Monthly Archives: August 2016

Demi Syaqiqah – P29

Roti bakar bersama telur sepenuh masak di hadapannya dipandang. Selalunya dialah yang paling teruja melihat gandingan makanan itu, tapi hari ini…

Nafas dilepas berat. Kejadian dua hari lalu masih segar terbayang pada matanya. Sakit hati melihat Dian yang asyik mengukir senyum pada mamat miskin itu! ‘Pakai MyVi je pun..’ hati tidak sudah-sudah menegakkan dia yang lebih baik.

Sudahlah dua hari ini Dian tidak kisahkannya. Mereka tidak bertemu secara sengaja atau tak sengaja, apatah lagi berselisih. Sebal!

Dia sengaja mahu melancar perang terhadap Dian. Mahu melihat apakah Dian akan mencarinya terlebih dahulu. Rupanya hampeh! Dian sibuk dengan tugasan penting yang diberikan dekan kerana penarikan hukumannya.

Harraz memandang telur rebus di hadapan mata. Telur itu di ambil dan dihancurkan menggunakan sudu. Wajah Dian yang terbayang pada mata membuatkan makin galak dia menyudu telur rebus itu.
Harraz menghentak kaki tiba-tiba. Geram! Mujur dia berada di bilik makan yang hanya menempatkan pelajar berdarjat tinggi sepertinya, jika tidak pasti banyak mata yang melihat.

“Assalamualaikum”.

Harraz bungkam. Mata memandang sisi kanannya sekilas. Bibir yang asalnya mahu mengukir senyum ditahan. “Yes, Miss Dian?”

Dian terdiam. Wajah itu, mata itu.. tampak lain dari selalu. Tiba-tiba dia terasa takut pula. “Saya nak ucapkan terima kasih”.

“Thanks, but no thanks” ringkas jawapan Harraz namun membuatkan Dian terasa.. dia tidak diundang.

“Kalau macam tu.. saya pergi dulu. Kalau awak nak minta tolong apa-apa, bagitahulah saya..” Dian menjawab perlahan. Dia berniat mahu berbaik-baik dengan Harraz setelah pemuda itu banyak membantunya. Kerana itulah dia tidak lagi menggunakan kau aku seperti kebiasaan. Tapi ditukar pada saya awak.

Harraz membuat muka toya. Nilai harga dirinya terlalu tinggi untuk dia mengaku yang dia tak suka lelaki lain menghampiri Dian. Dibiarkan Dian membuka langkah.

Harraz mendengus. Tapi tak boleh! Dia tidak boleh tidur malam dua hari ini semata kerana masalah ini. Tahan ego kau, Raz. Harraz meyakinkan diri. Membuat selamba menjamah roti bakar yang hakikatnya langsung tiada rasa.

“Wait!” Harraz memejam mata memanggil. Ego menggunungnya runtuh juga kerana tidak suka perkara begini mengganggu hidupnya.

Langkah Dian terhenti. Tubuhnya berpaling. Harraz bangun dari kerusi dan merapati Dian. “I nak you clearkan something”.

Telefon pintarnya ditunjuk pada Dian. “Who’s this guy?”

Dian memandang. “Oh.. ni Ubadah. Abang Lainah”.

“Who is Lainah?”

“Kawan saya. Perempuan lagi seorang dalam gambar tu..” Dian memberitahu.

“Dah berapa lama you kenal dia?”

“Lainah? Ke Ubadah?”

“Mamat ni lah!”

“Waktu tu pertama kali jumpa”.

“Lie!”

Dian mengerutkan dahi. Ada apa dengan Harraz? Riak wajahnya, nada suaranya juga pertanyaan anehnya.. Adakah kasanova itu cemburukan dia dan Ubadah? Tapi mereka tiada apa-apa! Kejap, dia dengan Harraz juga tiada apa-apa. Bahkan istilah kawan pun belem diberikan buat Harraz. Lalu mengapa dia harus semarah ini?

“You dah kenal lama dengan mamat ni kan?”

“Saya tumpang Lainah balik hari tu. Lepas saya jumpa dekan”.

“I texted you. Why you tak suruh I hantar you balik?” suara Harraz makin meninggi.

“Yang awak nak marah-marah ni kenapa?”

“From this second, orang yang boleh hantar you balik only me and Adib. I tak benarkan you balik dengan orang lain!”

Dian memejam mata. “Kau ni mencabar kesabaran aku betul lah. Apa hak kau nak halang aku balik dengan sesiapa pun yang aku nak?” hilang sudah kelembutan yang diberikan Dian tadi. Sikap Harraz benar-benar menaikkan amarahnya.

“I forbid it”.

“Hak?”

“I tak suka!” mata Harraz membulat.
Dian menarik nafas dalam. “Sebagai apa? Kau nak halang aku dengan status apa? Kau bukan sesiapa pada aku, dan aku pun tak de kaitan dengan kau”.

Harraz senyum sinis. “I like you. I do care about you! Isn’t it obvious Dian? I buat apa I boleh untuk you! Tak pernah seumur hidup I masuk campur dalam hal perempuan lain macam mana I buat dekat you. Fasal you kena gantung kursus.. and about the carrot juice! Don’t you see it or you buat-buat tak nampak?”
Kali ini Dian bungkam. Dia kematian kata. Apakah Harraz sedang meluahkan perasaannya? Atau lelaki itu sedang mengaku kecemburuannya?

Wajah itu dipandang. Ya, Harraz memang berserabut. Dan Dian melihat sekeliling. Banyak mata yang melihat. Tidak ramai, mungkin dalam sepuluh pasang mata. Nafas ditarik menenangkan diri. “Emosi awak tengah tak stabil. Tunggu sampai awak dah tenang, awak boleh cari saya bila-bila masa” dan Dian terus berlalu.

Meninggalkan Harraz yang baru menyakitkan hatinya. Entah apa yang tidak kena dengan lelaki itu hari ini. Gila!

“Whoa! Someone ordinary dumped Harraz, The Casanova”.

Harraz memandang pada pemuda yang bersuara. “What?” dia menjerkah.
Gadis itu diam. Hanya senyum kambing melihat Harraz yang tidak tentu arah. Jadi lelaki playboy itu ditolak mentah-mentah oleh gadis kebanyakan?

“All of you.. dengar sini. Kalau I tahu benda ni kecoh, I cari semua ni.. sampai lubang cacing! And you…” jari ditunjuk pada gadis tadi. “Dian is not someone ordinary! She’s special” tangan lantas mencapai beg galas tepinya dan keluar dari situ.

Hatinya sebal dengan apa yang berlaku, dan lebih berbekas kerana Dian berlalu setelah mendengar luahan perasaannya.

#########

“Saya nak minta tun buatkan En.Adib sebagai pemilik tunggal untuk Adib-Ah”.
Tun Adib Nasir melepas nafas. Sekali lagi? Tapi kali ini permintaannya agak berlainan. Selalunya dia meminta Tun Adib Nasir memansuhkan nama Adibah dari senarai pemilik bersama Adib, tapi kali ini dia meminta Tun Adib Nasir menamakan Adib sebagai pemilik tunggal?

“Ok. Dismiss” Tun Adib Nasir bersuara pada tiga kakitangan lain yang menyertai mesyuarat mereka.

Jalal memandang. Dia tahu Tun Adib Nasir mahu hal ini antara mereka sahaja. Atau Tun Adib Nasir takut akannya?

“Jalal, sila..”

“Fasal Hotel Adib-Ah..”

“Apa lagi Jalal? Dah berapa kali saya cakap jangan masuk campur dalam urusan Adib-Ah!”

“Kenapa tun tak nak keluarkan nama Adibah dari senarai pemilik? Atau tun tahu apa-apa tentang dia?” Jalal menebak. Mahu melihat reaksi Tun Adib Nasir.

Tun Adib Nasir berdehem. “What do you mean?”

“I mean, Adibah kan dah tak ada. Dia meninggal dalam kemalangan tu..”

“Macam ni lah Jalal. Hotel dan segala hak yang berkaitan dengan hotel tu adalah milik Adib. So, kalau awak ada apa-apa yang tak puas hati, awak boleh direct dengan Adib. In fact, dia yang tak nak keluarkan nama Adibah dari senarai” Tun Adib Nasir menjawab dengan penuh ketenangan.

Jalal menganggukkan kepalanya. Nampaknya telahannya benar. Tun Adib Nasir tahu bahawa anak kecil itu masih hidup. Lantas dia meminta diri dan melangkah keluar dari pejabat mewah milik Tun Adib Nasir.

Nampaknya siasatan Pisau telah mula menampakkan hasilnya. Dia memberitahu bahawa tiga nyawa yang meninggal itu adalah Syamran, Afiqah dan bayi yang dikandung Afiqah. Jadi nama Syaqiqah tidak tersenarai.

Pisau masih mencari tahu bagaimana Syaqiqah boleh terlepas dari kemalangan itu. Yang penting saat ini, dia harus memastikan Pisau tidak terlepas pandang akan keselamatannya. Bukan Jalal tidak tahu tentang Inspektor Ghazali yang masih memburu pembunuh Syamran sekeluarga.

Dan.. dia harus menemukan Adibah sebelum Tun Adib Nasir. Ini yang utama dan paling utama.

#########

Matanya hanya memerhati kakaknya yang berwajah masam sejak menunggunya di hadapan kelas. Sambil itu mulutnya sibuk membebel patah perkataan yang panjang.
Syaqiqah sesekali ketawa. Ya dia bisu, dan kerana itu dia dapat membaca gerakan bibir meskipun dia tidak mendengarnya. Kerana apa? Itu kelebihannya.

Kepala digeleng melihat kakaknya sibuk menyumpah seranah tapi tidak menyebutkan siapa. Begnya dicapai dan dia mendekati Dian. Bahu kakaknya disentuh.
-Akak ok tak?

Mata Dian membulat. Anggukan diberikan tidak beberapa lama kemudian. “Ok. Akak ok. Kelas adik dah habis?”

Syaqiqah mengangguk. -Jom!

Dian memaut lengan Syaqiqah dan mereka melangkah beriringan. Syaqiqah memandang Dian sambil berjalan. -Akak..

“Ya sayang…” Dian sengih sambil melentokkan kepala pada bahu adik kesayangannya.

-Gila tadi tu siapa?

Dian memandang. Wajahnya jelas mempamerkan riak terkejut. ‘ From this second, orang yang boleh hantar you balik only me and Adib. I tak benarkan you balik dengan orang lain. ‘

Ayat itu tiba-tiba terdengar pada pendengarannya. ‘ I like you. I do care about you! Isn’t it obvious Dian? I buat apa I boleh untuk you! Tak pernah seumur hidup I masuk campur dalam hal perempuan lain macam mana I buat dekat you. Fasal you kena gantung kursus.. and about the carrot juice! Don’t you see it or you buat-buat tak nampak? ‘

Mata Dian terpejam seketika. Yang dilakukan Harraz tadi.. luahan perasaan ke? Atau apa?

-Akak.. Syaqiqah memanggil.

“Akak ada benda nak cerita. Tapi tunggu kita sampai rumah lah”.

Syaqiqah mengangguk. Dan mereka melangkah bersama menuju ke luar. Masa untuk pulang!

Saat mereka melangkah maju, entah bagaimana Syaqiqah tiba-tiba berlanggar dengan seorang gadis yang datang dari arah berlawanan.

“Maaf” gadis manis bertudung lilit itu menunduk.

Syaqiqah ikut tunduk. Dia mempamerkan senyuman pada gadis itu.

“Adik ok?” Dian memaut tubuh Syaqiqah. Membantu adiknya itu berdiri tegak.
Syaqiqah menganggukkan kepala. Wajah gadis manis di hadapannya diamati. Terasa bagai pernah mengenalinya. Tapi dia langsung tak mengingatnya. Kepalanya dipicit bila terasa berpinar.

“Adik” Dian memanggil. Menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan adiknya itu.

“Awak ok?” gadis di hadapan mereka ramah bertanya.

Dian memandang. Wajah itu.. Kalau tidak salah, bukankah itu Amy yang dikatakan tunang Adib? Amelia anak Dato’ Jalal?

Syaqiqah menguntum senyum. Dia merapati Dian. Dian memandang Syaqiqah sekilas. “Adik saya ok. Kami nak balik dulu. Terima kasih”.

Amy mengangguk. Dia berkejar mahu berjumpa Adib yang sudah menanti di kantin hampir setengah jam. Sibuk berbual dengan rakannya tadi membuatkan Amy lupa dia telah berjanji dengan Adib sejak semalam.

Wajah sang kakak seperti pernah dilihat. Dian? Dian? Gadis yang diberitahu Emily tempoh hari. “Awak Dian ke?”

Dian memandang dan anggukan diberikan. “Ya saya”.

Amy menguntum senyum. Wajahnya manis, meyakinkan Amy pastinya dia seorang gadis yang baik. Jadi pemberitahuan Emily adalah fitnah semata. Tangan dihulur sebagai salam perkenalan. “Saya Amelia, just call me Amy”.

“Dian”.

“Nice to meet you. Awak yakin adik awak ok?”

“Cuma pening sikit. Saya balik dulu”.

“Sure. Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi..” dan Amy berlalu menuju ke kantin manakala Dian memimpin Syaqiqah keluar melalui pagar utama.

Dalam hati Dian dan Amy sama-sama merasakan keduanya adalah gadis baik tanpa menyedari masing masing hakikatnya sudah diikat dengan tali ‘Adibah Syaqiqah’.

Demi Syaqiqah – P28

Telefon pintar yang berdering diangkat. “Yes?”

“Bos, aku dah tahu bos”.

“Apa yang kau tahu?”

“Budak tu memang hidup lagi”.

Matanya membulat mendengar kata-kata Pisau. “Ok. Kita jumpa kat cafe depan office aku. Sekarang”.

#########

“Saya minta maaf atas kesulitan yang telah saya buat pada awak. Awak boleh keluar”.

“Baik puan. Terima kasih puan”. Dian bangun dari duduk dan melangkah keluar dari pejabat dekan.

“Macam mana?” Lainah menyoal cemas, semasa Dian mendapat panggilan tadi dia bersama Dian. Alang-alang itu, Lainah terus menemani Dian ke pejabat dekan.
Tubuh Lainah dipeluk erat. “Hukuman aku dibatalkan!”

“Apa? Betul ke?”

“Ya, Lainah!” dan dua gadis itu melompat kegembiraan. Terkinja-kinja meraikan penarikan hukuman Dian. Jika ada yang melihat pasti keduanya malu sakan.

Saat itu telefon pintar Dian bergetar menandakan ada mesej masuk. Dian membuka lambang aplikasi Whats App dalam telefon pintarnya.

“Siapa mesej?” Lainah melepaskan pelukan.

Dian menggeleng. Nombor tidak diketahui namun mesejnya berbunyi ‘Dekan dah jumpa? Ada terasa nak ucap terima kasih tak?’

“Siapa tu?” Lainah sekali lagi menyoal sambil matanya melirik pada skrin telefon pintar milik Dian.

Dian mengukir senyum tanpa sedar. Tahu sangat siapa yang menghantar mesej. Pasti Adib yang memberikan nombornya pada pemuda itu.

“Siapa? Nak tahu! Senyum-senyum pula tu” suara Lainah meninggi, geram.

Dian menggeleng. “Sibuklah kau ni. Bukan siapa-siapa pun. Lagi satu, mana ada aku senyum!” Dian menafikan.

Lainah mencebik. “Yelah tu.. In love ke?”

Dian membulatkan mata. Tapi tahu Lainah langsung tak takutkan matanya yang bulat itu. “Dah lah, jom. Abang kau dah tunggu kat depan kan?”

“Kau nak balik dengan aku ke?”
Dian mengangguk. “Bukan kau ajak ke? Lagi pun Iqah dah habis kelas, dia pun dah tunggu”.

“Yeay!” Lainah bersorak kegembiraan.

#########

Dia melambai pada bos yang baru melangkah masuk ke dalam restoran mewah dan tertutup itu.

“Apa yang kau dapat?” Jalal langsung saja menyoal, tidak mahu membuang masa.
Sebuah sampul surat diserahkan pada Jalal. Jalal mengambil dan melihat gambar-gambar itu. Adibah berjaya membesar dengan jayanya. Gambarnya dari tadika, sekolah rendah hinggalah sekolah menengah.

