DILARANG NIKAHI AkU – 24

“Ya”.
“Macam tulah doktor cakap. Kalau Haikal ada masa, Haikal datanglah tengok Su”.
“Ya pak cik”.
“Lagi satu ..”
Haikal diam menanti kata-kata seterusnya dari Zamri.
“Fasal majlis perkahwinan Beel dengan Haikal …”
“Ya?”
“Boleh Haikal rahsiakan dari Su?” Zamri menyoal, meminta kerjasama agar keadaan puterinya tidak bertambah teruk.
“Boleh. Pak cik jangan risau”.
“Oklah. Tu je pak cik nak cakap. Jaga diri”.
“Ok”.
Zamri menekan butang merah mematikan panggilan. Sakinah yang duduk di sisi katil Suraya memandang.
Zamri mengangguk tanda sudah berpesan pada Haikal. Sakinah mengeluh.
“Haikal pun satu, lepas majlis hilang terus. Patutnya ambil tahulah hal Suraya. Entah-entah, dia dah ada apa-apa dengan Beel tak?”
Zamri memandang isterinya. “Kalau ada apa-apa pun, kenapa kita nak masuk campur. Kan hal suami isteri”.
“Tapi Haikal tu sebenarnya bakal suami Su” Sakinah membidas. Dia sebenarnya langsung tidak bersetuju dengan apa yang berlaku. Tidak suka melihat kepunyaan Suraya menjadi milik Beel.
Zamri menggeleng-geleng. “Dahlah. Bangun nanti Su tu”.
Sakinah diam. Wajah Suraya dipandang. ‘Mama akan pastikan Su sihat. Lepas tu, kita rampas Haikal balik’.

