Monthly Archives: September 2016

Demi Syaqiqah – P39

Adib memakai jam tangan dan mencapai telefon pintarnya. Dia harus segera pergi ke rumah Dian sebelum dua beradik itu pergi ke KL Sentral menggunakan teksi.

Kalau boleh dia mahu menghantar hingga ke Melaka. Lagi pun, Adam akan ikut saja permintaannya. Yang penting, dia mahu menyelesaikan salah fahamnya dengan Syaqiqah. Pasti ada sesuatu yang terjadi pada Syaqiqah. Tapi dia tidak boleh bertanya kerana dua hari ini, Syaqiqah benar-benar mengelak darinya.

“Adib”.

Adib mengerutkan dahi saat melangkah keluar dari lif. Dia menoleh pada Enon yang memanggil. “Cik Amy datang”.

“Amy?”

Enon mengangguk. “Tun tengah sembang dengan dia. Tapi dia pesan tadi, panggilkan Adib”.
Adib melepas nafas. “Ok, Kak Enon. Terima kasih”. Langkah diatur ke ruang tamu. Adib melihat Tun Maryamul Azra tersenyum ‘memberi amaran’ padanya.

“Mommy” Adib menegur, menghadiahkan sebuah kucupan pada kepala mommynya yang dilitupi dengan selendang sutera.

“Lambatnya anak mommy turun. Tak baik buat Amy tunggu” Tun Maryamul Azra memandang Amy sekilas.

“Kenapa Amy datang?” Adib melangkah maju dan duduk di hadapan Amy.

Wajah Amy yang asalnya ceria berubah sedikit. Tun Maryamul Azra kemudian mengerti ada sesuatu di antara Adib dengan Amy.

“Mommy masuk dulu. Adib keluarlah dengan Amy, dan next time kalau nak ajak perempuan keluar… Adib lah kena ambil, bukannya dia datang rumah ambil Adib macam ni..” Tun Maryamul Azra sempat menghadiahkan sebuah bebelan sebelum masuk ke ruang dalam.

“Bila pula Adib cakap nak ajak Amy keluar?” Adib menyoal lembut.

Amy memuncungkan bibir. “Dah lama kita tak keluar sama. Adib asyik sibuk je, jadi Amy datanglah sini…”

“Adib memang sibuk sangat. Adib minta maaf, tapi memang tak boleh” Adib mencuba menolak sehabis mungkin.

“Amy tahu Adib busy. Kalau macam tu, hari ni biar Amy jadi driver Adib.. Adib cakap je nak pergi mana” Amy membulatkan matanya, sungguh-sungguh menawarkan.

Adib melepas nafas. Dengan Amy dia tidak boleh berkasar dan dia juga tidak akan berkasar. Amy sudah dianggap sebagai adiknya dan Amy adalah adiknya. “Amy, Adib ada hal ni..”

“Biarlah Amy hantar. Amy rindu Adib.. Adib tak rindu Amy ke?” Amy mula merengek.

“Mana ada abang yang tak rindu adik… Tapi Adib busy sangat..” mata Adib mencuri pandang jam dinding. Bimbang dia sudah lambat. Tapi seyakinnya dia pasti sudah lewat.

Amy memandang. Adik, adik, adik dan adik lagi. Tidak tahukah Adib bahawa dia menganggap Adib lebih dari seorang abang? “Bolehlah Adib.. Amy hantar”.

“Amy, Adib ada hal. Lain kali kita keluar” kali ini nada suara Adib tegas, penat memujuk. Dia mahu mengejar Syaqiqah sebelum gadis itu bertolak ke Melaka.

“Adib dah jumpa perempuan lain kan?” Amy bangun berdiri, meninggikan suara pada Adib yang sudah melangkah.