Dan memang, wajahnya saling tak tumpah seperti Afiqah. Jalal menenangkan diri agar ketakutan dan kebimbangan tidak terserlah pada wajahnya. “Kau tahu dia kat mana sekarang?”

“Tak bos. Keluarga angkat dia duduk kat Melaka. Dan dia membesar kat Melaka. Tapi dah sebulan aku intip rumah dia, tak pernah aku nampak dia. Yang ada cuma mak angkat dia je kat rumah tu” Pisau menjelaskan.

Jalal berfikir. Jadi Melaka? Iya, kampung Syamran di Muar. Dan kemalangan itu berlaku di Muar. Jadi selama ini Adibah hanya di Melaka? Hanya sedekat itu? Melaka dan Muar yang perjalanan antara satu sama lain hanya memakan masa empat puluh lima minit hingga satu jam.

“Aku nak kau cari budak tu sampai dapat. Bawa pada aku tapi jangan apa-apakan dia”.

“Baik bos. Tapi kalau dia melawan bos?”

“Banyak cara nak diamkan dia. Yang penting jangan bagi dia mati. Sebab budak tu mungkin ada gunanya nanti”.

##########

“Meet my brother, Ubadah”.

Dian menguntum senyum dan memberi sebuah anggukan. Begitu juga dengan Syaqiqah di sisinya. Memandang jejaka tinggi lampai yang berdiri di hadapan mereka.

“Abang, ini Dian. Ini adik Dian, Iqah”.

“Assalamualaikum” Ubadah menguntum senyum.

“Waalaikumussalam” perlahan Dian menjawab.

Lainah ketawa kecil melihat wajah terpesona Ubadah. Dia tahu abangnya itu sudah terpikat pada Dian sejak terpandangkan wajah Dian pada telefon pintarnya. Pasti abangnya itu tidak menyangka wajah di hadapan mata rupanya lebih cantik dari wajah di skrin telefon.

“Kami nak tumpang balik boleh?” Dian menyoal, menyedari Ubadah tidak putus memandangnya membuatkan dia tidak selesa.

“Boleh. Nak tumpang setiap hari pun boleh”.

Dian mengerutkan dahi. Tidak memahami maksud kata-kata Ubadah. Saat itu Syaqiqah sudah tersenyum sendiri. Sejak bila kakak kesayangannya itu ramai peminat?

#########

Anggukan diberikan berkali-kali pada mom yang asyik meninggalkan pesan di talian.

“Yes mom. Sure mom. Okay mom. Ada lagi?”

“Okay, Raz tak lupa. Kena singgah sekolah Ana ambil dia. Pak Mad EL, dia tak ada. Anything else?”

“Fine mom. Love you mom”. Dan nafas dilepas sesudah talian diputuskan.
Adik manjanya sudah menunggu. Alat kawalan jauh ditekan dan pintu kereta dibuka. Namun matanya menangkap satu figura yang amat dikenali, Dian!

Tapi siapa lelaki itu? Dian, Syaqiqah, kawan Dian yang dia sendiri tidak tahu namanya dan.. lelaki itu. Wajah Harraz yang tadinya ceria bertukar cemberut. Sakit hati melihat kemesraan Dian dan lelaki itu. Tersenyum-senyum!

Harraz masuk ke dalam kereta dan terus menghidupkan enjin. Tidak menunggu sesaat dua untuk membiarkan enjinnya panas seketika, kereta mewah miliknya dipandu laju keluar dari perkarangan universiti. Ikutkan hati mahu saja kereta MyVi murahan milik lelaki itu dilanggar!

########

Adib berlari memasuki villa mewah milik daddynya. Terkejut dia mendapat panggilan dari Enon yang memberitahu Tun Maryamul Azra tiba-tiba pengsan di dapur.

Tun Adib Nasir yang berada di Sabah juga langsung mengambil penerbangan segera untuk pulang ke Semenanjung. Adib tahu daddynya itu, bukan boleh buat kerja jika merisaukan satu-satu wanita kesayangannya itu.

“Kak Anum” Adib menegur Anum yang sedang mengelap wajah mommynya menggunakan kain putih yang direndam bersama ais.

Anum menoleh. Menguntum senyum terhadap tuan mudanya. “Masuklah Adib. Dr. Omar baru je balik, dia cakap ada pembedahan penting”.

Adib mengganggukkan kepala. Dia melangkah masuk perlahan. Tuala di tangan Anum dipinta dan dia menyuruh Anum keluar dari bilik. Meminta Cik Zah memasakkan bubur ikan buat mommynya.

“Mommy” Adib bersuara perlahan sambil tangannya sibuk mengelap tangan kanan mommynya.

Mata wanita itu perlahan terbuka. “Adib dah balik?”

Adib menggangguk lagi. “Macam mana mommy boleh pengsan ni?”

“Tak ada apa-apalah. Enon tu.. gelabah sangat”.

“Badan mommy panas” ujar Adib sambil menyentuh dahi mommynya.
“Tak ada apa-apalah. Mommy ok. Adib..”

“Ya, mommy?”

“Mommy nak jumpa Dibah”.

Adib terdiam memandang mommynya. Mommynya mahu bertemu Syaqiqah? Tapi mengapa? Bagaimana caranya? Bila? Adib kebingungan.

“Boleh?”

“Mommy..”

“Maksud mommy, mommy nak tengok dia dengan mata kepala mommy sendiri. Mommy tahu dia tak ingat mommy pun.. tengok dari jauh je…”

Adib mengangguk perlahan. Pasti Tun Maryamul Azra sudah tidak mampu menanggung rindu yang menggunung terhadap gadis itu. Kerana inilah dia membuat permintaan begini. Nampaknya dia harus menghubungi Dian untuk memulakan rencana mereka.

############

Buku yang sedang dibaca ditutup seketika. Tubuhnya diregangkan sambil dia melihat-lihat sekeliling bilik mencari kelibat sang kakak.

Telefon pintar milik Dian yang berbunyi lantas mencuri perhatian Syaqiqah. Segera dia bangun dan mencapai telefon pintar itu. Mata terpandang skrin telefon milik Dian yang tertulis ‘Adib Poyo’.

“Adik!” Dian memanggil dari luar bilik.
Syaqiqah tersenyum. Telefon pintar kakaknya dihulurkan. Dian melihat nama yang tertera. “Jap ye..”

Dia melihat kakaknya keluar kembali dari bilik. Adib Poyo? Siapa Adib Poyo itu? Apakah dia Adib Mubarak? Apakah ada sesuatu yang dirahsiakan Dian darinya? Syaqiqah menggeleng. Biarlah, itu urusan kakaknya. Sampai masa nanti, kakaknya pasti akan berkongsi juga.

Dian menoleh-noleh kalau-kalau. Syaqiqah mengikutinya keluar dari bilik. Setelah memastikan, baru panggilan Adib dijawab. “Assalamualaikum, kenapa kau call sekarang?”

“Waalaikumussalam. Kau sibuk ke?”

“Taklah. Ada apa?”

“Mommy aku demam”.

“Ya Allah! Panas sangat tak?”

“Dah ok. Aku nak cakap fasal plan kita, kau betul-betul nak tolong aku?”

“Kan aku dah cakap, aku akan tolong”.
Adib melepas nafas. Dian dengan kekasaran bahasanya. “Manalah tahu kalau kau berubah hati”.

“Gila! Ingat aku ni jenis tak kotakan janji ke?” Dian hampir menjerit namun kembali memperlahanlan sura, bimbang didengati Syaqiqah.

“Good then. Aku dah tahu.. fasal Dr.Soleh yang kau cakap tu. Dia kawan daddy aku. Dan aku rasa kita boleh rujuk dengan dia, minta bantuan dia untuk pulihkan Iqah”.

“Ok”.

“Dian.. aku minta sangat.. kau jagakan Iqah untuk aku. Aku, Adib Mubarak betul-betul perlukan seorang Adibah Syaqiqah dalam hidup aku”.

“Tahulah!” Dian membalas kasar, mula menyampah bila Adib mengeluarkan bahasa berbunga sebegitu. “Dah tak ada apa-apa kan? Aku letak. Assalamualaikum” dan talian dimatikan.

Sebuah nafas keluhan dilepaskan. Hingga saat ini Dian masih lagi ragu dengan keputusannya. Apakah dia telah membuat keputusan yang tepat dengan membantu Adib? Apakah ini jalan terbaik buat mereka semua? Baik Syaqiqah, dirinya sendiri, ibu, Adib dan Aunty Yam?

Demi Syaqiqah – P27

Wajah manis itu dipandang. Tidak menyangka Syaqiqah menunggu di pintu kelas. Fikirnya Syaqiqah masih merajuk dan tidak mahu menunggu. Fikirnya dia yang harus pergi ke kelas Syaqiqah.

Diana Nadia

Diana Nadia


“Dah tak marah ke?”

-Orang tengah ada masalah, manalah adik sanggup nak marah.

Dian sengih. Tubuh Syaqiqah dipeluk erat. Oh, Syaqiqah. Adik kesayangannya.

-Tadi ada kawan tanya. Mana satu yang akak nak sebenarnya, Adib atau Harraz?
Dian ketawa besar. “Lepas tu adik buat apa?”

-Buat-buat tak faham je. Tapi adik tahu, kalau akak ada.. mesti akak jawab, ‘Dua-dua tak boleh ke?’

Dian senyum lagi. Adiknya memang memahaminya. Dan kini tiba masa untuk dia memahami adiknya pula. Ya, Syaqiqah memang tidak pernah menyoal siapa ibu bapa kandungnya dan apa ceritanya hingga dia boleh membesar bersama keluarga mereka tapi Dian tahu, yakin dengan penuh kepastian bahawa di sudut hati Syaqiqah yang terdalam, ingin sekali dia mengenali keluarga kandungnya.

##########

“Hai!”

Amy menguntum senyum pada gadis tidak bertudung yang melambainya. Tunduk hornat diberikan dan Amy mengucapkan salam.

Wajah gadis itu kelat seketika. Mungkin tidak tahu bagaimana harus menjawab salam yang diberikan Amy. Namun Amy tidak mahu membuat gadis itu tidak selesa, dia terus saja menyoal sebab pertemuan mereka.

“You Emily kan? Ada apa you nak jumpa I?”

Emily menarik nafas, menayangkan senyum jahatnya. Kertas A4 yang tersimpan rapi di dalam sebuah sampul surat diletakkan di hadapan Amy.

Amy memandang dengan kerutan dahi. Namun tetap saja sampul surat itu dibuka dan diambil. Dan dua gambar bersama tajuk besar itu diperhati. “Apa ni?”

“Semalam kecoh satu U fasal flyer tu. Ada orang tebarkan satu U, keluarkan kenyataan tu and ada buktinya”.

Amy mengangkat wajah memandang.
“Honestly, apa yang you nak sebenarnya?”

“I cuma nak warning yang…”

“Yang Adib ada perempuan lain? Or ada perempuan gatal yang sibuk nak tackle Adib dan sekarang nak try Harraz pula, macam tu?” Amy memotong kata-kata Emily.
Emily diam seketika. Tidak menyangka ini respon yang bakal diberikan Amy. “No, Amy. I just..”

“I duduk dengan Adib almost 24 hours tau. You ingat dengan gambar macam ni akan buat I rasa tergugat?”

“It’s a warning” Emily menegaskan.

“Look, Emily. You pandang rendah kat I. Perempuan ni.. apa nama dia, Dian. I tak pernah sekali pun dengar Adib sebut nama dia or salah panggil nama I dengan nama dia. So tak de sebab I perlu ragu-ragu dengan Adib” Amy bersuara penuh yakin.

“Lelaki tak boleh dipercayai..”

“I rasa I pernah nampak you. You ex Harraz kan?”

Emily mengangguk perlahan. Mengiakan kata-kata Amy. Dan Amy menyambung, “Kalau you buat semua ni dengan harapan I akan bergaduh dengan Adib or.. I akan serang perempuan ni, stop wasting your time. Tak de faedah you buat macam ni”.

Amy mencapai beg tangannya dan mengangkat punggung. Mahu berlalu, sia-sia saja dia datang ke temujanji yang dikatakan amat penting itu.

“Kalau you nak tahu apa yang I cakap ni betul atau tak, you boleh tengok dengan mata you sendiri. Depan mata you, you sendiri akan nilai samada I cakap bohong or not. Welcome to our uni”.

“Assalamualaikum” Amy langsung saja meninggalkan Emily. Nampaknya dia harus memberi amaran pada Harraz tentang Emily yang mengganggunya.

#########

Syaqiqah ketawa kecil melihat kakaknya yang kelewatan berlari masuk ke kelas. Dan dia berundur ke belakang mahu meninggalkan kelas Dian.

Dan bila kakaknya sudah mengambil tempat barulah Syaqiqah memaling tubuh mahu ke kelasnya pula. Tubuh Syaqiqah terundur ke belakang sedikit mendapati Adib berdiri tegak di belakang tadi. Dan kini Adib di hadapannya.

Syaqiqah memandang wajah itu. Kening dijongket bertanya kalau ada apa-apa yang Adib perlukan darinya.

Adib menggeleng. ‘Abang cuma rindu nak tengok muka Dibah’ namun itu hanya dikata dalam hati. Matanya terus menatap wajah Syaqiqah hingga gadis itu kurang selesa.

Syaqiqah mengalih pandangan. Menunduk dua saat dan melangkah untuk berlalu.

“Dibah!” Adib memanggil. Entah mengapa nama itu yang keluar dari bibir.

Syaqiqah berhenti. Dia memandang Adib yang kini berada di sisi kanannya. Tangan menunjuk pada diri. Saya?

Adib mengangguk. “Iqah apa khabar?”

Syaqiqah mengerutkan dahi. Telefon pintar dikeluarkan dan ruangan nota dibuka. Tangan pantas menaip dan skrin telefon pintar disua pada Adib.

Adib membaca. ‘Ada apa-apa yang boleh saya bantu?’ Wajah itu dipandang. “Saya nak awak ingat saya”.

Syaqiqah mengerutkan dahi. Tangannya menyentuh pipi yang terasa panas. Apakah dia malu?

Adib menggeleng. Bagai tersedar dari dunia. Wajah Syaqiqah dipandang. “Kenapa muka awak merah?”

Syaqiqah menunduk. Dan terus saja melangkah pergi dari situ. Tangannya masih melekap pada pipi. Apa yang Adib cuba sampaikan sebenarnya?

Adib menggaru kepala yang tidak gatal. Apa yang dia katakan pada Syaqiqah hingga wajahnya merah sebegitu sekali?

###########

“Aku sudi tolong kau”.

Adib memandang. Harraz juga memandang. Memandang Dian yang datangnya entah dari mana, namun tiba-tiba mengeluarkan ayat itu.

“Kau cakap apa?” Adib meminta sebuah pengulangan.

Dian melepas nafas. “Aku sudi tolong kau”.

Dan kali ini perlahan terukir senyum pada wajah Adib. Dia menjeling Harraz di hadapannya. Nampaknya… umpan mereka mengena!

“Betul kau nak tolong aku?” mata Adib bersinar.

“Kau cakap je apa yang kau nak aku buat, aku akan…”

Saat itu telefon pintar Dian berdering. Nama Lainah tertera sebagai pemanggil. Dan Dian langsung menjawabnya. “Ya, Lainah”.

“Kau kat mana?”

“Kantin. Ada hal jap”.

“Dekan nak jumpa. Aku rasa fasal flyer tu”.

Wajah Dian berubah. Kali ini seratus peratus. “Fasal tu?”

“Kau pergilah. Ada apa-apa hal, kau roger aku”.

“Ok. Assalamualaikum”.

“Waalaikumussalam..” Dian melepas nafas memandang skrin telefon.

Harraz dan Adib memandang. Panggilan yang baru diterima Dian nampaknya sesuatu yang mengejutkan. Dian mengangkat wajah memandang dua jejaka itu. “Aku pergi dulu, ada hal”.

Harraz memandang. Dan Adib memandang Harraz yang tiba-tiba berdiri. “Kau kenapa?”

