JULIA – BAB 30

Dato’ Norman ketawa kecil mendengar makluman setiausahanya.Luqman datang lagi? Apalah agaknya yang Luqman rancangkan? Akhir-akhir ini selalu saja turun ke syarikat menyoal yang pelik-pelik.
“Papa”wajah Luqman muncul di pintu.
“Masuklah.Free ke hari ni?” Dato’ Norman sengih memandang anak sulungnya.
Luqman diam.Dia mengambil tempat di hadapan papa.Dato’ Norman memandang,keningnya dijongket.Apa yang membawa Luqman ke Hakim Legacy hari ini?
“Kerjasama papa dengan Salim dah selesai ke?” Luqman terus pada tujuan.
Dato’ Norman mengerut dahi.Salim lagi? Hari itu dia menyoal hal Salim,dan hari ini hal Salim juga.”Abang ada rancang apa-apa ke dengan Salim?”
Luqman diam,sebenarnya tidak mengerti maksud pertanyaan papa.
“Asyik-asyik tanya fasal Salim je..mesti ada apa-apa,kan?”
Luqman tersenyum.”Tak delah..saja nak tanya.Dah papa yang libatkan abang dengan dia dulu.Mestilah abang nak ambil tahu”.
Dato’ Norman mengangguk.Walau kurang percaya dia layankan saja.Pastinya Luqman punya sebab tersendiri untuk tidak memberitahu.
“Dah selesai dah.Tapi nanti hujung minggu ada majlis penghargaan.Abang nak ikut ke?” Dato’ Norman menyoal.
Luqman tersenyum.Tahu soalan papa sekadar menguji kerana selalunya jika ada majlis-majlis sebegitu papa pasti akan membawa mereka sekeluarga.
Dia harus menanti hingga hujung minggu.Hanya tiga hari lagi.

*……………..*

Suasana di Hotel Shangri-La meriah dengan kedatangan para pekerja dari Sa-Nu dan Hakim Legacy yang merupakan antara syarikat-syarikat paling berprestij di Malaysia.
Luqman setia di sisi Dato’ Norman.Di sisi kirinya adalah Has adik kesayangan.Has kalau datang ke majlis sebegini kerjanya diam saja.Has memang kurang gemar menonjolkan diri di kalangan orang-orang besar.
“Abang..” Has mencuit.
Luqman memandang.Matanya sedari tadi mencari kelibat Salim.Ke manalah perginya Salim?
“Has nak keluar la..”
“Ni kan kat luar ni?” Luqman sengih.Dia tahu adiknya kebosanan.
Luqman mengangguk.Kelihatan Has berbisik dengan mama dan dia langsung bangun dari tempatnya.

*………………*

Salim dan Nizam berjalan memasuki dewan hotel.Nizam mengekor Salim yang sibuk ditegur para hadirin.
“Kau nak pergi mana-mana,kau pergilah.Aku nak jumpa Dato’ Norman.Nanti nak kena naik pentas” Salim memandang Nizam yang terkebelakang sedikit darinya.
Nizam mengangguk.Mengatur langkah menuju ke pintu utama dewan besar itu.Dia kalau boleh mahu berada di sisi bos setiap masa.Jadi dia boleh memerhati kalau ada yang mencurigakan.
Tapi,memandangkan bos sudah memberi tanda-tanda menghalaunya lebih baik dia beredar.Terus berada di sini juga hanya bakal mengundang kemarahan bos.
Tidak tahu mana arah yang harus dituju Nizam melangkah masuk ke dalam bilik tayangan.Entah apa yang ada di dalam Nizam pun tidak tahu.Bilik gelap yang hanya ada skrin di hadapan dan kerusi yang berbaris-baris.
Nizam mengeluh.Duduk di dalam ini juga bagus.Boleh dia merehatkan otaknya sebentar.Beberapa hari ini,bos benar-benar punya angin tidak baik.
Dia tahu pasti semuanya kerana cik muda kesayangan bos itu.Entah apalah yang digaduhkan dia juga tidak tahu.Bos langsung tidak mahu berbicara soal Julia dengannya.
Kata bos ia tidak penting buat Nizam.Walaupun Nizam ingin tahu lebih baik dia tidak tahu.Kelakuan dan layanan Julia pada bos hanya menyakitkan hatinya.
Beberapa langkah ke hadapan,Nizam terhenti.Dia dapat lihat cahaya kecil yang sepertinya datang dari telefon bimbit.Langkahnya maju.
Nizam memerhati.Melihat tudung yang menutupi kepala pasti ianya seorang wanita.Langkahnya maju lagi.
“Awak…”
Wajah itu menoleh.Dalam gelap,Nizam kurang pasti siapa dia.Wanita itu menalakan cahaya telefon bimbit ke wajah Nizam.”Awak ke? Buat apa kat sini?”
Nizam mengerut dahi.Walau tidak melihat wajah tapi suara itu dikenalnya.Adik perempuan Luqmanul Hakim.
“Nak cari kawan” Nizam mengambil tempat di sebelah Has.
Has langsung bangun dari duduk.Sudahlah suasana dan keadaan sekeliling gelap dan sunyi,dia tidak boleh kekal di dalam bilik tayangan.Tidak menepati syariat juga kalau abang tahu boleh pekak telinganya dibebel.
“Awak duduklah.Saya nak balik dewan” Has melangkah beredar melawan arah.
Nizam mengerutkan dahi.Melihatkan Has yang bangun tiba-tiba,datang idea untuk mengenakan gadis itu.Dapat juga dia mengisi kebosanan.
Has berjalan melangkah.Dia tertoleh-toleh ke belakang.Mengapa Nizam mengekorinya? Apa yang dia mahu?
Has berhenti dan menoleh,”Kenapa awak ikut saya?”
Nizam tersenyum,”Bila aku ikut kau? Aku nak balik dewan juga”.
Has menjeling.Tiba di pintu dewan,dia berpatah balik.Mahu menguji kebenaran kata-kata Nizam.Ternyata sangkaan Has benar,Nizam memang mengikutnya.
Langkah dipercepatkan.Rimasnya dengan lelaki seorang ini.”Bukan ke awak selalu dengan Salim? Awak jauh-jauh ni dia tak marah ke?”
Nizam mencebik dan mengangkat bahu.Sengaja langkah dibuka besar supaya dia sebaris Has.Has merungut sendiri.Dia berhenti.
“Janganlah ikut saya!”
“Aku kan dah cakap aku nak cari kawan” Nizam sengih.Suka pula dia melihat wajah marah Has.
Has membebel sendirian.Langkahnya laju.Dia malas mahu masuk ke dewan.Jika papa naik pentas,pasti abang akan menghubungi.
Nizam laju mengikut Has.Mahu melihat apa yang bakal Has lakukan.

