JULIA – BAB 21

Luqman terjaga dari mimpi.Matanya terpisat-pisat mahu dibuka.Dahi dikerut.Mengapa dia terbangun?
Telefon bimbit diambil dan jam dilihat.Baru pukul 10.00 malam.Mengapa dia terjaga pula? Keluhan dilepaskan.
Mengapa terasa seolah ada yang memanggil dan menyebut-nyebut namanya.Suara itu pula bagaikan…dia.Dia Julia.
Luqman menarik nafas.Ya Allah,apa dah kena dengan aku ni? Nampaknya dia harus segera mencari Julia sebelum keadaannya tambah parah.

*…………………..*

Matanya dipejam.Tidak,tidak mungkin.Julia menipu.Siasatan Johan tidak memberitahu bahawa dia sudah berpunya.Tidak mungkin Julia sudah bertunang.
“Saya tahu awak takkan percaya” Julia bangun dari tempat duduk.Berjalan mundar mandir di sisi katil.Menyembunyikan gementar atas pembohongan yang terpaksa dicipta.
“Mustahil” Salim berkata,tubuh Julia dipandang.
“Salim.Apa yang awak tahu tentang saya? Kalau setakat siasatan awak,awak belum boleh tahu tentang saya sepenuhnya”.
Julia diam seketika,nafas ditarik.”Kalau awak nak tahu,sebelum awak culik saya…pihak keluarga kami dah bersiap nak buat persiapan perkahwinan.Tapi bila jadi macam ni…saya pun tak tahu nak cakap apa”.
Salim langsung bangun dari tempat duduknya dan melangkah keluar.Baginya segala yang diberitahu Julia malam itu adalah pembohongan semata.

