Monthly Archives: December 2014

DILARANG NIKAHI AKU – 17

Fah dan Safwan berpandangan. Kemudian, Irah dan Safwan pula saling memandang. Perjalanan yang baru bermula dari hotel itu hanya ditemani dengan gelak tawa Beel dari tadi.
Safwan yang sedang memandu memandang Irah melalui cermin belakang. Irah hanya mengangkat bahu. Dia sendiri tidak tahu apa yang tidak kena dengan cik mudanya itu.
Fah menoleh ke belakang. “Beel”.
“Apa?”
“Stop it”.
“Apa?” Beel mengerutkan dahi.
Safwan berdehem. “Boleh abang Wan tanya sikit?”
Beel ketawa kecil. “Banyak pun boleh”.
“Kenapa dari tadi Beel asyik gelak je?” Safwan menyoal. Dia sedang memandu kereta ke Queensbay Mall. Pusat membeli belah yang
Beel diam sesaat dua dan ketawa kembali. Fah melepas nafas. “Kau tak puas lagi kenakan abang Haikal tadi?”
Beel diam. Fah dipandang. “Aku tak kenakan dia. Dia yang langgar aku. Dia terjatuh dalam kolam, bukan aku yang tolak dia sampai jatuh”.
Safwan menggeleng-geleng kepala. Patutlah Beel asyik ketawa dari tadi. Rupanya terserempak dengan Haikal dalam keadaan yang … entah apa istilah yang harus digunakan dia juga tidak tahu.
Fah melepas nafas lagi. “Beel, tak baiklah. Kau yang salah tau. Orang berlari tengok depan, bukan tengok belakang. Kau dah lupa apa yang jadi masa kat airport tu?”
Beel diam mengingati peristiwa itu. Ya, dia menyalahkan Haikal kerana Haikal berjalan tidak melihat depan sebaliknya memandang telefon bimbitnya.
Tapi itu lain. Beel sengih. Kalau dengan Haikal, dia pasti, sama sekali tidak akan mengalah. Tidak akan. Never.
“Kalau kau kena kahwin dengan dia esok, tak tahulah apa jadi”.
Beel mendengus mendengar keluhan Fah. Mengapa Fah memperkatakan sesuatu yang tidak mungkin? Sudah terang-terangan pak cik longkang itu akan menikahi Kak Su. Bagaimana boleh menikahi dia pula? Fah, Fah.

###########

Haikal membitbit briefcasenya keluar dari bilik mesyuarat. Syakir yang khusyuk membaca surat khabar di ruang menunggu disertai.
“Dah habis meeting?”
Haikal mengangguk. Perutnya yang berbunyi tiba-tiba menyebabkan dia mengeluh. Semuanya gara-gara budak tiga suku. Beel!
“Kenapa kau tak cakap dengan aku awal-awal yang Beel ada kat Penang?”
Syakir melipat surat khabar yang dibacanya. “Aku memang nak cakap. Tapi aku lupa”.
Haikal mengeluh lagi. “Kau ni baru akhir 20. Belum masuk 30 pun lagi. Dah lupa alasan kau?”
Syakir mengerut dahi, mendekatkan wajahnya dengan wajah Haikal. “Kenapa emosi sangat ni?”
Haikal membuka mata. Wajah Syakir dipandang. “Kau tahu tak dia tu pembawa malang untuk aku? Kalau aku tahu dia duduk hotel tu, aku dah suruh Linda tukar tempat meeting. Berlambak lagi hotel kat Penang ni”.
“Sampai macam tu sekali?”
Haikal mengangguk. Lantas briefcase dicapai dan dia melangkah. “Jom aku lapar”.

##########

“Opah!!!” Beel menjerit menanti pintu Alphard yang dipandu Syakir terbuka.
“Cik Beel, perlahan cikit. Nanti jatuh”.
Beel sengih memandang Irah di belakangnya. “Rindu opah!”
Irah dan Fah tersenyum. Sebaik pintu terbuka sepenuhnya, Beel berlari turun dari kereta. Berlari masuk ke dalam rumah menuju ke ruang tamu. “Opah!”
Puan Sri Normah yang sedang melihat Suraya mencuba kasutnya memandang Beel yang terpacak di pintu masuk ruang tamu. “Nab”.
Beel tersenyum dengan aliran air matanya. Langkah diatur menuju ke arah opahnya dan dipeluk seerat mungkin. “Beel rindu”.
Puan Sri Normah mengangguk dan mencium pipi cucu kesayangannya. Suraya yang melihat hanya menarik nafas. Tersenyum memandang Haikal yang sedang memandangnya.
“Awak rasa kasut ni ok?”
Haikal tersenyum. “Cantik. Asalkan Su ok, saya ok je”.
Suraya menguntum senyum manis buat bakal suami. “Awak kata family awak dari Kuwait pun datang kan?”
Haikal mengangguk. “Mama ada call pagi tadi. Dia kata mungkin sampai malam ni”.
Suraya melepas nafas lega. Majlisnya akan berlangsung dalam masa dua hari. Debaran di hatinya hanya Tuhan yang tahu. Apa yang penting, dia mahu semuanya berjalan lancar.
Beel mengesat air matanya yang sedari tadi tidak berhenti mengalir. Wajahnya diangkat bila Fah dan Safwan memasuki ruang tamu yang besar itu.
“Assalamualaikum, opah” Safwan menyalami Puan Sri Normah.
Puan Sri Normah menjawab salam perlahan. Senyum diukir. “Lama juga Wan pinjam Nab opah ni”.
Safwan tersenyum dan mengambil tempat di kusyen yang bersebelahan kusyen Beel dan opahnya. Fah turut menyalami opah dan duduk di sisi Safwan.
“Biar opah tengok. Dah makin gemuk ke makin kurus” Puan Sri Normah meletakkan kedua belah tangan pada pipi Beel.
Beel ketawa geli hati melihat gelagat opahnya. “Opah rindu Beel?”
Suraya mengeluh membuat nada kerimasan. “Tak habis lagi berdrama? Lupa ke ada orang lain kat sini?”
Beel menjulingkan mata. Walau sudah seminggu berpisah dengan Suraya, mengapa suara itu tetap tidak disukainya? Bukankah sepatutnya dia merindukan suara itu?
Wajah Suraya dipandang dengan senyuman namun matanya dipejam. Sebaik matanya dibuka, senyumannya langsung pudar. Dahinya berkerut melihat Haikal yang memandangnya.
Perlahan Beel mendengus. Mengapa Haikal ada bersama? Suraya yang menyedari kejanggalan Beel memandang Haikal dengan kerutan dahi. Haikal perasan akan pandangan Suraya namun dia buat-buat tidak tahu.
“Kak Su rindu Beel ke?” Beel sengih memandang Suraya.
Suraya mencebik. “Kau ingat aku tak de kerja lain daripada nak rindu kau?”
“Rindu Beel bukan kerja. Ia satu perasaan. Ke Kak Su tak de perasaan?” Beel menjongket keningnya.
Suraya mengetap bibir menahan marahnya. Puan Sri Normah mencuit peha Beel. “Dah seminggu tak jumpa pun nak bergaduh lagi?”
“Sebab dah seminggu tak jumpalah nak bergaduh opah” Beel memaut lengan Puan Sri Normah.
“Sebab dah seminggu tak jumpalah, bila aku tengok kau aku makin meluat. Wan, kenapa tak ambil je dia bawa balik rumah kau?”
Safwan ketawa kecil. Mahu saja dia menjawab, kalau boleh memang dia sudah lakukan. Bila ada Beel, barulah Fah ada teman di rumah mereka. Jika tidak, Fah selalu tinggal seorang saja. Dia sendiri sudahlah selalu sibuk ke sana sini.
Haikal memegang tangan Suraya. Puan Sri Normah tersenyum lebar. “Haikal jangan risau, Beel dengan Su memang selalu macam ni”.
Haikal mengangguk, memahami dan menyetujui. Fah menguntum senyumnya. Wajah Suraya dipandang. “Kak Su punya persiapan dah lengkap ke?”
“Kau tak nampak?” Suraya menyoal.
Beel mencebik. Kak Su selalu begitu. Bukan cuma dirinya yang menjadi musuh Kak Su, malah segala yang berkaitan dengan dirinya akan turut menjadi musuh Kak Su. Entah apalah yang Kak Su menyampah sangat dengan dirinya, dia juga tidak tahu.
Fah diam bila soalannya mendapat jawapan yang tidak mesra. Beel bangun dari tempatnya dan menarik tangan Fah. “Tak pelah opah. Opah teruskan perbicangan dengan Kak Su. Beel dengan Fah nak pergi tengok Mak Jah masak apa kat dapur. Lapar”.
Puan Sri Normah menguntum senyum. Beel beriringan tangan melangkah perlahan. Haikal dipandang. “Awak bila nak balik?”
Haikal senyum. “Opah jemput saya makan malam sekali”.
Suraya memandang mereka berdua. Mengapa dia perlu cemburu dengan gelagat mereka ini? Bukankah ia jelas menunjukkan mereka saling tidak menyukai?
Beel membulatkan mata memandang opahnya. Dan Puan Sri Normah hanya menguntum senyum. Beel menunjukkan wajah kelat. “Tak pelah. Kalau macam tu, Beel diet malam ni. Bye!”
Fah ketawa melihat gelagat Beel. Sedang Beel merungut-rungut sendiri. Apalah yang ada pada Haikal sehingga opah sangat sukakannya?

##########

Suraya tersenyum memandang pelaminnya. Nafas dilepaskan tanda kelegaan dan kepuasan. Esok adalah hari bersejarahnya. Esok, dia akan bergelar isteri kepada Haikal.
Suraya mengambil tempat di pelaminnya. Membayangkan dia bersama Haikal di atasnya. Keluarga yang hadir akan merenjis air mawar tanda restu.
Sebelum itu, di belah pagi ada akad nikahnya. Dia akan diakad nikahkan oleh tok kadi berwalikan papa. Suraya senyum sendiri. Harapannya biarlah akadnya sah hanya dengan sekali lafaz.
Suraya membetulkan rambut yang terjatuh menutupi wajah. Dia harus berpesan pada Beel agar jangan menimbulkan masalah di hari bahagianya esok.
Sambil menaiki tangga, Suraya memandang tangannya yang sudah berinai. Pasti seri pengantinnya akan terserlah esok.

#########

Beel memandang pintu bilik yang tiba-tiba diketuk orang. Dahi berkerut. Siapalah yang mengganggunya malam-malam buta begini?
“Ya”.
Suraya melipat tangan memandang Beel yang sudah siap memakai baju tidur. Kepalanya digeleng. Umurnya juga sudah 18 tahun, tapi masih memakai baju tidur sepasang seluar seperti anak kecil.
“Aku nak cakap sikit dengan kau”.
Beel mencebik. “Kak Su tiap kali pun asyik cakap, cakap sikit cakap sikit. Tapi dah mula cakap bukan sikit pun, banyak adalah”.
Suraya membulatkan mata. Beel memandang. “Yelah. Esok Kak Su kan nak jadi pengantin, jangan marah-marah. Nanti pak cik longkang tu tak cam sebab dah tua sangat”.
Suraya menarik nafasnya. “Kau tahukan esok majlis aku. Aku minta, sekali ni je … Kau jangan buat hal boleh tak esok?”
Beel mengerut dahi. “Buat hal?”
“Kau tak yah nak buat blerlah. Anggap je aku merayu” Suraya melembutkan suaranya. Tidak mahu bertikam lidah di malam hari.
“Ok. Beel tak buat hal. Tapi kalau Beel nak pakai baju sukan boleh?” Beel senyum sinis.
Suraya membulatkan mata. “Kau ni …”
“Pakai baju sukan pun kira buat hal ke?”
Suraya diam memandang Beel. Beel ketawa kecil melihat Suraya yang sudah ‘penat dan letih’. “Ok, ok. Beel janji esok Beel akan jadi good girl. Ok?”
Suraya mengangguk dan Beel menutup pintu biliknya. Suraya memandang jam di tangan. Tiba-tiba dia teringin untuk keluar pula.
Biliknya dimasuki. Cardigan putih yang tersangkut di dalam almari disarung pada tubuh. Telefon bimbitnya ditinggalkan di atas meja alat solek. Dia mahu keluar menghayati pemandangan Kuala Lumpur di malam hari dengan status anak dara yang terakhir. Kerana status itu akan lenyap sebaik lafaz akadnya sah esok hari.

DILARANG NIKAHI AKU – 16

Syakir membulatkan mata melihat gadis bertudung yang sedang berlarian di tepi laut itu. Perlahan bibirnya mengukir senyuman. Bagaimana boleh terkebetulan begini? Fah!
Syakir berlari anak menuju ke arah Fah. Tidak perasan ada Safwan yang juga datang mendekat. Bahu Fah disentuh.
Fah mengerut dahi dan menoleh ke belakang. Beel sudah senyum-senyum macam kambing. “Syakir?”
Syakir mengangguk. “Macam mana awak berdua boleh ada kat sini?”
“Sebab aku ada kat sini”.
Syakir menoleh ke belakangnya. Dia terdiam melihat Safwan yang galak menjongket keningnya. Terlupa pula Fah ini ada abang kesayangan.
Safwan menghulurkan tangan. Dan Syakir menyambutnya. Beel ketawa geli hati melihat gelagat Syakir yang jelasnya takut pada Safwan.
“Kita orang dah dua hari kat Penang. Awak baru datang ke?” Beel menyoal, matanya melihat-lihat sekeliling. Manalah tahu pak cik gila itu ada bersama.
Syakir mengangguk. Memandang Fah yang cantik dengan senyumannnya. Namun disiku Safwan. “Kau lupa ke abang dia kat sini?”
Syakir sengih. “Baru sampai ni. Saya datang dengan Haikal”.
Beel mencebik. “Haikal lagi?”
Syakir mengangguk lagi. “Tapi dia tengah meeting. Sebab tu saya jalan-jalan”.
“Ingatkan datang holiday” Fah menyampuk.
Syakir tersenyum. Beel sudah menggeleng-geleng kepalanya. ‘Apalah Syakir ni, kalau pun sukakan Fah, coverlah sikit. Tak nampak ke abang Wan berdiri sebelah Fah tu?’
“Kau tidur mana?” Safwan menyoal.
“Haikal kata ada resort sekitar sini”.
Safwan mengangguk. Memang ada, kira-kira 15 minit saja dari hotel ini. Mujur juga mereka tidak tidur di hotel yang sama. Rimas pula dia melihat Safwan yang terus-terusan memandang Fah.
Anak mata Beel melilau mencari seseorang. Abang Wan dipandang, “Abang Wan, mana Kak Irah ni? Rasanya dah lama dia kat atas tu”.
“Memang ada nampak dia tadi. Dia kata nak pergi ambil tuala untuk kau orang lah”.
Beel senyum. Tangan Fah ditarik. “Jomlah sambung!”
Fah senyum dan menunduk pada Syakir. Berlari anak mengejar Beel yang sudah berendam. Syakir melepas nafas. Cantiknya dia sesuai nama. Fah.
Safwan berdehem. “Dia baru 18 tahun”.
Syakir terdiam. Wajahnya bertukar kelat mendengar kata-kata Safwan. Safwan memandang kosong. Kemudian dia tergelak kecil. “Dah berapa lama kau kat sini? Haikal tak cari kau?”
Baru saja Safwan menyoal, telefon bimbit Syakir berdering menandakan ada panggilan masuk. Dia langsung meminta diri dan beredar.

