JULIA – BAB 19

Diam.Wajah gadis di hadapannya itu dipandang.Julia masih selamba dengan gaya membacanya.Soalan yang dikeluarkan tadi dibiarkan berlalu,biar Salim yang berserabut memikirkan jawapan.
Salim cuba menoleh arah lain,tapi matanya masih memandang Julia.Apa jawapan yang harus diberikan?
“Sampai masa nanti,awak akan tahu sendiri” Salim bangun dari tempatnya dan melangkah keluar.
Julia langsung bangun Pintu yang sudah tertutup dipandang kosong.

*………………..*

Dato’ Norman,Datin Mariah juga Luqman dan Has hanya memerhati perkerja-pekerja syarikat penghantaran menghantar BMW yang telah dibeli Luqman.
“Mukrimah tak nak kereta baru?”
Has memandang mamanya di sebelah kanan.Senyuman dikuntum,dia tidak memerlukan sebuah kereta baru.Dia sudah cukup sayang pada proton Iswaranya.
Gelengan diberi.Datin Mariah mengangkat kening,”Tak nak betul? Kalau Mukrimah nak,mama boleh belikan”.
Has menggeleng lagi.Tangannya memeluk lengan mamanya dan kepala dilentokkan ke bahu.Datin Mariah mengangguk memahami.
Luqman mendekati BMW nya.Masanya sudah tiba.Kereta ini dibeli semata untuk misinya.Kalau tidak memikirkan soal Julia,pasti dia sudah cukup dengan motosikal yang telah diguna untuk beberapa tahun lamanya.
Perkara pertama yang harus diketahui adalah,keberadaan Julia.

*………………..*

Julia memegang perutnya.Mengapa perutnya berkeroncong ketika ini? Agaknya kerana sudah sehari semalam dia tidak menjamah apa-apa.Bagaimana bisa dia menjamah makanan kalau makanan yang akan dimakan bersumber dari wang haram?
Julia menarik nafas sedalam mungkin.Minyak panas yang disediakan dalam laci diambil dan disapu ke perutnya.Mungkin ia boleh membantu.
Pintu terbuka dan Faiz masuk bersama mak cik Nafisah.Faiz mengerut dahi melihat makanan yang langsung tak terusik.
“Cik muda tak makan?”
Julia memberi senyuman,”Saya tak lapar”.
Nafisah berjalan mendekati Julia.Dia dapat merasakan ada sesuatu yang menyusahkan hati Julia.Tangan gadis itu dicapai.Bertanya apakah benar gadis itu tidak lapar atau ada sesuatu yang disembunyikan?
Pegangan mak cik Nafisah dibalas.”Kalau saya lapar,nanti saya minta Faiz cakap dengan mak cik,boleh?”
Nafisah senyum.Lega sedikit hatinya.Fikirnya Julia sengaja menahan lapar untuk mencari fasal dengan Salim.
Faiz memandang sebelum beredar dari bilik.Msauk hari ini,sudah hampir dua hari Julia langsung tidak menjamah apa-apa makanan.Minuman juga langsung tidak disentuh.
“Cik muda bergaduh dengan bos ke?”
Julia memandang Faiz dengan muka hairan.Apa yang disoal Faiz?
“Bergaduh?”
“Mana tahu kalau-kalau cik muda sengaja tak nak makan sebab nak sakitkan hati bos” Faiz mengeluarkan pendapat.
“Kalau saya boleh tahan kena kurung kat bilik ni berbulan-bulan,kenapa saya tak boleh tahan lapar yang baru dua hari? Saya memang belum lapar Faiz.Nanti kalau saya lapar,saya akan minta awak cakap dengan mak cik Nafisah” Julia meyakinkan.
Faiz mengangguk.Sudah tahu walau dipaksa bagimanapun,Julia tidak akan memberitahu hal sebenar.Kakinya melangkah keluar dengan perasaan hairan juga risau.

*………………….*

Luqman diam memandang telefon bimbit.Bagaimana harus dia menghubungi Julia.Dia bukanlah ingin mendengar suara Julia atau bercakap dengannya.Yang penting,telefon bimbit itu disentuh ketika dia menghubungi.
Lebih baik panggilannya diangkat kerana sistem pengesan akan terus mengesan kedudukan telefpn bimbit milik Julia.Tapi jika panggilan ditolak sekurang-kurangnya dia akan mengetahui kedudukan telefon secara rambang.
Nombor Julia dihubungi lagi.Keputusannya sama.Panggilannya dibiarkan hingga akhirnya ia masuk ke peti suara.
Luqman mengeluh.Dia harus ke rumah Cik Amir untuk mencari tahu tentang penyiasatan yang sedang dijalankan pihak polis.

*………………….*

Julia memegang perutnya.Dia benar-benar sudah tidak mampu bertahan lagi.Sudah seminggu dia langsung tidak menjamah apa-apa.Kedatangan Salim yang menyoal diberi alasan kononnya dia berpuasa.
Soalannya yang tidak terjawab tempoh hari jelas membuktikan bahawa Salim benar-benar melakukan kerja-kerja yang dia sangka.Cuma Julia tidak pasti adakah Salim terlibat dengan arak.
Tapi kalau sudah mengedar dan menyeludup,ia tidak mustahil bagi Salim.Perdagangan manusia juga..keempat-empat perkara ini sangat berkait rapat.
Perutnya di pegang lagi.Bunyi berkeroncong sangat mengganggu,ditambah dengan pedihnya kerana lapar.Muka Julia berkerut menahan kesakitan yang dirasakan.
Kaki melangkah ke bilik air.Mahu mencuci muka agar tidak kelihatan terlalu pucat di hadapan Faiz dan mak cik Nafisah yang bakal menghidangkan makanan tengah hari.
Julia jatuh rebah di pintu bilik air,tidak sedarkan diri lagi.

