DILARANG NIKAHI AKU – 18

“Cik Beel!” Irah mengetuk-ngetuk pintu bilik Beel. Mengapa Beel masih belum bangun-bangun? Jam dinding dipandang sekilas.
Sudah pukul 8.00 pagi, lagi sejam rombongan pengantin lelaki akan sampai. Manalah pergi Cik Beel ni? Selalu tidak pernah pula dia mengunci pintu bilik.
“Macam mana?” Puan Sri Normah muncul di sisi Irah.
Irah menggeleng. “Saya pun tak tahu puan sri”.
“Beel, Beel, Beel!” Puan Sri Normah mengetuk pintu bilik Beel namun masih tidak berjawapan.
Puan Sri Normah membebel sendiri. ‘Beel, Beel. Dah pesan, lepas solat Subuh siap terus. Kalau tidur balik, memang susahlah nak bangun!’

#########

Beel membuka matanya perlahan. Dia menggeliat. Bising benar suasana pagi ini. Langkahnya diatur penuh kemalasan menuju ke pintu.
“Ya”.
“Tidur lagi?” Puan Sri Normah menampar pipi Beel perlahan.
“Beel mengantuklah opah. Opah kasilah Beel tidur. Sampai pukul 11.00 je … Nanti Beel bangunlah”.
Puan Sri Normah menggeleng-geleng. “Dah jangan nak merepek. Siap cepat! Hari ni majlis Kak Sulah!”
Beel membuka mata seluasnya. Mulutnya ternganga kerana terkejut. “Majlis Kak Su?”
Puan Sri Normah dan Irah saling berpandangan. Beel sudah menutup pintu bilik. Mencapai tuala di belakang penyangkut sebelah bilik air dan meluaru masuk. Kalaulah Kak Su tahu, pasti teruk dia dibebel nanti.
Puan Sri Normah memandang Irah. Bagaimanalah Beel boleh lupa tarikh keramat ini?
“Su macam mana?”
Irah diam seketika. “Mak andam dengan orang butik dah sampai. Tadi rasanya tengah ketuk pintu bilik lagi”.
Puan Sri Normah mengerutkan dahi. Ketuk pintu bilik lagi? Takkanlah Suraya juga lupa hari ini hari perkahwinannya?

##########

“Macam mana anak papa hari ni?” Hazan memimpin tangan Humaira’ masuk ke dalam bilik Haikal.
Haikal senyum melihat papa dan mama yang sentiasa bahagia. Agaknya cinta mereka memang sentiasa punya sikap tolak ansur dan saling memberi peluang. Kerana itulah kebahagiaan mereka berkekalan walau seorang di Malaysia seorang di Kuwait.
Humaira’ mengambil tempat di sisi Haikal yang baru duduk di atas katilnya. “Anak mama ok?”
Haikal ketawa kecil. Entah mengapa, mendengar mama berbahasa melayu suatu yang kelakar. Mujur dia sudah terbiasa dari kecil, jika tidak mungkin sudah ketawa berguling di lantai.
“Mama tengok Haikal ok tak?”
Humaira’ menarik nafasnya. “Kahwin bukan perkara yang boleh dibuat main. Haikal kena bersedia mental dan fizikal. Do you understand?”
Haikal memgangguk. Tubuh mama dipeluk seeratnya. “Thank you mama”.
Syakir melihat dari luar. Keluarga drama! Langkah diatur laju menuju masuk ke dalam bilik Haikal. “Pak cik, mak cik, kita kena pergi dah ni. Dah 8.45 pagi”.
Hazan dan Humaira’ mengangguk serentak. Dan Haikal memaut tangan mamanya keluar beriringan dari bilik.

