JULIA – BAB 32

“Mama tanya kenapa tak turun makan?” Has berdiri tegak di depan pintu abangnya.
Luqman senyum nipis , wajah adik tersayang dipandang.”Tak laparlah Has”.
Has mencebik,”Apa yang abang buat sebenarnya ni?”
Tubuh Luqman ditolak perlahan dan Has melangkah masuk.Seperti biasa yang menjadi tempat duduknya adalah katil milik Luqman.
“Buat apa?” Luqman masuk mengikut langkah Has.
Has melepas nafas.Ada saja abangnya ini.Cara-cara tidak mahu menjawab soalannya lah itu.Matanya dikecilkan meneliti seisi ruang bilik.
“Suka hati abanglah.Malas Has nak kisah …. Tai abang janganlah buat mama risau..kasihan mama,kasihan lagi Has yang nak menjawab soalan mama tu..”bebel Has sambil melangkah keluar.
Luqman hanya menayangkan sengih kerang busuknya.Sepemergian Has dari biliknya,Luqman menyambung kerjanya semula.

*…………………*

Usai kelas bersama Dr.Fahim , Has memandu keretanya ke Juwita Aleeya.Rencananya mahu menolong Cik Nisah di dobi sehingga pukul 6.00 petang.
Kereta diparkir di hadapan Juwita Aleeya.Salam diberi pada Cik Nisah yang leka melayani pelanggan.Dan Has langsung ke ruang belakang untuk melihat kalau-kalau ada baju yang harus diseterika dan dibungkus.
Has mengerut dahi melihat dua pasang baju Julia yang tersangkut pada penyangkut di depannya.Langkah diatur dan baju itu dicium.Wangi.Nampaknya Cik Nisah baru selesai membasuh baju itu.
Nanti dia bertanya pada Cik Nisah.Dia langsung mengambil plastik-plastik yang tersimpan di dalam almari dan mula membungkus pakaian yang telah diseterika.
“Has” Anisah memanggil Has yang sedang menyangkut pakaian yang telah siap dibungkus pada penyangkut.
Has menoleh.Selesai kerjanya,dia mengambil tempat pada sofa yang tersedia.
“Luqman tak datang sekali?”
Has menggeleng,”Dia ada kerja.Akhir-akhir ni,abang selalu buat benda pelik-pelik.Hari tu keluar 24 jam,sekarang 24 jam berkurung dalam bilik je..nanti apa entah lagi dia buat pun Has tak tahu..”
Anisah tersenyum melihat Has yang merungut sendirian.Has menjongket kening,mengapa Cik Nisah senyum-senyum?
“Kenapa Cik Nisah senyum-senyum ni?”
Anisah ketawa kecil,”Cik Nisah bahagia”.
Has bangun dari duduk dan melangkah pada Cik Nisah di kaunter,”Dah jumpa Ju ke?”
“Dia nak balik dah.Sebab tu Cik Nisah sediakan baju dia kat belakang”.

*…………………*

Luqman setia di meja dengan fon kepala.Kali ini dia menanti dengan berharap.Dia benar-benar berharap dapat mendengar suara cik muda yang diperkatakan.
Sudah empat hari dia terkurung dalam bilik ‘mendengar’ gerak geri Salim.Dan dari apa yang dia dengar,keempat-empat hari ini Salim belum meninggalkan banglo.
Dia pasti hari ini dia dapat mendengar suara cik muda itu.Tadi dia mendengar Salim dan Nizam bergaduh kecil kerana cik muda.
Munurutnya,Nizam seperti tidak berpuas hati dengan cik muda.Tapi amaran Salim membuatkan Nizam terdiam.
Luqman diam di tempatnya.Kedengaran Salim sudah memasuki bilik cik muda.

*………………..*

Dia menoleh pada sang empunya suara.Apa lagi sekarang?
“Julia…”
“Apa lagi awak nak? Saya penatlah..” kali ini Julia langsung meninggi suara.
Salim mengerutkan dahi.Mengapa dengan Julia? Selalunya dia tidak terus marah-marah begini.
“Nak apa?” Julia memandang dengan kerutan dahi.
Salim maju setapak demi setapak.Apa yang tidak kena dengan Julia?
“Kenapa dengan awak hari ni?”
Julia memalingkan wajah.Dia letih,benar-benar letih.Tiap kali Salim masuk bilik ini pasti akan ada pertelingkahan yang berlaku.Sudahlah kata sepakat tidak dapat dicapai malah hanya merosakkan ‘mood’ kedua belah pihak.
“Julia..”

*………………..*

Luqman terdiam mendengar suara itu.Hampir menitis air matanya.Suara itu..suara Julia.Suara yang sudah lama tidak didengarnya.Suara yang sangat dirindui.
Tahap suara dikuatkan.Dia mahu mendengar sejelasnya apa yang diperkatakan Julia.

