JULIA – BAB 36

Penumbuknya digenggam.Nizam yang melaporkan ditumbuk berulang kali.Matanya merah menahan sifat marah yang makin menguasai diri.
“Kau cakap apa?” Salim menarik kolar baju Nizam.
Nizam menelan liur.Rasanya sudah lama Salim tidak semarah ini,” Cik muda hilang,bos”.
Salim melepaskan kolar baju Nizam dan menolaknya.Dia menumbuk dinding dengan penumbuknya.Darah yang mengalir dari tangan dibiarkan.Nafas turun naik menahan perasaan.
“Macam mana dia boleh hilang?” Salim menyoal setelah kemarahannya reda sedikit.
Nizam yang masih di lantai bangun berdiri dan membetulkan kotnya.Darah yang mengalir keluar dari bibir dilap menggunakan jarinya.
“Tak de yang tahu macam mana cik muda hilang.Tapi memang malam tadi ada orang pecah masuk banglo.Cuma tak tahu siapa.Yang pasti ramai yang tak tahu apa jadi sebab kebanyakannya kena ubat tidur” ucap Nizam satu persatu.
Salim diam.Apa yang Zakuan lakukan? Bagaimana Julia boleh hilang tiba-tiba? Sudahlah baru pagi ini mereka perasan akan kehilangannya.Pasti sudah jauh dia dibawa lari.
Dia mahu ke banglo segera tapi tidak boleh.Mana mungkin dia meninggalkan kerjanya yang masih belum selesai.Kalaulah banglo tidak sejauh ini…
“Yang kena ubat tu dah sedar belum?”
“Belum lagi”.
Salim menarik nafas.Bererti ubat tidur yang diberikan mempunyai kesan yang lama.Kejut bagaimanapun tetap juga mereka tidak akan sedar dari tidur.
Bunyi telefon bimbit Nizam mengalih perhatian.Nizam menjawab panggilan yang diterima.
Salim menarik nafas.Jam tangan dikerling.Pasti panggilan dari syarikat.Mesyuarat akan bermula sebentar lagi.
“Bos,,kita kena ke syarikat sekarang”.

*………………..*

Sepi.Kedua-duanya membisu.Kedua-duanya mendiamkan diri.Sama-sama tidak tahu apa yang harus dibicarakan.Hanya kedengaran bunyi-bunyi serangga yang mengisi pendengaran.
Julia mengurut-urut kakinya yang keletihan.Seluar yang dipakai juga sudah mula kotor.Nafas ditarik dan sekilas dia memandang Luqman.Kelihatan lelaki itu sedang mencari-cari sesuatu di dalam begnya.
Luqman mengeluarkan sebotol air mineral dan memandang Julia.Air mineral itu dihulurkan,”Minumlah”.
Julia menyambut dengan senyuman.Luqman dipandang,”Abang Hakim tak haus?”
Luqman menggeleng.Bukan tidak haus tapi dia boleh menahannya.Tapi jika Julia kehabisan tenaga,kedatangannya ke sini akan jadi sia-sia semata.
Matanya melilau melihat sekeliling.Dia sendiri tidak tahu mereka sudah tersesat ke mana.Hanya dikelilingi pokok-pokok dan belukar serta semak-samun sekeliling mereka.Warna hijau di kiri kanan dan langit di atas.
Mereka berhenti berjalan meredah hutan tadi sebenarnya bagi menunaikan solat Subuh.Dan keduanya mengambil masa untuk berehat seketika.
Julia meneguk air yang diberi Luqman.Nampaknya Luqman memang telah bersiap sedia untuk menyelamatkannya.Apakah Luqman memang tidak mahu membuat sebarang penjelasan?
“Kita nak ke mana ni?”
Luqman memandang Julia sekilas.Wajah gadis itu diperhati.Dia sendiri masih tidak tahu jawapannya.

*………………..*

“Cepat.Semua cari cik muda.Tutup gudang hari ni.En.Nizam cakap cari cik muda sebelum bos sampai sini.Kalau tak..” Zakuan terhenti.Bukan saja kemarahan bos yang melanda,nyawa juga menjadi taruhan.
Semua yang mendengar bergerak mencapai senjata masing-masing.Cik muda harus ditemukan sebelum bos pulang.Kalau tidak nyawa yang menjadi taruhan.Kemarahan bos tidak boleh dijangka.
“Macam mana ni?” Zakuan memandang Johan di sebelahnya.
Dia menarik nafas.Nampaknya cik muda memang tidak betah tinggal di sini.”Kita kena masuk hutan ni.Tapi aku tak tahulah dia dah jauh ke belum”.
Johan mengangguk.Dan mereka berdua bergerak mengikut teman-teman yang lain.Memulakan pencarian cik muda dalam hutan yang tidak diketahui luasnya itu.

*…………………*

Mereka berpandangan sesama sendiri.Julia menggigil ketakutan.Tangan melekap pada kepala yang tersarung dengan tudung.Bunyi tembakan yang baru didengar membuktikan mereka masih dekat dengan rumah besar itu.
Luqman langsung menggalas begnya dan memandang Julia.Mereka harus beredar dari situ sekarang.
“Lia ok lagi?”
Julia mengangguk.Ok atau tidak bukan masalah.Mampu tidak mampu perjalanan tetap harus diteruskan.Mustahil dia mahu tinggal di hutan ini.Kalau dia ditemukan,bagaimana dengan nasibnya nanti?
Luqman mengangguk.Bibir diketap,”Kalau macam tu…Jom”.
Julia bangun dari duduknya.Nafas ditarik dan senyum diukir.Dia mengikut langkah Luqman yang sudah bergerak.Perlahan.
Bang! Bang!
Bunyi tembakan makin jelas kedengaran.Luqman kepanikan bimbang Julia terapa-apa.Automatik tangannya menarik tangan Julia dan mula berlari.
Julia mengerut dahi.Lariannya dilajukan.Mereka harus berlari menyelamatkan diri hingga menemui tempat yang selamat dan sesuai untuk bersembunyi.

