DILARANG NIKAHI AKU – 05

Hazan membimbit briefcasenya menuruni escalator lapangan terbang. Kedatangannya ke Malaysia kali ini mungkin lebih lama sedikit dari sebelum ini kerana hal kecemasan di Kuwait telah diselesaikan.
Dia juga telah memaklumkan pada Humaira’ akan berada lebih lama di Malaysia. Pun begitu, dia bukanlah datang atas urusan syarikat. Keluarga Sdn. Bhd. di Malaysia telah diserahkan bulat-bulat pada Haikal.
Dia akan kekal di Malaysia mungkin hingga pertunangan Haikal dan Suraya tiba. Haikal memberitahunya dia sudah menemui Suraya.
Kereta Mercedes berwarna putih yang menunggu di pintu masuk lapangan terbang dimasuki. Wajah pemandunya, Abu yang menanti dipandang.
“Tuan pakai t-shirt je naik kapal terbang tadi?”
Hazan tergelak kecil. Anggukan diberi. “Malas nak pakai beria. Lagi pun, dah selalu naik kapal terbang tu”.
Abu tersenyum dan menekan pedal minyak. Memandu kereta menuju ke rumah.
“Singgah 7-Eleven kejap. Saya nak beli air”.

#########

Fah menjeling Beel di sebelahnya. Langkah masih diteruskan di deretan kedai-kedai.
“Nak tak?” Beel menghulurkan keropk yang dimakannya pada Fah.
Fah menggeleng. “Kita lari macam ni Pak Lan tak cari ke?”
Beel sengih. “Aku dah call kasi tahu tunggu je kat depan sekolah. Kita lambat sikit je. Opah pun aku dah call, cakap hari ni nak cari angin”.
Fah mengeluh. “Kau ni …”.
Langkah mereka terhenti apabila seorang lelaki tua keluar dari pintu 7-Eleven sambil membawa plastik di tangannya. Beel dan Fah tersenyum menunduk pada pak cik itu.
Namun tiba-tiba datang seorang lelaki melanggar lelaki tua itu hingga plastik yang dipegangnya terlepas dari tangan. Dan lelaki itu berlari meninggalkan mereka.
Beel kelam-kabut berlari mengejar botol air yang bergolek hingga ke jalan raya. Dihulurkan semula pada lelaki tua itu.
“Woi! Dah langgar orang tak reti minta maaf ke?” jeritnya sepuas hati.
Fah menarik tangan Beel. Menyedarkan lelaki tua itu sedang memandang. Beel sengih memandangnya. Fah pula menunduk malu.
Lelaki tua itu ketawa kecil memandang mereka. “Terima kasih nak”.
Tak lama, datang seorang lagi lelaki mendekati. “Maaf nak tanya. Ada tak nampak seorang lelaki pakai baju hijau lalu arah ni?”
Beel senyum. “Dia lintas jalan raya”.
Lelaki itu tersenyum dan mengangguk. Ucapan terima kasih diucapkan dan dia mengikut kata Beel. Melintas jalan raya.
Beel ketawa sendiri. Fah hanya melepas nafas. Sudah masak dengan sikap temannya. Disebabkan geram dengan lelaki yang pertama, dia melepaskan geram pada yang mencari. Nabilah ooh Nabilah.
Lelaki tua itu memandang Beel. “Kenapa anak …”
Beel senyum. “Sebab sakit hati. Pak cik nak pergi mana?”
“Nak balik”.
“Oklah. Kalau macam tu, kami minta diri. Bye!” Beel senyum dan melangkah pergi. Tangan dilambai tanda meminta diri. Fah ikut melambai.
Lelaki tua itu tersenyum. Ada sesuatu pada gadis ini yang menarik perhatiannya.

