DILARANG NIKAHI AKU – 64

Matanya membulat melihat gadis yang sudah terbaring di tengah jalan raya itu. Dengan darah yang membuak keluar dari kepalanya, gadis yang dilanggar lori itu kelihatan cuba membuka mata melihat keadaan sekelilingnya.
Puan Sri Normah melangkah lebih dekat. Mahu memastikan apakah benar seperti yang disangka atau tidak. Apakah benar gadis yang terbaring itu adalah cucunya?
Langkahnya lemah longlai. Memang Beel. Memang Nabilah Anisah yang merupakan cucu kesayangannya. Memang Nabnya!
“Beel, Beel… Beel.. Beel!!!”
Dan dia terjaga. Melihat wajah Irah yang termengah-mengah di hadapannya. “Puan sri ok?”
Puan Sri Normah beristighfar perlahan. Dan wajahnya diraup. Syukurlah semuanya hanya satu mimpi.
Irah mengerutkan dahi. “Puan sri?”
Puan Sri Normah menguntum senyum lemah. “Saya ok”.
Irah mengangguk. Memang hati terasa sangsi dengan jawapan Puan Sri Normah namun sangsi itu dibuang jauh-jauh. Tidak mahu dikatakan mencampuri urusan majikannya.
Dia yang sedang membantu Mak Jah memasak makan tengah hari berlari dari dapur bila mendengar suara jeritan Puan Sri Normah. Kelihatannya Puan Sri Normah meracau memanggil nama Beel. Pasti puan sri rindukan Cik Beel, fikirnya.
“Irah..” Puan Sri Normah memanggil Irah yang baru hendak melangkah keluar.
“Ya?”
Nafas ditarik dalam. “Saya mimpi Beel. Saya mimpi cucu saya”.
Irah berpatah balik. Dan dia mengambil tempat di sisi katil. Di atas lantai, menghadap Puan Sri Normah. “Puan sri mimpi apa?”
Dahinya berkerut mengingati semula mimpi ngeri tadi. Dia bermimpi Beel kemalangan? Mengapa ya? “Beel accident”.
“Accident?” Irah membulatkan mata.
Anggukan diberi buat pembantu rumahnya itu. Tangan Irah dicapai dan digenggamnya. “Saya rasa tak sedap hatilah. Jangan-jangan.. ada apa-apa yang menimpa Beel” Puan Sri Normah jadi risau dan tidak tentu hala.
“Puan sri, mimpi kan mainan tidur” Irah cuba memujuk wanita tua itu.
Puan Sri Normah menggeleng. Baginya mimpi itu bukan sekadar mainan tidur. Entah mengapa dia merasakan memang ada sesuatu yang berlaku pada Beel. Atau ada apa-apa yang Haikal rahsiakan darinya?
“Irah, saya nak awak telefon Haikal. Suruh dia datang sekarang. Sekarang juga”.
“Baik puan sri”.

