JULIA – BAB 24

“En.Nizam” Johan memandang dengan kerutan dahi.Bukankah bos tidak membenarkan En.Nizam masuk ke bilik cik muda? Nampaknya En.Nizam memang sengaja mencari fasal.
“Kau tunggu luar” Nizam mengarah.
“Tapi…” Johan teringat pesanan bos juga En.Zakuan.
“Kau tunggu luar” serius nada Nizam.Tidak tahukah Johan bahawa dia hanya orang bawahan? Langsung tidak layak untuk menolak arahannya.
Julia senyum memandang Johan,”Awak tunggulah kat luar”.
Dia sudah malas mahu mendengar kata-kata Nizam.Kalau dia meminta Johan menunggu di luar,pasti Johan akan meninggalkan mereka.
Johan berlalu pergi.Walau hatinya mendongkol,itu adalah permintaan cik muda sendiri.Moga cik muda mengambil keputusan yang tepat.
Pintu dirapatkan Nizam tapi tidak tertutup.Julia melipat tangan dan mengangkat keningnya.
“Awak nak apa?”
“Nak padan mukakan kau” Nizam menghulurkan Samsung Galaxynya pada Julia.
Julia membuat muka.Untuk apa Nizam menghulurkan telefon bimbitnya itu?
“Ambil”.
Julia menyambut huluran itu.Skrin dipandang.Membulat matanya melihat gambar Salim bersama abang Hakim dan Cik Norman.
“Apa yang awak buat ni?” Julia langsung menyoal.
Nizam sengih.Seronok lihat wajah takut Julia.Dia berjalan dan mengambil tempat di sofa.
“Tangkap gambar.Banyak lagi gambar yang kau tak sangka dalam tu”sengaja dia mengapikan Julia.
Julia mengerut dahi.Gambar Cik Mariah dan Has juga ada bersama.Menitis air mata melihat wajah-wajah yang dirinduinya itu.Tapi apa yang dilakukan Salim dan Nizam di rumah Cik Norman?
Gambar rumah juga turut ada.Has membasuh pinggan.Cik Mariah mengemas meja dibantu pembantu rumah.Cik Norman berbual bersama Salim.Dan abang Hakim sedang berdiri sambil mengambil sesuatu di dapur.
Menitis lagi.Kemeja berlengan pendek yang dipakai abang Hakim adalah pemberiannya.Hadiah ketika abang Hakim berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara.Tapi abang Hakim menolak tawaran sebaliknya pergi ke Pulau Pinang.
“Apa yang awak dengan Salim buat kat sana?” Julia menyoal bimbang.Boleh jadi saja Salim dan Nizam merancang sesuatu.
Nizam ketawa gembira puas hati.”Tak de buat apa-apa.Cuma pergi melawat rumah bakal suami kau”.
Julia maju pada Nizam,”Kalau awak berdua berani sentuh keluarga Has…”
“Kau nak buat apa? Dah terkurung kat sini pun nak berlagak lagi?” Nizam mencebik.
Julia mengetap bibir menahan geram.Samsung Galaxy milik Nizam diletakkan atas meja.
“Kawan baik kau si Mukrimah tu pedas jugakan.Suka aku rasa” Nizam mengambil telefon bimbitnya dan melangkah keluar.
“Pedas? Apa yang awak buat dengan Has?” Julia dipagut rasa bimbang.Apa maksud kata-kata Nizam?
Nizam ketawa lagi.Langsung dia keluar dan menutup pintu.Julia menggigit bibir.Apa yang telah dilakukan Nizam pada Has? Ya Allah..selamatkan dan lindungilah Has sekeluarga.
“Puas hati aku” Nizam senyum lebar.
Johan mengerut dahi.Apa yang dilakukan En.Nizam dalam bilik cik muda?
“Apa yang En.Nizam buat?” Johan langsung menyoal.
Faiz diam memerhati.Kalau dia menyampuk mahunya dia ditumbuk Nizam yang mudah naik angin.Lebih baik dia berdiam.
“Johan.Aku nak ingatkan kau..kau tu cuma orang bawahan.Tak de hak nak tanya aku apa aku buat” Nizam membetulkan kotnya.
“Johan dengan Faiz mungkin tak de,tapi aku ada” Zakuan berjalan mendekati mereka.
Nizam mencebik.”Dahlah Wan.Aku malas nak gaduh”.
Zakuan menahan Nizam yang ingin beredar,”Kau malas nak gaduh.Aku pun malas nak gaduh.Yang kau cari fasal kenapa? Bos dah bagi amaran kat kau yang kau tak boleh masuk bilik cik muda.Kau tak faham bahasa ke?”
“Eh,aku masuk je.Aku tak buat apa-apa pun kat cik muda kesayangan kau tu” Nizam menolak tubuh Zakuan hingga dia tidak lagi menghalang laluan.
“Kau jangan melampau,Zam.Banglo ni tempat aku.Kau tak boleh buat sesuka hati kau” Zakuan memberi amaran.
Nizam memekakkan telinga dan berlalu pergi.Dia hanya singgah ke banglo untuk mengambil dokumen yang diminta bos.Tapi akalnya tiba-tiba datang untuk mengenakan Julia.
Zakuan memandang Johan dan Faiz di belakangnya.”Ada siapa nak cerita kat aku macam mana Zam boleh masuk bilik cik muda?”
Johan memandang Faiz dan Faiz memandang Johan.Keduanya membuat muka.

