JULIA – BAB 31

Dia mengikut langkah Has hingga mereka berdua tiba di depan pintu bilik Has.Has membuat muka.Dia tahu apa yang abangnya inginkan.Sebuah jawapan.
“Has ngantuk…” Has memandang wajah Luqman meminta simpati.
Luqman memejam mata.Dia memang tidak suka Has berpeleseran dengan lelaki yang tidak mahram dengannya.Dia mahu tahu suara siapakah tadi.
“Cepat cakap dengan abang? Suara siapa?”
Has mencebik.”Has kat bilik tayangan tadi.Dia pasang cerita”.
“Menipu.Ingat abang tak tahu ke program kat hotel tu malam ni.Selain kita cuma ada dua tempat je yang ada acara.Tempat lain semua tutup” Luqman bertegas.
Has diam.Dia tahu abangnya memang tegas bab-bab begini.Dia sendiri bukannya teringin sangat mahu bertemu Nizam tadi.Entah nasib malang apalah yang menemukan dia dengan lelaki kurang sopan itu.
Sudahlah tiap kali berjumpa ada saja perkara malang yang menimpanya.Tambahan ada saja perkara yang menjadi perbalahan.Merosakkan ‘mood’ saja.
“Has,abang tanya ni..”tegur Luqman pabila Has membisu.
“Tadi ada orang jatuh dalam kolam.Lepas tu dia panggil kawan dia suruh tolong…” Has berdolak-dalih.
Luqman diam berfikir.Memang dia dengar bunyi air memercik dari telefon tadi.Wajah Has dipandang.”Habis kenapa dia marah-marah? Kan dia nak minta tolong”.
Has mengerutkan dahi,”Alah abang ni.Orang laki mana tahu nak sopan.Lagi-lagilah kalau cakap dengan kawan,kan? Habis dah dia orang gaduh kat tengah-tengah kolam tu,Has larilah…”
Luqman memandang adiknya,”Has buat apa kat kolam tu?”
“Kan Has cakap Has bosan duduk dalam dewan tu.Has ni bukan macam mama,,wanita melayu terakhir” Has sengih sendiri.
Mama memang ayu,siapa saja yang melihat pasti tertarik.Kata papa,sewaktu zaman sekolah menengah mama menjadi rebutan semua.Tapi yang mereka semua tidak tahu mama sudah menjadi tunangan papa sejak kecil.
“Bertuahnya papa..”
Luqman memandang Has.Berangan lagilah tu! Lengan Has dicubit sepuas hati.
“Sakitlah abang!” Has menjerit kecil.
Luqman mengusap kepala Has,”Jangan sampai abang tahu Has buat benda bukan-bukan kat luar.Has pun tahu,,bukan abang je..mama dengan papa pun tak suka Has melepak dengan mana-mana lelaki kat luar tu” lembut Luqman memberi amaran.
Has sengih.Dia sedar dia adalah satu-satunya anak gadis dalam rumah itu.Tambahan mama dan papa mengajarnya ilmu agama yang mencukupi untuk dia bezakan apa yang halal dan haram,makruh dan sunat serta harus.
“Jangan senyum je..tapi kena buktikan yang Has memang pandai jaga diri” Luqman bergerak melangkah ke biliknya.
“Yes boss!!” Has memberi tabik hormat pada Luqman.Sifat bebelnya sudah mengalahkan perempuan nampaknya.

*…………………*

Dia menghidupkan alatan elektronik yang berada di depannya.Fon kepala dipasang dan tahap suara dikuatkan.Untung dia punya bilik di dalam bilik,jadi apa yang dilakukan di dalam bilik kepada bilik ini tak diketahui.
Dia menarik nafas.Memberi sepenuh perhatian pada suara yang bakal didengar.
“Anas,pergi banglo terus.Tak yah balik rumah”.
Luqman mengerutkan dahi.Dia pernah mendengar Salim menyebut nama Anas beberapa kali.Pasti itu nama pemandunya.
Suasana diam.Pasti mereka dalam perjalanan menuju ke banglo yang dikatakan Salim.Luqman berfikir..jangan-jangan villa di tengah hutan yang dia pergi hari itu dipanggil banglo?
“Bos nak jumpa cik muda lagi?”
Luqman diam mendengar suara itu.Suara Nizam.Pembantu peribadi yang sentiasa bersama Salim walau ke mana.Tapi…siapa cik muda yang dikatakan?
“Aku ada hak sendiri nak pergi sana.Tempat aku..yang kau tanya kenapa?”
Luqman menelan liurnya.Mengapa nada Salim bercakap dengan Nizam di dalam kereta tidak sama dengan nadanya ketika di hadapan papa dan Luqman?
Luqman mendengar lagi.Bunyi enjin kereta dimatikan.Bunyi pintu kereta ditutup.Pasti mereka sudah tiba di banglo yang diperkatakan.
Sebenarnya pada malam jamuan di Hotel Shangri-La dia telah memasang alat pepijat pada jam tangan Salim.Nampaknya rancangannya berjalan lancar mengikut rancangan apabila Nizam tiada di sisi Salim untuk mengesyaki mengapa dia berjabat tangan lama dengan Salim.
“Bos nak jumpa cik muda ke?”
Luqman mendengar dan meneliti suara itu.Suara lelaki yang belum pernah didengar.Barangkali dia merupakan salah seorang pekerja di banglo.
Dia mendengar bunyi tapak kaki seperti menaiki tangga.Luqman cuba membayangkan keadaan villa yang dilihatnya tempoh hari.Mungkin hanya ada dua tingkat didalamnya yang luasnya dia sendiri belum pasti.
“Macam mana cik muda hari ni?”
Luqman mendengar Salim menyoal.Entah pada siapa dia tidak tahu.Tapi dia mendengar si tukang jawab mengatakan cik muda baik-baik saja.Kedengaran pintu bilik dibuka.
Luqman memandang jam pada skrin telefon bimbit.Sudah pukul 4.30 petang.Ertinya sudah masuk waktu asar.
Fon kepala ditanggalkan dan Luqman masuk ke bilik air.Mengambil wudhu’ bagi menunaikan solat Asar.

