JULIA – BAB 28

Luqman menggigit bibir.Suara Salim yang didengarnya kelmarin memang sama dengan suara dari telefon bimbit Julia tempoh hari.
Dia pasti dan yakin.Tapi sebelum itu dia harus ke balai polis untuk membuat ujian penyesuaian suara.Jika keputusan yang diterima 90 peratus ke atas.
Orang yang menculik Julia benar..adalah Salim.Luqman sudah cuba meng’kalau’kan semua kemungkinan.
Jika telefon bimbit Julia dicuri atau hilang,mengapa suara yang didengari itu menyebut nama Julia? Pasti Julia bersama dengannya.Lagipula,nada suara yang melambangkan dia sedang marah itu jelas membuktikan dia menjawab panggilan untuk mengugut semata-mata.
Dia melangkah keluar dari bilik.Destinasinya adalah balai polis.Untung saja dia punya kenalan di sana.Sekalipun tidak rapat,namun dia boleh membantu.

*………………*

Julia mengucapkan terima kasih pada Faiz dan mak cik Nafisah yang sudah selesai mengemas meja makannya.
Dia menghantar mereka keluar dengan senyuman.Faiz tiba-tiba berpatah arah setelah mak cik Nafisah berada di pintu.Julia mengerutkan dahi,kehairanan.
“Cik muda…” Faiz memanggil.
Julia menjongket kening.Apa yang tidak kena?
Faiz menarik nafas .. sesaat dua dan berkata,”Cik muda ada nak pesan apa-apa pada bos?”
Mendengar saja nama bos yang keluar dari mulut Faiz,Julia spontan memalingkan wajah.Langkah diatur menuju ke almari buku.Buku sejarah Thariq Ibnu Ziyyad diambil dan dia mengambil tempat di atas katil.
Bantal diletak di atas paha dan dia memulakan bacaan.Soalan Faiz dibiarkan tidak berjawapan.Faiz menanti seminit dua tapi Julia buat tak tahu.Akhirnya dia melangkah keluar , mengikut Nafisah.
Nafisah langsung menolak troli beredar dari situ.Faiz memandang wajah bosnya yang menanti di depan pintu.Dia menggelengkan kepala.
Wajah Salim yang tadinya bercahaya bertukar muram.Sudah beberapa hari dia cuba mendapatkan perhatian Julia,namun tiada respon.Walau apa yang cuba dia lakukan,Julia langsung tidak mempeduli.
“Saya minta maaf bos” Faiz menunduk,bimbang dia dimarah kerana sudah berhari-hari bos melakukan perkara yang sama.
Buat pertama kali seumur hidup Salim,dia memberi senyuman pada Faiz.”Tak pe,bukan salah kau..”
Fais terdiam melihat senyuman lemah Salim.Tidak pernah bos senyum padanya walau sekali.Nampaknya kehadiran cik muda benar-benar mengubah sikap dan peribadi bos.
Langkah Salim longlai beredar dari situ.Nampaknya Julia memang betul-betul marah padanya.Kata-kata pak su tiba-tiba terdengar di telinga.
‘Takut nanti Julia makin benci’.
Apakah kata-kata pak su benar?

*………………..*

Has mengerutkan dahi.Apa maksud kata-kata Cik Nisah tadi? Bukan maksudnya saja,kata-katanya pun kurang Has faham.
“Nanti ada orang bawa balik Ju?”
Anisah mengangguk.Alhamdulillah..kini jiwanya tenang dan hatinya senang.Dia tidak lagi merisaui Julia seperti dulu.Entah apa yang menyebabkan dia rasa begitu,Anisah juga tidak tahu.
Apa yang dia tahu.Julia selamat dan dia akan dibawa pulang satu hari nanti.Masanya sudah dekat walaupun tarikh dan masa tepatnya kurang pasti.
“Kenapa Cik Nisah cakap macam tu?” Has menyoal kehairanan.
Anisah ketawa kecil.”Cik Nisah saja nak tenangkan hati Has.Has susah hati,kan?”
Has mengerutkan dahi.Tidak memahami.
Anisah senyum lebar.Tahu Has sudah pening-pening.Kepala gadis itu diusap dan dia bangun melayan pelanggan yang baru tiba.

*……………….*

Dia bersandar pada kerusi.Teman di sebelah dipandang.
“Zalif,macam mana?”
Teman yang dipanggil Zalif menoleh.Dia mengangguk memberi petanda misi boleh diteruskan.
Luqman memandang telefon bimbitnya.Nombor Salim yang tersimpan di dail.Bunyi bip bip kedengaran.Luqman menanti panggilannya dijawab.
“Ye saya”.
“En.Salim ke?”
“Ya..”
“Boleh saya tahu hari ini En.Salim ada nak pergi Hakim Legacy tak?”
“Tak de.Dato’ nak jumpa saya ke?”
“Taklah.Cuma tanya je..saya ada kerja ni”.
“Ok”.
Dan talian dimatikan.Telefon bimbit yang bersambung wayarnya dengan alat penyesuai suara itu diletak.
Zalif memainkan suara tadi dan suara rakaman yang diberi Luqman.Suara yang bermain dilihat turun naik di skrin.
Keputusan menunjukkan suara datang dari orang yang sama.Luqman melepas nafas.Nampaknya misi mencari Julianya harus dimulakan segera.
Dan perkara pertama yang harus dilakukan adalah mencari tahu apa yang Salim lakukan hari demi hari.

