Monthly Archives: January 2015

DILARANG NIKAHI AKU – 35

Dia tenang di tempat duduknya. Menghayati keindahan Kuala Lumpur di malam hari. Senyuman yang terukir di bibirnya jelas menggambarkan betapa tenang perasaannya saat itu.
Namun tangan yang memeluknya dari belakang secara tiba-tiba mengubah segalanya. Dia dibaringkan di tempat duduk kereta bahagian belakang dalam sekelip mata.
Tubuhnya yang kecil menjadi ratahan lelaki itu. Habis bajunya ditarik hingga terkoyak sana-sini. Namun dia tetap tidak mengalah.
Tapi, sekuat apa pun dia meronta, lelaki syaitan bertopengkan manusia itu langsung tidak terusik. Bagaimana pun dia menyoal dan meminta, tiada yang mendengar jeritannya.
“Jangan!”
“Jangan! Jangan!”
“Tak nak, tak nak!!”

############

Sakinah membuka mata mendengar suara jeritan itu. Langkah diatur ke arah suis dan lampu dibuka. Membulat mata melihat Suraya meronta-ronta sendiri di dalam tidurnya.
Butang kecemasan ditekan bagi memanggil doktor dan jururawat. Tubuh Suraya digerakkan bagi menyedarkan gadis itu.
“Su! Su!”
Sakinah menguatkan gerakannya. Tubuh gadis itu diangkat dan didudukkan supaya Suraya segera sedar. Namun, dia masih lagi meracau. Ayat yang sama keluar dari mulutnya.
Jangan. Tak nak. Tak boleh. Entah apa lagi yang dia katakan. Semuanya menuju perkara yang sama. Pokoknya, dia tidak mahu.
Sakinah pasti ia sebenarnya berkait rapat dengan peristiwa yang terjadi pada malam sebelum majlis perkahwinan Beel dan Haikal. Melihat keadaan Suraya, Sakinah mula mempercayai apa yang pihak polis sampaikan padanya.
“Jangan!”
“Su, mama ni!” Sakinah menampar Suraya sekuat mungkin, berharap cara itu dapat menyedarkannya.
Mata Suraya terbuka serta-merta kerana kuatnya tamparan mama. Melihat mama yang memeluknya, tubuh mama dipeluk sekuat hati.
“Mama, Su takut. Su takut!” Suraya mula menangis teresak-esak. Esakannya bahkan makin lama makin kuat.
“Shh… Mama ada, mama ada kat sini” Sakinah menahan air mata dari mengalir. Tubuh Suraya dipeluk lebih erat agar mendatangkan rasa selamat buat puterinya itu.
“Su takut …” Suraya masih mengulang-ulang dalam tangisannya.
Sakinah mengusap tubuh Suraya perlahan. Nampaknya keputusan doktor untuk melihat dahulu keadaan Suraya tidak salah, Suraya masih belum sembuh 100%.
Doktor dan jururawat yang masuk terhenti langkah bila melihat apa yang berlaku. Doktor mengambil nafas sedalam mungkin. Nampaknya jangkaannya tidak salah. Mimpi ngeri itu menghantui Suraya kembali.

###########

Haikal tersenyum bila Beel mengikutnya hingga ke pintu utama. Tidak tahu mengapa Beel menghantarnya, tapi dia gembira dengan kelakuan tiba-tiba Beel pagi ini.
Haikal meletakkan bagasinya di tepi dan mula menyarung kasutnya. Sementara Beel menjadi pemerhati setia.
“Insya-Allah, Ahad malam saya balik” Haikal memandang Beel.
Beel mengangguk. “Jaga diri”.
Haikal menguntum senyum. Beel juga ikut senyum. Beel mengangguk bila Haikal masih berdiri tegak. Haikal pula menanti Beel. Beel menjongket kening bila Haikal masih belum masuk kereta. Dahi dikerutkan.
Haikal memandang Beel. Berharap Beel melakukan sesuatu yang biasa dilakukan seorang isteri tiap kali suami keluar rumah. Namun, Beel sepertinya tidak faham.
“Tak jadi nak pergi ke?” Beel menyoal.
“Saya pergi dulu”.
“Pergilah” Beel ketawa kecil dengan tindakan Haikal. Apa yang tidak kena dengan pak cik longkangnya ini?
“Saya nak pergi ni”.
Beel mengangguk. Tangan dilambai walau Haikal masih di depan mata. Beel langsung menutup pintu rumah bila Haikal sedikit menjauh. Dia mahu menyibuk dengan Nia di dapur. Hari ini Safwan dan Fah akan datang bersarapan di rumah.
Haikal memandang tangannya lama. Tangan itu digenggam menjadi sebuah penumbuk. Kemudian, ia dihentak pada stereng kereta.
Harapannya Beel akan menyalaminya. Sepertimana seorang isteri meminta tangannya jika suami ingin keluar bekerja. Nampaknya Beel langsung tidak memahami maksud dia melambatkan langkahnya.
Haikal melepas nafas. Bilalah dia akan merasai kehidupan biasa seperti pasangan suami isteri normal? Yang rata-rata gembira bila berkeluarga?

############

Suasana di dalam kereta meriah dan riuh-rendah dengan suara gelak tawa mereka bertiga. Apatah lagi dengan karenah Beel dan Fah yang tidak habis-habis mengusik satu sama lain. Membuatkan mata Safwan yang memandu sangat segar.
“Abang Wan” Beel memanggil.
“Ya” Safwan menjawab dalam pemanduannya.
“Kenapa abang Wan tiba-tiba kena tukar kat Terengganu?”
“Kan aku dah cakap, 2 minggu jelah. Bukan kena tukar sampai bila-bila” Fah menyampuk.
Beel mencebik. “Tahulah. Aku nak tanya abang Wan. Yang kau tu ringan mulut sangat kenapa?”
“Eh, aku adik abang aku. Mestilah aku lagi tahu dari kau. Nak tolong jawab tak boleh?”
“Woi, aku pun adik abang Wan juga. Kan abang Wan?”
Safwan terdiam mendengar soalan Beel. Adik? Jika dahulu memang dia menganggap Beel sebagai adik, tapi sekarang …
“Hahaha, abang Wan tak nak mengaku kau adik dia. Padan muka” Fah menjelir lidah pada Beel yang duduk di bahagian belakang.
Beel mencubit lengan Fah kerana sakit hati dengan kata-katanya. “Abang Wan kenapa tak jawab?”
Fah memandang abangnya. Mengapa fikiran abang tiba-tiba melayang? “Abang, dengar tak Beel tanya?”
Safwan memandang dan mengukir senyuman. “Dengar”.
“Beel pun adik abang Wan kan?” Beel menyoal buat kali kedua.
Safwan tersenyum. Anggukan diberikan. “Adik”.
Beel ketawa senang hati. Memadanmukakan Fah kembali. Fah tiba-tiba teringat sesuatu. Dia memandang Beel.
“Kau bagitahu abang Haikal tak kita nak pergi mana?”
Beel memandang Fah kembali. “Tak. Aku tak cakap pun aku nak keluar”.
Fah mengerutkan dahi. “Kau biar betul?”
Beel mengangguk. “Betullah. Kenapa nak tipu pula?”
Fah melepas nafas. “Kiranya suami kau tahu tak ni?”
Beel menggeleng. “Dia pun keluar. Katanya malam Ahad baru balik. Kita balik Ahad petang kan, sempatlah sangat”.
Fah ketawa kecil mendengar kata-kata Beel. “Kau tu dah jadi isteri orang, pergi mana pun kenalah minta izin”.
Safwan berdiam mendengar perbalahan dua gadis itu. Sedikit sebanyak ia membuatkan Safwan rasa tidak selesa. Kata-kata Fah banyak menyedarkannya bahawa Beel milik lelaki lain.
Beel mengerut dahinya. “Aku bukan tak minta izin. Haikal pernah cakap dia izinkan aku pergi mana-mana selagi aku tak buat benda jahat”.
Fah memandang bagai tidak percaya dengan apa yang Beel katakan. Kelihatan seperti Haikal juga memilik sikap keanak-anakan yang sama seperti Beel. Patutlah mereka boleh menjadi suami isteri walaupun saban hari bertikam lidah saja.
“Ke kita nak buat benda jahat?”
Fah memandang dengan pandangan tajamnya. Beel ketawa kecil melihat pandangan Fah. Dan Fah juga ikut ketawa. Safwan sedari tadi hanya menjadi pendengar dan pemerhati setia.

###########

Pintu bilik itu dibuka sesudah jururawat yang menjadi penunjuk jalan beredar dari situ. Dia melangkah masuk dengan langkah kakinya yang perlahan dan berhati-hati.
“Assalamualaikum”.
Sakinah mengerut dahi mendengar suara itu. “Waalaikumussalam, Haikal”.
Haikal menguntum senyum pada Sakinah yang sedang menyusun buku-buku cerita kanak-kanak, digunakan oleh doktor untuk mengenal pasti tahap psikologi Suraya.
“Mak cik apa khabar?” Haikal menyalami wanita itu.
Sakinah tersenyum. “Sihat, bila bertolak dari KL? Tak cakap dengan mak cik pun”.
“Pagi tadi. Baru sampai Negeri Sembilan terus datang hospital”.
Sakinah tersenyum lega. Gembira hatinya bila Haikal datang melawat Suraya. Harapannya biarlah kedatangan Haikal dapat membantu proses rawatan anak gadis kesayangannya itu.
Suraya membuka mata bila mendengar suara itu. Suara yang dirasakan sangat dia kenali. Suara .. Haikal. Apakah Haikal datang melawatnya?
“Su” Haikal mendekati.
Sakinah melangkah keluar dari bilik hospital. Memberi ruang pada Haikal dan Suraya untuk berbicara. Dia juga masih belum menjamah apa-apa makanan sejak malam tadi.
“Haikal” Suraya langsung duduk melihat wajah itu.
Haikal mengukir senyum nipis. Bunga di tangan diserahkan pada Suraya. Suraya tersenyum lebar menyambut bunga lili huluran Haikal.
“Awak sihat?” Haikal memulakan perbualan walau hakikatnya dia terasa tidak selesa ditinggalkan berdua dengan Suraya.
“Doktor kata dah mula adab peningkatan. Cuma …” kata-kata Suraya terhenti bila teringat mimpi ngeri yang selalu dialaminya kebelakangan ini.
“Cuma apa?”
Suraya menggeleng. Dia tidak mahu merisaukan cinta hatinya. “Saya dah sihat. Cuma doktor suruh tinggal lama sikit”.
Haikal mengangguk memahami. Suraya tersenyum, tangan Haikal dicapai dan digenggam. “Saya minta maaf sebab keluar malam tu tak bagitahu awak. Jadi, esoknya …”
Haikal memandang. Nafas ditarik sedalam mungkin. “Tak pe, semua tu dah lepas”.
“Selepas saya keluar hospital, kita mula balik. Boleh kan? Kita plan wedding kita dari awal”.
Haikal terdiam. Bagaimana harus dia memberi jawapan? Tidak mungkin dia memberitahu Suraya bahawa dia telah pun dinikahkan dengan Beel. Ia hanya akan memburukkan keadaan kesihatan Suraya yang sememangnya sudah buruk.
“Boleh kan?” Suraya menyoal lagi, hairan melihat Haikal seperti di awang-awangan.
Haikal hanya menguntum senyum nipis. Tidak tahu apa yang harus dijawab pada Suraya. Dia sendiri tidak tahu kedudukan hatinya kini. Apakah hatinya berada pada Suraya ataupun … Beel?
Suraya memandang Haikal yang tersenyum. Dia menguntum senyum bahagia. Tubuh Haikal dipeluk. Dia mahu segera keluar hospital dan memulakan segalanya semula.
Dia yakin Haikal-lah orang yang tepat buatnya. Kerana dengan Haikal, dia merasa paling selamat. Haikal pasti akan membuatkan dia melupakan kenangan buruk itu.

############

Dia melipat sejadah yang telah digunakan. Songkok diletakkan di sisi dan dia mengambil telefon bimbit yang terletak kemas di atas meja lampu tidur.
Kenalan telefonnya dibuka dan nama Beel ditekan. Dia mengingat semula perbualan dengan Suraya pagi tadi. Perbualan itu membuatkan dia teringat pada Beel.
Nafas ditarik sedalamnya. Butang hijau ditekan menelefon isterinya itu.

###########

Beel berlari anak masuk ke bilik bila mendengar telefon bimbitnya berdering. Meninggalkan Fah yang sedang memasak makan malam di dapur.
Nama ‘Pak cik longkang’ yang tertera di skrin membuatkan dahinya berkerut. Mengapa Haikal menghubunginya malam-malam begini?
“Assalamualaikum”.
“Waalaikumussalam”.
“Ada apa?” Beel langsung menyoal sebaik Haikal selesai menjawab salam.
Haikal diam sebentar. Beel diam menanti kata-kata Haikal. Namun, setelah beberapa minit keduanya berdiam … Beel menyoal lagi. “Ada apa?”
“Tengah sibuk ke?”
Beel melepas nafas. Mengambil tempat di atas kusyen yang tersedia di bilik besar itu. “Taklah sibuk pun. Cuma peliklah sebab call malam-malam”.
Haikal melepas nafas. “Dah solat Isya’ ?”
“Dah”.
“Dah makan?”
Beel mengerutkan dahi. Hairan pula dia bila Haikal menyoal soalan sebegitu. “Tengah masak”.
“Masak? Kak Nia tak masakkan ke?”
“Saya keluar dengan Fah. Ada apa-apa ke?”
Haikal diam lagi buat beberapa ketika. Memang benarlah Beel tidak memaklumkan padanya ke mana dia pergi. Seperti yang telah dia perkatakan.
“Awak” Beel memanggil.
Haikal menjawab. “Ya”.
“Kenapa awak call ni? Tak sihat ke?”
“Taklah. Saja …”
“Saja?” Beel menyoal separuh menjerit.
Haikal tertawa. “Kat dapur ke ni?”
Beel menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mengapa soalan Haikal semuanya aneh belaka? “Tak. Kat bilik. Fah ada kat dapur”.
“Dia datang rumah ke?” Haikal terus-terusan menyoal.
Beel ketawa seketika. “Awak nak cakap apa sebenarnya? Kenapa awak call?”
“Saya nak bagitahu yang saya balik Ahad malam”.
“Kan awak dah cakap hari tu?”
“Dah cakap ke?” Haikal menggaru kepala yang tidak gatal. Sedikit memarahi diri sendiri kerana mempamerkan kebodohannya.
“Beel! Kau nak makan tak? Aku dah hidang ni!” Kedengaran suara Fah menjerit dari ruang tamu.
“Kejap!” Beel menjerit membalas panggilan Fah. “Awak” Beel memanggil Haikal.
“Ya?”
“Saya letak dulu ye? Awak tak de benda nak cakap kan? Nanti apa-apa hal awak call-lah. Assalamualaikum” dan butang merah langsung ditekan. Berlari anak menuju ke ruang tamu sementara Fah memanggil Safwan yang menyewa bilik sebelah.
Haikal menjawab salam sesudah mendengar bunyi ‘Tiiiit’. Nafas dilepas. Apalah yang menimpanya sekarang? Nampaknya hanya dia yang beria menghubungi isterinya, tapi Beel biasa-biasa saja. Langsung tiada sebarang respon.
“Mama …”

