JULIA – BAB 26

Sejadah dilipat.Dia diam membeku seketika sebelum duduk di atas katil.Dengan wajah mendung,telekung yang dipakai dibuka perlahan.
Pintu yang terbuka tiba-tiba mengejutkan Julia.Telekungnya tidak jadi dibuka.Dahinya berkerut.Pasti itu Salim.Hanya Salim yang selalu masuk tiba-tiba.Kalau mereka-mereka yang lain pasti akan mengetuk pintu terlebih dahulu.
“Julia..” Salim melangkah ke depan setelah pintu ditutup rapat.
Julia mengatur langkah ke bilik air.Langkahnya terhenti setelah beberapa langkah.Dia memakai telekung..bagaimana dia ingin masuk ke bilik air? Untuk menukarnya adalah mustahil dengan keberadaan Salim di dalam bilik.
Salim berlari anak ke bilik air.Dia berdiri tegak di hadapan bilik air seolah pengawal yang mengawal pintu.Wajah Julia dipandang.
“Boleh kita bincang?” lembut dia bersuara.
Julia memalingkan seluruh tubuh.Matanya tertuju pada katil pula.Dia melangkah laju dan menarik selimut.
Malangnya,Salim lebih cepat menangkap apa yang mahu Julia lakukan.Dia berlari merampas selimut dari Julia dan mengambil tempat di atas katil.
“Tolonglah dengar apa yang saya nak cakap”.
Julia diam.Dia melangkah ke sofa.Mengambil tempat pada sofa yang membelakangi Salim.Diam.Kedua-duanya membisu.Suasana sunyi.
“Awak nak cakap apa?” Julia menyoal perlahan.Tapi cukup kuat untuk didengari Salim.
Salim menarik nafas.”Apa yang saya cakap hari tu..”
“Boleh tak awak cakap terus je…awak nak cakap apa? Kalau tak saya masuk bilik air ” serius suara Julia.Tiada sudah intonasi,suaranya mendatar.
“Julia…”
Julia diam.Dia memang tidak punya hati untuk mendengar apa pun yang Salim katakan.Dia hanya mahu keluar dari sini.Rindu pada abi dan umi sudah menggunung ke langit.
Mendengar gelak tawa umi dan abi adalah perkara yang sangat diinginkan sekarang.Pelukan Has,tangisan Has,bahkan bebelan Has pun sudah menjadi kerinduan.Abang Hakim…
“Saya tak de niat nak buat apa-apa kat tunang awak.Saya cakap macam tu memang semata-mata nak bagi awak berhenti je.Fasal saya jumpa dia tu,memang saya dengan Nizam pergi atas urusan kerja semata-mata.Saya tak pernah berurusan depan-depan dengan Dato’ Norman.Selalunya semua urusan pembantu pengurus syarikat buat.Saya cuma bagi kelulusan je.Waktu saya pergi jumpa tu,saya ingatkan Dato’ Norman hantar wakil,tak sangka pula yang dia datang sendiri dan..dia bawa Luqman.Semuanya kebetulan.Saya memang tak rancang pun nak cari dia” panjang lebar Salim menerangkan.
Julia menahan perasaan.Air matanya yang hampir menitis ditahan.Dia diam membeku di tempatnya.
“Julia..” Salim memanggil bila Julia tidak memberikan sebarang respon.
“Awak dah habis cakap?” Julia bangun dari duduk dan memandang Salim.
Salim mengerutkan dahi.Tindakan Julia membuktikan bahawa Julia langsung tidak percaya padanya.Anak mata gadis itu dipandang.
Julia menarik nafas,mata dipejam seketika.”Sekarang awak dengar apa yang saya nak cakap.Awak ingat awak tu boleh dipercayai ke?”
Julia berhenti sesaat dua dan kemudian menyambung lagi,”Saya tak peduli apa yang awak buat.Yang penting awak tak kacau abang Hakim,tak kacau Has,tak kacau umi,tak kacau abi,tak kacau Cik Norman,tak kacau Cik Mariah.Tapi sekarang awak dah masukkan dia orang semua dalam mainan gila ni.Samada awak berniat ataupun tak,awak dah buat pun.Apa pun alasan yang awak bagi…awak boleh elak semua tu kalau awak nak.Awak tak elak..Nizam,saya tak tahu apa yang dia fikir fasal Has tapi saya tak suka dia sebut Has macam Has tu perempuan murahan.Dan awak juga.Saya tak tahu dah berapa kali saya cakap,saya nak balik.Saya ada keluarga saya ada hidup sendiri.Awak nak jawapan awak dah dapat.Kalau awak nak peluang,peluang tu dah tertutup sejak hari pertama awak culik saya dan simpan saya kat sini.Sampai bila- bila pun awak takkan dapat gantikan tempat abang Hakim dalam hati saya.Sampai bila-bila…” air matanya menitis.Suaranya serak menahan tangis.
“Awak nak cakap yang kalau awak tak dapat larikan diri selamanya pun,saya tetap takkan ada peluang?” Salim berdiri memandang Julia.
“Saya akan keluar dari sini” ucap Julia tegas,satu demi satu perkataan.
“Saya takkan lepaskan awak” Salim berkeras.
“Dah tu awak nak bincang apa lagi? Awak nampak tak yang kita jumpa jalan buntu je.Dah tak de benda yang boleh dibincangkan! ” Julia menahan marah.Untuk apa lagi harus mereka berbicara kalau kata sepakat tidak boleh dicapai?
“Awak tak cuba pandang saya.Awak langsung tak cuba….”suara Salim sayu.
“Macam mana saya nak cuba kalau dalam hati saya dah ada orang lain? Semua wanita hanya boleh sayang seorang lelaki dalam satu masa.Awak tak nak terima hakikat ni,awak salahkan saya?”
“Saya takkan terima jawapan tak”.
“Awak keluar sekarang.Dah memang tak boleh nak bincang apa dah”.
“Julia..” Salim maju ke arah Julia.
“Saya cakap awak keluar sekarang” Julia meninggikan suara.Matanya sudah merah kerana menangis dalam marah.
Salim berdegil.Dia mahu Julia berlembut padanya.Dia mahu Julia memberi peluang padanya.Langkahnya terus maju ke arah Julia.
Julia mengetap bibir.”Awak keluar sekarang.Saya kata keluar!”
Salim menggenggam penumbuknya.Nampaknya mereka memang sudah tidak boleh berbicara lagi.Api sama api tidak akan meredakan keadaan.Bagaimana dia boleh menjadi air kalau Julia hanya menjadi api yang galak marak?
Langkah diatur ke pintu.Julia langsung terduduk.Air mata menitis lagi.Lutut dipeluk.Apa yang boleh dilakukan selain menangis dan meratapi nasibnya?
Dia harus membaca alQuran untuk menenangkan hati juga emosi.

