JULIA – BAB 37

Nafas ditarik dalam.Wajah di hadapannya itu dipandang.Kelihatan wajah itu benar-benar mempamerkan wajah ingin tahu.
“Apa yang Lia nak tahu?”
Julia mengerut dahi.Mengapa abang Hakim menyoal begitu? Apa yang dia mahu tahu.Kalau apa yang dia mahu tahu,pastinya dia mahu tahu segalanya.Dari A hingga Z , dari hulu hingga hilirnya.
“Abang Hakim tak nak cerita?” Julia memandang Luqman.
Luqman diam.Bukan dia tidak mahu tapi tidak tahu bagaimana.Lagipun dia sendiri maklum lambat-laun perkara itu tetap akan diberitahu pada Julia.
“Macam mana Lia boleh ada dalam tu?”
Julia terdiam.Bukankah dia yang memberi soalan,,jadi seharusnya dia mendapat jawapan bukan mendapat soalan kembali.
Luqman memandang Julia yang membisu.”Apa yang Lia nak tahu? Saya tak tahu macam mana nak cerita”.
Julia menggaru kepalanya yang tidak gatal.Bagaimana ya? Dia tidak tahu apa yang harus disoal dahulu dan disoal kemudian.Nampaknya dia harus menyusun ayat yang bakal diutarakan.

*………………*

Zakuan gelisah di tempatnya,Telefon bimbit setia di tangan.Apa yang harus dia lakukan? Bagaimana caranya menjelaskan semuanya pada bos?
Kebanyakan teman-teman sudah keluar dari hutan tapi tetap membawa khabar buruk.Cik muda tidak ditemui.Mujur ada lagi yang masih belum keluar hutan,Tapi tidak tahulah mereka akan menemui cik muda atau tidak.
Zakuan yakin yang melarikan cik muda pasti orang yang sudah biasa dengan banglo.Kalau tidak bagaimana dia boleh melarikan diri sekelip mata? Sedangkan pekerja yang sudah lama bekerja di situ juga belum tentu dapat menghafal setiap sudut banglo.
Tapi siapa? Siapa orangnya? Serasanya tidak ada walau seorang yang kurang ketika dia membuat perjumpaan semalam.Selain orang yang berada di banglo,yang mengetahui tentang banglo cuma bos,Tn.Hassan,Nizam dan juga Anas.
Nama-nama yang tidak mungkin akan menikam bos dari belakang.Lalu siapa orangnya? Zakuan mengeluh.Peningnya memikirkan hal ini.
Bunyi nada dering telefon bimbitnya menyedarkan dia dari lamunan.Nama bos tertera pada skrin.Zakuan menelan liur , apa yang harus dibicarakan..?
“Ye bos” Zakuan menekan butang hijau menerima panggilan.
“Cik muda mana?”
Zakuan diam mendengar pertanyaan bos.Sudah mengagak bos pasti akan menanya soal cik muda.
“Aku tanya ni” suara bos meninggi namun nadanya masih serius.
“Belum jumpa lagi” Zakuan menjawab jujur dan ringkas.
“Tak guna!”
Zakuan terdiam mendengar kata-kata bos.Memang dulu dia selalu mendengar bos marah-marah begitu namun sejak kedatangan cik muda bos jarang marah-marah dan mengeluarkan kata-kata begitu.Mungkin bos berhenti kerana bimbang kata-kata sebegitu akan terkeluar di depan cik muda.Nampaknya kehilangan cik muda yang belum sampai 24 jam ini sudah mengembalikan tabiat buruk bos.
“Aku nak kau cari dia sampai jumpa.Kalau tak jangan kata aku tak bagi amaran”.
Talian dimatikan.Zakuan memandang skrin telefon bimbitnya.Bos akan tiba esok.Agaknya anak buahnya yang masih belum pulang akan membawa cik muda atau tidak?