*………………….*

Dr.Hassan menyimpan stetoskop dan termometer ke dalam briefcasenya semula.Julia sudah sihat sepenuhnya.Untung gadis itu memiliki semangat dan tubuh yang kuat.Jika tidak,dengan keadaan sekarang pasti tubuhnya tambah sakit sana sini.
“Cik dah sihat.Alhamdulillah..” Dr.Hassan senyum sambil memeriksa sesuatu pada rekod kesihatan di tangannya.
Julia membalas senyuman doktor yang pada pandangannya kelihatan seperti abi itu.Melihat sang doktor,sudah berkurang rindu pada abi.Tapi tetaplah rindu pada abi tersayang.
“Doktor”panggil Julia.
Dr.Hassan tersenyum mesra,”Boleh panggil pak su je.Macam Salim”.
“Kalau macam tu,pak su boleh panggil saya Ju.Nama saya Julia Aleeya” Julia menguntum senyuman manis.
Dr.Hassan mengangguk,”Ok.Ju dah sihat,tapi lepas ni Ju tak boleh skip makan tau.Pemakanan kena jaga,cukup tiga kali sehari.Air pun kena minum banyak,kalau tak…macam ni lah keadaan Ju.Nanti Ju mudah pengsan”.
Julia diam.Memikirkan apakah pak su sama seperti Salim yang langsung tak mengerti agama.Teringat ucapan alhamdulillah yang keluar dari mulut pak su.Kalau begitu,tentu pak su lebih arif agama berbanding Salim.
“Pak su” Julia memanggil lagi.
Dr.Hassan memandang.Menghulurkan beberapa ubat-ubatan Julia pada Nafisah yang setia menjadi penunggu.
Julia diam seketika.Bagaimana harus dia memulakan ayatnya? Otaknya kosong semacam tidak mengizinkan dia bertanya pada pak su.
“Ju ada benda nak tanya?” Dr.Hassan menyoal,bukan sebagai seorang doktor tapi sebagai seorang pak cik juga ayah.
Julia mengangguk.Ada memanglah ada.Tapi dia tidak tahu bagaimana harus memulakan ayat.
“Pak su tahu Salim kerja apa?” Julia menyoal,satu demi satu perkataan diucap.
Dr.Hassan tersenyum kecil.Hatinya hairan.Mengapa Julia menyoal sedemikian rupa.Dia terfikir.
“Ju jangan cakap dengan pak su yang Ju tahan makan sebab tak yakin?”
Julia sengih.Pak su memang persis abi yang senantiasa saja tahu apa yang bermain di fikirannya.
Dr.Hassan menarik nafas sedalamnya.Pantas saja gadis ini menjadi pilihan Salim.Dia memiliki keyakinan yang tinggi serta pendirian yang kukuh dan tetap.
“Kalau macam tu,Ju jangan risau.Pak su jamin semua keperluan Ju yang Salim sediakan datang dari sumber yang sah dan halal.Memang Salim tak cukup ilmu agama,tapi untuk Ju dia hanya akan sediakan yang terbaik”.
Julia tersenyum lega.Mujur saja…jika tidak puas dia memikirkan dari mana asal usul makanan yang dijamahnya sepanjang dia berada di sini.
Dr.Hassan ikut tersenyum melihat senyuman Julia.Tapi,bukankah Salim mengatakan Julia hanya tinggal tetap di bilik dan langsung tidak dibenarkan keluar.Lalu apa yang menimbulkan keraguannya?
“Ju pernah turun bawah?” Dr.Hassan menyoal,meminta kepastian.
Julia mengangguk.Dr.Hassan mengeluh,patutlah.Dia memandang anak gadis itu dan berkata,”Ju,pak su nak pesan.Ju ikutlah rentak Salim selagi masih dalam ni.Pak su tak nak Ju ditimpa bahaya.Kalau Ju tak suka Salim,pak su faham.Bukan senang kita nak buang orang yang dah lama ada dalam hati kita hanya sebab seorang lain yang kita sendiri tak kenal luar dalamnya”.
Dia berhenti seketika.Dan menyambung lagi,”Macam mana pun,pak su tetap nak ucap terima kasih banyak pada Ju.Sebab Ju..Salim dah banyak berubah.Makin lembut,makin peka,makin sensitif.Cuma…fasal apa yang Ju dah pernah nampak kat bawah tu,pak su rasa baik Ju lupakan”.
Julia mengerut dahi.Wajahnya diangkat memandang Dr.Hassan.Apa yang dimaksudkan pak su dengan lupakan?
“Tu untuk kebaikan dan keselamatan Ju sendiri.Apa yang Ju nampak kat bawah tu,anggap je Ju tak pernah nampak.Faham kan apa maksud pak su?” Dr.Hassan menyatakan kerisauannya.
Julia mengangguk.Hatinya terhibur dengan keprihatinan yang ditunjukkan Dr.Hassan.Sekurang-kurangnya dia tahu Dr.Hassan tidak akan membiarkan apa-apa terjadi padanya.Tapi…mengapa Dr.Hassan tidak membantunya lari saja dari situ?
Dr.Hassan mengangguk juga.Baguslah Julia memahami.Kalau boleh,mahu saja dia bantu Julia melarikan diri.Keluar dari situ.
Tapi itu mustahil.Dia maklum akan sikap Salim yang panas baran dan cepat mengamuk itu.Memang Salim tidak akan mengapa-apakan dia atas rasa hormat yang Salim punya pada Dr.Hassan.
Namun itu bukanlah penjamin bahawa Salim akan melepaskan Julia begitu saja.Lagipun ia berisiko pada keluarga Julia dan diri Julia sendiri.Dr.Hassan tidak mahu Julia dan keluarga ditimpa bahaya.
Lagipula,memang ada sesetengah hal yang Dr.Hassan tidak akan sesekali campur tangan.Ia kerana Dr.Hassan tahu Salim sudah cukup dewasa untuk menentukan jalan yang dipilih.Bukankah orang dewasa tidak suka orang lain mencampuri urusan mereka tanpa dipinta?
