JULIA – BAB 22

Kehairanan.Masuk hari ini sudah dua hari Salim tidak menjengahnya.Selalunya ada saja yang diperkatakan Salim.
Dia bukanlah menanti.Cuma rasa hairan menjelma.Senyuman dikuntum buat mak cik Nafisah dan Faiz yang muncul di pintu.
“Faiz” Julia memanggil.
Faiz memandang dan mengangguk.Menjawab panggilan cik muda.
“Salim tak de ke?”
Faiz menggeleng,”Bos ke luar bandar.Dia kata ada klien penting nak jumpa”.
“Ooh..terima kasih” Julia tersenyum.Mak cik Nafisah dipandang.Dahi dikerutkan.Klien besar? Bukankah menurut Johan,selalunya urusan klien dikendalikan oleh Nizam?
Barangkali,klien ini memang benar-benar penting buat Salim.

*…………………..*

Luqman membuat muka,bibirnya dimuncung.Dia tidak mahu ikut papa.Terbatal sudah niat mahu ke rumah Cik Amir.Rencananya dia mahu membawa Cik Amir dan Cik Nisah ke balai polis.
Tapi papa tiba-tiba mengajak dia berjumpa seseorang.Siapa pun dia tidak tahu.Puas dia menolak dan bergaduh,papa tetap bertegas.
Dato’ Norman memandang Luqman di sebelah.Dia tersenyum,”Janganlah abang buat muka macam tu.Tak elok”.
Luqman mengeluh,”Abang dah cakap dengan papa , abang nak bawa Cik Amir dengan Cik Nisah pergi balai polis.Lagipun,papa dah janji nak bagi abang izin cari Lia sampai jumpa dulu”.
Dato’ Norman menggeleng-geleng.Inilah dia anak sulung lelaki.Ada saja bantahannya.Ada saja perkara yang tidak disetujui.
Luqman memandang Pak Khir yang merupakan pemandu tetap papa.
“Pak Khir,hantar Man balik dulu boleh?”
Pak Khir tersenyum.Dia pun berkata,”Pak Khir rasa baik tuan muda ikut je apa yang tuan besar suruh”.
Luqman memandang papa yang tersenyum.Siapalah yang diajak papa bertemu dengannya ini?

*…………………..*

Has memandang jam tangan.Mana abang ni? Sudah hampir tiga puluh minit dia menunggu di hadapan syarikat.Tapi abangnya tidak muncul-muncul.
Tadi dia dan abang ke syarikat.Abang menemaninya mengambil alatan untuk pembentangan di universiti esok.Dan mereka singgah di pejabat papa.
Bila dia keluar dari bilik air,keduanya sudah hilang.Hairan juga.Menurut setiausaha papa,papa berjumpa dengan wakil syarikat yang bakal menjalankan kerjasama dengan Hakim Legacy.
Has langsung turun ke bawah untuk melihat kalau-kalau abang sudah menunggu di bawah.Tapi tiada.Bukankah abangnya mahu mengajak dia ke rumah Cik Amir untuk ke balai polis?
Telefon bimbit diambil dan nombor Luqman dihubungi.Menanti sesaat dua dan panggilannya dijawab.
“Assalamualaikum”.
“Waalaikumussalam.Abang kat mana? Nak tercabut dah kaki Has berdiri kat depan ni”.
Luqman menepuk dahi.Terlupa pula dia memberitahu Has bahawa dia mengikut papa.
“Abang ada dengan papa ni”.
“Papa?”
“Papa tetiba ajak abang ikut dia.Sebenarnya bukan ajak,paksa.Ni dalam kereta”.
“Ooh..nak pergi rumah Cik Amir tak?”
“Has cakap dengan Cik Amir tak jadilah.Cakap kita tak boleh teman.Tapi kalau Has nak pergi seorang tak pelah…”
Has mencebik.Mahu ke rumah Cik Amir dengan memandu BMW abangnya? Simpang 44 malaikat.Dia paling tidak suka memandu kereta orang lain.Tambahan,dia sudah cukup selesa dengan proton Iswaranya sekarang.
Kalau setakat pulang ke rumah boleh lagi.Tapi kalau ke rumah Cik Amir amatlah mustahil.
“Tak yahlah abang.Cik Amir ok je..kunci kereta mana?”
“Abang tinggal kat kaunter.Has mintalah kat Huda.Abang kasi dia tadi”.
“Yelah” Has mematikan panggilan.Papa mengajak abang berjumpa wakil syarikat? Bukankah abang tidak mahu masuk campur urusan syarikat selagi Julia belum ditemui? Dan papa juga mengizinkan.
Habis,sekarang apa? Has melepas nafas.Biarlah,,urusan orang lelaki.Yang penting dia harus menghubungi Cik Amir dan meminta kunci kereta dari Huda.

