DILARANG NIKAHI AKU – 92

“So, what’s up?”
Fah menarik nafasnya. Sedalam mungkin. “Beel..”
“Yes my dear. Cakap je lah. Dari tadi Beel, Beel, Beel. Bukan dapat pahala berzikir nama aku”.
Fah ketawa kecil mendengar kata-kata Beel. “Aku.. Siang tadi Syakir datang melamar”.
Beel gelak. “Betul?”
“Ya, betul. Tapi kenapa kau gelak?”
“Tak de. Habis, kau happy ke ni?”
Fah menarik nafas dan menghembusnya. “Entahlah. Nak kata happy tu tak de lah happy sangat. Tapi excited kut..”
“Kahkahkah..” Beel membuat suara ketawa.
Dahi Fah berkerut. Apa sebenarnya yang cuba disampaikan Beel dengan respon sebegitu? “Kau..”
“Abang Syakir datang dengan siapa je?”
“Seorang. Tapi abang yang bersembang dengan dia. Aku dalam bilik je..”
“Memanglah. Kenal sangat perangai Abang Wan tu. Mesti Abang Syakir kena soal siasat macam penjenayah”.
“Kenapa kau tak teruja?”
Beel ketawa lagi. “Terujalah ni. Nak teruja macam mana lagi? Aku happy sekali untuk kau..”
“Kau dah tahu kan?”
“Tahu?”
“Kau dah tahu yang Syakir nak datang melamar aku kan?”
“Macam mana pula aku boleh tahu? Aku kan kat Penang ni..”
“Abang Haikal?”
Beel ketawa lagi. “Kau ni memang kenal aku kan?”
Fah melepas nafas. “Kenapa kau tak bagitahu aku sekali? Tak aci betul!”
“Janganlah marah Fah. Aku bukan sengaja tak nak bagitahu. Tapi kalau aku bagitahu, tak surpriselah..”
Fah ketawa sendiri. Namun jelas kedengaran pada telinga Beel. Langsung tidak menyangka Beel sudah pun ketahui semuanya dari awal. Bagaimanalah agaknya menghadapi hidup di hari-hari mendatang?

#############

Mata mereka sama-sama menangkap sesuatu di atas meja Hani. Namun tidak lama Hani ketawa kecil. “Mesti hadiah Reza. Ada orang alihkanlah tu..”
Beel senyum manis. Mungkin benar namun mengapa dia merasakan tidak? Dari segi kotak juga bungkusannya ia kelihatan berlainan dari yang selalu dia dapat.
Hani mengambil kotak dari atas meja. Baru saja mahu diberikan pada Beel, dia menangkap nama Hani yang tertulis di bungkusannya.
Beel menjengah. “Kan dah agak! Awak punya kan?”
Hani mengangguk. “Pelik pulak. Siapa bagi?”
“Bukalah!”
Hani memandang Beel sekilas dan mula membuka bungkusannya. Kotak kecil itu dibuka dan dia memandang Beel. Tiada apa-apa. Hanya sekeping kertas yang punya tulisan. Hani dan Beel mula membaca bersama.

– Saya perlukan jawapan tu. Saya nak tahu sebabnya. Saya nak tahu apa yang membuatkan awak marah sangat sampai tak boleh nak maafkan saya. Saya nak tahu apa rahsia antara awak dan Jia. Saya perlu tahu rahsia tu. Dan saya takkan berhenti sampai saya dapat jawapan. –
-Q-

Beel diam. Hani juga diam. Kertas itu dimasukkan kembali ke dalam kotak dan dia menutupnya. Nafas dilepas perlahan. Beel di sisi dipandang.
Beel sengih. “Gagah juga Qamar ni kan?”
“Awak tak nak tanya apa rahsia tu?”
Senyum dikuntum. “Saya tahu tu rahsia penting. Kalau awak belum bersedia nak bagitahu, tak pe lah. Saya tak kisah..”
Hani senyum mengikut senyuman Beel. Tubuh gadis itu dipeluk erat. ‘Terima kasih atas semuanya, Beel’.

##############

“Congrats!”
Terpinga-pinga Syakir memandang wajah Haikal yang tersenyum-senyum memasuki pejabatnya. Kepala diangkat sedikit tanda memberi tanda tanya.
Haikal ketawa besar sambil menarik kerusi. “Isteri kesayangan aku bagitahu Fah dah kena risik!”
Syakir ketawa. “Kau dengan Beel ni tak boleh belah langsung!”
“Tahniah kawan! Aku tabik!”
“Seronoklah kau! Kau tahu tak masa kena dengan Wan tu, macam nak tercabut anak tekak ni!”
Haikal ketawa. “No hal! Aku dah pernah kena. Kau tak ingat ke isteri kesayangan aku tu bekas kekasih hati dia?”
Syakir mengangguk-angguk. Mengimbas kembali masa-masa lalu ketika awal perkenalan mereka berdua. Perkenalan Syakir dan Haikal dengan Beel, Fah dan Safwan.
“Tak sangka dah nak masuk dua tahun kau kahwin kan?”
Haikal ketawa. “Bukan kau je yang tak percaya. Aku pun tak percaya. Tapi memang betullah orang cakap, lagi indah sesebuah perkahwinan tu kalau kita bercinta selepas kahwin. Hmm…”
Syakir ketawa. “Suria apa khabar?”
“Ok. Sihat. Tak salah aku minta Putih jagakan dia. Cuma tulah, sebab busy kan. Dah berapa lama aku tak jumpa Beel ni..”
“Alahai. Kalau rindu, larilah kejap ke Penang tu. Bukannya jauh sangat”.
“Aku tak ready lagi nak jumpa dia. Aku takut dia tanya fasal arwah Su..” Haikal melepas nafas.
Syakir menggeleng-geleng kepalanya. “Sampai bila kau nak lari? Memanglah Beel tu tak cakap apa-apa dengan kau, tapi kau rasa dia terasa tak kau tak balik?”
Haikal melepas nafas lagi. Dan Syakir ikut mengeluh. “Siapa yang cakap dengan aku jangan lari dari masalah? Mana Haikal yang sentiasa tahu apa yang patut dilakukan bila ada masalah datang? Takkan sebab fikir perasaan Beel kau lari? Habis kalau kau lari tu, kira fikir perasaan Beel ke?”
Haikal terdiam. Dia memandang Syakir dan Syakir memandangnya. Sama-sama menjongket kening dan mengangkat bahu dan sama-sama juga melepaskan sebuah keluhan panjang.