##########

Dia bersandar pada kerusi kereta. Nafas dilepas. Suraya sudah sedar, namun mengalami trauma kerana diserang tempoh hari.
Apa yang harus dia lakukan? Untuk sementara ini, bolehlah dia melawat Suraya yang belum sihat. Tapi jika Suraya sudah tahu apa yang berlaku, dia pasti akan bertindak.
Dari pemerhatian Haikal, walau Beel berlagak konon membenci Suraya, hakikatnya dia menyayangi Suraya lebih dari dirinya sendiri.
Jika Suraya benar-benar mengambil tindakan, pasti yang terkorban adalah Beel. Haikal mengeluh.
Untuk apa hal yang belum berlaku difikirkan? Bila tiba masanya nanti, jalan keluar pasti akan ditemukan. Dia membuka pintu kereta dan turun dari Porschenya.
Baru Haikal perasan, kereta Safwan masih berada di tempat yang sama. Jam tangannya dipandang. Sudah pukul 6.30 petang, takkanlah Safwan masih belum pulang?
Laju kakinya melangkah masuk ke dalam rumah utama. Tiada sesiapa di ruang tamu. Haikal melangkah lagi. Mencari di mana keberadaan Beel.
Ternyata mereka bertiga sedang bergelak ketawa di tepi kolam renang. Fah langsung berdiri bila terlihat Haikal yang datang mendekat.
Beel mengerut dahi melihat Fah berdiri dan dia menoleh. Pabila melihat Haikal, langsung keluhan dilepaskan.
“Dah pukul 6.30 petang” Haikal memandang Beel.
Beel memandang. “Habis kenapa?”
Haikal mengetap bibir. Jawapan Beel selalu saja tidak seperti yang dia mahukan. “Tetamu awak ni tak reti balik ke?”
Fah dan Beel saling memandang. Haikal langsung berlalu masuk ke dalam semula. Beel memandang Safwan yang berada tidak jauh dari mereka.
“Abang Wan ..”
Safwan menguntum senyum. “Tak pe. Abang dengan Fah balik dulu”.
Beel tersenyum kelat. “Beel minta maaf”.
“Kenapa nak minta maaf? Beel dah jadi isteri orang sekarang. Yang pertama dan utama adalah suami. Bukan orang lain” Safwan memegang bahu Beel.
Fah mengangguk mengiakan kata-kata Safwan. Tubuh Beel dipeluk. “Sabar ye Beel. Aku balik dulu, nanti bila-bila aku boleh datang lagi”.
Beel memandang. “Kelas kau nak mula dah”.
Fah mengangguk. “Tak pe. Aku tetap akan datang jumpa bestfriend aku ni”.
Safwan tersenyum melihat Beel berpelukan dengan Fah. “Fah, jom”.
Fah melepaskan pelukannya. “Aku balik dulu”.
Beel mengangguk. Melihat Safwan dan Fah beriringan menuju ke rumah dan melalui pintu keluar. Beel berlari anak menuju ke biliknya.
“Awak” Beel memanggil Haikal yang sedang bersiap untuk masuk ke bilik air.
Haikal memandang. “Dah balik ke?”
“Awak tak de hak nak halau tetamu saya macam tu” Beel meninggikan suara. Tidak suka Haikal bersikap seperti yang dilakukan tadi.
Haikal melepas nafas. “Ni rumah aku. Mestilah aku ada hak nak halau sesiapa yang aku nak”.
“Tapi tu tetamu saya. Awak tak boleh buat macam tu dengan dia orang. Macam mana pun tetap tak boleh!”
“Kau sedar tak yang kau tengah cakap dengan suami kau?” Haikal mula geram bila Beel terus-terusan memarahinya.
“Habis kenapa? Awak nak saya anggap awak suami walaupun awak tak anggap saya isteri?”
“Nabilah!” Haikal sudah mula ikut meninggi suara.
Beel menarik nafas. “Saya tak suka awak buat macam tu! Bagi saya, Fah dengan abang Wan lagi penting dari awak”.
Haikal diam bila Beel mengeluarkan kata-kata begitu. Kata-kata Syakir di pejabat tadi terngiang-ngiang di telinga.
Mengapa dia bersikap begini? Apakah dia cemburu? Haikal mengerut dahi memikirkan kata-kata itu. Cemburu?
“Lagi satu, awak tak payahlah nak bersaya-awak depan orang lain. Baik awak guna je perkataan aku-kau yang awak dah biasa guna tu!” Beel memandang sekilas sebelum keluar dari bilik.
Haikal melepas nafas. Tidak, jangan berfikir. Itu hanya memberatkan fikirannya. Langsung kaki melangkah masuk ke bilik air.

##########

Safwan termenung sendiri walau komputer ribanya menyala. Dia masih memikirkan sikap Haikal padanya petang tadi.
Tanda itu .. Sepertinya Haikal tidak suka Beel mengajaknya datang ke rumah. Safwan tahu tetamu yang dihalau Haikal adalah dirinya. Hanya dirinya seorang dan bukan Fah.
Apakah Haikal cemburu? Kalau begitu, Haikal sudah pasti punya perasaan terhadap Beel. Apakah Haikal juga sama sepertinya?
“Abang”.
Safwan menoleh ke belakang. Terlihat Fah yang baru menuruni tangga.
“Abang tak tidur lagi?”
Safwan menggeleng. “Nak siapkan kerja sikit”.
Fah tersenyum dan mengambil tempat di sisi abangnya. “Tapi Fah tengok abang macam termenung je”.
Safwan menguntum senyum buat adik kesayangannya. Kepala Fah diusap penuh kasih sayang. “Tak de apa-apalah”.
Fah ikut senyum. Mata menumpu pula pada skrin komputer riba Safwan. Memang benar abang sedang menyiapkan kerja.