*……………………*

Salim menanti dengan sabar.Nizam di sebelah dipandang.Kedua-duanya tidak sabar menanti.Anas menunggu di meja lain.Menurut bos,dia akan berjumpa klien di situ.
Dua orang lelaki muncul di mejanya.Seorang kelihatan tua dan seorang lagi muda,bahkan lebih muda dari Salim sendiri.
“En.Salim?”yang lebih tua menyoal.
Salim mengangguk.Dato’ Norman dari Hakim Legacy.Dia kenal wajah yang terkenal ini.Dato’ Norman selalu muncul di majalah-majalah keusahawanan kerana syarikatnya yang berjaya.
“Dato’ ” Salim bangun dan mereka berjabat tangan.
“Kenalkan ni anak sulung saya,Luqman” Dato’ Norman memperkenalkan puteranya pada pengarah syarikat itu.Fikirnya Salim menghantar wakil untuk berbincang,tidak sangka pula Salim sendiri yang berjumpa dengannya.
Salim dan Nizam berpandangan.Luqmanul Hakim anak Dato’ Norman dari Hakim Legacy.Salim langsung tidak merencana untuk bertemu dengannya.Pertemuan hari ini memang atas dasar kerja semata-mata.
Salim mengukir senyum.Nampaknya nasib memang berpihak padanya.
“Luqman”.
“Salim.Ni pembantu saya Nizam”.
Mereka berjabat tangan.Nizam hairan melihat mood Salim yang tiba-tiba berubah.Bosnya dipandang.
Dato’ Norman dan Luqman mengambil tempat.”Selalu dengar nama En.Salim dari Sa-Nu,baru hari ni dapat jumpa tuan punya badan”.
Salim tersenyum mendengar kata-kata Dato’ Norman.Ingin saja dia katakan sejak dia mendengar nama Luqman meniti di bibir Julia,dia sangat teringin berjumpa pemuda itu…baru sekarang dapat berjumpa tunangan Julia.
“Saya ingat dato’ hantar wakil je.Tak sangka pula saya,dato’ sendiri datang” Salim memanggil pelayan restoran.
Luqman diam mendengar papa berbual denga lelaki bernama Salim itu.Bosan…dia memang masih belum bersedia untuk mengetahui selok-belok urusan syarikat walau satu pun.
Di fikiran hanya Julia.Di mana Julia? Apa yang sedang dilakukannya? Sihatkah Julia? Kalau sakit siapa yang menjaganya? Yang terpenting sekali,selamatkah dia?