#########

“Kau pergi mana ni sebenarnya?”
Syakir sengih melihat Haikal sudah berdiri di sisi Porschenya sambil mencekak pinggang bagai emak tiri.
“Kau pergi mana?” Haikal menyoal sambil membuka pintu kereta.
Syakir hanya mengekalkan sengihannya. Enjin kereta dihidupkan dan dia memakai tali pinggang keledar. “Kau nak tahu tak apa aku jumpa?”
Haikal mengerut dahi. Dia teringat sesuatu. “Tak kisahlah apa kau nak cakap, aku cakap dulu. Kita pergi resort letak barang je tau, pukul 4.00 petang nanti aku ada meeting lagi”.
Syakir mengeluh. “Meeting lagi?”
Haikal ketawa kecil. “Kan aku dah cakap, jadual aku padat. Kau pun dah tahu kan?”
“Memanglah. Aku tak delah fikir sepadat ni. Habis kita pergi resort ni letak barang je?”
Haikal mengangguk. “Solat lepas tu pergi hotel baliklah”.
“Makan?”
Haikal memandang. “Kat hotel je lah”.
Safwan menggeleng-geleng. “Kenapalah kau tak ambil bilik hotel je?”
Haikal ketawa. Kali ini ketawa sepuas hati. Ketawa habis-habisan. Wajah Syakir dipandang. “Dah berapa lama kita kawan, Kir? Kau tak kenal aku lagi?”
Syakir memandang sekilas. Kemudian mata kembali tertumpu pada pemanduannya. “Dah kenapa kau?”
Haikal menggeleng-geleng. “Aku ni bukan suka hotel. Sebab tulah aku ambil resort. Kalau hotel, keluar nampak apa? Nampak lif, nampak dinding nampak pintu. Kalau resort keluar nampak tumbuh-tumbuhan, bukit-bukau, nampak langit, nampak sungai. Sebab tulah aku ambil resort. Aku sukakan benda semulajadi”.
Syakir mencebik. “Menyampah aku dengar. Aku tahulah kau tu pencinta alam semulajadi. Mr.Flora and Fauna”.
Syakir ketawa sendiri. Mr.Flora and Fauna? Kelakar pula ‘nickname’ yang dia berika pada Haikal itu. Seperti nama .. entahlah. Yang pasti rasanya gelaran itu lebih sesuai digunakan untuk kaum wanita bukan lelaki.
“Ha, macam mana meeting kau tadi?”
Haikal menarik nafas. Memandang Syakir dan mula bercerita tentang pertemuannya dengan klien dari Denmark tadi.

#########

Suraya tersenyum memandang majalah kasut itu. Ketika berarak pengantin, dia mahu memakai kasut tumit tinggi yang tebal. Biar dia boleh sama tinggi dengan Haikal, dalam masa sama kakinya juga tidak letih.
Berapa pasang kasut harus dia beli? Kasut kahwin, kasut berbulan madu .. Suraya senyum sendiri. Majalah itu diselak lagi helaian demi helaian.
Sakinah duduk menyertai Suraya di ruang tamu. “Su tengah buat apa?”
Suraya memandang mamanya dan menguntum senyum. “Mama rasa mana cantik?”
Sakinah tersenyum mengusap pipi Suraya. “Mama rasa Su pakai apa pun cantik”.
Suraya ketawa kecil. Mama dipeluk seerat mungkin. “Mama”.
“Ya sayang”.
“Macam tak percaya Su dah nak kahwin kan?”
Sakinah menggeleng-geleng kepalanya. Memanglah memilik anak perempuan satu kebahagiaan buatnya. “Mana boleh tak percaya. Kenalah percaya. Kalau Su tak percaya, siapa yang nak naik pelamin nanti?”
Suraya bersandar pada mamanya. Bahagianya dia. Keletihannya pada cuti kali ini akan terbayar sebaik dia, Suraya Hanisah bt Zamri menjadi isteri yang sah pada Haikal Hadzim b Hazan.

#########

“Ya opah. Beel ok. Beel baik sangat”.
Terdengar keluhan dari corong telefon. “Beel baik sangat? Opah je yang rindukan Beel? Beel tak rindu opah ke?”
Beel ketawa kecil mendengar kata-kata opahnya. “Rindu. Nanti Beel balik, Beel nak peluk opah puas-puas”.
Fah yang sedang melihat pemandang dari tingkap menoleh. Kepalanya digeleng-geleng melihat gelagat Beel. Kalaulah orang tidak tahu, pasti memikirkan dia sedang berbual dengan kekasih hati.
Rupanya berbual dengan nenek. Dia mencapai bantal dan membalingnya pada Beel. “Gedik”.
“Kenapa tu?”
Beel sengih memandang Beel. Jari telunjuknya ditunjuk sebagai tanda ‘Jaga kau’. “Tak de apa-apalah opah. Fah ni, kena sampuk agaknya”.
“Kena sampuk?”
Beel ketawa lagi. “Oklah opah. Nanti Beel telefon lagi. Beel letak dulu. Assalamualaikum” Beel langsung mematikan panggilan dan berlari mengejar Fah di dalam bilik yang tidak berapa luas itu.
“Waalaikummusalam” Puan Sri Normah meletak gagang telefon. Mak Jah yang sedang menghidang air dipandang.
“Jah”.
“Ya puan sri” Mak Jah mendekati Puan Sri Normah.
“Awak yakin Beel tu pandai jaga diri?”
Mak Jah tersenyum dan mengambil tempatnya. “Puan sri lupa yang Cik Beel dah 18 tahun?”
Puan Sri Normah tersenyum. Rupanya cucu kesayangannya itu sudah belasan tahun. 18 tahun, sedikit saja lagi umurnya akan mencecah 19 tahun dan kemudiannya 20 tahun.
“Puan sri kena yakin dengan Cik Beel. Lagi pun dia perempuan, lambat-laun akan pindah dari rumah ni juga. Kalau dia dah kahwin nanti, tetap kena ikut suami” Mak Jah mengeluarkan pendapatnya.
Puan Sri Normah ketawa kecil. Teringat pula ketika Beel membantunya melilit kertas putih pada lidi bunga telur tempoh hari. Mak Jah tiba-tiba mengusiknya dengan mengatakan tak lama lagi mereka akan membuat persiapan untuk Beel pula.
Namun Beel langsung meletak kertas ditangannya. Katanya jika dia kahwin, siapa yang akan menjaga opah? Lagi pun, orang sepertinya pasti tidak ada orang yang mahu.
Kemudian Irah pula bertanya, bagaimana kalau tetap ada orang yang mahu memikat Beel? Tapi Beel boleh pula mengeluarkan idea, dia akan memakai sepanduk bertulis ‘Dilarang nikahi saya’.
Puan Sri Normah ketawa sendiri. Dari manalah agaknya Beel mendapat kata-kata itu? Dilarang nikahi saya?
“Puan sri teringat Cik Beel ke?”
Puan Sri Normah memandang Mak Jah yang menyoal. Anggukan diberikan. “Jah pun mesti teringat dia kan? Sunyi rasa rumah ni tak de Beel”.
“Yelah sunyi. Rasanya makin aman adalah. Belum sampai seminggu dia pergi, dah mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena?”
Puan Sri Normah dan Mak Jah berpandangan. Puan Sri Normah melepas nafas. Tidak memandang juga dia sudah tahu itu suara siapa. Apa sebenarnya yang membuatkan Sakinah tidak puas hati dengan Beel?

##########

Bibirnya mengukir senyum manis. Langkah diatur pada Fah dan tudungnya ditarik hingga wajah tudung Fah berubah.
“Beel!” Fah memarahinya. Sambil tangan membetulkan kembali tudungnya.
Beel melarikan diri dari Fah. Tahu lambat atau cepat Fah pasti akan mengejarnya. Safwan dan Irah di belakang hanya ketawa. Beel, Beel. Nakal betul.
Sesudah membetulkan tudung, Fah berlari menuruni tangga menuju ke kolam renang. Geram benar dia pada teman seorang ini. Kalau sehari tidak mengusik, memang tidak sah.
Beel melajukan larian namun kepala ditoleh ke belakang. Bila melihat Fah mendekat, dia menoleh semula. Namun ia sudah terlambat bila tubuhnya melanggar seseorang.
Fah mematikan langkah. Lelaki itu, lelaki yang dilanggar Beel sudah jatuh ke dalam kolam. Bukan itu saja, makanan yang dipegang lelaki itu juga ikut ‘jatuh’ ke dalam kolam seperti tuannya.
Beel diam pada posisinya. Liur ditelan. Apa yang telah dia lakukan? Dia mengundur sedikit dan memandang ke arah kolam renang. Kepala ditunduk memohon maaf. “Maaf”.
“Kau?”
Beel mengerut dahi. Suara itu? Rasanya itu suara pak cik longkang. Apa mungkin …?
Haikal memandang dari kolam renang. Geram betul dia! Sudahlah dia memakai kot bersama kemeja untuk menghadiri mesyuaratnya sebentar lagi. Rencananya mahu bersarapan kemudian terus ke bilik mesyuarat. Tapi ..
“Pak cik longkang?”
“Kau ni kan, asal aku nasib malang je, mesti sebab kau!”
Beel sengih. Tidak jadi meminta maaf buat kali kedua. Seronok pula dia melihat Haikal di dalam kolam itu. Kolam juga sudah kotor kerana makanan Haikal.
Lidah dijelir pada Haikal. “Padan muka!”
“Kau!” Haikal menggenggam penumbuknya. Syakir yang baru tiba tergelak melihat Haikal. Kemudian dia memandang Beel dan ketawa lagi.
Haikal memandang dengan wajah mencuka. “Dah tak yah nak gelak sangat, tolong aku”.
Syakir mengangguk dalam tawanya. Tangan dihulur dan Haikal menyambutnya. Fah berlari anak pada Beel. Dia tahu pasti akan terjadi pergaduhan antara Haikal dan Beel nanti.
“Hai Syakir!” Beel mengangkat tangan melambai Syakir.
Haikal mengerut dahi. Syakir dipandang. “Kau tak cakap dengan aku pun budak ni ada kat sini”.
Syakir sengih. “Memang nak cakap tapi aku lupa”.
“Lupa?”
Beel mencebik. “Tulah, kalau awak tahu saya ada kat sini tak dapatlah saya tolak awak macam tadi”.
Haikal mengetap bibir. “Kau kalau tak menyakitkan hati aku tak boleh ke?”
“Tak boleh” Beel menjelir lidah.
Fah menarik tangan Beel. “Beel, kau yang salah”.
“Biarlah. Kalau dengan pak cik longkang ni, walaupun aku yang salah, aku takkan minta maaf”.
“Siapa kau cakap longkang?”
“Entah. Yang jatuh kolam tadi, siapa agaknya?”
“Kau yang tolak aku”.
“Awak yang langgar saya”.
Syakir memandang Fah dan Fah memandang Syakir. Kalau beginilah keadaannya, sampai esok pun mereka tidak akan berhenti bergaduh.
“Kau ada meetingkan?”
Haikal membulatkan mata. Jam tangannya dipandang. Sudah 7.45 pagi, bererti dia hanya punya masa 15 minit sebelum mesyuaratnya bermula. “Jaga kau. Nanti aku kerjakan”.
Beel menjelir lidah. Dan melambai tangan pada Haikal yang ditarik Syakir. Fah memandang. “Beel”.
“Apa?”
“Tak baiklah kau ni”.
Beel senyum. “Aku memang tak baik”.
Fah melepas nafas. Dia mengikut Beel berpatah balik semula. Pasti mereka akan disoal abang dan Kak Irah yang baru tiba. Dan jawapan Beel, ‘Tak de apa-apalah’.

DILARANG NIKAHI AKU – 15

“Opah”.
“Hmm..”
“Opah marahkan Beel ke?” Beel yang sedang berbaring di ribaan opahnya menyoal.
Puan Sri Normah menggeleng. “Opah tak marahkan Beel .. Cuma opah nak tahu apa yang terjadi sebenarnya?”
Beel diam. Wajah opah dipandang. Matanya dipejam. “Hari ni Beel ada buat salah dengan opah”.
“Salah?” Puan Sri Normah mengerutkan dahi.
Beel memberi anggukan. “Beel keluar tak minta izin. Tak bagi tahu opah langsung. Kan?”
Puan Sri Normah tersenyum. “Tak pe. Opah tahu waktu Beel keluar tadi opah tengah bincang dengan orang kedai pengantin fasal pelamin Kak Su kan?”
Beel mengangguk. Padanya pasti disebabkan dia tidak meminta izin dari opah, Tuhan mentakdirkan dia dikejar lelaki bermotosikal tadi. Mujur saja dia uzur, jika tidak jenuh juga mahu mengqadha’ waktu solat yang dia tertinggal kerana bersembunyi.
Puan Sri Normah mengusap pipi cucu kesayangannya. “Beel tengah fikir apa?”
Beel menggeleng. Hanya senyum yang dilemparkan buat opahnya. Tubuh opah dipeluk seerat mungkin.

##########

Haikal memasuki kedai Nokia yang dilihatnya. Teringat telefon bimbit Beel yang digilisnya semalam.
Seingatnya telefon bimbit yang Beel gunakan berjenama Nokia. Langkah kakinya terhenti buat beberapa ketika.
‘Kenapa aku nak belikan dia fon baru?’ Bukankah dia tidak sengaja? Juga bukan salahnya telefon bimbit itu terjatuh. Tapi Beel yang bertindak terburu-buru dengan melintas jalan.
Kepala digeleng. Apa-apa pun, ia tetap salahnya. Jadi dia tetap harus memberikan telefon bimbit baru untuk kegunaan Beel.

##########

Fah melepas nafas. Dengan telefon bimbit dipasang pembesar suara, dia berbaring. “Habis kau ok tak ni?”
Beel diam mendengar soalan temannya. “Bolehlah. Lagi pun, sebenarnya aku ni tersesat je. Lepas tu, fon habis bateri. Tu yang gelabah”.
Fah mengeluarkan suaranya tanda setuju. “Fon kau?”
“Tak pelah. Malas nak fikir. Buat masa sekarang ni, tak yah gunalah dulu”.
Fah mengerut dahi. “Mana boleh macam tu! Susah nak contact kau nanti”.
“Taklah. Aku dengan kau je kan. Tengoklah nanti aku belilah. Sekarang aku malas nak cakap dengan opah. Nanti macam-macam dia tanya”.
Fah mengeluh. “Beel, opah tu macam tu sebab dia sayang kau. Habis, macam mana aku nak contact kau ni?”
“Alah, telefon rumah kan ada. Apa susah?”
“Yelah. Tahun depan kau nak sambung mana?”
Beel diam. “Aku ikut kau je lah. Kita pergi Lim Kok Wing nak?”
Fah diam. “Tengoklah dulu. Aku kena tanya abang. Fasal Penang tu ..”
“Kenapa? Tak jadi ke?”
Fah ketawa kecil dalam talian. “Jadi tu memanglah jadi, tapi … kau dah bagi tahu opah ke?”
Beel diam. Dia lupa pula untuk memaklumkan opahnya. Maklumlah sejak kejadian sehari lalu, opah banyak menghabiskan masa bersama Suraya. Beel faham.
Dia telah mendengar semuanya dari Irah. Dia juga memang bukan berniat untuk merampas semuanya dari Suraya seperti yang Suraya fikirkan. Cuma kalau itu yang Suraya rasakan, dia juga tidak boleh melakukan apa-apa.
Dia juga hairan dengan cerita Irah. Haikal dan Suraya bergaduh kerananya? Apakah itu bermaksud Haikal juga risaukannya? Nafas dilepas. Tidak mungkinlah.
‘Takkanlah pak cik tu risau kat aku. Merapu gila!’

###########

Suraya menjeling Beel yang mendekati Puan Sri Normah. Suka benar mengganggu waktunya bersama opah.
Puan Sri Normah mengerut dahi melihat gelagat Suraya. Lantas kepalanya ditoleh ke belakang. Senyum diukir buat Beel yang berada di berdiri tegak bagai pengawal bangunan.
Suraya langsung menghempas garfu yang berada di tangannya. “Tak pelah opah. Su nak call Haikal jap. Kenapalah tak sampai-sampai lagi?”
Puan Sri Normah tersenyum dan Beel mengambil tempat di sisi Puan Sri Normah. “Opaaah..”
Puan Sri Normah ketawa kecil dan mengangguk. Kalau Beel membuat nada suara begini, pasti ada sesuatu yang dia mahukan dari opahnya. “Kenapa Nab opah ni?”
Beel sengih. “Beel nak … Beel …”
“Nak apa?”
“Beel nak ikut abang Wan dengan Fah pergi Penang boleh?”
Puan Sri Normah membulatkan mata. “Penang?”
Beel mengangguk. Masih lagi menguntum senyum. Puan Sri Normah menggeleng. “Tak nak. Jauh sangat tu. Penang tu kat utara tau. Tak boleh, opah tak bagi”.
Beel merengek mendengar kata-kata opahnya. “Naklah. Nak ikut abang Wan. Beel pergi seminggu je. Beel janji”.
Puan Sri Normah menggeleng. Tubuh Beel dibelakangkan. Tidak pernah dia terpisah dengan Beel sejauh itu. Tidak mahulah dia. Bagaimana kalau ada sesuatu yang menimpa cucunya?
“Opaaaaaah…”
Puan Sri Normah mengeluh. Siapa yang dapat menolak rengekan manja Beel? Wajah itu dipandang kembali. “Pergi berapa orang?”
Beel senyum. “Opah izinkan?”
“Berapa orang perginya?”
“Tiga”.
“Tiga?” Puan Sri Normah mengerutkan dahi.
Beel mengangguk. “Abang Wan, Fah dan Beel lah”.
“Ajak Irah temankan Beel”.
“Kak Irah ke?”
Puan Sri Normah mengangguk. “Kalau ada Putih, opah suruh Putih temankan Beel. Tapi dia tak de, Beel ajak Irah boleh?”
Beel sengih dan memeluk opahnya sekuat hati. “Boleh sangat. Asalkabn opah bagi izin, semua Beel boleh buat!”
Puan Sri Normah tersenyum. Kegembiraan Beel adalah kegembiraannya. “Tapi kena balik sebelum majlis Kak Su”.
“Ok! Beres bos! Sayang opah!” Beel mencium pipi Puan Sri Normah dan berlari masuk ke dalam rumah semula. Tidak sedar kelakuannya diperhati kakak sepupunya yang kuat cemburu.

