DILARANG NIKAHI AKU – 61

“Siapa tu?”
Beel sengih memandang opahnya. “Haikal”.
Puan Sri Normah mengerutkan dahi. “Haikal? Haikal suami Beel?”
Beel mengangguk. Puan Sri Normah menggeleng-geleng kepalanya. “Habis kenapa dikunci pintu tu? Bagilah suami Beel tu masuk”.
Beel sengih lagi. Dan kemudian menggeleng. “Dia panggil kejap je tu. Nanti dia baliklah”.
Puan Sri Normah mengerutkan dahi. “Kenapa buat macam tu! Tak baiklah..”
Beel memandang pintu bilik opah sekilas. Masih lagi kedengaran suara Haikal di luar. Juga bunyi ketukan pintu. Namun tidak sekuat awal-awal tadi.
“Bergaduhlah tu. Patutlah…”
Beel mengerut dahinya mendengar kata-kata opah. “Patutlah apa?”
“Masa makan tadi… Diam je semua. Kan?”
Beel senyum. Dan dia berbaring di sisi opah dan tubuh wanita tua itu dipeluk erat. “Opah…”
Puan Sri Normah melepas nafas. “Sayangnya cucu opah ni..” dan pelukan Beel dibalas erat.
Beel melentokkan kepala dalam pelukan opah. “Beel rasa Beel…”
“Baliklah. Opah tak kisah”.
Beel mengangkat wajah memandang opahnya. Keningnya dijongket tanda mempersoalkan kata-kata opah.
“Opah tahu… Haikal pun mesti nak Beel balik. Beel tak nak balik pun kena balik. Tempat isteri di sisi suami. Bukan opah”.
Beel tersenyum. Menyembunyikan apa yang terbuku di hati. Semoga rancangannya kali ini berjalan lancar-selancarnya.

##########

Fah memejam matanya buat seketika. Kemudian ianya dibuka dan telefon bimbitnya dicapai. Nombor Beel dicari di dalam kenalan dan didail.
“Assalamualaikum” kedengaran suara Beel memberi salam.
“Waalaikumussalam. Kau kat mana ni? Dekat setengah jam aku tunggu kat luar ni. Ke kau tak jadi keluar?”
“Jadi. Kau tunggu kejap. Aku dah nak keluar ni”.
Fah mematikan talian telefon bimbitnya. Kemudian pandangan dialih pada pagar kecil Villa An di mana Beel sudah berdiri tegak bersama beg galasnya.
Beel melangkah masuk ke dalam kereta dengan senyuman. Beg galasnya dibuka dan diletak di bahagian belakang. “Jom”.
Fah mengerutkan dahi buat beberapa ketika sambil memandang sahabatnya itu. Apa yang tidak kena dengan Beel pun dia tidak tahu. Jam 10.00 malam tadi, tiba-tiba Beel menghubunginya dan meminta dia mengambil Beel di Villa An sesegera mungkin.
“Jomlah” Beel mengulang permintaannya sekali lagi.
“Apa rancangan kau? Kau nak tidur rumah aku ke malam ni?”
Beel mengangguk. Fah memandang lama. “Bila kau nak balik rumah abang Haikal?”
Beel mengerutkan dahi. “Tadi tak banyak soal pun. Sekarang ni, semua benda nak tanya. Jomlah cepat, nanti on the way kau soal siasatlah. Sekarang ni, jalanlah cepat”.
Fah menggeleng-geleng kepalanya. Gear ditolak pada ‘D’. Dan kereta kesayangan yang dihadiahi abangnya mula meninggalkan Villa An.

