DILARANG NIKAHI AKU – 37

Suraya bangun dari duduknya dan menutup pintu kereta. Baru hendak melangkah ke tempat duduk pemandu, dia kaku sendiri bila tiba-tiba tubuhnya dipeluk dari belakang.
Suara lelaki tak dikenali yang didengar dari belakangnya membuatkan dia berdebar. Mujur kaki memakai kasut tumit tinggi, langsung kaki lelaki itu dipijaknya.
Sementara lelaki itu mengaduh, dia melepaskan diri. Namun lelaki itu lebih cekap menangkap tubuh kecilnya kembali.
Pintu kereta bahagian belakang dibuka kembali oleh lelaki itu. Dia sudah mencuba sehabis daya untuk melepaskan diri namun usahanya sia-sia belaka.
Lelaki bermata sepet itu menolak tubuhnya sekuat hati. Hingga dia akhirnya terbaring di atas kerusi kereta walau sehabis daya melawan.
Dia menahan nafas yang naik turun. Dia harus menyelamatkan diri tak kira apa berlaku. Dia harus berusaha pulang untuk hari perkahwinannya yang hanya tingga beberapa jam saja lagi.
Air matanya ditahan dari mengalir membasahi pipi. Lelaki syaitan bertopengkan manusia itu sudah mula membuka tali pinggangnya dan menanggalkan pakaian.
Dia langsung menendang lelaki itu sekuat hati. Dan sebaik lelaki itu rebah, dia berlari sekuatnya. Selaju yang dia bisa. Namun lelaki itu lebih pantas mengejar.
Perutnya ditumbuk berkali-kali hingga dia lemah dan tidak berdaya melawan. Tubuhnya dibaringkan kembali pada kerusi kereta. Di tempat dia dibaringkan tadi.
Lelaki itu sudah mula berbaring di atas tubuhnya. Pipinya mula dibelai dan wajah ditenung lelaki itu. Dia sudah cuba mengelak dari memandang wajah lelaki itu, tapi apa yang boleh dilakukan?
“Cantik”.
Dia cuba bertindak agresif bila telinga lelaki itu digigitnya. Pastinya lelaki itu lebih semakin marah bila telinganya berdarah. Dia ditumbuk dan ditampar dengan senyum kambing.
Kedua tangannya dilipat ke belakang hingga dia kaku dan tidak boleh bergerak. Dia lemah-selemah-lemahnya apabila lelaki itu terus membelasah tubuhnya tanpa belas kasihan.
Dia masih menggeleng-geleng tanda melawan. “Jangan, jangan, jangan!!”
Tapi dia akhirnya menyerah. Sudah penat menjerit dan meronta. Tiada yang mendengar, tiada yang tahu. Malam itu, tercatat peristiwa hitam dalam hidupnya. Dia dirogol seorang lelaki tak dikenali.
Entah dari mana lelaki itu muncul dia tak tahu. Entah mengapa dia yang menjadi mangsanya, dia juga tidak tahu. Yang dia tahu, jika lelaki itu ditemui, dia mahu membunuh lelaki itu dengan tangannya sendiri.
Sesudah itu, dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku. Sedar-sedar, dia sudah berada di hospital bersama mama di sisi. Kemudian papa dan doktor masuk ke bilik bersama.
Lama dia menderita sendiri. Tidak boleh meluahkan rasa hati kerana rasa tidak selamat yang dirasai. Kemudian, papa mengambil keputusan memindahkan dia ke Negeri Sembilan dari Kuala Lumpur. Kerana papa merasakan suasana tenang Negeri Sembilan akan lebih mempercepatkan proses kesembuhannya.
Pun begitu, keadaannya sama. Hinggalah pertama kali Haikal datang, membuatkan keadaannya tenang sedikit walaupun dia masih belum sembuh sepenuhnya. Doktor sendiri mengatakan dia menunjukkan peningkatan ketara bila Haikal datang melawat.
Walau pun dia masih belum mengenal dan mengecam orang sekeliling, dia tidak lagi meronta minta dilepaskan. Jadi, ubat penenang juga sudah tidak perlu disuntik.
Keadaan kesihatannya makin meningkat setelah itu. Mama sentiasa menemani di sisinya. Hanya papa yang ulang-alik dari Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan kerana menguruskan syarikat keluarga mereka.
Air mata yang sedari tadi mengalir dikesat perlahan. Dia masih lagi mengalami mimpi ngeri dan meracau tengah malam. Keadaannya juga masih lemah.
Dia mahu keluar hospital tapi keadaannya tidak mengizinkan. Dia belum sembuh, sekiranya keluar pun hanya akan menyusahkan orang lain. Menyusahkan diri sendiri juga.
Apa yang dia mahu sekarang adalah sebuah kesembuhan. Memang mengingati peristiwa itu merupakan perkara terakhir yang dia mahukan. Tapi kata doktor, mengatasi rasa takut itulah yang akan membantu proses rawatannya.
Jika dia terus-terusan berasa takut dan tidak selamat, bayangan kejadian itu akan terus menghantui dirinya. Jadi dia perlu mengatasi rasa takut itu.
Dan untuk mengatasi rasa takut itu, pastinya dia harus mengimbau kembali kejadian itu. Mengimbas segalanya satu-persatu hingga dia tidak ketakutan lagi.
Baik mama ataupun papa tidak pernah bercerita apa yang terjadi pada esok harinya. Dia juga tidak mahu bertanya. Bimbang ia menyedihkan papa dan mama juga Haikal.
Suraya pasti majlis perkahwinan itu dibatalkan kerana ketiadaan pengantin perempuan. Pasti Haikal kecewa dengan apa yang berlaku. Bukan Haikal saja, malah seluruh keluarga Haikal dan keluarganya. Bagaimana agaknya opah menerima tekanan itu?
Kerana itulah dia mahu sembuh secepat mungkin. Sembuh dan membayar segalanya kembali. Sambil merancang majlis perkahwinannya sekali lagi, dia akan mencari tahu siapa lelaki yang merosakkannya itu.
Itu ikrar dan janjinya. Dia akan sembuh secepat yang mungkin. Dia akan menjadi isteri yang baik buat Haikal. Ibu yang baik buat anak-anak mereka.

