Demi Syaqiqah – P17

Pintu biliknya ditolak perlahan. Dia mendekati Dian yang masih menelaah buku pelajarannya.
-Akak…
“Ye sayang..?” Dian memandang sekilas dan kembali menulis nota.
Telefon pintarnya bertukar tangan. Dian menyambut huluran Syaqiqah sambil matanya memandang tetap pada skrin. “Akak dah tengok video ni.. Siapa entah yang tak de kerja pergi record..”
Syaqiqah diam. Dia benar-benar tidak mahu Dian menanggung susah kerananya. Sedari kecil Dianlah yang menjaganya dan melindunginya dari segala hal yang boleh membuatnya susah. Dan nampaknya untuk kesekian kali, ia berlaku lagi.
Dalam diam air matanya mengalir perlahan. Syaqiqah berdiri tegak bagai patung memandang, memerhati Dian. Air mata yang jatuh terus dibiarkan hingga badannya tidak mampu lagi menahan henjutan.
Syaqiqah menoleh cuba bersembunyi dari Dian. Dia langsung berbaring di atas katil dan menarik selimutnya. Bantalnya dipeluk erat menahan henjutan badan.
Dian menoleh. Bukunya ditutup dan komputer ribanya dimatikan. Rambutnya diikat kemas dan dia melangkah menuju ke katil.
“Adik…”
Syaqiqah mengeraskan tubuh. Kalau boleh tidak mahu Dian melihat air matanya. Walhal Syaqiqah paling tahu bahawa Dian dapat membaca setiap bahasa gerak tubuhnya.
“Adik.. bangun” kali ini suara Dian berbaur arahan, tegas dan lantang.
Syaqiqah diam lagi. Berpura-pura tidak dengar. Dia benar-benar tidak mahu Dian melihat wajahnya.
“Adik… akak cakap bangun”.
Kali ini Syaqiqah mengalah. Dia bangun menghadap Dian yang menanti. -Dari dulu akak selalu tanggung susah sebab adik.
Dahi Dia berkerut. Matanya dipejam. Pipi Syaqiqah dipegang membuatkan mata Syaqiqah tetap padanya. “Adik… Berapa kali akak nak cakap? Adik tak pernah susahkan akak. Tak pernah susahkan akak walau sekali. Akak tak susah dengan semua ni”.
-Akak tipu…
Dian mengesat air mata Syaqiqah yang makin galak membasahi pipinya. “Shhh…”
-Adik tahu adik selalu susahkan akak. Adik tahu adik selalu buat akak susah. Dari dulu lagi.. dari awal abah ambil..
“Jangan ungkit” Dian mematikan ayat Syaqiqah dengan memeluknya erat. Dia paling benci jika Syaqiqah menghabiskan ayatnya. ‘Dari awal abah ambil adik sebagai anak angkat…’
Diam-diam Dian terkadang tertanya-tanya. Syaqiqah dapat ingat dengan jelas bahawa dia sebenarnya adalah anak angkat abah dan ibu, tapi mengapa dia langsung tidak ingat kehidupannya sebelum itu.? Siapa dia sebelum bergelar Syaqiqah Sulaiman.
-Adik minta maaf.
“Tak nak. Kalau betul adik sayang akak, hargai semua yang akak buat untuk adik. Akak tak nak dengar adik merapu macam ni. Akak tak suka..!”
-Adik minta maaf..
“Dah lah! Adik sayang akak kan?”
Syaqiqah diam. Pasti Dian penat melayani karenahnya. Dia tahu itu. Tapi dia sedih. Dia tidak mengerti mengapa Dian sanggup melakukan semuanya untuknya.
Namun, seberapa besar sayang Dian padanya. Syaqiqah mengerti. -Adik sayang akak..
“Akak lagi sayang adik. Paling sayang.. Lebih dari segalanya. More than anything, more than everything..!”
-Akak…
“Dah jangan nangis. Hodohlah adik akak yang cun melecun ni…”

