DILARANG NIKAHI AKU – 90

Senyuman lebar dikuntum melihat wajah yang berada di hadapan rumahnya. Pagar dibuka dan dia melangkah keluar. “Assalamualaikum kak..”
“Waalaikumussalam. Tak terkejut ke nampak akak?”
Fah senyum lagi. “Terkejut sangat!”
Putih mencebik bibirnya. “Tengok respon pun dah tahu. Ni mesti Haikal bagitahu kan?”
Fah ketawa kecil. Lengan Putih dipaut dan ditarik masuk ke dalam. “Wan ada?”
“Abang kerja. Fah hari ni tak de kelas..”
Putih mengangguk memahami. Dan dia mengambil tempat di kusyen tersedia. “Dah lain rumah ni kan?”
“Berapa tahun Kak Putih pergi. Boleh tanya lagi?”
Putih tersenyum. “Seronok rasanya dapat balik Malaysia”.
“Kak Putih nak minum apa-apa?”
“Tak yahlah. Akak dari villa, mestilah dah makan macam-macam. Opah teruja betul akak balik. Macam-macam dia suruh mak masak. Nasib ada Kak Irah tolong. Opah bukan bagi akak masuk dapur.. Baru sampailah katakan..”
Fah ketawa geli hati. “Suria macam mana?”
“Sihat alhamdulillah. Kuat budak tu. Senang nak jaga. Malam pun tak berapa nak meragam..”
“Dapat Beel anak instant kan?”
Putih menguntum senyum mendengar kata-kata Fah. Fah yang sedari tadi duduk di kusyen berasingan mengambil tempat di sisinya. Namun hanya duduk. “Tak nak baring?”
Fah ketawa. “Fah dah besarlah Kak Putih”.
Putih tersenyum. “Memang Fah dah matang sikit kan? Beel masih baring lagi.. Kat sini..” Putih menepuk pahanya.
Fah senyum. “Beel tu.. Dah jadi isteri orang pun perangai sama je..”
“Fah pernah jumpa Beel sepanjang dia kat sana?”
“Baru sekali. Sibuk sikit nak pergi selalu. Kenapa Kak Putih tanya?”
“Akak nampak Haikal tu sayang betul dengan Beel. Tak de gaduh-gaduh dengan Wan ke?”
Fah ketawa. Kali ini dia tidak menahan tawanya. “Kak Putih kenal abang kan? Mustahillah tak gaduh..”
“Ye?”
“Tapi tulah.. Macam mana pun Haikal tetaplah suami Beel yang sah. Mahu tak mahu kenalah relakan juga. Abang tu sampai sekarang tak boleh lupa Beel..”
“Kesiannya. Fah tak carikan pengganti ke..?”
“Macam abang nak. Dia pun asyik kerja,kerja,kerja. Nak cuba lupakan Beel lah kononnya. Tapi Fah selalu tengok dia termenung.”
Putih menguntum senyum. Bertemu Beel sudah, bertemu Fah sudah. Rindunya dia pada kedua-dua adiknya ini. Rindu yang teramat. Tapi dia sedikit sedih bila kehidupan sudah tidak seperti yang dia bayangkan.
Di fikirannya keduanya belajar di tempat yang sama dan menyewa sebuah rumah lain berdekatan dengan universiti. Pun begitu, Putih yakin apa yang berlaku semuanya adalah yang terbaik untuk keduanya.

##############

Dia melepas nafas kebengangan melihat sekuntum mawar merah bersama sebuah kotak kecil di atas mejanya. Langkahnya laju menuju pada bunga itu dan mengambil kotak itu.
“Awak nak buat apa Beel?” Hani yang melangkah bersamanya menyoal.
Beel senyum. Dia sudah lama memikirkan rancangan ini. Sekarang adalah masa untuk melaksanakannya. “Tak de. Reza ni tak faham-fahm baha..” kata-kata Beel terhenti bila membaca tulisan pada kad yang dibukanya.

