DILARANG NIKAHI AKU – 02

Bibirnya menguntum senyum melihat seorang gadis keluar dari rumah itu. Memakai pakaian seragam sekolah sama dengannya. Yang membezakan, hanyalah gadis itu memakai tudung sedangkan dia tidak.
“Lama ke tunggu?”
“Cepatlah masuk. Dah lambat ni” Beel menjeling pada jam kereta dan menarik temannya masuk ke dalam kereta.
Beel memandang pemandu yang memandu Alphard. Merupakan suami pada Mak Jah, Pak Lan. Pak Lan mengangguk dan memandu kereta ke sekolah menengah tempat Beel belajar.
“Fah, hari ni kita pergi airport nak?”
Gadis yang dipanggil Fah mengerutkan dahi. “Airport? Buat apa?”
Beel mengangkat bahu, senyum menampakkan gigi. “Rasa nak seronok-seronok. Boleh kan Pak Lan?”
Pak Lan memandang melalui cermin belakang. Keluhan dilepaskan. Apa yang boleh dilakukan? Jika kemahuan cik mudanya tidak diturutkan, lain pula yang terjadi.
“Boleh tak?” Beel menyoal buat kali kedua.
Fah menarik tangan Beel. Beel merupakan teman terbaik yang dia ada. Mereka berkenalan sejak belajar di darjah satu lagi. Semua tentang Beel dia sukai.
Tapi ada satu yang dia kurang suka. Kenakalan Beel. Kadang-kala kenakalan Beel membuatkan semua orang susah. Beel tentunya degil. Langsung tidak mahu mendengar kata. Bukan boleh dihalang keinginannya.
Fah mengeluh. “Janganlah Beel. Hari tu dah jalan-jalan kat shopping complex sampai pukul 6. Nanti opah marah pula”.
Beel mencebik. “Tak pe. Opah bukan boleh marah Beel. Kita pergi kejap je lepas habis kelas. Beel teringin pula nak jalan-jalan kat airport”.
Fah melepas nafas. Mengapalah temannya Nabilah Anisah sedegil ini? Pak Lan menggeleng-geleng. Jika Fah yang sudah bertahun berkawan dengan Beel pun tidak boleh menghalang, apatah lagi dia yang hanya pemandu?

##########

Haikal menarik bagasinya keluar dari balai ketibaan. Hazan hanya membawa briefcasenya kerana dia sering pulang ke Malaysia. Hanya Haikal yang sudah lama tidak pulang.
“Berdebar ke dah lama tak balik?” Hazan menyoal Haikal di sisi.
Haikal senyum. Dia bukan boleh berdebar saat ini. Terasa bagai baru kelmarin En.Fahad membacakan membacakan wasiat atok padanya. Tiba-tiba papa mengatakan telah menjumpai gadis yang memegang status cucu kawan baik atok.
Ada dua orang, seorang berumur 24 tahun dan seorang lagi berusia 18 tahun. Papa tidak mengenalkan dia pada sang adik, lebih fokus pada kakak kerana umurnya sudah sesuai untuk mendirikan rumah tangga.
Namanya Suraya Hanisah. 24 tahun, bererti lahir pada tahun 1990. Keputusan PMR cemerlang, keputusan SPM juga cemerlang. Tamat belajar dalam bidang seni bina. Dan sekarang sedang bekerja sebagai arkitek bangunan di sebuah firma arkitek sektor swasta.
Dia senyum sendiri. Siapa saja yang mendengar pasti tertarik dengan gadis bernama Suraya Hanisah ini. Papa juga telah memberi gambar. Memang cantik dan manis orangnya.
Hazan menggeleng-geleng. Dia tahu anaknya masih memikirkan tentang Suraya. Itulah, siapa juga yang suruh dia membujang hingga mencecah 30 tahun?
“Dah lah. Jangan fikir banyak. Jom, balik rumah dulu”.