##########

“Abang ingat nak suruh Haikal datang ambil Beel”.
Terlepas gelas itu dari pegangan tangannya. Mujur ia hanya gelas plastik bukan gelas kaca. Jadi hanya air yang tumpah. Tidaklah ia mengganggu Beel yang sedang leka menonton filem kegemarannya di ruang depan.
Safwan melepas nafas. Kain buruk dicapai dan dia mengelap air sirap yang memenuhi ruang lantai. “Fah dengar tak?”
“Apa abang cakap?” Fah seolah tidak berpuas hati dengan kenyataan abangnya yang pertama tadi.
“Abang nak suruh Haikal datang ambil Beel”.
Fah mengerut dahi. “Apa? Abang nak suruh Haikal..”
Safwan membulatkan mata bila Fah menguatkan suaranya. Langsung tangannya spontan menekup mulut Fah agar dia berhenti.
Fah menolak tangan abangnya. Wajahnya menunjukkan ketidakpuasan hati. “Abang pegang kain buruk!”
Safwan ketawa sendiri. Baru dia perasan dia masih belum mencuci tangannya. Dan dia membasuh tangannya di sinki. Sesekali matanya memandang Fah yang sudah duduk di atas kerusi yang tersedia di dapur.
“Abang biar betul?”
“Kenapa?” Safwan melangkah, mengambil tempat di hadapan Fah.
“Abang nak suruh abang Haikal datang ambil Beel?”
Safwan mengangguk. Nafas dilepas perlahan. Memang dia tidak sukakan Haikal. Dia bangga kerana Beel memilih untuk lari bersamanya. Lari dari Haikal bersamanya.
Tapi.. Dia mahukan Beel yang dulu. Beel yang ceria dan sentisa ketawa bahagia. Bukan Beel yang suka termenung dan kerap menangis seperti sekarang. Safwan mahu Beel yang pandai menawan hati orang lain dengan keceriannya. Bukan Beel yang suram seperti sekarang.
Fah memandang wajah abangnya. Pasti sukar abangnya membuat keputusan itu. “Abang dah fikir sehabis baik ke?”
Safwan mengangguk. “Memang abang sayang Beel. Abang cinta dia. Lebih dari perasaan seorang abang pada seorang adik. Tapi abang nak tengok Beel bahagia. Abang nak tengok Beel senyum. Nak tengok Beel ketawa. Dan abang tahu.. Sekarang ni yang boleh buat semua tu terjadi cuma Haikal seorang je”.
Fah diam seketika. Sedikit terharu dengan kata-kata abangnya. Selama ini, dia sangkakan abangnya mencintai Beel dengan tujuan memiliki. Tapi kini.. Nampaknya dia tersalah. Salah besar. Abangnya masih lagi berpegang dengan ajaran ayah mereka. Bahawa cinta itu tak semestinya memiliki, yang penting adalah kebahagiaan orang yang dicintai. “Abang…”
Safwan menunduk lemah. Melepaskan Beel bukan perkara mudah. Apatah dia sudah bertahun-tahun mencintai gadis bernama Nabilah Anisah itu. Tapi soal hati bukan boleh dipaksa. Kalau hati sudah tidak mahu.. Apa yang boleh dilakukan?
“Abang dah call abang Haikal ke?” Fah menyoal bila kelihatan fikiran abangnya menerawang.
Safwan menggeleng. “Belum lagi. Nak bawa Beel keluar dulu. Kalau Beel dah balik KL, Fah pun boleh masuk kelas balik. Dah lama Fah ambil cuti ni”.
Fah mengangguk bersetuju. Mujur dia masih setia menghubungi rakan seuniversitinya jadi dia tidaklah terlalu ketinggalan. Safwan bangun dari duduknya. Melangkah ke ruang depan. Ingin menyertai Beel.
“Abang” Fah memanggil.
Safwan menoleh. Kembali memandang adik kesayangannya. Fah menguntum senyum manis. “Terima kasih. Fah sayaaang abang”.
Safwan membalas senyum Fah. Memiliki adik secantik dan semanis Fah sudah cukup buatnya.

