JULIA – BAB 41

Datin Mariah berlari memeluk Has.Kepala anak gadisnya diusap dan dicium berkali-kali.
Has tersenyum memandang mamanya.”Kenapa mama risau sangat ni?”
Datin Mariah mengusap pipi Has.Baru dia perasan Anisah yang sedang mengutip kaca di lantai.Dahinya dikerutkan.Apa yang tidak kena?
“Mama mana Ju? Kenapa dia tak datang tengok Has?”
Datin Mariah diam.Wajah Anisah dipandang.Mereka saling memandang.Doktor masuk bersama Amir dan Dato’ Norman.
Laluan diberikan pada sang doktor.
“Doktor” Datin Mariah memanggil.Anisah yang sudah menyelesaikan kerjanya maju pada Has,menghulurkan air masak yang lain.
Doktor tua itu memandang dengan senyuman.”Kenapa?”
“Kenapa Has tak ingat apa yang berlaku baru-baru ni?”
Doktor mengangguk-angguk mengerti.”Boleh panggil saya Dr.Hassan”.
Dato’ Norman dan Amir maju pada isteri.Apa yang dimaksudkan dengan kata-kata Datin Mariah?
Has memerhatikan wajah-wajah di hadapannya.Tudung yang tersarung di kepala dibetulkan.
Doktor yang memperkenalkan diri sebagai Dr.Hassan itu mula memeriksa Has.Jururawat yang baru tiba mencatat laporan yang diberikan doktor pada kertas laporan di tangannya.
Dato’ Norman dan Datin Mariah saling memandang.Anisah dan Amir setia menanti.
“Ok.Cik Mukrimah,doktor nak tanya beberapa soalan.Cik Mukrimah boleh jawab?” Dr.Hassan memandang gadis itu.
Has mengangguk dengan senyuman.Menanti pertanyaan dari sang doktor.
“Apa perkara terakhir yang Cik Mukrimah ingat?”
Has diam sebentar.Matanya dipejam dan dahi berkerut.”Has nak keluar dengan Ju.Kami dah janji nak jumpa kat 7-Eleven dekat dengan kedai Cik Nisah”.
Dr.Hassan memandang Dato’ Norman dan Datin Mariah.Datin Mariah bersandar pada bahu Dato’ Norman.Peristiwa itu sudah hampir setahun berlalu.
Anisah memandang Amir dengan kerutan dahi.Apa yang dikatakan Has..peristiwa sebelum mereka semua menyedari bahawa Julia hilang tanpa jejak.Jadi Has tidak ingat bahawa Julia telah lama menghilang?
“Boleh saya tahu apa yang Cik Mukrimah cakap tadi peristiwa bila?” Dr.Hassan menyoal Datin Mariah separuh berbisik.
Datin Mariah memandang Anisah.Anisah kelihatan mengerut dahi sebentar dan memberikan jawapan.Mengatakan ianya sudah hampir setahun berlalu.
Dr.Hassan mengangguk-angguk.Wajah Has dipandang,”Cik Mukrimah,boleh saya tahu hari ni berapa hari bulan?”
Has mengerut dahi.Dia berfikir sebentar.”17 hari bulan 6 kan?”
“2000 berapa?”
Has ketawa kecil,”Mestilah 2013″.
Dr.Hassan mengangguk kecil.Dato’ Norman dan Datin Mariah berpandangan.Begitu juga Anisah dan Amir.Has tidak ingat peristiwa tahun ini.Dia hanya ingat peristiwa tahun lalu.Takkanlah..
Nafas ditarik.Jururawat dipandang.Isyarat diberikan dan jururawat mengangguk.Nampaknya dia harus melakukan imbasan CT pada Has untuk mengetahui kalau-kalau ada kecederaan dalam di bahagian kepalanya.

