DILARANG NIKAHI AKU – 25

Tombol pintu bilik pesakit dibuka perlahan. Haikal menarik nafas sedalamnya.
Sakinah menoleh bila mendengar pintu terbuka. Fikirnya suaminya sudah tiba, rupanya Haikal datang melawat.
Haikal menguntum senyum pada Sakinah yang sedang membaca majalah di sofa. “Assalamualaikum”.
Sakinah menjawab salam perlahan. Haikal melangkah ke arah katil. Melihat Suraya yang masih nyenyak menidurkan diri.
“Haikal dari mana?” Sakinah menyoal.
“Rumah” Haikal menjawab sepatah namun mata masih tertuju pada Suraya.
Sakinah mengangguk. “Su belum sihat lagi. Doktor kat Su trauma”.
Haikal memandang Suraya. Ya, itulah yang diberitahu pak cik Zamri semalam. Dia melepas nafas sendiri.
“Su” Haikal memandang Suraya yang sudah celik matanya.
Suraya memandang wajah itu lama. Wajahnya yang tenang tiba-tiba berubah menjadi takut. Dia yang tadinya terbaring kini duduk sambil mengundur.
Haikal mengerut dahi melihat gelagat Suraya. “Su, kenapa ni?”
Sakinah langsung memandang. Membulat matanya melihat Suraya ketakutan. Langsung dia berlari keluar, mahu memanggil jururawat atau doktor.
“Su” Haikal memanggil, tubuh Suraya cuba disentuhnya.
Suraya menggeleng-geleng. “Jangan, saya tak nak ..”
Haikal menggaru kepala yang tidak gatal melihat Suraya mula mengalirkan air mata. “Su”.
“Jangan, jangan” Suraya makin berundur ke belakang.
Haikal mengerut dahi. Apakah ini yang dimaksudkan doktor dengan Suraya mengalami trauma? Apa yang menimpanya hingga dia ketakutan sebegini?
“Jangan” Suraya makin menangis bila Haikal semakin mendekat.
Haikal berdiri tegak buat beberapa ketika. Apa yang harus dia lakukan? Bagaimana, bagaimana?
“Su, ni saya. Ni Haikal” Haikal memegang erat tangan Suraya.
Suraya menepis tangan Haikal dan Haikal memegang lagi. Mengulang-ulang memberitahu bahawa dia adalah Haikal. Dia adalah Haikal.
Untuk beberapa ketika, Suraya diam sebentar. “Haikal?”
Haikal mengangguk. “Saya Haikal. Awak ingat saya lagi?”
Suraya memandang Haikal dengan linangan air matanya. Langsung dia bergerak memeluk Haikal erat. “Haikal, tolong saya!”
Haikal mengerut dahi. Kepala Suraya di dalam pelukannya diusap. “Tak pe, saya ada. Jangan takut”.
“Haikal, kenapa awak tak selamatkan saya? Haikal, saya takut…”
Haikal memujuk Suraya agar dia berhenti menangis. Kepala dan belakang Suraya diusap perlahan. “Tak pe, saya ada. Jangan takut. Saya ada kat sini ..”
Suraya mula memperlahankan esakannya bila dipujuk Haikal. Tubuh Haikal dipeluk lebih erat. Dia rasa selamat bila berada dalam pelukan Haikal.
Tiada lagi suara lelaki itu. Tiada lagi igauan kejadian itu. Tiada walau bayangan wajah lelaki itu. Yang tinggal hanya rasa aman damai dipeluk Haikal.
Sakinah dan doktor yang bertugas merawat Suraya saling memandang. Selama beberapa hari di hospital, Suraya langsung tidak membenarkan sesiapa mendekatinya.
Tapi Haikal.. doktor menarik nafasnya sedalam mungkin. Nampaknya Suraya sudah ada ‘ubat’ untuk menyembuhkan traumanya.