##########

“Beel, jangan lari lah. Kita kat dalam airport ni” Fah mengejar Beel yang berlari anak ke sana ke mari.
Beel senyum. Tubuhnya dipaling menghadap Fah. “Sukanya masuk airport. Dah lama tak masuk airport. Bila last datang sini?”
Fah menggeleng-geleng. Kadang-kala bila dengan Beel, terasa bagai Beel adalah adiknya bukan kawan.
Beel membulatkan mata. “Beel ingat dah. Last datang airport bulan lepas ambil Pak Long balik dari Hong Kong!”
“Beel” Fah berlari anak mendekati temannya.
Beel tersenyum pada mulanya. Dan mula berlari lagi apabila Fah datang dekat. Langkah Fah terhenti bila melihat seorang lelaki mendekati Beel.
Beel tidak perasan kerana membelakangkan lelaki itu. Dan lelaki itu juga tidak perasan akibat matanya khusyuk menghadap telefon bimbit.
“Beel!” jerit Fah sekuat hati namun tidak mencuri perhatian kerana lapangan terbang yang sememangnya punya ramai manusia di dalamnya.
Beel terdiam. Hanya melihat sebiji Lenovo terbang dari tangan lelaki itu dan jatuh terhempas beberapa meter dari mereka. Lelaki itu pula tergamam hingga tidak berkata apa-apa.
Fah laju berlari dan mencuit lengan Beel. Beel tersedar dari lamunannya. Langsung melangkah ke arah Lenovo itu dan mengambilnya semula.
Haikal memandang gadis berambut pendek yang menghulurnya telefon bimbit itu. Geram pula hatinya. Sudahlah berpakaian seragam sekolah menengah, boleh pula berlari di tengah-tengah lapangan terbang.
“Saya minta maaf” Beel mengangkat wajah memandang lelaki itu.
Haikal mengambil telefonnya dari tangan Beel. Kepala digeleng dan langkah diteruskan. Namun tidak jauh kerana suara Beel yang menempik telinganya.
Beel melangkah laju pada lelaki itu. “Tak de mulut ke?”
Haikal mengerutkan dahi. Mengapa tiba-tiba… “Apa maksud awak ni?”
“Orang dah minta maaf, cakaplah ok ke apa ke. Setidaknya senyum. Ini senyum pun tak. Setakat Lenovo pun nak marah” Beel memandang lelaki di hadapannya geram.
Haikal memandang dengan muka hairan. Bagaimana seorang budak sekolah menengah boleh bersikap sebegini? Nafas ditarik. “Cik, tu hak saya. Samada saya nak balas maaf cik atau pun tak, tu hak saya”.
Beel menggenggam penumbuknya. Geramnya dia!! “Ok. Kalau macam tu, ni pun hak saya! Saya tarik balik kata maaf tadi”. Lenovo di tangan lelaki itu dicapai dan dijatuhkan kembali. Fah di sisi sedari tadi mencuit Beel, dia tidak mahu Beel mencari fasal dengan sesiapa.
Bibir diketap. “Ambil balik telefon saya”.
“Tak nak”.
“Ambil balik telefon saya”.
“Tak nak”.
“Ambil balik telefon saya” kali ini mata Haikal membulat.
Beel mencebik. “Orang kata tak nak, tak nak lah. Fah, jom balik. Bosan dah tengok muka pak cik ni”.
“Beel” Fah membulatkan mata memandang Beel namun Beel buat tak tahu saja.
“Cik” Haikal sudah tidak dapat menahan kesabarannya. “Yang salah tu, cik bukan saya. Mana ada orang jalan tengok belakang”.
Beel senyum. “Memang, mana ada orang jalan tengok belakang. Sayalah salah. Habis, awak yang jalan tengok bawah tu tak salah ke? Rasanya orang jalan tengok depan, bukan tengok bawah. Kan Fah?” matanya memandang Fah.
“Jom balik” Fah berbisik dan menarik tangan Beel namun Beel mengeraskan kaki. Tidak mahu melangkah walau seinci.
Haikal menggenggam penumbuk. Bibir mengukir senyum tiba-tiba. Lenovonya diambil. “Mesti awak budak nakal yang lari dari sekolah kan?”
Beel mengerutkan dahi. Apa maksud lelaki itu? Lantas dirinya diperhati, baru dia perasan dia masih memakai seragam sekolah. Matanya dipejam, kantoi sudah.
“Budak sekolah patutnya pergi belajar baca buku. Bukan duduk lari sana-sini. Rasanya cik ni bukan datang nak ambil orang kan? Sebab tak de keluarga pun. Saya nasihatkan, baik cik daftar tingkatan satu baliklah. Fokus pada sivik dan kewarganegaraan” Haikal senyum sinis. Puas betul hatinya. Dia terus berlalu dari situ. Tidak mahu memanjangkan pergaduhan.
Beel mengetap bibir. Bibirnya diketap. Fah di sisi sudah terdiam. Tidak mampu melakukan apa-apa. “Gila! Bangang! Bengong!”
“Beel! Dah lah, jom balik. Nanti opah cari pula!”
Beel menghentak kaki pada lantai. Geram, geram, geram, geram, geram!!!!
“Jom” Fah menarik tangan Beel sekuatnya.
Beel menurut namun kakinya masih lagi menghentak lantai. Sakitnya hati dia. Jika dia bertemu lagi dengan pak cik itu, pasti pak cik itu akan dikerjakan habis-habisan.