*………………….*

Dia menyangkut tudung di penyakut yang tersedia.Telekung yang tersarung dibetulkan mukanya.Langkahnya menuju pada almari untuk mengambil sejadah.
“Awak”.
Julia menoleh pada sang empunya suara.Wajah Salim mengisi pandangan mata.Julia mengeluh perlahan.Apa lagi?
“Awak sihat?”
Julia mengangguk.Sejadah di tangannya dibentangkan.Salim dipandang.
“Awak nak apa?”
“Julia..awak masih marahkan saya?” Salim menyoal.
Julia menarik nafas.”Saya penatlah selalu bergaduh dengan awak.Awak sendiri dah tahu jawapannya yang awak tanya kenapa?”
Salim terdiam.Dia mahu berbaik semula dengan Julia tapi nampaknya gadis itu benar-benar sudah tawar hati dengannya.Nafas ditarik.Mengapa Julia selalu sembahyang?
“Awak nak apa lagi? Kalau tak de,awak boleh keluar.Saya nak sembahyang..”
Salim memandang,”Kenapa awak selalu sembahyang?”
Julia memejam mata.Teringat kata-kata pak su yang mengatakan Salim tidak lepas ilmu agama.Malangnya dia tidak punya ‘mood’ untuk menjadi guru Salim.
“Awak boleh keluar kan? Saya nak sembahyang” serius nada Julia.
Salim diam.Dia mengatur langkah meninggalkan bilik itu perlahan.Namun sebelum pintu dibuka langkahnya dihentikan dek suara Julia yang memberi pesanan.
“Lain kali kalau tak de hal penting awak tak perlu masuk.Tiap kali kita bersua muka kita bergaduh.Awak sendiri pun dah tahu yang memang dah tak de jalan keluar melainkan awak lepaskan saya”.

*…………………*

Datin Mariah dan Dato’ Norman memandang Has yang menuruni tangga.
“Mukrimah,Luqman mana?”
Has memandang mama sambil mengangkat bahu.Dia mengambil tempat di sebelah papa di meja makan.
“Has tak panggil abang?” Dato’ Norman memandang Has di sebelahnya.
“Has ingatkan abang dah turun.Abang kan tak suka makan malam lewat sangat.Mana Has tahu dia tak turun lagi” Has memberi ruang pada pembantu rumah yang sedang menuangkan air masak untuknya.
Datin Mariah dan Dato’ Norman diam.Apa yang tak kena dengan Luqman hari ini? Seharian berkurung dalam bilik.Menurut pembantu rumah,Luqman tidak turun makan tengah hari.
Dia hanya makan sarapan.Datin Mariah mengeluh.Selalunya Luqman tidak begini.Apa yang terjadi?
“Mukrimah ada sembang dengan Luqman hari ni?”
Has diam mendengar soalan mama.Baru dia sedar hari ini abang mengurung diri di dalam bilik.Dia pula sibuk menyelesaikan tugasan yang diberi Prof.Suria , langsung tidak menjenguk abang di biliknya.
Gelengan diberikan.Has membaca doa dan mula menyuap nasi ke dalam mulut.Wajah risau mama dan papa dipandang.
Dato’ Norman senyum nipis melihat sang isteri yang kerisauan.”Awak jangan risaulah..abang tu dah besar.Pandailah dia jaga perut..”
Has mengangguk.Bersetuju dengan papa.Pada Has mama terlalu risau.”Rilekslah mama..abang dah tua , terlebih tua dah.Kalau dia lapar nanti dia turunlah..”
Datin Mariah mengukir senyuman nipis.Bukan dia risau Luqman mengurung diri seharian dan terlupa makan minum kerana dia tahu Luqman tidak akan menyeksa diri atas sebab yang tidak munasabah.
Tapi..yang dia risau apa yang Luqman lakukan dalam bilik hingga tak keluar langsung?

*…………………*

Luqman mengetuk mejanya perlahan.Dari tadi dia menunggu ingin mendengar suara cik muda yang dikatakan sana-sini melalui fon kepala tapi tidak dapat.
Rasanya petang tadi memang Salim menemui cik muda,tapi Luqman tidak dapapt mendengar suaranya kerana dia berhenti sebentar menunaikan solat Asar.
Tapi mengapa tidak ditemui lagi? Dari apa yang dia dapat hari ini , nampaknya cik muda mempunyai pengaruh besar bagi mereka kerana semua pekerja juga kedengaran menghormatinya.
Dia hanya mahu tahu siapa cik muda? Adakah dia Julia? Kalau benarlah cik muda adalah Julia,dia hanya perlu mendengar lagi untuk memastikan kedudukan villa itu.
Selepas itu,misi menyelamatkan Julianya boleh dijalankan.Dia cuma perlu minta beberapa alat bantuan dari Firdaus di Pulau Pinang.Temannya itu sudah memulakan kerjanya di Hospital Seberang Jaya.
Bunyi ketukan pintu mengalih perhatian.Langsung Luqman menanggalkan fon kepala dan melangkah keluar dari bilik di dalam bilik itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s