JULIA – BAB 23

Dia melangkah ke dapur.Dengan tudung bawal berwarna merah delima dan maxi berwarna pink,Has mendekati abang.Idea nakalnya timbul bila melihat Luqman setia menanti mama menuang air.
“Sedapnya sunquick mama…” Has langsung merampas gelas dari tangan Luqman yang baru ingin meneguk.
Luqman terpinga-pinga bila tangannya kosong.Has ketawa melihat reaksi spontan abangnya.Dengan penuh rasa bangga dia berjalan ke ruang tamu sambil menunjuk-nunjuk gelas itu pada Luqman.
“Has!”jerit Luqman kegeraman.Lantas Has dikejar.Apa lagi,larilah Has dengan jus orennya.
Has menoleh sekilas,menjelir lidah pada Luqman yang ketinggalan.Baru saja langkahnya dibuka semula…
“Has!”jerit Luqman.
Has membuat muka.Matanya dipejam rapat.Mukanya yang menunduk diangkat perlahan.Matanya langsung membulat melihat lelaki tak dikenali di hadapannya ini.
Has diam.Siapakah mangsa tumpahan jus orennya ini? Mujur gelas masih di tangan,jika tidak bunyi pecahnya pasti menarik perhatian seisi rumah.
Dato’ Norman bergegas ke ruang tamu sebaik mendengar jeritan Luqman.Terkejut melihat apa yang terjadi.Langsung dia mendekat.
“En.Nizam”.
Nizam menoleh.Membuat senyuman palsu.Sakit hati sungguh dengan gadis di depannya.Muka saja cantik,tapi perangai mengalahkan kanak-kanak.Patutkah dia bermain berlarian ketika ada tetamu di rumah?
Luqman langsung mendekati dan menarik Has agar sedikit jauh dari Nizam.Wajah Has dipandang.Memberi isyarat supaya dia meminta maaf.
Has menunduk.Tidak kena masa betul.Pembantu rumah langsung bergegas dan mengelap air yang tumpah.Datin Mariah yang baru ke ruang tamu senyap.
“Kot tu…” Datin Mariah menegur.
Nizam memandang kot yang tersarung pada tubuh.Baru dia sedar kotnya basah.Lantas kot dibuka.Mujur saja kemejanya tidak turut basah.
“Jom” Luqman menarik Has pergi ke dapur.
Salim dan Dato’ Norman berpandangan.Keduanya menunduk serentak.Menyatakan maaf bagi pihak masing-masing.
Nizam mengeluh.Apalah malang sangat nasibnya hari ini.Bagaimanalah ini boleh terjadi? Semuanya gara-gara gadis itu.
“Maaflah En.Nizam.Tu anak bongsu saya,Has” Dato’ Norman menunduk.
“Tak pe,dato’…benda kecil” Nizam memaniskan muka.
Datin Mariah langsung mendekati,”Bolehlah duduk dulu.Pembantu tengah siapkan meja makan,Nanti boleh panggil”.
Nizam dan Salim memberi senyuman.Mereka mengambil tempat duduk.Dato’ Norman pun berlalu ke dapur.

*……………….*

Has membebel sendirian sambil menekan butang mesin basuh automatik itu.Mengapa dia pula yang harus membasuh kot lelaki yang tak dikenali?
“Tak yah nak membebel sangatlah dik oi.Ingat sikit yang Has tu salah” Luqman memaut bahu Has.
Has mencebik.Eleh,ini yang paling dia benci.Kalau ada tetamu dia langsung tak boleh menjadi diri sendiri.Mengapa harus berlakon sopan dengan orang lain?
“Jangan nak mengamuk sangat.Cepat sikit siapkan mesin,papa suruh kita makan sekali”.
Has mengeluh.Bukankah ada papa dan mama sudah cukup? Ditambah dengan abang lagi..mengapa dia perlu ada bersama?

*…………………..*

Nizam memandang Salim yang berdiam diri di hadapannya.
“Bos”.
Salim memandang.Keningnya diangkat,ada apa?
“Kenapa bos tiba-tiba nak makan kat sini?” Nizam menyoal.Selalunya bos tidak suka ke rumah klien syarikat walau dijemput seribu kali pun.Tapi kali ini bos yang membuat permintaan.Mengapa?
Salim menjeling,tidak suka soal peribadi ditanya.Nizam dipandang,”Aku nak makan kat utara selatan timur barat ada kaitan dengan hidup mati kau?”
Nizam diam.Tahu Salim sudah marah.Dia bangun dan menunduk,”Maaf,bos”.
Salim membiarkan.Matanya melilau melihat seisi rumah itu.Matanya tiba-tiba terperasan sesuatu.Dia bangun dan berjalan ke arah rak yang tersusun bingkai-bingkai gambar.
Ada banyak gambar di situ.Ada gambar mereka sekeluarga.Ada juga suami isteri berdua.Dan ada juga gambar mereka dua beradik.
Turut disertakan gambar Anisah dan Amir.Nampaknya dua keluarga ini memang rapat.Pantas saja Julia ditunangkan dengan putera mereka.
“Julia…”ucap Salim perlahan saat melihat gambar itu.Gambar Julia bersama Has.Saat Julia bersamanya sekarang langsung tidak wujud senyuman seperti di dalam gambar.Senyuman yang sangat bahagia.
“En.Salim”.
Salim memandang kiri,tersenyum pada Dato’ Norman yang berada di sebelahnya.
“Ni anak ke?” Salim menyoal,mahu menguji jawapan Dato’ Norman.
Dato’ Norman melihat gambar Julia.”Bukan,tu kawan baik Has.Bakal menantu saya”.
Salim diam.Jadi apa yang dikatakan Julia adalah benar? Tunangnya Luqmanul Hakim anak Dato’ Norman dari Hakim Legacy?
“Bakal menantu?”
Dato’ Norman mengangguk dengan senyuman,”Bakal isteri Luqman”.
Salim diam.Nizam yang sudah lama berdiri di sisi memandang.Jadi ini adalah rumah bakal suami Julia? Adakah bos baru tahu atau sengaja buat tak tahu? Dia senyum sendiri.Dia punya akal untuk mengenakan Julia.
“Jom ke ruang makan.Makan malam dah disediakan” Dato’ Norman menjemput.
Salim tersenyum dan mengikut Dato’ Norman.Begitu juga Nizam , mengikut Salim.