############

Bibir mengukir senyum melihat wajah yang berdiri di sisi Hazan.
“Syakir! Rindu gila dengan kau” Haikal memeluk pemuda yang bernama Syakir itu. Walau Syakir muda 2 tahu darinya, jarak itu tidak memberi kesan. Haikal dan Syakir menganggap mereka berdua sebaya saja, apatah lagi keduanya membesar bersama.
Syakir senyum. “Yelah rindu. Nak patah kaki aku tunggu kau kat luar ni. Mana kau pergi?”
Hazan memandang Haikal. Dia juga ingin menyoal perkara yang sama. Ke mana perginya Haikal tadi? Rasanya mereka berjalan beriringan dari balai ketibaan, namun sebaik melepasi pintu masuk Haikal hilang.
Haikal mengeluh. Malas mahu mengingat peristiwa menyakitkan hati itu. “Dah lah. Papa, Syakir, jomlah. Haikal penatlah”.
Hazan dan Syakir berpandang. Sama-sama mengerut dahi dan sama-sama mengangkat bahu.

##########

“Pak Lan, bawa laju sikit. Laju lagi” Beel menggesa Pak Lan melajukan kenderaan.
Fah di sisi mengeluh. Itulah, dari tadi orang suruh balik, balik. Hari pun sudah gelap, bukan Beel saja yang akan dimarah. Dia sendiri akan dimarahi abangnya. Pasti abangnya sudah bingung mencarinya.
Beel bersandar pada kerusi. Wajah resah Fah dipandang. “Fah, aku minta maaflah. Tak sangka pula dah lewat macam ni. Nanti abang Wan marah kau tak?”
Fah mengangkat bahu. Abang seorang itu bukan boleh dijangka. Kadang-kala tak marah langsung, kadang-kala marah mengalahkan singa di hutan.
“Pak Lan, cepat sikit. Nak kena hantar Fah balik rumah lagi”.
Pak Lan di tempat duduk pemandu menggeleng-geleng. Itulah Cik Beel, suka sangat mencari fasal. Bukan Cik Beel saja, dia sendiri juga sama. Apa yang harus dikatakan pada puan sri nanti?
Sampai saja di villa, Beel langsung berlari masuk ke dalam. Pak Lan telah pun ke rumah kecilnya kerana disuruh Beel. Awalnya Pak Lan mahu menemani Beel masuk, namun Beel tidak mengizinkan. Selalunya Pak Lan suka terlepas kata. Beel tidak mahu Pak Lan turut dimarahi.
Wajah opah yang sedang menunggu dipandang. Ada juga Kak Su dan mak longnya yang duduk di sofa. Namun Kak Su dan mak long tidak dihiraukan. Paling-paling, mereka hanya mahu mencari salahnya.
Beel mencebik bibir. Suara tangisan dibuat. Taktik ini selalu saja menjadi. “Opah!”
Puan Sri Normah tergamam bila Beel memeluknya. “Kenapa ni sayang?”
Suraya mengerut dahi. Langsung dia berdiri. “Opah!”
Puan Sri Normah memandang. Beel melepaskan pelukannya. Wajah Suraya ditatap. Sakinah juga ikut berdiri. Tangan puterinya dipegang. Bimbang Suraya tidak dapat mengawal marahnya.
“Opah sedar tak dah berapa jam opah tunggu dia dekat sini? Bila dia balik, opah tak marah dia langsung. Boleh peluk-peluk lagi!”
Puan Sri Normah memandang. Beel mengerutkan dahi. “Kak Su dah kenapa?”
“Hari ni kau tak de kelas tambahan kan? Kau pergi mana? Dah maghrib baru balik? Tak tahu semua orang risau? Tahu nak menyusahkan orang je” Suraya meninggikan suaranya.
Sakitnya hati tak terkata. Tadi opah ke sana ke mari, ke hulu hilir merisaui Beel. Tapi bila Beel balik, gadis itu langsung tidak ditanya ke mana. Pantang Beel merengek sedikit pasti cair.
“Kak Su kisah ke kalau Beel balik lambat pun? Opah tak bising, yang Kak Su nak marah ni kenapa? Selama ni yang jaga Beel pun, bukan Kak Su. Opah je” Beel melawan. Dia paling tidak suka dimarah begitu.
Puan Sri Normah mengeluh. Selalu saja pergaduhan sebegini terjadi. Tubuh Beel ditarik. “Jom, opah hantar Beel masuk bilik. Mandi lepas tu boleh solat Maghrib”.
Suraya menggenggam penumbuknya. “Opah suka macam tu. Beel yang betul, Beel tak pernah salah. Dia balik lewat tak minta maaf langsung. Opah pun satu, layan je dia. Tu lah perangai dia jadi macam ni!”
Puan Sri Normah mengetap bibir. Kali ini Suraya sudah melampau. Kata-katanya memang mencerminkan kecemburuan yang sedang meluap.
“Su!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s