###########

Irah menoleh ke belakang bila mendengar namanya dipanggil Cik Beel. Rupanya Cik Beel sudah terpacak di pintu dapur.
“Ya?”
Beel sengih. Dia mengambil tempat di sisi Irah yang sedang menyediakan bahan untuk masak tengah hari. “Beel nak ..”
Mak Jah di sinki menoleh. Kepalanya digeleng. Pasti ada sesuatu yang dimahukan Cik Beel. Jika tidak, suaranya tidak semanja itu.
Irah menjongket kening. Menanti kata-kata Beel. Beel menarik nafas dan melepasnya. Konon meredakan debaran di hati. “Beel nak ajak Kak Irah ikut Beel boleh?”
Irah mengerutkan dahi. “Ajak ke mana?”
“Penang”.
Irah menelan liur. “Jauhnya”.
Beel senyum. “Jangan risau. Opah yang suruh Kak Irah temankan Beel. Boleh kan? Kalau opah yang suruh, mesti Kak Irah kata boleh kan?”
Irah ketawa kecil. Anggukan diberikan. Mak Jah ikut ketawa. Bilalah agaknya Cik Beelnya ini akan bersikap lebih matang? Sentiasa bermain-main saja. Mujurlah mudah membuat orang tersenyum.
Beel melonjak kegembiraan. Langsung tubuh Irah dipeluk. Mak Jah ketawa lagi dan menggeleng kepalanya. Cik Beel, Cik Beel.
Irah meronta dalam pelukan Beel. “Cik Beel, Kak Irah bau dapurlah”.
Beel mengangkat bahu dan mengeratkan pelukannya. Dia benar-benar gembira ketika ini. Sudah lama dia teringin ke Pulau Mutiara itu, akhirnya impiannya akan tercapai!

##########

Beg kertas bertulis Nokia itu dipandang. Nafas ditarik dan dia mencapai beg itu. Langkah diatur menuju ke taman belakang Villa An. Selalunya waktu begini, opah akan duduk-duduk di taman.
“Assalamualaikum”.
Puan Sri Normah mengangkat wajah. Tersenyum memandang Haikal. Makanan ikan kembali diletakkan di tempatnya dan Puan Sri Normah duduk di meja batu.
“Waalaikummussalam. Haikal datang seorang?”
Haikal mengangguk. “Opah sihat?”
“Sihat. Haikal sihat, opah boleh nampak. Papa macam mana?”
Haikal ketawa kecil. “Papa sihat. Dia teruju betul nak sambut menantu”.
Puan Sri Normah mengangguk. “Baguslah tu. Nanti jaga Su elok-elok ya?”
Haikal tersenyum. “Papa kata, mama dengan family mama pun turun dari Kuwait”.
Puan Sri Normah diam. “Turun dari Kuwait?”
Haikal mengangguk. “Mama ada seorang kakak dengan suami dia. Lepas ada serang adik perempuan dengan seorang adik lelaki. Yang lelaki tu dah kahwin. Yang perempuan masih belajar lagi, tua lima tahun je dari Haikal”.
Puan Sri Normah mengangguk. “Memang besar-besaranlah kenduri ni”.
Haikal ketawa kecil. Matanya melilau melihat sekeliling. Mencari seseorang.
“Cari Su ke? Dia tak de, dia keluar dengan Sakinah. Nak cari tudung rasanya”.
Haikal menggeleng. Puan Sri Normah mengerutkan dahi. “Habis cari siapa?”
“Beel ada?”
Puan Sri Normah diam. Kemudian dia menjawab, “Beel tak de. Dia keluar dengan Safwan”.
“Keluar berdua je?”
Puan Sri Normah ketawa kecil. “Kenapa Haikal ni? Risau semacam je”.
Haikal diam. Puan Sri Normah memandang. Hatinya mula sangsi dengan sikap Haikal. “Kalau berdua opah pun tak izinkan. Mestilah ada Fah sekali”.
Haikal menguntum senyum. Apa yang tidak kena dengan dia sebenarnya? Dia ada masalah mentalkah? “Lama ke?”
“Seminggu. Kenapa Haikal cari Beel?”
Haikal menggeleng. “Tak pelah. Kalau dia tak de tak pe”.
Puan Sri Normah mengangguk. Haikal mengeluh. Nampaknya kena tunggu Beel balik, barulah dia boleh menyerahkan telefon bimbit itu. Itu pun, kena tunggu majlis perkahwinannya dengan Suraya selesai kerana selepas seminggu adalah tarikh tepat majlis perkahwinannya.

##########

Kasut dibuka dan dia berlari masuk ke dalam air. Dia tersenyum menenggelamkan dirinya dalam air laut. Sudah lama dia tidak mandi di dalam air laut.
Fah ketawa melihat gelagat Beel. Begitu juga Safwan di sisinya. “Dah lama sangat tak nampak laut Beel tu”.
Fah mengangguk mendengar kata-kata abangnya. Irah di belakang dipanggil. “Kak Irah, jom kita join Beel”.
Irah tersenyum. Langkah diatur mengikut Fah. Safwan tersenyum dan duduk di kerusi malas yang tersedia.
Gelagat Beel dan Fah diperhati. Dan dia menguntum senyum manis.

##########

Syakir memberhentikan kereta Porsche milik Haikal di hadapan hotel. Entah apalah nasibnya. Kata mahu pergi bersama, tapi sejak dari Kuala Lumpur tadi yang memandu adalah dia seorang. Syakir, Syakir … nasib kaulah.
“Meeting kau sampai pukul berapa?”
Haikal memandang jam kereta. “Meeting tu habis pukul 3.00 petang. Kau pergilah jalan-jalan ke, makan-makan ke. Resort yang aku tempah tu, tak jauh dari sini”.
Syakir mengangguk. “Turunlah cepat”.
Haikal mencebik. “Garangnya driver aku ni”.
“Tak yah nak mengada. Baik kau turun sekarang. Lambat padan muka”.
“Ya..” Haikal mencapai briefcasenya di tempat duduk belakang dan membuka pintu kereta.
“Setiausaha kau tak datang ke?”
“Dia dah tunggu kat dalam. Aku pergi dulu”.
Syakir mengangguk. Dia memandu kereta hingga ke tempat meletak kenderaan. Sudah tiba di Pulau Pinang akhirnya. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah makan laksa Penang!

DILARANG NIKAHI AKU – 14

Suasana sunyi seketika selepas Suraya beredar dari ruang depan. Berlari naik ke atas dan dikejar Sakinah. Zamri hanya menggeleng-geleng kepala melihat kedua anak isterinya itu berdrama.
“Haikal” Zamri memanggil.
Haikal memandang Zamri. “Ya pak cik?”
“Pak cik rasa baik kamu cuba pergi cari Beel kat kawasan yang Pak Lan cakap tu lagi sekali. Mana tahu kalau-kalau jumpa”.
Haikal mengangguk. Apa jua cara harus dicuba? Bagaimana kalau Beel ditimpa bahaya? “Ok”.
Safwan menghampiri Haikal. “Aku nak ikut”.
Haikal mengangguk menyetujui. Kunci kereta dikeluarkan dan mereka melangkah keluar dari Villa An.
Puan Sri Normah melepas nafas. Irah dipandang. “Dapat tak?”
Irah meletak gagang telefon. Wajah majikannya dipandang. Kepalanya digeleng, “Tak dapat puan sri”.

##########

Matanya melilau melihat sekeliling. Malam makin pekat. Pasti jam sekarang sudah melepasi jam 12 malam. Tangan disapu ketakutan juga kesejukan.
Nafas dilepas. “Aku kat mana ni?”
Lari dari lelaki bermotosikal tadi menyebabkan dia terpisah jauh dari Pak Lan. Dia sendiri tidak tahu dia di mana. Selalunya dia berkereta tapi kali ini berjalan kaki pula. Bagaimana dia mahu mencari jalan pulang?
Telefon bimbitnya pula telah kehabisan bateri sejak siang tadi. Power banknya ditinggalkan di dalam kereta. Untuk menelefon rumah menggunakan telefon awam pula, dia langsung tidak membawa duit bersamanya.
“Opah, Beel nak balik” Beel mula merengek. Matanya melilau lagi. Mana satu jalan pulang? Yang dilihat cuma manusia yang tidak dikenali. Tidak diketahui nama dan orangnya.
Beel melepas nafas. Agaknya sampai bilalah dia akan berada dalam keadaan ini?

##########

Suraya menangis semahu-mahunya di atas katil. Sampai hati Haikal buat begini padanya. Apakah keputusannya menerima lamaran Haikal adalah keputusan yang tepat?
Bantal dipeluk dan matanya dipejam. Esakannya dilepas habis-habisan. Opah juga. Dari dulu, sejak Beel pindah masuk ke dalam rumah ini, opah langsung tidak kisahkannya.
Semuanya Beel. Beel, Beel dan juga Beel. Dia letih, dia bosan mendengar kata-kata opah. Itu Beel, ini juga Beel. Apakah opah memang tidak sayangkannya?
“Su” Sakinah muncul di muka pintu bilik Suraya.
Suraya membuka mata mendengar suara mamanya. “Mama”.
Sakinah menguntum senyum. Langkah diatur pada Suraya puterinya itu. Tubuh Suraya dirangkul erat. Sayangnya pada Suraya adalah amat. Dia sangat sayangkan Suraya.
“Jangan macam ni” Sakinah berkata separuh berbisik.
“Su anak angkat papa ke?” Suraya menyoal dengan deraian air matanya.
Sakinah mengerut dahi. “Kenapa Su tanya macam tu?”
“Opah tak pernah sayangkan Su. Opah tak pernah kisahkan Su. Semuanya Beel. Su tahu Beel anak kandung Pak Su Zahid kan? Habis Su ni anak angkat papa ke?”
Sakinah menggeleng laju. Tidak suka Suraya berkata begini. Tidak suka anaknya selemah ini. Suraya yang dia didik dan besarkan adalah Suraya yang kuat dan tidak suka menyerah. Suraya yang akan mempertahankan haknya dari diambil orang.
“Su anak kandung mama dengan papa. Kenapa cakap macam ni? Su yang mama kenal bukan macam ni. Dia tak lembik macam Su sekarang. Su yang mama kenal akan lawan balik. Kalau Beel rampas opah kamu, kamu kena rampas dari dia balik. Bukan menangis macam ni” Sakinah memujuk dengan kata-kata ‘semangatnya’.
Suraya memandang wajah mamanya. “Rampas balik?”
Sakinah mengangguk. Pipi Suraya diusap. “Ingat apa mama pesan ni. Suraya Hanisah bukan orang yang lemah. Bukan orang yang menyerah tapi orang yang melawan. Yang akan pertahankan hak dia sebaik mungkin”.
Suraya memandang mama. Perlahan anggukan diberikan. Dia tidak akan membiarkan dia dibuli lagi. Dia tidak akan membiarkan Beel mengambil haknya lagi. Dia akan pertahankan sebaik mungkin.

##########

Safwan mengerut dahi bila Haikal memperlahankan kereta. Haikal dipandang. “Kenapa?”
“Cuba kau tengok tu. Beel kan?” Haikal menunjuk pada seorang gadis yang berjalan di tepi jalan.
Safwan memandang. Dia mengangguk laju. “Beel tu. Cepat. Pergi kat dia”.
Haikal mengangguk dan mula memandu ke arah gadis itu. Keretanya dekat pada Beel tapi Beel makin laju berjalan.
Beel menggenggam kedua belah tangannya. Dia yakin kereta di belakangnya ini sedang mengekorinya. Telefon bimbit dari poket dikeluarkan. Berlakon konon sedang menghubungi seseorang.
Safwan memandang Haikal. “Kenapa kau jalan lagi? Berhentilah. Aku rasa Beel dah takut tu”.
Haikal memandang Safwan. Dia hanya mahu mengajar gadis bernama Beel itu. Jika tahu takut, mengapalah keluar malam-malam buta? Tidak cukupkah merisaukan orang tempoh hari?
Beel menelan liurnya. Dia nekad. Apa pun yang terjadi dia perlu melintas. Hanya itu jalan keluar yang dapat dia fikirkan sekarang.
Nafas ditarik dan dia segera berlari ke arah kanannya. Tapi kereta itu lebih pantas menahannya hingga telefon bimbitnya jatuh dan digilis tayar kereta itu.
Haikal bergegas keluar dari kereta. Segera melihat kalau-kalau Beel sudah dilanggarnya. “Awak ok tak?”
Beel mengerut dahi. Wajah diangkat memandang Haikal. Nafas dilepas. “Awak lagi? Saya ok, tu ..”
Haikal melihat arah yang ditunjukkan Beel. Membulat mata Haikal melihat telefon bimbit Beel yang sudah pecah di atas jalan raya.
“Awak ni nak balas dendam fasal Lenovo dulu tu ke?”
Haikal diam. Mengapa Safwan masih belum keluar kereta? Wajah Beel dipandang. “Yang kau merayau tengah-tengah malam ni kenapa? Tak tahu semua risau?”
Safwan mendengus. Apa yang tidak kena dengan tali pinggang keledar kereta Haikal ini? Sengaja tidak mahu beri dia berjumpa Beelkah? Mengapa harus rosak di waktu ini?
Tali pinggang keledar itu dipicit lagi. Tetap tidak menjadi. Dia memandang Beel dan Haikal yang sedang berbual sekilas. Perasaannya mula tak enak. Pasti Beel dimarahi Haikal.
Nafas dilepas seketika. Dipicit lagi, akhirnya ia terbuka juga. Segera Safwan turun dari kereta dan mendekati mereka.
“Beel” dia memanggil Beel lembut.
Beel menoleh ke belakangnya. Matanya membulat melihat wajah itu. “Abang Wan!!!”
Segera Beel berlari memeluk Safwan. Air matanya mula menitis bila Safwan bertanya apa yang terjadi dan bagaimana dia boleh terpisah dengan Pak Lan.
Haikal mengeluh. Agaknya dia memang tidak pandai memujuk. Dia tidak tahu pun bahawa Beel sendiri sedang bersedih. Fikirnya Beel merajuk lagi seperti tempoh hari.
“Sembang dalam keretalah” Haikal memandang Safwan. Safwan mengangguk dan membimbing Beel masuk ke dalam kereta.
“Kenapa abang Wan lambat?” Beel menyoal dalam esakannya.
Safwan menguntum senyum. “Beel ke mana? Kenapa tak telefon opah atau rumah? Telefon Fah ke? Opah asyik tanya je fasal Nab dia ni”.
Beel menangis lagi. Teringat apa yang terjadi pada petang tadi. Mujur saja dia mampu menyelamatkan diri. Jika tidak mungkin saja dia sudah menjadi arwah sekarang.
Haikal menjeling dari tempat pemandu. Nampaknya seperti ada sesuatu yang menimpa Beel. Pasti Beel tidak mahu bercerita kerana dia ada bersama. Entah kenapa, terasa kecil hati pula dengan sikap Beel itu.