*……………….*

Has berlari keluar rumah.Bagaimanalah dia boleh terlupa akan kot di dalam mesin pengering itu? Hampir saja dia dibebel mama,sudahlah buat salah.Mahu menambah salah lagi.
“Kejap!” Has menahan kereta hitam itu.
“Haish..” Nizam mengeluh marah.Perempuan ni lagi! Dia keluar dari tempat pemandu.Malam ini Anas dibenarkan rehat oleh bos.Esok awal pagi,mereka akan pulang ke banglo.
“Kau ni kenapa?” Nizam memandang gadis bernama Has itu.
Has diam.Jadi kesopanan yang ditunjukkan Nizam di dalam rumah tadi hanya pura-pura?
“Nak kasi ni” Has menghulurkan kot yang tersangkut pada tangannya.
Nizam mengambil kot dan memakainya semula,”Patutnya kau rendam je sampai tahun depan”.
“Macamlah orang teringin sangat nak simpan barang dia” Has membidas.
Nizam mengerut dahi.Ini sikap sebenar Has? Langsung tidak serupa gadis ayu.Mungkin ini sebabnya dia berkawan baik dengan Julia.Sikapnya dua kali lima.
“Dahsyat juga mulut kau,kan?”
“Habis mulut awak tu berinsuran sangat ke?” Has naik geram.Dia paling tidak suka lelaki begini.
“Aku laki.Kau tu perempuan.Agak-agaklah..”
“Agak apa?” Has menjongket kening,bibirnya senyum kambing.Seronok pula dapat mengenakan lelaki kurang sopan di depannya ini.
“Has” Luqman memanggil dari pintu.Risau adiknya berdua di luar dengan Nizam.Sudahlah Nizam itu masih belum dikenal pasti sikapnya.
“Moga tak jumpa lagi sampai mati.Selamat tinggal” Has menyebut satu persatu.Dan dia langsung berlalu menuju pada abang yang setia menunggu.
Nizam mencebik.Macamlah aku nak sangat jumpa kau? Bukan setakat orangnya pelik,nama pun pelik.Ada ke orang nama Mukrimah Muhasibah? Ingat ni negara arab ke apa? Ni Malaysialah..!
Nizam langsung masuk ke kereta.Memang dia sudah tidak mahu berjumpa gadis bernama Has itu.Kalau boleh buat selamanya.

*………………..*

Julia memandang perkataan tamat yang tertera.Tamat sudah bacaannya.Kisah sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh itu memang seronok.Menceritakan riwayat hidup penakhluk Kota Konstatinopel itu dari pertama kali dilihat dunia sehinggalah menghembuskan nafas yang terakhir.
Jam dipandang.Pukul 11.30 pagi.Patutlah dia mula berasa mengantuk.Julia bergerak ke arah almari buku dan menyimpan buku sejarah itu.
Pintu biliknya terbuka.Johan masuk dengan senyuman.
“Cik muda”.
Julia menoleh,memberi senyuman pada Johan yang baru masuk,”Kenapa?”
Johan menunduk,”Saya nak tanya kalau-kalau cik muda nak pesan apa-apa.Mungkin ada barang yang cik muda nak?”
Julia melepas nafas.Memang setiap hujung bulan Johan akan memberi soalan itu.Kalau begitu,masuk bulan ini sudah lapan bulan dia di sini.Julia mengira melalui soalan yang ditanya Johan.
Sebenarnya tiap kali pun dia memberikan jawapan yang dia tidak mahu apa-apa.Tapi,Johan masih lagi datang dan bertanya.Katanya itu sudah menjadi tugas.Kalau dia tidak lakukan,dia akan dimarahi bos.
“Tak de.Kat bilik ni semua dah cukup” Julia tersenyum.
Johan menunduk lagi.Baru saja dia ingin melangkah pergi,pintu yang memang tidak tertutup itu terbuka luas.Nizam masuk dengan senyum sinisnya.
Julia dan Johan terdiam.Julia memandang.Sudah lama lelaki ini tidak datang padanya.Apa yang dia mahukan pula kali ini?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s