Julia menguntum senyuman pada mak cik Nafisah di sisi.Nafisah ketawa kecil melihat telatah gadis itu.
“Sembang apa?” Salim muncul dari muka pintu.Dia mendekati mereka.
Dr.Hassan langsung mengemas barang.Dia punya mesyuarat pakar-pakar hospital sebentar lagi.Oleh itu dia harus pulang ke hospital segera.
“Ingat pesan pak su.Makan kena jaga tau” Dr.Hassan bangun dari duduk.
Julia mengangguk.”Terima kasih pak su”.
Dr.Hassan memandang Salim,”Lim,pak su kena balik hospital ni.Dah siap kereta?”
“Dah.Anas dah tunggu kat luar” Salim memberitahu.
Dr.Hassan pun beredar meninggalkan mereka di bilik itu.Khuatir dia terlewat ke mesyuarat.
Salim memandang mak cik Nafisah yang sedang menyusun ubat-ubatan Julia atas meja sisi katil.
“Mak cik dah siapkan makan tengah hari?”
Nafisah menoleh.Memberi senyuman dan meminta izin untuk beredar.Dia tahu itu adalah petanda bahawa bos punya sesuatu untuk dibicarakan pada Julia.
“Mak cik teman Ju boleh?” Julia menarik tangan Nafisah.
Nafisah tersenyum menampakkan giginya.Bagaimana pun,dia harus mengikut rentak Salim.Agar dia dan Julia sendiri tidak susah.
Julia mencebik melihat mak cik Nafisah beredar.Selimut ditarik hingga ke bahu.Dia duduk memeluk lutut.
Salim ingin mendekat tapi segera Julia mengingatkan.
“Awak duduk kat hujung tu je tak boleh ke?”
Salim diam.Dia berundur sedikit.Nafas ditarik.Hari ini dia mahu menyelesaikan segala kekusutan yang melanda dirinya.Dia perlu tahu siapakah ‘tunang’ yang dikatakan Julia.
“Awak nak apa?” Julia menyoal setelah suasana sepi seketika,
“Fasal tunang yang awak cakap semalam tu…” Salim terhenti,tidak tahu bagaimana harus dia meneruskan ayat.
Julia diam menanti.Berbohong memang kelemahannya.Dia tidak tahu berbohong.Tapi kali ini,dia terpaksa.Siapa tahu andai Salim menyedari dia sudah berpunya Salim akan melepaskannya.
Salim memandang Julia yang menunduk.Gadis itu seperti berfikir sendiri.
“Betul ke awak dah bertunang?” Salim menguatkan hati.
Julia mengeluh,”Apa guna awak tanya saya? Kalau benda tu betul,tapi awak tak percaya akan jadi tak betul juga.Macam tu juga kalau benda tu tak betul tapi awak percaya,akhirnya akan jadi betul walaupun ia tak betul”.
Salim diam.Akhir-akhir ini jawapan Julia selalu saja jawapan yang mencari gaduh.Kata-kata pak su terngiang kembali,’Takut nanti dia makin benci’…atau kata-kata pak su sudah mula menunjukkan kebenarannya?
“Kalau saya cakap saya akan lepaskan awak…sekiranya awak memang dah berpunya.Awak akan bagitahu siapa dia?”
Julia senyum sinis.Salim bukan boleh dipercayai begitu saja.Entah-entah jika diberitahu,perkara lain yang akan terjadi.
“Bukan awak nak pergi serang dia?”
“Julia…”lembut suara Salim.Sebolehnya dia tidak mahu bergaduh.Geram betul dengan dirinya sendiri,mengapa dia mudah mengalah dengan Julia?
“Dah lah,kita bercakap pun tak guna.Macam mana pun,awak takkan lepaskan saya,kan?”
“Boleh awak bagitahu siapa dia? Atau awak sengaja cakap macam tu untuk buat saya serba-salah?”
“Kalau semata nak buat awak serba-salah.Saya dah cakap sejak awal awak mula main permainan gila ni.Bukan bila dah tengah..dah dekat setengah tahun saya kat sini tau.Awak ingat saya tak kira?”
“Saya cuma nak tahu siapa dia.Tak boleh ke awak bagitahu baik-baik?”
“Tak boleh.Silap hari bulan,bila saya balik nanti dia dah dalam kubur.Awak ingat awak tu boleh dipercayai ke?” Julia membidas,dia tidak bosan bertikam lidah dengan lelaki di hadapannya ini.Dia akan melawan hingga tiada tenaga dan akal untuk melawan.
Salim meraup mukanya.Inilah agaknya penyebab Nizam langsung tidak sukakan perempuan.Ragamnya banyak hingga tak terlayan.Dia cuma mahu tahu siapa pemuda itu? Susah sangatkah?
“Awak tak nak bagitahu tak pe.Saya akan anggap awak menipu dan awak tak pernah cakap fasal ni.Saya tetap akan tunggu sampai awak jawab ya pada saya” Salim membuat gaya ingin beredar.
Julia memandang.Kalau dia bagitahu,apakah yang akan terjadi? Tapi kalau dia diam sahaja…
“Kalau awak nak tahu sangat,nama dia Luqmanul Hakim.Mungkin awak tak kenal dia…tapi kalau awak ni orang bisnes mesti awak tahu Hakim Legacy,kan?”
Salim memandang.Hakim Legacy? Pasti saja dia kenal.Hakim Legacy merupakan salah satu syarikat pengeluar pakaian kanak-kanak yang terbesar di Malaysia.
“Dia anak sulung Dato’ Norman dari Hakim Legacy.Kalau awak tak percaya juga,awak boleh cek handphone saya.Mesti dah berjuta mesej dengan miss called dari abang Hakim”.
Salim bungkam.Luqmanul Hakim anak Dato’ Norman dari Hakim Legacy?

1 thought on “JULIA – BAB 21

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s