###########

Dia berlari selaju mungkin menuju pada Adib yang masih berada di bilik komputer. Nafasnya mengah kerana berlari mengejar masa.
“Adib!” Harraz memanggil dalam lelahnya.
Satu isi bilik komputer memandang. Adib mengetap bibir dengan sikap Harraz yang keanak-anakan. Lantas komputernya dimatikan dan dia melangkah pada Harraz yang berada di pintu.
“Apa masalah kau ni, Tengku Harraz Tengku Hafzan?” Adib menyoal sebaik saja pintu bilik komputer tertutup.
“Guess what?”
“Guess what, what?”
“Nah” Harraz menghulur telefonnya pada Adib.
Adib yang sedang memakai kasut menyambut huluran Harraz. Dahinya berkerut melihat skrin telefon pintar milik Harraz. “Dian?”
“Playlah video tu!”
Adib menjeling. Agak renyah dengan Harraz. Dia bangun dari duduk dan bersandar pada koridor. Butang play ditekan.
Awalnya mata berkerut dan seketika dia tersenyum. Entah dari mana Harraz mendapat video itu dia juga tidak tahu. Yang pasti, dia tersenyum kerana sikap Dian yang sememangnya tegas dan berpendirian.
Kelakar juga melihat wajah kelat Emily ditampar Dian. Iyalah, sesuka hati memanggil adiknya budak bisu. Budak bisu? Adib mengerutkan dahi. Jika adik Dian adalah Adibah, maknanya Adibahkah budak bisu yang dimaksudkan Emily?
“Amacam gempak tak? Video semalam tu.. aku pun tak tahu siapa yang send. Power gila si Dian tu kan?” Harraz mengangkat keningnya.
“Budak bisu yang Emily panggil tu..”
Harraz mengangguk. “Adik Dian. Kalau tak silap nama dia Syaqiqah… Tapi dua beradik ni memang gempaklah.. Kakak dia orang pertama yang tampar Emily kat U ni. Adik dia pula bisu, tapi boleh masuk U kita. U ni bukan sebarang orang boleh masuk. Tapi memang padan mukalah Emily tu.. Berlagak diva sangat. Rimas aku”.
Syaqiqah… Adibah Syaqiqah Syamran.. Syaqiqah.. Adibah.. Adibah Syaqiqah.. Dian.. Diana Nadia Sulaiman.. Syaqiqah Sulaiman!
“Kau dengar tak apa aku cakap ni?” Harraz menyoal, sakit pula hati melihat wajah bingung Adib.
“Harraz!”
Harraz kaget. Terkejut dia dengan jeritan Adib yang tiba-tiba. Adib senyum sendiri. Dia sudah tahu kata kunci untuk mencari maklumat tentang adik Dian dalam data. “Aku ada hal. Bye!”
Harraz membuat muka bingung mengambil alih wajah bingung Adib tadi. Melihat Adib berlari darinya, Harraz ‘terpanggil’ untuk mengejar sahabatnya itu.