‘Sayang.. Saya rindu. Minta maaf tak dapat balik buat masa ni. Sibuk sangat. Anak saudara awak dah ada nama. Suria Annisa’. Kak Su awak yang bagi nama tu. Jaga diri elok-elok ya..
Salam sayang dan rindu,
Haikal Hadzim’

Senyum lebar terukir pada bibirnya. Mujur Hani di sebelah sudah mula membuka buku. Jika tidak pasti dia terperasankan keadaan Beel yang senyum sendiri.
Bunyi telefon bimbit membuatkan Beel teralih perhatian. Melihat nama pemanggil Beel senyum lagi. Bunga bersama hadiah itu diletak di atas meja kembali dan begnya ditanggalkan. Langkahnya perlahan keluar dari kelas.
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam. Sayang..”
“Kenapa tiba-tiba bagi bunga?”
“Sayang suka tak?”
Beel senyum. “Awak tahu saya tak suka bunga. Tapi..”
“Sayang tak masuk dalam tong sampah kan?”
“Tak sampai hati nak buang..”
“Sweetnya isteri saya. Tak delah. Saya tengok orang buat, saya pun teringin nak buat..” Haikal menyatakan sebab dia menghadiahkan bunga.
“Siapa awak punya orang kat sini? Tiba-tiba je ada atas meja. Saya ingatkan..” ayat Beel mati. Lebih baik dia berdiam. Boleh mati Reza jika Haikal tahu dia masih mengganggu Beel. Bukan Beel tak tahu suaminya itu sangat kuat cemburu.
“Ingatkan? Budak Reza tu kacau awak lagi ke?”
Beel diam. Haikal mula tidak senang bila pertanyaannya tidak berjawapan. “Sayang..”
“Ya. Tapi dia tak mengganggu pun. Setakat ni, kalau kena marah tu.. makan samanlah juga..”
“Sayang bagitahulah dia yang sayang dah ada suami..”
“Haikal, kan awak dah janji dengan saya?” Beel membuat suara memujuk.
Haikal melepas nafas. Iya, janji yang memakan diri sendiri. Manalah dia tahu akan ada lelaki yang berminat dengan isterinya. Dia sendiri telah memberi keizinan dan berjanji tidak akan memaksa Beel menghebahkan statusnya, tapi sekarang..
“Awak marah saya ke?”
“Mana saya boleh nak marah sayang. Tak sedar lagi yang kita sayang dia separuh mati..” Haikal membuat nada merajuk.
“Ok. Saya jaga bunga tu elok-elok. Terima kasih..”
“Sama-sama sayang. Hadiah tu mama yang tempahkan. Mama kata rindu kat menantu kesayangan dia ni..”
“Mama?”
“Saya lupa nak bagi sayang hari tu..”
“Terima kasih. Terima kasih sangat..”
“Sayang menangis ke?”
“Merapu! Saya gembira, jadi cakaplah terima kasih..”
“Gembira je? Tak rindu ke?”
“Dah tahu tanya lagi?”
“Saya nak dengar dari mulut sayang.. Saya rindu sangat.. Sayang tak rindu saya?”
“Awak.. Pensyarah dah masuk kelas. Nanti kita sembang lagi boleh? Assalamualaikum..” dan butang merah ditekan. Beel menenangkan hatinya yang berdebar. Agaknya kalau ada cermin di hadapan pasti memantulkan wajahnya yang sudah kemerahan.
Nafas ditarik dan Beel melangkah masuk ke kelas semula. Tidak ada pensyarah yang masuk namun dia terpaksa mematikan talian. Tidak mahu dipaksa Haikal untuk terus menyatakan rindu.
“Siapa call?” Hani yang memandang menyoal.
“Abang”.
Hani mengangguk. “Abang Haikal?”
Beel mengangguk mengiakan. “Dia kirim salam”.
Hani menguntum senyum sambil menjawab salam yang dikatakan Beel. “Awak nak buat apa dengan hadiah tu?” Hani menyoal.
Beel hanya tersenyum. Tidakkah pelik jika dia memberitahu Haikal yang menghadiahi dan bukannya Reza kerana pada Hani, Haikal adalah abang kandungnya bukan suami.
Kota itu diambil dan disimpan di dalam beg bersama kad tadi. Sementara bunga itu dipandang dan ditenung bagai ada wajah Haikal di situ.
Tidak sedar ada mata kecewa yang memerhatikan tingkah lakunya. Mata kecewa yang menghadiahkan bunga mawar sama namun sering kali tidak diterima Beel. Namun pemandangan di hadapan matanya saat ini, jelas menunjukkan Beel bahagia mendapat bunga itu. Siapakah lelaki yang menjadi pesaingnya?