“I’ve got to go. Bye!” dan Harraz mencapai failnya dan terus berlalu.

##########

Dian menarik nafas sedalam mungkin sebelum menolak daun pintu pejabat dekan universiti. Jika kata-kata Lainah benar, bersedialah menerima hukuman Dian!

“Assalamualaikum”.

Wanita berambut separuh hitam putih itu mengangkat wajah memandang sang masuk. “Waalaikumussalam. Diana Nadia, masuklah”.

Dian melangkah masuk ke dalam dan duduk di hadapan dekan yang duduk di meja kerjanya. “Puan nak jumpa saya?”

Dekan mengangguk. “What is this?” dekan menyua sehelai kertas A4 pada Dian.

“Puan..”

“Boleh saya panggil Dian?”

Dian menganggukkan kepalanya. “Fasal ni…”

“Ok Dian. Awak tahu kan kita kat universiti, tempat belajar. Bukan tempat untuk awak pikat atau tackle lelaki”.

Dian mengangguk. Hanya mengiakan saja segala kata-kata dekan. Arwah abah selalu saja berpesan, jika kita tidak bersalah namun dituduh bersalah, iakan saja. Tidak ada guna sibuk menuntut kebenaran jika kita berada dalam keadaan tertuduh.

“Saya tak nak tahu apa yang berlaku. Dan saya tak nak tahu samada awak betul atau salah. Saya pun tak nak tahu siapa yang buat semua ni. Tapi saya nak tahu macam mana hal macam ni boleh terjadi dalam universiti kita?” suara dekan sedikit meninggi.

“Maaf puan..”

Dekan membuka cermin matanya. “No maaf. Explain”.

“Sebenarnya puan..”

“Masakan pokok bergoyang kalau tak ada angin kan?” dekan memotong ayat Dian yang baru bermula.

Dian angguk lagi. Tahu sangat dekan sangat marah akannya. Iyalah, berita itu pasti saja menjatuhkan reputasi universiti swasta terbaik yang dipegang mereka selama empat tahun berturut.

“Macam ni lah Dian, saya akan bagi awak peluang untuk buat penjelasan. So tell me…”

Dian memandang. Dia tidak tahu bagaimana harus memulakan. Dia juga tidak tahu apa yang harus dikatakan. Mahu memberitahu itu semua kerja Emily tidak mungkin, kerana dia tidak punya bukti kukuh. Tambahan pula keluarga Emily adalah penyumbang tunggal ubat-ubatan untuk kegunaan seluruh universiti. Tidakkah dia mencari fasal jika mengadukan hal itu?

“Awak tak nak bela diri?”

Dian mengangguk. Iyakan sajalah, paling tidak pun dia akan digantung kursus selama beberapa bulan. Tidaklah sampai dibuang terus.

“Ini surat hukuman awak. Awak akan digantung kursus untuk setengah tahun. Dan perkara ini akan masuk dalam rekod awak sampai awak habis belajar. Boleh?”
Dian menyambut huluran dekan. Setengah tahun? Lamanya. Sudahlah dia mengambil jurusan undang-undang, jika begini keadaannya dia harus bagaimana?

“Setuju tak?”

Dian diam, mendiamkan diri. Tiada kata-kata yang terkeluar dari lidah. Lidahnya kelu, tidak tahu apa yang harus dikatakan. Dan beberapa minit kemudian, anggukan terpaksa diberikan.

Dian bangun dari duduk bila dia disuruh keluar. Nampaknya dekan masih punya banyak urusan lain. Mata terpejam rapat sebelum dia melangkah keluar. Apa yang harus diberitahu pada ibu? Dan adik?

“Dian, are you okay?”

Mata Dian terbuka. Terkejut melihat Harraz di hadapannya. Kertas di tangan segera disembunyikan namun Harraz lebih laju menangkap. Kertas itu langsung dirampas dari pegangan Dian.

“You takkan kena hukum. Don’t worry, I’ll do something about this, you know I can” Harraz bersungguh memandang.

“Tak payahlah. Aku tak nak orang
cakap..”

“Pedulikan apa orang cakap. No need to worry..” dan Harraz langsung saja mengeluarkan telefon pintarnya. Menghubungi orang sana sini. Dan akhirnya meninggalkan Dian yang termangu sendirian.

Dian yang baru ingin menahan melepas nafas. Dia tahu Harraz punya caranya. Tapi Dian kurang mengerti. Mengapa Harraz begitu banyak sekali membantunya?

Demi Syaqiqah – P26

Dia gelisah menunggu temannya tiba di universiti. Baru lima belas minit berlalu, namun Lainah merasakan sudah lima belas jam. Mengapa Dian masih belum muncul?

Jam sembilan dia datang, dia terus masuk ke kelas. Tapi apa yang dilihat di papan kenyataan, papan pemberitahuan yang berlambak di universiti itu memanglah menyakitkan hati. Siapalah agaknya yang mendajjalkan Dian? Geram betul hatinya!

Lainah langsung berlari mendapatkan Dian yang sedang berjalan bersama adiknya. Kertas A4 di tangan dipegang erat sambil dia berlari.

“Dian!” termengah-mengah Lainah memanggil.

Dian mengerutkan dahi. Memandang Syaqiqah sekilas dan kemudian membantu menenangkan Lainah yang tidak cukup nafas kerana berlari.

“Kenapa ni?”

Lainah menarik nafas sedalamnya. Dan kertas itu dihulur pada Dian. Dian menyambut dengan penuh tanda tanya. Dan kertas itu dilihat.

Membulat matanya melihat dua gambar itu. Tajuk besar yang tertulis sejelasnya di atas dua gambar itu, ‘DIAN PELAJAR TAHUN DUA JURUSAN UNDANG-UNDANG PEREMPUAN JALANG’.

Gambar pertama adalah gambar dia bersama Adib. Gambar dia berjalan bersama Adib. Sekadar berjalan, Dian tidak kisah. Itu terpulang pada mata yang melihat.

Namun gambar kedua memang menaikkan kemarahannya. Gambar dia bersama Harraz. Gambar hari itu, sewaktu Harraz menyelamatkannya dari dilanggar motosikal.

Untuk mereka yang tahu perkara sebenar, tidak akan berfikir apa-apa. Tapi siapalah yang tahu kejadian itu melainkan dia dan Harraz sendiri? Dan memang jelasnya gambar itu adalah gambar dia dan Harraz berpelukan!

“Kau tahu kerja siapa?” Lainah menyoal.

“Emilylah ni..” kertas itu sudah pun berada di dalam genggaman Dian.

“Kau nak buat apa? Kau tahu tak kertas ni bersepah kat dalam. Kat kelas, kantin, library semua ada. Aku dah cek tadi. Aku takut dalam bilik pensyarah pun ada”.

Dian mengetap bibir. Apa yang gadis itu tidak puas hati dengannya? Bukankah dalam pergaduhan mereka selalu saja dia yang mencari fasal? Dan kali ini apa lagi?

“Aku dengar Emily ni pernah bercinta dengan Harraz waktu dia tahun satu dulu. Tapi Harraz tinggalkan dia sebab apa aku tak tahu. Tapi Harraz tu kan playboy. Esoknya dah ada girlfriend baru” Lainah bercerita.

“Si Emily memang tak pernah suka dengan aku pun” Dian mendengus. Menoleh ke kirinya, barulah dia terperasan keberadaan Syaqiqah di situ.
“Adik..”

-Banyak rahsia akak..

“Adik.. akak boleh jelaskan”.

Syaqiqah menguntum senyum tawar. -Adik pergi kelas dulu. Kelas adik mula pukul 9.45 pagi.

Dian melepas nafas melihat Syaqiqah menghadiahkan sebuah senyuman buat Lainah dan berlalu pergi.

“Kenapa dengan Iqah?” Lainah menyoal hairan.

“Emily ni memanglah.. kau tahu dia kat mana?” Dian tidak menjawab, sebaliknya memberi soalan.

Lainah diam berfikir. Seminit, dua minit…

“Tahu tak?” Dian menyoal lagi, suaranya sedikit meninggi. Geram betul dia dengan Emily, jika bukan kerana kertas ‘bodoh’ itu.. tak mungkin Syaqiqah salah faham dengannya seperti sekarang.

Dian yang tidak sabar langsung saja meluru masuk ke dalam. Destinasi pertama adalah kantin. Sikap Emily yang suka mencari salah orang memungkinkan dia berada di kantin. Siapa tahu?

Lainah mengejar. Lupa pula dia dengan sikap Dian yang tidak boleh dicabar dan pantang mengalah, bukannya bersifat tenang seperti adiknya yang satu itu.

Dian sudah senyum sendiri. Langkahnya laju menuju ke arah Emily yang sedang makan bersama teman-temannya. “Apa ni?” kertas yang berada di tangan diletakkan di atas meja makan Emily dengan menepuk tangannya. Membuatkan suapan Emily terhenti.

Emily membulatkan mata. “Apa kau cakap ni?”

“Kau jangan buat tak tahulah, Emily. Aku tahu ni semua kerja kau kan?”

Emily berdiri seraya mengangkat bahu. Kertas di atas meja sambil mulutnya memuncung. “Oouu..”

“Kau ingat aku ni jenis perempuan solehah yang diam je kalau kena buli? Kalau kau tak nak mengaku tak pe, tapi jangan sampai aku hilang sabar!” Dian memberi amaran.

“Sekarang ni aku tak tahu kau cakap fasal apa. Tunggu kau cool sikit, baru datang jumpa aku” Emily kembali duduk, ingin menyambung apa yang dilakukan.

Dian sengih sendiri. “Lupa.. cakap dengan orang bodoh, kita pun jadi bodoh sekali. Fine, aku pergi belajar dulu. Orang bodoh macam kau bolehlah bersenang-lenang kat kantin macam ni” dan Dian memasang langkah. Malas mahu terus bertekak dengan Emily.

Emily mengetap bibir geram. Selambanya Dian memanggilnya bodoh sedangkan satu kantin melihat! Satu kantin memandang Dian memanggilnya bodoh! Geram juga sakit hati, jus lobak merah di hadapan langsung saja diambil dan dituang mengenai tubuh Dian.

Tapi yang terjadi.. lain. Emily membulatkan mata melihat Harraz yang basah kuyup dek jus lobak merahnya. Entah dari mana jejaka itu muncul dia tidak tahu. Yang dia tahu, Harraz telah melindungi Dian dari terkena jus berais itu.

“Harraz, I..”

Dian berpaling. Melihat Harraz yang sudah basah membisukan dia. Dari mana jejaka itu muncul? Dan apa perlunya dia menyelamatkan Dian? Lihatlah sekarang, hutang budinya sudah bertambah!

“I warn you, Emily. I hope this is the last time you kacau Dian dan adik dia. Lagi sekali I dapat tahu you ganggu Dian dan Iqah, I takkan teragak-agak untuk make sure that you get lost from this university!” dan Harraz menarik lengan baju Dian berlalu pergi dari situ.

“Harraz! Harraz!” Emily memanggil. Dan dia duduk geram menahan sakit hati. Makanan dan minuman di atas meja ditolak hingga ia berteraburan di lantai. Dian memang mencabar kesabaran tahap tertingginya.

“Emily, you ok?” teman di sisi menyoal.

“You gila ke? Kalau dah macam ni, you boleh tanya lagi I ok ke tak?” Emily bersuara separuh menjerit. Jemarinya menggenggam penumbuk padu, tidak pernah ada pelajar di situ yang berani men’cabar’nya seperti Dian. Kini Emily benar-benar bencikan Dian.

#########

“Syaqiqah”.

Syaqiqah mengangkat wajah memandang pensyarah yang sedang mengajar. -Ya?

“Faham apa yang saya syarah tadi?”

Syaqiqah mengangguk. Senyuman dihadiahkan buat pensyarah baik hatinya itu. Pensyarah yang pasti akan menyoal apakah dia memahami atau tidak kerana Syaqiqah tidak boleh memberi ulasan dengan berkata-kata.

“Bagus. Ini saja kelas saya hari ni. Terima kasih”.

Syaqiqah menghabiskan penulisan notanya dan menutup buku. Nafas dilepas mengingat peristiwa pagi tadi. Gambar itu jelas pada ingatannya. Dia bukan marah tanpa sebab seperti adik manja kebiasaan.

Dia terasa dengan sikap Dian yang banyak berahsia dengannya kebelakangan ini. Kalau hal sebegini sudah kakaknya rahsiakan, tentu sekali banyak perkara lain yang dirahsiakan Dian dari pengetahuannya.

Jika dia berahsia, Dian akan marah besar. Kata Dian mereka hanya berdua jadi segala masalah harus dikongsi bersama. Susah senang bersama. Tapi sekarang apa yang terjadi? Bukankah Dian yang paling banyak berahsia dengannya?

###########

“Nah..” Dian menghulurkan tisu padanya.

Harraz menyambut dengan sengihan. “Ingatkan nak bagi sapu tangan..”

Dian mencebik. “Ingat aku ni jenis simpan sapu tangan dalam beg ke?”

“Tak de ke?” Harraz membulatkan mata.

Dian memandang. “Kenapa? Girlfriend kau semuanya simpan sapu tangan dalam beg?”

Harraz ketawa sendiri. “Tak adalah. Selalunya perempuan kan simpan sapu tangan. Ada apa-apa, semua guna sapu tangan. Bukan ke sapu tangan lebih mudah?”

“Sapu tangan boleh digunakan sebagai bahan bukti. Jadi baik guna tisu, lepas guna terus buang” Dian bijak menjawab dengan yakin.

Harraz ketawa. Dian memang comel! Memang sangat comel! Untungnya dia dapat beristerikan seorang bakal peguam. Harraz ketawa geli hati sendiri sambil tangan ligat mengesat jus yang membasahi wajah.

“Yang kau gelak ni kenapa?”

Harraz menggeleng. Dia terkesima seketika. Apa yang dia angankan tadi? Beristerikan Dian? ‘Kalau you dah jumpa perempuan yang boleh buat you terfikirkan perkahwinan, you akan faham apa yang I rasa’. Harraz tiba-tiba teringat kata-kata seorang bekas teman wanitanya suatu masa dulu.

Dan dia menggeleng lagi. Tidaklah. Dia tidak fikir begitu terhadap Dian. Harraz menenangkan diri. Dia hanya sukakan Dian. Hanya sekadar s u k a.

“Alang-alang kau nak tolong aku, aku nak tambah kerja kau sikit boleh tak?”
Harraz memandang dengan jongketan kening. Kata-kata Dian memancing perasaan ingin tahunya. “Anything for you, my dear”.

Dian mencebik. “Kau jangan ingat ayat kau tu sedap sangat. Nak termuntah aku dengar. Kau nak tolong tak ni?”

Harraz ketawa lagi. Seronok benar duduk bersama Dian. “I tolong. You nak minta tolong apa?”

“Jom”.

#########

“Dik, tolong panggilkan Iqah” Dian menegur seorang gadis yang melangkah keluar dari kelas.

Gadis itu memandang seketika dan memberikan senyuman. Lalu dia melangkah masuk ke dalam kelas. Dian menjeling Harraz di belakangnya sekilas. Tahu sangat gadis tadi memandangnya. Dasar lelaki buaya darat, kutuk Dian dalam hati.

Dian melihat Syaqiqah yang sibuk mendengarkan rakan di sebelahnya. Dan gadis tadi hampir padanya. Hanya sekilas pandangan yang diberikan Syaqiqah dan dia menyambung perbincangannya kembali.
Gadis itu memandang Dian dan melangkah mendekatinya. “Saya dah panggilkan Iqah. Tapi dia tak nak keluar. Awak tak nak masuk?”

“Tak pelah. Terima kasih” Dian menguntum senyum manisnya.

Dian melepas nafas. Memang ikutkan hati mahu saja dia masuk ke dalam kelas, tapi memikirkan Harraz di belakang.. niatnya langsung terbatal. Isu gambar itu masih belum selesai. Iyalah ia baru berlaku pagi tadi.

Dian perasanlah sangat mata-mata yang memandang dia dan Harraz dari tadi. Tapi dia bukan kisahkan manusia lain yang salah faham dengannya. Yang penting adik kesayangannya itu.