DILARANG NIKAHI AKU – 34

Ketawanya terbahak-bahak mendengar cerita Syakir. Dia memandang Syakir lagi dan ketawa lagi.
“Kenapa Beel gelak?” Syakir menyoal, tidak suka dirinya menjadi bahan ketawa sebegitu.
“Abang Syakir ni lawaklah. Nak pikat perempuan, kenalah ada skill. Ni abang Syakir buat macam tu, confirm Fah takut kat abang” Beel menggeleng-geleng.
“Ye ke?” Syakir menyoal dengan kerutan dahi.
Wajah Beel bertukar serius. “Tak, Beel tipu je”.
“Budak ni” Syakir membulatkan matanya. Dan Beel ketawa lagi. Dia mengeluh bagai ibu memarahi anaknya. “Tanya sikit, memang minat gila ke kat Fah tu?”
Syakir segera mengangguk. Seumur hidup mana pernah dia bertemu gadis sebegitu. Gadis yang membuatnya berdebar hanya dengan sekali pandang. Dia yakin Fahlah gadis yang diciptakan buat dirinya.
“Lajunya angguk”.
“Yelah. Abang memang suka dengan member Beel tu. Tapi tiap kali abang pergi kat dia, dia macam nak lari-lari. Ada muka hantu ke abang ni?”
Beel mengerut dahi. Mendekatkan wajahnya dengan wajah Syakir. Konon memerhati wajah rakan baik Haikal itu. “Ada!”
Syakir melepas nafas. “Suka betul main-main kan?”
Beel mencebik. “Moodynya. Yelah, Beel tak macam Fah. Yang solehah, sopan, santun, teratur segala bagai tu. Buat apa pun semua kasar, semua abang Syakir tak suka”.
Syakir mencebik bagai mulut itik. Sudah lali dengan rajukan Beel yang mengada-ngada. Sengaja dibuat-buat pula. “Beel tolonglah abang. Abang nak sangat dengan kawan Beel tu”.
Beel melepas nafas. “Sebenarnya kan abang, susahlah ..”
“Susah?”
Anggukan diberikan pada Syakir. “Fah tu adik abang. Abang Wan pula, memang tak suka tengok Fah dengan laki-laki ni. Dia takut Fah jadi liar”.
Syakir mengerut dahi. Seminit dua dia mula memahami. Patutlah Fah takut-takut mahu berbual dengannya. Pasti takut dimarahi Safwan. “Wan tu memang garang ke?”
Beel menggeleng. “Loving, baik, sweet, caring. Tapi kalau bab laki, dia tegas sangat-sangat. Yelah, sebab dia takut terlambatkan? Mana tahu tiba-tiba je Fah dah …”
Syakir mengangguk perlahan. Patutlah begitu jadinya. “Habis, macam mana ni?”
Beel melepas nafas. “Abang Syakir kenalah tunggu dia habis belajar”.
“Habis belajar?”
Beel mengangguk dan memberi senyumnya. “Kalau betul suka. Kenalah tunggu. Habis belajar, abang Syakir masuklah meminang dia. Sebelum dia kena ambil dengan orang lain”.
Syakir mencebik. Kalau perlu menunggu hingga Fah tamat belajar … “4 tahun ke?”
Beel bertepuk tangan, mengiakan kata-kata Syakir. “Pandai! 4 tahun je”.
Syakir melepas nafas. Memandang Beel dan melepas nafas lagi. “Beel ni ..”
Beel ketawa kecil. Saat itu, telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Jari diletakkan di bibir meminta Syakir berdiam diri. Lantas mode panggilan diletak pada pembesar suara.
“Assalamualaikum”.
“Waalaikumussalam. Beel”.
“Yes my dear” Beel menjongket kening memandang Syakir.
“Tak yah nak berdear sangatlah. Kau kat rumah ke?”
“Yelah. Kat mana lagi? Tulah, dah ada title puan ni, tak best langsung. Kau nak bawa aku jalan-jalan ke?” Beel sengih.
Terdengar keluhan di hujung talian. “Memanglah nak. Tapi … aku sekarang tengah sibuk nak siapkan assignment. Berlambak lagi tak siap. Aku nak tanya ni, weekend ni kau free tak?”
Beel tersenyum. Mata memandang Syakir. Syakir memandang kosong. Entah apalah yang Beel cuba lakukan sebenarnya?
“Beel” Fah memanggil bila Beel mendiamkan diri.
“Free. Kau nak datang?”
“Taklah. Aku nak ambil kau. Bawa keluar. Aku nak ikut abang pergi tengok tempat kerja baru dia. Kat Terengganu”.
“Abang Wan kena pindah ke?”
“Taklah. Kena tukar dua minggu je. Aku ingat kalau abang Haikal izinkan, aku nak bawa kau duduk rumah aku. 2 minggu je, aku takutlah duduk seorang”.
Beel senyum lagi. “Tulah. Ada orang nak temankan, jual mahal”.
Fah diam seketika. Hairan dengan kata-kata Beel. “Siapa?”
“Abang Syakirlah. Siapa lagi?”
“Gila! Kau jangan sebut nama dia depan abang tau. Kau faham-faham jelah abang tu”.
“Ok. Kau memang tak layan abang Syakir langsung ke?” Beel menyoal sambil mata memandang wajah Syakir. Syakir mencubit lengan Beel, geram dengan usikan dan tindakannya.
“Hmmmm … Aku nak cakap macam mana pun tak boleh. Kau macam tak biasa, aku sendiri pun bukan biasa sangat dengan orang laki ni”.
“Habis, kau sebenarnya suka tak dengan abang Syakir?”
“Beel!” Syakir memandang Beel dengan muka marahnya.
Fah mengerut dahi. “Beel, bunyi apa tu?”
Beel menekup wajahnya. Lengan Syakir dicubit sekuat hati kerana kegeramannya.
“Beel, kau dengar tak aku tanya? Ada bunyi somethinglah tadi”.
“Aku tengah tengok TV ni. Aku perlahankan sikit”.
“Betul ke?”
Beel mengiakan. Wajah Syakir dipandang. Merosakkan plan betullah abang Syakir ni. Fah melepas nafas. “Oklah. Kalau macam tu, Jumaat ni aku ambil kau. Kau siaplah”.
“Yes madam!”
Butang merah ditekan mematikan perbualannya. Wajah Syakir dipandang. “Kenapa abang Syakir menjerit?”
“Yelah. Beel tanya macam tu kenapa?”
Beel mencebik. “Beel merajuk. Beel tak nak tolong abang tackle Fah. Abang Syakir fikir sendirilah!”
Syakir melihat Beel yang bangun dari kerusi. Beel melangkah masuk ke dalam rumah menunjukkan tanda protesnya. Syakir mengeluh. Kanak-kanak!
“Beel!” Syakir berlari anak mengejar gadis itu.
Beel buat-buat tidak dengar. Geram betul dia dengan abang Syakir. Orang mahu menolong, mencari akal dia mengacau pula. Sudahlah meminta tolong orang, ditolong menyusahkan pula!
“Beel!” Syakir melajukan langkahnya.
Beel mengambil tempat di ruang menonton televisyen. Syakir duduk di sisinya. “Oklah. Abang minta maaf. Abang salah”.
“Tak cukup” Beel selamba menghidupkan televisyen dan meninggikan suara televisyen.
“Nak abang cakap apa lagi?”
Beel mengangkat bahu. Dalam diam, dia mengukir senyum kemenangan. Biar tahu rasa! Orang mahu membantu memudahkan, dia menjadi penyusah pula.
“Beel …” Syakir mula membodek.
Beel bangun dari sofa. Sengaja mahu mengenakan Syakir. Syakir menarik tangan Beel. Menahan langkah gadis itu.
“Buat apa tu?”
Beel dan Syakir menoleh ke belakang mendengar suara itu. Haikal mendekati mereka berdua. Beel mengeluh. Awal pula Haikal pulang hari ini.
Haikal mengerut dahi melihat tangan Syakir yang memegang tangan Beel. Matanya tajam memandang tangan itu. Syakir yang menyedari pandangan tajam Haikal segera menarik tangannya.
Haikal geram bila Beel bagai tidak memahami bahawa dia marah. Langsung dia mendekat, tubuh Beel ditarik menjauhi Syakir.
Beel mendengus dengan apa yang Haikal lakukan. Langkah kakinya mengundur, menjauhkan diri dari Haikal.
“Aku ingat kau balik rumah terus” Haikal memandang Syakir.
Syakir berdehem. “Memang nak balik, tapi singgah jumpa Beel kejap”.
“Nak cakap apa? Kau tak pernah bagitahu aku pun”.
Syakir menelan liur. Nampaknya sahabatnya ini sudah menunjukkan tanda-tanda cemburu yabng melampau. Tapi dia sendiri pun salah juga sebenarnya.
“Yang awak nak tanya banyak-banyak ni kenapa? Abang Syakir ni kan best friend awak. Macam tak biasa pula” Beel sedikit marah dengan tindakan Haikal.
Haikal memandang Beel. Matanya dipejam seketika. Iya, apa yang dia lakukan sekarang? Syakirkan kawan baiknya. Mustahil Syakir akan bertindak di luar batasan. Tambahan, dia sendiri tahu bahawa Syakir tergilakan Fah bukan Beel.
“Aku balik dululah” Syakir bersuara, mematikan suasana janggal yang berlaku.
Beel menguntum senyum. “Nanti apa-apa Beel bagitahu abang”.
Syakir mengangguk. Dia menepuk bahu Haikal tanda meminta diri. Dan langsung beredar dari ruang menonton televisyen.
Beel melepas nafas melihat wajah Haikal. “Awak dah kenapa? Dengan member sendiri pun nak marah”.
Haikal berdiam. Dia tahu, kali ini memang dia yang salah. Tapi mengapa dia bersikap begitu? Apakah dia cemburu? Apakah dia benar-benar cemburukan Beel?
Langkah kaki lantas diatur mengejar Syakir hingga tiba di garaj. Ternyata Syakir menanti di dalam keretanya. Bila melihat Haikal, dia turun dari kereta.
“Aku minta maaf” Haikal memandang Syakir, penuh rasa bersalah.
Entah apa yang tidak kena dengan Syakir, tiba-tiba saja dia ketawa melihat wajah Haikal. Haikal menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bukankah sepatutnya Syakir dingin padanya?
Syakir meneruskan tawanya. Ketawa dan ketawa lagi. Hinggalah merasa sedikit kesakitan pada perut kerana ketawa yang amat. Matanya dipejam dan nafas ditarik bagi menenangkan diri.
“Kenapa kau gelak?”
“Kau tahu tak yang kau ni lawak?”
Haikal mengerutkan dahi mendengar kata-kata Syakir. “Lawak?”
“Kau jealous. Kau cemburu tengok aku pegang tangan Beel ke?” Syakir menjongket kening dalam tawanya.
Haikal diam. Bibirnya mencebik. “Kenapa pula aku nak jealous?”
Syakir menggeleng-geleng bila Haikal berdolak-dalih. “Dahlah Kal. Dah berapa tahun aku kenal kau. Takkanlah setakat benda ni aku tak dapat baca”.
Haikal memandang kosong. Dia kurang memahami kata-kata Syakir. Atau sebenarnya dia tidak mahu memahami?
“Selama ni aku tunggulah .. Siapalah yang bakal jadi pengganti Nab, sekarang aku dah tahu legalah hati” Syakir berleter bagai ayah Haikal.
“Apa kau merapu ni?”
Syakir menarik tubuh Haikal, memeluk sahabat tercintanya itu. ‘Aku selalu doakan kebahagiaan kau Kal. Baguslah kalau kau dah jumpa orang yang betul-betul kau sayang’.
Haikal tergamam. Hanya melihat Syakir memandu Saga SVnya keluar dari garaj dan meluncur pergi. Masih kebingungan dengan tindakan temannya tadi.

###########

Sesudah menunaikan solat Isya’, Haikal melipat sejadahnya. Songkok diletakkan di atas meja. Dia membilang hari. Hari ini hari Khamis. Kemudian Jumaat, Sabtu bolehlah dia melawat Suraya di Negeri Sembilan.
Lebih baik dia menyiapkan barang sekarang sementara tidak sibuk. Lagi pula, esok Jumaat dia punya tiga meeting berturut. Kalau boleh dia mahu bertolak seawal lepas Subuh pada hari Sabtu.
Beel masuk dengan telekungnya. Baru selesai menunaikan solat Isya’ bersama Nia. Telekungnya dilipat dan disangkut di dalam almari. Terlihat Haikal yang memasukkan baju ke dalam beg, dia diam seketika.
Haikal memandang Beel yang memerhatikannya. Matanya dibulatkan seolah menyoal ‘Kenapa?’. Beel menggeleng. “Awak nak tidur luar ke malam ni?”
“Taklah. Hujung minggu ni saya nak pergi tempat lain”.
Beel mengangguk. “Ok”. Lantas langkah kakinya diatur ke pintu.
“Beel” Haikal memanggil.
Beel menoleh ke belakang semula. Menanti kata-kata seterusnya dari Haikal. Haikal berdiri tegak memandang Beel. “Awak tak nak tanya saya nak pergi mana?”
“Bukan perlu pun nak tanya kan? Kalau awak nak bagitahu, bagitahulah. Tapi kalau tak nak saya tak kisah. Lagi pun, kalau saya pergi mana-mana … saya tak bagitahu awak juga. Awak kata saya boleh keluar selagi saya tak buat benda jahatkan?”
Haikal terdiam. Sikap Beel yang kadang mesra kadang dingin ini sangat membingungkannya. Siapa dia pada Beel sebenarnya? Teman serumah, teman sebilik, abang atau sekadar lelaki biasa yang dia sendiri tidak kisah kehadirannya?
“Saya nak makan. Kalau awak nak join, jomlah. Malam ni Kak Nia masak maggi goreng dengan sotong goreng tepung”.
Beel menguntum senyum dan beredar dari biliknya. Haikal terkebil-kebil sendiri. Dia mengeluh dengan pertanyaan bodohnya tadi. Tangan menampar mulut yang lancang mengeluarkan soalan aneh.
Haikal duduk di sofa yang sudah beberapa bulan menjadi tempat tidurnya. Mengapa dia seperti kecewa dengan jawapan jujur Beel? Apa yang dia harapkan dari Beel sebenarnya?

DILARANG NIKAHI AKU – 33

Matanya yang tadi tertutup terbuka perlahan. Tangannya memisat-misat mata yang sudah celik. Sedikit kebingungan jelas terpamer pada wajahnya. Di mana dia sekarang?
Wanita yang tidur di sisinya dikejut. “Mama, mama”.
Wanita itu bangun perlahan. Melihat wajah di hadapannya yang tersenyum membuatkan matanya membulat. “Su!”
Suraya menguntum senyum. Sekilas sekelilingnya diperhati. “Kenapa mama ada kat sini? Lagi satu, kita kat mana? Hospital ke?”
Sakinah mengangguk perlahan. Pipi Suraya diusap penuh kasih. “Su kenal mama?”
Suraya ketawa kecil. “Takkan Su tak kenal mama sendiri? Apa punya soalanlah mama ni”.
Sakinah mengangguk-angguk. Suraya dipeluk dengan deraian air mata. Suraya mengerut dahi sendiri. Apa yang berlaku sebenarnya?
“Mama … Kenapa ni, Su tak fahamlah” Suraya cuba menolak tubuh mama perlahan.
Doktor dan jururawat berlarian masuk ke bilik Suraya. Suraya tambah tercengan dengan suasana itu. Seperti ada kecemasan saja.
Tubuh Suraya diperiksa dan dia disoal itu ini. Semuanya kelihatan seperti biasa. Doktor menguntum senyum. Memberitahu Sakinah bahawa Suraya baik-baik sahaja.
Namun dia perlu tinggal di hospital lagi untuk diperiksa keadaan dan dilihat perkembangannya. Mungkin saja ada masalah dalaman yang tidak dilihat. Dia harus melalui imbasan CT dan menemui pakar psikologi.
Sakinah mengucapkan terima kasih pada doktor. Kepala Suraya dicium penuh kasih. Syukur sekiranya Suraya telah benar-benar sembuh.
“Mama” Suraya memanggil Sakinah yang sedang menuang air putih buatnya.
“Ya”.
“Dah lama Su kat hospital ni?”
Sakinah mengangguk. “Nak masuk tiga bulan dah. Su jaga diri elok-elok. Nanti dah sihat, kita balik KL”.
Suraya mengangguk mendengar kata-kata mama. Pintu bilik terbuka dan Zamri masuk membawa buah-buahan dan beberapa barangan yang diminta Sakinah. Suraya tersenyum melihat kedatangan papanya.
Zamri menguntum senyum kasih. Syukurlah puterinya sudah sedar dari ‘dunia’nya.

###########

Haikal menelan liur melihat jus durian yang dihidangkan Nia di atas meja. Pastinya ia buat Beel. Tapi .. dia sedikit hairan. Selalunya Beel meminum jus durian belanda, mengapa bertukar jus durian pula?
“Pagi” Beel duduk di tempatnya. Tersenyum memandang jus durian yang dihidang Nia.
Nasi goreng masakan Nia dicedok ke dalam pinggan. Haikal hanya makan roti bakar bersama kaya. Seleranya tidaklah besar seperti Beel.
“Nak tanya sikit” Haikal memulakan perbualan.
Beel menjongket kening sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulut. Haikal berdehem. “Kenapa suka sangat dengan durian? Tak busuk ke?”
Beel ketawa kecil. “Sedaplah. Tanya kenapa, teringin ke?”
Dahi Haikal berkerut melihat Beel menayangkan jus durian itu padanya. Kepalanya menggeleng tanda tidak mahu.
“Selalu minum air durian belanda kan? Kenapa tukar durian biasa?”
“Saja. Yang penting durian, semua saya suka”.
Haikal mengangguk. Memahami namun wajahnya masih mempamerkan tanda tidak suka.
“Walaupun durian ni angin, tapi diakan buah tempatan. Sebagai rakyat Malaysia, kita kenalah bangga dengan buah-buahan tempatan” Beel tiba-tiba saja bersyarah pada Haikal.
Haikal ketawa. “Ada sisi patriotik juga awak ni.”
Beel tersenyum. Wajahnya terpamer tanda bangga. Iyalah, rakyat mana yang tidak suka dengan negara sendiri? Kalau ada pun, tentunya mereka jenis yang tidak bersyukur dengan kurniaan Tuhan. Kerana itulah wujudnya pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
“Tapi kan” Haikal memandang Beel, menyambung semula ayatnya yang tidak habis. “Ada orang yang saya jumpa, boleh minum sekali teguk je. Habis satu gelas, awak boleh buat tak?”
Beel mengangguk. “Mestilah. Benda kita suka. Tengok ni”.
Beel mengambil jus durian di dalam gelas tinggi. Jus itu diminum dan gelas licin hanya dengan sekali teguk. Haikal tersenyum namun bibir kelihatan mencebik. Mempamerkan dia tidak lalu dengan apa yang Beel minum.
“Habis dah” Beel meletakkan gelas di atas meja semula.
Haikal bertepuk tangan tanda suka. Sekadar meraikan sifat Beel yang keanak-anakan. Beel memandang. “Nanti kalau ada rezeki, saya boleh masak untuk awak”.
“Masak apa?”
“Semua yang berkait dengan durianlah. Tapi kena tunggu musim dulu” Beel sengih.
Haikal mengangguk penuh semangat. Walau dia tidak suka durian tapi suami mana yang tidak teringin makan masakan isteri?

###########

“Kejap!”
Fah menghentikan langkahnya. Kerutan dahi jelas terpamer pada wajahnya. Mengapalah memanggilnya waktu ini?
Syakir menguntum senyum bila langkah Fah berhenti. Dia berlari anak menyaingi gadis pujaan hatinya itu.
“Sibuk ke?” Syakir menyoal.
Fah menguntum senyum. Gelengan diberikan. “Taklah. Nak balik dah”.
Syakir tersenyum lebar. Nasib baik dia sempat mengejar gadis itu. Dia baru saja selesai bermesyuarat dengan pengetua universiti. Fikirnya dia tidak sempat menemui gadis itu.
“Saya hantarkan nak?”
Fah mengerut dahi mendengar soalan itu. Serentak itu, mesej dari Safwan masuk ke telefon bimbitnya. Mengatakan Safwan sudah tiba di universiti. “Tak pelah. Saya balik sendiri”.
Syakir mengerut dahi melihat Fah beredar meninggalkannya. Nafas dilepas namun langkah kaki mengejar Fah. “Fah!”
Fah mendengus. Dia harus cepat. Kalau dilihat abangnya nanti, habislah dia! Mahu sampai esok abangnya menyoal itu ini.
Syakir berlari anak melajukan langkahnya. Mengapalah susah benar mahu rapat dengan Fah? “Fah!”
Fah memejam mata dalam lariannya. Hanya seketika, bimbang tidak nampak jalan. Inilah padahnya tidak bawa kereta sendiri. Dia sengaja meninggalkan kereta di rumah. Atas permintaan abangnya juga. Katanya rindu mahu menghantar dan mengambil adik kesayangannya ini.
“Fah!” Syakir menahan langkah Fah.
Fah menelan liur. Kereta Safwan sudah dilihat. Pasti abangnya melihat keadaan itu.
“Lajunya jalan”.
Fah menguntum senyum tak ikhlas. “Ada apa? Saya nak balik”.
“Saya hantarkan?”
Fah menggeleng laju. “Tak boleh. Abang saya dah tunggu”.
Syakir melepas nafas. “Patutlah. Abang awak mana?”
Fah menunjuk kereta abangnya. Syakir menguntum senyum kecewa. “Kalau free, jomlah keluar”.
“Saya balik dulu” Fah langsung meninggalkan Syakir sendirian. Hati memohon maaf atas sikap sedikit kurang sopannya. Tapi ia lebih baik dari dia disoal siasat abangnya.
Syakir mengeluh sendiri. Tangannya meluku kepala kegeraman dengan kebodohan abangnya. Nampaknya dia harus menyoal Beel, bagaimana caranya mahu memenangi hati kawan baik Beel ini.