################

“Nak termuntah aku dengar kau bersembang dengan Beel. Terlebih gulalah,Kal”.
Haikal ketawa mendengar kata-kata Syakir. “Biarlah. Kekasih halal”.
Syakir mencebik bibirnya. “Dari cara kau bersembang, aku agak Beel tu mesti dah lembut sikit dari dulu kan?”
Haikal tersenyum dan keningnya dijongket tanda mengiakan. “Bolehlah..”
“Dia ok je kau gulakan dia macam tu?”
“Awal-awal dulu dia tak suka juga. Dah lama-lama biasalah. Kalau kau dah ada isteri nanti, kau fahamlah.. Bila lagi?”
Syakir melepas nafas. “Tulah. Aku ingat weekend ni nak pergi jumpa Wan dengan Fah. Tapi rasa macam tak yakinlah..”
“Kalau nak dilayan tak yakin kau tu, alamatnya Fah dah kena ambil dengan orang lain” ujar Haikal selamba sambil melihat skrin komputer ribanya.
Syakir menjeling. Fail di hadapan mata diambil dan dibaling pada Haikal. “Kau kalau bagi kata-kata semangat tak boleh ke?”
Haikal ketawa kecil. Dalam hati dia masih lagi tertanya-tanya. Apakah benar ianya seperti yang Beel katakan? Bahawa Reza sudah kurang mengganggunya dan dia juga tidak terganggu?

###############

Mereka ketawa bersama. Masing-masing terasa lucu dengan kejadian yang berlaku di hadapan mata. Sepasang pasangan kekasih bergaduh di hadapan mereka. Si lelaki memujuk namun si perempuan tidak mahu mendengar.
Mungkin kerana rimas dengan rayuan si lelaki, si perempuan menolak si lelaki hingga dia terjatuh di dalam longkang. Si perempuan pula yang risau dan gelabah tidak tentu hala bila teman lelakinya jatuh.
“Comel kan?” Beel menyoal Hani.
“Kelakar..”
Dan mereka sama-sama melangkah ke hadapan. Beel menarik tangan Hani tiba-tiba. Memberitahunya bahawa ada sesuatu di hadapan.
Hani melihat. Qamar dan Reza sedang melangkah dari arah bertentangan. Beel memandang Hani dengan wajah tidak selesa. “Nak lari ke?”
“Jangan. Qamar dah stop kejar saya”.
“Betul ke?” Beel bagai tidak percaya. Ya memang dia sudah lama tidak menemani Hani bermain lari-lari dengan Qamar, tapi itu tidak boleh membuktikan Qamar sudah benar-benar berhenti mengganggunya.
Hani menguntum senyum. Tangan Beel dicapai dan dia menggenggamnya. “Jom”.
Beel menarik nafas. Semoga ia benarlah seperti apa yang dikatakan Hani. Dia melangkah bersama Hani sementara Qamar dan Reza terus maju dari arah bertentangan.
“Hai” Reza berhenti menegur.
Beel memandang tanpa riak. Hani hanya menguntum senyum sebaris. Reza ketawa kecil melihat wajah serius Beel. “Awak ingat. Saya belum putus asa tau.. Tak kisahlah siapa lelaki tu, saya mesti dapat rampas awak dari dia”.
Beel mencebik, mata menjeling Qamar yang memandang ke arah lain. Bagai mengelak dari Hani. Dan dipandang Hani yang sesekali tersenyum mendengar rapuan Reza. Kepala yang tidak gatal digaru, ada apa-apakah yang berlaku di antara Hani dan Qamar di luar pengetahuannya?
“Ok dear. Saya pergi dulu, bersedia terima hadiah saya ye.. Bye!” Reza berlalu bersama Qamar.
Beel memandang Hani yang sibuk membaca mesej di telefon bimbitnya. “Hani” gadis itu dipanggil.
“Ya saya?”
“Awak dengan Qamar bergaduh ke?”
Hani ketawa kecil. “Berbaik pun tak, macam mana nak bergaduh cik adik?”
“Dia nampak lain..” Beel mula melangkah namun mata sesekali menjengah ke belakang.
Hani senyum. “Tak de yang lainnya. Memang sepatutnya dari dulu macam ni”.

