JULIA – BAB 40

“Bos”.
Salim memandang Nizam.Kelihatan pembantunya itu resah gelisah sejak mereka meninggalkan pejabat Dr.Hassan.
“Dah kenapa?” Salim menyoal.Rimas dengan kelakuan Nizam.
Nizam diam.Salim menghentikan langkahnya.Kali ini dia berdiri betul-betul di hadapan Nizam.
“Cepatlah.Kita ada kerja ni” Salim memandang dengan wajah seriusnya.
Nizam mengetap bibir.Dia mahu melihat dia.Nizam mahu melihat gadis itu.Pesakit Dr.Hassan yang baru masuk wad pagi tadi.
Salim memandang marah.Kalau tidak mengenangkan Nizam adalah pembantu yang paling setia,pasti suaranya sudah meninggi.
“Saya nak ke bilik air” Nizam mengangkat wajah.
Salim mengerut dahi,” Pergi bilik air pun nak takut.Aku tunggu dengan Anas”.
Salim berlalu meninggalkan Nizam.Jam tangan dippandang sekilas.Sudah hampir 3.45 petang.Bererti Nizam hanya ada masa sepuluh minit,jika tidak ditinggalkan saja.
Nizam langsung berlari menuju ke kaunter pertanyaan.
“Ada apa yang boleh saya bantu?” jururawat yang bertugas menyoal.
Nizam cuba menenangkan diri,tahu dia tidak cukup masa.Nafas ditarik dan dihembus,”Mukrimah Muhasibah .. kat bilik mana?”
“Sekejap ye” jururawat itu membuat pemeriksaan di komputernya.Nama Mukrimah Muhasibah dicari.Ooh..anak Dato’ Norman rupanya.
“Cik Mukrimah kat wad kelas satu bilik nombor 103”.
Nizam mengangguk.Ucapan terima kasih diucapkan dan dia berlari.
“Encik!”
Nizam menoleh.Jururawat itu diam sebentar lalu berkata,” Cik Mukrimah masih dalam pengawasan doktor.Jadi yang boleh melawat cuma ahli keluarga.Kalau encik naik pun,encik tak boleh jumpa dia”.
Nizam memejam kedua belah mata.Dia cuma mahu melihat Has sekilas.Nafas dihembus dan dia melangkah ke arah kaunter semula.
“Boleh aku tahu keadaan dia ?”
Jururawat itu diam seketika.Hasrat asalnya tidak mahu memberitahu langsung dibatalkan sebaik melihat wajah berharap Nizam.
“Dia dah ok sikit dari pagi tadi.Keadaan pun dah stabil.Cuma doktor letakkan dia dalam pemerhatian takut kalau jadi apa-apa”.
Nizam menarik nafas lega.Wajah jururawat itu dipandang lagi.Matanya melihat tag nama yang tersangkut pada seragam jururawat itu.
“Sabirah,kan?”
Jururawat yang dipanggil Sabirah mengangguk.Tersenyum pada tetamu di hadapan.
“Nanti kalau Has dah sedar kau call aku” Nizam menyerahkan kadnya pada Sabirah dan berlalu pergi.Nampaknya dia akan dimarahi bos kerana kelewatannya.

*……………*

Nafas ditarik.Dan dihembus.Ditarik dan dihembus lagi.Tangan digosok menahan getaran.
Zakuan memejam mata.Faruk menelefon memberitahu bahawa bos sudah tiba.Dia yang masih di gudang berlari anak menuju ke banglo.
Apa yang harus dikatakan pada bos nanti? Bagaimana harus dia menjelaskan segalanya? Tambahan pula,Nizam yang menjadi pendamping bos itu tidak menyukainya.Pasti ada saja yang mahu dikatakan Nizam.
Wajah Johan yang keresahan dilihat dari jauh.Kelihatan Johan juga berlari padanya.”En.Zakuan”.
Zakuan mengangguk dan berlari anak menuju ke bilik pejabat bos di bawah tanah.Pasti bos sudah menunggu.
Setibanya di pejabat sudah kelihatan pintu yang terbuka.Zakuan masuk bersama Johan di belakangnya.
“Bos”.
Salim menarik nafas.Kerusinya dipusing menghadap para pekerja yang tak berguna di hadapannya.Nizam dipandang.
“Ambil yang paling baru”.
Nizam mengangguk dan berlalu keluar.Salim memandang wajah itu satu persatu.
“Zakuan”.
Zakuan maju ke depan.Salim menanti dengan wajah marahnya.Zakuan kelihatan senyap sebentar.
“Cepatlah! Kau nak tunggu apa lagi?!” Salim menggertak.Menahan marah dek Zakuan yang sedari tadi membisu.
“Saya tak sempat tangkap cik muda bos.Maafkan saya”.
Salim mengerutkan dahi.”Otak kau separuh ke? Kau lupa aku paling benci orang tak cakap apa-apa..cuma tahu cakap maaf?”
Zakuan diam.Seisi bilik senyap.Bos sudah naik marah yang teramat.
“Malam tu,dia datang lewat malam…”
“Kalau lewat malam kenapa? Kau orang semua ni tak buat kerja ke?” Salim memotong.
Faruk dan Kamil dipandang.”Malam tu kau orang tak jaga pintu? Malam tu Faiz … kau kat mana?”
Faiz diam.Wajah bos yang sudah serupa harimau mengamuk itu dipandang,”Saya berjaga depan pintu bilik cik muda”.
Salim langsung maju pada Faiz.Nizam masuk dengan membawa sepucuk pistol.Yang baru tiba dari Thailand petang tadi.
Salim mencapai pistol itu dan mengacukannya ke kepala Faiz.”Aku suruh kau jaga bilik dia sebab aku tahu kau ni pandai main.Yang kau pun lembab sangat kenapa?”
Faiz diam.Matanya pejam tanda pasrah.Dia sudah selalu melihat bos marah begini.Tapi itu dulu.Sebelum kedatangan cik muda.Sekarang cik muda sudah tiada..bos pun kembali pada dirinya semula.
Salim memandang Faiz tajam.Marah bagaimana pun tiada gunanya,Julia sudah pergi.Tapi siapa yang bakal menteteramkan hatinya kini?
“Bos” Nizam menegur.Bimbang juga dia kalau bos hilang kawalan tiba-tiba,boleh jadi seisi bilik menjadi mangsanya.
“Nizam kau diam.Kau tahu tak hari ni kau terlebih bersuara?” Salim memandang tajam.
Nizam mengangguk dan berundur.Salim menggenggam pistol di tangan.Matanya dipejam.Langsung dia menoleh dan sedas tembakan dilepaskan.Tepat mengenai bahu Faiz.
Faiz menekap bahu yang berdarah menggunakan tangan kirinya.Mujur bos tidak menembak tepat ke jantung.Ertinya bos masih boleh mengawal diri.
“Aku nak kau cari Julia sampai jumpa.Sampai lubang cacing pun mesti kau cari.Selagi kau tak jumpa Julia,kau jangan balik sini.Faham?”
Faiz mengangguk.Tanda memahami.Nampaknya dia sudah ada tanggungjawab baru.Mencari cik muda.
“Keluar.Aku tak nak diganggu”.