#########

“Kau ok ke tak ni?”
Haikal mengangkat wajahnya. Memandang Safwan yang berdiri di hadapan meja bersama beberapa buah fail di tangannya.
“Ok” ringkas Haikal menjawab.
“Oklah sangat” Syakir menyindir. “Kau jangan Haikal. Banyak job besar nak masuk ni”.
Haikal membuat muka menyampah. Temannya yang satu ini benar-benar seperti perempuan. Kerjanya membebel dan membebel. “Aku oklah” Haikal meninggikan suara.
Syakir melepas nafas. “Aku bukan tak bagi kau risaukan jantung hati kau tu. Cuma aku tak nak kau rosakkan job kita je. Mati aku nak jawab dengan papa kau nanti”.
Haikal mengangguk sakit hati. “Yelah, yelah. Kenapalah papa upah kau jadi penolong kanan aku? Sakit jiwa!”
Syakir sengih sendiri. “Sebab aku seorang je yang faham kau” dan Syakir ketawa seikhlas hati.
Larian mata pena Haikal terhenti. “Fah tak tahu ke mana Beel pergi?”
Syakir memandang Haikal. “Dia pun hilang juga. Dah dekat sebulan dia cuti. Tiap hari aku pergi universiti dia, jawapan yang aku dapat.. Fah tak datang”.
Haikal memandang Syakir. Dan Syakir langsung menyedari sesuatu. Langsung dia memandang wajahh Haikal. “Wan!” ucap mereka berdua serentak.
Bunyi telefon bimbit Haikal mematikan suasana. Kelam-kabut Haikal menerima panggilan dari Villa An.
“Assalamualaikum” Haikal memberi salam, memulakan perbualan.
“Waalaikumussalam. En.Haikal, Kak Irah ni”.
“Ya?”
“Puan sri minta En.Haikal datang villa sekarang”.
“Ada apa-apa ke?”
“Kak Irah pun tak tahu. Tapi tadi puan sri meracau-racau panggil nama Cik Beel” Irah menerangkan situasi sebenarnya.
Haikal diam seketika. “Oklah. Nanti Kak Irah cakapkan dekat opah, lagi setengah jam saya sampai” dan dia memutuskan talian.
“Kak Irah?” Syakir memandang wajah Haikal.
Haikal mengangguk. “Kat mana tadi?.. Wan kan?”
Syakir mengangguk. Dan Haikal mengerut dahi, berfikir seketika. “Kau fikir tak apa yang aku fikir?”
Syakir membuat muka. “Kau ni dah kenapa? Memanglah kita berdua ni tengah fikir benda sama. Jangan-jangan Wan pun dah lama tak masuk pejabat?”
Haikal diam. “Kau tahu mana Wan kerja?”
Syakir mengangguk. Dia menyeluk poket mengambil dompetnya. Dan kad Safwan dihulur pada Haikal. Haikal meneliti nama syarikat tempat Safwan bekerja. Bibirnya mengukir senyum. Mudah. Ini adalah anak syarikat perusahaan milik kenalan papa. Uncle Adi.
Telefon bimbit dikeluarkan dan nama Uncle Adi dicari dalam kenalan. Nombor itu dihubungi sedang Syakir menjadi pemerhati.
“Assalamualaikum uncle”.
“Kal nak tanya sikit ni. Dekat syarikat uncle ada tak manager nama Safwan Hisyam?”
“Manager kesayangan uncle… Dia masuk pejabat tak? Dalam dua tiga minggu ni?”
“Kena hantar kerja luar kawasan? Kat mana tu?”
“Terengganu? Terima kasih uncle”.
Butang merah ditekan. Haikal memandang Safwan di hadapannya. “Dia kena hantar pergi Terengganu”.
Syakir mengangguk. “Kau rasa Wan bawa Beel pergi Terengganu ke?”
Haikal menyandarkan tubuh badannya pada kerusi. Dia juga buntu. Dia lebih lagilah tidak tahu. Tapi Terengganu bukanlah kecil. Kalau betul mahu mencari Beel, di mana harus dia mencari. Ke mana saja agaknya Safwan membawa Beel?
‘Puan sri minta En.Haikal datang villa sekarang’. Haikal membuka mata yang terpejam. Dia harus ke Villa An. Bagaimanalah dia boleh terlupa?
Fail-fail di atas meja disimpan dan disusun rapi. Kotnya dicapai dan disarung pada tubuh. Telefon bimbit dan kunci keretanya diambil dan diletakkan ke dalam poket kotnya.
“Kau nak pergi mana?” Syakir menyoal bila melihat tindak-tanduk Haikal.
“Nak ke Villa An. Ada hal”.
Syakir mengangguk. “Nanti malam aku datang rumah kau”.
Haikal senyum. Dan dia melangkah keluar dari ruang pejabatnya. Apa agaknya yang opah mahu katakan padanya?

##########

Beg-beg yang berada di dalam bonet kereta diturunkan Pak Abu dengan cermat. Hazan turun dari kereta dengan senyuman. Akhirnya sampai juga dia di bumi Malaysia. Tangan dihulur ke dalam kereta dan turun pula Humaira’, isteri kesayangannya.
“Sunyi” Humaira’ memandang suaminya.
Hazan mengangguk bersetuju. “Kita masuklah dulu. Jom”. Humaira’ menyambut huluran tangan suaminya. Dan sama-sama melangkah masuk ke dalam rumah itu.
Nia melangkah ke ruang tamu dengan menatang dulang air. Air buatannya dihidangkan di atas meja untuk pasangan majikannya itu.
“Kejap, Nia” Hazan memanggil.
“Ya tuan?” Nia berpatah balik.
“Kenapa saya rasa rumah ni macam dah lain sikit? Haikal ada?”
“En.Haikal pergi pejabat.”
Hazan mengangguk. “Beel?”
Nia diam. Bagaimana harus dia memberitahu Tuan Hazan? Haruskan dia menceritakan semuanya dari A hiingga Z? Ataupun hanya mengeluarkan satu kenyataan? Cik Beel lari. Begitukah?
“Nia” Hazan memanggil. Humaira’ di sisinya menoleh pada Hazan. Dan menoleh pada Nia pula. “Nia, are you okay?”
Hazan memerhati riak wajah pembantu rumahnya itu. “Ada apa-apa yang saya tak tahu kan?”
Nia diam lagi. Hazan melepas nafas. “Beel dengan Haikal bergaduh lagi?”
Tiada jawapan. Nia masih berfikir dan menyusun ayat. Mahu mengeluarkan kenyataan terbaik yang tidak menyalahkan baik En.Haikal mahupun Cik Beel.
“Nia, cakap dengan saya sekarang. Apa yang jadi ni? Kenapa dengan Beel?”
“Tuan.. Cik Beel lari”.
“Lari?” keduanya berpandangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s