JULIA – BAB 38

Dia menggosok kedua belah tangan bagi menghilangkan kesejukan yang menyelubungi.Malam semakin pekat hanya cahaya bulan menjadi penerang.Juga bintang yang berkerlipan yang menjadi penunjuk arah.
Abang Hakim yang tiba-tiba berhenti dipandang.Matanya membulat tanda menyoal apa yang tidak kena.
“Lia boleh jalan lagi?”
Julia mengangguk dan memberi senyuman.Dia masih boleh berjalan cuma kesejukan yang mengganggu.
Luqman melihat Julia yang menggigil kedinginan.Kemudian matanya melilau sekeliling.Rasanya mereka boleh berhenti di sini saja untuk malam ini.
Dia mencari satu sudut yang boleh Julia duduk.Lalu beg galasnya diturunkan dari bahu.”Berhenti dululah”.
Julia mengangguk.Matanya melilau melihat sekeliling.Tempat yang disediakan Luqman diambil.Dia duduk memeluk lutut.
Luqman memandang.Dia tahu Julia kesejukan.Apa yang harus dilakukan? Dia duduk bersandar pada pokok yang berada di belakang.
Julia melihat langit.Bagaimana dia boleh tidur dalam keadaan begini? Bukan matanya tidak mengantuk,tapi ia tidak mahu tutup.
“Lia boleh tidur tak?” Luqman menyoal.
Julia memandang Luqman.Tidak tahu apa yang harus dijawab.Hanya senyum dikuntum.
Luqman menarik nafas.”Lia tidurlah.Esok kena gerak lagi.Kalau ada sungai dekat-dekat sini..mesti ada kampung”.
Julia mengangguk.Daun-daun di sekitarnya dikumpul dan disatukan untuk dijadikan bantal tidurnya.Kakinya diluruskan.
Luqman mencapai mancis di dalam beg.Dia harus menghidupkan api untuk menghangatkan suasana.Jika Julia jatuh sakit esok hari keadaan akan menjadi lebih parah.

*……………*

Matanya melihat sekeliling.Mengapa malam ini dia tiba-tiba tidak boleh tidur? Selalunya letak saja kepala atas bantal matanya langsung pejam.
Cardigan yang tersangkut di penyangkut disarung pada tubuh.Tudung dalam almari dicapai dan dipakai.
Has keluar dari bilik perlahan.Dia tidak mahu mengeluarkan bunyi.bimbang mengganggu mama dan papa yang pastinya sudah lena dibuai mimpi.
Langkahnya perlahan menuruni tangga.Pintu bilik salah seorang pembantu rumahnya diketuk.
“Cik muda”.
Has menarik nafas,”Boleh Kak Wani temankan Has?”
Gadis yang dipanggil Wani itu memisat-misat matanya.Kepalanya diintai ke dalam bilik melihat jam dinding.
“Cik muda tak boleh tidur?”
Has senyum.”Tak tahulah kenapa.Mata ni tak nak pejam”.
Wani mengangguk.Getah rambut di atas lacinya dicapai dan dia mengikut langkah Has.
“Nak saya buatkan susu?”
Has menggeleng.”Has nak keluar.Boleh Kak Wani temankan?”
Wani mengerut dahi.Keluar rumah? Malam-malam buta begini.Kalau diketahui dato’ dan datin pasti teruk dia dimarah.
“Nak keluar malam-malam ni?”
Has menoleh dan tersengih.Anggukan diberi pada puteri Pak Khir itu.”Kita dah sampai pintu dah.Kak Wani temankan ye?”
Has langsung membuka pintu.Wani menahan tangan Has,”Tapi cik muda..”
Has mencebik.Keningnya dijongket,” Kalau Kak Wani tak nak teman,Has keluar sorang..”
Wani mengeluh melihat Has keluar dari pintu.Cik muda..cik muda.Langsung dia berlari mengejar Has.
“Cik muda!”jerit Wani sebaik melihat Has membuka pagar.
Has mengerut dahi.Jari telunjuk diletak pada bibir meminta Kak Wani berdiam.
“Janganlah keluar pagar.Bahayalah cik muda..”
Has memandang dengan kerutan dahi.Matanya memandang ke luar.Dia tidak tahu apa yang tidak kena dengan dirinya hari ini.Yang dia tahu,sekarang dia mahu keluar.
Langsung langkah kakinya maju keluar pagar.Kata-kata Kak Wani dipedulikan.Has tahu Kak Wani pasti akan mengikutnya.
“Cik muda..” Wani mengikut.
Has meneruskan langkah.Mereka sudah keluar dari lorong.Dia memandang kiri dan kanan.Mana satu lorong yang harus diikut?
Wani menarik Has.”Cik muda..jangan buat macam ni.Kita balik ye..”
Has mempedulikan kata-kata Wani.Langkahnya laju melintas jalan.Tidak lagi ke kiri atau kanan.Tak sedar sebuah kereta meluncur laju.
“Cik muda!!”
Wani tergamam melihat Has sudah terbaring di atas jalan.Darah berlumuran pada tubuhnya.