############

“Kejap”.
Fah menoleh memandang abang kembali. Dahinya berkerut bila Safwan meletakkan sudu dan memandangnya.
“Sini” Safwan memanggil.
Fah meletakkan fail dan beg di atas meja. Dia mengambil tempatnya kembali. Mereka sedang bersarapan dan dia yang sudah menghabiskan sarapannya meminta diri untuk ke kolej. Mengapa abang memanggilnya kembali?
“Ada apa?” Fah memanggilnya kembali.
Safwan menarik nafas sedalam mungkin. “Abang nak cakap boleh?”
Fah ketawa kecil. “Cakaplah”.
“Syakir …”
Fah melepas nafas. “Abang risaukan Fah ke?”
“Abang tak suka tengok Syakir tu. Cara dia pandang Fah, cara dia cakap dengam Fah. Takkan abang tak risau?”
“Abang .. Abang tak percayakan Fah ke?”
“Bukan abang tak percaya. Abang …” Safwan mati kata. Bagaimana harus dia mengungkapkan keresahan hatinya?
“Sekarang, memang Fah tak fikir benda-benda macam tu. Fah fokus nak belajar macam apa yang abang nak” Fah cuba meyakinkan Safwan.
Safwan melepas nafas. “Abang bukan tak percayakan Fah. Abang tahu adik abang macam mana. Abang jaga Fah dari kecil, abang kenal adik abang. Tapi …”
“Abang tak yakin?”
“Entahlah. Kalau apa-apa jadi, apa abang nak jawab dengan mak abah nanti?”
Fah melepaskan tawa yang tersimpan. Tangan abang dicapai dan digenggam. “Fah adik abang. Fah akan biar abang yang susun hidup Fah. Sebab Fah tahu semua yang abang buat untuk kebaikan diri Fah sendiri”.
Safwan tersenyum mendengar kata-kata itu. Fah menyalami tangannya kembali dan keluar meninggalkan dirinya. Semoga kerisauannya sia-sia semata.

#############

Dia memandang Linda yang menghulurkan dokumen untuk ditandatangani. Wajah setiausahanya dipandang hingga Linda mempamerkan tanda-tanda tidak selesa.
Haikal membetulkan kot dan menyuruh Linda duduk di kerusi. Linda menurut dengan tanda tanya dalam hati.
“Apa yang orang perempuan suka?”
Linda mengerutkan dahi. “Ha?”
“Apa yang orang perempuan suka?” Haikal mengulang soalannya.
Linda diam seketika. “Barang kemas?”
Haikal mencebik. Barang kemas? Sekali pun dia tidak pernah nampak Beel memakai barang kemas, takkanlah itu yang disukainya? “Selain tu?”
“Baju cantik-cantik. Makan sedap. Kereta mewah” Linda hanya menjawab mengikut apa yang terfikir. Selalunya En.Haikal tidak akan menanya soalan begitu padanya. Dia sendiri hanya mereka jawapan. Iyalah, jika jawapan tidak diberi terbalik pula meja En.Haikal nanti. Siapa yang tidak kenal sikap En.Haikal yang mudah berubah angin?
“Materialistic. Sukakan kebendaanlah awak ni” Haikal memandang.
Linda terdiam. “En.Haikal nak cari hadiah untuk Pn.Nabilah ke?”
“Saya tanya awak, yang awak tanya saya balik kenapa?”
Linda menelan liur. Sudah dia katakan tadi, En.Haikal memang mudah berubah angin. “Saya..”
Haikal memandang Linda yang terdiam tiba-tiba. “Cakaplah apa awak nak cakap”.
“Kalau En.Haikal nak cari hadiah untuk Pn.Nabilah, En.Haikal kena cari yang sesuai dengan perangai Pn.Nabilah. Pn.Nabilah kan macam budak kecil, jadi En.Haikal kena cari hadiah yang sesuai untuk budak kecil” Linda mengucap pendapatnya lambat-lambat, bimbang dimarah lagi.
Haikal diam. Mungkin benar apa yang dikatakan Linda, sesuai dengan Beel. Linda dipandang dengan senyuman. Dokumen yang diberikan Linda ditandatangan dan dipulangkan kembali. “Awak boleh keluar”.
Linda beredar sesudah mengambil dokumen. Haikal memandang pen di tangannya. Sesuai untuk perangai dan sikap Beel. Perangai kanak-kanak. Tapi … apa yang sesuai untuk kanak-kanak?
Dia mendongak ingin menyoal Linda. Tapi ternyata Linda sudah tiada. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Apa yang harus dia belikan untuk Beel?
“Kenapa aku nak beli hadiah untuk dia?” Haikal menyoal dirinya sendiri.
Haikal melepas nafas dan bersandar pada kerusi. Apa yang tidak kena dengan dirinya sebenarnya?