#############

Kotak kecil yang dihadiahkan Haikal dikeluarkan dari begnya. Beel menguntum senyum sambil membuka balutan kemas itu.
“Mama..” Beel menguntum senyum sambil menatap hadiah itu. Sebiji glob bersalji yang berlatarbelakangkan pemandangan negara Kuwait namun di dalamnya ada gambar dia,Haikal bersama mama dan papa.
‘Terima kasih mama’ detik hati Beel. Sungguh kali ini dia terharu dengan keluarga yang dihadiahkan Tuhan padanya. Seorang suami yang benar-benar menyayangi dan ibu ayah mertua yang sangat mengasihi.
Air mata mula mengalir. Kemudian Beel tergelak sendiri. Sejak bila pula dia menjadi sensitif begini?

###############

“Assalamualaikum..”
Bunyi suara memberi salam membuatkan gadis manis yang sedang menonton televisyen itu mengalih perhatian. Lantas alat kawalan jauh dicapai dan kelantangan suara televisyen diturunkan.
Dia mengintai dari tingkap melihat siapa yang berkunjung. Wajah sang pria kurang jelas dilihat. Namun dia tahu kereta itu milik siapa. Syakir.
Tudung yang tersedia di bawah tangga diambil dan disarungkan ke kepala. Dengan lafaz bismillah, dia keluar dari pintu dan membuka pagar.
“Waalaikumussalam”.
Syakir senyum lebar melihat Fah yang menyambut. Namun hanya sesaat dua, bimbang Fah lari kerana takutkannya.
“Awak datang sini?”
Syakir senyum lagi. “Saya.. Saya nak jumpa Wan”.
Fah membuat mulut berbentuk ‘o’. “Kalau macam tu, masuklah dulu”.
Syakir mengangguk dan mengikuti Fah masuk ke dalam. Selesai menghidang air dan juga makanan ringan buat Syakir, Fah langsung naik ke atas menuju ke bilik Safwan.
Pintu diketuk perlahan. “Abang!”
“Ya dik?” wajah Safwan muncul di balik daun pintu.
“Ada orang datang. Dia nak jumpa abang?”
“Siapa?” Safwan yang sedang menyiapkan dokumen penting untuk dibentangkan esok menyoal. Dia kalau boleh tidak mahu menangguhkan kerja penting sebegini.
Fah memandang abangnya yang seperti kurang berminat mahu menyambut. Fah tahu abangnya sangat sibuk. “Syakir”.
Mendengar nama itu, langsung Safwan memandang Fah. “Siapa?”
“Syakir”.
Nafas dilepas. Teringat kata-kata Safwan di tanah perkuburan tempoh hari. ‘kita orang tak de hubungan apa-apa lagi. Aku hormatkan Fah. Aku tahu yang Fah tak suka kehidupan bercinta sebelum kahwin. Aku nak jadikan Fah suri hidup aku. Aku nak jadikan Fah isteri aku yang sah.’
“Abang” Fah memanggil. Mengapa abangnya termenung?
“Yelah. Fah pergilah masuk bilik, ada apa-apa abang panggil”.
Fah mengangguk dengan senyuman dan hilang dari pandangan Safwan sebaik saja memasuki biliknya. Safwan menarik nafas sedalamnya. Kemunculan Syakir hari ini membuatkan dia tahu pemuda itu benar-benar serius soal adiknya. Alhamdulillah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s