Telefon pintarnya diambil dan nombor Syaqiqah dihubungi. Dian melihat Syaqiqah memandang skrin telefon dan memandangnya. Dan panggilan itu diterina Syaqiqah.

“Adik tak nak keluar jumpa akak? Akak nak jelaskan semua yang berlaku.”

Dian memandang wajah Syaqiqah yang tidak beriak. Dan dia menyambung, “Akak minta maaf. Akak tak de niat nak sorok apa-apa dari adik. Akak cuma tak nak buat adik risau”.

Mendengar ayat itu, Syaqiqah bangun dari duduknya. Langkah perlahan menuju ke arah Dian. Dian menarik tangan Syaqiqah dan membawanya hampir pada Harraz.

“Hai” Harraz mengangkat tangan.

“Assalamualaikum” Dian bersuara tegas, menegur.

Harraz sengih. “Assalamualaikum, saya Harraz. Bakal teman lelaki kakak awak”.

“Harraz!” Dian meninggi suara.

Harraz ketawa kecil. “Shhhh… Orang tengok”.

Syaqiqah ketawa kecil melihat adegan ‘aneh’ di hadapannya. Jadi begini ceritanya. Kakaknya sudah ada peminat. Tengku Harraz Tengku Hafzan yang terkenal ini meminati kakaknya… rupanya.

Dian memandang melihat Syaqiqah ketawa. “Adik tak marah akak dah ke?”

-Marah.

“Adik gelak tadi..”

-Akak tak bagitahu ada orang minat akak. Dia tengah pikat akak ke?

Dian mengerutkan dahi. Memandang Harraz yang memandang dia dan Syaqiqah tanpa sebarang riak. Nafas lega dilepas. Mujur Harraz tidak mengerti bahasa isyarat.
“Aku nak minta kau jelaskan kat adik aku fasal gambar tu”.

Harraz mengangguk, patuh. “Sebenarnya hari tu I selamatkan Dian dari kena langgar motor. Sebab dah lewat, I ajak Dian balim dengan I. Lagi pun nak balik rumah I, memang lalu rumah you. Tapi I ada emergency. So lambatlah I hantar kakak you balik. You marahkan kakak you ke? Kalau you marahkan dia, baik you marah I. Serius kakak you tak salah”.

-Awak suka kakak saya? Syaqiqah selamba menyoal.

Harraz memandang Dian kebingungan. Dia berbisik separuh suara, “Apa yang adik you cakap?”

“Dia kata ok”.

“Ok je? Macam panjang..” dahi Harraz berkerut. Dan Syaqiqah ketawa kecil.

“Ya betul. Dia cakap, kalau macam tu baguslah..” Dian bertegas.

Harraz mengangguk. “Ni je you nak minta tolong?”

Dian turut memberi anggukan. “Ni je. Terima kasih. Kau kata ada kelas kan? Bye!”

“Pergilah cepat! Bye..”

“Bye..” dan kali ini barulah Harraz meninggalkan mereka.

Dian melepas nafas memandang Syaqiqah. “Sedapnya soalan dia kan?”

Dan Syaqiqah sengih. Sengihnya makin melebar saat terperasan Harraz beberapa kali menoleh ke belakang.

Demi Syaqiqah – P25

Dua jejaka itu bertenggek di tangga menonton drama ciptaan mereka itu. Keduanya tersenyum melihat mesranya kedua wanita yang baru mereka kenalkan.

“Kau nampak apa yang aku nampak, Raz?”
Harraz tersenyum mendengar kata-kata Adib. “Nampak. Tapi kau yakin plan ni menjadi?”

Adib sudah senyum senget. “Kali ni 100 per cent. Aku yakin Dian mesti akan setuju lepas ni”.

“Bagus juga plan kau ni. Macam… kebetulan sangat”.

Adib menyiku Harraz yang memerli. “Kau dah uruskan budak tu?”

“Dah. Aku dah kasi duit upah, lepas tu tambah duit untuk dia beli motor baru. Motor tu aku suruh buang. Manalah tahu nanti Dian tiba-tiba perasan kan?”

“Thanks Raz. Kau memang selalu tolong aku”.

“Anything for Dian” dan dia tersenyum nakal.

Adib mencebik. “Kalau macam ni aku suruh driver hantar Dian baliklah. Tak boleh percaya langsung kau ni”.

“Gurau je ustaz. Janganlah marah ustaz..” Harraz ketawa kecil. “Lagi pun plan ni tak rugikan sesiapa. Kau untung, aku lagi untung..!”

###########

Dia gelisah menunggu kakaknya yang tidak kunjung tiba. Mata terus melihat jam dinding dan kembali memandang televisyen. Sudah malam, tapi mengapa Dian masih saja belum pulang ke rumah.

Syaqiqah menanti lagi. Gelisah dibuatnya menunggu kakaknya seorang itu. Sudahlah tidak meninggalkan pesanan apa-apa.
Jam dipandang lagi. Syaqiqah tekad. Jika pukul 8.30 kakaknya masih belum muncul, dia akan menghubungi Dian.

##########

“Lama urusan kau dengan Adib?”

Harraz sengih memandang Dian yang membetulkan tali pinggang keledarnya.
“Ter.. lama pula”.

Dian mengangguk sesaat. “Tapi tak de lah rasa lama sangat. Sebab mommy Adib.. dia baik kan?”

“Kalau you jumpa my mom, mesti you lagi suka dia” Harraz sudah ketawa sendiri sambil memandu keretanya.

“Apa kau cakap?”

“Nothing. Seronok sembang dengan Aunty Yam?”

Dian mengangguk laju. Langsung dia tidak menyangka Tun Maryamul Azra yang dikenali ramai seramah dan sebaik itu. Fikirnya watak wanita itu seperti kebiasaan isteri orang kaya.

“Tak sangka Adib ada mommy baik macam ni” Dian masih lagi tersenyum manis.

“You suka Aunty Yam?”

Dian mengerut dahi. Saat itu telefon pintarnya berdering menandakan panggilan masuk. Nama Syaqiqah tertera di skrin. Lantas panggilan itu dijawab.

“Assalamualaikum”.

“Ya adik”.

Diam seketika. “Maaflah, ada hal sikit”.

“Akak tahu adik risau. Akak bukan tak nak call”.

“Ya adik, akak minta maaf sayang..”

“Ok. Kejap lagi akak sampai”.

“Assalamualaikum”.

Dan talian mati. Dian melepas nafas melihat skrin telefonnya. Sudah pukul 8.30 malam, pantasan saja adiknya itu risau separuh mati.

“Macam mana you sembang dengan adik you?”

Dahi Dian berkerut memandang Harraz di sisi. “Kau tanya apa?”

“Macam mana you sembang dengan adik you? I means dia kan tak boleh bercakap. Macam mana you tahu apa yang dia nak sampaikan pada you kalau melalui call?”

Dian diam seketika. “Kalau kau ada adik bisu nanti, kau fahamlah kut”.

Harraz ketawa kecil mendengar kata-kata Dian. Dian mengerutkan dahi mendengar tawa Harraz. “Apa yang kelakar?” laju mulutnya menyoal.

“No.. you ni out spoken kan?”

“Ok. Habis apa masalahnya?”

“Tak. Bukan masalah. I like it, you buat I rasa… selesa” dan kaki Harraz menekan brek kereta. “Dah sampai”.

Dian melihat sekeliling. Ya sudah sampai. Tapi bagaimana Harraz tahu rumahnya? Bukannya dia ada memberitahu jejaka itu.

“Ok, jangan tanya. I tahu rumah you dari Adib. Jangan fikir bukan-bukan ye..”
Dian mengangguk. “Terima kasih. Terima kasih sebab selamatkan aku, terima kasih sebab hantar aku balik” dan Dian terus saja keluar dari kereta mewah milik Harraz.

Harraz tersenyum dan bersandar pada kerusi sebaik Dian hilang dari pandangan. Dia benar-benar sukakan gadis itu. Dia sangat sukakan Dian. Tapi bagaimana caranya untuk dia tahu apakah Dian gadis yang tepat buatnya dan dia betul-betul serius dengan Dian?

#########

“Dian tu siapa?”

Adib yang sedang menyuap nasi ke dalam mulut tersedak. Dicapai gelas yang berisi air putih dan langsung diteguk.

“Mommy?”

“Adib kenapa?” Tun Adib Nasir yang duduk di antara isteri dan anaknya menyoal.

Adib menggeleng. “Terkejut sikit. Mommy tanya apa?”

“Dian tu siapa?”

Adib diam sebentar, akalnya ligat mencari jawapan. “Kawan sekelas”.

“Belajar pengurusan bisnes juga ke?”

“Tak.. Diam ambil undang-undang”.

Tun Maryamul Azra mengangguk memahami. Kiranya bakal hakim atau peguam. Tapi lazimnya wanita yang mengambil jurusan undang-undang akan memilih untuk menjadi seorang peguam. Pasti cerdik akalnya.

“Mommy suka dia?”

“Who’s Dian?” Tun Adib Nasir yang sedari tadi menjadi pendengar akhirnya mengeluarkan soalan.

“Semalam Harraz datang, dia bawa kawan. Dian namanya. Cantik, baik, sopan.. nampak lemah lembut.. Saya suka berbual dengan budak tu”.

Tun Adib Nasir mengangguk. “Teman wanita baru Harraz ke?”

“Bukan daddy. Dian tu kawan je..” Adib segera membangkang. Tidak mahu mommy dan daddy nya salah faham.

“Mama suka Dian, kalaulah Harraz tu baik sikit.. mesti padan dengan Dian” Tun Maryamul Azra terus memuji.

Adib hanya menguntum senyum meraikan pujian mommy yang melambung terhadap Dian. Nampaknya gadis keras hati itu benar benar menambat hati mommynya. Ini baru Dian, bagaimanalah respon mommy bila bertemu Syaqiqah agaknya?

###########

-Akak ke mana semalam?

Dian diam memandang Syaqiqah. “Semalam?”

Syaqiqah mengangguk. Awalnya dia mahu menanti hingga kakaknya pulang. Namun matanya sangat mengantuk hingga dia terlelap sesudah menunaikan solat Isya’.

“Akak.. ada hal sikit. Masa akak masuk rumah, tengok adik dah tidur”.

Syaqiqah senyum. -Akak balik dengan siapa? Siapa hantarkan akak balik?

Dian diam lagi. Mahu berbohong atau menceritakan duduk perkara sebenar? Mahu berselindung atau berterus terang?

-Akak.. Syaqiqah memanggil. Diamnya Dian membuktikan ada sesuatu yang dia risaukan. Syaqiqah tahu itu.

“Adik.. ingat Harraz?” soal Dian lambat.

-Siapa tu..?

“Kawan baik Adib”.

-Kenapa dengan dia?

“Dialah yang hantar akak balik semalam”.

Dahi Syaqiqah berkerut. -Kenapa dia hantar akak balik?

“Akak terserempak dengan dia masa nak balik. Jadi dia tawarkan diri nak hantar”.

Syaqiqah mengangguk. Harraz, kawan baik Adib menghantar kakaknya pulang rupanya. Dan senyuman dihadiahkan buat sang kakak tercinta.

Dian melepas nafas lega dalam diam. Jika Syaqiqah sudah tersenyum ertinya dia sudah tidak meragui apa-apa. Kalau tidak pasti akan dikeluarkan semua persoalan di kepalanya.

‘ Nama dia Adibah Syaqiqah. Aunty rasa sekarang ni mungkin umur dia lebih kurang Dian. Kaki ni.. tak boleh berjalan sebab dia lah. Aunty terkejut sangat masa Adib bagitahu yang dia dah jumpa Dibah. Sebab tu aunty jatuh tangga, sudahnya macam nilah.. Tapi aunty seronok, sekurangnya aunty tahu Dibah sihat dan selamat selama ni. ‘

Entah bagaimana kata-kata itu berulang main di pendengaran Dian. Apakah dia terlalu keras hati terhadap Adib?

Mungkin Adib benar tentang kesilapannya memeluk Syaqiqah sewaktu kali pertama bertemu. Apakah Dian yang dalam diam membuatkan kesihatan Tun Maryamul Azra menurun?

“Adik, akak ada soalan”.

Syaqiqah yang telah selesai bersarapan memandang. Asalnya mahu membawa pinggan ke sinki namun niat dibatalkan mendengar kata-kata Dian. Menanti pertanyaan kakaknya itu.

“Kalaulah ada seseorang yang adik benci, yang adik tak percaya langsung minta tolong adik. Adik akan tolong tak?”

Syaqiqah mengerutkan dahi sesaat. Dan tidak lama terus anggukan diberikan.

“Walaupun orang tu orang yang adik benci?”

Angguk lagi.

“Tapi adik tak percayakan dia..”

-Akak, kan arwah abah pernah cakap.. kita kena tolong orang dalam kesusahan tak kiralah dia siapa. Mungkin hari ni hari dia, siapa tahu esok lusa hari kita?

“Maknanya adik nak suruh akak tolong ke?”

Syaqiqah tetap mengangguk walau keadaan sebenar tidak diketahui. -Ada kerugian ke kalau akak tolong orang tu?

Dian diam. ‘Ada, akak takut kehilangan adik..’ namun hanya hatinya yang bersuara. Bibirnya kekal membisu. Apakah nasihat Syaqiqah harus dituruti?

-Akak, tolonglah dia.. adik tahu akak sebenarnya nak tolong kan?

Dian melepaskan sebuah keluhan. Ya, mungkin. Mungkin ya mungkin juga tidak.

Tapi memikirkan wajah Tun Maryamul Azra yang amat menarik simpati bersama jawapan Syaqiqah, rasanya dia harus bersetuju dengan permintaan Adib. Lagi pun, ini hidup Syaqiqah. Bukankah jawapan juga diberikan olehnya?

Demi Syaqiqah – P24

Syaqiqah memuncungkan mulutnya mendengar kata-kata Dian.

“Adik balik dululah. Kelas akak hari ni sampai petang, kesian pula adik nak tunggu”.

-Nak balik sekali..

“Adik.. Tak nak degil. Sekarang baru pukul dua belas. Takkan adik nak tunggu sampai pukul lima? Penatlah adik nanti..”

-Tapi adik tak nak balik dulu..

“Baliklah dik. Sembahyang kat rumah lagi selesa. Adik boleh siapkan assignment dulu, malam dah boleh rehat”.

-Adik tunggu akak lah.. balik sekali. Adik boleh rehat kat surau je..

“Syaqiqah Sulaiman” Dian bertegas.

Dian melepas nafas. Hampir setengah tahun belajar di situ mana pernah mereka pulang berasingan. Inikan pulang dahulu. Jadi dia faham mengapa adiknya itu keberatan mahu pulang dahulu. Tapi dia tidak mahu Syaqiqah menunggu hingga petang. Bimbang adiknya kebosanan, juga bimbang Adib datang mengganggu.

-Ok adik balik. Akak jangan balik lewat sangat, adik risau..

“Iye adik” Dian tersenyum dan melambai pada Syaqiqah yang melangkah meninggalkannya di dalam kelas. Dian yakin Syaqiqah sudah cukup dewasa untuk pulang sendirian, jadi dia tidaklah terlalu risau.

###########

“Ok. Saya nak awak semua serahkan tugasan yang saya bagi minggu depan. Kali ni siapa yang lewat hantar, saya akan denda jadi cleaner tandas seminggu. Faham?”

“Faham” seisi kelas menjawab.

“Bagus. Tu je untuk hari ni, assalamualaikum”.

Dian langsung menutup buku bila pensyarah melangkah keluar dari kelas. Mata dipejam seketika melepaskan lelah mata. Untung Syaqiqah kerana boleh pulang awal kerana kelas petangnya dibatalkan saat akhir.

“Kau balik dengan siapa? Adik kau dah balik kan?”

Dian memandang Lainah yang menyoal. Senyum dihadiahkan buat sang teman. “Seorang kut”.

“Kau nak tumpang aku?” Lainah menawarkan. Sambil matanya melihat sekelilinh, memerhati suasana petang universiti.

“Tak payahlah Lainah. Rumah aku jauh dari rumah kau. Susahkan abang kau je nanti..”

“Betul ni?” Lainah menyoal. Dia benar-benar mahu menghantar Dian pulang.