##########

“Su belum bangun lagi?” Puan Sri Normah menyoal Sakinah dan Mak Jah yang masih sibuk mengetuk pintu bilik.
Sakinah memandang mertuanya. “Belum ibu. Tak tahulah kenapa dengan Su ni”.
Puan Sri Normah memandang Irah di sebelahnya. “Irah, pergi ambil kunci spare”.
Irah mengangguk dan berlari anak masuk ke bilik luar Puan Sri Normah. Puan Sri Normah menanti penuh kesabaran. “Dah berapa lama kamu tunggu kat sini?”
“Ibu, saya risaulah” Sakinah memandang wajah Puan Sri Normah.
Puan Sri Normah mundar-mandir di hadapan bilik Suraya. Atau jangan-jangan, Suraya sudah tahu bahawa perkahwinan ini adalah aturan keluarga? Suraya memang benci dirinya disusun sana sini, dia lebih suka membuat keputusan sendiri.
Tapi bagaimana pula Suraya boleh tahu? Takkanlah Haikal yang memberitahu? Puan Sri Normah cuba membuka pintu bilik Suraya, ia tidak berkunci.
Sakinah mengerutkan dahi. Pintu tidak berkunci? Bukankah Suraya memang gemar mengunci pintu? Apa yang tidak kena?
“Puan sri” Irah menghulurkan kunci bilik kepada Puan Sri Normah. Puan Sri Normah hanya memandang. Irah diam bila mendapati pintu bilik sudah terbuka.
Sakinah menerpa masuk setelah pintu terbuka. “Su, Su”.
Puan Sri Normah mengerut dahi. Tiada orang? Ke mana Suraya pergi? Dia membantu Sakinah mencari puterinya. Irah dan Mak Jah kelam-kabut mencari. Menyelak dan membuka semua pintu.
Ternyata bilik itu kosong. Suraya tiada. Sakinah menarik nafas sedalam mungkin. “Su pergi mana?”
Puan Sri Normah menggeleng-geleng kepalanya. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Takkanlah Suraya meninggalkan rumah tanpa memberitahu sesiapa pada hari perkahwinannya?
Irah mendekati Sakinah. “Maaf, Puan. Memang tak jumpa Cik Su kat mana-mana”.
Sakinah memandang Irah dengan mata yang sudah separuh terpejam. Dan akhirnya dia rebah, jatuh pengsan di tengah hiruk-pikuk kerana kehilangan Suraya.
Zamri berlari anak menaiki tangga. Ke mana pula isteri, ibu dan puterinya? Tetamu sudah mula berkumpul di bawah tapi pihak tuan rumah masih tidak kelihatan.
Dahi berkerut melihat keadaan bilik Suraya yang kelam-kabut. Apa yang tidak kena?
“Ibu” Zamri memanggil Puan Sri Normah.
Puan Sri Normah melepas nafas. Mak Jah membantunya duduk di sofa yang tersedia. “Puan sri”.
“Ibu, Su mana?” Zamri menyoal.
Mak Jah dan Puan Sri Normah hanya memandang. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Ketika itu, barulah Zamri sedar Sakinah terbaring di atas ribaan Irah.

###########

Haikal turun dari kereta dengan perasaan berdebarnya. Syakir di sisi ketawa melihat gelagat Haikal.
“Pengantin lelaki berdebar ke?”
Haikal mencebik. “Gila kau tak berdebar”.
Syakir mengangkat bahunya. “Kau yang buat keputusan ni. Kalau si Su tahulah yang kau belum lupakan Nab, mati kau agaknya”.
Haikal mengetap bibir. Kepala Syakir dilukunya. “Hari ni hari perkahwinan akulah. Mulut kau tu kasi ada insurans sikit boleh tak?”
Hazan berdehem melihat gelagat dua sahabat itu. “Jomlah masuk. Sekejap lagi, tok kadi sampai”.
Syakir tersenyum dan mempersilakan Haikal selaku pengantin lelakinya. Ketika itu, Pak Lan keluar berlari anak dari taman belakang.
Haikal dan Syakir berpandangan sesama sendiri. Mengapa Pak Lan tidak menggunakan pintu depan?
“En.Hazan”.
Hazan mengerut dahi memandang Pak Lan. “Ada apa?”
Pak Lan memandang Hazan dan Haikal bersilih ganti. Hazan melepas nafas. “Haikal, pergi masuk dengan Syakir dulu”.
“Ok”.
Hazan memandang Pak Lan. Humaira’ masih di dalam kereta. Manakala keluarga Humaira’ pula sudah masuk ke dalam Villa An.
“Puan sri nak jumpa”.
Hazan mengerut dahi lagi. “Nak jumpa?”
Pak Lan mengangguk. “Sila ikut saya”.
Hazan diam tapi menurut. Ada sesuatu yang berlakukah?