##########

Dahinya berkerut melihat sepasang kasut di almari. Rasanya ini kasut papa. Papa berada di rumah? Bila masa pula papa pulang dari Kuwait?
Kereta mercedes yang selalu dijadikan pengangkutan papa dicari. Terletak kemas di dalam garaj. Motosikal Abu pula tiada. Bererti Abu masih di rumahnya.
“Kak Nia!” Haikal melaung nama pembantu rumahnya.
Seorang wanita lingkungan 40-an yang dipanggil Nia berlari anak menuju pada Haikal. Wajah pemuda itu dipandang.
“Papa dah balik ke?”
Nia mengangguk. “Tadi Abu hantar”.
Haikal mengerutkan dahi. Mengapa papa tidak memberitahunya akan ke Malaysia? Fikirnya urusan di Kuwait masih belum selesai.
“Abang Abu mana?”
“Tuan dah suruh dia balik”.
Haikal mengangguk memahami. Ucapan terima kasih diberikan. Membenarkan Kak Nia menyambung kerjanya semula. Mengapalah papa langsung tidak mengkhabarkan apa-apa?
Langkah diatur ke menuju ke bilik papa di belakang. Rumah mewah itu hanya setingkat. Kata papa, dia tidak mahu ada tangga di rumah itu. Menyemak mata, memandangnya juga sudah rasa letih.
Pintu diketuk dan Haikal melangkah masuk. “Papa”.
Ruang tengah bilik papa kosong. Tiada orang. Haikal mengetuk pintu bilik kecil yang dikhaskan hanya untuk tidur. Ruangnya juga memang hanya untuk katil.
Pintu dibuka Hazan. Senyum diberi pada anaknya dan dia melangkah ke ruang tengah. Haikal menyalami papanya.
“Papa tak cakap nak datang hari ni”.
Hazan mengangguk. “Buat apa nak cakap? Jumpa juga kat rumah ni. Suraya apa khabar?”
Haikal tergelak kecil. Balik-balik nama itu juga disebutnya. “Baik. Ok”.
Hazan menggeleng. Hanya itu jawapannya. Haikal menarik nafas. “Kena perlahanlah papa. Kalau cepat sangat, tak ke Suraya syak apa-apa?”
Hazan mengangguk. “Terpulanglah pada kamu. Papa rasa, kali ni kalau tak de masalah mungkin papa stay sampai kamu bertunang kut”.
Haikal mengangguk. Senyum dikuntum. Bilalah dia akan bertunang agaknya? Memikat Suraya juga nampaknya bukan perkara mudah.

##########

Suraya berjalan menuju ke ruang depan rumahnya. Terlihat di balik pokok-pokok Irah sedang berbual dengan Haikal. Bibirnya mengukir senyum. Nampaknya Haikal datang.
Telefon bimbit dikeluarkan dan diletakkan di telinga. Berbual dengan teman yang tiada kewujudannya. Lakonan semata mahu mencuri perhatian Haikal.
Haikal yang perasan Suraya mendekati mengucapkan terima kasih pada Irah. Dan langkah diatur pada Suraya yang sedang berbual di telefon.
“Nanti saya call balik. Terima kasih” Suraya menekan butang merah.
Haikal menguntum senyum memandang Suraya. Suraya memandang dengan wajah selambanya. “Nak jumpa opah ke?”
Haikal diam seketika. “Kalau nak jumpa awak, awak nak?”
Suraya menjongket kening. Dan bibir senyum. “Opah ada kat dalam. Jomlah”.
Haikal mengangguk dan senyum. Nampaknya memikat Suraya tidaklah sesukar yang disangka. Sepertinya, Suraya juga menaruh perasaan padanya.