##########

“Abang”.
Safwan memandang Fah lama. Fah diam, tahu sangat abangnya melihat apa yang berlaku. Safwan menekan enjin, membiarkan kereta meluncur untuk beberapa minit.
“Siapa tu?” Safwan menyoal dalam pemanduannya.
Fah diam sebentar. “Kawan abang Haikal”.
“Yang nama Syakir tu?”
Fah mengangguk perlahan. Safwan menyoal lagi. “Macam mana boleh ada kat universiti?”
“Dia datang mesyuarat rasanya”.
“Rasanya?” Safwan memandang Fah sekilas.
“Hari tu dia pernah cakap dia ada urusan syarikat”.
Safwan mengangguk memahami. “Sembang apa?”
Fah memandang Safwan. Dia sudah tahu ini yang akan berlaku. Safwan mengulang pertanyaannya semula. “Sembang apa tadi?”
“Aaa …”
Safwan menjongket kening. Menanti kata-kata Fah. Fah masih lagi teragak-agak untuk menjawab. “Dia nak hantarkan Fah balik”.
“Fah jawab apa?”
“Abang dah datang”.
“Lepas tu?”
Fah diam lagi. Safwan diam, setia menanti. Dia memang tidak suka bila Fah berbual dengan lelaki lain yang tiada kaitan. Kerana dia tidak mahu Fah bercinta semasa belajar. Juga kalau boleh, sekiranya Fah benar-benar disukai, Fah disunting dengan cara yang betul. Bukannya diajak bercinta dan diusung sana sini tanpa ikatan apa-apa.
“Tu je” Fah memberi jawapan.
“Dia cakap apa lagi?”
“Dia kata … Kalau … kalau Fah free ..”
“Dia nak ajak keluar?” Safwan menebak.
Anggukan diberikan buat Safwan. Safwan melepas nafas. “Tahu kan abang cukup tak suka Fah ada apa-apa dengan lelaki lain?”
“Tahu”.
Safwan melepas nafas lagi. “Abang bukan apa. Sekarang Fah tengah belajar, belajar betul-betul. Fasal jodoh tu .. kalau dah sampai masa, akan datang juga. Tak payah nak dikejar sangat”.
“Ok” Fah menjawab perlahan.
Safwan mengerut dahi mendengar nada suara Fah yang rendah. “Marahkan abang ke?”
“Taklah. Fah tahu abang buat semuanya sebab sayangkan Fah. Abang jangan risau. Insya-Allah, Fah akan jaga diri elok-elok. Sebab Fah pun sayangkan abang”.
Safwan tersenyum manis. Dia dan Fah hanya tinggal dua beradik. Sekiranya apa-apa terjadi pada Fah, bagaimana dengan dia?
Juga sebenarnya dia tidak mahu Fah menjadi seperit anak muda di luar sana. Emak ayah sibuk bekerja hingga tidak sedar anak sendiri sudah terlalu liar. Tahu-tahu saja perutnya bunting.
Bimbang juga Safwan. Dia sibuk bekerja mencari duit untuk mereka, rupanya Fah sudah mengandungkan anak luar nikah. Nauzubillah, dia sebolehnya tidak mahu Fah menjadi remaja sebegitu.
Kerana itulah dia menjadi setegas mungkin dalam hal ini. Harapannya biarlah Fah menjadi gadis yang terpelihara daripada masalah gejala sosial remaja zaman kini.

###########

“Mak cik faham Haikal sibuk. Tapi kalau ada masa, datanglah tengok Su. Sebelum Su tanya mana Haikal. Mak cik harap Haikal muncul dulu”.
“Ya mak cik. Saya akan pergi sana kalau tak berapa sibuk”.
“Dia dah kenal orang dah. Doktor kata, kalau dah tak de apa-apa, bolehlah balik. Mak cik tengok pun Su dah mula ok dari dulu. Cuma sekarang doktor nak tengok dulu keadaan Su”.
“Ooh ..”
“Mak cik harap Haikal boleh datang. Sekali je Haikal datang hari tu, lepas tu tak pernah datang dah”.
Haikal diam seketika mendengar kata-kata Sakinah. “Maaflah, saya memang sibuk sikit kebelakangan ni. Banyak projek nak masuk”.
“Mak cik tak salahkan Haikal. Mak cik tahu Haikal sibuk. Papa Haikal pun tak de kat Malaysia. Lagilah Haikal sibuk kan? Cuma mak cik harap sekali-sekala Haikal bolehlah datang tengok Su. KL dengan Negeri Sembilan pun, bukanlah jauh sangat”.
“Nanti saya cuba datang”.
“Oklah. Doktor nak bawa Su pergi scan ni. Apa-apa hal, Haikal bagitahu ya?”
“Ok. Assalamualaikum”.
“Waalaikumussalam”.
Haikal melepas nafas. Telefon bimbitnya diletakkan di atas meja. Bagaimanalah dia boleh terlupa bahawa Suraya masih di hospital?
Tangannya menggaru kepala yang tidak gatal. Kebelakangan ini, dia sibuk dengan Beel mungkin. Syakir juga pernah mengatakan sekarang dia sudah berubah. Sudah mula terlihat wataknya sebagai suami orang.
Apakah dia benar-benar sudah jatuh hati pada gadis belasan tahun itu? Haikal menyoal dirinya sendiri. Entahlah, dia sendiri tidak memahami perasaannya. Yang pasti, dia gembira bila bersama Beel.
Melihat keletah dan karenah yang comel, memang menghiburkan hati. Walau ada ketika Beel menjadi gadis yang menjengkelkan, sisi comel dan nakalnya tetap terpamer jelas.
Semua ini perasaan yang tidak pernah dia rasa ketika bersama Suraya. Lagi pun, dia bersama Suraya juga bukanlah atas keinginan dirinya sendiri. Cuma mengikut prosuder wasiat atuk dan saranan opah.
Memang kadang-kala Beel dingin dengannya. Maklumlah, dia memang faham Beel tidak berapa menyukainya atau langsung tak sukakannya. Apatah lagi selepas kes Wanwan dulu. Cuma bila dia berlembut, Beel juga berlembut. Tidaklah asyik nak bergaduh seperti dulu.
Dia tahu, mama di Kuwait selalu menghubungi Beel. Nampaknya mama sudah tertarik dengan menantu mudanya itu. Kelihatan Beel juga cepat mesra dengan mama. Papa tidak usah cakaplah. Sejak dulu memang tertarik dengan gadis itu. Nabilah Anisah.
Haikal melepas nafas. Nampaknya dia harus ke Negeri Sembila melawat Suraya. Kalau dia tidak pergi, apa pula kata mak cik Sakinah nanti?

DILARANG NIKAHI AKU – 32

Dia berlari meluru masuk ke dalam rumah sebaik saja Porsche milik Haikal itu mati enjinnya. Matanya mencari-cari. “Opah!!”
Puan Sri Normah yang sedang berbual dengan Mak Jah dan Irah di dapur terkejut. Suara itu, Puan Sri Normah berlari anak menuju ke ruang depan.
“Opah!”
Puan Sri Normah tersenyum melihat Beel meluru ke arahnya. Beel memeluk tubuh opahnya seerat mungkin. Rindu pada opah tak terkira. Inilah kali pertama dia menemui opah sejak berkahwin dengan Haikal.
Beel melepaskan pelukannya. Wajah opah ditatap lama hingga menitis air matanya. Puan Sri Normah mengesat air mata Beel. “Janganlah menangis”.
Beel tersedu-sedu menahan tangisnya. “Rindu sangat”.
Puan Sri Normah mengangguk memahami. Maklumlah, dia dan jarang baru berpisah buat pertama kalinya. Bukan Beel saja yang menderita kerana rindukannya, dia juga pagi petang siang malam merindukan cucunya itu.
“Manjanya!”
Beel mengerut dahi mendengar suara itu. Air matanya dikesat, membelakangi sang empunya suara. Puan Sri Normah tersenyum memandang Haikal.
“Opah” Haikal menghulurkan tangan menyalami nenek mertuanya itu.
Puan Sri Normah mengusap kepala Haikal. “Sihat?”
Haikal mengangguk. “Sihat, alhamdulillah”.
Beel mencebik. Depan opah, mulalah mahu buat perangai malaikat. Baik dan sopan konon. Blahlah lu!
“Opah” Beel mula merengek.
Puan Sri Normah menggeleng-geleng kepalanya. “Dah ada suami pun nak merengek macam ni lagi?”
Beel sengih. Ikutkan hati mahu saja dia menjawab, ada suami bagai tiada. Tapi dia diamkan saja. Mengenangkan opah pasti dapat mengesan masalah antara dia dan Haikal. Nanti opah risau pula.
“Cik Beel” Mak Jah dan Irah menegur serentak.
Beel memandang. Baru tersedar mereka berdua setia di belakang Puan Sri Normah. Langkah diatur menuju ke arah mereka berdua.
Tubuh Mak Jah dipeluk erat. Dan pipi wanita tua itu dicium. Membuktikan betapa rapatnya dia dengan Mak Jah. Kemudian Irah pula dipeluk.
“Cik Beel sihat?” Irah menyoal, rindu pada cik mudanya yang banyak karenah itu.
Beel mengangguk dengan senyum yang menampakkan barisan giginya. “Rindu Kak Irah. Tak de orang nak sikatkan rambut Beel”.
Haikal ketawa kecil. Sikat rambut pun meminta orang lain buatkan? Sah-sahlah manja terlebih. Beel memandang dengan jelingan matanya. Menyampah betul dengan Haikal. Ada saja bahan ketawanya.
“Beel datang dari airport ke?” Puan Sri Normah menyoal, mencuri perhatian Beel.
Beel mengangguk. Lengan opah ditariknya. “Jom pergi ruang depan. Beel ada belikah hadiah untuk semua orang. Dari Kuwait …”

###########

Dahinya berkerut melihat kereta Savy berwarna emas memasuki garaj setelah pagar terbuka. Beel yang sedang bermain ‘game’ di telefon bimbitnya berhenti bermain.
Nia berlari anak datang ke arahnya. “Cik Beel, nak Kak Nia buatkan air ke?”
Beel memandang Nia. Tangan diangkat tanda meminta Nia tunggu sebentar.
“Surprise!” Fah muncul dari balik pintu kereta yang terbuka.
Beel membulatkan mata. Wajah yang tadinya tak beriak langsung terukir senyum serta-merta. Nia dipandang. “Kak Nia buatkan jus durian belanda”.
Nia mengangguk. Memang maklum dengan kegemaran Beel yang satu itu. Dia meminta diri masuk ke dapur untuk membuat air.
Fah melangkah ke arah Beel sambil menjinjing sebuah beg plastik putih di tangannya. “Apa khabar?”
“Kereta siapa?”
Fah menjongket kening. Tangan dibuat gaya sotong menunjuk ke arah diri sendiri. Beel membulatkan mata dengan mulut ternganga. “Betul ke?”
“Hey! Tengok oranglah nak main-main” Fah ketawa kecil.
Beel tersenyum lebar. Tangan Fah dicapai dan digenggam. “Abang Wan belikan kau kereta?”
“Yes dear” Fah mencuit dagu Beel.
Beel langsung menarik tangan Fah duduk di dalam pondok tempat dia melepak. “Kau pujuk abang Wan ke?”
Fah menggeleng. Beg plastik putih dihulurkan pada Beel. Beel menyambut dengan wajah hairan. Beg plastik itu dibuka dan diintai isinya.
“Aku tak tahu nak bawa apa”.
Beel tersenyum. Keropok lekor memang kegemarannya tapi .. sekarang ini ada sesuatu yang lebih dia mahukan.
“Tak suka ke?” Fah menyoal, melihat reaksi Beel yang tidak seperti biasa.
Beel senyum menampakkan gigi. Fah mengerut dahi. Nampak sangat senyumnya tidak ikhlas. “Sorrylah, aku memang tak tahu nak beli apa”.
“Sukalah” Beel menguntum senyum. Kali ini senyum yang sebenar-benar senyum.
Fah menggeleng. “Gaduh dengan Haikal lagi ke?”
Beel ketawa. “Bukan pernah berbaik pun”.
“Habis kenapa?”
Beel memuncungkan mulutnya. “Teringin durian …”
Tubuh disandar pada tiang pondok.
Fah melepas nafas. Mulalah keluar perangan mengidamnya itu. “Mana nak cari durian awal tahun ni?”
Beel mengeluh. “Tak tahu kenapa? Teringin sangat ..”
Fah membuat wajah serius. Saat itu, Nia datang menghidangkan air buat mereka berdua. Fah menguntum senyum buat Kak Nia. Mengucapkan terima kasih buat pembantu rumah yang banyak berjasa.
“Kau mengandung ke?” Fah menyoal bila Kak Nia hilang dari pandangan mata.
Beel membulatkan mata dengan kerutan dahi. Tubuh Fah ditolak serta-merta. “Gila!”
Fah ketawa kecil melihat respon Beel. “Yelah. Mengidam semacam je. Sekarang bukan musim durian. Kau nak suruh aku cari kat mana?”
Beel melepas nafas. Agaknya dapat tak dia makan buah durian hari ini?

##########

Syakir ketawa dalam pemanduannya. Cerita Haikal tentang Beel selalunya mencuit hati. Comel betul isteri temannya itu.
“Kau sayang dia tak?” sengaja Syakir memberi soalan cepu emas.
Haikal memandang Syakir. Ikutkan hati mahu diluku kepala Syakir itu. Tapi gerai buah-buahan di tepi jalan lebih menarik perhatiannya. “Stop!”
Syakir mengerut dahi mendengar kata-kata Haikal. “Apa?”
“Berhenti! Stop!!!!”
Proton Saga Sv milik Syakir sedikit terhenjut apabila brek kaki ditekan mengejut. Syakir memandang Haikal dengan wajah marahnya. “Dah kenapa kau ..”
Marahnya terhenti melihat Haikal yang tersenyum. Selamba keluar dari kereta menuju ke gerai buah-buahan yang telah mereka lepasi tadi.
“Woi!” Syakir memanggil. Kepala digeleng-geleng melihat gerilaku temannya. Langsung enjin kereta dimatikan dan dia turun dari kereta. Mengikut Haikal.
“Pak cik” Haikal menegur sang peniaga.
Pak cik tua sekitar 50-an itu tersenyum memandang Haikal. “Ya nak, ada apa boleh pak cik tolong? Nak beli buah apa?”
Haikal diam seketika. Syakir yang berdiri di sisi dipandang seketika. Namun Syakir sedang khusyuk merasa buah-buahan pameran yang berada di atas meja.
Pak cik tua itu menjongket kening. Haikal sengih, bagaimana ya?
“Durian tu ..”
Seperti yang Haikal duga, Syakir terus memandangnya sebaik dia menyebut nama buah durian. Syakir melaga bahu Haikal. “Kau nak beli durian ke?”
Haikal mendengus. Mengganggu saja! Syakir menggaru kepala yang tidak gatal. Biar betul Haikal menanya tentang buah durian. Sedangkan semenjak mereka berkawan, tidak pernah sekalipun Syakir melihat Haikal makan buah durian.
Setakat memandang atau mencium baunya saja Haikal tidak suka. Busuklah. Hanyirlah. Gelilah. Berbagai alasan yang dia berikan. Tapi ini .. Apa yang berlaku?
“Anak nak beli durian?” peniaga tua itu menyoal.
Haikal mengangguk. “Mana pak cik dapat? Sekarang bukan musim durian kan?”
Peniaga tua mengangguk. “Memang pun. Adalah rezeki lebih. Sebab sekarang bukan musim, pak cik jual sebiji RM 10.00. Anak nak beli juga ke?”
Haikal mengangguk dengan senyuman. Peniaga tua itu menguntum senyum. Tiga biji buah durian diletakkan di dalam plastik. Haikal membayar RM 30.00 hanya untuk tiga bii durian. Tapi dia tidak kisah. Yang penting, hati orang rumahnya gembira.

###########

Safwan tersenyum memandang gambar Beel yang terletak kemas di bingkai gambarnya. Senyuman Beel ketika itu sangan cantik. Sama cantiknya Beel pada matanya kini.
Tapi .. sayang, Beel kini isteri orang. Bukan gadis yang masih bujang dan tidak punya status apa-apa seperti dulu. Dia sudah sah menjadi isteri Haikal Hadzim.
Safwan melepas nafas. Apa yang harus dia lakukan untuk melupakan Beel? Sejujurnya mencintai Beel bukanlah perkara yang salah padanya. Lebih-lebih lagi, dia mencintai Beel dalam diam. Beel pastilah menganggap dia melayani Beel seperti biasa. Dengan status seorang abang.
Cuma … dia takut dan tidak mahu hal itu sampai ke pengetahuan Fah. Pasti banyak yang akan adiknya itu persoalkan. Apatah lagi, Fah seperti suka apabila Beel menjadi isteri Haikal.
Namun melihat Beel yang asyik muram sekarang, dia juga tidak suka. Beel seperti tidak bahagia bersama Haikal. Iyalah, Haikal pasti menganggap Beel sekadar pengganti Suraya.
Sejujurnya dia tidak tahu apa sebenarnya penyebab Suraya diganti oleh Beel. Bukankah lebih mudah jika majlis perkahwinan itu dibatalkan saja? Bukanlah sulit untuk membatalkannya. Lagipun, hanya perlu menanggung malu saja. Tidaklah melibatkan kehilangan nyawa jika majlis perkahwinan itu dibatalkan.
Gambar itu diusap. Seandainya .. andainya saja Beel tidak bahagia di sisi Haikal, dia akan merampas gadis itu dari Haikal. Pasti, kerana Safwan tahu Beel lebih bahagia bila dengannya.
“Buat apa tu?!”
Safwan langsung memasukkan bingkai gambar ke dalam laci. Menoleh ke belakang, melihat Fah yang tersengih di muka pintu biliknya.
“Fah kejutkan abang ke?”
Safwan tersenyum. Sebolehnya cuba menyembunyikan riak terkejutnya. “Taklah”.
“Abang tengah buat apa?”
“Tengah chat dengan kawan. Fasal presentation esok”.
Fah membuat mulut berbentuk ‘o’. “Jom makan. Fah dah siap hidang”.
Safwan mengangguk. Pintu laci dirapatkan dan dia membuntuti Fah ke meja makan.