*…………..*

Salam kiri dan kanan diberi.Mereka bertasbih sebentar sebelum melunaskan solat Subuh dengan bacaan doa.
Julia mengaminkan doa Luqman.Doa moga mereka berjaya keluar dari sini dalam keadaan selamat.Doa moga perjalanan mereka dipermudahkan dalam semua bentuk.
Semoga keluarga di Kuala Lumpur masih selamat.Dan tidak dilanda bahaya apa-apa.
Julia memandang langit.Agaknya mereka berada di mana sekarang? Masuk hari ini sudah lima hari mereka di dalam hutan.
Soal makan minum bukanlah masalah.Banyak tumbuhan ciptaan Allah yang boleh menjadi makanan mereka.Tapi mana ada manusia yang tinggal dalam hutan selamanya?
Apatah lagi dia bersama abang Hakim yang bukan muhrimnya.Mereka tidak boleh disatukan selagi masih ada jalan keluar yang boleh dilihat.Lagi pula,Julia tahu abang Hakim tidak akan sesekali mengambil kesempatan padanya.
Luqman memandang Julia yang masih merenung langit.Nama gadis itu dipanggil.”Lia..”
Julia memandang dengan senyuman.Kepala diangguk.Dia tahu perjalanan harus diteruskan.
“Lia penat?” Luqman menyoal.Hari ini wajah Julia sudah kelihatan lesu.Tidak seperti selalunya.
Julia menggeleng.”Cuma..Lia terfikir.Sampai bila kita akan hidup macam ni?”
Luqman terdiam mendengar kata-kata Has.Tiada jawapan yang boleh diberikan.Lalu Luqman hanya mengukir senyuman.
“Jom”.

*………….*

Matanya dibuka perlahan.Keadaan sekeliling dipandang.Dia di mana?
“Has dah sedar?”
Senyuman diukir.Cik Nisah tersenyum padanya.Tangannya menekan butang memanggil jururawat untuk memaklumkan tentang kesedaran Has.
“Has kat mana?” Has menyoal sambil mendudukkan dirinya.
Anisah memberi senyuman dan membantu Has duduk.Has mengusap kepala dan tersedar dia tidak bertudung.
“Tudung Has mana?”
Anisah senyum.Langkah diatur ke almari.Tudung yang tersangkut di dalamnya diambil dan diberi pada Has.
“Mama mana?” Has menyoal lagi.
Anisah menarik nafas.”Has ingat lagi Has kemalangan?”
Has mengerut dahi.Kemalangan? Jadi..itulah penyebab dia terbaring begini.Dia menggeleng.
Anisah memegang bahu Has.”Tak pelah.Mama dengan papa pergi makan tengah hari.Nanti dia orang naiklah”.
Has mengangguk memahami.”Cik Amir?”
“Dia ada kelas.Tak dapat datang hari ni.Tapi sebelum ni dia ada datang” Anisah bangun dari katil mengambil air masak untuk diberi pada Has.
Has mengangguk lagi.Dia tiba-tiba teringat sesuatu.Kalau begitu..
“Ju mana? Kenapa Ju tak datang? Dia tak tahu yang Has masuk hospital?”
Terlepas cawan kaca di tangan Anisah.Wajah Has dipandang.Mengapa Has menyoal sedemikian rupa?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s