*……………*

“Lembab!”
Nizam dan Zakuan sama-sama mendiamkan diri.Cawan kopi bersama air yang sudah tumpah dipandang.Nampaknya beberapa hari ini mood bos benar-benar teruk.
“Aku suruh kau buat kopi o’ bukan kopi susu!”
Nafisah diam.Hampir menitis air matanya kerana sudah lama tidak ditengking sebegitu.Selalunya walau semarah mana bos padanya dia hanya akan ditegur.Langsung tidak sesekali akan ditengking.
Salim menarik nafas.Wajah mak cik Nafisah yang ketakutan dipandang.Nampaknya sikap panas barannya sudah kembali dan dia tidak boleh mengawalnya.
“Mak cik keluarlah dulu.Nanti saya minta Nizam ambilkan air” Salim memaling wajah dari memandang mak cik Nafisah.
Nafisah mengangguk,Nizam menghantar Nafisah keluar.Di luar bilik Nafisah mengeluh sendiri.Nampaknya baran bos makin menjadi sejak kehilangan cik muda.
‘Cik muda..baliklah..’

*……………*

Wajah kedua orang kepercayaannya itu dipandang.”Macam mana?”
Zakuan menelan liur.”Belum jumpa bos.Lagipun memang cik muda tak tinggalkan jejak apa-apa”.
“Bodoh sangat kau ni kenapa? Dah tahu tak de dalam hutan tu,carilah kat tempat lain.Takkan benda mudah pun kau tak faham lagi?” Salim meninggi suaranya.Mengapalah hal sekecil itu pun perlu diajar?
Zakuan terdiam membisu.Nizam mengerut dahi.Nampaknya besar betul kesan kehilangan cik muda pada bos.Amarahnya menjadi mengalahkan sifat panas barannya sebelum menemui Julia.
Bunyi nada dering telefon bimbit Nizam mengalih tumpuan.Nizam langsung keluar dari pejabat bos dan menjawab panggilan.
“En.Nizam?”
Nizam mengerutkan dahi.Siapa pula yang menghubunginya? Terasa macam suara yang pernah didengar tapi dia tidak ingat siapa.
“Ya saya”.
“Ni Sabirah.Dari hospital..”
“Has dah sedar?” Nizam membulatkan matanya.Suara ditinggikan.
Kedengaran suara dari corong ketawa kecil,” Ya.Cik Mukrimah baru sedar pagi tadi”.
Nizam tersenyum lega.Bererti Has sudah selamat.Bukan tergantung nyawanya seperti sebelum ini.
“Dia ok?”
“Doktor masih buat pemeriksaan lagi”.
“Ooh..”
Nizam berfikir sebentar.Dia ingin tahu keadaan Has selanjutnya.Tapi jika dia ingin mengetahui dari Sabirah pasti Sabirah tidak akan memberitahunya.Itu sudah melanggar etika kerja seorang jururawat.
“Kalau aku nak tahu macam mana keadaan Has nanti boleh?” Nizam mencuba nasib.
“Maaf.Saya tak boleh dedahkan maklumat pesakit”.
Nizam mengeluh.Sudah tahu.”Oklah..macam mana pun terima kasih sebab bagitahu”.
Nizam menyentuh butang merah pada skrin sentuh telefon bimbitnya.Matanya memandang gambar Has yang menjadi latar belakang skrin.
Nampaknya dia harus ke hosital melawat Has.Jika tidak hatinya akan susah sentiasa.Apa yang sudah terjadi pada dirinya yang sebenar?
Kebelakangan ini dia selalu memikirkan adik Luqman itu.Kekurangan pertemuan mereka membuatkan Nizam rindu akan gelak tawa dan marah gadis itu.
Agaknya dia sudah gila. Benar-benar hilang akal. Bagaimanalah gadis kurang sopan ini yang boleh mencuri hatinya?