###########

“Wanginya!” Beel yang sedang minum air masak di dapur menjerit kecil bila terhidu bau buah durian.
Nia yang sedang membasuh pinggan melihat muka pintu dapur. Haikal berdiri tegak dengan senyuman dan beg plastik di tangannya.
Beel mengerutkan dahi. “Awak belikan buah durian ke?”
Haikal tidak menjawab. Tiba-tiba terasa egonya jatuh pula. Mengapa dia membeli buah durian untuk Beel?
Beel melangkah ke arah Haikal. Beg plastik di tangan Haikal diambil dan diintai isinya. “Kak Nia, buah durianlah!”
Nia tersenyum dan mengangguk. Dia memanglah gembira bila puan mudanya gembira. Tapi .. rasanya Tn.Hazan ada memaklumkan padanya bahawa Haikal tidak sukakan buah durian dan segala yang berkait dengan buah itu.
“Bukakan” Beel mengeluarkan buah durian itu dari dalam beg plastik.
Haikal menelan liur bila melihat Nia mengambil kain dan parang untuk membuka buah durian. Beel di sisi Nia berdiri sambil menggenggam jari-jemari. Bagai anak kecil menanti ibunya memberikan gula-gula.
“Awak …” Beel memandang.
Haikal menjongket kening. Beel tersenyum semanis dan seikhlas mungkin. “Terima kasih tau”.
Haikal tersenyum melihat senyum mekar Beel. Langkah diatur mendekati mereka berdua. Dia duduk mencangkung di sisin Beel yang menanti Nia membelah buah.
“Dah ke?” Beel menyoal Nia penuh teruja.
Nia mengangguk. Sebaik saja buah durian itu terbuka, terhidulah baunya yang wangi pada Beel namun busuk pada Haikal. Segera dia menjauh dan hidung ditutup. Namun masih tidak meninggalkan dapur. Menyaksikan Beel ‘menghadap’ buah durian itu.
“Manisnya. Kan Kak Nia?”
Nia mengangguk. Suka dia melihat Cik Beelnya makan tidak berhenti. Makan dan makan lagi. Hingga dia sendiri takut untuk makan banyak. Bimbang tidak mencukupi untuk Beel.
Beel tersenyum di setiap suapannya. Gembira tidak terkata kerana dapat makan buah durian. Memang rezekinya hari ini. Haikal yang menjadi penonton setia dipandang.
Beel mengerut dahi. Baru dia teringat Haikal BENCI kan buah durian. Bagaimana dia boleh membeli buah itu untuk Beel?
Idea datang untuk mengenakan Haikal. Lantas Haikal dipelawa, namun sekdar ajak-ajak ayam. “Tak nak ke?”
Haikal membulatkan mata. Kepala digeleng. “Tak pelah. Awak makan je ..”
“Jomlah makan sekali” Beel mengangkat kening.
Haikal menggeleng lagi. Beel sengih dan ketawa kecil. Lantas seulas durian dicapai dan dia melangkah ke arah Haikal. Haikal mengerut dahi.
“Tak nak”.
“Nahlah”.
Beel maju ke arah Haikal. Menyebabkan Haikal semakin mengundur. Beel makin maju dan langkahnya makin cepat. Dan Haikal langsung melarikan diri.
Maka terjadilah adegan kejar-mengejar antara suami isteri itu. Nia tersenyum sendiri. Nampaknya tuan dan puan tak perlu risaukan encik dan cik lagi. Mereka sudah mula berbaik dan semakin mesra.

DILARANG NIKAHI AKU – 31

Tangannya menggenggam tangan itu erat. Menggenggam mungkin lebih lebih lembut, perkataan yang lebih sesuai dengan perbuatannya itu adalah mencengkam.
Tangan yang dicengkam itu ditarik hingga masuk ke bilik. Kemudian tubuh gadis itu dicampak di atas katil.
Beel membetulkan duduknya di atas katil. Haikal yang berdiri mundar-mandir di hadapannya dibiarkan. Dia tahu Haikal marah atas soalannya tadi. Tapi apa boleh dilakukan? Lagi pun, dia sekadar menyoal mencari jawapan.
Haikal memandang Beel yang masih selamba di atas katil. Dia terlalu marah hingga tidak mampu untuk bersuara menyuarakan kemarahannya. Sakit hatinya dengan Beel tidak usah diperkatakan lagi.
“Nak cakap apa ni?” Beel menyoal, malas mahu menjadi tahanan di atas katil itu.
Haikal memandang kembali dengan mata marahnya. Beel menjongket kening. “Cakaplah. Kalau awak berdiriiiiiiiiii je macam tu, mana saya tahu apa awak nak?”
Haikal membulatkan mata. Bibirnya diketap menahan geram. Tangan menggenggam penumbuk hingga tangannya keputih-putihan.
“Nak cakap ke tak nak? Kalau tak nak, saya nak masuk bilik air” Beel mendongak memandang Haikal. Melihat Haikal yang masih dengan keadaannya, Bee mengangguk. Dia bangun berdiri dan membuka langkah untuk ke bilik air.
“Duduk!!” Haikal menolak tubuh Beel kembali.
Beel melepas nafas. “Nak cakap apa?!” suaranya meninggi.
Haikal mendengus. Melihat tong sampah di hadapan matanya, tong sampah itu ditendangnya. Berteraburan sampah-sampah di dalamnya.
Beel mengeluh. “Awak nak marah, marahlah. Jangan berdiri tegak macam robot. Nak cakap apa, cakaplah. Saya bukannya tak dengar apa awak cakap!”
Haikal menarik nafasnya. Cuba mengawal kemarahan. Juga biar tidak didengari mama, papa dan para pembantu rumah. Mujur juga biliknya kedap bunyi. Itupun kalau ada yang berdiri tepat di depan pintu, tetaplah boleh mendengar apa yang mereka gaduhkan nanti.
“Kenapa awak tanya macam tu?” Haikal duduk pada kerusi cermin di hadapan katil.
Beel melepas nafas. Haikal dipandang tanpa kerdipan mata. “Saya cuma nak tahu”.
“Nak tahu apa? Awak memang rancang nak berpisah dengan saya ke?”
Beel diam. “Saya tak rancang. Tapi siapa tahu apa jadi kat masa depan. Kalau Kak Su balik, mesti awak akan pilih dia kan?”
Kali ini Haikal pula yang membisu. Tidak tahu apa jawapan yang harus diberikan pada Beel. Sebaliknya wajah Beel hanya ditatap.
“Kalau awak marah, saya minta maaf. Opah kata isteri yang baik tak buat suami marah. Maknanya saya bukanlah isteri yang baik. Sorry” Beel menunduk memandang lantai.
“Pernah tak awak minta maaf dengan saya sebab awak rasa nak minta maaf. Bukan sebab opah?”
Beel mengangkat wajah. “Tak” dia terus bangun dari katil dan masuk ke bilik air.
Haikal melepas nafas. Pintu bilik air yang tertutup dipandang. Apakah Beel memang langsung tak punya walau sekelumit perasaan terhadapnya? Apakah memang hubungan mereka ini akan diakhiri dengan perpisahan?
Namun pertanyaan Beel kembali menerjah. ‘Kalau Kak Su balik, mesti awak pilih Kak Su kan?’
“Itu ke apa yang awak fikirkan, Beel?” Haikal memandang gambar perkahwinannya yang tergantung di dinding.
Haikal menggenggam jari-jemarinya. Tangannya menekup wajah dan dia menunduk. ‘Apa sebenarnya yang sedang berlaku ni?’

###########

Beel melangkah perlahan menuju ke bilik mama. Tadi pembantu rumah mengatakan mama memanggilnya. Walau sejujurnya dia tidak berapa mengerti apa yang pembantu rumah bicarakan, tapi yang dia faham mama memanggilnya.
Pintu diketuk dan dibuka perlahan. Terlihat mama yang sedang membaca majalah. Beel menguntum senyum dan melangkah masuk.
Humaira’ menutup majalah yang sedang dibacanya dan memandang Beel penuh kasih. Senyum diberikan buat menantu tunggalnya itu.
“Mama panggil Beel?”
Humaira’ mengangguk. Tangan menepuk sofa di sisinya. “Come!”
Beel melangkah perlahan. Dia tidak pernah bercakap empat mata dengan mama. Sebenarnya dia takut juga. Tapi langkah diteruskan juga.
“Papa mana?” Beel menyoal. Tidak tahu apa yang harus diucap sebagai pembuka kata.
Humaira’ tersenyum. “Papa dah pergi office. Nabilah ok?”
Beel diam seketika. Dahi dikerutkan mendengar soalan mama. Humaira’ menjongket kening. Beel mengangguk dan menguntum senyum.
“Ok”.
Humaira’ memandang Beel lama. Tangan Beel dicapai dan digenggam erat. “Mama tak fasih Bahasa Melayu sangat. Tapi mama harap Nabilah boleh faham apa yang mama nak sampaikan”.
Beel mengangguk takut-takut. Humaira’ tertawa kecil. “Jangan takut. Mama not gonna eat you”.
Beel tersenyum. Bagaimanalah dia tidak takut? Dia langsung tidak biasa dengan mama. Lainlah kalau ada papa, bolehlah dia bergelak ketawa seperti biasa.
“Mama … Nabilah …”
Beel mengerut dahi. Kelihatannya mama juga teragak-agak untuk menyampaikan apa yang tersirat di hatinya.
“Mama nak cakap apa?”
Humaira’ menarik nafas. Diam buat beberapa ketika. “Mama tahu Haikal is not the best. Tapi, mama yakin Haikal boleh jaga Nabilah, sayangkan Nabilah macam papa sayang dan jaga mama. Mama tak tahu apa masalah sebenar antara Nabilah dan Haikal. But, mama tak harap perceraian antara jalan penyelesaian yang Nabilah pilih”.
Beel tersenyum lebar. Dan kemudian ketawa kecil. “Mama risau apa yang Beel tanya kat En.Fahad ke?”
“Of course” Humaira’ mengusap pipi Beel.
Beel mengangguk memahami. Kali ini dia yang menggenggam jemari Humaira’. “Mama jangan risau. Beel cuma tanya sebab betul-betul nak tahu. Beel tak pernah fikir nak bercerai dengan abang Haikal pun. Cuma tanya je”.
Humaira’ melepas nafas. “Betul?”
Beel mengangguk. “Mama doakan untuk Beel ye. Beel memang takkan lukakan hati mama dengan papa”.
Humaira’ mengangguk. Air mata yang sedari tadi bertakung dibiarkan mengalir. Tubuh Beel dipeluk seerat mungkin. Dia sentiasa mendoakan kebahagiaan anak menantunya. Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhirnya.

##########

“Jangan! Jangan!”
Sakinah yang baru keluar dari bilik air mengerut dahi mendengar suara Suraya terjerit-jerit. “Su!”
“Jangan! Jangan! Saya takut. Saya …”
Sakinah berlari anak menuju ke katil Suraya. Butang kecemasan ditekan bagi memanggil jururawat atau doktor. Tubuh Suraya yang meracau-racau dipeluk.
“Suraya, Suraya” Sakinah memeluk Suraya erat. Cuba menenangkan puterinya itu.
“Mama ada kat sini. Shhh ….”
Kelihatannya Suraya mula tenang tika air mata Sakinah mengenai wajahnya. Perlahan wajah itu melepaskan nafas kelegaan, melepaskan keletihannya.
Sakinah menguntum senyum tawar. Suraya mula sedarkan diri. Matanya dibuka perlahan. Biliknya sekeliling diperhati. Wajah wanita itu dipandang.
“Su dah bangun?”
Suraya mengangguk. Namun pandangannya tidak beriak. Bingung dengan wanita yang menangis sambil tersenyum di hadapannya. Apa yang berlaku?
Doktor tiba bersama seorang jururawat di bilik itu. Melihat situasi yang terjadi.
“Doktor” Sakinah mengesat air matanya.
“Apa yang berlaku?”
“Tadi Su …”
“Meracau lagi?”
Sakinah mengangguk. Dia membuka laluan untuk doktor memeriksa tubuh Suraya. Anggukan diberikan buat Sakinah setelah pemeriksaannya selesai.
“Setakat ni mungkin belum ada apa-apa masalah. Tapi Cik Suraya dah mula menunjukkan potensi untuk sembuh bila Pn.Sakinah dah boleh tenangkan dia. Kalau sebelum ni, Cik Suraya ditenangkan menggunakan ubat penenang, sekarang .. pujuk pun dah boleh buat Cik Suraya tenang. Mungkin tak lama lagi, Cik Suraya akan belajar mengenal orang sekeliling”.
Sakinah tersenyum lebar. Dia bersyukur Suraya sudah mula menunjukkan perubahan positif. Sebagai ibu, dia akan sabar menanti hingga Suraya sembuh sepenuhnya.

##########

“Humaira’ jumpa Beel ke?” Hazan menyoal sambil menuangkan air putih buat isteri tercinta.
Humaira’ mengangguk. Hazan menguntum senyum. “Hazan dah cakap jangan risau kan. Beel tu memang suka main. Budak lagi”.
Humaira’ mengangguk tanda bersetuju. “Humaira’ just wanna ask. That’s all”.
Hazan tersenyum. Perbualan mereka dimatikan bila Haikal dan Beel tiba di bilik makan. Keduanya menguntum senyum bila Haikal dan Beel sama-sama duduk sebelah-menyebelah.
Selalunya seorang di utara seorang di selatan. Mungkin mereka sudah mula berbaik kembali setelah kejadian bersama En.Fahad tempoh hari.
Haikal memandang Beel yang sedang mencedok lauk ayam masak merah. Pinggan dihulur pada Beel. Beel mengerut dahi melihat Haikal menghulur pinggannya.
“Tolong”.
Beel mencebik. Namun dicedokkan juga menyedari gerak-gerinya menjadi pemerhatian mama dan papa.
“Terima kasih” Haikal tersenyum menampakkan giginya.
Beel menjeling. Kalau tidak mengenangkan janjinya pada mama beberapa hari lalu, sudah lama pinggan Haikal dibalingnya.
“Nah” Haikal memanggil Beel.
Beel memandang. Berkerut dahi melihat sudu terisi nasi yang dihalakan Haikal padanya.
“Aaaaa …” Haikal meminta Beel menganga mulutnya.
Beel mengetap bibir. Konon ingin membiarkan permintaan Haikal tidak bersambut. Tapi sebaliknya dia yang serba-salah bila mama dan papa menjadi penonton setia.
“Nak balik ..” ucapnya perlahan.
“Cepatlah” Haikal menggesa. Sebenarnya cuma mahu mengusik Beel. Kerana ada mama dan papa, pasti Beel akan menurut kemahuannya.
Beel menyambut sudu itu. Haikal tersenyum lebar. “Pandai”.
Beel mencebik perlahan. Tangannya menguis-nguis nasi di dalam pinggan. ‘Tengoklah, masuk bilik nanti saya kerjakan awak’.
Humaira’ tersenyum lebar. Kali ini dia tidak perasan sebarang lakonan antara mereka. Mungkin, apa yang ditakutkannya sekadar ilusi saja. Nampaknya ia tidak perlu dirisaukan lagi.

###########

Bibirnya mengukir senyum tika adik kesayangannya itu masuk ke dalam kereta. Mengambil tempat di sisi tempat pemandu.
“Ok kelas hari ni?”
Fah mengangguk dengan senyuman. “Alhamdulillah”.
“Baguslah tu” Safwan menekan minyak dan memandu kereta keluar dari perkarangan universiti.
Fah ketawa kecil membaca mesej Beel yang baru diterima. Selalu saja bercerita tentang Haikal yang sudah gila. Kadang-kala baik, kadang-kala tidak baik.
“Beel sihat?” Safwan memandang Fah sekilas.
Fah mengiakan. “Beel kirim salam kat abang. Dia kata esok dia balik”.
“Esok?”
Fah mengangguk. “Baru dua minggu dia tak de. Rasa macam lama kan?”
Safwan ketawa kecil. “Dia ok ke dengan mak ayah mertua?”
“Alah .. Beel tu senang sesuaikan diri. Abang jangan risaulah. Dijamin balik Malaysia dengan selamat dan sihat sejahtera” Fah ketawa kecil dalam gurauannya.
“Esok Fah cuti kan?”
Fah mengangguk. Safwan melihat-lihat sekeliling di luar. Berhenti pada lampu isyarat berwarna merah. “Abang dah beli kereta. Esok kita pergi ambil”.
Fah tersenyum lebar. Wajah abangnya dipandang. “Kereta?”
Safwan ikut tersenyum lebar. “Sukalah tu”.
Fah mengangguk. Memanglah dia suka tapi .. sebelum ini abang yang tidak mahu dia memandu sendiri walaupun dia sudah punya lesen memandu. Kata abangnya kerana risau dan bimbang.
Ini .. apa yang menyebabkan abangnya merubah fikiran? “Tapi ..”
“Kenapa? Tak suka ke?” Safwan menyoal.
Fah melepas nafas. “Bukan tak suka. Cuma pelik. Dulu abang cakap tak nak bagi Fah drive sendiri. Kenapa tiba-tiba?”
“Abang rasa .. entah. Abang rasa adik abang ni nak drive sendiri. Nak berdikari kan?”
Fah mengangguk. Namun masih berkerut dahinya. Pasti ada sesuatu yang mengubah keputusan abangnya yang berpendirian tetap itu.
“Tak de apa-apalah. Abang cuma nak Fah belajar hidup sendiri je. Lagi pun, kalau Fah ada kereta sendiri, bolehlah Fah bawa Beel jalan-jalan nanti” Safwan cuba meredakan resah hati Fah.
“Ok. Kereta apa?”
“Nak tahu. Tunggu esok”.