*…………………..*

Has menjerit.Apa? En.Salim akan makan malam di rumah mereka?
“Kenapa Mukrimah menjerit ni? Tak suka tetamu datang?” Datin Mariah menyoal.Puteri bongsunya dipandang.
Has sengih.Mama memang benar.Dia paling bencikan tetamu.Walaupun segala kerja-kerja dapur dilakukan pembantu rumah dan dia hanya duduk goyang kaki,dia tetap tidak sukakan tetamu.
Luqman ketawa kecil.Tahu sangat adiknya itu tidak suka orang yang tak dikenali datang ke rumah.Sebenarnya dia sendiri hairan.Menurut papa,Salim yang membuat permintaan.Katanya mahu berkenalan lebih rapat dengan papa sekeluarga.
Tangannya mencubit lengan abang.Luqman dijeling.
“Bukan ke Sa-Nu tu jual basikal?” Has menyoal papa yang sedang menjamah minum petang.
Dato’ Norman mengangguk.Wajah Has dipandang,”Kenapa Has tanya?”
Has mencebik,”Tak delah..basikal bukan ada kaitan dengan baju pun.Dia nak buat apa beli baju kita banyak-banyak?”
Datin Mariah tersenyum.Puterinya ini ada saja yang menjadi persoalan.Kadang-kala soalannya sampai tak masuk akal.
“Has ingat papa tanya ke Salim tu nak buat apa beli banyak-banyak” Luqman menjawab dalam perlian.
Dato’ Norman tersenyum.”Katanya Sa-Nu nak buat majlis amal ke..macam tulah”.
Has diam.Majlis amal? Seingatnya dia pernah terdengar dari teman-teman bahawa syarikat Sa-Nu yang menjual basikal terlibat dalam perniagaan-perniagaan haram tapi sejauh mana kebenarannya dia sendiri tidak tahu.
“Nama dia Salim ke?” Has menyoal lagi.Sebenarnya dia langsung tak puas hati.Mengapa perlu di ajak ke rumah? Papa pernah mengatakan papa tidak suka membawa kerja pulang.Tapi ini…
Dato’ Norman mengangguk.Luqman menjeling adik manjanya,”Ada soalan lagi,Cik Mukrimah Muhasibah?”
Dia mencebik.Abang yang menyakitkan hati adalah untuk dicubit.Luqman senyum.Sudah biasa dengan cubitan adiknya.Cubitan berbisa itu sudah hilang bisanya.
“Papa kata dia muda lagi..kenapa nama Salim? Ada ke orang muda nama Salim? Macam nama atuk-atuk zaman dulu je…”ngomel Has.
Kali ini dia dipandang mama,papa juga abang.Has sengih habis.Tahu dia sudah terlancang kata.

*…………………*

Julia membantu mak cik Nafisah menghidang makan malamnya.Dia tiba-tiba teringat.Salim tiada,dia ke luar bandar.Jadi bolehlah dia mengajak mak cik Nafisah dan Faiz makan bersama.
“Mak cik…” Julia memanggil lembut dengan wajah semanis mungkin.
Nafisah memandang.Dia tersenyum menampakkan gigi.Wajah Julia seperti ini pasti mahu mengajaknya makan bersama.Bukannya dia tidak mahu tapi itu tidak sesuai.Dia hanya tukang masak sedangkan Julia adalah cik muda kesayangan bos.Kalau bos tahu perkara ini,pasti dia dimarah.
Belum sempat Julia menyatakan hajat,bunyi telefon bimbit mengalih perhatian mereka.
Faiz menjawab panggilan.Bos? Apa yang bos mahu dengannya? Selalunya dia menelefon Zakuan tidak pun Johan.
“Ye bos”.
“Kau kat dalam ke luar?” Salim menyoal.
“Dalam bos”.
“Bagi aku cakap dengan cik muda”.
Faiz memandang cik mudanya.”Bos”.
Julia menyambut huluran Faiz.Belum pernah Salim berbual dengannya melalui telefon,apa yang tak kena dengannya hari ini?
“Apa?” Julia menyoal serius.
“Awak sihat?”
“Sihat.Nak apa?”
“Erm..dah makan?”
Julia mengerut dahi,aneh sungguh.”Kalau awak call semata-mata nak tanya benda macam ni,baik tak yah call.Membazir kredit”.
“Nak tahu awak ok ke tak…” Salim membalas lembut,berharap kelembutannya dapat melembutkan Julia yang keras itu.
“Kalau awak ada,saya tak ok.Kalau awak tak de,saya ok.Ada lagi nak tanya? Saya lapar,nak makan”.
Salim melepas nafas.”Ok.Jaga diri elok-elok”.
Julia menghulurkan telefon bimbit kepada Faiz.Belum sempat Faiz menyambut,Julia mendekatkan telefon bimbit itu ke telinganya semula.
“Awak..”panggil Julia serius.
“Kenapa?” Salim tersenyum sendiri mendengar suara Julia.
“Awak cakap dengan Faiz .. boleh tak dia dengan mak cik Nafisah temankan saya makan”.
Langsung dia memberi telefon bimbit itu pada Faiz tanpa mendengar jawapan Salim.Julia melihat Faiz bercakap-cakap dan mematikan panggilan.
Julia senyum memandang Faiz.Dan Faiz senyum kembali,”Bos suruh saya dengan mak cik temankan cik muda makan”.
Julia senyum ke gigi.Teruja.Langsung tangan mak cik Nafisah ditarik ke meja.Kali ini,mak cik Nafisah sudah tiada alasan untuk menolak lagi.Begitu juga Faiz.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s