Adib menoleh. Amaran Harraz tempoh hari terngiang di telinga. ‘ Kau kena cakap betul-betul dengan Amy yang kau tak fikir apa-apa kat dia dan kau dah ada orang yang kau sayang, betul-betul sayang. Kalau kau tak clear dengan Amy sendiri, dia akan fikir Iqah rampas kau dari dia. ‘

“Betul kan apa Amy cakap?”

Adib melepas nafas. Suaranya lembut menenangkan Amy. “Amy.. Amy pun tahu yang Adib takkan pandang orang lain selain Dibah. Amy sendiri jelas hal ni.. perempuan mana pula ni?”

Amy diam. Ya, dia tahu. Hingga saat ini Adib masih belum melupakan Adibah. “Amy ada”.

“Amy adik, tak mungkin lebih dari tu”.

“Tahu.. Tapi betul Adib tak de perempuan lain?” Amy memandang.

Adib melepas nafas. Nampaknya dia harus mengalah. Amy harus dipujuk terlebih dahulu. Jika tidak, Amy sama sekali tidak akan melepaskannya. “Dah lah, Adib batalkan je appoiment tu. Amy nak pergi mana? Adib bawa”.

Mata Amy membulat, wajah yang tadinya cemberut menjadi ceria semula. “Really? Seriously?”

“Iya adikku.. Jomlah. Nak keluar sangat kan..?”

Amy tersengih. Langsung beg tangan dicapai dan dia berlari terkedek-kedek menuju ke arah kereta.

#########

Matanya membulat melihat ibu yang melangkah ke arah dia dan kakaknya. Langsung saja beg yang dipegang diletakkan di atas lantai dan Syaqiqah langsung berlari memeluk ibunya.

Dian melepas nafas. Rindu sangatlah tu. Tiba-tiba dia terasa sayu pula. Pasti ibu akan sedih jika mengetahui bahawa Dian telah menjumpai keluarga kandung Syaqiqah. Mungkin ibu akan tumpang gembira tapi Dian tahu ibu akan bersedih nantinya. Kerana pada akhirnya, tetaplah Syaqiqah pulang ke tempat asalnya.

“Pandainya dia buat drama hindustan..” Dian memandang Syaqiqah yang masih berada dalam pelukan Hannan.

Hannan ketawa kecil. “Akak ni, suka sangat usik adik. Jom. Ibu dah masak lauk istimewa untuk puteri-puteri ibu ni..”

Dian menganggukkan kepalanya. Harapannya biarlah mereka dapat bercuti semester dengan aman dan makmur. Hanya dia, Hannan dan juga Syaqiqah. Tiada Adib, tiada Ana, tiada Amy, tiada Emily, tiada Lainah, tiada Ubadah dan tiada… Harraz.

#########

“Here comes the red velvet cake..” Adib tersenyum meletakkan potongan kek milik Amy di atas meja.

“Thank you, my prince” Amy membuat muka teruja.

Adib hanya menggelengkan kepala. ‘Maafkan Adib, Amy. Adib sibuk sangat fasal Dibah sampai lupa adik Adib seorang ni nak perhatian..’

“Adib tak makan ke?”

“No cake for me..!”

Amy mengerutkan dahi. “What? Why?”

“Gurau je lah. Amy makanlah. Adib lagi terasa nak makan sotong goreng Aunty Amnah”.

“Kalau macam tu, sibuk macam mana pun.. datanglah rumah sekali sekala. Teratak kecil Amy tu pun rindukan Adib” Amy sengih sambil menyuap kek ke dalam mulut.

Adib menjongket kening. “Teratak ye? Terataklah sangat.. dah macam bangunan syarikat je Adib tengok”.

“Tulah.. patutnya papa beli rumah kecil je. Kesian maid nak kena kemas pagi petang siang malam kan?”

Adib menganggukkan kepala, melayani kata-kata Amy. Moga-moga setelah ini, Amy tidak lagi menuntut mahu keluar bersama. Bolehlah dia benar-benar fokus pada proses pemulihan Syaqiqah.