DILARANG NIKAHI AKU – 30

Fah melangkah keluar dari kelas sambil membawa failnya di tangan. Jam tangan dipandang sekilas sebelum langkah diteruskan semula.
Dia harus menunaikan solat Zohor segera. Jam 2.30 petang dia akan punya kelas lagi. Langkah dipercepatkan menuju ke arah surau.
Kakinya kaku di muka pintu kelas. Terkejut melihat pemuda itu melambai ke arahnya.
“Hai”.
Fah masih diam membisu. Namun mata tidak lepas memandang. Ditambah dengan kerutan dahi membuatkan Syakir tersenyum.
“Assalamualaikum”.
Fah mengangguk. Salam Syakir dijawab. “Waalaikumussalam”.
“Terkejut ke nampak saya kat sini?” Syakir melangkah ke arah Fah, mendekatinya.
Fah mengangguk lagi. Syakir melebarkan senyum. “Ada kelas lagi?”
“Ada, pukul 2.30 nanti. Saya nak solat Zohor”.
Syakir mengangguk memahami. Dia membuntuti langkah Fah yang sudah menuju ke arah surau. “Awak seronok belajar kat sini?”
Langkah Fah terhenti. Syakir dipandang. “Mana awak tahu saya belajar kat sini?”
Syakir tidak menjawab sekadar tersenyum. Fah mengerut dahi. Teringat kata-kata abang yang jelas mengatakan abang tidak sukakan Syakir.
“Awak stalk saya ke?”
Kata-kata Fah membuatkan Syakir ketawa terbahak-bahak. “Saya bukan stalkerlah”.
Fah mengangguk tanda bersetuju. Syakir tidak kelihatan seperti orang jahat pada matanya.
“Kelas awak habis pukul 4.00 petang kan?”
Fah mengangguk. “Ya”.
“Lepas tu, awak nak pergi mana?”
“Abang saya datang ambil. Saya masuk dulu” Fah meminta diri dan terus meluru masuk ke dalam surau.
Syakir melepas nafas. Susah benar mahu memikat adik abang seorang ini.

#########

“Penatnya!”
Haikal memandang Beel yang sudah berbaring di atas katil. Hari ini dia membawa Beel memusing Bandar Kuwait.
Awalnya mahu memandu tapi Beel mengamuk mengatakan dia mahu berjalan. Jadi mereka menaiki bas, teksi dan berjalan kaki. Manalah tidak penat?
“Beel” Haikal memanggil.
Beel hanya mengeluarkan suara menandakan dia masih belum tidur. Haikal tersenyum melihat Beel. Langkah diatur menuju ke arah Beel.
“Beel” Haikal mengejut Beel. “Beel, Beel”.
Haikal menggeleng-geleng. Mengapalah tidak membersihkan diri dulu? Sedangkan dia yang seorang lelaki pun rimas jika tidur begitu. Inikan pula Beel yang merupakan seorang perempuan.
Haikal tersenyum melihat wajah Beel yang tenang dalam tidurnya. Selimut ditarik hingga menutupi separuh badan Beel.
Haikal melepas nafas. Kebelakangan ini dia selalu tersenyum melihat Beel. Apakah dia sudah mula sayangkan gadis itu?

###########

Hazan dan Humaira’ menguntum senyum pada En.Fahad yang baru masuk ke dalam rumah mereka. En.Fahad membawa briefcase dan sebuah beg bersamanya.
“Assalamualaikum”.
Hazan dan Humaira’ menjawab salam En.Fahad bersama. Humaira’ memandang suaminya. Ke mana pula perginya anak menantunya? Masih belum turun lagi.
“Jemput” Hazan menjemput En.Fahad masuk ke dalam.
En.Fahad tersenyum. Membuntuti langkah Hazan dan Humaira’ masuk ke dalam.

##########

“Cepatlah sikit!” Haikal mencekak pinggang memandang Beel yang baru melangkah keluar dari bilik air.
“Tahulah” Beel mendengus.
“En.Fahad dah ada kat bawah tu” Haikal mula membuat gaya bagai emak tiri.
“Ya…” Beel sudah membuat muka menyampah. Haikal dipandang. “Tunggulah kat luar”.
“Tak nak. Kalau saya tunggu kat luar, awak lagi lambat”.
Beel merungut sendirian. Penampilannya dilihat. Lupa pula mahu menukar baju di bilik air. Biarlah, siapa suruh Haikal tidak mahu menunggu di luar?
Beel mencapai sikat dan menyikat rambutnya sekali lalu. “Jom”.
Haikal mengerut dahi. “Macam tu je?”
Beel memandang. “Apa?”
“T-shir dengan seluar panjang?”
Beel mengangguk. Melihat dirinya. Apa yang tidak kena? Memang selalunya dia berpakaian begini.
“Tak nak tukar ke? Ada tetamu kat luar tu”.
Beel memandang. “Saya suruh awak tunggu kat luar tak nak”.
Haikal ketawa kecil. “Tukar jelah. Apa masalahnya kalau saya kat dalam ni pun?”
Beel menjeling. “Lelaki! Dah lupa Kak Su ke?”
Haikal terdiam mendengar Beel menyebut nama itu. Nama yang sudah berapa lama tidak terlintas di fikirannya. Dia bagai disumpah menjadi batu buat beberapa ketika.
Beel memandang sekilas. Kepalanya digeleng-geleng melihat reaksi Haikal. Apa lagi masalahnya? Sikat diletakkan dan dia melangkah keluar dari bilik.
Haikal tersedar dari lamunan bila terdengar bunyi pintu bilik tertutup. Menyedari Beel sudah tiada, Haikal berlari keluar mengejar Beel.
“Tinggalkan saya ke?” sengaja pinggang Beel dicuit.
Beel melonjak kegelian. Haikal dipandang dengan muka sakit hati. “Jangan kacai saya boleh tak?”
Haikal menjelir lidah. Wajah Beel dipegang menggunakan kedua belah tangan. “Sehari tak buat awak marah tak tenanglah hidup saya”.
Suara orang ketawa mematikan pergerakan Beel dan Haikal. Ada yang melihat merekakah?
Hazan tersenyum selepas tawanya. “Papa ingatkan belum baik lagi. Mesra betul”.
Beel mengerutkan dahi. Tangan Haikal di wajahnya ditepis dan dia menjauhkan diri dari Haikal. “Takkan sampai bila-bila papa”.
Hazan tersenyum nipis. Haikal membuat muka kelat. “Kenapa papa datang bilik kami?”
“Bilik awak bukan bilik kita” Beel menyampuk, membulatkan matanya.
“Nak panggillah. En.Fahad dah setengah jam sampai”.
“Tulah saya dah cakap tadi” Haikal memandang Beel.
“Saya suruh awak keluar, awak keluarlah”.
“Kata bilik saya, kenapa saya yang kena keluar?”
Beel mengangguk. “Ok. Kalau macam tu, saya pindah keluar. Saya duduk bilik tamu. Nanti lepas En.Fahad balik, saya minta pembantu rumah pindahkan barang saya”.
Haikal mengurut kepala menandakan kepeningannya. Terasa bagai menjaga anak berumur 12 tahun. Sedangkan itu adalah isterinya. ISTERI.
Hazan ketawa melihat pergaduhan manja itu. “Stop. Apa-apa pun, kena jumpa En.Fahad dulu. Siapa nak duduk bilik mana, bincang lepas ni. Boleh Haikal?”
Haikal mencebik memandang Beel dan memberikan anggukan buat papanya. Beel menjeling dan meluru ke ruang tamu. Tiada hati untuk memandang Haikal lagi.

##########

Mak Jah mengetuk pintu bilik utama itu. Setelah mendengar jawapan dari dalam, pintu dibuka.
“Puan sri”.
Puan Sri Normah tersenyum memandang Mak Jah. Album gambar Beel diletak di tepi. Memberikan ruang pada Mak Jah meletak makan petang di hadapannya.
“Puan sri rindukan Cik Beel?” Mak Jah menyoal sambil menuang air kopi ‘o’ panas ke dalam cawan.
Puan Sri Normah menguntum senyum. “Mahu tak rindu? Cucu kesayangan saya tu Jah”.
Mak Jah menguntum senyum. Duduk bersimpuh di atas lantai. “Saya rasa puan sri terlalu risaukan Cik Beel”.
“Saya tahu. Tapi tak de sehari pun yang saya lalui tanpa risaukan Beel. Macam manalah dia dekat Kuwait tu?”
Mak Jah hanya berdiam diri. Memang maklum bahawa Puan Sri Normah sentiasa memikirkan Beel dalam semua hal.
Puan Sri Normah meneguk airnya. Masih memikirkan cucunya yang bernama Nabilah Anisah. Bagaimanalah agaknya Beel melayan Haikal? Seperti suami? Ataupun kawan? Atau sekadar teman serumah? Entah-entah, kawan bermain?
Bagaimana pula jika satu hari nanti Hazan tiba-tiba menghubunginya mengatakan Beel membuat masalah di Kuwait? Keluhan dilepaskan. Beellah yang selalu menimbulkan kerisauannya.
Suraya juga. Sudah berapa lama terlentang di hospital. Masih juga tidak pulih-pulih. Kata Sakinah, makin hari makin sihat. Tapi tetap juga tak kenal orang.
Awal dahulu, dia menunjukkan perubahan positif bila Haikal melawat. Namun kini, dia mendiam kembali. Cuma tidaklah meracau seperti dulu. Itupun, kadang-kala terjerit-jerit juga.
Suraya nampaknya punya ikatan hati kuat kepada Haikal. Apa yang akan terjadi bila Suraya kembali sihat? Puan Sri Normah kenal sikap Suraya. Mustahil Suraya akan berdiam melihat Beel menjadi isteri Haikal.
Ketika itu, dia harus berlaku adil. Antara Suraya dan Beel, pastinya Haikal akan memilih Suraya. Mustahil Haikal akan memilih Beel yang hanya tahu menyusahkan orang itu.
Puan Sri Normah tersenyum. Selepas itu, semuanya akan kembali normal. Beel akan pulang ke pangkuannya manakala Suraya akan hidup bersama Haikal.

##########

“Ini merupakan wasiat terakhir saya, Hussin bin Hasnol kepada cucu saya, Haikal Hadzim bin Hazan. Wasiat ini hendaklah dibacakan oleh peguam saya, En.Fahad setelah usia perkahwinan cucu saya yang telah melepasi umur 30 tahun, mencecah 30 hari. Iaitu bersamaan dengan sebulan.
Wasiat ini hendaklah dibacakan kepada cucu saya dengan bersaksikan anak dan menantu saya iaitu Hazan bin Hussin dan Humaira’ binti Jamil. Berserta gadis yang telah sah menjadi isteri cucu saya iaitu cucu kepada Tan Sri Hamid bin Yusuf.
Terima kasih saya ucapkan kerana menunaikan permintaan saya untuk berkeluarga dengan keluarga Tan Sri Hamid meskipun ketika wasiat ini dibacakan, berkemungkinan besar saya sudah tiada lagi di muka bumi ini.
Sebagai mengucapkan terima kasih kerana menunaikan harapan dan impian saya, saya menyerahkan semua harta tersembunyi saya kepada cucu saya, Haikal Hadzim bin Hazan dan isterinya.
Ia merupakan sebuah villa dan sebuah banglo yang terletak di tanah tinggi Genting Highlands. Keduanya jika dicampur mempunyai nilai lebih RM2 juta. Seterusnya adalah 100 ekar tanah yang bertempat di Kuching, Sarawak. Bersama tiga biji kereta yang disimpan khas di Pulau Langkawi.
Bagaimana pun, kereta-kereta ini adalah kereta lama dan boleh ditukar kepada kereta baru mengikut prosuder yang ditetapkan. Sekiranya cucu saya ingin menukar kereta-kereta ini kepada kereta kesukaannya, bolehlah berurusan dengan En.Fahad.
Sementara syarikat saya, Keluarga Sdn. Bhd. masih lagi menjadi milik anak dan menantu saya sepenuhnya. Hinggalah ia diturunkan kepada cucu saya ketika anak dan menantu saya sudah tiada.
Bersama ini, saya sertakan geran tanah dan juga kunci-kunci yang berkenaan. Turut disertakan peta untuk mencari lokasi yang saya katakan.
Setakat ini saja wasiat saya. Saya berharap anak dan menantu saya dapat membantu cucu saya dan isterinya untuk menemui semua ‘harta karun’ ini”.
Beel memandang Haikal. Haikal juga kelihatan terkejut dengan wasiat yang dibacakan En.Fahad. Sebenarnya kekayaan atuk memang melimpah-ruah lebih dari yang dia bayangkan.
En.Fahad menghulurkan beg yang dibawanya kepada Haikal. “Ada sesiapa nak tanya apa-apa atau membantah apa-apa?”
Hazan dan Humaira’ menggeleng. Haikal turut memberi anggukan. Saat itu, Beel tiba-tiba berdehem. “Beel nak tanya sikit”.
Haikal memandang dengan kerutan dahi. Mulalah itu, mahu menyoal yang bukan-bukan. Hazan dan Humaira’ turut memandang. Apa yang menjadi kemusykilan Beel?
“Katakanlah .. Beel bercerai dengan Haikal. Apa jadi kat harta-harta tu?”
En.Fahad mengerutkan dahi. Dia menoleh memandang Hazan dan Humaira’. Haikal turut memandang Beel. Mengapa Beel menyoal sedemikian rupa?
Suasana sunyi buat beberapa ketika. En.Fahad menarik dan melepas nafas. Soalan tetap menunggu jawapannya. “Kalau Pn.Nabilah dan En.Haikal bercerai sebelum siap urusan penamaan semula, automatik semua harta tu akan diagih-agihkan pada badan kebajikan. Tapi kalau Pn.Nabila dan En.Haikal bercerai selepas siap urusan penamaan semula, semua harta tu akan dibahagi pada En.Haikal dan Pn.Nabila sekiranya masih belum ada anak. Tapi kalau Pn.Nabilah dan En.Haikal dah ada anak, maka harta tu akan diberikan pada anak Pn.Nabilah dan En.Haikal sepenuhnya”.
Beel mengangguk memahami. “Berapa lama urusan tu boleh siap?”
“Paling sekejap tiga tahun”.
“Tiga tahun?” Beel menyoal meminta kepastian.
En.Fahad mengangguk. Haikal memandang Beel. Geram benar dia dengan gadis itu. Mengapa perlu membangkitkan isu perceraian?
Hazan berdehem. Menyedari Haikal sudah mula berubah angin. Humaira’ memandang Beel lama. Apakah menantunya itu langsung tidak sayangkan Haikal? Jika tidak sayang, mengapa mereka boleh menjadi suami isteri?
“Ada apa-apa lagi?”
Kesemuanya menggeleng. Haikal sedari tadi menggenggam penumbuknya. Menahan rasa marah di dada. Memang dia akan ‘membelasah’ Beel secukupnya selepas ini.
“Ok. Kalau macam tu, semua boleh turunkan tanda tangan” En.Fahad pun mengeluarkan dokumen saksi dari briefcasenya.

DILARANG NIKAHI AKU – 29

“Ni sekarang dah dekat airport ke?”
“Ya, opah”.
Puan Sri Normah melepas nafas. Terlepaslah peluangnya untuk menemui cucunya sebelum Beel berangkat ke Kuwait. “Kenapa tak cakap awal-awal? Kalau tak boleh opah ajak Pak Lan hantarkan Beel”.
“Beel pun baru tahu malam tadi” Beel mengucap perlahan sambil mata menjeling Haikal di sisi yang sedang melakukan urusan ‘check-in’.
“Beel jaga diri elok-elok kat tempat orang”.
“Jangan risau opah” Beel menguntum senyum.
Haikal memandang. Sudah hampir dua jam berbual, takkanlah belum selesai lagi? Bahu Beel disentuh. Tangannya menunjuk pada jam menandakan mereka sudah lewat.
Beel menjeling. Membuat tidak tahu. Tahu sudah terlewat masuk, tapi dia geram dengan Haikal. Kalau saja Haikal memberitahunya lebih awal, pasti dia dapat menemui opah.
Walaupun papa telah memaklumkan lebih dulu, manalah dia tahu penerbangannya pada jam 9.00 pagi? Kalau saja dia tahu, selepas Subuh dia sudah menelefon opahnya.
Haikal menggenggam penumbuk menahan geram. Inilah masalahnya. Mana mungkin dia boleh berbaik dengan Beel kalau tiap hari Beel cuma tahu menyakitkan hatinya?
Tangan Beel ditarik beratur ke pintu masuk. Beel mengerut dahi melihat tangannya di dalam pegangan Haikal. Langsung kaki Haikal dipijak membuatkan langkah Haikal termati.
Tangan ditarik semula. Pergelangan tangan diusap kerana sedikit merah. “Kalau nak suruh berhenti tak boleh cakap elok-elok ke?”
Haikal memandang. Beel menjeling dan meluru masuk ke dalam. Telefon bimbitnya telah pun dimatikan. Menyampah betul dengan Haikal. Suka buat dia sakit hati.

#########

Safwan tersenyum pada Fah yang sedang menanggalkan tali keledar. Fah menghulur tangan mahu menyalami abangnya.
“Ok tak ni?”
Fah ketawa seketika. “Apalah abang ni. Fah dah masuk 19 tahun, bukannya budak kecil”.
Safwan mengangkat bahu. “Abang rasa Fah masih adik abang yang suka lari sana-sini”.
Fah mencubit lengan abangnya perlahan. Sampai bilalah agaknya dia akan kelihatan seperti anak kecil pada mata abangnya?
“Abang kerja kan?”
Safwan mengangguk. “Jaga diri elok-elok. Nanti dah habis kelas, call abang. Abang fly datang sini”.
Fah menjelir lidah. “Oklah. Fah pergi dulu. Kalau ada pembuli, Fah menjerit panggil abang eh?”
Safwan menguntum senyum. Anggukan diberikan dan Fah turun dari kereta. Fah melangkah perlahan memasuki bangunan Universiti Lim Kok Wing. Berharap hari pertama belajarnya akan berjalan lancar.