############

“Nanti cakap dengan Hazan, opah akan datang bawa satu keluarga”.
Haikal mengangguk. Dia datang menemui Puan Sri Normah kerana arahan papa. Papa menjemput Puan Sri Normah sekeluarga untuk makan malam di rumahnya.
Dia juga memaklumkan pada Puan Sri Normah bahawa papa sudah dua hari berada di Malaysia. Dia memang ingin melawat opah cuma masa masih tidak mengizinkan.
“Haikal dah kenal ibu ayah Su?”
Haikal menggeleng. “Belum lagi”.
Puan Sri Normah mengangguk-angguk. “Ada rezeki nanti jumpalah. Sekarang ni, dua-dua tak de. Baru semalam pergi Pulau Perhentian”.
Haikal senyum. Puan Sri Normah ikut senyum.
“Opah!!”
Haikal mengerut dahi mendengar suara itu. Puan Sri Normah punya cucu kecilkah? Kedengaran bunyi tapak kaki berlarian.
Puan Sri Normah mendepa tangan. Memeluk cucu kesayangan sepuas hati. Beel mengeratkan pelukannya. “Rindu, rindu”.
Puan Sri Normah membelai kepala Beel. Beel sengih. “Nak cium pipi”.
Haikal tergamam melihat perilaku nenek dan cucu itu. Fikirnya anak kecil, rupanya sudah belajar di sekolah menengah. Manja, memang terserlah kemanjaannya.
Puan Sri Normah tersenyum memandang Haikal. “Beel”.
Beel menoleh. Baru dia sedar opah punya tetamu. Wajah tetamu itu dipandang.
“Kenalkan. Ni cucu bongsu opah, Nabilah. Beel, ni lah Haikal. Yang opah cerita hari tu”.
Haikal diam. Budak sekolah menengah di lapangan terbang tempoh hari? Cucu bongsu Puan Sri Normah?
Beel diam di tempatnya. Jadi ‘pak cik’ poyo inilah yang dikatakan opah bakal suami Kak Su? Bagaimana ini boleh terjadi?
“Beel” Puan Sri Normah memanggil.
Beel senyum. “Haikal?”
Puan Sri Normah berdehem. “Abang Haikal”.
Beel mencebik. Tidak sedar kelakuannya diperhati Puan Sri Normah. Puan Sri Normah mencubit lengan Beel perlahan.
Beel mencerut muka. Bibirnya muncung tanda protes. Lengannya disapu perlahan. Sakit dicubit.
Haikal melepas nafas dan menguntum senyum. “Nabilah Anisah b. Zahid?”
Beel mengerut dahi. “Mana pak cik tahu nama saya?”
“Beel!” opah meninggikan suara.
Haikal tergelak kecil. Kecil betul Malaysia. Bagaimalah dia boleh tidak perasan Beel adalah adik sepupu Suraya? Sedangkan papa ada memberi maklumat tentangnya tempoh hari.
Tapi papa tidak memberi gambar Beel. Yang diberi hanyalah gambar Suraya. Selaku tunangnya seperti yang termaktub dalam wasiat atok.
“Comel cucu opah” Haikal sengih.
Puan Sri Normah mengangguk. Tidak sedar Haikal memerli. Beel merungut-rungut sendirian. Jika Haikal adalah bakal suami Kak Su, pasti mereka akan lebih kerap bertemu di rumah. Haikal pasti akan selalu datang ke rumah.
Keluhan dilepaskan. Nampaknya selepas ini tidak amanlah dia di rumah ini.

##########

Beel menghentak kaki menghantar Haikal keluar rumah. Mengapalah opah menyuruh dia menghantar Haikal? Membuang masa saja.
“Nabilah” Haikal memanggil.
Beel memandang Haikal yang menguntum senyum kambing. Matanya dijeling.
Haikal ketawa kecil. “Mulai hari ni, kita berbaik boleh?”
Beel mengerut dahi. “Bila masa pula kita tak berbaik?”
Haikal mengangguk. Lantas tangan diletak di atas kepala Beel. “Baik kan?”
Beel menepis tangan Haikal. “Jangan haraplah. Pak cik nak kahwin dengan Kak Su. Bukan Beel”.
“Siapa kau panggil pak cik ni?”
“Cow lembu. Beel bukan lembu. Pak cik tak nak balik ke?” keningnya dijongket.
Haikal mengetap bibir. Lantas mengatur langkah keluar rumah. Kata-kata Syakir diingat kembali. Dia harus mengawal diri. Jika tidak, dia dengan budak sekolah ini sama saja.
Beel ketawa senang hati. Terasa gembira pula. Senangnya hati kalau keadaan begini berkekalan tiap hari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s