*…………….*

Wajahnya laju memandang Julia di sisi.Telinganya dapat menangkap suatu bunyi.Bunyi air!
“Abang Hakim” Julia berlari anak mengejar Luqman yang tercari-cari.
Luqman memandang Julia sekilas dan berlari lagi.Dia pasti ada sungai di sekitar sini.Jika tidak mustahil telinganya dapat menangkap bunyi air mengalir.
Julia berlari mengejar Luqman yang hampir hilang dari pandangan mata.Tidak menyedari akar pokok di hadapannya menghalang laluan.
Kakinya yang tersadung dek akar pokok diurut.Wajahnya berkerut menahan sakit.
“Kenapa ni?” Luqman mendekat.Dia sudah dapat melihat air sungai dari jauh.Tadi dia menoleh ke belakang untuk mencari Julia ternyata gadis itu tiada.Kerana itulah dia berpatah balik.
“Lia jatuh” ucap Julia perlahan.Seluar yang sudah terselak hingga ke betis ditarik.
Luqman memandang.”Maaf” dan dia langsung menyelak kaki Julia kembali.Memeriksa bengkak kakinya.
Julia menunduk.Menahan perasaan malu dan segan yang sudah bercampur baur.Luqman mengurut bengkak kaki Julia.Nampaknya bengkaknya tidaklah terlalu teruk.
Yakin mereka berdua tidak akan dikejar lagi,dia berkata” Kita tunggu sampai bengkak Lia dah ok , kita jalan.Saya dah nampak sungai kat depan tu.Maksudnya sekitar-sekitar sini mesti ada kawasan kampung”.

*……………*

Pasangan suami isteri itu meneliti hasil imbasan yang ditunjukkan Dr.Hassan tapi keduanya yang langsung tiada pengetahuan dalam ilmu perubatan hanya memandang kosong.
Dr.Hassan tersenyum seketika lalu berkata,”Nampaknya Cik Mukrimah mengalami sindrom otak pasca traumatik”.
Dato’ Norman mengerutkan dahi,”Maksud doktor?”
Dr.Hassan bangun dari duduk dan menunjuk gambar imbasan yang diberikan tadi.”Sindrom otak pasca traumatik biasanya terjadi bila pesakit mengalami gegaran otak yang menyebabkan kecederaan pada bahagian dalaman kepala.Tapi dalam kes Cik Mukrimah tiada luka yang terdapat pada bahagian otak. Cuma hentakan yang kuat pada bahagian kepala membuatkan ingatan Cik Mukrimah terganggu”.
Datin Mariah mengerut dahi, maksud Dr.Hassan..apakah Has hilang ingatan?
“Boleh doktor terangkan lagi?”
Dr.Hassan mengangguk dan mengambil tempat duduknya semula,”Tahap daya menyimpan memori setiap orang tak sama. Hentakan kuat yang berlaku pada bahagian kepala pasti akan mengganggu daya ingatan semua orang. Cuma sejauh mana ingatan tu terganggu kita tak tahu. Bergantung pada keadaan pesakit sendiri”.
“Maksud doktor,Has hilang ingatan?” Datin Mariah menyoal dalam bahasa yang lebih mudah.
Dr.Hassan mengangguk,”Hilang ingatan seketika.Boleh juga dipanggil amnesia atau lupa ingatan”.
Datin Mariah memandang suaminya sekilas dan menyoal lagi,” Sampai bila?”
“Itu terserah pada Cik Mukrimah sendiri.Kita cuma boleh tolong tambahkan vitamin supaya keadaan Cik Mukrimah tak merosot”.
Datin Mariah dan Dato’ Norman mengangguk memahami.Dr.Hassan pun menyambung,” Tapi pesakit tak boleh dipaksa untuk ingat semula dalam masa terdekat.Biarkan ingatan tu kembali secara semula jadi paling baik. Selama mana pun..selalunya penjaga bagi pesakit macam ni hanya boleh menunggu.Kalau dipaksa biasanya akan mendatangkan tekanan pada pesakit”.
Dato’ Norman memberi senyum.Datin Mariah mengeluh perlahan.Nampaknya banyak yang telah Has lupakan.Perlahan-lahan mereka harus mengingatkan Has kembali.
Lebih-lebih lagi Has harus dimaklumkan tentang..Julia yang telah lama hilang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s