Dian mengangguk. Dia tidak mahu menyusahkan Lainah. Lagi pun dari rumahnya ke rumah Lainah memakan masa hampir tiga puluh minit. Apatah lagi di waktu begini jalan raya pasti sibuk dengan kereta yang tuannya semua baru pulang dari kerja.

“Kalau macam tu aku balik dulu”.

Dian tersenyum dan mereka berpisah di situ. Dian melihat Lainah berlari ke arah kereta abangnya yang sudah menunggu. Dian melambai pada Lainah yang melambai padanya dari dalam kereta.

Dian tidak buang masa. Langsung saja dia melangkah ke arah pintu pagar. Mahu menunggu di perhentian bas. Dan Dian berjalan perlahan tidak menyedari sebuah motosikal menuju ke arahnya dengan laju.

“Dian!”

Dian kaku seketika. Apa yang terjadi? Dia hampir dilanggar? Diselamatkan oleh..?

“Dian, kau ok ke?”

Dian memandang. Matanya membulat menyedari lelaki yang menyelamatkannya adalah Harraz.

#########

Dia menggeliat melepaskan lelahnya. Mengapalah kelas petangnya berakhir lewat sebegini? Kalau tahulah, baik dia ponteng kelas saja.

Punat kawalan jauh keretanya ditekan dan keretanya berbunyi. Penat sekali hari ini. Pulang ini dia mahu mandi dan terus tidur hingga esok.

Saat dia membuka pintu kereta, dia terlihat sesuatu. “Dian?”

Senyum nakalnya terpamer pada wajah. Dian berpelukan dengan seorang lelaki. Lelaki itu.. Harraz? Bibir diketap sakit hati. Sudahlah dia mahukan Adib, kini Harraz juga menjadi sasarannya?

“Tak guna kau” dia menyumpah. Telefon pintar dikeluarkan dan kamera dibuka. Gambar itu akan dia gunakan untuk memalukan Dian nanti. Dan dia ketawa senang hati. Jangan harap kau boleh dapat Adib dan Harraz, Dian!

###########

“Kau buat apa?” Dian menolak tubuh Harraz kuat hingga lelaki itu terjatuh.

“I selamatkan you. Macam mana you jalan ni? Tak nampak ke motor tu laju. Jalan tengok mana, berangan ke? Ingatkan siapalah you ni..” bebel Harraz sambil bangun dari jatuhnya.

Dian memandang sekeliling. Oh.. Harraz menyelamatkannya dari dilanggar motosikal tadi. Tapi dia memang tidak perasan kehadiran motosikal itu tadi.

“You ok tak?” Harraz menyoal sambil memandang Dian. Risau pula dia melihat gadis itu kebingungan.

“Ok. Terima kasih sebab selamatkan aku”.

“Sama-sama. Lain kali jalan tu elok-elok..”

Dian mengangguk. Bagai tidak percaya pula lelaki ini yang menyelamatkannya. Bagaimana boleh..?

“You nak pergi mana ni? Adik you mana?”

“Aku nak balik. Adik aku dah balik, kelas dia habis awal hari ni. Kau nak pergi mana? Tiba-tiba je muncul..”

“Tu kereta I” Harraz menunjuk pada sebuah Porsche 911 tidak jauh dari mereka. “Alang-alang you nak balik, jomlah I hantarkan. Rumah you kat mana?”

Dian diam. Dia bukannya berminat dengan Harraz yang sibuk ber’I-you’ ini. Apatah lagi dengan pertemuan pertama mereka di pusat beli belah hari itu. Tapi untuk menolak bagai tidak sopan pula setelah lelaki itu menyelamatkannya.

“Lama sangat fikir. Jomlah” Harraz mengambil fail dari pegangan Dian, memaksa gadis itu mengikut. Dan Dian menurut.

###########

Dahinya berkerut pabila Harraz menghentikan kereta di hadapan sebuah villa. Dian memandang Harraz meminta penjelasan.

“I nak jumpa Adib jap. Ada hal penting”.

Dian membulatkan mata. “Sekarang?”

Harraz mengangguk. “You nak tunggu dalam kereta ke? I takut lama..”

“Oh.. kenapa kau tak call je?”

“Susah cakap dalam fon. Kena jumpa baru senang..”

“Tapi kenapa sekarang..” Dian mengumam perlahan. Jam kereta dipandang. Sudah pukul enam petang, jika begini pukul berapa dia akan sampai ke rumah. Pasti Syaqiqah risau akan dirinya.

“Apa you cakap?”

“Aku ikut kau turunlah” Dian terus membuka pintu kereta. Dia sedikit tergamam melihat kawasan perumahan elite itu. Sebuah rumah saja luasnya bagaikan sebuah syarikat kecil.

“Jom” Harraz mengajak Dian masuk menggunakan pintu pagar kecil. Sengaja dia memarkir di luar, mahu melihat reaksi Dian melihat perkarangan villa mewah itu.

Ternyata Dian memang ‘comel’. Wajahnya jelas menunjukkan terkejut tapi mulutnya membisu. Juga dia tidaklah tergedik-gedik seperti perempuan yang selalu menjadi teman wanitanya. Sibuk berwow sana sini.

“Harraz?”

Harraz menunduk hormat. Tangannya menyalami wanita itu. Dian memandang wanita yang berkerusi roda itu. Siapa..

“Harraz bawa kawan? Girlfriend ke?”

Harraz ketawa kecil. “Kalau boleh memang nak aunty. Tapi take time sikit. Kenalkan ni Dian”.

Dian menjeling mendengar jawapan Harraz. Mujur ada wanita itu dan seorang pembantu yang menjaga wanita itu, jika tidak sudah lama Harraz dimarahi. “Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam.. ayunya”.

Dian tersenyum nipis mendengar pujian wanita itu. Tapi siapa dia?

“Kenalkan, inilah Tun Maryamul Azra. Mommy Adib”.

“Mommy Adib?” Dian memandang tidak berkedip. Dia tidak tahu pun mommy Adib sakit begini..

“Dian kan? Boleh panggil aunty je, kalau tak selesa panggil mak cik pun boleh” Tun Maryamul Azra menguntum senyum. Suka dia melihat gadis ini. Pertama kali rasanya dia melihat Harraz berkenalan dengan gadis sopan begini.

“Aunty, Raz nak jumpa Dib. Raz naik dulu. Aunty jagakan Dian jap?” Harraz meminta diri.

“Boleh.. pergilah naik”.

Dian membuat muka. Harraz mahu meninggalkan dia bersama Tun Maryamul Azra? Mana boleh, dia janggal. Ekor matanya mengikut Harraz yang berjalan ke arah.. lif? Dian bertambah hairan. Kaya benar keluarga Adib ini, rumah tiga tingkat dilengkapi dengan lif lagi.

“Dian..”

“Ya aunty”.

“Jemput duduk. Anum, hidangkan pai daging yang saya buat tadi ye..”

Anum mengangguk dan meninggalkan ruang tamu. Tun Maryamul Azra masih lagi tersenyum memandang Dian. “Dah berapa lama kenal Harraz?”

“Ha?”

“Selalu aunty tengok kawan Harraz semuanya.. lain. Tapi Dian lain dari yang lain. Suka aunty kalau Harraz berkawan dengan Dian”.

Dian mengangguk. Tidak tahu respon apa yang harus diberikan. Ternyata sikap wanita ini tidak seperti yang dia sangkakan. Bukankah selalunya wanita kaya bersikap sedikit menjengkelkan seperti dalam lambakan drama di kaca televisyen?

“Dian tak selesa ke?”

“Tak aunty.. cuma janggal sikit”.

Tun Maryamul Azra senyum menampakkan barisan giginya. Jujur dan berterus terang, comel benar kelakuannya. “Aunty tak makan orang..”

“Bukan macam tu aunty..” Dian bimbang wanita itu tersalah anggap tentangnya.

Tun Maryamul Azra tersenyum mesra. “Jadi, dah berapa lama Dian kenal Harraz?”

Dian diam seketika. Adib dan Harraz, dia mengenali mereka kerana Syaqiqah. Jadi.. “Baru lagi aunty”.

“Belajar sama-sama?”

Dian mengangguk. Iyakan sajalah. Mengapa dia jadi tidak keruan di hadapan wanita sebaik ini? Dian menyumpah seranah dirinya sendiri.

“Rumah ni tak ramai orang.. sunyi kan?”

Dian mengangguk. Ramah benar wanita ini. Namun Dian dapat merasakan mommy Adib ini benar-benar seorang wanita yang baik. Lihat pada tudung yang tersarung pada kepalanya, kemas. Tambah lagi dia memakai blouse bersama kain kembang yang longgar.

“Ada aunty, suami aunty dengan Adib. Pembantu rumah tiga orang dengan seorang pemandu. Seorang pengawal. Rumah besar ni ada lapan orang je”.

Dian mengangguk lagi. Keluarganya cuma tiga orang. Yang meramaikan pun pembantu. Rupanya tidak seronok juga menjadi orang kaya ya?

Tun Maryamul Azra senyum melihat Dian. “Diam je.. takut ke?”

“Tak aunty.. Dian janggal sikit”.

Kali ini Tun Maryamul Azra ketawa. “Sebenarnya kawan aunty duduk rumah ni juga. Kawan aunty ada dua orang anak. Jadi meriah sikit”.

Dian mengangguk. “Mana kawan aunty tu?” terpacul keluar soalan itu dari mulutnya.

“Dah meninggal 15 tahun lepas. Satu keluarga meninggal. Tinggal anak sulung je yang masih hidup.. tapi aunty pun tak tahu khabarnya macam mana..” ringan mulut Tun Maryamul Azra bercerita. Entah mengapa dia merasa senang meluahkan pada gadis yang baru beberapa minit dikenali.

Dian terdiam. Otaknya ligat berfikir. Mungkinkah kawan yang dikatakan Tun Maryamul Azra adalah emak kandung Syaqiqah? Jadi anak sulung yang dikatakan.. Syaqiqah?

“Nama dia Adibah Syaqiqah. Aunty rasa sekarang ni mungkin umur dia lebih kurang Dian. Kaki ni.. tak boleh berjalan sebab dia lah”.

Dian menggaru kepala yang tidak gatal. Jadi benarlah cerita Adib padanya selama ini. Benar belaka. Cuma dia tidak mengerti ayat ‘Kaki ni.. tak boleh berjalan sebab dia lah’. Dikeranakan Syaqiqah kah? Dan mengapa Tun Maryamul Azra masih boleh tersenyum lebar?

“Aunty terkejut sangat masa Adib bagitahu yang dia dah jumpa Dibah. Sebab tu aunty jatuh tangga, sudahnya macam nilah.. Tapi aunty seronok, sekurangnya aunty tahu Dibah sihat dan selamat selama ni”.

Dian terdiam. Pantasan saja Adib beria mahu meminta tolongnya. Wanita di hadapannya ini begitu menyayangi Syaqiqah. Terasa bersalah pula bertegas tidak mahu membantu Adib selama ini.

“Cuba Dian tengok gambar tu..” Tun Maryamul Azra menunjuk pada bingkai gambar yang tersusun di atas kabinet. “Yang hujung tu, itu keluarga Dibah”.

Dian memandang. Sepasang suami isteri bersama seorang budak perempuan dalam dukungan sang suami. Matanya dikecilkan, menajamkan pandangan. Ya, budak kecil itu.. memang dia Syaqiqahnya. Dan wanita yang sarat mengandung itu.. mirip benar dengan wajah Syaqiqah sekarang.

“Waktu Fika meninggal, dia belum bersalin lagi. Rasanya waktu tu lagi seminggu nak cukup sembilan bulan” Tun Maryamul Azra terus bercerita.

Dian mengangguk memahami. Ternyata jika Syaqiqah tiada dengannya saat ini, di sinilah tempatnya. Rumah mewah dengan segala kelengkapan teknologi terkini. Lihat sekeliling yang tiada kipas pun sudah cukup untuk membuatkan Dian tahu betapa kayanya seorang Tun Adib Nasir.

“Dibah tu bakal menantu aunty..”

Dian tersedak. Terbatuk-batuk dia menelan pai daging yang telah lama dihidang pembantu rumah tadi. Langsung gelas yang terisi jus anggur dicapai dan jus itu diteguk.

“Dian ok?”

Dian mengangguk. Manalah dia tidak tersedak. Tidak sangka pula wanita ini membuka bab ‘tunang-kahwin-menantu’ itu. “Dian minta maaf aunty”.

Tun Maryamul Azra ketawa kecil. “Kenapa Dian terkejut?”

“Ha?”

“Dian tak percaya?”

“Bukan tak percaya. Sebab aunty cakap bakal menantu tadi..” Dian berterus terang. Jika wanita di hadapannya ini tahu bahawa dia adalah kakak angkat Syaqiqah, apa agaknya respon wanita itu?

“Aunty dengan Fika dah tunangkan Adib dengan Adibah dari kecil. Waktu tu tak terfikir akan jadi macam ni. Tapi sekarang tak tahulah Adibah macam mana. Entah-entah bila dia nampak Adib terus tak suka. Ataupun ada pilihan lain.. Dah 15 tahun terpisahkan?”

Dian ikut senyum. ‘Iqah tak de pilihan lain. Mana sempat nak bercinta, aunty. Lagi pun sekarang anak aunty tu dah curi hati dia..’

Tun Maryamul Azra ketawa lagi. “Jemputlah makan. Dari tadi asyik sembang je.. Jemput Dian”.

Dian mengangguk dengan senyuman. Dia tiba-tiba terasa bagai semuanya dirancang. Mata sesekali menjeling jam dinding. Sudah pukul 7.30 malam, lamanya urusan Harraz bersama Adib? Bukankah mereka selalu bertemu? Mujur dia tidak solat, jika tidak pasti kegelisahan memikirkan bagaimana mahu menumpang solat di rumah serba mewah ini.

Demi Syaqiqah – P23

Matanya merenung tepat pada papan skrin projektor yang berada di hadapan kelas. Pun begitu, otaknya ke lain. Akalnya ligat memikirkan soal lelaki bernama Adib Mubarak yang satu itu.

Nampaknya Adib mengotakan kata-katanya. Untuk enan hari ini, dia langsung tidak mengganggu hidup mereka dua beradik. Bahkan, Dian langsung tidak pernah melihat Adib. Terserempak apatah lagi terlihat dari jauh.

Esok cukup seminggu sesuai permintaannya. Dian terfikir apakah lusa Adib akan kembali mengganggu dia dan Syaqiqah? Dia tidak tahu. Dia tidak pasti.

Jujur Dian tenang tanpa gangguan Adib. Pun begitu, ada sesuatu yang mengganggunya. Mengapa dengan mudahnya Adib menuruti permintaannya untuk tidak lagi mengganggu mereka dua beradik?

Tapi satu hal yang Dian pasti, tindakan Adib ini jelas membuktikan betapa dia pedulikan gadis bernama Syaqiqah itu. Dian sedikit yakin bahawa Adib benar-benar menyayangi dan mencintai Syaqiqah seperti yang dia katakan. Lagipun, bukankah mereka sama-sama mahu yang terbaik buat Syaqiqah?

Enam hari ini juga Syaqiqah tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia hairan dengan ketidakmunculan Adib. Itu tentu sekali menggembirakan Dian yang separuh mati merisaui adik kesayangannya itu. Atau mungkin itu kerana.. Syaqiqah tidak tahu sebanyak yang Dian tahu.

“Dian, kau tahu tak Tun Adib Nasir nak datang melawat?”

Dian berpaling. Memandang teman yang memberi perkhabaran. “Kau cakap apa, Lainah?”

Gadis yang dipanggil Lainah mengerutkan dahi. “Kau tak dengar ke? Aku tanya, kau tahu Tun Adib Nasir nak datang?”

“Maksud kau, bapa Adib ke?”

Lainah mengangguk laju. “Kenapa kau semacam je ni?”

Dian menggelengkan kepalanya. “Tak de”.

“Ke kau takut?”

Dian memandang kehairanan. “Takut apa?”

“Yelah, kan tengah kecoh Adib nak tackle kau. Entah-entah, bapa dia nak datang tengok kau tak?” Lainah sengih sendiri dengan usikannya.