###############

Nafas dilepas perlahan. Dia memejam mata seketika. Hidupnya sudah mula kembali seperti dahulu. Kehidupan yang sentiasa melarikan diri. Melarikan diri dari seorang lelaki bernama Qamar.
“Qamar ada sini?”
Hani memandang Beel di sisi. Memandangkan hari ini hari Jumaat, dia meminta Beel menghantarnya ke rumah umi. Siapa sangka Qamar sudah setia menanti di hadapan pintu pagar?
“Awak nak tidur rumah saya?” Beel menyoal.
Hani menggeleng kepalanya. “Tak pe. Terima kasih. Saya boleh settlekan. Terima kasih Kak Cha!”
“Sama-sama Cik Hani”.
Beel melepas nafas melihat Hani turun dari kereta. Kak Cha dipandang. “Kesian Hani kan?”
“Betul. Tapi Kak Cha rasa bukan tak de cara untuk hentikan lelaki tu. Cuma Cik Hani tak nak buat”.
Beel diam. Dia sendiri tertanya-tanya apakah rahsia yang begitu disimpan rapi oleh Hani? Tapi takkanlah dia mahu menanya?

##############

“Hani”.
“Qamar”.
“Awak baru balik?”
“Ya”.
“Saya..”
“Saya dah cakap dengan awak, walau apa pun yang berlaku awak takkan dapat tahu. Sebab tak boleh ubah semua yang berlalu. Boleh tak awak berhenti kacau saya?” Hani akhirnya meninggi suara.
“Hani, saya perlu tahu”.
“Ok. Kalau awak tahu boleh awak berhenti kacau saya? Putuskan pertunangan ni dan keluar dari hidup saya? Boleh tak?”
“Hani..”
“Janjilah!” Hani menjerit separuh hatinya.
“Awak tak nak bagitahu saya? Ke saya kena tanya Aunty Hanifah?”
Hani senyum sinis. “Teruskan kalau awak rasa umi tahu. Awak ingat orang macam saya mengadu semua benda kat umi ke?”
Qamar melepas nafasnya. “Apa yang susah sangat awak nak berterus terang?”
“Susah sebab awak bukan orang yang patut tahu. Saya bosanlah! Bosan lari dari awak, bosan kena kejar dengan awak!” Dan Hani berlari masuk ke dalam perkarangan rumah. Dia tidak mahu bertemu Qamar lagi! Dia bencikan lelaki itu. Oh Tuhan… Bilakah semuanya akan berakhir?

##############

Kod nombor rumahnya ditekan setelah kad dilalukan. Baru saja hendak melangkah masuk, tubuhnya tiba-tiba dipeluk dari belakang.
Dia bagaikan tergamam seketika. Namun tak lama. Tangan yang melingkari pinggangnya ingin dipukul namun tangannya terhenti mendengarkan suara itu.
“Sayang…”
Nafas dilepas perlahan. “Haikal ke?”
“Saya rindu awak..” Haikal mengeratkan pelukannya.
Beel membuka pintu rumahnya. “Jom masuk. Nanti orang nampak”.
Haikal memaut bahu Beel dan melangkah masuk sambil ketawa terbahak-bahak. Beel menggeleng-geleng sendiri. Mahu melangkah ke dapur namun ditarik Haikal agar duduk bersamanya di sofa.
“Awak tak nak air ke? Saya ingatkan nak buatkan air..”
“Sweetnya sayang saya. Sebelum ni tak de pun nak buatkan air kalau saya balik..”
Beel mencebik. “Saya anggap awak tak nak. Yang awak gelak dari tadi ni kenapa?”
Haikal ketawa lagi. Dan dia menghabiskan tawanya melihat wajah serius Beel. “Ok. Yelah mana saya tak gelak, awak takut orang nampak saya peluk awak. Awak lupa kita ni duduk kondo mewah? Satu tingkat sebuah rumah je sayang…” Haikal sengih sendiri sambil mencuit dagu isterinya.
Beel diam. Hanya melentokkan kepalanya di sisi Haikal. Lama sudah suaminya ini tidak pulang. Angin apa agaknya yang membawa dia ke sini?
“Kenapa ni?” Haikal menolak tubuh Beel perlahan. Wajah isterinya itu dipandang.
Beel menggeleng. Membiarkan Haikal memegang kedua belah pipinya. “Tak de”.
“Are you sure?”
Beel senyum. Dia kembali berbaring pada bahu Haikal. “Awak busy kan?”
Haikal senyum. Tangan Beel diambil dan diramas. “Minta maaf sebab lama tak balik…”
“Saya ok je.. Kak Su macam mana? Sihat? Suria dah besar mana? Sihat ke? Mak long, pak long ok ke? Opah macam mana? Sihat tak? Kalau sakit, sakit ringan ke sakit teruk?” Beel terusan memberi soalan.
Haikal terdiam. Nampaknya otaknya harus bekerja bersungguh-sungguh memberi jawapan yang sesuai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s