JULIA – BAB 34

‘Kaedah menghasilkan corak menggunakan alam semula jadi’.
Dia tersenyum melihat buku itu.Hanya tinggal satu,pasti buku yang lain telah dipinjam oleh rakan sekelas.Has mengambil buku dan berjalan ke kaunter.
Helaian buku itu diselak.Matanya sibuk memandang bait-bait tulisan tidak menyedari dua orang lelaki keluar dari pejabat.
Terlepas buku yang dipegang Has jatuh ke atas lantai.Has memandang wajah di hadapannya.En.Hazim yang merupakan pengurus setia perpustakaan universiti memandangnya.
“Maaf En.Hazim” Has mengundur dan menunduk memohon maaf.
“Has” En.Hazim menegur Has.Memaklumkan ada tetamu di sisinya.
Has mengangkat wajah.Memandang tetamu di sisi En.Hazim.Dia?
“Selamat tengah hari”.
Dahi dikerutkan.Mengapa dia di sini?
“Has..minta maaf dengan tetamu dulu” En.Hazim berdehem.
Has menarik nafas dan memberi senyuman.Melihat wajah itu langsung punah ‘mood’ nya.Dia menunduk memohon maaf.
“Tak pe.Lain kali hati-hati ye”.
Has menjeling.Pandai pula dia berlakon..konon sopan sangatlah.
En.Hazim memandang Has,” Ni En.Nizam dari Sa-Nu”.
Has mengangguk,” Has nak pergi kaunter ” .
En.Hazim mengangguk dan Has berlalu.Langsung memakai kasut meninggalkan perpustakaan.Berlari anak menuju ke keretanya.

*…………………*

Nizam melihat Has yang tergesa-gesa pergi.Pasti mahu lari darinya.Langsung Nizam meminta diri dan dalam diam mengejar Has.
Dia sebenarnya datang untuk membincangkan soal meja-meja yang akan diderma Sa-Nu pada universiti.Tidak sangka pula akan terserempak dengan gadis becok itu.
Sebaik terlihat Has yang hampir keluar kawasan menuju ke tempat parkir kereta,Nizam langsung menjerit.
Has menoleh sekilas dan melajukan larian anak.Apa lagi yang lelaki ini mahukan?
“Kejap” Nizam menahan.
Has mengeluh,” Nak apa?”
Nizam terdiam seketika.Mengapa dia mengejar Has? Dia bingung.Yang dia tahu kakinya automatik mahu mengejar sebaik gadis itu melarikan diri darinya.
“Nak cakap apa-apa tak? Saya nak balik ni” Has meneruskan langkah.
“Kejaplah” Nizam menahan langkah kaki Has yang baru dibuka.
Has mengangkat kening.Nizam diam,” Lama tak jumpa”.
Has mencebik,” Buat apa nak jumpa? Tak de kaitan hidup dan mati”.
Nizam membisu.Pandai benar gadis ini menjawab.Memang benar..kerjasama antara Sa-Nu dan Hakim Legacy sudah selesai jadi dia langsung tidak ke Hakim Legacy.Sudah tentulah tidak berjumpa dengan anak pengarah syarikat ini.
“Nak cakap apa-apa ke tak? Saya nak balik” serius nada Has.Tidak mahu berbual terlalu lama.Lagipun perbualan dengan Nizam pasti akan berakhir dengan perbalahan.
Apa yang harus dia katakan? Pelik pula mengapa dia tiba-tiba mengejar Has.Dia harus berbicara..berkata walau apa saja.Mengappa boleh terbisu begini?
“Kenapa awak lari?”
Has mengerut dahi,”Awak kejar saya semata-mata nak tanya tu? Lagi satu,saya bukan nak lari tapi saya nak cepat..nak balik rumah”.
Nizam tersenyum.Suka dia melihat muka Has menahan marah.”Kejap”.
Nizam menahan Has yang mahu membuka langkah.”Awak kena bayar ganti rugi”.
Has diam.Dahinya berkerut,” Ganti rugi apa?”
Nizam sengih.” Lupa hari tu awak tolak saya.Handphone saya masuk air”.
Has menggeleng kepala.Apa masalahnya? Baiki..kan mudah.
“Baiki lah..jangan cakap nak ganti rugi macamlah awak tak de duit.Saya nak cepat ni” Has melajukan langkah.Malas mahu melayan Nizam.
Nizam melihat Has berlalu pergi.Apa yang tidak kena dengan dirinya hari ini?

*…………………..*

Motosikal Kawasaki itu berhenti di pinggir jalan.Luqman turun dari motosikalnya.Nombor plat ditanggalkan.Dia tidak boleh meneruskan perjalanan sebelum menanggalkan nombor plat.
Motosikal itu pasti akan ditinggalkan di dalam hutan.Jika ditemui,pasti akan membawa bahaya padanya juga keluarga.Telefon bimbit memang sudah ditinggalkan di rumah.Juga bersama sepucuk surat ditulis buat Has.
Motosikal ditunggang hingga terlihat villa oleh pandangan mata.Nafas ditarik sambil menolak motosikalnya masuk ke dalam semak.Langkah diteruskan perlahan.Dia harus menunggu hingga gelap sedikit untuk memulakan operasi.
Kompas dikeluarkan dari poket seluar untuk mencari arah kiblat.