“Gila ke?” Dian ketawa memandang Lainah. Menafikan kata-kata Lainah. Pun begitu dia sangsi. Teringat ajakan Adib untuk menemui Tun Adib Nasir beberapa bulan lalu. Apakah dua hal ini berkaitan?

#############

Adib tersenyum melihat mommy sedang bersenang-lenang di ruang rehat villa mereka. “Mommy”.

Tun Maryamul Azra menguntum senyum. Tangan mendepa meminta Adib memeluknya. Dan Adib pantas duduk memeluk Tun Maryamul Azra yang sedang duduk di atas kerusi roda.

“Mommy nampak fresh sikit hari ni” Adib sengih memandang Tun Maryamul Azra dan kemudian memandang Enon yang menjaga momny dari tadi. Tersenyum sebagai tanda terima kasih kerana menjaga mommynya dengan baik.

“Ingat mommy ni ikan ke ada fresh tak fresh? Kalau Enon muda lagi, mesti Adib nak kahwin dengan Enon kan?” sengaja Tun Maryamul Azra mengusik.

Enon ketawa kecil mendengar kata-kata majikannya. Adib membuat muka. “Apa mommy cakap ni? Kak Enon jaga Adib dari kecil kut. Lagi pun mommy Adib kan ada Dibah” Adib menongkat dagunya pada peha Tun Maryamul Azra.

“Manjanya anak mommy seorang ni” Tun Maryamul Azra mencuit pipi Adib.

“Maaf tun, Adib.. saya masuk dulu”.

“Pergilah sambung kerja” Tun Maryamul Azra menguntum senyum manisnya.

“Kejap Kak Enon. Adib nak jus boleh?” Adib mengedipkan mata, membodek.

Enon ketawa kecil dan menganggukkan kepalanya. Dan dia masuk ke dalam. Adib memaut jari jemari Tun Maryamul Azra. “Mommy tak marah kan, fasal Dibah?”

Tun Maryamul Azra menggangguk sambil tangan kanannya mengusap lembut kepala anaknya. “Daddy dah cerita dengan mommy, Dibah tak ingat kita langsung. Dan dia.. tak boleh cakap. Mommy tahu Adib mesti tengah cari jalan untuk kembalikan ingatan Dibah kan?”

Tangan Adib langsung membawa tangan kiri mommynya pada pipi. “Adib janji bila Dibah dah ingat semuanya, Adib akan bawa dia jumpa mommy”.

Tun Maryamul Azra mengangguk. “Tahu dia hidup bahagia, selamat, sihat pun dah cukup bagi mommy. Sekurangnya mommy tahu Dibah tak derita selama ni”.

“Tapi mommy..”

“Kenapa?”

Saat itu, Enon muncul menghidangkan jus yang diminta Adib. Sekaligus, menghidangkan pisang goreng untuk dijamah dua berana itu. Dan Enon meminta diri kembali.

“Kalau Dibah tak derita, kenapa dia bisu?” langsung Adib menyoal bagaikan Tun Maryamul Azra tahu jawapannya.

“Itulah yang Adib kena cari. Adib nak Dibah balik kan?”

Adib mengangguk. Telefon pintarnya dikeluarkan dan dia membuka galeri gambar. Folder ‘AS’ dibuka dan terpamerlah gambar Syaqiqah yang selama ini ditangkap curi-curi. “Mommy tengok ni..”

Tun Maryamul Azra memandang. Dia menyambut huluran Adib dengan senyuman. Gambar pertama dilihat. Gadis itu tersenyum mesra sambil menjamah makanannya. “Muka macam Fika.. Sama sangat”.

Dan Tun Maryamul Azra melihat gambar-gambar seterusnya. Gadis itu sedang membaca, berjalan, berlari. Ada juga gambarnya sedang menuruni dan menaiki tangga. Jelas membuktikan anak lelakinya ini cinta mati pada gadis itu. Jika tidak takkanlah gambar pelbagai gaya itu bersusun dalam telefonnya. “Dibah.. cantik”.

Adib menguntum senyum melihat wajah mommy. Dia tahu mommy bahagia menatap gambar-gambar itu. Manakan tidak, bukankah kesihatan mommy merosot selama ini kerana terlalu rindukan Adibah yang sudah dianggap sebagai anaknya itu?

“Pandai keluarga angkat dia jaga. Sopan, gaya pakaian.. mommy suka” Tun Maryamul Azra terus memuji. Tanpa sedar air matanya mula jatuh perlahan. Dia benar-benar rindukan wajah itu. Adibah yang mirip sekali dengan Afiqah sahabatnya. Tentu sekali punya iras Syamran sedikit.

“Mommy..” Adib bersuara lembut. Tangannya mengesat air mata Tun Maryamul Azra yang mengalir.

“Mommy ok.. cuma sayu sikit” Tun Maryamul Azra meyakinkan puteranya, namun mata tidak berganjak dari skrin telefon pintar milik Adib.

Adib mengangguk, percaya kata-kata Tun Maryamul Azra. Melihat keadaan mommynya, dia mahu segera membawa Syaqiqah menemui mommynya. Tapi ingatan gadis itu harus segera dikembalikan. Jika tidak, pasti Syaqiqah akan kebingungan saat diajak bertemu Tun Maryamul Azra.

Akal bagai mengerti bahasa hati Adib, dia tiba-tiba punya idea bernas. Dan Adib yakin seratus peratus, cara ini pasti dapat membuatkan Dian mahu membantunya sepenuh hati.

###########

Mata yang terpejam terbuka luas tiba-tiba. Jalal menenangkan diri yang sedikit gelabah. Nafas ditarik dan dihembus beberapa kali.

Dahi berkerut. Mengapa mimpi yang sama? Mimpi yang sama telah dia alami buat kali kedua. Mengapa? Apa? Bagaimana? Jalal bingung.

Telefon pintar dicapai. Mencari nombor Pisau yang merupakan orang kanan rancangan ‘jahat’nya. Amnah di sisi dipandang.

Jalal senyum seketika melihat Amnah nyenyak tidur berbantal pelukkan lengannya. Perlahan Jalal menarik lengannya dan keluar dari bilik. Pertama tidak mahu suaranya mengganggu Amnah yang mudah terjaga. Kedua tidak mahu rencana hitamnya diketahui wanita kesayangan yang sentiasa menganggapnya sebagai ‘malaikat’ itu.

“Hello, macam mana job yang aku bagi tu?” Jalal terus menyoal bila Pisau menjawab panggilan. Tiada hai, hello apatah lagi salam.

“Sorry bos. Aku tak jumpa lagi budak tu”.

“Bodoh! Kenapa lambat sangat kau buat kerja?”

“Sorry bos. Maklumat yang aku ada cuma gambar tu je.. Susah bos”.

“Kau dengar sini, kau kena jumpa budak tu secepat mungkin”.

“Tapi bos, aku rasa dia dah mati..”

“Kalau dia dah mati, aku nak tengok jasad dia. Kubur dia. Tapi aku yakin budak tu belum mati sebab tu aku nak kau cari”.

“Baik bos”.

“Kemalangan tu berlaku kat selatan kan? Cuba kau cari belah selatan, mana tahu ada petunjuk. Apa-apa hal kau call aku”.

“Baik bos”.

Panggilan dimatikan. Dia mendengus. Susah sangatkah hendak mencari seorang Adibah Syaqiqah? Gadis itu sudah membuatkan hidupnya tidak tenang.

Jalal merasakan dia sudah mati tapi Jalal menjadi tidak yakin memikirkan tiada jasad mahupun kubur Adibah. Mengapalah dia tidak mencari dari dahulu? Jadi keadaannya tidaklah sesusah sekarang.

Jalal memicit kepala yang kebingungan. Jika gadis itu masih hidup, pasti dia akan mencari tahu cerita di balik kematian kedua orang tuanya. Bagaimana jika dia muncul mahu membalas dendam? Bagaimana jika Adibah mahu menarik nyawa Amnah dan Amy untuk melunaskan dendamnya? Jalal nekad. Nyawa gadis itu harus dihabisi sebelum gadis itu sempat menghuru-harakan ketenangan hidup Jalal.

“Papa tak tidur lagi?”

Jalal terkejut. Dian menoleh memandang Amy yang baru turun dari atas. “Papa.. Sebenarnya.. Ada staf office call tadi. Papa tak nak kacau mama tidur, sebab tu papa keluar”.

Amy mengangguk. “Ye ke..” gadis itu menguntum senyum memikirkan betapa dalamnya sayang papa pada mamanya.

“Sayang kenapa turun?”

“Amy haus. Nak minum air”.

“Minumlah.. kalau macam tu, papa naik dulu”.

“Ok papa” Amy menguntum senyum mesra buat papanya. Dan dia melangkah masuk ke dapur. Membasahi tekak yang tiba-tiba saja kering malam ini.

###########

“Tipu!”.

Adib mengeluh. “Apa yang tipunya?”

Harraz sengih memandang Adib di hadapannya. Saat itu mereka sedang keluar makan tengah hari di restoran mewah berdekatan Adib Legacy.

“Kau minta tolong aku untuk selamatkan Dian?”

“Kau ni dah kenapa Raz? Masuk kali ni dah lima kali kau tanya aku tau. Naik boring aku dengar. Nak ke tak nak ni?”

“Tak.. serius ni kau suruh aku selamatkan dia? Kau suruh aku jadi hero kat mata Diana Nadia Sulaiman?”

“Astaghfirullah…” Sudu di tangan akhirnya dibaling mengenai kepala temannya itu. Geram. Sejak bila seorang Tengku Harraz Tengku Hafzan jadi sebengong ini? “Tak nak sudah”.

“Nak!” Harraz menjerit. Kemudian menunduk menyedari dia menarik perhatian seisi restoran. Seterusnya nada suara direndahkan. “Mestilah nak… Cuma aku teruja lah kau minta aku tolong. Sebelum ni kan kau cakap tak bagi aku try dia..”

“Hei, aku minta tolong kau berlakon faham tak? Kau jangan nak lebih-lebih pula. Sebab kau dah tahu semua, jadi aku mintalah kau tolong. Senang.. Nak upah pelakon lain boleh je.. tapi yang jadi hero kat mata Dian nanti, orang lainlah..” Adib mencebik sambil menyuap sesudu sup cendawan ke dalam mulut.

“Eh, mana boleh macam tu” Harraz membangkang.

“Kau memang serius ke dengan Dian?” Adib menyoal. Dia sebenarnya tidak pernah melihat Harraz seteruja ini untuk mendekati mana-mana perempuan. Tapi boleh jadi juga itu kerana Harraz merasa tercabar dengan sikap Dian yang langsung tidak hairan padanya. Maklumlah, selama ini kan temannya itu sentiasa menarik perhatian mana-mana gadis. Bak kata orang, sekali petik sepuluh datang.

Harraz terdiam. Untuk soalan itu, dia juga tidak ada jawapannya. Yang pasti dia memang sukakan Dian. Serius atau tidak dia tidak tahu. Kalau bukan disebabkan permintaan Adib agar dia tidak mengganggu gadis itu, sudah lama dia berusaha memenangi hati Dian. Mencuba sesuatu yang baru, mana pernah gadis bertudung dan bertutup-litup seperti Dian berjaya mencuri perhatiannya?

“Tak jawab maknanya tak tahu lah tu kan?”

“Aku suka dia. Tapi serius tu.. Macam mana nak cakap eh?”

“Dah. Kira kau setuju nak tolong aku ni kan?”

“Confirm bos”.

“Tapi kau jangan gatal-gatal nak try dia. Nak keluarkan air gula dari mulut kau tu, kalau aku tahulah kau ada ura-ura nak ngayat Dian, siap kau”.

Harraz mencebik. Amboi garangnya. “Yelah..”

Adib sudah tersenyum lebar. Dia yakin rancangannya ini akan berjaya. Cara ini pasti akan membuatkan Dian sudi membantunya. Dian.. walaupun sikapnya kasar, namun Adib tahu hatinya lembut. Minta maaf mommy, gunakan sakit mommy sebagai senjata. Adib senyum lagi. Tidak sabar untuk melaksanakan rancangannya.

Demi Syaqiqah – P22

Sengihan jelas terpamer pada wajah saat melihat wajah terkejut Adib. “Kau kata, anything and everything kan?”

“Kau nak suruh aku jadi bodyguard Iqah untuk seminggu?” Adib menyoal, meminta kepastian. Biar benar! Memanglah dia suka mendengar permintaan Dian, tapi tidakkah dia tahu itu akan mengundang sesuatu menimpa Syaqiqah?

“Kenapa? Tak boleh?”

“Dian, kau jangan anggap ini game boleh tak? Kau tahu tak kalau aku sentiasa melekat dengan Iqah nanti..”

“Nanti apa?” Dian memintas kata-kata Adib. “Emily and the gang? Atau siapa? Tunang kau, Amy kan nama dia? Dia nak mengamuk dengan adik aku macam dalam drama-drama tu?”

Adib terdiam. Dan Dian senyum sinis. “Kau dah nampak kan? Kalau kau dekat dengan adik aku, hanya akan mendatangkan bahaya untuk dia”.

“Dian aku..”

“Jadi, aku minta. Anything and everything yang kau cakap tu, just stay away from us. Aku tak nak tengok adik aku sakit. Aku tak nak tengok adik aku nangis siang malam kalau kau buat dia kecewa” Dian mengakhiri ayatnya.

Kali ini Adib terdiam terus. Dian mengeluh untuk kali ke berapa entah. Ditinggalkan Adib di situ dan Dian masuk ke dalam kelas Syaqiqah. Dan dia bersama Syaqiqah keluar melalui pintu hadapan.

###########

“Hei!”

Dia mengangkat wajah memandang Harraz. Dan senyum dihadiahkan buat temannya itu. “Kenapa ni?”

“Syaqiqah tu… tunang aku dari kecil” perlahan ucapan Adib namun masih jelas pada pendengaran Harraz.

“What?”

“Syaqiqah Sulaiman.. tunang aku dari kecil. Nama sebenar dia Adibah Syaqiqah Syamran. Dan hakikatnya, Dian tu bukan kakak kandung dia pun..” Adib bersuara lemah.

“What? Maksud aku.. what?” Harraz tidak tahu apa harus dikata.

Adib melepas nafas. Jika Harraz yang baru mendengar cerita pun sudah bingung sebegitu rupa, apatah lagi dia yang mengalaminya?

“Aku ingatkan.. Amy?”

“Kan aku dah cakap. She’s just a sister. Hubungan kita orang adik-beradik je..”

“Tapi kau tipulah kalau kau tak nampak yang dia anggap kau lebih dari seorang abang” Harraz memandang, menegaskan.

Adib mengangguk sambil melepas nafasnya. “Tak pe, hal Amy tu nanti aku settle. Sekarang ni aku nak selesaikan hal Iqah dengan Dian dulu”.

Harraz tiba-tiba tersengih lebar. “Dian?”

Adib membuat muka garang. “Tak habis-habis lagi?”

“Sorry ustaz. Aku suka dia”.

“Kalau setakat suka nak try je, kau tak payahlah susah-susah nak tunjuk suka tu kat aku. Kau nak dengar whole story tak ni?”

“Ok, bos!”

##########

Adib berlari memasuki lif bila melihat kelibat daddynya yang baru memasuki lif dari tingkat tiga.

“Daddy” Adib memanggil.

Tun Adib Nasir yang sudah siap berpakaian pejabat memandang anak tunggalnya itu.

“Daddy dah bagitahu mommy fasal Dibah?”

“Bagitahu apa?”

“Bagitahu yang Dibah masih hiduplah”.

Diam. Adib membuntangkan mata menyedari yang menyoal bukan daddy tapi… mommy!

Tun Maryamul Azra yang mahu naik ke atas sebenarnya menunggu di hadapan lif. Saat pintu lif terbuka, dia menyedari suami dan anaknya punya rahsia darinya. Namun bila mendengar kata-kata Adib, dia jadi tidak keruan.

Tun Adib Nasir mengerutkan dahi bila isterinya berlari menghindari mereka. “Yam! Yam!”

Tun Maryamul Azra terus berlari menaiki tangga. Niat hendak menaiki lif dibatalkan. Lagipun villa mereka bukanlah setinggi bangunan pencakar langit yang memerlukan sepenuh tenaga untuk sampai ke tingkat atas.