#########

Bibirnya menguntum senyum melihat gelagat Beel yang sedari tadi menjengah kepala ke luar tingkap. Mungkin ini pertama kali Beel ke luar negara.
Bukan kerana tidak mampu. Tapi kerana tidak mahu. Maklumlah, Beel bukannya boleh berpisah dengan opahnya. Cuma kali ini lain, kerana dia sudah memegang status isteri. Jadi pastilah harus mengikut suami.
Beel melepas nafas. Terasa lapang melihat ke luar kereta. Tapi bila masuk ke dalam kereta semula, bibirnya mencuka kembali. Menghadap muka Haikal lagi.
“Saya nak minta tolong boleh?” Haikal menyoal, mencuri perhatian Beel.
Beel mengerut dahi. Sejak semalam Haikal terus menggunakan gelaran saya awak itu. Biarlah. Barangkali dia benar-benar merasa bersalah atas kematian Wanwan.
“Awak .. Dengar tak?”
Beel yang tadinya berdiam menoleh memandang Haikal. Menanti kata-kata lelaki itu.
“Kat rumah nanti, saya harap awak tak masam sangat. Saya kalau boleh tak nak mama dengan papa tahu yang kita ni ..”
Beel memaling wajahnya. Kembali memandang ke luar tingkap. Namun tingkap tidak dibuka seperti tadi. “Kita apa?”
Walau suara Beel perlahan, Haikal dapat mendengarnya. “Kita bergaduh” perlahan dia menjawab soalan Beel.
Beel memandang semula. “Pernah ke kita ni berbaik?”
Haikal terdiam. “Please .. Saya tak nak mama risau”.
Beel mengangguk. “Tahu”.
Haikal mengerut dahi. “Tahu apa?”
“Kena berlakonlah”.
Haikal bersandar pada kerusi semula. Melepas nafas tanda kelegaan. Tanpa sedar, dia tersenyum nipis.

#########

“Welcome back!”
Haikal menguntum senyum buat mama yang melangkah sambil dipapah papa. Beel memandang dengan senyuman.
“Papa sihat?” Haikal menyalami kedua orang tuanya.
Hazan mengangguk. “Mama kamu ni, banyak sangat buat kerja. Tulah boleh masuk hospital”.
Humaira’ ketawa kecil. Seronok melihat kepulangan satu-satunya anaknya. “Haikal sihat?”
Haikal mengangguk. Pipi mama dicium. Beel di sebelahnya disiku. Beel mengerut dahi memandang Haikal. Dia tahulah harus bersalam. Sibuk!
Tangan dihulur pada papa. “Sihat?” Hazan menyoal menantu kesayangan dan tunggalnya itu.
Beel mengangguk dengan senyuman. “Sihat, alhamdulillah”.
Hazan tersenyum lebar. Rambut Beel diusap. Haikal sudah membuat muka kelat. Papa memang sayangkan Beel, cintakan Beel.
Beel menghulur tangan pada mama pula. Mama menyambutnya dengan senyuman dan sebuah ciuman di kepala. Beel sebenarnya tidak selesa namun dia diamkan saja.
“Nabilah sihat?”
Beel mengangguk. Papa pernah memberitahu, mama tidak suka memanggilnya Beel. Kata mama, nama itu tiada makna. Berbeza dengan Nabilah.
“Mama suka jumpa kamu”.
Beel tersenyum. Haikal ketawa kecil. Sudah dapat idea untuk mengenakan Beel. Tangannya yang sedari tadi di dalam poket seluar dikeluarkan dan bahu Beel dipaut.
Beel kaku seketika. Haikal sengaja mendekatkan dirinya dengan Beel. Memeluk lebih erat. “Mama ni isteri Haikal. Bukan menantu mama je”.
Humaira’ tersenyum. Haikal dan Beel diperhati. Hazan ikut menguntum senyum. Apakah Beel dan Haikal sudah berbaik?
Beel tidak lama berdiam diri. Dia tahulah harus berlakon tapi Haikal melampau. Tangan kanannya yang berada di belakang Haikal digunakan untuk memulas pinggang Haikal sekuat hati.
Haikal mengaduh. Menimbulkan rasa hairan pada Hazan dan Humaira’. Humaira’ melepas nafas. Sudah dia agak. Haikal dan Beel hanya berlakon untuk mengaburi matanya.
“Masuklah berehat dulu” Humaira’ menguntum senyum pada anak menantunya.
Haikal mengangguk. Membiarkan pembantu rumah membawa beg mereka hingga ke bilik. Tangan Beel ditarik. “Jom, saya bawa awak ke bilik”.
Beel sengih pada Hazan dan Humaira’. Namun jauh sedikit dari mereka, tangannya ditarik semula. “Berani awak!”
“Saya suami awak tau. Satu badan awak tu .. is mine” Haikal tersenyum kambing.
Beel mengetap bibir menahan geram. Apalah malang nasibnya bersuamikan lelaki sebegini? Kaki Haikal dipijak dan dia langsung berjalan mencari arah tujunya.
Haikal mengaduh. Keluhan dilepaskan. “Bawa isteri ke bawa budak 6 tahu sebenarnya ni?”
Kaki mengejar Beel. Takut Beel tersesat di rumah besarnya itu. Langsung tangan Beel ditarik. “Jangan larilah. Rumah ni memanglah rumah. Tapi boleh sesat tau”.
Beel menarik tangannya semula. Haikal dijeling. “Mana bilik? Saya nak tidur”.
Haikal tersenyum tiba-tiba. Beel mengerut dahi. Apalah lagi yang tidak kena dengan Haikal? Tiba-tiba tersenyum.
“Gila!”

#########

“Assalamualaikum”.
“Waalaikumussalam warahmatullahi wabaraktuh”.
Fah mengerut dahi mendengar suara itu. “Beel ke ni?”
“Yelah. Kau ingat siapa lagi?”
“Patutlah nombor luar negara. Aku ingat ada orang nak masuk meminang aku” Fah ketawa sendiri.
Beel membuat suara hendak termuntah. “Eleh, tak payah cari jauh-jauh. Abang Syakir kan ada?”
Fah diam. Beel ketawa di talian. “Terus tak tahu nak cakap apa”.
“Kau ok kat sana? Dengan suami?”
“Ala, pak cik Hazan ada”.
“Pak cik? Kau tak panggil dia papa ke?”
“Panggillah. Kan aku dah cerita kat kau hari tu? Kau tengah belajar ke?”
“Gila nak belajar sambil jawab call. Mahu kena saman aku dengan prof nanti”.
Beel ketawa geli hati. “Nak belajar juga. Jealousnya”.
“Mintalah dengan suami kau”.
“Tak nak. Aku tengah bler sekarang ni. Tunggu kita orang berpisah kut”.
Fah diam mendengar kata-kata Beel. Berpisah? Apa yang dimaksudkan Beel dengan berpisah? Apakah ia membawa maksud bercerai?
“Fah”.
“Ya”.
“Kenapa diam?”
“Tak de. Aku dah habis kelas ni. Tengah tunggu abang Wan ambil”.
“Kirim salam kat abang Wan tau”.
“Ok”.
Fah menekan butang merah mematikan panggilan Beel. Dalam hati, masih tertanya-tanya apakah Beel benar-benar akan menuntut sebuah perceraian?
Bukankah selalunya pasangan suami isteri tetap akan bersama akhirnya? Tapi bagaimana pula jika Beel benar-benar menuntut cerai nanti?

#########

Beel tersenyum dan melambai pada papa dan mama yang sudah pun masuk ke dalam kereta. Haikal di sebelahnya turut melambai pada papa dan mama.
Meluncur saja kenderaan mewah itu, Beel terus menjauhkan diri dari Haikal. Bibirnya dicebik, mata menjeling Haikal.
Haikal tersenyum sinis. “Lapar tak?”
Beel memegang perutnya. Memanglah dia lapar, jam juga sudah menunjukkan pukul 2.00 tengah hari. Mustahillah dia yang kuat makan ini tidak lapar.
“Lapar tak?”
Beel mengangguk. Haikal tersenyum. Dia tahu pasti Beel lapar. Jadi, dia telah mengarahkan tukang masaknya jangan masak makan tengah hari.
Beel mengerut dahi melihat Haikal tersenyum. “Dah kenapa?”
“Jom. Kita pergi dapur” tangan Haikal menarik tangan Beel. Beel cuba menariknya semula namun tidak berjaya kerana Haikal lebih dahulu mengeratkan genggamannya.
“Please have a seat” Haikal menarik kerusi meja dapur, membuat lagak bagai pelayan restoran.
Beel memandang Haikal lama. Sedikit bengong dengan sikap Haikal. Haikal membulatkan mata. Meyakinkan Beel untuk duduk.
“Duduklah. Amirati” Haikal tersenyum sendiri. Tubuh badan Beel ditarik dan didudukkan di atas kerusi.
Beel membatu namun dalam hati membebel sendiri. Wajah Haikal dipandang. “Kata nak makan”.
Haikal mengangguk. “Saya tak bagi chef masak sebab …”
“Sebab?”
“Saya nak masakkan untuk amirati” Haikal tersenyum dan mula mengeluarkan bahan-bahan yang mahu dia gunakan.
“Amirati tu apa?” Beel menyoal perlahan.
Haikal tersenyum sambil kaki melangkah mencapai apron yang tersangkut. “Nak keluar tak?”
“Keluar?”
Haikal mengangguk. “Boleh awak tengok kehidupan masyarakat Arab kat sini”.
Beel menguntum senyum. Namun cuma seketika. “Amirati tu bahasa arab ke?”
Haikal tidak menjawab atau mengangguk. Sekadar menguntum senyum, membiarkan Beel tertanya-tanya sendiri.
Beel membuat muka kelat. Mentang-mentanglah dia langsung tidak belajar bahasa arab di Malaysia. Satu perkataan pun dia tidak tahu apa ertinya.
“Saya nak masak makaroni bakar. Pernah makan tak?” Haikal menyoal sambil memotong bawang merah.
Beel memandang. “Saya suka makanan melayu”.
Haikal tersenyum. “Memang anak Melayu. Tapi dijamin, awak mesti suka dengan masakan saya. Sampai termimpi-mimpi”.
Beel membuat muka mahu termuntah. “Perasan tak habis. Cepatlah sikit. Saya lapar ni”.
Haikal tersenyum. Kening dijongket dan dia mula menggaul bahan yang akan dicairkan bersama keju.
Tidak sabar rasanya mahu memberi Beel merasa masakannya.

DILARANG NIKAHI AKU -28

Safwan berlari anak menuju ke arah mejanya bila mendengar bunyi telefon bimbitnya berdering. Bila nama Beel yang tertera, segera butang hijau ditekan menerima panggilan masuk.
“Assalamualaikum” kedengaran suara Beel memberi salam.
“Waalaikumussalam. Beel sihat tak? Kenapa call abang Wan time macam ni?”
Beel melepas nafas. “Beel tahu abang Wan kat office. Sorry sebab kacau. Beel nak bagitahu”.
Safwan mengerut dahi. “Bagitahu?”
Beel diam sebentar. “Wanwan .. Wanwan …”
“Kenapa ni?” Safwan langsung memberhentikan kerjanya. Menumpukan sepenuh perhatiannya pada Beel di talian.
“Wanwan dah tak de”.
“Pergi mana?” Safwan menyoal meminta kepastian. Ke mana pula perginya arnab pemberiannya semalam?
“Kena langgar” ucap Beel lambat-lambat dan satu-persatu.
Safwan terdiam. Kena langgar? Bererti maksud Beel ‘dah tak de’ itu adalah sudah tiada di dunia. Sudah mati.
“Beel minta maaf”.
“Kenapa nak minta maaf? Bukan salah Beel kan?”
“Sebab Beel tak jaga hadiah abang Wan elok-elok”.
“Apa yang jadi bukan salah Beel. Wanwan kena langgar bukan salah Beel. Lagi pun, Beel mesti dah jaga Wanwan sebaik mungkin kan?”
Beel mendiamkan diri. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia memberitahu Haikal yang melanggarnya. Namun niat dibatalkan bila teringat pesan opah.
‘Jadilah isteri yang baik’. Beel menarik dan melepas nafas. “Abang Wan ..”
“Ya”.
“Beel tak sengaja tau”.
“Beel, kan abang Wan dah cakap. Bukan salah Beel”.
“Ok” Beel bersuara perlahan.
Safwan tersenyum. “Jangan fikir banyak sangat. Ada rezeki, abang Wan belikan Beel arnab lagi”.
Beel tersenyum tawar. “Tak naklah. Nanti kena langgar lagi”.
Safwan diam. Beel menarik nafas. “Abang Wan, Beel letak dulu. Assalamualaikum”.
“Waalaikumussalam”.

##########

“Aku dah tahu mana Fah belajar” Syakir menjongket kening memandang Haikal. Berbangga dengan maklumat terbarunya.
Haikal memandang kosong. Tiada respon yang mahu dia berikan. Dia masih memikirkan soal kejadian pagi tadi.
Bunyi ketukan pintu membantutkan niat Syakir untuk terus bercerita soal gadis kesayangannya. Haikal membetulkan duduk. “Masuk”.
Linda masuk sambil membawa buku jadualnya. Dia menunduk memberi hormat pada Haikal dan Syakir.
“Ni tiket yang En.Haikal minta saya print” Linda menghulurkan tiket pada Haikal.
Syakir mengerutkan dahi. Tiket? Tiket ke mana? Dia menyambut huluran Linda dan meneliti nama pada tiket itu. “Kau dengan Beel ke?”
“Hari ni saya ada meeting tak?” Haikal menyoal.
Linda mengangguk. “Pukul 3.00 petang nanti ada client datang. Lepas tu, ada meeting luar dengan wakil syarikat Terna Design”.
Haikal mengangguk. Linda memandang. “Kalau dah tak de apa-apa ..”
“Awak boleh keluar. Terima kasih”.
Linda mengangguk dan beredar dari bilik. Syakir menghulurkan tiket semula pada Haikal. “Kau nak balik Kuwait?”
Haikal mengangguk. “Fasal wasiat atuk aku tulah”.
Syakir membuat mulut ternganga. “Baru aku ingat. Tapi Beel nak ikut ke?”
“Aku suami”.
Syakir ketawa mendengar kata-kata yang baru Haikal ucapkan. “Aku suami? Kau kena layan dia elok-eloklah. Nanti melepas mahu tak rugi”.
Haikal mencebik. “Aku nak bagitahu tak sempat lagi”.
Syakir mengerutkan dahi. Tiket itu diambil kembali. Meneliti tarikh yang tertera. “Bukan esok ke? Tak sempat kau cakap? Nak pergi esok?”
Haikal mengeluh. “Kau ingat Beel tu senang nak urus ke?”
Syakir mengangkat bahu. “Memang senang. Kalau kau tak nak, kau ceraikan dia. Aku rasa bakal abang ipar aku pun, ada hati kat Beel juga”.
Haikal mengambil fail yang berada di hadapannya dan menggunakannya untuk mengetuk kepala Syakir. Geram dengan apa yang dia ucapkan.
“Aku cakap betullah!” Syakir mengucap kuat. Kepalanya yang kesakitan diusap.
“Baik kau tutup mulut kau tu. Tak de insurans langsung” Haikal menjeling. Pening dia memikirkan? Bagaimana caranya untuk memberitahu Beel?

#########

“Cik Beel”.
Beel menoleh memandang Kak Nia yang berdiri tegak di pintu ruang menonton televisyen. Matanya dibulatkan, menyoal kalau ada apa-apa.
“Tuan telefon”.
Beel mengerut dahi. “Tuan? Papa ke?”
Nia mengangguk, mengiakan kata-kata Beel. Beel berlari anak menuju ke telefon rumah yang terletak kemas di ruang tamu.
“Assalamualaikum”.
“Waalaikumussalam. Beel ke ni?”
Beel mengangguk walau tidak dilihat Hazan. “Ya. Papa sihat?”
“Sihat. Mama ada masalah sikit, dalam hospital sekarang. Tapi mungkin esok boleh keluar dah”.
“Mama sakit apa?”
“Biasalah, mama Beel tu ada asthma”.
Beel membuat mulut berbentuk huruf ‘O’. Rupanya mama punya penyakit asthma atau lebih dikenali sebagai lelah. “Kirim salam mama”.
“Mama ada depan papa ni. Papa nak tanya sikit”.
“Tanya apa?”
“Ada Haikal cakap apa-apa?”
Beel terdiam. Cakap apa? Dia dan Haikal pun masih belum bertegur sapa. Malas mahu melayan mood Haikal yang selalu ke laut itu. Sekejap baik, sekejap jahat.
“Beel” Hazan memanggil bila Beel berdiam.
“Ya, papa”.
“Ada tak?”
Beel menggeleng. “Tak de”.
Hazan melepas nafas. Sudah dia agak. Anak lelakinya ini, sudah menjadi suami pun masih tidak pandai menggunakan haknya. “Beel kena datang sini”.
Beel mengerut dahi. “Sini mana? Kuwait ke?”
“Ya sayang”.
Beel diam seketika. “Kenapa? Ada apa-apa ke?”
“Haikal memang tak bagitahulah ni. Tiketnya esok”.
“Esok?” Beel menguatkan suaranya. Bibir diketap menahan geram dengan sikap Haikal. Mengapa langsung tidak mengkhabarkan apa-apa?
“Beel, doktor nak tengok mama ni. Papa kena letak dulu. Apa-apa hal, bincang dengan suami Beel. Assalamualaikum”.
“Waalaikumussalam” Beel meletakkan gagang telefon. Mengapa pula dia harus ke Kuwait? Apa yang berlaku di sana?