*……………….*

“Ju!”
Matanya melihat sekeliling.Dia masih di kedai.Masih lagi di kaunter.Pasti tertidur sementara menunggu baju yang masih di dalam mesin basuh.
Nafas ditarik.”Ya Allah..”
Anisah meraup wajahnya.Tudung yang senget dibetulkan.Dadanya diurut meredakan debaran di hati.
Mimpi tadi terbayang semula di ruang mata.Dahinya berkerut.Istighfar diucap.Mimpi soa puterinya.
Mengapa dia bermimpi Julia dalam bahaya? Sedang sebelum-sebelum ini dia selalu bermimpi Julia tersenyum memandangnya.Memanggilnya..umi juga abi.Katanya dia akan pulang nanti.
Namun mimpi tadi bukanlah seperti itu.Julia dalam bahaya.Dia berlari dengan seseorang dalam keadaan mereka dikejar sekumpulan lelaki bersenjata.
Siapa yang lari bersama Julia? Mengapa mereka dikejar? Apa yang lelaki bersenjata itu mahu dari Julia dan temannya?
“Assalamualaikum..”
Suara itu mengalih tumpuan Anisah.Wajah gadis manis itu dipandang.
“Cik Nisah berangan ke?” Has menyoal sambil meletakkan fail-failnya ke dalam almari yang disediakan Anisah khas buatnya.
Anisah tersenyum.Has memang selalu datang tepat pada masa.Bila hatinya tidak tenteram gadis ini pasti punya idea untuk menenangkan hatinya.
“Kenapa ni?” Has hairan melihat Cik Nisahnya berdiam.Langkahnya diatur ke kaunter.
Anisah menggeleng.”Has banyak tugasan?”
Has menggeleng sambil langkah diatur ke almari penyangkut baju.”Tak banyak pun.Ada satu je..tu pun minggu depan baru doktor nak”.
Anisah mengangguk memahami.”Luqman mana? Dah lama dia tak datang”.
Has memandang,” Abang ada kerja.Dah lama dia tak de kat KL.Dia kirim salam kat Cik Nisah dengan Cik Amir”.
Anisah mengangguk.Dia tersenyum melihat anak gadis di depannya itu.Memang Julia bertuah punya sahabat seperti Has.Lagipula Has memang pandai menjaga hati orang-orang tua sepertinya.
Mimpi tadi diingat semula.Nafas dihembus.Apalah agaknya semua itu? Suara salam yang berbunyi dari depan mengangkat wajahnya.Langsung dia ke depan melayan pelanggannya.

*………………*

Selesai menunaikan solat Maghrib berdasarkan keadaan sekeliling mereka,sama-sama termenung memandang persekitaran.
Julia melihat kiri kanannya.Malam hampir pekat menandakan hampir masuknya waktu Isya’.Wajah Luqman dipandang.Apakah mereka akan tetap berehat di sini?
Luqman melihat Julia mengusap kedua lengannya.Juga jemarinya yang menggenggam antara satu sama lain.Pasti Julia kesejukan.Memang dia maklum dari dulu yang gadis itu tidak tahan sejuk.
Dia melihat jaket yang tersarung pada tubuh.Tidak sesuai pula diberi pada Julia.Sudahlah kotor,pasti ia berbau peluh.Luqman teringat baju sejuk Has yang diambilnya.
Zip begnya dibuka.Baju sejuk dikeluarkan dari beg itu.Ia diserahkan pada Julia.
Julia terpinga melihat baju sejuk yang dihulur Luqman.Dia menyambut dengan senyuman.Baju sejuk milik Has.”Macam-macam abang Hakim bawa,kan?”
Luqman senyum.Sebenarnya bukanlah semua barangnya pun.Kebanyakannya adalah barang yang bakal diperlukan Julia.Itu pun kalau ikutkan hati dia mahu menambah barang lagi.Namun memikirkan pelarian yang pastinya memenatkan , hanya sebuah beg yang dibawanya.
Julia menyarung baju sejuk pada tubuhnya.Lega sedikit.Hutan ini walau agak panas di siang,tapi sejuk di malam hari.Pasti ia masih terikat dengan cuaca semula jadi.
“Has tahu ke abang Hakim ambil barang dia?”
Luqman memandang Julia sambil mengangkat kening.Senyum dikuntum dan kepala digeleng.Teringat Has yang sibuk mencari blouse kesayangannya tempoh hari.
Julia mengangguk memahami.Soal sesi jawab petang tadi telah memaklumkan padanya bahawa tidak ada sesiapa yang tahu kedatangan abang Hakim melainkan temannya yang bernama Firdaus.
Dia belum pernah menemui Firdaus.Tapi selalu jugalah dia mendengar kisah dari Has yang mengatakan Firdaus adalah teman serumah abang Hakim di Pulau Pinang.
Luqman melihat sekeliling.Mereka harus mencari tempat tidur yang agak tersembunyi.Di sini terlalu mudah dijumpai andai ada yang mencari.Tapi di dalam hutan ini apa yang ada? Pasti semuanya serupa.
Nampaknya mereka harus bergerak selepas solat Isya’.

*………………..*

Motosikal Kawasaki itu diperhati.Dia duduk dan bangun menelek motosikal itu.Tidak ada walau satu tanda yang mengarah pada pemiliknya.
Tayarnya telah dipancitkan.Nombor plat pula sudah dibuka.Nampaknya sang penyelamat cik muda sudah maklum akan bahaya tempat ini.Semua langkah keselamatan sudah diambil.
“Macam mana?” Johan yang berdiri lima tapak di belakangnya menyoal.
Zakuan menggeleng.”Dia dah hapuskan bukti.Tak de cara nak cari dia balik”.
Johan diam.Lelaki berkemeja hitam yang berdiri tidak jauh darinya dipandang.”Kat mana kau jumpa motor ni?”
“Kat kawasan depan”.
Johan dan Zakuan memandang sesama sendiri.Kawasan depan..membawa erti sang penyelamat yang tidak diketahui identitinya itu datang dari jalan besar.
Bererti dia bukan orang dari sini.Bukan orang dari gudang yang menikam belakang bos.Tapi orang luar.Persoalannya bagaimana dia boleh tahu keberadaan banglo di tengah hutan itu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s