*………………..*

Dia mengangguk mendengar kata-kata mama.Wajah mama dipandang,” Habis abang tak cakap bila dia balik?”
Datin Mariah menggeleng.Has mengeluh.Nampaknya abang memang benar-benar ingin cepat.Pagi-pagi buta sudah hilang.Dicari juga tak ketemu.Selalu kalau abang ke mana-mana,pasti akan menemuinya dulu.
Has menaiki tangga menuju ke bilik Luqman.Mahu mencari kalau-kalau ada yang ditinggalkan Luqman buatnya.
Langkahnya maju pada laci meja belajar Luqman.Selalunya Luqman akan meninggalkan apa-apa untuknya di laci itu.
Laci itu dibuka perlahan.Has mengerut dahi melihat telefon bimbit abang berada di atas sampul surat.Dan di sebelahnya ada sepucuk surat.Has mengambil surat itu dan mula membaca.

Assalamualaikum….
Has..abang minta maaf sebab pergi tak sempat jumpa.Abang memang nak cepat.Abang nak Has doakan abang semoga semua urusan abang dipermudahkan Allah.Tolong doakan abang pulang dengan selamat.Abang janji abang akan buat yang terbaik untuk Has.
Sampul surat ni..kalau dalam masa seminggu abang belum balik,tolong serahkan pada abang Zalif.Ingat lagi kan kawan abang yang pernah datang rumah tu? Abang tinggalkan fon supaya senang Has nak berhubung dengan dia.Serahkan sampul surat ni pada Zalif cuma kalau dah seminggu tapi abang tak balik.
Ni je yang abang sempat tulis.Jaga diri elok-elok.Kirim salam untuk Cik Amir dengan Cik Nisah.

SALAM SAYANG
Abang Luqmanul Hakim

Has mengerut dahi.Mengapa harus menyerahkan sampul surat itu pada abang Zalif? Apa yang abang sembunyikan darinya?
Sampul surat itu diambil.Agak berat juga.Entah apa kandungannya.Nampaknya ada amanah abang yang perlu dia laksanakan.

*………………..*

“Cepat” Luqman memandang Julia sekilas.
Julia mengah.Nafasnya turun naik.Dia tidak tahu sudah sejauh mana mereka berlari.Yang pasti dia keletihan dan .. kelaparan.Perutnya dipegang.
Luqman melajukan langkah.Dia tahu Julia kepenatan.Tapi yang terpenting sekarang adalah selamatkan diri.Dia tidak mahu kedatangannya menjadi sia-sia jika Julia ditangkap semula.
Luqman berhenti tiba-tiba.Julia diam melihat Luqman.Perlahan Luqman melepaskan tangan Julia yang sedari tadi dipegang.
“Kenapa?” Julia menyoal.
Luqman menarik nafas,dia menggeleng.”Saya rasa kita dah jauh dari banglo”.
Julia mngerut dahi seketika.Banglo? Maksudnya rumah besar tadi? Dia tersenyum dan melihat keadaan sekeliling.Mencari tempat untuk melepaskan lelahnya.
Matahari sudah mula memancarkan cahaya.Barangkali sudah pukul 10.00 pagi atau lebih.Hasil larian tadi juga mengeluarkan peluh dari tubuhnya.Julia tidak tahu bagaimana keadaan dirinya sekarang.Sudahlah keluar berbaju tidur.Mujur pakaian tidur hariannya sopan saja.
Luqman menghulurkan sebungkus roti Gardenia pada Julia.Dia hanya membawa sedikit makanan untuk mengalas perut.Kalau mereka berterusan terperangkap di dalam hutan ini,nampaknya mereka harus mencari tumbuhan yang boleh dimakan.
“Terima kasih.Abang Hakim nak?” Julia menyoal.
Luqman menggeleng.Melihat Julia makan sudah buat dia kenyang.Luqman senyum sendiri.Memang dia lapar tapi dia boleh menahannya.Lagipun makanan yang dibawa hanya sedikit.Mungkin cukup untuk hari ini saja.
Julia memandang sekeliling.Pukul berapa agaknya sekarang? Dia tiba-tiba berfikir.Apakah Luqman memang tidak mahu bercerita apa-apa?
Bagaimana dia boleh di sini? Bagaimana pula dia tahu Julia di sini? Bagimana dia boleh sampai ke sini? Dari mana , dengan apa? Dan kedatangannya diketahui Has atau tidak?
Bagaimana pula dengan Cik Mariah dan Cik Norman? Apakah mereka tahu apa yang abang Hakim lakukan? Julia menarik nafas.Dia tidak suka berteka-teki sendiri.
Abang Hakim dipandang,”Abang Hakim”.
Luqman membalas pandangan Julia.Dia dapat merasakan Julia memerlukan sebuah penjelasan atas apa yang sedang berlaku.
“Abang Hakim ada nak cakap apa-apa?”
Luqman diam.Tekaannya benar.Memang dia berniat mahu bercerita tapi tidak tahu harus dimulakan dari mana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s