##########

Puan Sri Normah tergamam melihat gadis yang berlari ke arahnya itu. Kelihatan wajah itu sugul, dilanda kesedihan. Dan sedang mengalirkan air mata.
“Opah …”
Puan Sri Normah menarik nafasnya. Tubuh Beel dipeluk seerat mungkin. Beel menangis lagi. Dia fikir, dia tidak akan dapat bertemu opah lagi.
Puan Sri Normah memandang Safwan dari dalam pelukan Beel. Safwan hanya mengangkat bahu dan menggelengkan kepalanya. Dia sendiri tidak sempat berbual apa-apa dengan Beel.
Semasa di dalam kereta tadi, Beel asyik menangis saja. Safwan sendiri tidak tahu mengapa Beel tidak mahu bercerita. Selalunya Beel ringan mulut mahu bercerita tetapi kali ini dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi.
Fah di sisi Puan Sri Normah tersenyum memandangnya. Asalkan Beel pulang, itu sudah mencukupi. Wajah abangnya dipandang dan Fah mendekati Safwan.
“Abang, jom balik. Beel dah ok tu, lagi pun kalau kita tunggu Beel buka mulut, memang sekarang bukan masanya” Fah memaut tangan abangnya.
Safwan mengangguk dan mereka mendekati Puan Sri Normah. “Opah”.
Beel melepaskan pelukannya bila mendengar suara abang Wan memanggil opahnya.
“Saya dengan Fah nak minta diri dulu”.
Puan Sri Normah mengangguk. “Terima kasih dah bawa pulang Beel. Jaga diri”.
Safwan mengangguk. Fah melangkah ke arah Beel. Tangan sahabatnya itu dipaut. “Aku balik dulu. Apa-apa hal, kau call je”.
Beel mengangguk. Tubuh Fah dipeluk seketika. Dia berbisik. “Banyak yang aku nak cerita”.
Fah menguntum senyum. Dia dan Safwan melangkah keluar dari ruang depan Villa An. Puan Sri Normah memandang Haikal yang masih kekal di tempatnya.
“Haikal bolehlah balik. Dah tak de apa nak dirisaukan”.
Haikal tersenyum pada opah. Dia bangun dari sofa dan menunduk pada Puan Sri Normah. Puan Sri Normah membalas senyumnya dan mengucapkan terima kasih.
Haikal memandang Beel sekilas namun Beel langsung tidak mempedulikannya. Haikal melepas nafas dan langsung beredar. Zamri turut masuk ke biliknya sesudah pemergian Haikal.
“Jomlah. Malam ni Beel tidur bilik opah ye?”
Beel mengangguk. Dia memimpin tangan Puan Sri Normah menaiki tangga.

DILARANG NIKAHI AKU – 13

Berkerut dahi Haikal membaca jadual kerja yang diberikan setiausahanya. Wajah setiausaha yang bernama Linda itu dipandang serius.
“Apa ni Linda?”
Linda diam. Tahu bahawa majikannya marah dengan jadual kerja yang tak dapat dielakkan.
“Kan saya dan cakap. Disember ni kosongkan semua jadual saya. Saya ada kenduri kahwin. Pengantinnya saya! Takkanlah saya nak biar bakal isteri saya buat persiapan sendiri-sendiri?”
Linda menunduk. Memang Haikal majikan dan bos yang baik. Tapi bila dia marah, agaknya harimau pun tak berani dekat.
“Janganlah diam je. Saya tanya, awak jawab. Bukan saya tanya, awak tutup mulut. Buka mulut awak tu Linda!!” Haikal meninggikan suara. Marah benar dia pada Linda.
Sudah beberapa kali dia berpesan pada Linda, Disembernya harus bebas dari komitmen kerja. Tolak semua klien yang ingin berurusan dengan mereka pada Disember.
Haikal menarik nafas. Dia sudah merencana untuk membantu Suraya memilih barang-barang untuk kenduri. Apatah lagi, Suraya sudah semangat mahu menyiapkan bilik pengantin dan sebagainya. Apa yang harus dia lakukan jika Suraya merajuk?
“Saya minta maaf En.Haikal” Linda mengucap perlahan selepas beberapa ketika Haikal mendiamkan diri.
Haikal diam. Nafas dilepas. Fikirnya mahu membantu Suraya tapi ini apa? Harus berada di Pulau Pinang selama tiga hari?
“Itu pun saya dah cuba kosongkan jadual En.Haikal. Cuma yang kat Penang tu memang tak boleh nak elakkan”.
Haikal menarik nafas. “Dah lah. Apa awak cakap pun, saya kena pergi juga kan?”
Linda mengangguk perlahan. Haikal mengangkat tangan meminta Linda keluar dari biliknya. Nafas dilepas. Tiga hari adalah tempoh kerja semata.
Dia akan meminta Syakir menemaninya dan mereka akan bercuti pada hari keempat. Hanya empat hari yang dia ada, jika tidak jenuh juga dia mahu memujuk Suraya.

##########

Beel termenung sendiri di mejanya. Apa yang harus dia lakukan? Keputusannya telah diperoleh. Dia telah pun mula bercuti.
Masalahnya opah sibuk menyiapkan majlis perkahwinan Suraya. Rumahnya juga sudah seperti kedai kahwin. Penuh dengan barang hantaranlah, bunga telurlah. Rimas pula jadinya.
Iyalah kenduri besar-besaran. Yang Beel dengar dari mak longnya yang kuat berlagak itu, pihak media turut dijemput. Siapa yang tidak mengenali Puan Sri Normah?
Sebenarnya Beel tahu sangat itu kerja mak long dan Kak Su yang gilakan nama itu. Mahu memberitahu semua orang bahawa cucu Puan Sri Normah bakal mendirikan rumah tangga.
Bagaimana dia mahu memberitahu opah yang dia mahu bercuti bersama abang Wan dan Fah ke Pulau Pinang?

##########

“Aku pergi dulu”.
Beel mengangguk. Melambai tangan pada Fah yang sudah masuk ke dalam kereta Safwan. Awalnya mereka keluar bersama tapi Safwan punya kecemasan dan Fah harus dibawa bersama.
Dia tersenyum melangkah pada Alphard yang setia menanti. Langkah diatur perlahan. Namun, perasaannya tiba-tiba tidak enak. Mengapa dia berperasaan begini?
Kepala ditoleh ke belakang. Tiada apa-apa. Hanya orang-orang yang masing-masing sibuk dengan urusan mereka. Tapi mengapa dia terasa seperti diekori?
Beel berlari anak dan dia menoleh. Baru dia perasan dia diekori sekumpulan ‘mat motor’. Nafasnya turun naik. Apa yang harus dia lakukan? Alphard masih jauh di hadapan.
Walau boleh dilihat dengan mata kasar, untuk sampai kepadanya harus melalui satu kawasan sunyi. Beel menarik nafas. Bagaimana pun, dirinya harus diselamatkan terlebih dahulu.

#########

Puan Sri Normah memandang jam dinding. Sudah jam 11.00 malam. Tapi Beel masih tidak pulang-pulang. Ke mana pula perginya?
Mak Jah di sisi Puan Sri Normah cuba menenangkan Puan Sri Normah dengan andaian positifnya. Tapi ia bukan membuatkan Puan Sri Normah lega sebaliknya bertambah risau.
Suraya merungut-rungut sendiri. ‘Hari tu baru je hilang. Ni hilang lagi. Kalau tak cari fasal setahun tak boleh ke?’
“Opah. Opah ada gaduh dengan Beel ke?” Suraya menyoal opahnya.
Puan Sri Normah mengerut dahi. Baru dia ingat sekarang. Hari ini dia langsung tidak punya waktu untuk cucunya itu. Dari pagi hingga petang sibuk berbincang dengan wakil butik mengenai persalinan pengantin Suraya dan Haikal.
Sedar-sedar rupanya Beel tiada di rumah itu. Beel juga, keluar tidak meminta izin atau memberitahu. Selalunya gadis itu akan memaklumkan mana saja dia pergi tapi kenapa kali ini tidak?
“Ada ke tak de? Cucu opah ni mengadalah. Penatlah Su macam ni. Dia tak tahu ke semua orang sibuk buat persiapan? Dia boleh pula buat perangai macam ni” Suraya memandang opah dengan wajah marahnya.
Puan Sri Normah diam mendengar kata-kata Suraya. Zamri berdehem. Tidak suka dengan kata-kata yang dikeluarkan puterinya. “Hormat sikit opah kamu tu tak boleh ke?”
Suraya mendengus. Sakinah di sisinya memujuk. Dia juga geram dengan Beel. Mengapalah harus buat hal di waktu sebegini? Tidak cukupkah dengan perhatian yang diberikan selama ini? Masih ingin perhatian lagi.
“Puan sri! Puan sri!”
Puan Sri Normah berdiri bila mendengar suara Pak Lan yang berlari-lari masuk ke dalam. Wajah Pak Lan yang sedang mengah kerana berlari itu dipandang.
“Mana Beel? Kenapa sekarang baru balik? Telefon, kenapa tak telefon cakap apa-apa? Beel mana?”
Suraya mengeluh. “Risau sangat”.
Pak Lan mengerut dahinya. “Cik Beel tak balik lagi ke?”
“Dia tak keluar dengan awak ke?” Puan Sri Normah membulatkan mata.
“Memang dia keluar dengan saya. Tapi dia turun makan dengan Cik Fah. Dari tadi saya tunggu Cik Beel tapi dia tak muncul-muncul. Saya dah cuba cari kat kawasan sekitar situ tapi tak jumpa. Saya ingatkan …”
Puan Sri Normah semakin gelisah. Irah yang berada di hujung sofa dipandang. “Irah, cepat telefon Fah. Tanya kalau ada Beel cakap apa-apa. Lepas tu cuba telefon Beel lagi. Kalau-kalau ada jawapan”.
Irah mengangguk dan mula mendail. Puan Sri Normah berjalan mundar-mandir merisaui cucunya. Ke manalah Beel menghilang?
Haikal juga. Dari jam 9.00 malam tadi dia keluar mencari Beel. Takkan tiada walau sepatah khabar apa-apa? Pulang juga tidak. Telefon juga tak dijawabnya.
“Mama” Suraya mengerut dahi memandang mamanya. Memprotes.
Sakinah mengeluh. “Kita tunggu Beel balik dulu”.
“Beel, Beel, Beel” rungut Suraya.
Haikal yang baru tiba melangkah masuk ke ruang depan. Melihat Puan Sri Normah yang resah gelisah, opah dipanggil.
“Opah”.
“Haikal, jumpa Beel?”
Haikal menggeleng. Wajah opah dipandang. Kasihan pula dia. Ke mana perginya Beel sebenarnya? Mengapa tidak memberi khabar apa-apa? Takkanlah merajuk lagi? Tidak tahukah dia opah sedang sibuk menguruskan urusan perkahwinan Suraya?
Serentak itu, Safwan masuk bersama Fah. Fah berlari anak menuju pada opah. “Opah”.
“Fah tahu mana Beel pergi?”
Fah menggeleng. “Dah cuba call?”
Puan Sri Normah mengangguk. Irah dipandang sekilas. “Dah cuba tapi tak dapat”.
Fah mengerut dahi. Tadi rasanya dia dan Beel berpisah dalam keadaan baik. Tidak pula terlihat Beel merajuk atau ‘mood’ tidak baik. Atau jangan-jangan …
Fah menggeleng laju. “Astaghfirullah, apa aku fikir ni?” Fah membebel sendirian.
Suraya rimas melihat suasana kelam-kabut yang merisaukan Beel. “Haikal, awak baliklah. Esok kita kena pergi tengok pelamin kan?”
Haikal senyum. “Awak pergilah tidur. Saya nak keluar cari Beel balik”.
“Haikal” Suraya memandang.
Haikal menggeleng. Malas mahu melayan. Opah dipandang. “Macam mana ni opah?”
Safwan menarik nafas. “Biar Wan dengan keluar dengan Haikal. Kita orang cari Beel lagi”.
Suraya bangun berdiri. Geram dan sakit hati semuanya bersatu. “Baguslah. Dari dulu sampai sekarang asyik Beel je. Opah memang ada seorang cucu je kan? Beel, Beel, Beel. Dah risau sangat macam ni, kalau kena rogol bagus juga. Barulah berbaloi risau kan?”
Zamri membulatkan mata. Spontan tangan melayang pada pipi Suraya. “Siapa ajar Su cakap macam ni? Beel tu adik kamu, kamu sedar tak?”
Suraya memandang papanya dengan mata yang sudah ditakungi air. “Habis Beel pernah anggap Su kakak dia? Semua orang dalam rumah ni kisahkan Beel je. Agaknya kalau dia kena rogol pun, dia masih yang terbaikkan?”
Puan Sri Normah menahan sabar mendengar kata-kata Suraya. Dia tidak boleh terlalu marah. Itu akan membahayakan kesihatannya. Fah di sisi dipaut seerat mungkin.
“Awak pun sama” Suraya membiarkan air matanya mengalir membasahi pipi, memandang Haikal. “Kadang-kadang saya tertanya, awak ni bakal suami saya ke bakal suami Beel?”

DILARANG NIKAHI AKU – 12

Dia termenung sendiri di hadapan almari bajunya. Baju apa yang harus dia pakai? Takkanlah mahu berbaju kurung seperti tempoh hari?
Beel mencebik. Simpang 44 malaikatlah. Senyumnya melebar. Baju gaun paras lutut diambil dan dilihat. Dan seluar leggingnya berwarna hitam diambil.
Dia sudah punya idea untuk mengusik Kak Sunya!

##########

Beel membuka pintu bilik Suraya. Perlahan langkah diatur menuju ke arah Suraya yang sedang didandan mak andamnya.
Beel meletakkan jari di bibir meminta sang pedandan Kak Sunya mendiamkan diri. Dia berjalan menuju ke arah cermin dan menjerit kecil di telinga Suraya.
Suraya membuka mata yang terpejam. Mujur dia bukan jenis orang yang cepat terkejut. Pandangan dituju buat Beel yang berada di hadapannya.
“Baju apa kau pakai ni?” Suraya mengangkat tangan meminta mak andamnya berhenti.
Beel ketawa mengekek. Dia membuat pusingan badan gaya penari balet. “Cantik tak?”
Suraya mengerutkan dahi. Langsung dia berdiri mendekati Beel. Bahu Beel digenggam sekuat hati hingga Beel mengaduh. “Tukar baju sekarang!”
Beel senyum dan mengangkat bahu. “Tak nak. Kak Su lupa ke hari ni majlis tunang Kak Su? Jangan marah-marah, nanti tak cantik dah”.
Suraya mengetap bibir menahan marah. Dia kembali mengambil tempat di kerusi semula. Beel ketawa senang hati. Lidah dijelir pada Suraya dan dia berlari keluar dari bilik itu.

##########

Haikal melangkah masuk diiringi Hazan dan Puan Sri Normah di belakangnya. Di belakang lagi, Sakinah bersama tiga orang pengikut rombongan lelaki.
Salah seorangnya adalah Syakir dan sepasang suami isteri. Langkah Haikal terhenti saat memandang gadis yang baru tiba di ruang tamu itu. Puan Sri Normah dan Hazan mengerut dahi. Mengapa Haikal berhenti?
Puan Sri Normah menjengah untuk melihat apa yang membuatkan Haikal berhenti. Membulat matanya melihat Beel memakai gaun bersama seluar.
Langkah diatur laju menuju ke arah Beel. Haikal masuk ke dalam rumah setelah ditegur Hazan yang tersenyum melihat karenah Beel.
“Apa Beel pakai ni?” Puan Sri Normah mencubit lengannya sekuat hati.
Beel mengaduh. Kemudian dia tersenyum. “Opah, hari ni hari pertunangan Kak Su. Tu Abang Haikal dah masuk. Baik opah suruh mak long pergi ambil Kak Su dalam bilik”.
Puan Sri Normah menoleh seketika. Wajah Beel dipandang. “Nanti opah kerjakan kamu”. Dan langkah diatur semula ke ruang tamu. Menuju ke arah Sakinah.
Beel tergelak kecil. Seronoknya dia. Hadirin juga merupakan orang dekat semuanya. Pasti mereka sudah mengerti bagaimana sikap Nabilah Anisah, cucu kesayangan Puan Sri Normah.
Langkahnya diatur ke ruang tamu. Beel mengambil tempat di sebelah Hazan yang mewakili pihak lelaki. Sengaja, kerana sudah lama tidak bertemu Hazan.
Hazan senyum dan mengusap kepala Beel. “Comel Beel hari ni”.
Beel senyum. “Betul?”
Hazan mengangguk. Senyum diberikan buat adik sepupu bakal menantunya itu. Dan majlis diteruskan bila Sakinah tiba bersama Suraya yang lengkap memakai kebaya bersulam.