*……………………*

Faiz membuka pintu membenarkan Nafisah masuk.Nafisah menolak troli makanan dan Faiz mengekor.
Troli itu ditolak sebaik melihat Julia yang terbaring di depan bilik air.Laju langkahnya menuju pada cik muda itu.
Faiz mengerut dahi.Kenapa dengan mak cik Nafisah? Mata membulat sebaik melihat keadaan Julia.Telefon bimbit dari poket seluar dikeluarkan,menghubungi pejabat bagi memaklumkan Julia jatuh pengsan.
“Cik muda” Faiz memanggil.Tubuh Julia diangkat dan diletakkan di atas katil.
Nafisah langsung masuk ke bilik air mengambil tuala kecil dan segayung air.Dahi Julia yang panas merisaukannya.
Faiz resah menanti.Mengapa Johan mahupun Zakuan belum tiba? Atau…bos sudah pulang?
“Julia..” Salim berlari menuju pada katil.
Faiz menjauh,menanti arahan.Salim langsung memegang wajah Julia.Wajahnya sungguh pucat.Faiz dipandang,”Kau cakap dengan Nizam suruh dia jemput Tn.Hassan sekarang juga!”
Faiz menunduk dan keluar dari bilik.Dia harus cepat,mahu mengambil Dr.Hassan juga memakan masa.Pertama,Nizam harus ditemukan.

*………………….*

Dia menekan brek.Sesudah memarkir kereta,Luqman memasuki rumah kawasan rumah teres itu.Pintu diketuk dan salam diberi.
Anisah muncul di muka pintu.Memberi senyuman pada pemuda bernama Luqman dan membenarkan dia masuk.
“Has tak datang sekali?” Amir muncul dari dapur.Dia bersama isteri baru selesai makan tengah hari.
Luqman menyalami Amir,”Has ada kelas hari ni”.
Amir mengangguk tanda memahami.Luqman dijemput duduk.Anisah berlalu ke dapur bagi menyediakan air minum.
“Cik Amir tak de kelas ke hari ni?” Luqman menyoal.
“Ada,kelas Cik Amir petang nanti.Lagipun cuma untuk buat rujukan je..tak lama”.
Luqman senyum.Amir memandang Luqman,kedatangannya pasti ingin menyoal apa-apa berkait soal puterinya yang telah lama hilang khabar beritanya.
“Man nak tanya fasal siasatan pihak polis” Luqman menerangkan maksud kedatangan.
Amir mengangguk.Nafas ditarik.Memaklumkan apa yang diberitahu pihak polis ketika dia dan Anisah menemui mereka semalam.
Pihak polis sudah lama menanti khabar.Telefon bimbit Julia tidak dapat dikesan di mana keberadaannya.Sebenarnya pihak polis sudah dapat mengesan melalui sistem GPS,tetapi disebabkan kedudukannya yang berubah-ubah pihak penyiasat selalu mendapat keputusan yang berbeza-beza.
Lagipula kadang-kala sistem mengesan telefon bimbit itu berada di luar negara.Sistemnya akan lemah dan jejak yang dikesan mula hilang.Pihak polis membuat kesimpulan bahawa telefon bimbit Julia telah dicuri atau mungkin sudah dipas dari tangan ke tangan untuk dijual.
Tambahan,sebelum Julia hilang,tidak ada walau satu tanda yang mengatakan dia diculik.Tiada ugutan juga tanda-tanda diekori.Hilangnya tiba-tiba tanpa jejak apa-apa.
Luqman diam mendengar cerita Amir.Kalau begitu,bagaimana dia mahu mencari Julia? Harus bermula dari mana?

*……………………*

Dr.Hassan tiba di banglo dengan perasaan hairan.Mengapa Salim meminta dia segera ke sini? Ada hal mustahak? Ada sesiapa yang jatuh sakitkah? Mengapa dia perlu ke sini? Mengapa pesakit tidak dibawa ke hospital?
“Tuan”panggil Nizam.
Dr.Hassan tersenyum.Langkahnya mengikut Nizam yang sudah melangkah ke hadapan.Hingga akhirnya tiba di bilik hujung tingkat atas.
Dahi dikerut.Bukankah bilik ini merupakan bilik kosong.Mengapa dia dibawa ke mari?
“Silakan tuan” Nizam membukakan pintu.
Dia melangkah masuk.terkejut melihat seorang gadis terbaring lemah di atas katil bersama Salim di sisi.
“Lim” Dr.Hassan memanggil.
Salim menoleh.Lega pak su nya sudah tiba.Dia kerisauan separuh mati memikirkan apa yang terjadi pada Julia.
Dr.Hassan mengambil tempat.Seribu satu soalan yang terlintas dibiarkan berlalu.Pesakit di hadapan harus diutamakan.Dia memeriksa suhu badan gadis itu.Tiga puluh lapan darjah celcius,nampaknya gadis ini benar-benar tidak sihat.
Sekilas,wajah itu dipandang? Mengapa dirasakan wajah itu pernah dilihat? Di mana agaknya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s