*…………………*

“Dato’ “.
Dato’ Norman memandang sang empunya suara.Dia tersenyum pada Salim yang berada di hadapannya.Datin Mariah dan Luqman yang berada di sisi memberi senyuman.
Dato’ Norman dan Salim berjabat tangan.Selepas itu Luqman dan Salim pula.Datin Mariah memberi tunduk hormat.
Dato’ Norman mengerutkan dahi.Tidak nampak pula kelibat Nizam? Selalunya pembantu Salim itu ada saja bersamanya.
“En,Nizam tak datang?”
Salim senyum.”Dia ada kerja sikit.Nanti dia masuk”.
Dato’ Norman juga ikut senyum.Mereka berbual seketika soal syarikat yang tidak minat Luqman mendengarnya.
“Abang” Dato’ Norman memanggil.
Luqman memandang papa.Papa mengerut dahi,”Has mana? Papa nak naik dah ni..”
Luqman memandang sekeliling.Baru dia sedar Has terlalu lama berada di luar.

*………………..*

Dia senyum sendirian di tepi kolam renang itu.Langkahnya terhenti dan dia menoleh.”Awak nak ikut saya ke?”
Nizam mengangkat bahu.Senyum jahat Has dipandang.Apa yang gadis ini mahu lakukan?
“Ooh..” Has mengangguk-angguk.
Has mendekati Nizam.Nizam yang tidak memahami apa yang dilakukan Has mengundur.Has berpatah arah begitu juga Nizam.
“Kau buat apa ni?” Nizam menyoal sambil mengundur.
Has mengangkat bahu,”Tak buat apa-apa.Cuma buat ni…” Has mula tersenyum-senyum.
Nizam mengerutkan dahi.Apa yang tak kena dengan Has? Jeritan Has yang tiba-tiba mengejutkannya.Baru dia sedar dia telah diperdaya.Nizam mengamuk sendiri.
Has ketawa terbahak-bahak melihat Nizam sudah basah kuyup di dalam kolam renang.Hilang sudah keayuannya.Senangnya hati.
“Woi” Nizam geram sendiri.Dia berjalan mendekati Has , ingin menarik gadis itu biar ‘mandi’ bersama.Tapi Has lebih pantas ke belakang agar tubuhnya langsung tak terkena percikan air.
“Kalau macam ni,bukan setakat nak ikut saya.Nak masuk dewan pun tak boleh!!” Has yang keanak-anakan menjelir lidahnya.
Bunyi deringan telefon bimbit mengalih perhatian.Has memandang skrin,abang!
“Assalamualaikum” Has memberi salam.
“Waalakumussalam.Has kat mana ni? Papa dengan mama dah cari”.
“Ye..kejap.Has tengah jalan ni” Has melangkah ingin beredar.
“Woi.Jangan tinggal aku kat sini! Kau kena bertanggung jawab..dah basah semua baju aku!!” Nizam menjerit,geram melihat Has.
Has menjeling.Mukanya berkerut menahan marah.Habislah…pasti dia dibebel abang nanti.Jenuh juga mahu mengelak dari soalan-soalan abang.
“Abang..Has nak masuk dewan dah ni.Has letak dulu.Assalamualaikum” Has tergesa-gesa memutuskan talian.
Bibirnya diketap.Dia harus memikirkan jawapan seandainya disoal abang.
Luqman menjawab salam dan mematikan talian.Dengan telefon bimbit masih dalam genggaman,dia menyoal sendiri.
Mengapa dia mendengar suara lelaki bersama Has? Siapa lelaki itu dan bagaimana dia boleh berada bersama Has? Nampaknya,banyak yang perlu dia soal pada adiknya itu.

4 thoughts on “JULIA – BAB 30

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s