“Amy tak kenal ke adik Dian tu?”

Amy tersedak. Terkejut mendengar pertanyaan Adib yang amat tiba-tiba. Mengapa bercakap tentang Syaqiqah saat ini? “Kenapa tanya macam tu?”

“Tak de. Cuma nak tahulah, Amy suka Dian.. Adik dia tak suka?”

Amy diam. Apakah Adib mahu memberitahunya bahawa gadis itulah yang berada di hati Adib saat ini? Pengganti Adibah? “Tak”.

“Lajunya jawab..”

“Adik Dian tu macam sombong sikit” Amy membalas, mahu melihat bagaimana reaksi Adib.

“Sombong yang macam mana tu?”

“Entah. Tapi Amy rasa yang dia sombong. Tak macam kakak dia..”

“Tapi Amy, Iqah tu baik tau. Baik sangat.. baik dari Dian”.

Amy memberi pandangan tajam. “Adib suka dia?”

“Suka” Adib menjawab sepatah.

“Suka?”

Adib mengangguk. Dia sudah membuat keputusan. Sekiranya Amy menyoal lebih dalam, dia akan berterus terang. Tapi jika tidak, rasanya biarlah masa yang menentukan segalanya.

“Suka yang macam mana?” Amy menyoal lambat-lambat. Tidak menyangka Adib akan jujur seperti ini.

“Sukalah.. dia comel, cantik, baik, manis.. sopan, ayu, lemah-lembut..”

“Ok., ok.. Amy faham. Dia boleh jadi pengganti Dibah ke?”

Adib ketawa kecil. Mana mungkin Syaqiqah menggantikan Adibah? Mana boleh orang yang sama menjadi dua orang yang berbeza dalam satu masa? “Tak”.

Amy mengukirkan sebuah senyuman manis. Jawapan ‘tak’ yang diberikan Adib sudah membuat dia cukup bahagia. Dia akan berusaha lebih keras untuk memiliki hati lelaki itu. Fighting!

#########

“Macam mana kerja yang aku bagi kau?”

“Sorry, bos”.

“Kau tak dapat kesan lagi budak tu belajar kat mana?”

“Belum lagi bos. Dua tiga minggu ni, aku tak boleh pergi mana-mana. Ada polis nampak aku kat Melaka hari tu”.

“Bodoh. Kan aku dah pesan banyak kali. Jangan cari fasal selagi kerja kau tak selesai. Kau tahu tak yang DSP.Ghazali masih cari kau sampai sekarang” Jalal meninggi suara, marah benar dia pada Pisau.

Hakikatnya DSP.Ghazali telah menutup kes itu semasa dia menjadi Inspektor dahulu. NamunJalal tahu itu kerana permintaan Tun Adib Nasir sendiri. Kerana apa dia juga tidak tahu, tapi Tun Adib Nasir pasti ada agenda tersendiri.

Setelah lama barulah Jalal tahu Tun Adib Nasir masih berhubungan dengan DSP.Ghazali dan hal itu memberitahunya bahawa Tun Adib Nasir dan DSP.Ghazali masih memburu Pisau yang menjadi suspek utama kes.

“Sorry bos. Aku janji kali ni aku buat betul-betul”.

“Kau dengar apa aku cakap. Universiti kat KL ni tak de lah banyak mana. Kau kena cari budak tu sampai dapat!” Jalal mematikan panggilan.

Sudah beberapa bulan berlalu namun Adibah tetap tidak ditemukan. Bagaimana kalau nantinya ternyata Tun Adib Nasir yang menemuinya dahulu? Jalal resah sendiri memikirkan kemungkinan itu.

##########

“Adik dah tidur?” Dian menyoal Hannan yang melangkah keluar dari bilik tidur Syaqiqah.

Hannan mengangguk dan duduk di sisi Dian yang sedang menonton drama slot ‘Samarinda’ yang sedang bersiaran. “Akak”.