#########

Beel memandang telefon bimbitnya lama. Nafas ditarik dan dilepas. Bagaimana ya?
Dia membuka aplikasi ‘Whats app’nya. Senarai kenalan dilihat dan nama ‘pak cik longkang’ dibuka.
Haruskah dia menghantar mesej pada Haikal? Mungkin dia boleh menunggu hingga Haikal pulang. Tapi kata Kak Nia, kemungkinan besar Haikal tidak pulang malam ini.
Beel mengeluh. Dia mengambil tempat di atas sofa di ruang menonton televisyen itu. Kepalanya bersandar pada sofa.
Mengapalah dia berjanji dengan opah? Terasa menyesal pula mengikut kata opah. ‘Hai..’ Beel mengeluh dalam hati.
“Nak buat macam mana ni?” Beel menyoal sendiri.
Nama pak cik longkang itu direnung. Mahu minta maaf atau tidak? Dalam pada itu, tangan sudah menaip ayat yang terfikir dalam otaknya.
‘Opah kata isteri yang baik tak buat suami marah. Saya minta maaf’.
Beel menggaru kepala. Dia bukan pandai sangat dalam berkata-kata atau menyusun ayat. Selalunya dia melahirkan apa yang tersirat di hati. Tidak pernah berfikir atau mengayat sesiapa.
Mahu hantar atau tidak? ‘Opah, tolong Beel ..’
Beel sudah berbaring di atas sofa. Mata dipejam rapat, dan butang ‘send’ ditekan.
Beel termenung seketika. Membulat mata melihat mesej yang sudah terhantar.
“Apa aku buat ni?” Beel menjerit sekuat hati.
“Padam balik, padam. Janganlah send lagi!!!” Beel menjerit seolah telefon bimbitnya adalah seorang manusia.
Dia terguling-guling sendiri di atas sofa. “Jangan send!”
Beel membebel sendiri. Apa yang harus dia lakukan? Tubuhnya terhinjut-hinjut di atas sofa menyatakan keluh-kesahnya.
“Cik Beel”.
Beel memandang Kak Nia yang kelihatam mengah. Pasti berlari dari biliknya menuju ke ruang menonton televisyen.
“Kenapa ni?”
Beel menggeleng laju. Sengihannya dilebarkan. “Tak de apa-apa”.
“Betul. Akak dengar Cik Beel macam susah hati je”.
Beel menggeleng laju. Menayangkan senyum semanis mungkin. Dia tidak mahu Nia susah hati kerananya.
“Betul ke?” Nia menyoal lagi meminta kepastian. Dia bukan apa, kalau Cik Beel ada masalah biarlah dia tahu. Jangan dia dimarah oleh Haikal kemudian hari kerana tidak menjaga isterinya sebaik mungkin sudah.
Beel mengangguk. Setelah Nia beredar dari ruang menonton, Beel melepas nafas sepuasnya.
Mesejnya sudah terhantar. Bagaimanalah agaknya respon Haikal nanti? Jangan-jangan Haikal ketawa besar kerana terasa kemenangan berpihak padanya.
Beel jadi makin tertekan bila memikirkannya.