##########

Matanya terpisat-pisat menahan ngantuk. Bosannya majlis pertunangan begini. Dia sudahlah memang tidak boleh duduk diam begitu. Hazan di hadapan dicuit.
“Pak cik”.
Hazan memandang. “Kenapa ni?”
“Beel ngantuk. Ngantuk sangat”.
Hazan senyum. “Nak selesai dah ni. Nanti Beel tidur ye?”
Anggukan Beel berikan walau matanya sudah terpejam. Hazan kembali memberi perhatian pada Suraya dan Haikal di hadapannya.
Sakinah menghulurkan cincin buat pasangan itu. Suraya mengambil cincin bersaiz Haikal dan menyarungnya ke jari lelaki itu.
Seterusnya Haikal menyarungkan cincin ke jari manis Suraya. Hadirin mengucap amin. Selesai sudah majlis pertunangan ini. Suraya menyalami Haikal sebagai penutup.
Mak Jah dan Irah yang sudah siap menghidang di taman belakang memanggil hadirin yang beberapa kerat itu untuk menjamu selera.
Hazan menoleh ke belakang untuk melihat Beel kesayangannya. Senyum terukir bila gadis itu masih tersengguk-sengguk menahan mata.
“Beel” Hazan mengejut lembut.
Beel mengangkat wajah dengan mata separuh terpejam. “Dah habis ke?”
Hazan senyum lagi. “Dah. Kalau mengantuk, pergilah tidur”.
Beel mengangguk. Melihat-lihat sekeliling. Matanya cuba dibuka seluas mungkin. Dia tersenyum mendapati yang tinggal di ruang tamu hanya dia, Hazan, Haikal, Suraya dan juga opah.
Beel menggeliat. Langsung dia naik ke sofa dan melelapkan mata. Akhirnya dapat juga dia tidur sepuasnya.
Puan Sri Normah mengerut dahi melihat Beel yang sudah tertidur. Langkah diatur menuju ke arah Beel. Tubuh gadis itu digerakkan namun Beel sudah lena. Sukar untuk dikejutkan.
Suraya melihat dengan perasaan menyampah. “Tak malu betul” ngomelnya perlahan.
Haikal di sisi Suraya turut melihat. Kepala digeleng-geleng melihat opah yang tadinya mengejut Beel sudah mendodoinya pula. ‘Susah juga kalau sayang sangat ni’.
“Jom makan” Suraya menjemput Haikal dan Hazan yang sama-sama menonton drama ‘Beel’.
Haikal mengangguk. Dia mengiringi langkah Suraya namun Hazan masih di dalam. Puan Sri Normah mengangkat kepala Beel dan meletakkan bantal di bawahnya.
“Mak cik sayang betul dengan Beel kan?”
Puan Sri Normah memaling tubuh menghadap Hazan. Senyum dilemparkan buat Hazan. Dan dia mengangguk. “Beel ni dah macam cahaya hati mak cik. Kalau tak de dia, mak cik pun tak tahu macam mana nak hidup”.
Hazan ketawa kecil. “Sampai macam tu sekali?”
Puan Sri Normah mengangguk. “Tapi tulah, nakal sangat. Orang macam Beel ni cuma ada orang sayang, orang benci. Dia pun belum dewasa, belum cukup matang lagi. Mak cik selalu risau, kalau mak cik dah tak de nanti … Siapalah yang nak jaga dia?”
Hazan diam mendengar kata-kata Puan Sri Normah. Tentu sekali dia akan menjaga Beel kalau itu yang Puan Sri Normah risaukan. Tapi dia hanya menyimpan fikiran itu di dalam, tidak diberitahu pada Puan Sri Normah.
Puan Sri Normah melepas nafas. Dia mencium pipi Beel tersayang dan mengajak Hazan menjamu selera di luar.

###########

Dua sahabat itu melangkah keluar dari dewan peperiksaan. Senyum lebar terukir di bibir mereka menandakan kelegaan yang amat.
“Ye!!” Beel menjerit sepuas hati. Fah di sisi dipeluk seerat mungkin.
Fah ketawa dalam pelukan Beel. Beel melepaskan pelukan dan melihat wajah ceria Fah. “Lega kan?”
Fah mengangguk. “Dah habis periksa. Dah habis belajar. Dah habis sekolah. Ringan otak aku”.
Beel mengangguk mengiakan. Langkah diatur bersama menuju ke Alphard yang setia menunggu cik mudanya. “Nak buat apa lepas ni?”
Fah diam. Kemudian senyum menggenggam tangan Beel. “Kita ajak abang pergi merayau nak tak?”
Beel senyum lebar. “Pergi mana?”
“Kau teringin nak pergi mana? Penang kan?”
Beel mengangguk. “Kau pun nak pergi Penang juga kan?”
Fah mengangguk laju. “Ok. Kalau macam tu, kita pergi Penanglah. Nanti aku deal dengan abang”.
Beel ketawa kecil. Bahu Fah dipaut. Fahlah sahabat sehidup sematinya. Tidak sabar rasanya mahu ‘merayau’ ke Pulau Pinang yang diberi gelaran Pulau Mutiara itu.

##########

Puan Sri Normah dan Sakinah mengangguk mengiakan kata-kata Hazan. Bagus juga menikahkan Suraya dan Beel pada bulan Disember. Kerana keduanya bebas dari komitmen kerja.
“Su ok ke?” Puan Sri Normah menyoal Suraya yang duduk di sisi Sakinah.
Suraya tersenyum. Puan Sri Normah mengangguk tanda memahami. Kemudian dia memandang Haikal pula. “Haikal?”
Haikal ikut tersenyum. Hazan menepuk-nepuk bahu Haikal. “Ok. Jadi kita boleh mula buat persiapan”.
Puan Sri Normah mengangguk. “Betul tu. Mak cik ingat kita buat majlis kat rumah ni je. Boleh?”
Hazan mengangguk tanda setuju. Sakinah tersenyum memegang tangan Suraya. Tidak lama lagi, majlis perkahwinan antara Suraya dan Haikal akan berlangsung.

##########

Safwan mengeluh membaca surat yang diberikan bosnya. Briefcase diletakkan di atas kusyen dan dia duduk berehat di situ.
Fah yang baru selesai menghidang makanan di meja makan berlari anak menyambut abangnya. “Abang” tangan dihulur menyalami Safwan.
Safwan tersenyum. “Dah solat Isya’ ke?”
Fah mengangguk. “Dah. Abang nak makan dulu ke nak solat dulu?”
Safwan memejam mata. Fah mengerut dahi melihat reaksi Safwan. Surat di tangan Safwan dipandang. “Surat apa tu?”
Safwan membuka matanya dan duduk menegak menghadap Fah. “Fah …”
Fah menanti dengan kerutan dahi. Mengapa nada abangnya seperti mahu memujuk? Atau abang ada buat salah apa-apa padanya?
“Abang … Abang minta maaf ye”
“Kenapa?”
Safwan menarik nafas. Surat di tangan ditunjuk pada Fah. Fah tidak mengambil sebaliknya menanya, “Surat apa tu?”
“Abang memang ingat nak bawa Fah balik Terengganu cuti hujung tahun ni. Tapi … abang kena kerja”.
Fah terdiam. Terengganu. Iya, sudah lama mereka tidak pulang ke Terengganu melihat rumah abah. Terakhir kalinya adalah lima tahun lepas. Kerana abah dan ibu keduanya sudah tiada dan mereka pula hanya dua beradik.
Dia tidak kisah tidak dapat pulang ke Terengganu. Tapi jika abangnya terpaksa bekerja pada hari cuti, bagaimana dengan rencananya mahu ke Pulau Pinang bersama Beel?
“Fah” Safwan memandang adik kesayangannya itu. Cuba memujuk.
Fah senyum. “Tak pe, Fah faham. Lagi pun abang kerja keras ni untuk Fah juga kan?”
“Abang minta maaf sangat-sangat. Fah marah abang ke?”
Fah menggeleng. Mana mungkin dia marah pada satu-satu abang yang dia miliki. “Abang kena pergi mana?”
“Penang”.
Safwan mengerut dahi melihat wajah Fah yang kecewa ber’cahaya’ tiba-tiba, menggambarkan gembiranya dia mendengar perkataan ‘Penang’.
Fah langsung memaut lengan Safwan. “Fah nak ikut”.
Safwan mengerut dahi. “Selalu abang ajak ikut abang pergi buat kerja tak nak. Ni kenapa?”
“Beel ikut. Kami dah plan nak pergi Penang. Sementara abang kerja, boleh kita orang merayap”.
Safwan memandang. “Betul ni? Fah dah tak marah abang?”
Fah menggeleng. “Tak marah pun. Boleh kan Fah dengan Beel ikut?”
Pipi Fah dicuit. “Boleh. Tapi opah bagi ke Beel pergi?”
Fah terdiam mendengar kata-kata Safwan. Ya tak ya juga, apakah opah akan mengizinkan Beel ikut serta bersama mereka?

DILARANG NIKAHI AKU – 11

Syakir menguntum senyum lebar bila Fah menutup pintu kereta. Susah juga mahu memujuk Fah menaiki keretanya. Tapi bila dia meyakinkan Fah bahawa dia hanya akan menghantar Fah pulang, Fah setuju juga.
Syakir mengambil tempat di sebelah Haikal dan Haikal meneruskan pemanduan. Fah diam di tempatnya. Sambil tangan rancak menaip mesej, berbual dengan Beel yang mengatakan pak longnya telah pun berlepas tadi.
“Fah” Syakir di hadapan memanggil.
Fah mengangkat wajah, memandang Syakir. Syakir menguntum senyum sebelum meneruskan kata-kata, “Rumah awak kat mana?”
Fah diam. Telefon bimbit bergetar menandakan ada mesej masuk dari Beel. Fah membaca mesej itu. Beel memintanya turun saja di villa opah. Pertama, Beel tidak percayakan Syakir kerana dia adalah teman Haikal. Kedua, Beel mahu tidur di rumah Fah malam ini. Jadi mereka boleh ke sana bersama saja.
“Fah” Syakir memanggil bila Fah berdiam.
Fah diam seketika. “Saya turun kat rumah Beel je”.
Syakir mengerut dahi. “Rumah Beel?”
Fah mengangguk. Syakir mengambil tempatnya semula. Bibir muncung. Fikirnya mahu tahu di mana Fah tinggal, rupanya Fah punya perancangan lain.
Haikal ketawa kecil melihat reaksi Syakir. Dia tiba-tiba teringat peristiwa malam itu. Dia benar-benar pasti telinganya mendengar opah memanggil Beel dengan panggilan Nab.
“Fah” Haikal memanggil namun mata masih menumpu pada pemanduannya.
Syakir memandang Haikal di sebelahnya. Fah diam menanti kata-kata Haikal. Tidak menjawab panggilannya.
“Memang opah panggil Beel dengan nama Nab ke?”
Fah diam. “Mana abang Haikal dengar nama tu?”
“Malam Beel lari?”
Fah mengimbas semula peristiwa malam itu. Terangguk-angguk dia mengiakan kata-kata Haikal. “Nama Nab tu dulu selalu opah guna tapi Beel tak suka sangat nama tu. Bila dah besar ni opah pun dah jarang guna. Cuma kadang-kadang tu adalah opah panggil dia Nab juga”.
Haikal mengangguk memahami. “Ooh”.
“Kenapa abang Haikal tanya?”
“Tak de apa-apalah” Haikal menguntum senyum dan Fah kembali menyambung perbualannya dengan Beel.
Syakir di sebelah Haikal yang sedari tadi memasang telinga memandang. Nampaknya Haikal memang belum melupakan gadis itu. Sampai bila agaknya? Bukankah dia sudah membuat keputusan untuk menikahi Suraya?
Jika Suraya benar-benar kuat cemburu seperti yang diperkatakan, masalah pasti akan timbul suatu hari nanti.

###########

Langkah diatur menuruni tangga perlahan. Seterusnya menuju pada ruang tamu. Dahi berkerut saat terlihat seseorang berada di ruang depan. Dan langkahnya maju.
“Tunggu siapa?”
Dia menoleh ke belakang bila mendengar suara Beel. Wajah mengukir senyum, menghadiahkan senyuman buat gadis yang dipanggi Beel itu.
Beel mencebik. Salah orang pula. Mengapalah dia tidak dapat mengenali Haikal dengan sekali imbas? “Buat apa kat sini?”
Haikal sengih, “Jemput kakak awaklah. Kalau awak nak ikut sekali, boleh juga”.
Beel mencebik. “Kak Su tu tak waras. Tu yang dia suka awak. Muka macam longkang, ada hati nak ajak orang keluar”.
Haikal mengetap bibir. Amboi, sesuka hatinya menyamakan muka orang dengan longkang. “Habis kau ingat kau tu lawa sangat?”
Beel ketawa mengekek bila Haikal menggunakan gelaran kau-aku yang kasar padanya. “Lawa tu tak tahulah, tapi comel tu memang ada”.
Haikal mengeluh. Penat mahu melayan tetapi dia memang suka bertikam lidah dengan gadis itu.
“Ehem …”
Suara Suraya berdehem mematikan perbalahan mereka. Dia melangkah menuju ke arah Haikal dan memaut lengan Haikal. Wajah Haikal berubah bila Suraya tiba-tiba bertindak begitu.
Beel ketawa geli hati. Suka melihat perubahan wajah Haikal. Suraya dipandang dengan senyum kambingnya. “Jangan risaulah Kak Su. Beel tak ingin pun dengan lelaki ni. Abang Wan tu 24 hours ada untuk Beel. Baik Beel pilih dia”.
Lidah dijelir dan dia berlari menuju ke dapur. Mencari Mak Jah bagi melihat kalau ada apa-apa yang boleh dimakan.
Suraya melepaskan pautan tangan membuat gaya mahu mengejar Beel. “Budak ni!”
Haikal menggeleng-geleng. Pasti Suraya selalu bergaduh dengan Beel. Iyalah, sikap yang berbeza bagai langit dan bumi antara mereka pasti membuatkan mereka tidak serasi.
“Su” dia memanggil.
Suraya menoleh, melemparkan senyum manisnya buat tatapan Haikal. “Ya”.
“Jom” Haikal menghulur tangannya. Suraya mengangguk dan menyambut huluran Haikal. Langkah diatur menuju pada Porsche yang sudah tersedia.

###########

Suraya mengukir senyum buat pelanggan yang menghidangkan kek chiffon kegemarannya. Sudu di atas meja dicapai dan dia mula menjamah kek.
“Sedap” Haikal dipandang.
Haikal mengangguk dengan senyuman. Suraya meneruskan suapannya. Dahi berkerut saat terlihat sesuatu berada di dalam kek.
Menggunakan sudu di tangannya, Suraya mengorek kek hingga terserlah sesuatu yang dilihat tadi. Haikal dipandang dengan kerutan dahi.
Haikal mengangguk dan menguntum senyum manisnya. Dia melangkah ke arah Suraya dan melutut di sisi Suraya. Kain putih yang berada di atas meja digunakan untuk membersihkan cincin itu.
Suraya memandang Haikal berkedip-kedip. Tidak memahami tindakan Haikal. Tidak faham dengan apa yang Haikal lakukan.
“Suraya Hanisah bt Zamri” Haikal menyebut nama penuh gadis itu.
Suraya menanti dengan wajah bingung. Cincin perak bertatah berlian yang berada di tangan Haikal dipandang.
“Sudi tak awak jadi pendamping hidup saya? Ibu pada anak-anak saya yang akan lahir nanti?”
Suraya diam. Dia tergamam sendiri dengan pertanyaan Haikal. Air matanya mula menitis tanpa disedari.
Haikal tersenyum menanti. Mempamerkan wajah penuh mengharap. Suraya mengesat air matanya. Perlahan anggukan diberikan buat Haikal.
“Sudi” ucapnya perlahan.
Haikal melepas nafas kelegaan. Senyum lebarnya dipamerkan dan keduanya sama-sama menguntum senyum.
Pipi Suraya diusap seketika. Cincin perak bertatah berlian itu disarung ke jari manis Suraya. Dan kedua-duanya mengukirkan senyum.
Satu misinya sudah selesai. Tidak lama lagi dia akan mengetahui apa yang terkandung dalam kotak rahsia yang ditinggalkan atok buatnya setelah bergelar suami pada cucu kawan baik atok.

##########

Safwan mengerut dahi melihat Beel sedari tadi mundar-mandir di laman. Dia yang duduk di meja batu bersama Fah memandang adiknya itu.
“Fah”.
Fah diam. Mata masih menumpu pada soalan fizik yang tidak dapat diselesaikan.
“Fah” Safwan memanggil lagi.
“Apa?” Fah menjawab namun mata masih menumpu pada buku kerjanya.
“Kenapa dengan Beel tu?”
Fah mengerut dahi. Memandang Beel sekilas dan menggeleng-geleng sendiri. “Beel!” nama teman baiknya itu dipanggil.
Beel memandang dan Fah menepuk-nepuk kerusi menyuruh Beel duduk. Beel mengeluh.
Fah mendengus. “Duduk sini dulu!”
Safwan mengerut dahi. Apa yang tidak kena? Keduanya kelihatan beremosi hari ini. Dia memandang Beel yang mengambil tempat di kerusinya.
“Dah lah tu. Tak habis-habis!” Fah membebel sambil menyelak helaian bukunya.
Beel mencebik. Safwan memerhati wajah Beel yang resah gelisah dari tadi. “Kenapa ni?”
“Kak Su dengan Haikal nak bertunang” Fah menjawab bagi pihak Beel.
Safwan mengangguk memahami. “Habis kenapa Beel gelisah ni?”
Beel memandang Safwan. “Abang Wan suka Kak Su bertunang dengan Haikal?”
Safwan mengangkat bahu. “Dah jodoh dia kan?”
Beel mengeluh lagi. Fah menutup bukunya dan memandang Beel. “Kau dah kenapa? Suka hati dia oranglah nak bertunang ke apa. Yang kau resah gelisah tak kena tempat ni kenapa?”
Beel diam mendengar kata-kata Fah. Iya, kenapa dia rasa resah gelisah semacam? Wajah abang Wannya dipandang. “Abang Wan suka Kak Su kan?”
Safwan mengerut dahi. “Suka Su?”
Beel mengangguk. “Mestilah Beel rasa lain. Abang Wan kan suka Kak Su tapi Kak Su pilih pak cik gila tu”.
Safwan memandang Fah. Fah mengangkat bahunya. Entah apalah yang Beel mengarut. “Bila masa abang cakap dia suka Kak Su?”
Beel diam. Fikirnya Safwan menyukai Suraya. Jadi sangkaannya selama ini salah? Safwan tidak menyukai Suraya.
Kata Safwan, gadis itu sangat Beel kenali. Kalau bukan Suraya lalu siapa gadis misteri pemberi semangat yang selalu diceritakan Safwan?

