JULIA – BAB 35

Tangan yang menyentuh bahunya dipegang dan dipusing ke kanan sehabis mungkin.Luqman menoleh memandang lelaki di belakangnya.
“Kau siapa?” dia menyoal buat kali kedua.Tangannya yang menyentuh Luqman tadi diangkat dan digunakan untuk menumbuk Luqman.Sayangnya ia sudah lembik,tidak mengenai Luqman.Lelaki itu mengerut dahi melihat tangannya.
Luqman sengih.Hanya sarafnya yang tersimpul buat sementara.Paling lama pun hanya akan membengkak dua minggu.Tidak sampai kudung.
Kesempatan itu digunakan untuk menyapu krim pada hidung lelaki itu.Serta-merta lelaki itu rebah perlahan.Langsung Luqman mengambil topeng muka menutupi wajah.Susah juga kalau wajahnya dicam nanti.
Langsung wayar-wayar di hadapannya diperhati.Playar ditangan dipegang erat.Bidang wayaring yang dipelajari sangat memberi keuntungan pada waktu begini.
Wayar yang tersambung ke bilik Julia dipotong.Kod-kod yang terdapat pada setiap wayar memudahkannya.Rasanya Julia sudah tidur.Jadi dia tidak akan menyedari perubahan yang berlaku.
Selesai kerjanya,Luqman menarik tubuh lelaki tadi bersandar di balik almari.Jadi tidak akan ada yang melihat.Langsung dia menaiki tangga.
Bunyi tapak kaki menghentikan langkahnya.Luqman berlari bersembunyi di balik rak pada ruang tamu atas.
“Siapa?” lelaki berkemeja hitam yang menutup pintu bilik betul-betul di kiri tangga menyoal.Kepalanya tertoleh-toleh mencari.Rasanya dia ada terdengar bunyi sesuatu.
Luqman mengintai dari balik kotak yang menutupi tubuhnya.Sebaik lelaki itu menuruni tangga,Luqman melangkah ke hadapan sedikit.Perlahan bagi memastikan lelaki itu tidak berpatah kembali.
Pasti lelaki itu sudah turun,Luqman keluar dari persembunyian.Dia mengintai sebelum meneruskan perjalanan.Mujur wayar lampu kecemasan sudah dipotong.Jadi walaupun ia dihidupkan tidak akan sesiapa yang tahu.
Langkah diteruskan hingga hampir tiba di bilik hujung.Hanya ada sebuah bilik di situ jadi Luqman pasti ia bilik Julia.Lagipun pintunya berbeza dengan pintu yang lain.
Juga berdiri seorang lelaki di pintu itu.Luqman mengerut dahi.Apa yang harus dilakukan? Langsung tiada ruang untuk bersembunyi di situ.Satu-satunya cara adalah berlawan.
Tapi dia tidak mahu menarik perhatian yang lain.Bimbang kedatangannya mengganggu seluruh villa.Silap hari bulan,dia akan terkurung di situ buat selamanya.
Pintu bilik di sisinya dibuka dan ditutup kuat.Hanya sekadar didengari sang pengawal pintu Julia.Dia menanti hingga lelaki itu datang padanya.

*……………….*

Faiz mengerut dahi mendengar bunyi itu.Jam tangan dipandang.Sudah pukul 10.00 malam.Sepatutnya semua pekerja sudah ke gudang.Dia juga akan meninggalkan bilik cik muda jam 11.30 malam nanti.
Kunci mangga disimpan di dalam poket seluar dan dia bergerak mencari arah bunyi yang didengarnya.Tidak menyedari ada yang menanti.
Faiz mengerut dahi melihat bayang seseorang.Mengangkat wajahnya Faiz terundur sedikit.Seorang lelaki bertopeng berada di hadapannya.
“Kau siapa?” Faiz menyoal dengan kerutan dahi.
Lelaki itu pantas melayangkan penumbuknya ke mata Faiz tapi Faiz pantas menunduk.Dia sudah biasa berlawan jadi ia tidak susah.Lagipun mengelak dari pihak lawan merupakan kepakarannya.
Faiz memegang penumbuk itu dan menolaknya ke belakang.Langsung kakinya menyilang kaki lelaki itu hingga dia terjatuh.Lelaki itu bangun kembali selepas beberapa ketika.
Faiz mengerut dahi.Kelihatannya lelaki ini tidak punya asas berlawan tapi mengapa dia berani menceroboh ke sini? Nampaknya dia menempuh maut.
“Kau siapa?” Faiz menyoal.
Lelaki itu tidak menjawab.Leher Faiz dipegang dan ditetak menggunakan pergelangan.Faiz kaku.Kehairanan.Mengapa lehernya tidak boleh bergerak tiba-tiba?
Faiz hanya melihat lelaki itu mengikat tangan dan kakinya.Setelah itu dia dijatuhkan.Lelaki itu kemudian menetak lehernya semula dan menyapu sesuatu pada hidungnya.
Matanya dikelip beberapa kali.Dia melihat lelaki itu meninggalkannya.Setelah itu dia sudah tidak tahu apa yang berlaku.Matanya terpejam rapat.