##########

Suasana di hospital tenang. Setenang keadaan di bilik Suraya ketika ini. Sakinah setia menjadi teman puteri kesayangannya.
Zamri baru saja ke Kuala Lumpur semula pagi tadi. Katanya ada hal syarikat yang harus segera diselesaikan.
Sakinah meletakkan majalah yang sedang dibacanya ke atas meja. Dia melangkah ke arah Suraya yang masih melelapkan mata.
Selimut ditarik hingga menutupi mata Suraya. Keadaan Suraya sudah bertambah baik. Walau kini, dia masih tidak mengenali orang sekeliling. Sekurang-kurangnya dia tidak takut dengan orang lagi.
Sesiapa pun yang datang disambut dengan hati terbuka. Namun mulut asyik menyoal soalan yang sama. Ini siapa, itu siapa. Sakinah sendiri kadang terlupa oleh Suraya.
Sakinah mengusap kepala Suraya. Dia benar-benar berharap Suraya cepat sedarkan diri. Cepat-cepat bangun dan menjadi Surayanya yang dulu.

#########

Haikal meletakkan briefcase di atas kerusi di meja makan. Mengambil tempat di hadapan Beel yang sedang menjamah makan malam.
Beel buat-buat tak tahu. Namun sebaik Haikal dilihat Nia, Nia langsung menghidangkan nasi putih di dalam pinggan.
Haikal tersenyum mengucapkan terima kasih. Gulai tempoyak yang dijamah Beel amat kuat baunya. Haikal sebenarnya sangat bencikan benda yang berkait dengan durian, namun ditahannya. Soal ke Kuwait harus dimaklumkan pada Beel.
Nia menutup gulai tempoyak di hadapan Beel menyedari Haikal membuat lagak ingin termuntah. Dan dia beredar dari ruang makan.
Sepemergian Kak Nia, Beel langsung membuka gulai tempoyaknya kembali. Peduli apa dia dengan Haikal?
Haikal mencedok ayam masak lada hitam yang tersedia. Sudu dicapai dan dia mula menjamah.
Beel mengetap bibir. Dia tidak suka betul melihat orang makan nasi menggunakan sudu. “Bisinglah”.
Haikal mengangkat wajah. Tersedar Beel makan menggunakan tangan. Tandanya tidak suka bila dia menggunakan sudu. Haikal menelan liur. Sudu diletakkan dan dia membasuh tangannya.
“Awak” Beel dipanggil.
Beel tidak menjawab. Memandang juga tidak. Terus menjamah gulai tempoyak masakan opah yang dihantar Fah dan abang Wan tadi. Bukan senang dia dapat makan masakan opah.
“Beel”.
Beel diam lagi. Menyelesaikan suapan terakhir dan mencapai air basuh tangan yang disediakan Kak Nia.
“Beel” Haikal memanggil lagi. Kali ini lebih lantang dan tegas suaranya.
Beel mengangkat wajah namun tidak mengeluarkan suara. Haikal melepas nafas. “Awak marahkan saya lagi?”
Beel menelan liur. Pastilah marah. Tidak tahukah Haikal arnab itu adalah pemberian orang? Jika tidak dijaga dengan baik, pastilah rasa bersalah. Yang penting, dia juga sudah lama teringin untuk memiliki arnab sendiri.
“Saya minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja. Saya langsung tak perasan ada Wanwan kat belakang waktu tu” Haikal memandang penuh mengharap. Dia benar-benar berharap keserabutan ini dapat diselesaikan.
Beel diam. Mata masih memandang Haikal namun tiada respon atau tindakbalas yang diberikan. Biar Haikal tahu betapa marahnya dia.
“Awak maafkan saya boleh?”
Beel mengangguk. Pun begitu, dia tetap membisu. Haikal diam, tidak tahu apa yang harus diperkatakan lagi. Memang benarlah kata orang. Perempuan susah dilayan dan susah difahami.
Sedangkan Beel yang berperangai kanak-kanak pun susah dilayan, apatah lagi perempuan normal yang berperilaku sesuai usia mereka?
“Ada nak cakap apa lagi?” Beel menyoal, bosan menanti.
Haikal diam seketika, mengambil nafas. “Awak maafkan saya kan?”
Beel membuat muka. “Tak boleh ke guna kau aku yang macam awak selalu buat tu?”
“Awak maafkan saya tak?” Haikal menyoal, tidak mempedulikan riak wajah Beel.
“Dah” Beel menjawab sepatah.
“Saya minta maaf. Saya janji lepas ni, saya takkan buat awak ..”
“Nak cakap apa sebenarnya ni?” Beel memotong kata-kata Haikal.
“Papa suruh kita pergi Kuwait”.
Beel memandang. Lama, merenung wajah Haikal. “Apa? Bila? Kenapa?”
“Pergi Kuwait. Saya dah beli tiket, flight esok. Saya memang nak bagitahu awal-awal, tapi saya tak tahu macam mana nak cakap”.
“Kenapa?”
Haikal menarik nafas. “Awak marahkan saya. Kalau awak tengah marah, saya cakap apa pun awak tak nak dengar kan?”
Beel mencebik. Perlahan senyum terukir di wajahnya. “Saya tanya kenapa kita kena pergi Kuwait”.
Haikal terdiam. Baru tersedar dia tersalah faham. “Ada wasiat atuk saya. Kalau kita dah sampai, nanti awak faham sendiri. Nak cerita susah”.
Beel mengangguk. Haikal memandang Beel yang masih di tempatnya. “Fasal arahan awak tak boleh keluar tu, saya tarik balik”.
“Apa?”
“Fasal arahan tu, saya tarik balik. Mulai hari ni, awak boleh pergi mana awak nak. Selagi awak tak buat benda jahat dahlah”.
Beel menguntum senyum. Namun hanya seketika. Haikal sudah mula tersenyum memikirkan Beel tidak lagi marah padanya. Tapi senyumnya mati bila Beel kembali bermasam muka.
“Sebenarnya papa dah bagitahu. Saya dah tahu fasal Kuwait tu” Beel bangun dari duduknya.
“Kenapa awak tak bagitahu saya yang awak dah tahu?” Haikal seperti tidak berpuas hati. Punyalah dia berhempas-pulas memikirkan cara untuk memberitahu Beel, rupanya Beel sudah tahu?
“Awak tak tanya” ucap Beel perlahan dan bangun dari kerusi. Beredar dari ruang makan. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu, betapa dia puas dapat mengenakan Haikal.

DILARANG NIKAHI AKU – 27

Kolam renang yang dihiasi berbagai renda dan reben meriah dengan suara manusia menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi’ dan ‘Allah Selamatkan Kamu’.
Juga meriah dengan lampu berwarna-warni yang menghiasi sana-sini. Membuatkan sambutan majlis hari lahir Beel tampak sangat meriah walau hanya menjemput orang-orang dekat.
Setelah doa dibaca, Beel memotong kek dan semuanya bertepuk tangan. Dan orang pertama yang disuap Beel adalah opah. Seterusnya Fah dan juga pak long kesayangannya.
Beel menguntum senyum manis memandang opah yang menghulurkan hadiahnya. “Bukalah”.
Beel menggeleng. Pipi opah diusap dan dia berkata, “Hadiah opah kena buka last sekali”.
“Manjanya dia, dah jadi isteri oranglah” Zamri bermain dengan rambut Beel.
Beel mencebik. “Pak long jealous”.
Fah ketawa melihat gelagat dua beranak saudara itu. Dan seterusnya mereka yang lain memberi hadiah pada Beel. Semuanya dibuka dengan wajah penuh kejutan dan senyuman manis.
Beel mengerut dahi melihat Safwan membawa sebuah beg yang agak besar. Semua memandang Safwan dengan penuh tanda tanya. Apakah hadiah yang bakal dia berikan?
“Selamat hari lahir untuk adik abang Wan seorang ni”.
Beel menyambut huluran Safwan. Berkerut dahinya memandang beg besar itu. Safwan tersenyum penuh makna. “Bukalah”.
Beel memandang. Perlahan tangannya membuka zip yang menutupi bahagian depan beg itu. Membulat matanya melihat pagar-agar besi di dalamnya.
Ia rupanya sangkar! Langsung Beel meletakkannya di atas meja dan mengintai ke dalam dari bahagian atas. Seekor arnab berwarna emas sedang nyenyak di dalamnya.
“Abang Wan”.
“Suka?”
Beel mengangguk laju. Sudah lama dia mengimpikan seekor haiwan peliharaan. Namun tidak berpeluang untuk memilikinya. Apatah lagi, haiwan yang paling dia sukai adalah arnab. Bertambah-tambah sukalah dengan hadiah Safwan itu.

##########

Dia terbaring di atas katilnya dari tadi. Jam sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi namun mata masih tidak boleh lelap.
Entah apa yang tidak kena, sejak pulang dari majlis hari lahir Beel tadi, dia asyik terbayangkan wajah Beel yang ketawa gembira menerima arnab pemberiannya.
Safwan mengerut dahi sendiri. Malam tadi, Beel memang kelihatan cantik dengan baju kurung yang dipakainya. Namun itu bukan penyebab mengapa dia asyik terbayangkan senyum tawa Beel.
Safwan duduk dan beristighfar buat seketika. Dia tidak boleh menyuburkan perasaannya terhadap Beel. Dia sudah menjadi isteri orang!
Safwan duduk dari pembaringan. Sudah lama perasaannya terhadap Beel yang pernah mekar suatu ketika dulu terkubur. Namun mengapa kini ia mekar kembali?
Sudahlah di saat Beel sudah sah menjadi milik mutlak orang lain. Untuk menguburkan perasaannya terhadap Beel hingga dia benar-benar menganggap Beel adalah adiknya punyalah susah, mengapa sekarang ia senang-senang mekar kembali?

###########

Haikal mengerut dahi melihat Beel masih bermain dengan sesuatu di atas katilnya.
Beel memandang sekilas dan kembali menumpukan perhatian pada ‘permainannya’. Langsung tidak kisahkan Haikal yang memandang.
“Kenapa kau tak tidur lagi?”
Beel mendiamkan diri. Hakikatnya dia sedang menidurkan Wanwannya. Bila Wanwan sudah tidur, bolehlah dia tidur pula.
“Aku tanya ni”.
“Tak mengantuk”.
Haikal yang sedang bersiap untuk ke bilik air mengerut dahi mendengar jawapan Beel. Dia yang bert-shirt dan bertuala melangkah ke arah katil, mendekati Beel.
Matanya membulat melihat Beel sedang mengusap seekor haiwan. Dia mendekat lagi untuk memastikan apakah benar atau dia yang tersalah lihat.
“Kau tidurkan arnab ke?”
Beel memandang. Jari telunjuk diletakkan di bibir tanda menyuruh Haikal diam.
“Kau bawa binatang tu masuk kenapa?”
Beel memandang. “Ni arnablah. Panggil elok-elok sikit tak boleh ke? Nama dia Wanwan”.
Haikal menahan tawa mendengar nama itu. Namun terhambur tawanya selepas beberapa saat. “Wanwan?”
Beel menjeling. ‘Mulalah tu’. Haikal menggeleng-geleng menahan tawanya. “Nak pecah perut aku. Apa kau kata? Wanwan?”
“Abang Wan yang hadiahkan. Sebab tulah saya namakan dia Wanwan”.
Haikal langsung berdiri tegak. Safwan lagi. Asyik-asyik Safwan. Safwan, Safwan, Safwan.
Haikal mengerut dahi. Mengapa dia bersikapp sebegini? Kata-kata Syakir terngiang di telinga. Dia menggeleng. Tak mungkinlah dia cemburu. Mengapa harus cemburu? Beel bukanlah sesiapa baginya.
“Aku tak sukalah kau bawa binatang masuk bilik” Haikal memandang, kali ini suaranya serius.
“Alah, dia bukannya kacau awak pun. Dia ada sangkar. Nanti saya letaklah dalam sangkar dia balik”.
“Aku tak suka”.
“Saya suka”.
Haikal melepas nafas. Kalau berlarutan begini, nampaknya tidak dapatlah dia tidur malam. Sudahlah hampir jam 2.00 pagi. Beel!
“Dia tak kacau awak. Awak tak kacau dia. Ok?”
Haikal mengetap bibir. Sudahlah dia memang tidak sukakan haiwan, ditambah pula dengan sikap Beel yang kononnya sayang sangat dengan hadiah Safwan itu.
“Mandilah. Saya nak tidur”.
“Kau ni …”
Beel membuat muka bersahaja. Langsung Wanwan didukung dan diletakkan kembali di dalam sangkar yang terletak di atas lantai.
Langsung lampu ‘kawasan’nya ditutup dan dia menarik selimut menutupi seluruh tubuh kecuali muka. Membelakangkan Haikal yang sedari tadi menjadi penonton setia.
Haikal melepas nafas. Langkah diatur ke bilik air. Pintu ditutup sekuatnya menandakan dia marah pada Beel. Namun dia tahu, Beel pastilah langsung tak kisahkannya.

##########

Songkok yang berada di atas kepala dibetulkan. Sesudah merasakan dia berada dalam keadaan kemas, dia menoleh memandang Beel yang sedang memakai telekungnya.
Beel melangkah berjalan ke arah pintu sebaik siap bertelekung.
“Oi”.
Beel menghentikan langkahnya. Memandang Haikal yang memanggil, sekalipun cara penggilannya tidak berapa disukai Beel.
“Tak nak solat jemaah ke?” Haikal memandang. Sejak mereka berkahwin belum pernah dia mengimami Beel. Selalunya Beel pasti akan berlari keluar sebelum dia sempat berkata apa-apa.
Berbagai alasan yang Beel berikan. Itu ini. Mahu bersolat bersama Kak Nia. Mahu minum air. Mahu itu, mahu ini. Kadang-kala Beel sanggup masuk ke bilik air semula kerana tidak mahu menjadi ma’mumnya.
Beel memandang dengan kerutan dahi. Mimpi apa Haikal, tiba-tiba mengajaknya solat jemaah?
“Tak sihat ke? Nanti saya minta ubat dekat Kak Nia”.
Haikal mendiamkan diri. Hanya memandang Beel yang melangkah keluar dari bilik. Nafas dilepas. Sejadah dicapai dan dia mula menunaikan solat Subuh.

##########

Fah ketawa mengekek mendengar kata-kata Beel. “Biar betul kau ni”.
“Iya. Aku rasa pak cik longkang tu dah buang tebiat kut” Beel mundar-mandir di tepi kolam ikan rumah Haikal.
Fah menjauhkan telinga dari telefon bimbitnya buat beberapa saat. Dia yang sedang berbaring ketawa lagi. Kembali menyambung perbualan dengan Beel.
“Kenapa gelak?” Beel menyoal, sambil tangannya memegang telefon bimbit tangan sebelah lagi setia mendukung Wanwan.
“Entah. Rasa kelakar”.
Beel mencebik. Dia masih lagi mundar-mandir sambil matanya sekali sekala dijeling ke dalam kolam ikan.
“Tapi Beel, patutnya kalau dia ajak kau solat jemaah, kau imamkanlah dia. Tak de hal pun kan?”
Beel melepas nafas. Malas sudah mahu bertekak soal solat jemaah ini. Wanwan di dukungan yang sudah berdiam sedari tadi di pandang.
‘Bosan ke?’ Beel menyoal Wanwan dengan bahasa hatinya.
Langsung Wanwan dilepaskan. Dibiarkan mencari hala tujunya sendiri. Wanwan berlari mengelilingi Beel pada mulanya. Dan selepas itu, Beel sendiri tidak tahu ke mana perginya.
“Jangan main jauh-jauh!”
Fah mengerut dahi mendengar ‘pesan’ Beel. “Cakap dengan siapa?”
“Wanwan”.
Fah diam seketika. “Arnab yang abang hadiahkan tu?”
“Ha’ah. Kan abang Wan yang hadiahkan, jadi aku namakan dia Wanwan”.
Fah tergelak kecil. “Comel nama tu”.
“Macam tuannyalah”.
Beel mula mengalih topik perbualan mereka. Hinggalah ke soal belajar dan mereka berbual panjang.
Beel menekan butang merah pada telefonnya. Dahi berkerut mendapati Wanwan masih tiada. Beel mula diserang rasa tidak sedap hati.
“Wanwan. Wanwan”.
Tiada jawapan. Arnabnya hilang entah ke mana. Beel mencari lagi namun dia dikejutkan dengan jeritan Kak Nia dari kawasan hadapan.

###########

Haikal membetulkan cermin belakang pada keretanya. Setelah pasti tiada apa di belakang, gear diletakkan di ‘reverse’ dan dia mula mengundur.
“En.Haikal!”
Brek kaki ditekan. Suara Nia mengejutkannya. Sekilas Nia dipandang dari dalam kereta. Apa yang tidak kena?
“En.Haikal langgar arnab” Nia memandang arnab yang dihadiahi Safwan kelmarin.
Haikal membulatkan mata mendengar kata-kata Nia. Langsung dia turun dari kereta dan melihat tayar belakangnya.
Darah yang mengalir keluar dari sang arnab hampir memenuhi tayarnya. Haikal mendiamkan diri. Buntu, tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Beel berlari dari tempatnya menuju ke arah suara Nia. Berkerut dahi memandang Wanwannya yang sudah berlumuran darah digilis tayar Porsche milik Haikal.
“Wanwan …” langkah Beel longlai menuju ke arah Wanwan.
Nia berlari anak menuju ke dalam rumah dan mengambil sehelai selimut kecil. Kemudian ia diberi pada Beel yang setia di tayar kereta.
Beel mengetap bibir memandang Haikal. Selimut huluran Nia disambut dan dia membalut tubuh Wanwan. Air mata yang mengalir diseka perlahan.
Haikal ingin melangkah mengekori Beel. Menyatakan ketidaksengajaannya terhadap apa yang berlaku. Namun langkahnya mati bila melihat air mata Beel yang mengalir.
Beel berlari anak meninggalkan Nia dan Haikal. Wanwan dipeluk erat. Tidak sedar pakaiannya turut terkena darah Wanwan kerana eratnya pelukan.
Wanwan akan dibersihkan dan ditanam di kebun kecil milik kakak ipar Kak Nia.