*……………*

Luqman terjaga dari tidurnya.Tubuhnya langsung terduduk.Nafasnya turun naik.
Dahinya berkerut.Apa yang terjadi tadi hanya mimpi atau sebuah kenyataan? Has kemalangan?
Terbayang Has yang dilanggar sebuah kereta Avanza berwarna merah hati.Luqman mengucap istighfar.Berdoa moga itu semua hanya mimpi semata.
Bunyi tembakan yang didengar mengejutkannya.Baru dia sedar dia masih bersama Julia di dalam hutan.
Bunyi itu kedengaran jelas pada telinga.Bererti sang berdekatannya.Pasti mereka mengikut jejak asap yang keluar dari api.Atau mengikut cahaya api.
Langsung Luqman memadamkan api.Dia mendekat Julia yang merengkot tidak jauh.”Lia..”
Luqman mengejut.Beberapa kali nama gadis itu dipanggil dan gadis itu tersedar.
“Shhh..”
Julia diam.Apa yang terjadi? Mukanya diraup.Tudungnya dibetulkan.Abang Hakim di depannya dipandang.
“Ada orang.Kita kena lari” Luqman memegang tangan Julia sebagai tanda.
Julia mengangguk.Cuaca masih gelap bererti mereka tidak akan dilihat tetapi hanya dikesan melalui bunyi.
“Jom” suara Luqman berbisik.
Julia bangun mengikut Luqman.Luqman sudah pun menggalas begnya.Dan mereka berjalan melewati situ.
Bunyi tembakan dilepaskan lagi.”Cik muda!!”
Membulat mata Julia mendengar suara itu tidak jauh dari mereka.Automatik tangannya menggenggam kuat jemari Luqman.
Luqman melajukan larian.Biarpun akan mengeluarkan bunyi bising,ia lebih baik dari mereka terpisah.
“Cik muda!”
Sedas tembakan dilepaskan ke arah mereka.Mujur tidak mengena Luqman mahupun Julia.
Luqman menarik tangan Julia bersembunyi di sebalik pohon besar.Keduanya menahan nafas agar ianya tidak terdengar sang penembak.
“Cik muda!”
Julia terjerit kecil mendengar suara yang hanya selangkah di belakang mereka.Luqman langsung menutup mulut Julia dengan tangannya.
Tubuh Julia dipeluk erat.Namun bunyi tembakan yang dilepaskan menakutkan Julia.Membuatkan dia menolak tubuh Luqman.
“Cik muda” suara itu berbunyi lagi.Julia membulatkan mata melihat dua orang lelaki di hadapannya.
Luqman lebih cepat mencapai lengan Julia dan berlari.Sekuat hati agar dapat menyelamatkan diri.
Tembakan yang dilepaskan mengenai lengan Luqman.Luqman menahan sakit.Tapi suasana gelap membuatkan Julia tidak dapat melihat dengan jelas apa yang terjadi.
Luqman masih meneruskan lariannya.Namun tenaganya makin lemah kerana luka yang dialami.Julia naik hairan pabila langkah abang Hakim semakin perlahan.
“Abang Hakim..” Julia memandang wajah itu.
Luqman menarik nafas.”Kita stop kejap.Saya rasa dia orang ke arah lain tadi”.
Julia mengangguk.Langkahnya dihentikan dan mereka sama-sama mengambil tempat.
Matahari mula naik menggantikan bulan yang hampir turun.Julia memandang langit yang sudah mula bertukar cerah.
“Abang Hakim..” Julia mengalih pandangan dari atas memandang Luqman di sisinya.
“Darah!” mata Julia membulat melihat darah yang keluar tak berhenti dari lengan Luqman.Langsung dia mendekat.
Lengan Luqman diperhati.Daun yang dilihat diramas dan diletakkan ada luka abang Hakim.Buat masa ini pendarahan harus dihentikan.
“Kenapa abang Hakim tak beritahu Lia?” Julia menyoal Luqman yang kelihatan sudah lemah.
Luqman menguntum senyum.Dia tidak mahu Julia risau kerananya.Apa yang mereka tempuh sekarang sudah cukup merisaukan.
Julia menggeleng-geleng.Nampaknya darah sudah mula berhenti.Langsung t-shirt yang tersarung pada tubuhnya dikoyak sedikit dan diikat pada lengan Luqman.
Senyum diukir sebaik kerjanya selesai.”Darah dah kurang..”
Julia memandang Luqman yang sudah lelap.Dia tersenyum.Langsung dia menjauh dari Luqman.
Nampaknya mereka sama-sama tidak menunaikan solat Subuh tadi.Pandangannya melihat sekeliling.
Dia harus mencari buah-buahan hutan untuk dibuat sarapan.

*…………..*

“Saya minta maaf datin.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya..”
Datin Mariah senyum lemah,”Awak tak salah.Mukrimah yang nak keluar sendiri.Saya tahu dia memang degil.Awak tak perlu minta maaf.Benda dah jadi..”
Wani memandang wajah Datin Mariah.Majikannya itu memang majikan yang baik.Untung dia punya majikan seperti Datin Mariah.
Datin Mariah mundar mandir di hadapan bilik kecemasan.Sudah lama doktor di dalam tapi mengapa masih belum keluar lagi?
Dato’ Norman mendekati isterinya.”Jangan macam ni.Has akan selamat”.
Datin Mariah memandang.Bukan dia tidak percaya tapi hatinya risau.Bagaimana agaknya keadaan Has di dalam?
“Ya Allah..selamatkanlah Mukrimah..” Datin Mariah menggenggam jemarinya.
Dato’ Norman memaut bahu isterinya.Dia juga risau akan Has.Sedari tadi dia cuba menghubungi Luqman tetapi tidak dapat.
Tapi mesej telah ditinggalkan.Andai Luqman melihat telefonnya pasti dia akan tahu apa yang menimpa adik kesayangannya itu.
Wani mengambil tempat di sisi Pak Khir.Pak Khir menggeleng melihat Wani.Tidak patut anaknya itu membawa Has keluar walaupun itu adalah permintaan Has sendiri.Sudah tahu bahaya mengapa kemahuan cik muda dituruti juga?
Seorang doktor lelaki keluar dari bilik bersama dua orang jururawat wanita di sisinya.Dato’ Norman dan Datin Mariah mendekat.
“Macam mana dengan Mukrimah?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s