##########

Haikal meletak briefcase di atas kusyen. Tubuhnya disandar melepaskan lelah seharian hari bekerja.
Syakir menggeleng-geleng melihat perilaku Haikal. Entah apa yang tidak kena dengan temannya itu, tiba-tiba saja mahu tidur di rumahnya hari ini.
“Woi, pergi mandilah” Syakir menjerit dari dapur. Dia yang baru saja selesai mandi tadi, bergegas membuka pintu untuk Haikal.
Tiba-tiba saja loceng rumahnya berbunyi. Fikirnya siapalah yang datang. Rupanya teman bertuahnya ini. Apa masalah yang berlaku di rumahnya, Syakir juga tidak tahu.
Hai, baru beberapa hari menjadi suami orang sudah menggunung masalahnya. Bagaimanalah nasibnya jika dia mengahwini Fah nanti?
“Kau gelak-gelak apa ni?”
Syakir menolak tubuh Haikal sekuatnya. “Kau gila ke?”
Haikal ketawa sepuas hati. Kelakar pula bila Syakir terkejut. Pasti ketakutan.
Haikal berlari anak keluar dari dapur bila teringat sejak pulang dari hospital tadi dia langsung tidak menjenguk telefon bimbitnya.
Dahinya berkerut bila melihat ada mesej dari ‘Budak gila’. Beel menghantar mesej?
“Opah kata isteri yang baik tak buat suami marah. Saya minta maaf”.
Haikal tersenyum sendiri. Langsung dia berdiri penuh bertenaga. Syakir keluar dari dapur menatang dulang berisi jus sunquick yang dibancuhnya.
“Kenapa?”
Haikal sengih memandang Syakir. “Aku nak baliklah”.
“Balik mana?” Syakir mengerut dahi bila Haikal mencapai briefcasenya dan melangkah ke arah pintu.
“Dah kena pujuk, mestilah aku nak balik”.
Syakir menggaru kepala yang tidak gatal. Melihat Haikal memakai kasut dan keluar dari rumahnya.
Kepalanya tergeleng-geleng melihat perangai keanak-anakan Haikal. Apa-apa sajalah.

##########

Beel menoleh ke belakang bila terdengar bunyi tapak kaki menuju ke bilik. Dia yang sedang memutang bajunya berlari ke pintu dan menghimpitnya.
Daun pintu ditolak dari luar bila ia dibuka. Beel mengerut dahi. Haikal pulangkah?
“Kejap” dia menjerit dari dalam.
“Aku ni”.
Beel diam namun tubuh masih menghimpit daun pintu. Memang benar Haikal pulang. Tapi mengapa? Malulah dia mahu berhadapan dengan Haikal!
“Cepatlah” Haikal mengetuk pintu dari luar.
Beel menyelesaikan butangan bajunya dan membuka pintu. Haikal masuk dengan membitbit briefcasenya. Masih lagi memakai pakaian kerja.
“Kau buat apa?” Haikal menyoal.
Beel diam. “Ingatkan tak balik”.
Haikal memandang Beel yang sudah melangkah ke katil. “Salah ke kalau aku balik?”
Beel mengerut dahi. “Mana ada saya cakap salah”.
Haikal menjeling. Menyampahnya dia bercakap dengan gadis itu. Ada saja perkara yang akan digaduhkan. Nafas ditarik dalam bagi menyejukkan hati.
Beel mencebik. Entah kenapalah pak cik longkang hari ni. Kata tidak pulang tapi pulang. Sudahlah moodnya seperti perempuan datang bulan.
“Kau tahu tak Su kat hospital?”
Beel yang konon ingin berbaring laju melangkah menuju pada Haikal di bahagian bawah. “Apa awak cakap?”
Haikal menoleh ke belakang. Terkejut Beel berada di belakangnya menyebabkan dia yang sedang mencangkung terduduk.
“Awak cakap Kak Su masuk hospital?”
Haikal mengurut dada meredakan kejutan. Anggukan diberikan buat gadis itu.
“Kenapa Kak Su masuk hospital? Dia sakit apa? Dah berapa lama dia masuk hospital? Kenapa tak de orang bagi tahu saya pun? Habis tu, awak..”
Haikal mengangkat tangan sebelum Beel meneruskan kata-katanya. “Satu-satulah tanya. Kau ingat aku ni robot ke?”
Beel diam mengambil nafas. Haikal memandang Beel dan menjongket keningnya. “Pertanyaan dibuka”.
Beel memandang Haikal. Bila keadaan begini, dia juga tidak tahu apa yang harus disoal. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.
Entah apa yang kelakar, Haikal tiba-tiba ketawa melihat gelagat Beel. “Dia accident malam tu, sebab accidentlah hari perkahwinan dia tak de. Orang pula tak tahu mana nak cari”.
Beel duduk di sofa yang saban hari menjadi katil Haikal. “Accident?” ujarnya perlahan.
Haikal menumpukan pandangan mata ke arah Beel. “Kau ok tak ni?”
Beel tersenyum. “Tak pelah. Esok saya ajak abang Wan temankan pergi melawat Kak Su”.
Haikal kaku seketika. Beel bangun dan melangkah ke arah katil semula. Lampu bahagian atas ditutup menandakan dia ingin masuk tidur. Langsung dia berbaring dan selimut ditarik menutupi seluruh tubuh.
Haikal mendengus. Asyik-asyik abang Wannya, sikit-sikit Safwan. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia membebel pada Beel.
Tempat pergantungan isteri adalah pada suami, bukan pada lelaki lain!