##########

Dahinya berkerut bila melihat Fah dan Beel melangkah masuk ke dalam rumah. Matanya lama memandang Beel, bertambah kerutan di dahinya bila melihat beg galas yang dibawa Beel.
“Abang tak tidur lagi?” Fah menyoal sambil membuka tudungnya dan menggantungnya di tempat penyangkut di bawah tangga.
“Baru pukul 11.00 malam. Nak suruh abang tidur?”
Fah ketawa kecil. Dia mengambil tempat di sebelah Beel. “Beel nak tidur rumah malam ni. Esok dia balik rumah abang Haikal”.
Beel memandang Fah dan abang Wan silih berganti. Bagaimana dia harus menyuarakan isi hatinya. Hakikat sebenar, yang sebenar-benarnya… Dia tidak mahu dan tidak akan pulang ke rumah Haikal lagi.
“Fah..” Beel memanggil.
Fah mengangguk, menjawab panggilan Beel. “Jomlah naik bilik aku”.
“Aku gaduh dengan Haikal”.
Fah terdiam. Safwan yang sedang menikmati minuman coklat panasnya di meja makan juga terdiam. Dan Safwan mengambil cawannya, melangkah ke arah kusyen yang diduduki dua gadis itu.
“Beel nak cakap apa sebenarnya?” Safwan menyoal lembut.
“Abang Wan boleh tolong Beel kan?” Beel memandang Safwan penuh mengharap.
Fah mengerutkan dahinya. Cuba mengingati peristiwa terakhir yang berlaku dalam pertemuan terakhir mereka. ‘Nanti aku datang rumah kau. Kita pergi jauh-jauh dari sini. Aku nak minta cerai”.
Matanya membulat. Wajah Beel dipandang serius. Apakah Beel benar-benar serius dengan kata-katanya itu?
“Beel” Fah memanggil.
Beel memandang Fah dan Safwan bersilih ganti. Dia benar-benar berharap ada di antara mereka berdua yang memahami maksud kedatangannya di rumah itu pada lewat malam begini.
Safwan memandang Fah. Dan Fah mengangguk. “Beel nak lari dari Haikal ke?” Safwan menyoal tanpa berdolak-dalih.
Beel diam seketika dan anggukan diberikan. “Beel dah tak larat nak berlakon. Abang Wan faham kan?”
“Tapi Beel.. Dia suami kau” Fah memegang bahu kawan baiknya itu.
Beel menggeleng. “Kak Su dah balik. Memang Kak Su yang sepatutnya jadi isteri dia. Bukan aku kan?”
“Beel nak pergi mana? Berapa lama?”
“Abang!” Fah menjerit mendengar persoalan abangnya. Abangnya seolah-olah menyokong perbuatan Beel pula.
Beel mengambil tangan Fah dan menggenggamnya. “Aku tahu kau takkan benarkan aku buat salah. Tapi kali ni… Tolong sangat. Aku nak keluar dari KL. Aku dah tak nak tengok muka orang kat sini. Boleh kan?”
“Tapi Beel… Kau kena minta izin..”
“Kalau minta izin, buat apa aku susah-payah suruh kau ambil aku kat Villa An tengah-tengah malam?”
Fah terdiam bila kata-katanya dipotong Beel. Dia hanya melepas nafas. Beel dipandang. Dan tak sampai beberapa saat, temannya itu mengalirkan air mata.
Safwan melepas nafas. “Abang iikut Fah. Kalau Fah setuju, abang ok je. Fah rasa?”
Fah sedikit terkejut dengan air mata yang mengalir dari mata Beel. Selama mereka berteman, bukan mudah Beel mengalirkan air mata. Ini bererti Beel benar-benar mahu meninggalkan Kuala Lumpur, menyembunyikan diri dari Haikal buat beberapa ketika.
Beel terus menangis dengan teresak-esak. Dia sendiri tidak tahu dari mana air matanya datang. Mencurah bagai tidak mahu berhenti. Hakikatnya, dia benar-benar letih dengan semua yang berlaku.
“Ok. Ok. Jom. Kita keluar dari KL. Tapi bila kau nak balik?”
“Sampai Haikal ceraikan aku”.