*……………….*

Julia melipat telekung dan sejadah yang baru selesai digunakan.Sesudah itu dia duduk di atas katil.Apa yang tidak kena? Mengapa hatinya tidak tenang malam ini?
Telekung dan sejadah diletak di sisi.Julia berbaring.Mata dipejam seketika.Apa agaknya? Tudung yang tersangkut pada penyangkut dicapai dan dipakai.
Apa agaknya penyebab perasaan ini? Mengapa dia tiba-tiba susah hati?
“Ya Allah..” ucap Julia perlahan.
Nafas ditarik perlahan.Kata Faiz,hari ini bos ke luar bandar.Punya urusan yang harus diselesaikan.Mungkin akan pulang tiga hari lagi.
Selalu perasaannya biasa-biasa saja tapi..mengapa malam ini dia terasa aneh? Baju sejuk nipis diambil dan disarung pada tubuh.
Julia termenung sendiri di sofa.Hingga akhirnya dia terlelap.

*…………………*

Jam tangannya dikerling.Pukul 9.00 malam.Beg galasnya di letakkan benar-benar di hadapan villa yang tidak berpintu itu.Mudah untuk dia mengambilnya nanti.
Beg silang kecil dikeluarkan dari beg galas.Di dalamnya ada beberapa barang utama yang harus digunakan.Bismillah dibaca perlahan dan langkah dimulakan.

*……………….*

Lampu bilik dibuka dan jam dinding dipandang.Mengapa dia terjaga dari tidur?
“Apa kena dengan aku ni?” Salim merungut sendiri.
Mimpi yang dialami kembali terbayang di ruang mata.Julia tersenyum padanya tetapi mengucapkan maaf.
Dahi dikerutkan.Apa maksud mimpi itu? Mengapa Julia tersenyum tapi mengucap maaf? Juga tiada tanda kesedihan pada mata Julia seperti yang selalu dia lihat.
Walau mukanya riak rasa bersalah,tapi matanya jelas mempamerkan rasa bahagia.Mimpi yang dialami menyebabkan dia ingin pulang ke banglo sekarang juga.
Tapi sudah malam.Pasti Anas sudah tidur.Begitu juga Nizam.Lagipun hari ini dia sibuk ke sana ke mari menyelesaikan kerjanya.
“Julia…” Salim mengeluh.
Harapnya bila dia ke banglo,Julia sudah boleh berbaik dengannya.Dia sudah dua minggu tidak ke bilik Julia dek pergaduhan tempoh hari.Kata-kata Julia sentiasa terngiang-ngiang di telinganya.
Mereka sama-sama menderita atas apa yang dia lakukan.Memang benar,tapi Salim tidak sanggup membayangkan jika Julia jauh darinya.Kerana itulah dia bertahan tidak mahu membebaskan gadis itu.Gadis pertama dan terakhir yang berjaya mencuri hatinya.
Salim berbaring kembali.Masih banyak kerja yang harus diselesaikan.Nampaknya esok dia harus menelefon Zakuan bertanyakan khabar Julia.

*………………….*

Serbuk ubat tidur yang dibekal Firdaus dikeluarkan.Hidungnya ditutup dan perlahan dia meniup serbuk itu mengenai kedua pengawal yang mengawal di pintu utama.
“Satu..dua..tiga..”
Dan keduanya rebah serentak.Luqman menarik nafas.Hatinya berdoa agar misinya dipermudahkan.Krim pula dikeluarkan dari zip depan.
Kata Firdaus,serbuk ubat tidur hanya berkesan selama tiga hingga empat jam.Manakala krim pula boleh berkesan hingga 24 jam.Krim di tangan disapu perlahan pada hidung kedua lelaki berkemeja hitam itu.
Luqman mengambil kunci di dalam poket kemeja salah seorang darinya dan membuka pintu.Mujur dia memakai kasut yang tiada bunyi tapaknya.Jika tidak pasti menyukarkan diri sendiri.
Pelan yang dilukis diingat kembali.Fius eletrik utama terletak di balik tangga yang terdapat di ruang tamu pertama.Apa yang penting lampu bilik Julia harus dimatikan,begitu juga lampu selorongnya.
Dia sudah memastikan keberadaan Salim.Dia akan kekal di Kuala Lumpur dalam dua atau tiga hari lagi.Kerana itulah waktu ini adalah waktu yang paling sesuai untuk melarikan Julia dari situ.
Luqman melangkah keluar dari bilik kosong.Nafas ditarik perlahan.Ke kanan adalah ruang tamu kedua juga dapur serta bilik mak cik Nafisah.Juga beberapa bilik stok.
Ke kiri pula ada bilik-bilik stok juga.Dan terus adalah ruang tamu pertama.Di balik rak-rak di sisi tangga adalah kotak fius seluruh villa.
Waktu malam memudahkannya kerana kerja-kerja dihentikan.Pekerja-pekerja yang menguruskan pula tempatnya di gudang belakang.
‘Snowcap’nya dibetulkan dan langkah diteruskan.Menuju ke ruang tamu pertama.Langkahnya senyap bimbang di dalam bilik-bilik yang dilaluinya masih ada orang.
Dia menarik nafas lega kerana ruang tamu kosong.Hanya ada kotak-kotak yang tersusun memenuhi ruang.Juga beberapa senapang yang sudah dibungkus.
Langsung Luqman ke rak-rak itu dan mencari kotak fius.Kotak-kotak yang berada pada rak dialih perlahan.Dia tersenyum saat melihat kotak fius yang ditutup menggunakan kayu hitam.
Baru saja tangannya membuka pintu kotak fius , bahunya disentuh.
“Kau siapa?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s