*………………..*

“Dahlah..saya penat.Awak faham tak maksud penat?”
Salim menggeleng.Apa yang terjadi? Dia tak faham.Dia tak faham mengapa Julia tiba-tiba marah padanya? Apa yang sudah dia lakukan?
Julia menarik nafas sedalam mungkin.Matanya dipejam.Air mata mula menitis membasahi pipi.Dia sudah tidak mampu bertahan lagi.
“Julia..” Salim mengerut dahi melihat Julia menangis.
Julia terduduk di atas katil.”Dah lah..Salim..saya penat sangat.Awak nak apa lagi? Awak tak nak lepaskan saya.Jadi awak jangan masuk bilik ni dah..tengok muka awak pun saya dah penat tau” ucap Julia dalam esaknya.
“Kenapa ni Julia?” Salim masih bingung,tidak memahami apa yang berlaku.
“Kenapa awak tanya?” Julia menyoal dengan nada lemah.
“Julia..”
Julia memejam matanya.Nafas ditarik,”Awak dari tadi Julia..Julia..Julia.Boleh tak awak cakap sesuatu yang berguna untuk keadaan sekarang ni?”
Salim terdiam mendengar suara Julia yang sudah meninggi.”Saya tak faham..kenapa awak marah?”
“Saya penat” Julia bangun dari duduknya.Dia sudah tidak peduli.Hari ini dia akan meluahkan semua isi hati.
“Awak tahu tak dah berapa lama saya kat sini? Dah dekat setahun .. Tapi apa yang awak dengan saya dapat dari permainan gila awak ni.Awak asyik masuk bilik ni,tengok saya,tengok muka saya..tapi awak tak pernah kasihankan saya langsung.Dah setahun saya kat sini..saya tak tahu macam mana dengan umi..abi..Has,,dan abang Hakim yang awak benci sangat tu.Macam mana keadaan Cik Norman dengan Cik Mariah..Awak nak apa sebenarnya? Kan saya dah cakap..saya tak boleh sayangkan awak macam mana awak sayangkan saya” Julia menarik nafas.
Dia mencebik ,” Tapi nak cakap sayang pun tak boleh.Awak simpan saya kat sini macam saya ni mainan.Datang sesuka hati awak.Memang ni bilik awak..barang dalam ni semua barang awak..Habis kenapa awak tak lepaskan saya.Kita sama-sama menderita dengan rancangan bodoh awak ni Salim.Awak tak nak lepaskan saya walaupun saya dah cakap banyak kali yang saya tak de perasaan pada awak.Awak yang tak nak terima.Awak tak nak buka mata.Awak yang tak nak dengar dengan telinga.Habis awak nak salahkan saya? Soal hati dengan perasaan bukannya benda yang boleh kita paksa..”
Salim menggenggam penumbuk.Kata-kata Julia membuktikan dia langsung tiada nilai pada gadis itu.Takkanlah hampir setahun Julia di sini dia langsung tidak pernah memandang Salim walau sesaat?
Suasana diam seketika.Julia sudah letih meluahkan isi hati , meluahkan rasa marah dan tidak puas hati yang terbuku.Dia duduk kembali di tempatnya.
“Apa lebihnya lelaki tu dari saya? Apa bagusnya Luqman? Awak bertahan , awak tetap cakap awak sayangkan Luqman sedangkan dah hampir setahun awak dengan saya?” Salim memandang Julia sayu.Kolam matanya sudah mula ditakungi air mata.
Julia memandang.Bukan dia tidak punya hati perut,tapi soal hati siapa yang dapat menduga.Tidak pernah terdetik di hatinya untuk melepaskan abang Hakim hanya untuk membuka hati buat Salim.Tapi mengapa lelaki di hadapannya ini tidak faham-faham?
“Dah lah..lagi kita cakap lagi kita gaduh.Lagi kita gaduh lagi saya menyampah tengok awak.Kalau awak masuk bilik ni tana niat untuk bebaskan saya,,awak boleh keluar.Dan tolong…tolong…tolong jangan muncul depan saya lagi..” Kali ini Julia memandang dinding.
Salim memejam mata.Air matanya berlinang.Dia tidak mahu melepaskan Julia.Dia tidak mahu.Walau apa yang berlaku dia sebolehnya tidak mahu melepaskan Julia.
Salim tahu benar,,jika Julia dilepaskan mustahil gadis itu mahu menemuinya kembali.Pasti gadis itu akan menghindar diri darinya seboleh mungkin.
“Keluar” ucap Julia tegas.
Salim memandang Julia yang langsung tidak memandangnya.
“Saya cakap keluar” Julia memalingkan wajah memandang Salim.
Salim memejam mata.Mengapa Julia langsung tiada perasaan padanya?
“Kenapa awak menangis ? Awak pun ada perasaan? Bukan awak suka tengok orang lain menderita?”
Salim diam.Kata-kata Julia membisukan dia.Selama ini dia langsung tidak pernah pedulikan perasaabn orang lain.Baru kini dia sedar..baru sekarang dia tahu betapa pedihnya hati disakiti.
“Keluarlah…kita dah tak de benda nak bincang” Julia meninggi suara.
Salim maju setapak demi setapak.Julia dipandang.Dia tidak mahu melukai Julia tapi..
“Apa awak buat ni?” Julia menyoal,menarik tangannya semula dari pegangan Salim.Langkahnya laju menjauhkan diri.
“Kenapa? Kenapa walaupun dah banyak kali saya sentiasa lemah dengan awak? Kenapa awak tak nak jadi milik saya? Kenapa? Kenapa?” Salim meninggi suara.Air matanya menitis laju.
Julia diam.Dia mula ketakutan melihat gerak geri Salim yang ibarat mengejarnya.Lantas dia berlari ke pintu bilik.
“Faiz! Faiz! Buka pintu ni Faiz! Faiz !!!” Julia menjerit.Walaupun dia tahu Faiz tidak akan membuka pintu tapi sekurangnya dia berusaha.
“Faiz!!!” Julia mengetuk pintu sekuat hati.
“Awak pernah tak ada perasaan pada saya walau sedetik?” Salim mendekatkan wajah pada Julia yang sudah tidak boleh melarikan diri darinya.
“Tak” jawab Julia yakin.
Salim terdiam.Dia terangguk-angguk.Julia menolak tubuh Salim dan terus mengunci diri di dalam bilik air.Salim memejam mata dan mengetuk pintu mengarah Faiz.
Dia sudah buat keputusan.Selamanya..Julia akan tersimpan kemas di sini..di bilik ini.Selamanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s