##########

Beel menyarung sweater kelabu gelap pada tubuhnya. Begitu juga seluar jeans yang terdapat di dalam almari. Hanya memakai saja, bila tiba masa nanti dia akan bertukar memakai baju kurung.
Lagi pun, dia sudah berjanji dengan Kak Su semalam tidak akan merosakkan majlis perkahwinan Kak Sunya itu.
Beel melangkah keluar dari bilik. Membelok ke kiri melihat kalau ada sesiapa. Tidak ada orang. Pasti semuanya sudah berada di bawah.
Beel melepas nafas. Kepalanya dihalakan ke arah tangga. Beel mengintai kalau-kalau sudah ramai tetamu yang tiba.
Dia berjalan perlahan menuju ke bilik opahnya. Rasanya opah masih di dalam bilik. Tombol pintu bilik opah dipulas perlahan.
“Habis, nak buat macam mana ni?”
Beel mengerut dahi. Itukan suara pak long, mengapa pak long masih di bilik opah? Bukankah dia sepatutnya menemani Kak Su di bawah? Menunggu kehadiran tok kadi.
“Mak cik tahu tak apa yang terjadi sebenarnya?”
Beel maju melangkah mendengar suara pak cik Hazannya. Ada sesuatu yang tidak kena.
Bila tombol pintu bilik opah bergerak menandakan ada yang akan masuk, Beel langsung menyorok di belakang langsir.
Ternyata itu mak long. “Ibu, nak buat macam mana ni? Tetamu dah ramai yang datang. Nak batalkan pun tak boleh dah. Wartawan semua dah berkumpul. Kejap lagi, sampailah tok kadinya”.
Beel mengerut dahi. Tanpa sedar, rupanya dia sudah keluar dari balik langsir dan menyertai mereka.
Puan Sri Normah membulatkan mata melihat Beel di belakang Zamri. Begitu juga Hazan. Dia memandang Sakinah dan berkata, “Kamu lengahkan dulu majlis kat bawah tu. Panggil Haikal naik atas”.
Sakinah mengangguk dan beredar. Namun sempat dia menjeling Beel. Perbincangan orang dewasa pun mahu campur.
“Beel, belum siap lagi ke?” Puan Sri Normah memandang cucunya.
Zamri menoleh. Bila melihat wajah Beel, langsung dia tersenyum. Hazan mengerut dahi melihat senyuman Zamri. “Ibu lupa ke ibu ada dua orang cucu perempuan?”
Beel diam. Apa yang dimaksudkan pak longnya dia juga tidak tahu. Hazan mendengus. “Tak boleh. Beel masih muda, saya tak nak hancurkan masa depan dia”.
Zamri senyum sinis. “Masalahnya Su dah lari. Lagi pun, Su dengan Haikal pun bukanlah sayang sangat antara satu sama lain. Apa salahnya ganti Su dengan Beel?”
Beel memandang pak longnya. “Apa yang pak long cakap ni?”
Puan Sri Normah memandang Zamri. “Beel keluar dulu sayang”.
Beel menggeleng. “Kak Su dah lari ke?”
Puan Sri Normah memandang Beel. “Beel keluar dulu”.
“Kalau Kak Su lari, batalkan je lah majlis ni. Bukan susah pun. Kan opah?”
“Oi budak”.
Beel terdiam. Matanya diangkat memandang ke atas. Terlihat Haikal sudah terpacak di hadapannya. Haikal mengambil tempat di sisi Hazan.
“Kamu setuju kalau kahwin dengan Beel?” Zamri membuka suara.
“Pak long!”
Haikal mengerutkan dahi dan memandang papa. Hazan sudah menekup muka. Otaknya sudah bersimpul untuk memikirkan jalan keluar.
“Batalkan je” Beel memandang Zamri.
Haikal menggenggam penumbuknya. “Senangnya kau cakap. Habis wartawan yang berlambak kat bawah tu, kau nak buat apa? Tetamu yang dah macam sardin tu nak campak kat mana? Family aku yang turun dari Kuwait, kau nak suruh aku cakap apa kat dia orang?”
Beel mencebik. “Cakaplah pengantin perempuan lari. Susah? Pengantin perempuan lari”.
Haikal menggeleng kepalanya. Malas mahu melayan Beel. Silap hari bulan, pecah bilik opah kerana marahnya. “Tulah, perempuan semua sama je. Tak de yang boleh dipercayai langsung”.
“Hei! Mulut tu elok-elok sikit tak boleh? Cakap ikut suka hati je. Cubalah fikir balik, mana tahu Kak Su lari sebab tak tahan dengan perangai playboy awak tu. Ingat Kak Su tu bodoh sangat ke nak percayakan awak 100% ?”
Haikal berdiri memandang Beel. “Ok. Opah, Haikal setuju kahwin dengan budak kecil ni!”
“Gila! Siapa nak kahwin dengan awak?” Beel mencebik.
“Eh, sepatutnya aku yang kena cakap ayat tu”.
“Habis siapa yang kata setuju tadi?”
“Beel, Haikal” Puan Sri Normah memandang keduanya.
Beel terdiam. Begitu juga Haikal. Zamri dan Hazan memandang Puan Sri Normah. Puan Sri Normah menarik nafasnya sedalam mungkin.
“Beel dengan Haikal keluar dulu. Biar yang tua-tua ni bincang dengan aman boleh?”
Beel memandang Haikal dan menjelir lidahnya. Kemudian tersenyum memandang opah. “Boleh”.
Puan Sri Normah mengusap pipi Beel. Dan Haikal juga ikut keluar setelah Beel beredar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s