###########

Fah melepas nafas melihat Beel berlari masuk ke dalam Villa An. Kepalanya digeleng-geleng. Belum sempat dia meletak kereta, Beel sudah turun.
“Opah!” Beel menjerit sekuat hati. Berlari menuju ke arah ruang makan bila Irah memberitahu opahnya sedang menjamah makan tengah hari.
Puan Sri Normah terbatuk-batuk mendengar jeritan Beel. Mak Jah yang menemaninya makan segera menghulurkan gelas air putih.
Beel sengih melihat keadaan Puan Sri Normah. Opah dipeluk dari belakang dan pipinya dicium. “Makan apa?”
Puan Sri Normah menggeleng-geleng. “Nak datang tak cakap pun?”
“Fah yang bawakan. Tak pelah. Beel datang nak tengok opah je, opah tak yah susah-susahlah” Beel sengih.
“Cik Beel nak makan nasi?” Mak Jah menyoal.
Beel menggeleng. “Tak pe Mak Jah. Beel dah makan kat rumah tadi”.
Mak Jah mengangguk. “Kalau macam tu, puan sri dengan Cik Beel bersembanglah. Biar Mak Jah sambung kerja”.
Puan Sri Normah dan Beel mengangguk. Fah tiba dengan buah tangan di dalam bakul. Menyalami Puan Sri Normah dan mengambil tempat di hadapan Beel. “Opah sihat?”
Puan Sri mengangguk. Beel dipandang. “Cuba Beel jadi macam Fah. Tanya dulu opah sihat ke tak. Ini datang terus tanya makan apa? Dahlah menjerit macam anak monyet”.
“Opah” Beel mula merengek.
Fah dan Puan Sri Normah ketawa. “Fah sihat?”
Fah mengangguk. “Abang kirim salam”.
“Waalaikumussalam. Tanya dengan Wan, bila nak datang. Rasa macam dah lama dia tak datang tengok opah”.
Fah tersenyum. Beel melepas nafas. “Yelah, Fah tu gadis melayu terakhir. Buat apa pun ayu, lemah-lembut. Kan opah?”
Fah mencebik. Beel ketawa kecil. Puan Sri Normah memandang. Itu satunya perkara yang dia hairankan. Perbezaan sikap kedua mereka bagai langit dan bumi, bagaimanalah boleh bersahabat baik dari kecil?
“Haikal ada bagi buah dah hari tu. Tu pun tak habis-habis. Tak de orang kat rumah ni” Puan Sri Normah memandang buah-buahan yang dibawa Fah.
Fah memandang Beel. Beel mengerutkan dahi. Haikal? “Opah, Haikal selalu datang ke?”
Puan Sri Normah memandang Beel dengan kerutan dahi. Beel sengih, menyedari dia terlepas kata. “Abang Haikal”.
Puan Sri Normah diam sebentar, berfikir. “Selalulah juga. Bagi tu, bagi ni. Kadang-kadang belikan barang dapur. Ada juga belikan ubat opah. Selalulah”.
Beel terdiam. Biar betul pak cik longkang itu melakukan semua yang dikatakan opah. Mengapa dia berbuat begitu? Mahu mengambil hati opahkah?
“Beel tak tahu ke?”
Beel menggeleng. Puan Sri Normah mengerut dahi. “Ye ke? Haikal kata, Beel yang suruh dia datang tengok opah”.
“Tak de. Baik Beel datang sini sendiri” Beel menyangkal kata-kata opahnya.
Puan Sri Normah ketawa kecil. “Mungkin dia tak nak risaukan Beel. Dah oklah tu maksudnya. Kan?”
Beel diam. Kalaulah opah tahu keadaan di rumah .. Mungkin itu ketika dia diharamkan keluar rumah dulu. Yalah, Haikal yang tidak mengizinkan dia keluar. Bagaimana dia boleh datang menjenguk opah kesayangannya?
Fah ketawa kecil mendengar kata-kata Puan Sri Normah. Puan Sri Normah memandang Beel. “Hujung minggu ni pak long ajak pergi tengok Kak Su kat Negeri Sembilan. Nak ikut?”
Beel tersenyum lebar. Anggukan diberikan. “Mestilah nak!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s