##########

“Beel nak balik”.
“Balik mana sayang? Rumah Beel sekarang kat sana. Dengan Haikal”.
“Opah” Beel mula merengek.
Puan Sri Normah tersenyum di talian. “Beel bergaduh dengan Haikal?”
“Opah, Beel nak balik. Beel tak sukalah hidup kat sini. Baru sekejap dah rasa macam 100 tahun!”
“Kalau Beel nak balik, kena minta izin Haikal dulu”.
“Kenapa?”
“Beel ,,” Puan Sri Normah memanggil lembut.
Beel berbaring dalam keluhan. “Opah. Beel nak balik. Beel tak …”
“Macam nilah” Puan Sri Normah memotong kata-kata Beel. Nafas ditarik sebelum dia meneruskan kata-kata. “Beel minta maaf dengan Haikal ye?”
Beel mengerut dahi mendengar kata-kata opah. “Minta maaf?”
“Nab dengar opah cakap ni”.
Beel terdiam. Minta maaf? Bukannya dia ada buat salah pun. Tambahan lagi, dia dan pak cik longkang bukannya suami isteri ‘normal’.
“Nab ..” Puan Sri Normah memanggil bila Beel berdiam diri.
“Ya”.
“Minta maaf dengan Haikal. Tak kira Beel suka atau tak, dia tetap suami Beel kan?”
“Ya”.
“Boleh tak? Janji dengan opah”.
“Ya”.
Puan Sri Normah ketawa kecil mendengar Beel mengiakan segalanya. “Beel marah opah ke?”
“Ya”.
“Beel marah opah?”
Beel mengetuk dahi. “Tak, Beel tak marah opah. Nanti Beel minta maaf dengan Haikal. Beel janji”.
“Bagus. Macam nilah cucu opah”.
Beel melepas nafasnya. Sesudah mengucapkan selamat tinggal dan keturunannya, butang merah pada telefon bimbitnya ditekan.
Teringat pada pesan opah satu ketika dulu. ‘Isteri yang baik tak akan buat suami marah’. Mahu saja Beel menjerit memberitahu dunia bahawa dia dan Haikal bukan menikah dengan rela, tapi secara paksa.
Tapi apa boleh dilakukan? Bak kata Fah, nikah paksa atau rela, nikah tetap nikah. Tetaplah Haikal itu suaminya.

##########

“Selamat pagi!”
“Pagi, Cik Beel”.
Beel menguntum senyum pada Nia yang sibuk menghidang sarapan di atas meja. Beel mengerut dahi melihat set sarapan hanya untuk seorang.
“Kak Nia” Beel memanggil Nia yang sedang menuang air teh o panas kesukaannya.
Nia memandang. “Ya?”
“Kenapa untuk seorang je?”
“En.Haikal dah keluar awal pagi” Nia tersenyum.
Beel memandang Nia dengan pandangan hairan. “Awal pagi?”
Nia mengangguk. “Akak pun tanya juga kenapa En.Haikal keluar awal sangat? Dia kata …”
Beel membulatkan mata bila Nia terhenti seketika. Apa yang Haikal bicarakan?
“En.Haikal kata Cik Beel tak nak tengok muka dia”.
Beel tersenyum kelat. Langsung dia menyumbat mee goreng ke dalam mulutnya. Bila masa pula dia kata tidak mahu tengok muka Haikal?
“Pak Abu ada ke?” Beel menyoal.
Nia menggeleng. “Abang keluar ambil kakak ipar. Dah boleh keluar hospital. Lepas tu mungkin balik kampung kejap. Nak hantar anak masuk asrama”.
Beel mengangguk dengan senyuman. “Kak Nia jomlah makan sekali”.
Nia menggeleng. “Akak ada kerja lagi”.
Beel tersenyum. Kata-kata Kak Nia terngiang di telinga. ‘En.Haikal kata Cik Beel tak nak tengok muka dia’. Mengada!

##########

Dia mengambil fail yang terdapat di atas meja dan melangkah menuju ke pejabat Haikal.
Syakir mengerut dahi bila bilik itu kelihatan kosong dari luar. Linda yang sedang membuat kerja di mejanya dipanggil.
“Linda”.
Linda memandang. “Kenapa?”
“Haikal tak masuk kerja lagi?”
Linda menggeleng. “Dia call tadi. Dia kata hari ni masuk kerja lewat sikit”.
Syakir mengangguk tanda memahami. Masuk kerja lewat? Ke mana pula perginya Haikal?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s