##########

Irah mengetuk pintu bilik Cik Beelnya. Dari perlahan hingga kuat namun masih tiada jawapan. Pintu dibuka, ternyata ia tidak berkunci. Langkah diatur menuju ke katil Cik Beelnya.
“Cik Beel!”
Irah separuh menjerit bila mendapati Beel masih nyenyak dalam tidurnya. Langsung dia berlari anak mengejut Beel.
“Cik Beel, bangun! Cik Beel!” tubuh itu digoncang hingga Beel sedar.
“Apa?” Beel yang masih memejam mata menyoal.
Irah mengerut dahi. “Cik Beel tak siap lagi?”
“Nak pergi mana? Hari ni kan cuti, Beel nak tidur. Kak Irah janganlah kacau Beel”.
“Cik Beel” Irah memanggil dengan nada serius.
Beel diam. Hanya mengeluarkan suara menandakan Irah mengganggu tidurnya. Irah menggeleng-geleng. “Cik Beel, hari ni hari pertunangan Cik Su”.
Beel membuka mata. Hari pertunangan Kak Su? Langsung dia bangun dari pembaringan. Jam dinding dilihat. Sudah jam 9.00 pagi?
Wajahnya diraup. Inilah padahnya tidur selepas subuh. Wajah Irah dipandang. “Kenapa Kak Irah tak kejut saya awal-awal?”
Irah tersenyum. “Kak Irah fikir Cik Beel ingat”.
Beel mula merengek. Dengan penuh kemalasan dia bangun dari katil dan mencapai tualanya. Kalaulah opah melihat dia sekarang, pasti teruk dia dibebel.

##########

Puan Sri Normah tertinjau-tinjau ke arah tangga sedari tadi. Ke mana cucu bongsunya ini? Sudah pukul 9.00 masih belum turun lagi.
Irah yang menuruni anak tangga dipandang. “Mana Beel?”
“Cik Beel baru bangun tidur” Irah memandang Puan Sri Normah.
Puan Sri Normah melepas nafas. “Nab, Nab … Suka macam ni. Tak sayang Kak Su langsung ke?”
Sakinah berlari anak datang pada Puan Sri Normah. “Ibu, Haikal dah sampai”.
Puan Sri Normah mengangguk. Suasana tidaklah terlalu gawat kerana Puan Sri Normah hanya menjemput orang-orang terdekat. Bahkan hadirin tidak lebih dari 20 orang.
Sakinah memimpin ibunya keluar. Zamri masih belum pulang dari luar negara atas urusan syarikat. Namun, dia telah memberi keizinan untuk mengadakan majlis pertunangan tanpa keberadaannya.
Puan Sri Normah menarik nafas. Langkah diatur menyambut Hazan dan Haikal yang datang bersama sebuah kereta. Semoga majlis pertunangan hari ini berjalan lancar. Insya-Allah.

DILARANG NIKAHI AKU – 10

Matanya dikesat menggunakan tangan. Terkelip-kelip menahan ngantuk. Langkah diatur memasuki pintu rumah.
Hairan dia melihat ramai yang berkumpul di ruang tamu. Ada opah, Fah, abang Wan dan juga Haikal. Beel melangkah masuk.
“Beel!” Fah memegang tangan sahabatnya itu.
Beel mengerut dahi. “Kau buat apa kat sini?”
“Kau pergi mana?”
Beel diam. Langkah diatur pada opah bila menyedari opah dari tadi memandang. Beel duduk di lantai. Kepala diletakkan di ribaan opah.
Opah mengusap wajah itu. Air matanya dikesat. “Beel pergi mana?”
Beel menarik nafas. “Beel tertidur kat rumah mak cik depan ni. Tadi tumpang rumah dia tengok movie kejap. Sedar-sedar dah pukul 12”.
Opah menguntum senyum. “Beel dah balik. Tu yang penting bagi opah. Jom, opah hantar Beel ke bilik”.
Beel menguntum senyum. Safwan senyum memandang mereka berdua. Lega hatinya bila Beel sudah selamat tiba di rumah. Tidaklah semua risau dan tidak boleh melelapkan mata malam ini.
Haikal mengerutkan dahi. “Macam tu je?”
Puan Sri Normah memandang. Apa yang dimaksudkan Haikal dengan macam tu je? Safwan dan Fah saling memandang. Apa yang Haikal tidak puas hati?
Beel memandang dengan wajah mengantuknya. Sedikit rasa geram timbul dalam hati. Tidakkah Haikal tahu bahawa Haikal yang menyebabkan dia lari dari rumah tadi?
“Opah, takkan cuma tu je?” Haikal mendekati Puan Sri Normah. Memandangnya seketika dan Beel sekilas.
Puan Sri Normah mengerutkan dahi. “Opah letih. Haikal dengan Wan bolehlah balik dulu. Fah nak tidur sini malam ni?”
Fah menggeleng dengan senyuman. Lebih baik dia pulang ke rumahnya. Esok hari sekolah, barang-barang persekolahannya juga masih belum disiapkan.
“Opah. Tak boleh macam ni. Beel dah besar. Dia kena diajar. Opah sendiri yang cakap tadi. Dia hilang macam tu je, tak bagi tahu apa-apa. Balik pukul 12 malam. Buat semua orang risau separuh mati. Tapi opah …” Haikal meninggi suara. Menyatakan tidak puas hatinya.
Safwan memegang bahu Haikal. Pemuda itu harus ditenangkan. “Haikal, saya rasa itu hak opah. Kita orang luar, tak de hak nak campur urusan keluarga dia orang”.
Haikal memandang Safwan. Kata-kata Safwan benar. Tapi dia tidak boleh berdiam diri. Patutlah Beel suka bertindak tanpa memikirkan orang lain, tidak memikirkan baik buruk sesuatu perkara itu. Rupanya begini dia dijaga oleh opahnya?
“Saya memang orang luar, tak de nak campur. Tapi opah didik Beel macam ni, memanglah perangai dia … Opah memang tak marah dia langsung ke?”
“Haikal” Puan Sri Normah memotong kata-kata Haikal. Wajah pemuda itu dipandang. “Cucu opah, opah jaga, opah besarkan, opah didik dengan tangan opah sendiri. Jadi opah tahu macam mana nak ajar dia. Haikal dengar sini. Siapa pun Haikal, walau Haikal anak opah sekali pun, hal opah dengan Beel jangan masuk campur. Opah tak suka”.
Beel diam di tempatnya. Wajah Haikal yang perlahan-lahan berubah hanya dipandang. Mahu bergaduh pun dia benar-benar mengantuk. ‘Itulah, abang Wan dah bagi amaran, tak nak dengar. Kan dah kena’.
Puan Sri Normah menarik Beel menaiki tangga. Safwan dan Fah memandang Haikal. Haikal diam di tempatnya. Bagai tidak percaya dengan kata-kata opah yang beru didengari.
“Abang, jom balik. Fah mengantuklah” Fah mengesat matanya yang sudah mula hampir tertutup.
Safwan tersenyum. Bahu Fah dipaut. “Jangan tidur sini. Abang tak larat nak angkat”.
Fah ketawa kecil. Sebelum keluar Safwan sempat berpesan pada Haikal. “Opah tu memang tak suka orang sentuh fasal Beel. Saya harap awak tak ambil hati sangat dengan dia. Jomlah balik, lepas pukul 1 pagi nanti, kunci pagar automatik dah hidup. Tak boleh keluar dah”.

###########

Beel menarik selimut menutupi separuh tubuhnya. Opah di sisi dipeluk. Nafas dilepas. “Opah”.
Puan Sri Normah menjawab dengan suaranya. Wajah Beel diusap. “Kenapa?”
“Opah marahkan Beel ke?”
Puan Sri Normah mengeluh. “Beel dah tahukan yang opah memang tak boleh marahkan Beel?”
Beel diam. Kata-kata Haikal tadi terngiang-ngiang di anak telinga. Dia tahu sangat Haikal geram dengan opah kerana langsung tidak marah padanya.
“Apa yang Beel fikir ni?”
Beel bangun dari pembaringan. Duduk bersila menghadap opahnya. Puan Sri Normah ikut duduk. Pipi Beel diusap. “Nab…”
Beel tersenyum nipis mendengar nama itu. Hanya opah yang memanggilnya Nab. Nab singkatan dari Nabilah. Namun opah sudah lama tidak menggunakan gelaran itu. Dia sendiri sebenarnya tidak berapa sukakan nama itu.
Tapi hari ini opah memanggilnya Nab. Bererti opah benar-benar merisaui keadaannya. Bererti opah betul-betul khuatir akan dirinya.
“Apa yang Nab tengah fikir ni?”
Beel melepas nafas. Senyum nipisnya diukir lagi. “Beel bukan nak buat opah susah hati. Beel sayangkan opah. Beel sayang sangat dengan opah” tubuh wanita tua itu dipeluk seerat mungkin.
Puan Sri Normah tersenyum mendengar kata-kata Beel. Dia tahu Beel langsung tidak punya niat untuk membuatkan dia susah hati. Langsung tidak punya niat untuk membuatkan dia bersedih hati.
“Beel nak tahu kenapa opah tak pernah marahkan Beel walau pun Beel dah buat opah geram, opah marah, opah susah hati. Nak tahu?”
Beel melepaskan pelukannya. Wajah opah dipandang. “Kenapa?”
Puan Sri Normah menggenggam erat tangan cucu kesayangannya itu. “Sebab opah tahu walau nakal macam mana pun cucu opah ni, hati Beel baik. Walau pun Beel nampak kasar dari luar, tapi hati Beel lembut. Opah yakin opah dah lakukan yang terbaik untuk besarkan Beel”.

###########

Dokumen di hadapannya ditanda tangan. Dan ia diserahkan pada setiausahanya yang menanti. Ucapan terima kasih diberikan buat setiausahanya itu.
Syakir menggeleng-geleng kepalanya. “Tulah kau. Yang kau cari fasal kenapa?”
Haikal mengeluh. “Bukanlah niat aku tu nak cari fasal. Masalahnya geram. Aku ni bukannya nak mengajar opah, aku tahu yang opah tu dah hidup lagi lama dari aku. Tapi setidaknya dimarahlah Beel tu. Ini .. Dia dah buat semua orang susah hati, opah tu tak marah dia langsung. Langsung tak marah. Aku tanya kenapa dia tak marah, aku yang kena marah balik” panjang lebar Haikal menyatakan rasa tak puas hatinya.
“Kan Safwan dah cakap yang opah pantang orang sentuh fasal cucu dia?”
Haikal melepas nafas. Akhirnya dia mengerti. Jadi inilah sebabnya. Inilah penyebabnya Beel berperangai tidak menyenangkan. Bukanlah 100% kesalahan Beel seorang tapi suasana yang menyebabkannya. Opah terlalu memanjakannya. Terlalu.

##########

Beg tangan disimpan di dalam laci yang menjadi tempat dia meletakkan beg tangannya. Senyum di bibir terukir melihat sejambak bunga terletak di atas meja.
Bunga mawar itu diambil dan dicium. Kad yang terletak kemas pada jambak bunga itu diambil dan dibaca.
‘Maaf kalau tindakan saya semalam menyakitkan hati awak’.
“Pandai pun minta maaf” Suraya senyum. Dia sukakan ayat itu. Tidak meleret dan terus pada perkara utama. Suraya sendiri bukanlah gemar pada kata-kata puitis yang meleret dan kedengaran membuang masa. Baginya, itu semua sia-sia.
Butang interkom ditekan. Setiausahanya Linda dipanggil.
“Ye Cik Suraya” Linda muncul di pejabatnya.
“Bunga ni siapa hantar?”
“Tadi office boy yang ambil. Rasanya dari En.Haikal”.
Suraya senyum. Benarlah sangkaannya. Ucapan terima kasih diucapkan dan Linda meninggalkan Suraya sendirian di pejabatnya.
“Saya akan pastikan awak jadi milik saya”.

###########

“Papa dengar Syakir cakap kamu bergaduh dengan opah waktu Beel lari rumah hari tu?”
Terhenti suapan Haikal mendengar kata-kata papanya. Wajah Hazan dipandang. Syakir, Syakir. Semuanya mahu dijadikan cerita.
“Betul ke?” Hazam menyoal.
Haikal meletakkan sudu di pinggan semula. Gelas air putihnya dicapai dan airnya diteguk. “Bukan bergaduh pun. Pandai betul papa cari spy”.
Hazan senyum. “Tak bergaduh?”
“Beel balik lewat malam opah tak marah langsung. Haikal bukan apa papa. Haikal rasa setidaknya dimarahlah budak Beel tu. Ini opah buat tak tahu. Macam dia tak buat kesalahan apa-apa”.
Hazan menguntum senyum mendengar ‘bebelan’ puteranya. “Haikal risaukan Beel?”
Haikal tersedak. Wajah Hazan dipandang dengan kerutan dahi. “Risau?”
Hazan mengangguk. “Opah bukannya tak nak marahkan dia. Tapi tak sanggup nak marah. Kamu tu sendiri, nanti dah ada anak ke, isteri ke. Tak delah nak marah-marah”.
Haikal mengerut dahi. Sayang hingga tak sanggup nak marah? Pasti dia pernah rasa perasaan itu. Siapa kata dia tak pernah sayang seseorang? Dia sangat sayangkan dia. Haikal sangat sayangkan gadis itu. Nab.

###########

Beel memandang Fah dengan wajah simpatinya. Betulkan dia harus buat begini? Rasa kasihan pula pada sahabatnya itu.
“Aku turun dulu. Kau cepat-cepat pergi airport. Nanti tak sempat hantar pak long kau”.
“Aku boleh hantar kau ke rumah je. Betul kau nak turun sini?”
“Kalau kau hantar aku balik rumah, nak ke airport kena patah balik. Tak kesian dengan Pak Lan ke? Kau pun kena berkejar ke airport kan? Lagi pun kali ni pak long kau pergi lama”.
Beel memandang. “Sorry ea”.
“Tak pe. Aku dah call abang Wan. Dia kata nanti dia datang ambil aku”.
Beel senyum. Fah yang sudah mengambil tempat di perhentian bas dilambai. Kasihan temannya bernama Sofwah itu.
“Pak Lan, jom ke airport. Takut pak long tunggu”.