##########

Syakir menggeleng-geleng melihat keadaan Haikal yang semakin parah. Sejak dia tiba di pejabat awal pagi tadi, kerjanya hanya termenung dan termenung.
Tadi sewaktu Zohor, adalah dia ke surau menunaikan solat Zohor. Tapi tidak pula dia makan tengah hari. Termenung dan termenung sajalah kerjanya.
“Woi!” Syakir mengetuk meja Haikal. Namun tiada sebarang respon dari temannya itu.
Syakir melepas nafas. Dokumen di tangannya dipandang dan dia mengetuk kepala Haikal. “Kau nk dah kenapa?”
Haikal melepas nafas memandang Syakir. “Kau nak apa?”
“Ni ha. Nak tandatangan kau lah” Syakir menghulurkan dokumen pada Haikal.
Haikal membuka dokumen itu sepintas lalu dan menandatanganinya. Syakir menggeleng-geleng lagi melihat Haikal. “Kau nk dah kenapa? Sejak datang tadi macam orang sasau je”.
“Aku…” dan Haikal mendengus.
Syakir menjongket kening. Kemudian dia ketawa kecil. “Kau terfikirkan Beel kan?”
Haikal mengangguk. “Macam mana aku nak pujuk dia ni?”
“Tulah kau. Yang pergi cakap tak fikir dulu tu kenapa? Kut ya pun marah, agak-agaklah sampai nak tuduh Beel tu curang. Isteri mana tak marah bila suami cakap macam tu?”
Haikal mengerut dahi mendengar kata-kata Syakir. “Isteri mana tak marah bila suami cakap macam tu?”
Syakir mengangguk berulang kali. Haikal tiba-tiba tersenyum. “Kalau macam tu, Beel marah. Maksudnya dia dah anggap aku ni suami dia lah?”
Syakir mengerutkan dahi. Dia juga tidak pernah memikirkan soal itu. Kerana gadis seperti Beel susah diteka. Kadang berkelakukan baik, dan kadang berkelakuan nakal.
Haikal menguntum senyum. “Beel marah sebab dia dah anggap aku suami rupanya”.
Syakir mengetuk kepala Haikal sekali lagi. “Jangan nak senyum macam tu. Geli aku”.
Haikal sengih menampakkan barisan giginya. “Kau rasa macam mana nak pujuk dia?”
“Eh, eh mamat ni. Tadi macam dah ada idea nak pujuk. Rupanya nak tanya aku lagi?”
Haikal mecebik. “Yelah. Aku nak cadangan je. Aku pun bodoh sangat pergi cakap macam tu kenapa?”
“Sedar pun kau tu bodoh. Aku ingatkan kau tak sedar yang kau tu bodoh” selamba Syakir berkata.
“Nasib baik kawan. Kalau tak, aku dah pecat kau tahu tak?”
Syakir ketawa kecil. “Habis kau nak buat apa ni? Aku rasa kalau kau pergi pujuk sekarang pun tak de guna. Beel bukan nak dengar apa kau nak cakap”.
Haikal mengeluh. Dia mengangguk kecil. Kata-kata Safwan memang benar. Kalau dipujuk saat ini pun, Beel tidak akan mahu mendengar permohonan maafnya. Kerana dia masih marah akan peristiwa semalam.
“Macam ni lah, aku rasa kau tunggu dalam dua tiga hari lagi baru kau pergi jumpa dia. So, tak delah dia marah sangat. Kalau dah dua tiga hari, aku rasa dia dah cool sikit dari sekarang”.
Haikal mengangguk-angguk. “Betul juga tu. Dua tiga hari kan?”
“Lepas tu, kalau dah pujuk janganlah cari fasal balik. Dah tahu sayang bini tak nak jaga elok-elok”.
Haikal sengih. Safwan tiba-tiba teringat sesuatu. Wajah Haikal dipandang semula. “Fasal Su, kau dah clearkan belum?”
Haikal diam seketika. Dan gelengan diberi pada Syakir. Syakir mengeluh. “Haikal, Haikal. Kalau macam tu, apa guna kau pujuk Beel? Kenapa kau tak terus terang dengan Su, yang kau sayang Beel bukan dia”.
“Aku… Aku memang nak cakap. Tapi aku rasa kesianlah kat Su tu”.
“Kesian? Kau simpati ke ni? Kau jangan Kal, nanti Su tak nak lepas kau, baru kau tahu. Baik sangat kenapa?”
“Bukan baik. Cuba kau fikir balik, apa yang jadi bukan salah Su. Tapi …”
“Tapi benda dah jadi. Su patutnya terima hakikat yang kau ni dah jadi adik ipar dia. Suami adik dia. Bukannya makin gagah nak gaduh dengan Beel tu”.
Haikal melepas nafas. Syakir menggeleng-geleng lagi. “Satu je aku nak nasihatkan kau. Baik kau cepat keputusan, ambil tindakan. Lagi lama kau biar macam ni, lagi teruk nanti. Benda macam ni, paling tak pun akan ada seorang yang kecewa. Tapi sekurang-kurangnya kau cuma kecewakan seorang je. Bukan tiga-tiga, dengan kau sekali kecewa. Baik kau cepat”.
Haikal senyum nipis. Dia memang sudah lama mahu berterus-terang dengan Suraya. Tapi bagaimana? Tambah lagi mellihat Suraya yang semangat membuat persiapan pernikahan. Dia lebih lagi tidak sampai hati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s