“Ya?” Dian menjawab namun pandangan masih terarah pada kaca televisyen.

“Ibu nak tanya ni”.

“Tanyalah”.

“Siapa lelaki yang kacau adik tu?”

“Ha?” seluruh tubuh Dian berpaling.

“Ada tunang orang kacau adik. Ingat ibu tak tahu?” Hannan bersuara serius.

Dian mengerutkan dahi. Berfikir. Lelaki yang kacau adiknya hanyalah Adib seorang. Tapi sejak bila pula Adib menjadi tunang orang lain, Adib itu tunang adiknya sendiri! Atau jangan-jangan.. Amy?

“Akak, ibu tanya ni..”

“Mana ada ibu..” Dian mula membuat suara, apa yang diadukan Syaqiqah agaknya.?

Hannan mencubit peha Dian. “Sejak bila pula adik tu pandai menipu?”

“Ibu.. Adib tu bukan tunang oranglah! Eh.. susahlah nak terangkan..” Dian mula merengek, membayangkan panjangnya karangan yang harus direka.

“Adib?”

Dian mengangguk. “Akak dah cakap banyak kali dengan adik, Adib tu bukan tunang orang.. adik yang tak nak percaya. Lagi pun ibu, kalaulah betul Adib tu tunang orang ingat akak nak bagi dia tackle adik? Memang taklah. Nanti, tak fasal-fasal adik kena tuduh perampas..”

“Kalau pun bukan tunang orang, kenapa bagi dia kacau adik? Adik kan kecil lagi..” Hannan membuka lebaran bebelannya. Kalau boleh di usia begini, dia mahu kedua puterinya hanya fokus dan memberi tumpuan sepenuhnya pada pelajaran mereka.

Dian melepas nafas. Dian mengambil tangan Hannan dan menggenggamnya. “Ibu.. akak tahu ibu tak nak pelajaran akak atau adik terganggu. Akak dengan adik pun bukannya bercinta sakan macam orang lain. Sebenarnya bercinta pun tak ibu. Akak bagi peluang kat Adib tu untuk kenal adik, itu je.. Tapi akak dah warning awal-awal, jangan sampai adik terluka. Macam mana ibu tahu fasal Adib ni?” Dian menyuarakan rasa hairannya.

Hannan diam. Langsung teringat tangisan beria Syaqiqah dua tiga hari lepas. Apakah benar seperti yang dikatakan Dian? Tapi Hannan kenal anak sulungnya itu. Bukan mudah untuk dia membenarkan mana-mana lelaki mendekati adik kesayangannya.
Bagaimana pula lelaki bernama Adib ini boleh terlepas?

Demi Syaqiqah – P38

-Ibu….

Hannan menguntum senyum memandang Syaqiqah dari skrin komputer ribanya. “Hodohnya muka anak ibu.. Mata lebam macam panda. Menangis sejak bila ni?”

-Petang tadi?

“Lamanya.. ada benda nak share dengan ibu?” Hannan menyoal lembut.

-Adik tersuka laki orang… Syaqiqah masih lagi terhinjut-hinjut tubuh badannya.

“Laki orang tu.. suami orang ke?” Hannan mengerutkan dahi.

Syaqiqah menggeleng. -Tunang orang.

“Ish.. nak kena tunang orang ni. Dah tahu ada tunang kenapa nak kacau anak ibu lagi?” Hannan mencekak pinggang, membuat gaya marah.

Syaqiqah tergelak dengan gaya yang ditunjukkan ibunya. Menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.

“Kan cantik anak ibu senyum. Akak mana?”

-Kat luar.

“Adik tak kasi akak masuk bilik?”

-Tak.. Akak yang nak bagi adik ruang..

“Adik tak bagitahu akak ke..?” Hannan menjongket keningnya.