*…………………*

Anisah berdiri di tingkap sambil memandang ke luar.Bagaimalah agaknya keadaan Julia sekarang? Tiada khabar berita baik dari Julia mahupun pihak polis.
Amir yang baru saja menyiapkan kerja mendekat.Apa yang tidak kena dengan Anisah akhir-akhir ini? Dia sering berdiam diri,bila ditanya dia akan memberi jawapan bahawa dia tidak apa-apa.
Sedangkan Anisah akan menceritakan semua padanya.Dua bulan akhir-akhir ini sikapnya sudah berubah sedikit.Ia merisaukan Amir.
“Nisa…”
Anisah tersenyum memandang suami di sisi.Amir memaut bahu isterinya,”Teringat Ju?”
“Erm…abang rasa Ju selamat?”
Amir tersenyum.Tidak tahu jawapan yang harus diberikan.Sebaliknya dia menyoal kembali,”Kenapa Nisa tanya macam tu?”
“Abang…Nisa nak tutup kes Ju”.
Amir mengerut dahi.Tutup kes? Anisah menarik nafas sedalam mungkin.Tidak tahu mengapa,naluri ibunya mengatakan Julia selamat dan sentiasa akan selamat.Walaupun dia tidak tahu Julia di mana dan apa yang dilakukan,Anisah yakin dengan rasa hatinya.
“Kenapa Nisa cakap macam tu? Nisa dah tak nak cari anak kita?”
Anisah memandang suami tercinta.Dia mendiamkan diri.Bagaimana harus dia jelaskan?