*………………..*

Luqman berpatah balik bila menyedari mangga itu berkunci.Tubuh pengawal tadi diperiksa dan kunci ditemukan di poket seluarnya.Sebelum meneruskan perjalanan dia meletakkan tubuh itu di dalam bilik yang berhadapan.
Mangga dibuka dan tombol pintu dipulas.Bilik itu gelap gelita kerana eletriknya tiada.Luqman membiarkan pintu terbuka agar cahaya masuk.
“Lia..” panggilnya perlahan.
Kakinya melangkah ke arah katil.Tapi Julia tiada di situ.Dia melihat sekeliling bilik.Luas benar bilik ini.Kalah biliknya di rumah.
Dia melangkah ke arah sofa bila terlihat kepala yang bersandar.Luqman mendapati Julia sedang tidur duduk di sofa seorang.
Wajah itu diteliti seketika.Wajah yang dirindui.Wajah kesayangan yang sudah lama tidak ditemui.Hanya seketika sebelum Julia dipanggil.
“Lia..”
Nampaknya Julia tidak sedar.Luqman teringat kata Firdaus bahawa cara mengejut orang sedang tidur yang paling cepat adalah menekan ibu jari kakinya.
Firdaus melutut.Ucapan maaf diucap sebelum dia menekan ibu jari kaki Julia yang disarung stokin itu.
“Lia..” panggilnya perlahan.

*………………….*

Julia terjaga dari tidur.Matanya terpisat-pisat memandang wajah di hadapan.Cahaya malap menyukarkan dia mengecam wajah itu.
“Lia..”
Julia terdiam.Suara itu..dan nama itu..hanya seorang,abang Hakim!!
“Abang Hakim?” perlahan suara Julia.
Luqman tersenyum namun dia pasti senyumannya tak dilihat Julia kerana ketiadaan cahaya.
“Jom” Luqman memegang pergelangan tangan Julia.
Julia terdiri mengikut jejak abang Hakimnya.Belum sempat langkah dibuka , Julia terlebih dulu menahan.”Nak pergi mana? Abang Hakim dari mana ni?”
Luqman menarik nafas.Masih Julia yang sama.Dia menoleh,” Lia..kita kena keluar dari sini dulu.Lia percaya saya,kan?”
Julia mengangguk.Dan Luqman langsung bergerak meninggalkan bilik itu.

*……………..*

Julia menanti Luqman memangga pintu.Dia melihat ruang tamu masih cerah,tidak gelap seperti biliknya.Seingatnya tadi dia tidak menutup lampu.
Luqman mencapai tangan Julia dan berlari anak ke ruang tamu atas.Beberapa saat dan Julia ditarik menuruni tangga.
Julia mengikut jejak Luqman.Luqman panik bila tersedar ada yang berjalan menuju ke arah mereka.Langsung tubuh Julia ditolak ke belakang sofa.
“Kau siapa? Apa kau buat kat sini?”
Luqman menarik nafas.Balik-balik itu sajalah soalan yang diterima.Dia tidak mengambil masa lama.Kaki lelaki itu disilang hingga dia terjatuh.
Dan Luqman langsung meniup serbuk pada tangannya ke wajah lelaki itu.Beberapa saat lelaki itu akhirnya rebah.Dia mengambil krim dan menyapunya ke hidung lelaki itu.
“Lia” panggil Luqman.
Julia keluar dari persembunyian.Wajah Luqman dipandang.Luqman mengangguk.Julia mendekat dan Luqman langsung menarik tangannya menuju ke bilik kosong.
Terkejut dia mendapati dua lelaki di pintu itu terbaring bagai mayat.Tapi dadanya masih turun naik menunjukkan keduanya masih bernafas.Luqman memandang.
“Jangan risau.Dia orang cuma tidur je..”
Julia mengangguk.Dia mengikut abang Hakim ke bahagian hadapan.
Luqman membuka beg galasnya dan mengambil sesuatu.Kemudian ia diberi pada Julia.
“Kasut?” Julia memandang kasut sukan yang diberi Luqman.
“Pakai cepat.Nanti ada orang nampak” Luqman menggesa.
Julia langsung menunduk dan memakai kasut yang disediakan Luqman.Memang tepat dengan saiz kakinya,barangkali Luqman meminta bantuan Has untuk membelinya.Kelihatan seperti kasut baru.
Tangan Julia ditarik.Meredah semak samun yang masih lagi serendah lutut keduanya.Luqman diam sebentar.Dia tidak boleh melalui arah yang sama dengan tempat dia meninggalkan motosikal.
Dia berpusing ke arah kiri dan menarik Julia.Mereka meredah hutan di tengah malam tanpa mengetahui arah tuju.

*…………….*

Seluruh isi banglo gempar.Ramai yang ditemui tidur tidak pada tempatnya.Zakuan dan Johan buntu bila Faruk dan Kamil tidur di pintu.Keduanya berpandangan sesama.
“Cik muda!” ucap mereka serentak.
Langsung Zakuan berlari ke tingkat atas.Lega sedikit hatinya bila pintu masih berkunci.Kunci pula disangkut pada sisi pintu.
Dahinya berkerut.Mana perginya Faiz? Bukankah jadual mengawalnya bermula 6.00 pagi hinggan 11.30 malam?
Zakuan mula tidak sedap hati.Kunci dicapai dan pintu bilik cik muda dibuka.
“Cik muda..” panggilnya.
“Cik muda..” panggilnya lagi.Ke mana perginya cik muda?
Dia masuk ke bilik air tapi tidak menjumpai.Ruang sidai kain juga kosong.Nafas turun naik menahan perasaan.Kalau Faruk dan Kamil ditemui tertidur di luar..ertinya
“Faiz!” Zakuan memanggil.Nadanya serius.Beberapa orang yang berada di situ membantu mengesan Faiz.Ke mana perginya Faiz?
“Jumpa cik muda?” Johan yang baru naik menyoal.
Zakuan menggeleng.Johan mengeluh.Cik muda dilarikan atau melarikan diri.Tak kisahlah yang mana,yang pasti mereka bakal menghadapi kemarahan bos yang sudah lama tidak kunjung tiba.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s