Syaqiqah menggeleng. -Kalau akak tahu, boleh mati laki tu akak kerjakan. Ibu macam tak kenal akak…

Kali ini giliran Hannan pula ketawa. “Adik.. biarkan je lelaki tu. Kalau memang ada jodoh adik dengan dia, adalah. Tapi buat masa sekarang.. adik fokus belajar, jangan fikir hal lain. Lepas tu balik sini, kerja kat sini.. duduk dengan ibu..” Hannan memberi kata-kata hikmat buat anak bongsunya.

Syaqiqah ketawa kecil. Dia baru belajar tahun pertama dan ibu sudah menyuruh dia tamat belajar segera… -Ibu cakap macam tu, terus rindu nak balik…

“Kalau tak cakap, tak rindu ibulah?”

Syaqiqah ketawa lagi. -Mana ada tak rindu. Setiap saat adik rindu ibu, adik doakan ibu dalam semua doa adik.

“Alhamdulillah. Bagus anak ibu..” Hannan membuat gaya thumbs-up. Skrin komputer riba disentuh bagai mengusap wajah Syaqiqah.
Syaqiqah ketawa kecil. -Lagi seminggu cuti. Adik nak peluk ibu sampai ibu rimas bila adik balik nanti…

Hannan ketawa. Dan dua beranak itu terus berbual dengan mesra tanpa menyedari Dian telah lama meninggalkan rumah pada malam itu.

#########

Usai membayar harga teksi, Dian turun dari kereta. Mata memandang villa yang terlebih mewah itu. Loceng segera ditekan.
“Cik Dian kan?”

“Assalamualaikum Kak Anum” Dian tersengih. Baru dia sedar tindakannya datang ke situ terlalu terburu-buru. Sudahlah jam pukul 10.00 malam. Dian.. Dian..

“Waalaikumussalam. Cik Dian nak jumpa Adib?”

Dian mengangguk. “Adib ada?”

“Ada. Jemput masuk Cik Dian”.

Dian tersenyum mengikut langkah Anum masuk ke dalam. Lama menanti di ruang tamu, Adib pun muncul dengan sengihannya.

“Kau cari aku?”

“Taklah. Aku cari Aunty Yam” Dian menyindir.

“Ok.. Ada apa?” Adib mengambil tempat di hadapan Dian, duduk di sofa berukir emas itu.

“Apa kau buat dengan Iqah?” Dian menyoal, nada suaranya serius.

“Maksud kau?”

“Aku tahu kau tak ambil kita orang sebab kau ada hal hari ni. Tapi terima kasihlah sebab kirim Abang Adam ambil kami. Aku ikutkan nak marah dalam telefon, tapi tak best. So aku nak jumpa kau face to face sebab nak marah..”

“Kejap. Apa hal ni?” Adib memotong kata-kata Dian yang keluar bagaikan peluru.

Dian diam seketika. Sepertinya Adib benar-benar tidak tahu. “Sejak balik petang tadi, Iqah nangis sampai sekarang”.

“Sebab?”

“Kalau aku tahu tak adalah aku tanya kau!” suara Dian meninggi.

Adib diam seketika. Berfikir kalau-kalau dia ada menyakitkan hati Syaqiqah, tapi.. sepertinya tiada. “Kau pasti ada kaitan dengan aku?”

“Dari awal aku dah warning. Jangan buat dia menangis sebab kau! Aku tak suka tengok adik aku menangis kau tahu tak?”

“Kau tak tanya dia?”

“Kan aku dah cakap, kalau aku tahu.. tak adalah aku tanya kau” Dian mula beremosi. Geram pula dia dengan mamat seorang ini.

Adib diam lagi. Sememangnya mengapa Adibahnya mengalirkan air mata? Apakah dia telah membuat gadis itu bersedih? Tapi bila? Bagaimana? Mengapa? Adib kebingungan.

“Kau memang tak tahu?” nada suara Dian mula menurun saat melihat wajah bingung Adib.