#########

Haikal mematikan panggilan yang diterima dari Zamri. Nafas dilepas dan telefon bimbitnya diletakkan di atas meja.
Teringat dokumen yang baru dihantar Linda, Haikal langsung membulatkan mata dan mula memeriksa dokumen itu. Namun ingatan melayang pada kata-kata Zamri tadi.
Dan fail dokumen itu ditutup semula. Kata Zamri, dia dan Sakinah telah mencapai kata sepakat untuk memindahkan Suraya ke hospital di Negeri Sembilan.
Hospital di Kuala Lumpur ini terlalu sibuk dan ramai orang. Ia membuatkan Suraya sukar untuk sembuh dan balik pada keadaan asal.
Setelah berbincang dengan doktor, doktor juga mengatakan ia adalah cadangan yang bagus dan baik untuk proses rawatan Suraya.
Sekali-sekala harus jauh dari orang ramai juga. Apatah lagi dengan keadaan Suraya sekarang. Lagi pun, Suraya sendiri takut menghadapi manusia sekarang.
Haikal sendiri tidak memahami apa yang berlaku pada Suraya sebenarnya. Katanya mengalami kemalangan, tapi keadaan Suraya seperti … entahlah. Haikal sendiri tidak tahu apa yang akan menggambarkan fikirannya.
Katanya mereka akan memulakan perjalanan tengah hari ini. Dari Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan. Baguslah, dia juga berharap persekitaran Negeri Sembilan dapat membantu proses pemulihan Suraya.
Haikal tiba-tiba teringat. Kata Beel, dia ingin ke hospital hari ini. Lalu sempatkah dia bertemu Suraya?
Haikal ketawa seketika bila memikirkan segala usaha Beel untuk ke hospital tidak akan menemukan hasilnya.
“Woi!”
Haikal memandang pintu. Berdiri tegak Syakir bagaikan pengawal keselamatan. Syakir melangkah masuk dan duduk di hadapan Haikal.
“Kenapa kau gelak macam kena rasuk ni?”
“Ha..ha..ha..akulah hantu yang merasuk tubuh kawan kau!” Haikal membuat gaya seperti dirasuk.
“Lawak bodoh. Ada tak Linda bagi dokumen tadi?”
Haikal ketawa kecil dan mengangguk. “Baru nak cek ni”.
Syakir mengeluh. “Cepatlah, aku kalau boleh nak emelkan maklumat dalam tu hari ni juga. Kalau tak siap nanti, kau juga yang mengamuk”.
Haikal ketawa lagi. Itulah untungnya jadi bos. Fail dokumen itu dibuka semula dan pen di atas meja dicapai.
Sebentar .. Haikal memandang wajah Syakir yang menanti. Baru dia teringat. Beel akan ke hospital bersama Safwan. Ertinya jika Suraya tiada di hospital, mereka akan keluar bersama!
Ini tak boleh jadi. Haikal langsung menutup fail dan berdiri.
Syakir mengerut dahi melihat tindakan Haikal. “Kau nak pergi mana ni?”
“Sorrylah. Aku ada hal kejap. Nanti aku cek, aku janji. Sekarang ada emergencylah” Haikal terburu-buru melangkah keluar.
“Woi!” Syakir menjerit memanggil.
Haikal menoleh. “Aku bos, kau pekerja. Ok?”
Syakir mengeluh lagi. Apa yang tidak kena dengan Haikal sebenarnya? Mengapa kelakuannya begitu aneh akhir-akhir ini?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s