#########

“Adib nak cari orang”.
“Ya, Adib nak cari siapa?” Uthman yang menjaga data maklumat pelajar seluruh universiti menyoal.
“Syaqiqah Syamran” Adib mencuba nama kedua dalam fikirannya.
Uthman mengangguk sambil tangannya sibuk bermain dengan skrin komputer di hadapannya. Mencari pelajar yang bernama Syaqiqah Syamran.
“Tak delah Dib”.
“Abang cuba nama ni, Syaqiqah Sulaiman”.
Sedetik, sesaat, seminit… “Ada ni. Syaqiqah Sulaiman”.
“Serius?”
“Yup. Cuba Adib tengok gambar ni, betul ke dia yang Adib cari?”
Adib mengangguk penuh semangat. Senyumnya lebar hingga ke telinga membuatkan Harraz yang memandang bingung sendiri. Dia fikir Adib sukakan kakaknya, tapi yang dicari saat ini adalah adiknya?
“Jadi, Adib nak abang buat apa?”
Adib tersengih sendiri. Memasang strategi mahu membodek Uthman. Uthman sudah ketawa sendiri. “Tak payahlah Adib nak jadi sotong pula. Just tell me, nak abang buat apa?”
“Hmmm…” Adib membuat ‘tarian’ pula.
Harraz sudah ketawa di belakang. Dia memang tahu Adib ini sukar dibaca. Tapi tidak pernah pula dia melihat Adib meng’gedik’ seperti ini.
“Cakaplah..” Uthman menggesa dalam senyuman.
“Boleh tak abang printkan semua ni.. Adib nak semua maklumat fasal dia…” Adib terhenti seketika. Dan dia menyambung semula “Abang, nak maklumat Dian sekali. Dua beradik tu. Adib nak semua tau, dengan gambar sekali”.
Uthman memberi anggukan dan mula mencetak maklumat yang Adib mahukan. Walau hati tertanya-tanya mengapa dua beradik itu yang menarik perhatian Adib namun mulutnya terkunci. Uthman tahu dia tidak boleh sesuka hati menyoal anak tunggal Tun Adib Nasir itu.

##########

“Daddy, I’ve got something to show you”.
“Hmm.. Apa?”
“Tulah, Dib nak jumpa daddy. Malam ni daddy balik tak?”
“Allah, daddy kena ke Singapore. Esok ada urgent meeting”.
“Kalau macam tu kita jumpa sekarang boleh?”
“Sure. Adib nak datang office daddy atau pun jumpa kat mana-mana?”
“Adib lapar ni daddy. Tapi macam malas pula nak jumpa kat tempat lain”.
“Ok kalau macam tu.. Adib datang office. Daddy minta Qaniah set up kan lunch kat office je. Ok?”
“Thanks daddy. Lagi sepuluh minit Adib sampai. Assalamualaikum”.
“Waalaikumussalam”.
Adib menguntum senyum sambil menekan butang merah. Wajah Harraz di sebelah dipandang dan dia senyum lagi. Memandang sampul surat di tangannya, dia senyum lagi.
“Kau ni mysterious lah..” Harraz ‘memancing’.
Adib mengerutkan dahi. “Apa yang misterinya?”
Harraz menjongket bahu. Adib memandang sampul surat di tangannya. “Ni?”
Harraz menganggukkan kepalanya. “Kenapa dua beradik tu? Aku ingat kau suka Dian tapi kau minta maklumat Syaqiqah. Kalau minat Syaqiqah kenapa kau ambil maklumat kakak dia sekali?”
Adib ketawa kecil. “Sabar eh.. Sooner or later, kau akan tahu juga. Aku nak jumpa daddy aku. Bye!”