#########

Syakir beriringan keluar pengetua universiti yang menjadi tempat sumbangan Keluarga Sdn. Bhd. seterusnya.
“Macam mana dengan dokumen hari tu?” Syakir menoleh memandang pengetua sekilas.
Pengetua menguntum senyum. “Dah siap, nanti saya akan emelkan salinannya. Boleh En.Syakir ikut saya ke pejabat untuk ambil dokumen asal?”
Syakir mengangguk. Melangkah mengikuti pengetua Universiti Lim Kok Wing itu.
Syakir tersenyum memerhati fail-fail pelajar baru yang tersusun di atas meja. Sambil memerhati, dia mengambil tempatnya di sofa.
“Nur Sofwah Hisyam?”
Pengetua memandang. “Tu fail pelajar baru untuk 2015”.
Syakir mengangguk tanda memahami. Jadi Fah belajar di Universiti Lim Kok Wing. Dia tersenyum sendiri. Memang berjodoh benar mereka berdua.

#########

Haikal melangkah ke arah Beel yang sedang menimbus tanah. Sepohon kecil diletakkan di atasnya bagi menandakan ia ‘kuburan’ Wanwan.
“Wanwan .. Ada jodoh Wanwan jadi arnab Beel lagi tau”.
Haikal mengetap bibir. “Beel”.
Beel menoleh ke belakang. Terlihat Haikal yang ingin mengambil tempat di sebelahnya.
“Aku .. Saya ..”
Beel melepas nafas. Dia bangun berdiri dan meninggalkan Haikal sendirian. Sesungguhnya langsung tak punya ‘mood’ mahu melayan Haikal.
Haikal meletakkan jambak bunga yang dibawanya di atas kubur Wanwan. Apa yang harus dia lakukan supaya Beel tidak memarahinya lagi?
Sudahlah esok dia harus ke Kuwait. Beel juga belum diberitahu sedangkan tiket sudah dibeli. Haikal melepas nafas lagi.
“Adoi” keluhan dilepaskan.

DILARANG NIKAHI AKU – 26

Tangannya mengurut dada yang terkejut mendengar bunyi pintu yang terhempas. Beel menoleh memandang Haikal yang baru masuk ke bilik.
“Datang bulan ke?” Beel menyoal namun lebih pada diri sendiri.
Haikal menahan amarah di dada. Sakit benar hatinya mengenangkan peristiwa di hospital tadi.
Beel yang malas melayan mood Haikal melangkah ke pintu. Lebih baik dia keluar mencari Kak Nia. Kebetulan juga perutnya lapar, bolehlah dia meminta Kak Nia memasak sesuatu buatnya.
Haikal berlari anak dan menarik tangan Beel. Beel mengerut dahi melihat tangannya yang sudah berada dalam genggaman Haikal.
“Dah kenapa?” Beel menarik tangannya dari pegangan Haikal.
“Kau pergi hospital tadi kan?”
Beel mengangguk. Haikal menarik nafas sedalamnya. Tadi dia pergi ke hospital untuk mengetahui apakah benar Beel pergi dengan Safwan atau tidak.
Tapi melalui kantin, dia sudah tidak perlu bertanya pada kaunter jururawat. Alangkah sakit hatinya melihat Beel dan Safwan bermesraan di kantin.
Awalnya dia fikir mereka pergi bertiga. Namun lama memerhati tiada pula Fah di mana-mana. Malah yang menyakitkan hati dan mata adalah .. Dia melihat dengan mata sendiri Beel menyuap makanan pada Safwan.
“Awak sendiri dah tahu yang saya nak pergi hospital. Dan saya rasa awak sendiri tahu, yang pak long dengan mak long dah pindahkan Kak Su ke Negeri Sembilan tapi awak tak cakap apa-apa dengan saya” Beel memandang Haikal dengan mata kecewanya. Namun nada suara masih rendah.
Haikal menggenggam penumbuk. “Tu hal lain. Kau ingat lagi tak yang kau ni ada suami? Kau bermesraan dengan orang lain kat tempat awam tak malu? Bercinta bagai nak rak sampai terlupa kau tu bini orang!”
Beel mengeluh. Dia letih. Benar-benar letih. Sejak mereka menjadi suami isteri tidak ada satu hari mereka tidak bergaduh. Bermacam hal yang menjadi punca.
Tapi malam ini lain. Haikal marah kerana sesuatu yang tidak berlaku. Bila masa pula dia bercinta bagai nak rak ni?
“Diam, maknanya betulkan?” Haikal sengaja menaikkan kemarahan Beel.
Beel memandang. Lama dia berfikir, hari ini dia cuma keluar bersama abang Wan dan Fah. Takkanlah lelaki yang dikatakan Haikal adalah abang Wan?
Beel menarik nafas. Dia rasa dia sudah tahu sebabnya. “Awak ikut saya pergi hospital?”
“Aku tanya kau sedar tak yang kau tu bini orang?”
Beel mengetap bibir. Padanya perkataan bini itu lebih rendah dari isteri. Nafas ditarik sedalam. “Ok. Awak ikut saya pergi hospital, awak nampak kita orang makan kat kantin. Awak nampak saya suap abang Wankan?”
Haikal mengalih pandangan. Tidak lagi memandang Beel.
“Saya pergi dengan Fah. Fah ada sekali, tapi dia pergi tandas. Kalau awak nak tahu, Fah memang masuk tandas lama. Fasal suap-menyuap tu, saya cuma bagi abang Wan rasa makanan saya. Saya sendiri makan guna tangan, tak guna sudu. Sudu cuma guna untuk suap abang Wan je. Tu pun cuma sekali. Tapi yang awak marah sangat kenapa?”
Haikal mendiamkan diri. Beel menggeleng-geleng. “Saya dengan abang Wan kenal dari kecil. Dia sendiri dah anggap saya macam Fah. Kalau suap-menyuap tu yang buat awak tak terkawal sekarang ni, saya minta maaf walaupun awak sepatutnya dah tahu, saya dengan abang Wan dah macam adik-beradik”.
Beel berhenti sebentar. Mengapalah pergaduhan seperti ini harus berlaku? Bukan sehari dua, tapi setiap hari. “Tapi apa hak awak nak halang saya keluar dengan siapa? Saya ada hak sendiri untuk tentukan dengan siapa nak keluar”.
Haikal memandang Beel kembali. Matanya jelas menyalakan api kemarahan. Namun Beel berlagak normal. Dia sudah mula terbiasa dengan sikap Haikal yang mudah berubah angin.
“Apa hak saya? Baik, mulai hari ni saya sebagai suami awak, yang ada hak mutlak sepenuhnya atas diri awak, haramkan awak keluar dari rumah ni tanpa izin saya!”
Beel mengerut dahi. Kepalanya tergeleng-geleng dengan kata-kata Haikal. “Kalau awak marah saya keluar dengan abang Wan, awak boleh cakap je. Tak perlu nak berdolak-dalih itu ini. Tak munasabah langsung!”
Haikal membulatkan matanya mendengar kata-kata Beel. Namun Beel lebih laju membuka pintu dan beredar sebelum Haikal sempat meneruskan kata-katanya. Haikal duduk di atas sofa. Apa yang telah dia lakukan?
Langkah Beel terhenti bila ternyata Nia berada hampir dengan pintu bilik mereka. Nia yang memegang bakul baju meletakkan bakul baju itu di atas lantai.
“Cik Beel”.
“Kak Nia dengar?”
Nia mengangguk. Beel melepas nafas. Kak Nia dipandang. “Kak Nia dah habis kerja kan?”
Nia diam. Beel tersenyum nipis. “Beel nak tidur dengan Kak Nia boleh?”
Nia mengangguk lambat-lambat. Beel tidak menunggu, langsung tangan Nia ditarik beredar dari situ.

###########

Fah tersenyum memandang kalendar bulan Disember. Tinggal beberapa hari saja lagi. Nampaknya dia sudah boleh mula merancang.
Apa yang harus dilakukan? Lokasinya sudah tentulah di rumah Haikal kerana itu adalah rumah Beel sekarang.
Tidak sabar rasanya menanti hari itu. Esok, bolehlah dia mengajak abang ke Villa An untuk berbincang dengan opah soal persiapan majlis hari lahir Beel.

##########

Nia yang baru keluar dari bilik air memandang Beel yang terbaring di atas katil. Dia yang tahu Beel masih berjaga duduk di atas katil.
“Kalau Cik Beel nak menangis, Cik Beel menangislah”.
Beel duduk. Nia dipandang. “Beel tak de rasa nak menangis langsung. Rasa nak marah adalah. Apa punya orang macam tu, semua benda tak nak cakap terus-terang. Tahunya marah-marah. Tak munasabah, macam budak kecil tu. Tak munasabah”.
Nia ketawa kecil melihat Beel membebel. Beel diam seketika. Kalau tidak silapnya, sebelum ini Fah selalu mengatakan dia tidak munasabah. Takkanlah perangainya sebelum ini seperti Haikal tadi?
Beel menggeleng. Tak mungkin dia punya sikap seteruk itu. Tak mungkin, tak mungkin.
“Mungkin .. En.Haikal cemburu cuma dia tak nak cakap” Nia menyatakan pendapatnya. Iyalah, suami mana yang tidak marah jika melihat isteri sendiri bermesra dengan lelaki lain?
Beel ketawa. Memandang Kak Nia dan ketawa lagi. Kemudian berhenti seketika dan ketawa lagi. “Simpang 44 malaikat dia nak cemburu. Kelakarlah Kak Nia ni”.
Nia memandang dengan terpinga-pinga. Dia bler sedikit. Mengapa pula simpang 44 malaikat? Bukankah ia lumrah di alam perkahwinan?
Beel menarik nafas. Moodnya sudah baik semula. Hasil teori Kak Nia yang langsung tak logik. “Beel dah ok. Jom tidur, Beel mengantuk”.

##########

“Ya papa”.
“Jangan lupa. Papa minta maaf sebab tak boleh turun buat masa ni. Jadi Haikal dengan Beel kena datang sinilah. Papa dah cakap dengan En.Fahad. En.Fahad pun akan turun hujung minggu ni”.
“Ok”.
“Baguslah kalau macam tu. Nanti apa-apa kamu call papa balik”.
“Ok papa”.
“Assalamualaikum”.
“Waalaikumussalam”.
Haikal memandang telefon bimbitnya. Bagaimanalah dia boleh terlupa? Sebaik saja usia pernikahannya mencecah seminggu, dia harus bertemu semula dengan En.Fahad.
Namun kali ini, isterinya perlu ada bersama. Dia harus membawa Beel pulang ke Kuwait pula. Mama masuk hospital kerana asthmanya menyerang.
“Pagi”.
Haikal menoleh ke belakang. Melihat Beel yang melangkah ke meja makan. Mengucapkan selamat pagi pada Nia yang sedang menatang dulang berisi jus durian belanda kegemarannya.
Beel membuat muka bersahaja, tersengih memandang Nia dan menghulur pinggan. Nia tersenyum sambil mencedok kue tiau goreng yang menjadi menu sarapan pagi itu.
Haikal menarik nafas. Bagaimana harus dia memberitahu Beel? Atau dia hanya perlu memberi Beel tiket kapal terbang nanti?
“Nak pergi mana?” Beel menarik tangan Nia.
Nia tersenyum. Ini mesti berkaitan dengan pergaduhan malam tadi. “Ada kerja lagi kat dapur”.
“Sarapanlah sekali” Beel memandang dengan wajah penuh mengharap.
Haikal melepas nafas. Jelaslah Beel melakukannya terang-terangan, takkanlah dia tidak tahu. Mengapalah Beel perlu berbisik segala bagai?
“Kak Nia ..” Beel mula merengek.
“Akak ada kerja lagi kan?” Haikal memandang. ‘Mengusir’ Nia berserta strategi. Kalau tidak ada Nia, lebih mudah untuk dia berbicara dengan Beel soal ke Kuwait nanti.
Nia mengangguk mengiakan. Dia menguntum senyum pada Beel dan berlalu ke dapur. Beel menghentak meja. Tahu bahawa Haikal sengaja meminta Nia beredar dari ruang makan.
Beel memulakan suapannya selaju mungkin. Dia kalau boleh tidak mahu berkata sepatah pun dengan Haikal. Lagi pun, dalam hal ini dia tidak bersalah.
Haikal memandang Beel yang bagai orang kelaparan. Entah bagaimana, Beel tiba-tiba tersedak. Membuatkan Beel terbatuk-batuk.
Haikal menghulurkan air masak buat Beel namun tangan Beel lebih cepat mencapai jus durian belandanya. Haikal menarik semula hulurannya.
Beel memandang Haikal sekilas dan meneruskan suapan. Haikal akhirnya membisu, merasakan Beel masih marah atas ‘arahan’nya semalam.
Suasana ruang makan sunyi sepi bagai tiada orang. Nia yang mengintai dari balik dinding mengeluh. Tidak adakah salah seorang yang bakal mengalah?

########

“Macam tak sihat je” Safwan meneliti wajah Beel yang padanya kelihatan agak muram dan tidak bermaya.
Beel menggeleng. “Beel ok”.
Fah mengerut dahi melihat wajah Beel. Pipi Beel dipegang menggunakan kedua tangannya. “Nampak pucatlah”.
Beel menepis tangan Fah dan menguntum senyumnya. Safwan mendekati, cuba menyentuh dahi Beel namun Beel mengelak bila teringat tindakan Haikal malam tadi.
Fah mengerut dahi melihat Beel. Apa yang tidak kena? Selalunya Beel biasa-biasa saja dengan abangnya. Safwan turut memandang Beel. Apa yang berlaku?
Beel membuat wajah bersahaja. Namun keluhan kecil dilepaskan. Apakah perlu dia mengelak sebegini?
Fah berdehem menyedari situasi aneh itu. “So, dah berapa lama kau tak tengok opah?”
Beel melentokkan kepala di bahu Fah. Fah membuat gaya bagai emak tiri. Beel ditarik hingga mereka duduk pada buaian yang tersedia di laman itu. Safwan mengikut dari belakang.
“Opah kata sejak kau kahwin ni, tak balik langsung tengok dia” Fah memandang Beel di sisinya.
Beel mengangguk. Wajah Safwan yang duduk di hadapan mereka dipandang. “Abang Wanlah ni, tak nak bawa Beel balik rumah”.
Safwan mengerut dahi. “Salah abang Wanlah ni?”
Beel mengangguk penuh semangat. “Beel ni, kalau ikutkan hati, sekarang juga nak pack barang balik rumah. Haish..”
Safwan ketawa kecil mendengar kata-kata Beel. Fah mencubit lengan Beel. “Dah kahwin, buatlah perangai isteri orang”.
“Tulah masalahnya!” Beel memandang Fah bagai melepas kemarahannya pada Haikal.
Fah menggeleng-geleng. “Opah kata, majlis hari lahir kau lagi tiga hari, kita buat kat sinilah. Nanti dia datang”.
Beel memandang Fah. Tangan mengira-ngira hari dan tarikh. Dia ketawa sendiri melihat Fah dan Safwan bersilih ganti.
“Nak 30 Disember dah rupanya. Tak sedar langsung”.
Fah mencebik. Kepala Beel diluku perlahan. Tidak sabar rasanya menanti hari itu tiba. Dia juga tidak sabar melihat reaksi Beel membuka hadiahnya nanti.

#########

Syakir bergegas berlari ke arah gadis yang dilihatnya tadi. Langkahnya menahan gadis bertudung itu.
“Assalamualaikum”.
Fah menguntum senyum. “Waalaikumussalam. Macam mana boleh..”
“Kebetulankan?”
Fah mengangguk. Boleh pula mereka terjumpa di stesen minyak Petronas saat ini?
“Awak sihat?” Syakir memandang Fah lama.
Fah mengangguk. Dia tidak boleh lama kerana Safwan sudah menunggu di dalam kereta. “Saya nak ..”
Syakir menanti ayat Fah yang tergantung. Fah tersenyum teringat majlis hari lahir Beel yang bakal berlangsung. “Jemputlah datang majlis hari lahir Beel nanti”.
“Birthday Beel?”
Fah mengangguk. “30 hari bulan ni”.
Syakir mengangguk. Kemudia menggeleng. “Saya ada kerja hari tu. Tak boleh pergilah nampaknya. Tapi, saya pergi dengan Haikal. Haikal tak tahu ke?”
Fah hanya tersenyum. Soal Haikal, dia tidak berani masuk campur. Menyebut nama Haikal juga sudah membuatkan Beel melenting. Bagaimanalah keadaan mereka di rumah?
“Fah” Syakir memanggil.
Fah memandang. “Saya pergi dulu. Abang tengah tunggu kat luar. Assalamualaikum”.
Syakir melihat Fah beredar keluar dari pintu. Keluhan dilepaskan. ‘Nak cakap fasal Beel je? Tanya khabar aku pun tak’.

###########

Beel melihat dirinya di hadapan cermin. Kata opah, dia harus memakai baju kurung untuk majlis hari ini.
Baju kurung berwarna hijau daun pisang itu adalah baju rayanya dua tahun lepas. Namun dia tidak pernah memakainya.
Sebenarnya semua baju kurung ditinggalkan di rumah opah. Baju kurung yang dipakainya ketika ini pun opah yang membawanya.
Beel melepas nafas. Sebenarnya mahu saja dia bergaduh dengan opah, tidak mahu memakai baju kurung ini. Tapi mengenangkan dia sudah lama tidak bertemu opah, dibatalkan saja niatnya itu.
Pintu bilik yang terbuka membuatkan Beel kaku di hadapan cermin. Haikal masuk sambil membawa briefcasenya. Kelam-kabut membuka laci mengambil fail yang tertinggal.
Beel terkedip-kedip di tempatnya. Haikal menoleh dan melihat Beel yang berdiri kaku bagaikan patung.
“Kata ada kerja”.
Haikal mengangguk. Awalnya dia tersenyum melihat penampilan Beel. Namun, tidak lama tawanya meledak bagai gunung berapi.
Beel mengetap bibir. Tahu sangat Haikal sedang ketawakan penampilannya. “Kau pakai macam ni cantiklah. Aku suka, macam badut!”
“Pak cik longkang!” Langsung bantal di atas katil dicapai dan dibaling ke arah Haikal.
Haikal ketawa lagi. Sempat dielak balingan Beel. Dan Beel membaling lagi. Haikal ketawa lagi. “Badut!”
Segera dia mencapai briefcasenya dan berlari keluar. Beel melepas nafas. “Tak habis-habis nak sakitkan hati orang!”