“Mommy! Dengar dulu apa Adib dengan daddy nak cakap” Adib turut mengejar.

Tun Maryamul Azra mendengar namun dia buat tidak peduli. Hakikat yang dia sendiri tidak tahu, mengapa dia berlari? Dia terkejut? Kerana apa? Kerana berita yang diperkatakan Adib tadi? Lalu perasaannya apa? Gembira? Sedih? Terharu? Dia sendiri kebingungan.

“Mommy..”

“Yam”.

Tun Maryamul Azra berhenti di kepala anak tangga. Dia menanti kedua lelaki kesayangannya itu berdiri di hadapannya.

“Daddy dengan Adib tak de niat nak rahsiakan dari mommy. Betul”.

“Apa yang awak rahsiakan dari saya?” Tun Maryamul Azra memandang tepat wajah sang suami.

Tun Adib Nasir membalas pandangan. Dia tahu isterinya bukan perempuan tidak munasabah yang akan meninggi suara bila saja dia marah atau berkecil hati. Lantas anak lelakinya dipandang, “Adib turun dulu. Biar daddy bincang dengan mommy”.

Adib mengangguk dan mula menuruni tangga. Namun hanya separuh anak tangga kerana dia risau keadaan mommynya.

“Sebenarnya Adib dapat tahu yang Dibah belajar satu U dengan dia”.

Tun Maryamul Azra mengerutkan dahi. “Saya tak faham”.

“Dibah hidup lagi. Memang masih hidup macam yang kita sangka selama ni. Tiga nyawa yang melayang tu arwah Syam, Fika dan bayi dalam kandungan. Dibah tak tersenarai. Dan sekarang ni dia ada kat Kuala Lumpur”.

Kepala Tun Maryamul Azra terasa bagai berpinar. Entah apa yang mengejutkan, tapi dia memang terkejut. Tanpa sedar dia mula terundur sendiri. Dan saat kakinya tidak dapat mencapai keseimbangan pada anak tangga pertama..

“Yam!” jerit Tun Adib Nasir. Terkejut melihat isteri tersayang jatuh berguling melalui anak tangga.

Adib kaku dan beku. Dia tidak tahu apa yang berlaku. Yang dia tahu sekarang mommy berada di kakinya dan tidak sedarkan diri. Itupun mujur dia berdiri di tengah dan kakinya kuat untuk menahan tubuh kecil mommynya, jika tidak pasti mommynya sudah ‘tiba’ di bawah.

“Adib!” Tun Adib Nasir kelam kabut memanggil anak lelakinya. Tubuh isteri segera dicempung, mahu dibawa ke bilik.

“Cepat call Uncle Omar. Minta dia datang sekarang!”

############

Stetoskop disimpan kembali dalam beg ‘doktor’nya. Dia memandang Tun Adib Nasir, Tun Maryamul Azra dan Adib silih berganti.

“Adib, minta Enon hidangkan air untuk uncle. Lepas tu minta Kak Zah masakkan bubur ikan untuk mommy” Tun Adib Nasir memberi arahan.

Adib mengangguk dan meninggalkan mereka bertiha di dalam bilik itu. Omar memandang sahabatnya saat Adib menutup pintu bilik. “Apa cerita ni?”

“Dia ok ke?”

Omar mengangguk. “Tak de yang serius. Cuma mungkin dalam dua tiga bulan ni dia tak boleh berjala, kau kena belikan wheelchair”.

Tun Adib Nasir melepaskan nafas lega. Mujurlah isterinya tidak kenapa-apa. Jika tidak, bagaimana dia boleh menjalani hidup normal kerana asyik merisaui isterinya itu?

“Apa yang terjadi?”

“Yam jatuh tangga”.

Omar mengerut dahi. Kalau tidak salahnya, bukankah Tun Adib Nasir pernah mengatakan dia melarang isterinya itu menggunakan tangga kerana risau apa-apa terjadi?

“Dia marah sebab dapat tahu aku dengan Adib rahsiakan fasal Dibah dari dia. Jadi dia naik tangga tu, bila aku explained betul-betul.. dia terkejut”.

Omar melepas nafas. Dia mengerti. Kerana mereka bertikam lidah di tangga, itulah yang terjadi. “Kau macam tak tahu keadaan Yam macam mana, Sir. Kena jaga dia elok-elok. Trip ke oversea hari tu terapi je. Bukannya boleh sembuhkan dia seratus peratus”.

“Saya minta maaf, doktor”.

“Banyaklah kau punya maaf” Omar tergelak sendiri bila Tun Adib Nasir sengaja menggunakan bahasa formal terhadapnya. Tapi niatnya tetap, jika selepas ini ada apa-apa terjadi pada Tun Maryamul Azra lagi, dia tidak akan teragak-agak mencipta alasan supaya wanita itu ‘berehat’ di hospital sahaja.

##########

Adib melangkah keluar dari bilik komputer. Urusannya di situ telah pun selesai. Telefon pintar diambil memerhati skrin. Tiada mesej mahupun panggilan yang masuk.

Dan Adib menyimpan kembali telefon pintarnya sambil mengangkat wajah memandang hadapan. Dari kejauhan mata Adib menangkap susuk tubuh Syaqiqah.

Adib menarik nafas menenangkan degupan jantungnya. Naik turun dan naik turun lagi. Tiap kali melihat wajah itu, sering saja jantungnya berdegup kencang.

Dia senyum sendirj melihat wajah tidak beriak Syaqiqah. Dan saat mereka berselisihan, Adib kecewa. Dia tidak memberi erti pada Syaqiqah dan kerana itulah, gadis itu langsung tidak berhenti memandangnya.

“Awak” Adib memanggil, tidak mahu dia menyesal nanti.

Gadis itu berhenti. Dia menoleh memandang Adib dengan senyuman. Saya?

‘ Anything and everything yang kau cakap tu, just stay away from us. Aku tak nak tengok adik aku sakit. Aku tak nak tengok adik aku nangis siang malam kalau kau buat dia kecewa ‘. Entah bagaimana kata-kata Dian itu tiba-tiba berulang main di pendengarannya.

Lama dia berteleku sendiri. Dan mata kembali memandang Syaqiqah. “Awak nampak cantik hari ni”. Terus kakinya melangkah pergi. Syaqiqah harus dijauhi, itu yang terbaik buat masa ini.

Syaqiqah mengerutkan dahi. Sebaik Adib hilang dari pandangan, tangan dibawa ke dada. Nafasnya ditarik dan dihembus agar dia lebih tenang.

Mengapalah jantungnya berdegup kencang saat ini? Dia sebenarnya tidak tahu reaksi apa harus diberikan saat melihat Adib keluar dari bilik komputer. Akhirnya bila berselisih, dia tidak buat apa-apa.

Syaqiqah menunduk agar lebih tenang lagi. Dia tidak pernah mengalami keadaan begini. Jantung berdegup laju, berdebar-debar saat melihat seseorang. Apakah ini yang dinamakan.. j a t u h h a t i?

Demi Syaqiqah – P21

Wajahnya yang asalnya tidak beriak itu kini jelasnya mempamerkan riak terkejut. Mana tidaknya, dia berjalan dengan tenang mahu menuju ke perpustakaan untuk menemui adik kesayangannya tapi tiba-tiba dia dihalang.

Sudahlah dia dihalang, dia dikejutkan pula dengan kata-kata dari lelaki itu.

“Apa kau cakap?” Dian menyoal mencari kepastian.

“Aku tak bergurau. Aku nak bawa kau jumpa daddy aku” Adib mengulang kata-katanya lagi.

Dian melepas nafas. “Look, Adib. Kau faham tak, aku tak suka kau kacau aku lebih-lebih lagi adik aku. Jadi..”

“Aku dah tunjuk bukti pada kau, tapi kau tak nak percayakan aku. Ni je jalan yang aku nampak. Kalau kau jumpa daddy aku, kau akan percaya yang aku tak menipu” Adib menegaskan.

“Kau serius dengan Iqah?”

“Kau tak nampak lagi Dian? Ya aku mengaku aku yang salah. Kau bencikan aku disebabkan apa yang aku buat pada Iqah dulu. Tapi tu sebab aku tak tahu Iqah hilang ingatan. Aku fikir bila dia nampak aku, dia akan kenal aku macam mana aku kenal dia..”

“Aku nak tanya kau satu soalan” kali ini suara Dian juga berubah serius.

“Sila”.

“Selama ni, kau pernah tak berusaha cari dia? Kau tahu tak betapa susahnya hidup dia sampai dia boleh jadi bisu macam tu?”

Kali ini air mata Adib tumpah. Matanya terpejam rapat menyesali masa lalu yang tidak boleh diulang kembali. Melihatkan itu, Dian dian seketika. Namun hanya seminit dua. “Aku minta maaf Adib. Bukan aku tak percaya dan bukan aku tak nak tolong kau, tapi aku tak nak adik aku kembali pada hidup dia yang perit tu. Kalau betul masa lalu dia bahagia, kenapa sampai sekarang dia tak ingat masa lalu dia? Sampai sekarang dia tak ingat kehidupan dia sebelum dia jumpa keluarga aku. Semua tu bukan disebabkan kehidupan lalu dia ke? Kehidupan lalu Iqah yang ada kau di dalamnya, aku tak nak dia kembali”.

Adib membuka mata perlahan. Fahamlah dia mengapa Dian sangat bencikannya. Dian berpendapat dialah yang membuat Syaqiqah jadi seperti sekarang ini.

Dian sudah hilang dari pandangan. Pasti sudah menemui adik kesayangannya. Dan Adib buntu sendirian. Fikirnya setelah dia menceritakan semuanya pada Dian, Dian akan terbuka hati untuk membantunya. Tapi ternyata, dia masih gagal meraih kepercayaan penjaga Syaqiqah itu.

###########

-Kenapa ni?

Dian memandang adiknya. Wajah polos itu diteliti sepenuhnya. Entah mengapa, dia terasa bersalah pula terhadap Syaqiqah, juga Adib. Tepatkah tindakannya terhadap Adib?

“Akak nak minta maaf” Dian tiba-tiba membuat suara sedih.

-Akak pelik..

Dian sengih mendengar kata-kata Syaqiqah. “Tak de, akak cuma nak minta maaf”.

-Ada benda tak kena ni. Syaqiqah membetulkan duduk menghadap kakaknya. Saat itu mereka sedang dalam teksi, pulang menuju ke rumah.

“Tak ada apalah. Akak cuma terasa macam nak minta maaf..” Dian mengalih pandangan, mengelak pandangan mata Syaqiqah.

-Akak.. Syaqiqah memaut lengan kakaknya. Dia terasa tidak sedap hati pula.

Dian menoleh. “Tak de apa-apalah sayang.. Kita dah sampai rumah, jom!” Dian langsung membuka pintu kereta dan keluar meninggalkan Syaqiqah yang kebingungan.

##########

Sampul surat itu dibuka dan dua gambar itu diperhati. “Bos, ini…”

“Aku tahu. Kau dah bunuh perempuan ni dulu. Aku bukan nak suruh kau cari dia”.

“Bos nak suruh aku cari budak ni ke?”

Anggukan diberikan. “Aku tak yakin budak tu dah mati..”

“Tapi bos, bukan ke polis dh umumkan tiga nyawa yang terkorban?”

“Mana kau tahu tiga nyawa tu dia orang tiga beranak?”

Diam. Sesungguhnya dia juga tiada jawapan untuk diberikan. Dua gambar itu diteliti lagi. “Bos nak aku cari budak ni ke?”

“Aku tak pasti. Tapi kau cubalah. Adibah tu sekarang umur dia dalam 20 – 21, muka dia pula.. rasanya macam mak dia. Ni..” sekeping gambar lagi dihulur.

“Syam?”

“Kalau muka dia tak sama dengan mak dia, mestilah macam ayah dia kan. Aku nak kau cari budak tu sampai dapat, hidup atau mati”.

“Baik bos” Pisau mengukir senyum. Arahan Jalal pasti akan dituruti dengan senang hati.

##########

‘Aku minta maaf Adib. Bukan aku tak percaya dan bukan aku tak nak tolong kau, tapi aku tak nak adik aku kembali pada hidup dia yang perit tu.’

Adib kebuntuan. Dua tiga hari ini kata-kata itu asyik bermain di kepalanya. Kata-kata Dian hakikatnya… menusuk ke dalam hati.

‘Kalau betul masa lalu dia bahagia, kenapa sampai sekarang dia tak ingat masa lalu dia? Sampai sekarang dia tak ingat kehidupan dia sebelum dia jumpa keluarga aku.’

Ayat seterusnya diingati lagi. Adibah… abang minta maaf. Minta maaf atas semuanya… Perlahan, sekali lagi.. entah kali ke berapa dia juga tidak tahu, air matanya menitis lagi. Kerana gadis bernama Adibah Syaqiqah.

‘Semua tu bukan disebabkan kehidupan lalu dia ke? Kehidupan lalu Iqah yang ada kau di dalamnya, aku tak nak dia kembali.’

Ayat yang terakhir membuatkan Adib ‘rebah’ terus.Air matanya mengalir laju bila ayat itu berulang kali diingati. ‘Semua tu bukan disebabkan kehidupan lalu dia ke? Kehidupan lalu Iqah yang ada kau di dalamnya, aku tak nak dia kembali.’

Daddy dan mommy masih lagi dalam percutian. Perbualan dengan mommy pagi tadi jelasnya membuktikan betapa mommy sedang bahagia di Jerman. Ke mana sajalah agaknya daddy membawa mommy selepas ini.?

Adib melepas nafasnya. Bagaimana caranya untuk melembutkan hati Dian? Bagaimana caranya agar Dian sudi membantunya mendapatkan Adibahnya kembali?

##########

Dia menguntum senyum manis melihat gadis cantik itu menuruni tangga bersama tudung fesyen terkini yang tersarung pada kepala.

“Amy..”

“Adib..!” Amy melajukan langkahnya menuruni tangga mewah itu. Teruja pula bila melihat Adib menunggunya.

Amnah yang sedang berbual dengan Adib ketawa kecil melihat tingkah laku anaknya. Amy, Amy.. sudah besar panjang pun sikapnya masih seperti anak-anak.

“Lama ke Adib tunggu?”

“Taklah. Adib pun baru sampai” Adib berdiri tegak menyambut gadis itu.

Amy memandang mama kesayangannya. “Mama.. Amy pergi dulu”.

Amnah mengangguk. Membiarkan tubuhnya dipeluk puteri kesayangan. Kemudian pipinya menjadi ‘mangsa’ ciuman Amy. Dia menguntum senyun sendiri melihat pasangan itu melangkah keluar dari rumah.

“Kita nak pergi mana?” Amy bertanya penuh keterujaan.

“Amy nak pergi mana?” Adib menyoal sambil menghidupkan enjin kereta.

Amy senyum berfikir. “Jom tengok wayang?”

“Wayang?” Adib menyoal memohon kepastian. Bukannya Amy tidak tahu dia tidak suka tempat gelap sebegitu.

Amy mengangguk. “Amy tahu Adib tak suka.. tapi, please.. kali ni je?”

Adib senyum. “Ok. First and last time?”

“Deal!”

############

Usai kelas, Dian menuju ke kelas Syaqiqah buat menjemputnya makan tengah hari bersama. Dia senyum sendiri menunggu di belakang pintu kelas adik kesayangannya itu.

-Akak..! Terkedek-kedek gadis kecil molek itu berlari mendapatkan kakaknya. Namun langkahnya mati di pertengahan jalan bila melihat gerangan manusia yang berada di belakang Dian.

Dian mengerut dahi bila melihat perilaku Syaqiqah. Lantas kepalanya ditoleh melihat ke belakang.

“Dian”.

“Kau nak apa lagi Adib?” Dian menyoal dengan nada menyampah. Sudah seminggu lelaki itu tidak mengganggunya. Fikirnya Adib sudah putus asa mahu meminta pertolongan darinya, rupanya..

“Aku nak cakap sikit dengan kau” Adib bersuara perlahan, menyedari Syaqiqah sudah berada tepat di sisi Dian.

Dian melepas nafas. Anggukan diberikan. “Adik pergi kantin dulu?”