*…………………*

Julia memandang mak cik Nafisah yang baru selesai mengemas meja makan.
“Mak cik,Salim belum balik ke?”
“Awak rindu saya?”
Julia menoleh ke belakang.Melihat Salim tersenyum padanya.
Nafisah langsung meminta diri dan keluar menolak troli makanan.Julia bangun dari duduk dan menghadap Salim.
“Awak ada benda nak cakap?” Julia menyoal.
Salim mengerutkan dahi.Mengapa Julia tiba-tiba bertukar serius.Kelihatannya dia marah.
“Julia”.
“Apa yang awak buat kat rumah abang Hakim?” Julia terus pada pertanyaan.Tidak mahu mendengar bebelan Salim.
Salim mengeluh.Dahinya dikerut.Bagaimana Julia boleh tahu apa yang dia lakukan?
“Saya bagi tahu awak saya dah ada tunang bukan untuk awak apa-apakan dia”.
Salim memandang Julia,tangan gadis itu dicapai dan digenggam.
“Lepas” Julia menarik tangannya semula.Kali ini dia tidak boleh mengalah lagi.Biar apa pun terjadi padanya,dia tidak mahu bahaya melanda Luqman dan Has.
Salim menarik nafas.”Saya tak buat apa-apa.Kita orang jumpa atas urusan kerja je…”
“Tipu.Kalau awak dah lama buat urus niaga dengan dia orang,kenapa awak tak kenal abang Hakim dari awal?” Julia memandang,keningnya dijongket.
“Julia,awak marah dengan saya sebab Luqman je?”
“Bukan Luqman je.Dia tunang saya.Has…dia kawan baik saya.Apa yang awak dengan Nizam buat sebenarnya ni? Awak rancang nak bunuh abang Hakim” Julia mula emosi.
“Julia…” Salim berlembut.Dengan harapan kemarahan Julia akan berkurang.
“Janganlah Julia Julia.Saya nak jawapan”.
“Kan saya dah cakap,tu urusan kerja semata-mata.Saya tak ada niat langsung nak apa-apakan dia orang” Salim meyakinkan.
Julia mengangguk-angguk,konon.”Awak ingat saya percaya? Awak pernah cakap kalau awak tahu saya dah ada tunang , awak akan lepaskan saya.Tapi awak bukan buat pun…”
“Julia..tolonglah.Saya tak nak gaduh..”
“Kalau awak tak nak gaduh..dari awal awak jangan masukkan Has sekeluarga dalam game gila awak ni!” Julia meninggi suara.
Salim menahan marah.Penumbuknya digenggam,”Kalau saya nak bunuh dia pun,awak boleh tolong? Awak boleh buat apa-apa ke?”
Julia terdiam.Dia mengundur.Tahu pintu tidak berkunci.Dia langsung keluar dari bilik.Dia akan buktikan dia boleh membantu Has dan abang Hakim.
“Julia…”panggil Salim.Dia mengeluh.Mengapalah dia sengaja menambahkan kemarahan Julia?
Faiz terkejut melihat cik muda berlalu.Baru dia ingin memegang cik muda,Salim menghalang dan mengangguk.Faiz memandang bos dan cik muda.Mereka bergaduh?
“Julia…”panggil Salim.
Julia memekakkan telinga.Langkahnya laju menuruni tangga.Menarik perhatian para pekerja yang sibuk melakukan kerja masing-masing.Tapi semuanya tidak masuk campur bila melihat bos yang mengejar.
“Julia..”panggil Salim lagi.
Julia melajukan langkahnya.Dia mencari-cari pintu keluar.Semua bilik dimasuki.Kali ini dia dapat mencari dengan jelas.Tiada siapa yang menghalang.
“Julia,tolonglah…” Salim cuba memujuk.
“Awak yang tolong.Tolong lepaskan saya.Awak nak simpan saya kat sini sampai bila? Saya pun ada hidup saya sendiri,bukan terkurung kat atas tu macam burung dalam sangkar ” langkah Julia dipercepatkan lagi.
Nizam yang sedang memeriksa stok maju pada Salim,”Bos”.
“Kau jangan masuk campur” Salim memandang Nizam sekilas dan masuk ke bilik yang dimasuki Julia.
“Julia…”
Julia berhenti seketika.Mana pintu keluar? Dia harus keluar dari sini dengan segera.Dia akan pulang.Dia akan pergi pada umi dan abi.Dia tidak akan bertahan di sini lagi.
Dia membuka pintu bilik terakhir di rumah besar itu.Bilik kosong.Tapi di dalamnya ada pintu lagi.Julia maju dan membuka pintu.Hutan?
“Ya Allah…”
Salim membulatkan mata.Julia sudah menemui pintu keluar.Bagaimana dia harus menahan gadis itu?
Julia diam memandang pemandangan yang langsung tak disangka.Bagaimana mereka boleh berada dalam hutan? Dia membuka langkah.
“Selangkah awak keluar dari sini , saya tak jamin apa akan jadi pada tunang awak”.
Langkah Julia terhenti.Salim dipandang.Kolam matanya dipenuhi air mata yang menunggu masa untuk menitis.
Salim menarik nafas lega.Dia tahu itu satu-satunya cara untuk membuatkan Julia berhenti.Julia sudah terlalu marah untuk mendengar kata.
Julia berpatah balik.Pintu dibiarkan terbuka.Dia memandang Salim sekilas,”Saya nak bersendirian.Awak jangan ganggu saya sampai bila-bila”.
Salim diam mendengar kata-kata Julia.Saya minta maaf Julia.
Julia berlari masuk ke bilik.Langsung air matanya menitis selaju mungkin.Dia menangis semahunya.

4 thoughts on “JULIA – BAB 24

    1. emmaqiyue Post author

      ┏̲S̶̲̅┓̲┏̲a̶̲̅┓̲┏̲k̶̲̅┓̲┏̲a̶̲̅┓̲┏̲i̶̲̅┓̲ gile sobie..org bru isi bis sih..
      Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

      Like

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s