apa yang dicakapkan Zakuan tadi…
Laju dia menggeleng.Mustahil!!

*…………………*

“Anas,kau faham tak apa aku cakap ni?”
Anas di tempat pemandu mengangguk-angguk.Minyak ditekan dan gear dinaikkan.Serasanya dia sudah memandu selajum mungkin.Tapi mengapa Salim masih marah-marah mengatakan dia memandu dengan lambat?
Salim gelisah di tempatnya.Panggilan yang diterima dari Zakuan menggelisahkan hati.Julia cuba melarikan diri? Mujur Zakuan dan Johan sempat menjumpainya,kalau tidak…Salim sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi?
Bukankah selama ini Julia tidak pernah bising mengamuk mengatakan dia mahu pulang? Kalau dicakap pun,hanya seketika.Dan Julia akan berdiam.
“Kenapa?” Salim menyoal diri sendiri.
Kereta yang dipandu Anas terasa begitu lambat walau Salim tahu Anas sudah memandu selaju mungkin.Mahu saja dia memarahi dan berteriak pada Anas.
Salim tidak mengerti.Mengapa membuka pintu hati seorang wanita begitu susah? Apa yang diperlu dilakukan agar Julia berlembut hati dengannya?

*………………….*

Matanya sedari tadi menjeling Has di sebelah.Sejak keluar dari universiti,Has diam membisu di tempatnya.
“Has”panggil Luqman lembut,dia tahu pasti ada sesuatu yang mengganggu adik kesayangannya itu.
Has menoleh memandang Luqman dan memberi senyuman pada abangnya.Hanya seketika dan dia menoleh semula ke hadapan.
Suara Julia tadi terngiang-ngiang di kepalanya.Apa agaknya yang berlaku pada Julia sebenarnya? Sudah berbulan-bulan dia hilang dan menghilangkan diri,tapi khabarnya langsung tiada.
Ke mana? Di mana? Dengan siapa? Buat apa? Untuk berapa lama? Puas Has memikirkan.Julia ooh Julia…
“Has ok tak ni?” Luqman menyoal lagi.Risau dengan keadaan Has,adiknya jarang berkelakuan aneh begini.
Has memandang Luqman.Patutkah dia memberitahu hal tadi pada Luqman? Tapi kalau diberitahu,keadaan akan jadi lebih rumit.Abangnya lebih merisaui Julia.Boleh jadi kemalangan mereka nanti.
“Ada benda nak bagitahu tak?” Luqman memandang sambil memandu kereta,menoleh sekilas.
Has senyum.Dia tidak akan memberitahu pada abang.Untuk keselamatan diri dan juga abang.Doa dihadiahkan pada Julia semoga dia benar-benar selamat.
“Has terlupa nak ambil bahan kat makmal tadi.Tapi tak pelah,esok ada kelas Has ambil sendiri”.

*……………………*

Dia memasuki bilik itu.Sekujur tubuh sedang lena di atas katil.Salim mendekat,dia duduk di sisi Julia.Wajah itu dipandang,sayu.Mengapa gadis ini tidak mahu memberi peluang padanya?
Julia masih berpakaian lengkap.Tudung masih tersarung di kepala.Selimut yang berada di paras perut ditarik Salim hingga menutupi bahunya.Senyuman terukir di bibirnya melihat tenangnya Julia tidur.
“Kenapa awak berkeras hati tak nak bagi saya peluang? Awak dah ada orang lain?” Salim melihat wajah itu.
Tangan kanannya mencapai tangan Julia yang terkeluar dari selimut.Tangan gadis itu dipegang erat.
“Julia Aleeya….”
Salim mengeluh.Ada sesuatu pada gadis ini yang dia sangat sukai.Sangat suka,teramat suka.Nampaknya Julia memiliki daya penarik yang sangat tinggi.
Senyuman terukir.Salim beruntung mengenali Julia.Serasanya Julia adalah gadis yang benar-benar sesuai menjadi pendamping hidup.Tapi…Julia bukan saja tidak membuka pintu hati untuknya,malah perlakuan dan layanan Julia terhadap Salim selama ini membuktikan bahawa dia sangat tidak menyukai Salim.
Salim memandang wajah gadis itu lama.Tidak menyedari matanya mula terpejam akibat keletihan yang teramat.