*……………………*

Meja diketuk.Sekuat hati.Pisau yang bersusun dalam laci dibaling mengenai sasaran.Dinding yang memang diperbuat dari kayu dan tersedia kosong untuk dia melepaskan marah.
Nizam diam di tempatnya.Apa lagi yang dilakukan Julia hingga bos marah begitu? Dia bangun dan perlahan keluar meninggalkan pejabat Salim.Biasanya kalau Salim marah,dia tidak boleh diganggu.Jika tidak,terimalah padahnya.
Nafasnya turun naik.Salim tiba-tiba teringat sesuatu.Julia pernah memberitahu kalau dia melihat telefon bimbit Julia,pasti nama abang Hakim yang memenuhi panggilan yang tidak diterima dan mesej.
Salim berjalan perlahan menuju ke almari tempat beg Julia disimpan.Kunci almari dibuka dan beg diambil.Salim duduk di atas sofa.
Dia sebenarnya belum pernah melihat isi telefon bimbit itu.Walaupun dia tahu telefon bimbit itu tidak berkunci tapi dia tidak membukanya.Semuanya atas rasa hormat yang dia punya pada Julia.
Skrin sentuh disentuh.Satu-satu diperiksa.Melebihi dua ribu missed call? Matanya membulat.Dua ribu? Belum sampai 345 hari Julia di sini,missed call dari keluarga dan tunangnya juga sudah melebihi dua ribu.
Peti simpanan mesej dibuka.Ternyata Julia benar.Kebanyakan mesej adalah dari abang Hakimnya.Ada juga mesej dari umi,abi,Cik Norman,Cik Mariah dan Has..tapi yang memenuhi adalah abang Hakimnya.
Salim menahan debaran jantungnya.Satu mesej dibuka.’Lia kat mana? Abang Hakim risau..’ Lia? Dahi Salim berkerut.
Jadi Luqman memanggil Julia dengan panggilan Lia? Dari situ saja sudah membuktikan siapa Luqman dalam hidupnya.Setahu Salim,selalunya Julia dipanggil dengan panggilan Ju.
Itu belum masuk mesej di Whats App juga Line.Telefon bimbit itu digenggam dalam tangan menahan geram.Salim menyoal diri.Apa yang dia geram dan marahkan sebenarnya?
Panggilan masuk.Nama abang Hakim tertera di skrin.Namun tiada bunyi kedengaran kerana Salim meletakkan mode ‘Senyap’.
Tanpa berfikir panjang,Salim langsung menjawab panggilan itu.
“Lia ke?” kedengaran suara cemas dari corong telefon.
“Sekali lagi kau telefon Julia,kau mati” dan butang merah ditekan.Panggilan dimatikan.Salim mematikan telefon dan bateri dikeluarkan.Mulai hari ini,telefon bimbit itu tidak akan sesekali bernyawa lagi.
Ia hanya akan disimpan begitu dalam beg di dalam almari buat selamanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s