###########

“Aku cerita untuk suka-suka je. Bukan nak spy ke apa”.
Haikal mencebik. “Kau ni memanglah. Papa tu papa aku ke papa kau sebenarnya?”
Syakir ketawa sendiri. Matanya melilau melihat jalan raya. Tiba-tiba matanya terpandangkan seseorang yang setia duduk di perhentian bas tidak jauh di hadapan.
“Kal, stop kereta. Haikal, stop!”
Haikal mengerutkan dahi. Brek kaki ditekan bila tiba di hadapan perhentian bas. Wajah Syakir yang mengukir senyum dipandang. Barulah dia terperasankan Fah di perhentian bas itu. Tapi mengapa Fah sendirian?
“Kejap ye” Syakir turun dari kereta.
Fah mengerut dahi memandang wajah itu. “En.Syakir”.
Syakir senyum. “Boleh panggil Syakir je. Fah buat apa kat sini?”
“Tengah tunggu abang ambil”.
“Abang? Dia kat mana?”
“Dia baru keluar pejabat”.
“Boleh suruh dia sambung kerja je. Kalau Fah sudi, biar saya hantarkan”.
Fah mengerutkan dahi. Hantarkan? Dia teragak-agak mahu menjawab. Apa jawapan yang sesuai? Kalau abang tahu dia dihantar lelaki yang kurang dikenali pasti teruk lelaki itu disoal siasat.
“Boleh?”
Fah diam. Doanya moga segeralah abang tiba di perhentian bas untuk mengambilnya. ‘Abang, cepatlah …’

DILARANG NIKAHI AKU – 09

“Kawan Beel tu nama apa?”
Haikal mengerut dahi. Langsung wajahnya dihala pada Syakir yang sedang memandu. “Kawan Beel?”
Anggukan Syakir berikan. “Nama?”
“Fah. Nama penuh aku tak pastilah”.
“Fah” Syakir menyebut perlahan. Gadis itu kelihatan menarik pada matanya. Memenuhi ciri-ciri yang dia mahukan pada seorang gadis.
Haikal ketawa kecil melihat Syakir tersenyum-senyum sendiri. “Nak accident ke kau ni?”
“Dia tu comel kan?”
“Fah ke?”
Syakir mengangguk. “Comel kan?”
Haikal ketawa lagi. “Kau suka dia ke?”
Syakir mengangkat bahu. Dia akui memang dia tertarik dengan gadis itu. Perkataan suka memang cukup untuk menggambarkan perasaannya. Syakir pasti, sedikit masa lagi perasaan itu akan berubah dari suka pada sayang.
“Gila!” Haikal menjeling, menyampah melihat gelagat Syakir.

##########

Fah memandang Beel di sisi. Sejak meninggalkan restoran tadi, Beel tidak habis-habis merungut. Membebel sana sini menyatakan sakit hatinya.
“Beel” Fah memanggil lembut.
Beel memandang dengan kerutan dahi. “Apa?”
Fah diam seketika. Ikutkan hati dia mahu memarahi Beel atas kelakuannya. Tapi dia tahu bagaimana sikap temannya itu. Kalau dimarah, silap hari bulan dimarahnya kita balik.
“Kau nak cakap aku salah ke?” Beel menyoal.
Fah mengeluh. “Kenapa kau cari fasal?”
“Bila masa aku cari fasal? Dari cari fasal, baik aku cari duit!” Beel menjeling.
“Macam mana kalau dia bagi tahu opah?”
Beel diam. Dia paling tidak suka opah tahu dia membuat masalah. Walau opah tidak marah padanya, dia tahu jauh di sudut hati opah merisauinya.
“Diam. Tahu takut” Fah menjeling.
“Bukan takut. Aku tak nak opah risau”.
“Samalah tu. Kau nak buat macam mana ni?” Fah menjongket kening.
Beel memandang Pak Lan. Kalau begitu, dia harus segera tiba di villa. Opah harus ditemui sebelum Haikal.
“Pak Lan, bawa laju-laju. Beel nak sampai cepat! Laju lagi!”
Fah mengeluh. Tergeleng-geleng kepalanya melihat kelakuan Beel.

##########

Mak Jah menghidangkan kuih yang baru dibuatnya pada Puan Sri Normah yang sedang melihat ikan di kolam. Ucapan terima kasih diucapkan dan Puan Sri Normah menjemput Mak Jah duduk bersama.
“Puan sri risaukan Cik Beel?” Mak Jah menyoal majikannya.
Puan Sri Normah tersenyum. “Bila-bila masa je Mak Jah. Saya ni dah tua. Beel pula tak matang-matang. Kalau saya pergi, siapa nak jaga dia?”
Mak Jah diam mendengar kata-kata Puan Sri Normah. Mengapa tiba-tiba Puan Sri Normah mengutarakan soal sebegitu? “Puan sri sakit ke?”
Puan Sri Normah melepas nafas dengan senyuman. “Kalau sakit je meninggal?”
Mak Jah senyum. Puan Sri Normah memandang. “Bila Putih habis belajar?”
Mak Jah diam seketika. Ingatan melayang pada Putih puterinya. Putihlah yang selalu melayan Beel sejak Beel pindah masuk ke rumah itu. Kerana itu jugalah, Beel rapat dengan Putih.
“Mungkin lagi dua tahun”.
Puan Sri Normah mengangguk. Jika ada Putih nanti, sejuklah sikit hatinya. Putih punya sikap yang lembut dan mampu melembutkan Beel yang keras. Setidaknya, Putih dapat menjaga Beel dan melindunginya.
“Opah”.
Puan Sri Normah dan Mak Jah memandang empunya suara. Beel mendekati opahnya. Mak Jah bangun dan meminta diri bila Beel duduk di sisi Puan Sri Normah.
“Kenapa ni?” Puan Sri Normah menyoal hairan. Selalunya Beel berlari-larian memeluknya, hari ini lain pula.
Beel sengih. Dari mana harus dia mulakan. ‘Ada tak Haikal datang jumpa opah?’ atau ‘Haikal ada datang sini ke?’. Bagaimana harus dia menyusun ayat?
Puan Sri Normah mengerutkan dahi melihat Beel. Pipi Beel disentuh perlahan. “Kenapa?”
“Aaa … Ada tak .. Haikal kan, dia ..”
Puan Sri Normah berdehem. Sudah berapa kali dia pesan. Pada Haikal gelaran abang harus digunakan. Bukankah sudah terang-terangan Haikal itu lebih tua darinya?
Beel diam seketika. Tahu opah menegurnya. Dia tidak punya masa bertikam lidah. Dia harus tahu apakah Haikal datang mengadu atau tidak.
“Abang Haikal ada datang sini?”
Puan Sri Normah membuat muka hairan. Kemudian bibirnya melebar mengukir senyum. “Kenapa tiba-tiba tanya fasal Haikal ni?”
Beel diam. “Saja tanya. Ada datang tak?”
Puan Sri Normah diam berfikir. “Rasa-rasa opah tak de”.
Beel melepas nafas lega. Ertinya dia sempat menyelamatkan keadaan. Pipi opah dicium tanda suka hati.
Puan Sri Normah menggeleng-geleng. Entah apalah yang tidak kena dengan cucu kesayangan seorangnya itu.

##########

Suraya memusing tubuh di hadapan cermin. Rambut paras dadanya diikat separuh. Dia memakai blouse berlengan separas siku bersama kain lycra yang keduanya berwarna merah jambu.
Nafas ditarik. Berdebar rasanya mahu keluar makan malam bersama Haikal. Suraya senyum sendiri.
Dulu ketika keluar makan dengan Zack atau Helmi, dia tidaklah segementar ini. Perasaannya juga tidak berdebar begini. Mungkinkah Haikal adalah yang tepat buatnya?
Senyum diberi pada mama yang baru masuk ke biliknya. Tangan Sakinah memegang lengan Suraya. Tubuh gadis itu dipusing.
“Cantik anak mama”.
Suraya tersenyum. “Betul mama rasa Su cantik?”
Sakinah ketawa kecil. Bahu Suraya dipaut. “Betul. Mama suka anak mama macam ni. Ingat, Haikal ni yang terbaik untuk anak mama. Mama tak nak Su sia-siakan dia”.
Suraya tersenyum dan mengangguk. Pasti, dia tidak akan membiarkan Haikal terlepas dari tangannya. Haikal hanya miliknya. Dia seorang.

###########

Haikal tersenyum membukakan pintu kereta buat Suraya. Dia akui Suraya nampak cantik malam ini. Padanya mana-mana lelaki yang memandang pasti akan memandang buat kali kedua.
Kereta Porschenya dipandu ke restoran yang telah ditempah mejanya. Dia mahu makan malam ini menjadi makan malam terbaik buat mereka berdua.

###########

Getah paip dicapai dan airnya dihidupkan. Beel menguntum senyum pada opah dan Mak Jah yang sedang berbual di lokasi kegemaran opah, tepi kolam ikan.
Beel menghalakan getah paip pada pokok-pokok yang hidup di taman itu. Menyirami pokok-pokok kesayangan opah.
Puan Sri Normah memandang Mak Jah. Sejuk hatinya melihat Beel pagi ini. Selalu hari cutinya ada saja hal yang mahu dilakukan. Keluar membeli itulah, mencari inilah tapi hari ini katanya mahu ‘melekat’ dengan opahnya.
“Ada awak nampak baju yang saya nak hadiahkan pada Beel tu?” Puan Sri Normah menyoal Mak Jah.
Mak Jah diam seketika. “Kalau tak silap saya, ada dalam laci kat bilik puan sri”.
Puan Sri Normah mengangguk-angguk. “Jom. Ikut saya ambil baju tu. Alang-alang, Beel nak duduk rumah je hari ni”.
Mak Jah tersenyum. Dia pun membantu Puan Sri Normah bangun dari kerusi. Meninggalkan Beel yang seronok sendirian dengan air yang dimainnya.
“Opah” Beel memanggil. Beel mengerutkan dahi bila tiada jawapan dari opah. “Opah” panggil Beel lagi.
Beel langsung memaling tubuhnya. Terkejut bila mendapati Haikal yang berada di belakangnya. Air dari getah paip di tangan Beel pula turun bagai hari hujan. Beel ‘menyiram’ Haikal.
Haikal mengetap bibir bila dirinya basah kuyup disiram Beel. “Woi!”
Beel tersentak. Getah paip terlepas dari pegangannya. Haikal dipandang.
“Buta ke?” Haikal meninggikan suara.
Beel mencebik. “Awak tu yang muncul tiba-tiba. Padanlah muka. Patutnya bercakaplah bagi saya tahu ada orang kat belakang. Ni senyap je” Beel merungut.
Haikal diam. Memang salahnya tidak menjawab panggilan Beel. Tapi .. “Awak tak salah ke? Mintalah maaf”.
“Kenapa pula?” Beel menyoal dengan kerutan dahi.
“Hari tu kat restoran aku tak kira lagi. Ni kat sini pula. Kau minta maaf cepat!” Haikal mengangkat jari telunjuknya.
Beel diam bila menyedari suara Haikal meninggi. Getah paip dicapai perlahan dan dihalakan pada Haikal. Beel ketawa terbahak-bahak bila Haikal kelam-kabut melarikan diri.
“Woi budak. Kau tutup air tu sekarang!”
Beel menjelir lidah. Bahasa yang digunakan Haikal sudah kasar. Ertinya Haikal benar-benar marah. Beel ketawa lagi. Seronoknya!

##########

“Puan sri! Puan sri!”
Mak Jah dan Puan Sri Normah memandang Irah yang kelam-kabut masuk ke dalam rumah. Mak Jah mengerutkan dahi. “Kamu ni kenapa Irah?”
Irah tercungap-cungap melepas nafas. Dia diam sebentar memandang majikan dan Mak Jah, mengambil nafas.
“Cik Beel, Cik Beel” Irah menunjuk ke arah taman.
Puan Sri Normah mula tidak sedap hati. Apa yang terjadi pada Beel? Apakah Beel jatuh atau .. “Mak Jah, cepat bawa saya pergi taman. Cepat”.
Mak Jah mengangguk. Tubuh Puan Sri Normah dipapah ke taman selaju mungkin. Membulat mata Puan Sri Normah melihat kerja Beel.
“Beel!” Puan Sri Normah berlari anak menuju pada cucunya.
Beel mencari suara yang didengarnya. Opah! Wajah opah dipandang. Namun, getah paip di tangannya masih lagi dihalakan pada Haikal.
Haikal mendengus. Mengalih dari getah paip Beel. Mengibas tubuh yang sudah basah kuyup. Masam mencuka wajahnya.
Puan Sri Normah mengetap bibir. Getah paip di tangan Beel dicapai dan Irah segera menutup air yang mengalir.
“Apa Beel buat ni?” Puan Sri Normah mencubit lengan gadis itu.
Beel mencerut muka menahan sakit. Lengannya disapu perlahan. “Haikal yang cari fasal dulu. Beel tak salah”.
Haikal diam di tempatnya. Ikutkan hati mahu saja gadis itu dibebel, dimarah dan dipukul. Namun memikirkan ada Puan Sri Normah bersama, diam membisu.
“Minta maaf dengan abang sekarang” Puan Sri Normah memandang Beel dan Haikal silih berganti. Mengapa cucunya senakal ini?
“Tak nak” Beel menjauhkan diri dari opahnya.
“Nabilah Anisah!” Puan Sri Normah meninggikan suara.
Haikal mendekati. Bimbang pula dia bila Puan Sri Normah meninggikan suara. “Tak pe opah. Saya boleh balik tukar baju je”.
Puan Sri Normah memandang Haikal. “Tak boleh. Beel dah melampau. Macam mana pun, dia tetap kena minta maaf dengan Haikal”.
Haikal diam. Kalaulah dia tahu Puan Sri Normah akan marah begini pasti dia akan lari sebaik saja Beel menyiramnya tadi. Bukannya mencari fasal hingga ia menjadi hal besar.
“Beel tak nak minta maaf!” Beel meninggikan suara.
Puan Sri Normah mengerutkan dahi. Langkah diatur pada Beel. Tangan gadis itu ditarik. “Kenapa degil sangat? Opah kata minta maaf”.
Beel menggeleng. “Beel kata Beel tak nak”.
“Nabilah!”
Beel diam. Air matanya mula bertakung. Terkejut bila ditengking opahnya. Mata dipejam dan air matanya mengalir. Tidak pernah opah meninggikan suara padanya. Mengapa opah memarahinya hanya kerana seorang lelaki yang baru mereka kenali?
Puan Sri Normah terdiam melihat air mata yang mengalir dari mata Beel. Baru dia sedar dia telah menengking cucunya. “Beel”.
Beel mencebik menahan esakan. “Opah dah tak sayang Beel! Opah lagi sayang dia!” Jari ditunjuk pada Haikal.
Haikal diam di posisi. Apa yang harus dia lakukan? Mahu menyampuk dihalang Mak Jah. Takkanlah dia harus melihat saja?
Beel menggeleng-geleng bila opah menghampiri. Air mata jatuh berderaian mengingat suara opah meninggi. “Beel tak nak duduk rumah ni dah. Opah tak sayang Beel. Opah tak sayang Beel!”
“Beel” Puan Sri Normah cuba memujuk. Namun tubuhnya ditolak cucu kesayangannya itu. Beel berlari menuju ke pintu pagar dan keluar dari pagar kecil.
Puan Sri Normah rebah. Apa yang telah dia lakukan?
“Opah!” Haikal berlari anak memapah tubuh Puan Sri Normah.
“Puan sri ok?” Irah menyoal. Mak Jah di sisi mencubit. Sudah tahu mahu tanya lagi. Jawapannya pastilah tak ok.
“Opah” Haikal memanggil.
Puan Sri Normah memandang Haikal. “Opah nak masuk dalam. Biarkan je Beel tu. Sekali-sekala kena dimarah juga”.

##########

Fah memandang abangnya yang sedang memandu sekilas. Telefon bimbitnya yang berada di tangan sedari tadi dipandang pula. Sudah berkali-kali Beel dihubungi namun tiada jawapan.
“Abang rasa Beel pergi mana?”
Safwan menggeleng. Dia sendiri tidak tahu. Dia harus tiba di Villa An sesegera mungkin. Ke mana perginya Beel? Sudah jam 10 malam masih juga belum pulang.
Fah berlari masuk ke dalam villa sebaik saja tiba di rumah itu. “Opah”.
“Fah, Fah tahu mana Beel pergi?” Puan Sri Normah menyoal bila melihat wajah itu.
Fah menggeleng. “Dah banyak kali Beel cuba call tapi tak dapat”.
Puan Sri Normah resah. Ke mana perginya Beel? Kawan yang Beel rapat cuma Fah seorang. Kalau tidak ke rumah Fah ke mana lagi dia?
Haikal memandang Puan Sri Normah. Dia telah pulang menukar baju dan datang kembali. Terasa bagai kesalahannya pula.
Jika dia menahan Puan Sri Normah memarahi Beel tadi, tidaklah begini jadinya. Beel pun satu, sudah dewasa boleh lagi buat perangai kanak-kanak. Dimarah sediki sudah lari dari rumah.
Safwan memandang Haikal dengan wajah kurang senang. Pasti Haikal penyebabnya. Opah disalam. Begitu juga Sakinah yang berada di ruang tamu.
“Wan tahu Beel pergi mana?”
Sakinah mengeluh. “Dah tahu cucu ibu tu manja. Kenapa dimarahnya budak tu?”
Puan Sri Normah memandang Sakinah. Sakit hatinya dengan kata-kata menantunya itu. Namun dia diamkan saja. Beel lebih dirisaui ketika ini.
Fah mengusap belakang opah. Dia tahu opah pasti risaukan Beel. Ke manalah agaknya Beel pergi? Tidak pernah pula Beel merajuk begini. Pasti ada sesuatu yang berlaku di luar pengetahuannya.