*…………………*

Suapannya terhenti bila dia terdengar bunyi enjin motosikal.Has mengerutkan dahi.Mama dipandang.
“Abang guna motor ke..?”
Datin Mariah mengangguk.”Mama rasa dah dua tiga hari Luqman guna motor”.
Has menjongket kening.Abang menggunakan motosikal? Bukankah hari itu abang mengatakan motosikal keselamatannya kurang? Mengapa tiba-tiba menggunakan motor pula?
“Mukrimah tak nak makan dah?”
Has memandang mama.”Taklah..pelik dengan abang.Kenapa tetiba guna motor pulak?”
Luqman masuk ke dalam rumah dengan topi keledar di tangannya.Dia menyertai Has dan mama di meja makan.Cawan Has diambil dan jus epal di dalamnya diteguk.
“Buang tabiat ke?”
Luqman menjeling.”Kenapa pula?”
Has mencebik,”Hari tu macam dah tak nak guna motor tu.Ni kenapa tetiba je nak guna motor?”
“Suka hatilah…” mendatar suara Luqman.Dia mahu masuk ke bilik dan membersihkan diri.Seharian dia mengekori Salim sudah meletihkan buatnya.Nampaknya jadual pengarah muda itu memang padat.
“Abang tak nak makan ke?”
Luqman menggeleng.Dia bangun dan melangkah ke arah tangga.Satu demi satu anak tangga dipijak.
Has memandang abangnya.Pasti ada yang tak kena.Tapi dia malas mahu mengambil tahu.Entah apa yang dilakukan abangnya akhir-akhir ini pun dia tidak tahu.
Yang dia tahu,abangnya sudah sibuk.Selalu keluar awal pagi dan pulang malam.Mungkin papa ada memberi kerja bonus padanya.

*………………….*

Dia berfikir sendirian di dalam bilik.Sudah masuk dua minggu dia tidak ke banglo.Perkhabaran tentang Julia hanya ditanya pada Zakuan dan kadang-kala ditanya pada Johan.
Dia bukan tidak mahu ke banglo.Dia memang teramat ingin ke banglo.Mahu berjumpa Julia.Mahu menemui Julia.Tapi…
Untuk apa dia ke sana kalau Julia sering mengelak darinya? Untuk apa dia ke sana kalau yang diterima adalah kemarahan Julia? Untuk apa?
Sebelum kehadiran Julia dalam hidupnya,dia hanya ke banglo sebulan sekali.Jadi untuk apa dia selalu berada di sana kalau bukan kerana Julia?
“Julia..sampai bila awak nak marahkan saya?”
Dia harus ke banglo dalam masa terdekat.Jadualnya harus disusun agar dia dapat menemui Julia.

*……………….*

“Bencinya!” Has merungut sendiri.
Langkahnya kuat tanda memprotes.’Penatnya nak cari abang ni..kata nak ajak pergi tengok Cik Nisah’.
Dia menunduk dengan muka masamnya.Wajah abangnya itu memang sudah tidak lekat di rumah sekarang.
Semalam dia menyoal kalau-kalau abangnya mahu mengikut dia ke rumah Cik Nisah.Dan abangnya bersetuju.Tapi hari ini dicari abangnya langsung tidak ditemui.
Matanya tiba-tiba menangkap susuk tubuh yang dikenali masuk ke pintu utama Hakim Legacy.Has yang sedang duduk di ruang menunggu langsung berlari anak menuju ke arah susuk tubuh itu.
“Kejap”.
“Kau lagi..nak apa?”
Has mencebik memandang Nizam di depannya.”Bukan ke patutnya saya yang kena cakap awak nak apa kat sini?”
Nizam mengeluh.Mengapalah hidupnya asyik terjumpa gadis tiga suku ini?
“Aku nak jumpa dato’.Nak sampaikan pesan bos aku”.
Has menjeling.”Zaman sekarang kan dah ada teknologi.Kalau setakat nak sampaikan pesan baik mesej je..tak pun emel”.
“Suka hati akulah.Kau kalau tak peduli tak boleh ke?” Nizam melangkah pergi dengan wajah marahnya.
“Hish!!” Has berjalan keluar.Perasaan marah dan sakit hati menguasai.Sudahlah geram tidak berjumpa abang,terjumpa pula dengan lelaki kurang akhlak bernama Nizam itu.
Mengapalah malang sangat nasibnya hari ini?

*……………….*

Kawasaki milik Luqman meluncur laju mengikut kereta di hadapannya.Dahinya berkerut apabila kereta itu bertukar arah.Bukankah selalunya dia akan ke Sa-Nu? Mengapa hari ini dia masuk ke arah bertentangan?
Pemanduannya diteruskan.Barangkali inilah permulaannya.Mungkin hari ini dia akan tahu di mana Julia berada.
Dan seandainya Julia benar-benar berada di situ,dia akan menyusun rancangan bersama Firdaus untuk menyelamatkan Julia.Ketika inilah ilmu wayaring yang dipelajarinya akan menjadi kegunaan yang utama.

1 thought on “JULIA – BAB 28

  1. Maureen

    Hi webmaster do you need unlimited articles for your website ?
    What if you could copy post from other sources, make it pass
    copyscape test and publish on your page – i know the right tool for you, just type in google:
    kisamtai’s article tool

    Like

    Reply

Leave a comment