*……………………..*

Matanya dibuka perlahan.Tangan kiri digunakan menggosok mata.Julia tersedar,mengapa tangan kanannya berat semacam.Lantas kepala ditoleh,terkejut melihat Salim tidur di sisinya.Tangan kanannya langsung ditarik dan dia menjauhkan diri.
Selimut ditarik hingga menutupi seluruh tubuh.Salim terjaga dek selimut yang tertarik.Julia dipandang.
“Awak dah bangun?” Salim menyoal dengan senyuman.
Julia memandang tajam.Bagaimana pula Salim boleh berada bersamanya? Bukankah tadi dia bersama Nizam dan .. seorang lagi lelaki tak dikenali.
Salim tersenyum memandang Julia.Tiap kali inilah yang dilakukannya.Menjauh,menyelimuti diri.Julia menjeling.Kepalanya diusap,mujur dia masih bertudung.Pakaiannya diperhati,masih pakaian yang sama.
Salim ketawa kecil,”Awak ingat saya ni jahat sangat ke sampai nak buat awak macam tu tanpa awak sedar?”
Julia diam.Teringat apa yang dilihat sepanjang ‘pengembaraan’ tadi.Tidak mustahil Salim boleh merampas kesuciannya tanpa kerelaannya.Keadaan tadi sudah menjadi bukti.
Julia langsung bangun masuk ke bilik air.Dia perlu membasuh muka.Entah sudah berapa lama dia tertidur dia juga tidak tahu.Dia uzur,jadi tidak perlu mengqadha’ sekiranya tempoh tidurnya melepasi waktu solat.
Salim memandang.Memang Julia langsung tidak mahu bercakap dengannya.Panggilannya langsung tidak dijawab sebaliknya Julia langsung menutup pintu bilik air.
Keluhan dilepaskan.Dia tidak pandai memikat wanita.Dia akui dia lemah di bahagian itu.Dia hanya bos besar yang tahu melakukan kerja-kerja pejabat.Memang dia miliki kelab malam sendiri di serata Malaysia,tapi dia langsung tidak mengambil tahu.Yang dia tahu duit mesti masuk pada masa.Selainnya diuruskan oleh orang bawahan.
Julia di dalam bilik air duduk menanti di tab mandi.Wajahnya sudah dicuci,gigi juga sudah diberus.Tapi dia tidak mahu keluar.Khuatir Salim masih belum beredar.
“Julia..” Salim mengetuk pintu.
Julia mendiamkan diri.Tidak mahu menjawab.Mulutnya terkatup rapat.
“Julia…Julia”panggil Salim lagi,hatinya mula risau.Janganlah apa-apa terjadi pada Julia.
“Julia…”
Julia mencebik.Rimas! Dia mahu sendirian.Ada-ada saja lelaki bernama Salim ini.Kalau tak mengganggunya setahun tak boleh ke?
Dia melangkah perlahan.Tombol pintu dipulas.Keluar melintasi Salim dengan wajah selamba.
“Nak apa?”
Salim menarik nafas.”Hina sangat ke saya ni kat mata awak?”
Julia diam.Mereka sama-sama manusia.Dia tidak punya hak menentukan siapa yang lebih hina.Mereka berdua sama saja.Tetap juga makhluk Tuhan yang tercipta dari tanah.
“Awak bukan muhrim saya.Kalau tak darurat,keadaan macam ni tak dibenarkan dalam Islam”serius suara Julia.
Islam? Salim terdiam.Ini memang kelemahannya.Dia memang tidak tahu apa-apa tentang agama.Yang penting,dia beragama Islam tertulis di kad pengenalan.
“Zakuan cakap awak ..”
“Larikan diri” Julia memotong kata-kata Salim.
Salim mengeluh,Julia berdiam diri.Dia mencapai sebuah buku dari rak dan duduk di sofa.Membiarkan Salim di katil.
Salim memandang,”Julia,kenapa awak layan saya macam ni?”
Julia memandang.Buku yang baru mula dibaca langsung ditutup.
“Dari awal saya sampai sini,apa yang saya buat.Saya kata saya nak balik.Nak balik.Awak faham tak? Awak tak nak lepaskan saya,lepas tu tanya kenapa saya layan awak macam ni? Awak bahagia ke simpan saya kat sini?”
Salim terdiam.Tiada jawapan.Sulitnya melayan seorang wanita.Dia tidak mengerti.Kalau dia tidak mahu melepaskan Julia bukankah lebih baik Julia menyesuaikan diri dengan dengan keadaannya sekarang?
Julia menyambung bacaannya semula.Namun dia teringat sesuatu.Salim dipandang.
“Awak buat perniagaan haram ke? Jual beli senjata,mengedar dadah? Atau awak buat perdagangan manusia sekali?”

2 thoughts on “JULIA – BAB 18

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s