###########

Matanya sudah terbeliak memandang hidangan mewah di meja makan yang disediakan Qaniah. Setiausaha daddynya ini memang cekap menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Pantasan saja daddynya tidak pernah menukar setiausaha sejak Qaniah bekerja dengannya. Kata daddy segala rahsia juga tersimpan rapi di tangam Qaniah.
“Best kan Kak Niah ni daddy?” Adib menyoal sambil matanya tertumpu pada lauk-pauk yang terhidang.
“Lapar betul anak daddy ni. Makanlah. Daddy nak selesaikan baca document ni jap.. nanti kita discuss”.
Adib mengangguk laju. Selesai saja menjamah makan tengah hari, ‘tea lady’ pejabat langsung saja masuk dan mengemas apa yang patut dikemas. Adib menyerahkan sampul surat yang diberikan Uthman padanya.
Tun Adib Nasir menyambut dengan debaran. Matanya tertancap pada gambar pertama yang muncul dari sampul surat itu. “Adibah?”
“Papa pun cam kan?”
Tun Adib Nasir mengangguk. “Muka Fika sebiji. Mata je.. ada sikit mata Syam”.
“I know it. Dib tahu dia Dibah”.
“Dia belajar kat U ni?” Tun Adib Nasir sudah mula mengukir senyum.
“Ha ah. Daddy tak tahu kan?”
“Dekatnya. Apa khabar dia sekarang? Daddy nampak dari gambar ni macam bahagia, sihat. Bila Adib nak bawa dia jumpa daddy, jumpa mommy.?” Tun Adib Nasir memandang anaknya.
Adib melepaskan sebuah keluhan. “That is the problem”.
“Maksudnya?”
“Dia tak ingat Adib. Dia ada kakak. Dia guna nama Syaqiqah Sulaiman. Dan yang utama sekali, dia tak boleh bercakap”.
Kali ini mata Tun Adib Nasir terbuntang luas. Ayat yang terakhir mencuri perhatiannya. “Tak boleh bercakap tu, maksudnya… bisu ke?”
“Itu apa yang Adib dengar. Sejauh mana kebenarannya, Adib tak pasti. Tapi Adib memang tak pernah tengok dia bercakap lagi”.
“Syam.. aku minta maaf. Aku tak guna, aku tak jaga anak kau baik-baik..” Tun Adib Nasir tersandar pada sofa. Dia benar-benar maksudkan apa yang dia katakan. Dia gagal menjaga satu-satunya harta arwah Syamran yang tersisa.
“Bukan salah daddy kan?”
Tun Adib Nasir menarik nafas sedalamnya. Dia telah membuat satu keputusan. Walau apa pun, keadaan Adibah harus dilihat. “Daddy nak jumpa Dibah”.

###########

Nafasnya turun naik menahan debaran. Dia maju ke hadapan untuk beberapa langkah, namun berpatah balik beberapa minit kemudian.
Maju lagi, dan undur semula. Adib mahu bertemu Syaqiqah, tapi teringat wajah pucat Syaqiqah tempoh hari membuat dia jadi kasihan dan tidak sampai hati.
Tapi dia mahu menemui Syaqiqah. Setidaknya mendapatkan kepastian apakah gadis itu benar-benar tidak boleh bersuara. Langkahnya maju ke hadapan menuju ke kelas gadis itu.
Tapi dia berundur kembali. Maju lagi dan undur lagi. Lama kelamaan Adib mulai bosan. Dia mendengus perlahan. Ini semua gara-gara Dian yang tidak mahu membantu.!
Adib nekad. Apa terjadi, jadilah. Dia tetap mahu menemui Syaqiqah. Dia melangkah menuju ke kelas gadis itu. Menanti hingga kelasnya berakhir.
Matanya terintai-intai melihat bilakah Syaqiqah akan keluar. Bukannya dia tidak nampak mata-mata yang memerhati, tapi dia sememangnya sudah biasa dengan perhatian begitu. Diakan popular, Adib senyum sendiri.
“Awak..” Adib memanggil sebaik melihat wajah Syaqiqah.
Syaqiqah mengangkat wajah memandang Adib. Wajahnya mula berubah melihat Adib di hadapannya. Lantas saja langkahnya dipercepatkan. Tidak mahu berbicara dengan Adib.
“Awak, tunggu saya!” Adib mengejar.
Syaqiqah buat tidak tahu. Dibiarkan Adib berjalan laju menyainginya. Apa yang harus dia lakukan?
“Awak..” kali ini Adib menarik tangan Syaqiqah agar berhenti. Dia sudah tidak terdaya mahu mengejar.
Syaqiqah membuat wajah tidak suka. Membuatkan Adib sendiri melepaskan pegangannya tanpa perlu Syaqiqah melepaskan diri. “Saya minta maaf”.
Syaqiqah berdiri tegak memandang wajah itu. Dia tidak pasti Adib memahami bahasa isyarat atau tidak. Dan dia juga tak pedulikannya. Sekarang ini, apa yang Adib mahu darinya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s