##########

Suraya mengerut dahi bila mendapati ada kereta Safwan dan Haikal di rumahnya. Apa yang terjadi? Jam tangan dipandang.
Sudah jam 11.00 malam tapi mengapa Safwan dan Haikal masih berada di sini. Langkah diatur laju masuk ke dalam rumah.
“Kenapa ni?” Suraya menyoal.
Semua mata memandang Suraya. Suraya melihat wajah-wajah di ruang tamu. Sepertinya semua sedang merisaui sesuatu.
Dia mengambil tempat di sebelah mama. Wajah mamanya dipandang. “Kenapa?”
“Beel lari” Sakinah mengucap perlahan.
Suraya mengerutkan dahi. “Beel?”
Sakinah mengangguk. Suraya bersandar pada sofa. Apa lagilah masalah yang ditimbulkan Beel? Fikirnya ada kecemasan yang berlaku, rupanya Beel lari. Cuma itu?
“Macam budak-budak” Suraya merungut. Tidak sedar suaranya meninggi.
Puan Sri Normah memandang. Tadi emak, ini anak pula. “Su, kalau rasa tak nak membantu diam je. Jangan susahkan hati opah boleh?”
Fah memandang. Memang dia tahu perangai Suraya dari kecil begitu. Tempoh perkenalannya dengan Beel bukan sekejap hingga dia tidak tahu siapa yang senang dan tidak senang dengan Beel.
Suraya memandang Haikal. Kelihatannya Haikal juga merisaui Beel. Langkah diatur pada Haikal yang berada agak jauh dari mereka.
“Awak tunggu Beel juga?”
Haikal tersenyum memandang Suraya. Anggukan diberikan. Suraya menarik nafas. “Rasanya baik awak balik je. Beel tu dah besar, dia pandailah balik sendiri”.
Haikal diam. “Tapi …”
“Haikal” Suraya memanggil namanya. Mengharap agar Haikal menuruti permintaannya.
“Awak baru balik kerja kan? Awak rehatlah”.
“Haikal” Suraya membulatkan mata. Tidak menyangka itu jawapan yang Haikal berikan.
Haikal senyum. “Awak rehatlah dulu. Saya nak tunggu Beel balik”.
Suraya diam. Wajahnya masam mencuka mengambil failnya di atas meja. Langkah diatur laju menaiki tangga. Menyampah!
Puan Sri Normah menggenggam tangan Beel. Mana perginya cucu kesayangannya ini? “Nab, mana Nab pergi?”
Haikal memandang. Nama itu, nama itu. Nab?

DILARANG NIKAHI AKU – 08

Hatinya sangsi bila pintu bilik tidak boleh ditutup. Dahi berkerut. Apa yang berlaku?
Lantas pintu dibuka kembali. Dan terlihatlah kakak sepupu kesayangannya yang berdiri bagai emak tiri Bawang Putih.
Beel memandang. “Nak apa?”
Suraya membalas pandangan Beel. Wajah itu ditenung menandakan kemarahannya. Beel buat-buat tak tahu. Kalau tak salah pasti Kak Su ingin memarahinya kerana ‘merapatkan’ diri dengan papa Haikal.
Beel mengeluh. Nafas dilepas bersama suara. “Nak apa? Kalau tak de apa-apa, Beel nak mandi. Rimas”. Beel menunjuk dirinya yang masih berbaju kurung.
Suraya diam lagi. “Kenapa kau balik rumah ni? Sejak kau ada …”
“Hidup aku tak aman. Sebelum kau wujud dalam rumah ni, hidup aku aman sentosa. Sejak kau masuk hidup aku kacau-bilau” Beel memotong kata-kata Suraya. Menyambung ayatnya. Ayat yang sudah selalu Suraya ungkapkan.
Ayat itu didengari sejak dia masih di tingkatan satu. Dan sekarang, dia sudah berada di tingkatan enam. Apakah Suraya tidak bosan asyik mengutarakan ayat yang sama sejak lima tahun lalu?
Suraya mengetap bibir. Geram dengan sikap Beel yang padanya langsung tidak menghormati dia dengan status kakak.
“Tu je kan?” Beel menolak daun pintu namun Suraya menahan.
Beel menjulingkan mata. Membuat muka bosan. Mengapalah harus bertekak malam-malam buta begini? Tidakkah mereka sama-sama kepenatan.
“Aku nak cakap dengan kau sikit”.
“Cakaplah. Beel tak suruh tunggu pun”.
Suraya mengetap bibir, menggenggam penumbuknya. Geramnya dia dengan budak seorang ini. “Aku tak suka kau rapat dengan Haikal”.
Beel mengerutkan dahi. “Bila masa Beel rapat dengan pak cik tu?”
“Yang kau berlari berkejaran kat dapur tu apa benda?” Suraya meninggikan suara.
Beel berdehem. “Benda apa eh?”
“Kau ni..” Suraya mengangkat tangan ingin menampar, namun niat dibatalkan menyedari itu yang dimahukan Beel. Jika dia berkasar dengan Beel, pasti Beel akan mengadu pada opah dan dia yang akan dimarahi.
“Kak Su jangan risaulah. Beel tak pandang pun lelaki tua macam Haikal tu. Beel pun baru 18, belajar pun tak habis lagi. Tak de masa nak fikir benda macam ni”.
Suraya mencebik. “Ingat apa kau cakap hari ni. Jangan cakap lain buat lain sudah”.
Beel mengeluh melihat Kak Su beredar. Menyampahnya mahu melayan. Belum ada ikatan apa-apa, sudah begini sikapnya. Queen control betul! Nasib kaulah Haikal…

##########

“Aku rasa baik kau ikut cakap Kak su tu” Fah berkata sambil menghirup jus mangga yang dipesannya.
Beel mengerutkan dahi. “Apa?”
“Jangan rapat dengan Haikal lah”.
Beel membulatkan mata. “Apa kau merapu ni Fah?”
Fah mengangkat bahu. Dari cerita yang diceritakan Beel tadi, Fah juga punya perasaan yang sama dengan Suraya. Beel rapat dengan Haikal. Namun, itu cuma fikirannya. Dia sendiri tidak pernah melihat gelagat mereka secara berdepan.
“Aku tak rapat dengan pak cik tu. Kak Su yang gelabah sangat. Aku dengan dia, tiap kali jumpa gaduh je. Apa yang rapatnya?”
Fah memandang wajah temannya itu. “Beel”.
“Apa?”
“Kau pernah dengar tak?”
“Apa?”
“Kalau asyik bergaduh je, nanti sayang-sayang selalu”.
Beel tersedak dalam tegukannya. Langsung tisu dicapai mengelap air yang hampir tersembur dari mulut. Memandang Fah dengan wajah tidak senang. Tidak suka, benar-benar tidak suka dengan apa yang baru Fah katakan.
Fah melepas nafas. “Aku cakap je. Yang kau terkejut sangat kenapa?”
Beel menjeling. “Tak de benda lain ke nak cakap? Dah lah, cakap fasal dia merosakkan mood je. Abang Wan tak de ke nak bawa kita cuti mana-mana lepas habis exam ni?”
Fah mengukir senyum. Layan sajalah temannya seorang ini. Lagi pun, hal sebegitu masih belum sesuai dibicarakan mereka yang berumur baru belasan tahun.

##########

Syakir mengangguk-angguk tanda memahami masalah temannya seorang itu. Tubuhnya disandar pada sofa sementara Haikal masih lagi memeriksa kertas kerja yang diberikan setiausahanya tadi.
“Kau yakin dengan keputusan kau?”
Haikal melepas nafas. Fail yang berada di tangan ditutup. Dia turut bersandar pada kerusi pejabatnya. “Kau rasa?”
“Aku pun tak tahu nak cakap apa. Benda macam ni, aku tak de pengalaman lagi. Tapi kau rasa kau boleh handle ke kalau perangai Su tu macam tu?”
Haikal diam. Wajah Syakir dipandang. Bahu diangkat. Syakir duduk tegak. Memandang tepat ke anak mata Haikal.
“Kalau aku sumpah tak sanggup. Queen control boleh tahan lagi. Yang part kuat merajuk tu …” Haikal menggeleng-geleng membuat gaya sotong kurita.
Haikal ketawa kecil. Padanya itu bukanlah masalah. Kata orang, bila kita benar-benar sayangkan seseorang, bagaimana pun sikapnya akan menjadi kesenangan kita. Cuma dia sendiri tidak tahu apakah dia akan benar-benar sayangkan Suraya.
“Kalau aku nak perempuan lembut, sopan, ayu. Kalau boleh yang pakai tudung. Kan sejuk mata memandang” Syakir senyum sendiri.
Haikal mencapai pen di atas meja dan membalingnya pada Syakir. Boleh pula dia bermimpi di siang hari.
Syakir tiba-tiba teringat sesuatu. Wajah Haikal dipandang lama. Serius. Haikal mengerut dahi. Apa yang tidak kena dengan Syakir?
Syakir menarik nafas. Dan menyoal, “Kau masih teringatkan dia ke?”
Haikal diam mendengar soalan itu. Langsung failnya dibuka dan pembacaannya diteruskan.

##########

Haikal tersenyum memandang red velvet yang terletak kemas di dalam almari kaca. Langkah diatur perlahan menuju ke arahnya.
Seorang gadis yang muncul tiba-tiba langsung memintas Haikal dan memesan red velvet yang sememangnya tinggal sepotong itu. Pelayan menghulurkan senyum buat gadis yang tidak Haikal tahu siapa orangnya.
Haikal mengeluh. ‘Kacau line betul!’ Bahu gadis itu disentuh, konon ingin merebut kembali red velvetnya.
“Cik”.
Beel menoleh. Siapa pula yang memanggilnya ini? Wajah Haikal yang memandangnya dipandang kembali.
Haikal mengerut dahi. Gadis ini lagi? Mengapalah nasibnya semalang ini? Tiap kali perkara malang menimpanya, pasti angkara gadis ini.
“Cik” pelayan itu memanggil Beel. Beel tersenyum dan menyambut kek yang telah dibungkuskan. Duit dihulur membuat pembayaran.
Beel ingin beredar namun tangannya ditarik Haikal. Beel memandang. “Awak ni dah kenapa?”
“Awak tu yang dah kenapa? Tak nampak ke saya nak beli red velvet tu?”
Beel menjongket kening. Plastik yang terisi red velvetnya diangkat dan dipandang. Kemudian dia menguntum senyum kambing. “Nak red velvet … Kesian. Yang jalan macam kura-kura tu siapa suruh? Siapa cepat dia dapatlah!”
Haikal mengetap bibir. Geramnya! Beel menjelir lidah. Tangannya ditarik dari pegangan Haikal. Kaki Haikal dipijak tanda marahnya.
Beel berlari anak keluar dari kedai. Haikal mengejarnya. Belum sempat Beel menolak pintu kaca itu, lengannya ditarik Haikal semula.
Beel merungut. “Nak apa lagi?”
“Minta maaf”.
“Kenapa pula?”
“Minta maaf”.
Beel menjelir lidah. “Tak nak. Dah macam bapa orang nak suruh-suruh!”
Haikal mengetap bibir. Dek kegeraman, plastik di tangan Beel dirampas. Beel membulatkan mata. Sesuka hatinya Haikal merampas beg plastik itu. Tangan dihulur tanda memintanya semula.
Haikal menggeleng. “Minta maaf”.
“Orang kata tak nak, tak naklah. Tak faham bahasa melayu?”
“Minta maaf pun tak boleh ke? Awak sepatutnya kena hormatkan saya sebagai abang” Haikal berkata dengan nada serius.
Beel menjelir lidah lagi. Beg plastiknya dirampas kembali dan dia berlari mengelilingi meja makan yang tersedia di kedai itu. Haikal menggenggam penumbuknya. Spontan langkah kakinya mengejar Beel.
Pelayan restoran mula panik apabila satu demi satu kerusi dijatuhkan Beel. Tindakan mereka menarik perhatian pelanggan yang lain. Apa yang harus dia lakukan agar mereka berhenti?
Beel tersenyum memandang kotak tisu di atas meja. Langsung ia diambil dan dibaling tepat mengenai kepala Haikal. “Padan muka!”
“Kau….” Haikal melajukan larian namun Beel lebih pantas menyelit di celah-celah meja.
Beel menolak meja mengenai Haikal. Haikal mengaduh kesakitan kerana tidak berwaspada dengan tindakan Beel. Beel ketawa senang hati.
Syakir yang baru masuk kerana Haikal terlalu lama di dalam terkejut dengan suasana kedai yang bersepah dan kelam-kabut. “Haikal!”
Haikal menoleh mendengar suara itu. “Kau tolong tangkap dia untuk aku Syakir. Geram betul aku dengan budak ni!”
Syakir mengerutkan dahi. Memandang budak yang dikatakan Haikal. Apakah ini gadis yang dinamakan Nabilah Anisah?
“Kau sedar apa kau dah buat?”
Haikal berhenti mengejar. Wajah Syakir dipandang sesaat dua. Kemudian, matanya meneliti seisi kedai. Membulat matanya melihat keadaan yang sudah serupa tongkang pecah itu.
Beel mencebik. “Kalau nak sangat, ambillah!” Plastik itu dibaling ke arah Haikal dan Haikal menyambutnya. Bibir diketap menahan marah.
Beel melangkah menuju ke pintu. Namun langkahnya mati bila Fah masuk dengan wajah hairan dan terkejutnya.
Fah berlari anak mendekati Beel. “Apa kau buat ni Beel?”
“Pak cik tu punya fasal!” jari ditunjuk pada Haikal yang sedang memandangnya.
“Beel, ni tempat oranglah” Fah berbisik.
Beel diam. Fah dipandang. “Aku tak salah. Dia yang salah”.
Fah menarik tangan Beel sekuatnya. Apa-apa pun, mereka harus meminta maaf pada pelayan restoran dahulu. Bagaimana pun, yang bersalah pastinya mereka.
Beel cuba melawan namun tidak berdaya. Fah yang sedang marah pastinya lebih punya tenaga darinya. Akhirnya, langkah Fah hanya dituruti.
Mereka berempat menunduk memohon maaf pada semua pelayan. Kerana kerosakan yang dibuat. Juga menyebabkan semua pelanggan keluar dari restoran.
Beel mendengus. Dia tidak salah. Semuanya salah Haikal. Mengapalah boleh menemui Haikal pada waktu begini?
Haikal memohon maaf pada pelayan restoran dan membayar harga mengikut perkiraan pelayan yang bertugas. Turut dibayar harga ganti rugi atas beberapa pelanggan yang meninggalkan restoran kerana mereka berdua.
Beel memuncungkan bibir. Wajahnya masam mencuka memandang jalan raya. Tidak mahu memandang wajah Haikal yang menyakitkan hati.
Fah menarik nafas. Merah pipinya menahan malu atas sikap Beel. “Saya minta maaf bagi pihak Beel”.
Haikal mengeluh. “Awak suruh kawan awak tu kawal perangai sikit tak boleh ke?”
Beel memandang. “Suka hatilah perangai macam mana pun. Ada saya kacau hidup awak ke?”
“Beel, tak naklah. Saya penat ni” Fah memandang Beel dengan mata sayunya.
Beel diam. Menoleh kembali. Syakir menggeleng-geleng. Apa yang sudah jadi pada Haikal? Mana pergi kematangannya selama ini? Bagaimana dia boleh berbalah di tengah-tengah restoran tanpa menghiraukan keadaan?
“Saya pun minta maaf juga. Kalau tahu macam ni, saya tak tahan dia tadi” Haikal memandang Fah.
Beel mengajuk dengan gayanya. Fah menguntum senyum dan menunduk. “Terima kasih”.
“Sebenarnya Haikal pun salah” Syakir menyampuk. Haikal diam. Mengakui kebenaran kata-kata Syakir. Tapi manalah dia tahu semuanya akan jadi begini?
“Kalau macam tu, kami balik dulu” Fah meminta diri.
Haikal tersenyum. Kalaulah Beel sebaik Fah, semuanya tidak jadi begini. Bagaimana mereka boleh menjadi kawan baik sedangkan perangai berbeza langit dan bumi?
Fah menarik tangan Beel dan berlalu pergi. Menuju pada Alphard yang setia menunggu di hujung deretan kedai itu.
Syakir menarik nafas memandang Haikal. “Apa kena dengan kau ni?”
Haikal mengeluh. “Baliklah”.
Syakir menggeleng-geleng. Sudah berapa kali dia pesan pada Haikal. Kawal diri. Jangan sampai dia dan Beel sama saja. Keduanya 2×5. Dia sendiri tidak faham mengapa gadis bernama Beel itu mampu membuatkan Haikal berubah 100%.