-Tak pe. Adik tunggu kat dalam boleh?

Dian menguntum senyum. Fail di tangan Dian diambil Syaqiqah. Dan Syaqiqah masuk ke dalam kelas semula.

“Kau nak apa?”

“Seminggu ni, aku asyik fikir apa yang kau cakap pada aku. Aku mengaku aku salah.. Sebab tu aku perlukan kau untuk tebus balik salah dan silap aku”.

“Adib tolonglah. Aku dah cakap terus terang lagi bersuluh, aku tak nak. Aku tak nak Iqah balik pada kau. Aku tak nak, kau faham tak?” Dian menegaskan.

“Kau cakap je apa yang perlu aku buat, Dian. Aku nak Adibah aku balik”.

“Kalau kau dapat Adibah kau balik, kau nak buat apa?” Dian meninggi suara, memotong kata-kata Adib yang dia sendiri tidak tahu sudah di penghujung atau belum.

“Demi Syaqiqah aku sanggup buat apa saja. Aku perlukan kau untuk dapatkan dia balik”.

“Aku tak nak, aku minta maaf.” Dian berpaling.

Adib menarik tangan Dian. “Apa lagi yang kau nak aku buat Dian?”

Dian menarik tangannya dari pegangan Adib. “Sebab ni lah aku tak nak tolong kau! Kau fikir apa yang kau nak, semua kau kena dapat! Memang spesies anak orang kaya ada perangai macam tu.”

Dian menarik nafas sedalamnya sebelum menyambung semula, “Kau boleh buat tanpa aku, tapi kau pilih untuk minta tolong aku. Kenapa? Sebab kau tak nak fikir sendiri. Aku tak nampak, aku langsung tak nampak apa bagusnya aku kembalikan Adibah kau tu. Dia lebih bahagia jadi Syaqiqah Sulaiman dari Adibah Syaqiqah yang kau sayang sangat. Kau tak nampak ke? Atau kau ada nampak dia tak bahagia sekarang..?”

Adib diam. “Kau tak faham,Dian. Kau tak faham betapa aku sayangkan dia..”

“Kau pun tak faham betapa aku sayangkan adik aku!” Dian menjerkah. Suaranya kali ini tinggi yang teramat. Geram dengan sikap Adib yang tidak faham bahasa. Dia tidak sudi menolong Adib! Apa yang susah sangat?

“Dian..”

“Dahlah Adib. Aku penatlah dengan kau. Bahasa melayu pun tak faham ke?” ayatnya mati di situ. Nafasnya turun naik menahan marah. Beberapa minit suasana sunyi. Dian membuka suara dengan lebih tenang. “Ok, kau cakap kau boleh buat apa saja demi Syaqiqah kan? Buktikan”.

“Maksud kau?”

“Buktikan pada aku, yang demi Syaqiqah kau sanggup buat semuanya. Dan aku janji, aku akan tolong kau dari awal hingga akhir”.

Demi Syaqiqah – P20

Suasana di pusat membeli belah itu agak sibuk memandangkan hari ini adalah hari minggu. Pun begitu ia tidak mengganggu keseronokan mereka sekeluarga.

Dian dan Syaqiqah sibuk menarik Hannan ke sana ke mari. Maklumlah jarang sekali ibu mereka itu turun ke Kuala Lumpur. Atau lebih tepat lagi, jarangnya Hannan keluar dari Melaka.

“Dah! Ibu penat, akak tak nak ke bawa ibu makan apa-apa?” Hannan memandang Dian yang memaut tangan kanannya.

“Ibu lapar?” matanya membulat.

“Bukanlah lapar. Ibu nak rehatlah, ibu ni dah tua.. Dari tadi akak dengan adik tarik ibu ke sana sini..”.

Syaqiqah senyum manis. Kepalanya terlentok kemas pada bahu ibu tercinta.

Dian membuat muka. “Mulalah adik tu..”

Syaqiqah sengih. -Jomlah makan-makan.. Ibu nak makan apa?

“Apa-apa je lah.. Apa yang ada kat sini?” Hannan menyoal puterinya.

Syaqiqah sengih. -Makan ais krim boleh?

“Ibu ikut je apa anak kesayangan ibu nak…” Hannan mencuit pipi Syaqiqah.

Dian senyum. “Kalau macam tu, akak nak pergi bilik air jap. Adik bawa ibu pergi dulu, nanti akak datang…”

###########

Senyum dikuntum melihat daddynya keluar dari lif yang baru tiba. “Daddy..”

Tun Adib Nasir tersenyum melihat anak tunggalnya. “Adib tak keluar?”

“Sebenarnya daddy, hari ni nak stalk Dibah je all day..”

“Jadi?”

Adib sengih. “Dibah, dia takut sangat dengan Adib.. Takut sangat. Macam Adib ni penjahat dalam movie tu…”

“Apa yang Adib buat kat dia?” Tun Adib Nasir menyoal tapi matanya tertancap pada televisyen yang menayangkan filem hindustan 2008, Ghajini.

Adib ketawa. Teringat kali pertama dia melihat Syaqiqah. Habis gadis itu dipeluk hingga dia tidak dapat melepaskan diri. Sepatutnya dia menegur saja, dia sendiri tidak sangka hingga begitu sekali responnya melihat Adibahnya.

“Lagipun daddy.. kakak dia, Dian. She hates me so much, well.. Dian tu over protective”.

“Adib jangan cari fasal. Kesian daddy nak dapatkan kepercayaan Dibah nanti..”

Adib ketawa yang dibuat-buat. “Daddy tak masuk office hari ni?”

Tun Adib Nasir menggelengkan kepala. “Daddy ada meeting dengan klien, Brunei. Ingat nak bawa mommy sekali, dia tengah pack barang tu. Dah lama tak bawa mommy pergi holidaykan. Harap-haraplah makin sihat bila balik nanti..”

“Daddy tak plan nak bagitahu mommy fasal Dibah?”

“Nak. Tapi belum kut.. tunggu mommy stabil sikit”.

Adib tersenyum. Tun Adib Nasir dan Tun Maryamul Azra memanglah ibu bapanya.. yang sangat-sangat terserlah kasih sayang antara mereka. Selalu saja Adib merasakan ibu bapanya seperti pasangan pengantin baru, kemanisan rumah tangga yang tidak bernoktah mahupun berhenti seketika.

##########

Paip sinki dibuka dan dia memicit sabun hingga ia jatuh ke dalam tangannya. Selesai mencuci tangan, pemuda itu melangkah keluar dari tandas lelaki.

Nafas dilepas sambil matanya melihat jam tangan. Pasti telah lama temannya menanti. Lantas langkah dilajukan menuju pada kedai baju yang terdapat di dalam pusat beli belah itu.

Dahinya berkerut melihat kelibat seseorang yang dikenali. Langsung saja dia mengejar gadis itu.

“You..!”

“You..!”

Dan gadis itu menoleh ke belakang. “Panggil saya?”

“Yes, you. Dian kan?”

Dian melepas nafas. Siapa lelaki di hadapannya ini? Tiba-tiba saja memanggil. Sudahlah Dian tidak mengenalinya, bagaimana pula dia mengetahui nama Dian?

“Betulkan? Dian Sulaiman?”

“Maaf, saya kenal awak ke?”

Pemuda itu tersenyum lebar. Tangan dihulur sebagai salam perkenalan. “I Harraz”.

Dian mengerut dahi. Lelaki di hadapannya ini a n e h. Pertama, dia mengenali Dian yang tidak mengenalinya. Kedua sesuka hati memanggil orang yang tidak mengenalinya dan yang ketiga tangan yang dihulur.. tidakkah dia tahu bahawa mereka berdua bukan mahram? “Harraz mana?”

Harraz senyum. Tangan yang dihulur bukan saja tidak disambut, malah Dian anggap seolah tangan itu tidak wujud. Memang tidak sama seperti gadis lain.

Selalunya kalau gadis muslimah seperti Dian pasti akan menunduk sebagai tanda menolak huluran tangan lelaki ajnabi, tapi Dian.. berbeza. Dia hanya buat tak tahu, seolah matanya tidak melihat tangan itu. “Tengku Harraz?”

Kerutan di dahi Dian bertambah. Harraz.. Harraz. Sepertinya dia pernah mengenali nama itu. “Tengku Harraz Tengku Hafzan?”

“Yes, that’s me..”

Dian mengangguk dengan senyuman. Tengku Harraz, lelaki kasanova si universiti yang merupakan teman rapat Adib. “Ok, En.Harraz nak apa?”

“Panggil I Harraz je.. Tak sangka jumpa you kat sini”.

Kerutan di dahi Dian meningkat tiga kali ganda. Sejak bila pula lelaki itu harus tahu ke mana dan di mana dia pergi? “Maaf, saya pergi dulu”.

“Kejap!” Harraz menahan.

Dian melepas nafas. Dia memang tidak suka diganggu lelaki sebegini. Wajahnya dimaniskan dan dia kembali memandang Harraz. “Maaf Harraz, awak nak apa?”

“Tak, just nak sembang..”

“Agaknya spesies lelaki macam awak ni main tegur je semua perempuan yang awak rasa awak kenal kan? Sorry, I’m not playing your game. Excuse me..” dan Dian langsung angkat kaki.

Harraz sudah sengih. Awalnya dia sekadar menegur kerana teruja menemui Dian di pusat beli belah mewah begini tapi sekarang.. dia terasa lain. Kata-kata Dian tadi membuatkan dia ingin ‘mencuba’ gadis jinak-jinak merpati itu.

##########

“Kenapa muka masam je ni?”

Dian memandang Hannan. Senyum kelat dihadiahkan buat ibunya. Masih teringat lagi pertemuannya dengan Harraz tadi. Geram berbekas sungguh hatinya. Wujud juga lelaki seperti itu di muka bumi Tuhan ini.

-Akak.. Kenapa?

“Tak de apa-apalah. Akak jumpa orang gila tadi. Macam mana mall besar macam ni boleh ada orang gila masuk? Guard tak buat kerja ke apa?” bebel Dian penuh emosi.

Syaqiqah ketawa melihat Dian. Bukan dia tidak kenal kakaknya itu. Siapa saja yang tidak disukai dipanggil gila oleh Dian. Buktinya sudah beberapa kali dia memanggil Adib gila? Siapalah manusia ‘bertuah’ yang menjadi mangsa gila kakaknya kali ini…

##########

Hairan dirinya bila dia berada dalam dunia gelap itu. Di mana dirinya sebenarnya saat ini? Langkahnya laju berjalan mahu keluar dari dunia gelap itu.

Hingga akhirnya dia ternampak satu pintu. Dia berlari menuju pada pintu itu dan membukanya.

“Uncle bunuh abi! Uncle bunuh umi! Uncle bunuh adik! Dibah benci uncle!!”

Tubuh Jalal terundur ke belakang saat kanak-kanak itu menolaknya. Wajahnya jelas pucat saat melihat wajah marah Adibah di hadapannya. “Uncle jahat!”

Adibah sudah melangkah keluar dari ruang pintu. Dia ikut duduk bersama tubuh Jalal yang terbaring. “Uncle jahat! Dibah benci uncle!!”

Mata terbuka luas. Nafas turun naik yang teramat dahsyat akibat ketakutan yang dialami. Jalal menenangkan diri di pejabat berhawa dinginnya. Bagaimana dia boleh tertidur sambil menyelesaikan kerjanya?

Jalal memicit kepalanya perlahan. Bagaimana dia boleh bermimpikan gadis kecil itu? Tidak pernah dia bermimpikan Adibah seumur hidupnya. Mimpi kali ini juga amat misteri. Bagaimana? Mengapa? Jalal buntu.

##########

Telefon pintar yang berdering dari tadi akhirnya diangkat. Mengganggu saja maghrib begini. Melihat saja nama pemanggil, Adib sudah sengih. Harraz, mana pernah mengenali erti solat.
“Assalamualaikum Tuan Harraz..”

“Dib, aku nak tanya ni.. kau suka Dian ke?”

“Oi, bengong! Jawablah salam aku dulu.. Waalaikumussalam, tak reti ke pak cik?” Adib menegur dengan caranya yang tersendiri.

Harraz ketawa besar dalam talian. “Maaf ustaz.. Waalaikumussalam, ustaz”.

“Bongoklah kau ni Raz. Kau nak apa call aku maghrib-maghrib ni? Tak solat ke?”

“Aku nak tanya ni.. Kau suka Dian ke?”

Kali ini Adib pula ketawa besar. “Kau mimpi apa tanya fasal Dian ni?’

“Siang tadi aku jumpa Dian. Bila dapat cakap dengan dia, aku rasa dia… interesting. Very interesting..”

“No” laju Adib bersuara. “Banyak lagi perempuan kau boleh main kat luar sana, Raz. Dian aku tak bagi, she is a nice girl. Kau jangan main dengan dia Raz” serius nada suaranya.

Harraz senyum senget bagaikan Adib melihat. “Kau serius dengan adik dia kan?”

Adib senyum nipis. Dia tahu apa yang Harraz maksudkan. Disebabkan dia serius dengan Syaqiqah, jadi dia tidak mengizinkan Harraz mempermainkan perasaan kakak pada gadis yang dia cinta, mungkin. “Demi Syaqiqah..”

“Anything?”

“Aku minta maaf tak boleh bagitahu semuanya kat kau. Tapi fasal Dian, aku harap sangat kau tak mainkan dia”.

“Dib.. Aku pun nak minta maaf. Aku takut kalau aku ternampak Dian lagi, aku tak boleh…”

“Anggap kali ini aku merayu. Aku tahu kau dah banyak perempuan, Raz. Atas nama friendship..” Adib memotong kata-kata Harraz yang masih belum habis.

Kedengaran suara Harraz mengeluh sebelum panggilan dimatikan. Adib memandang skrin telefon yang tertera wajah Harraz. Dia tahu Harraz tidak boleh marahkannya berlama-lama.

Cuma Adib masih terasa sangsi. Apa agaknya yang dilakukan Dian hingga temannya Harraz yang kasanova itu boleh tertarik dengannya?

############

Brek kaki ditekan dan gear ditolak pada ‘P’. Kemudian tangan kirinya menarik brek tangan hingga kereta itu benar-benar diam duduknya.

“Dah sampai..” sang ibu memberitahu mesra pada kedua puterinya.

Si kakak langsung memejam mata rapat sebaik mendengar sang ibu berkata begitu. Manakala si adik sudah pun berbaring dengan tudung menutupi wajah.

“Astaghfirullah..” Hannan beristighfar melihatkan perilaku Dian juga Syaqiqah. Terasa bagai menghantar anak kecilnya ke sekolah pula.

Dian membuka mata. “Ibu janganlah balik Melaka lagi…”

“Akak, adik.. ibu dah hantarkan ke U ni pun nak mengelat lagi?”

-Adik nak ikut ibu balik boleh?

Hannan sudah ketawa melihat Syaqiqah. “Dah cepat turun. Memang sengaja nak bagi ibu sampai lambat, biar ibu penat seorang. Akak bukannya ada nak tolong ibu drive.. Biar ibu sampai Melaka lewat malam kan?” Hannan membuat nada berjauh hati.

“Ok ibu. Akak pergi kelas dulu. Sayang ibu, jaga diri. Dah sampai ibu mesej akak tau” Dian membulatkan mata, mencium pipi Hannan dan menyalami tangannya. Terus pintu kereta dibuka dan dia keluar dari kereta.

Syaqiqah senyum melihat kakaknya. Tangan dihulur mahu menyalami ibunya. Usai salam, Hannan menyuakan pipinya untuk dicium sang puteri. Namun saat Syaqiqah baru hendak melangkah, tangan Syaqiqah ditarik.

“Ibu tahu adik ada masalah. Ibu tak paksa adik cerita kat ibu, tapi ibu nak adik tahu.. walau apa pun yang berlaku, ibu tetap ibu. Ibu tetap sayangkan anak-anak ibu..”

Syaqiqah memandang kereta yang sudah berlalu pergi. Nafas dilepas saat mengingat pesanan Hannan tadi. Masalah ya? Semuanya gara-gara lelaki itu. Adib Mubarak bin Adib Nasir, mengapa dia harus berperasaan begini pada lelaki itu?