“Tak tahu Dian. Kenapa kau yakin sangat yang hal ni ada kaitan dengan aku?”

“Sebab kalau hal lain dah lama dia bagitahu aku. Ini tak.. Tak ada apalah, adik ok.. Menyampah!” Dian menyuarakan ketidak puasan hatinya.

“Sorrylah Dian.. Aku memang tak tahu. Kalau aku tahu, tak de nya aku biar adik kau menangis sebab aku!” bersungguh Adib meyakinkan. Matilah dia jika Dian mahu menarik diri dari perancangan mereka.

Dian melepas nafas. Nampaknya Adib benar-benar tidak tahu. Sia-sia saja dia datang ke villa mewah itu malam begini.

“Aku memang tak tahu. Kau nak aku cuba pujuk dia?”

“Kalau dengan aku pun dia tak nak kongsi, kau ingat dia nak kongsi dengan kau?”

Adib sengih. “Dia tak bagitahu mak kau?”

“Ibu dengan Iqah suka berpakat. Kalau Iqah tak nak share dengan aku, ibu takkan share dengan aku apa yang Iqah cerita” Dian melepaskan sebuah keluhan.

Matanya melilau melihat sekeliling. Sudah pukul 11.30 malam! Mengapa dia tidak sedar masa yang berjalan? Adoi.. dia harus pulang sekarang. Payah mahu memberi penjelasan buat Syaqiqah nanti. “Aku nak balik. Dah lewat ni”.

“Kau datang dengan apa?”

“Teksi” Dian mengeluarkan telefon pintarnya. Mahu menghubungi nombor pemandu teksi.

“Tak pe, aku minta Pak Khai hantarkan kau balik”.

Dian mengangkat wajah. “Pak Khai?”

“Aku minta Cik Zah temankan kau. Kejap” dan Adib berlalu masuk ke dalam. Memanggil Pak Khai dan Cik Zah untuk menghantar Dian pulang.

#########

Dia menutup langsir ruangan saat melihat gadis itu memasuki kereta. Nafas dilepas perlahan dan langsir diselak kembali. Saat Toyota Alphard itu berlalu pergi, barulah Harraz menutup langsir sepenuhnya.

“Kau nak hantar dia ke?”

Harraz menoleh. Senyum kosong dihadiahkan buat sang teman. “Dia ok?”

“Aku tahu kau tengok dia sejak dia melangkah masuk tadi, Raz”.

Harraz gelak palsu. “Dia makin cantik, kan?”

“Pada mata kaulah tu. Dah berapa lama kau mengelak dari dia ni?”

Harraz mengangkat bahu. Empat ke lima bulan mungkin. Tapi nampak sangat Dian bahagia tanpanya. Jika tidak, paling kurang pun pasti dia akan menyoal tentang Harraz pada Adib.

“Sampai bila?” Adib menyoal sambil matanya kembali memandang majalah yang berteraburan di atas meja. Asalnya tadi dia sedang berbual dengan Harraz yang kebetulan ingin tidur di rumahnya malam ini. Terkejut bila diberitahu Anum bahawa Dian datang menemuinya membuatkan majalah yang asalnya tersusun rapi terus berterabur.

Harraz melepaskan sebuah keluhan berat. Dian.. gadis pertama dan mungkin juga terakhir yang membuatkan dia boleh jadi gila sebegini. Tapi di saat dia menemukan seseorang yang dirasakan tepat buatnya, mengapa gadis itu dengan mudahnya menolak?

“Raz, kau ok tak ni?”

“Ok… Apa khabar Dian?”

Adib diam seketika. Dan kemudian tersenyum senget. “Macam yang kau nampak tu lah. Dian tu bukan tak fikir fasal kau, dia cuma tak tunjuk je.. Jelas-jelasnya Dian tu lagi matang dari kau”.

Harraz terdiam. Dia sudah ada kemajuan. Kini dia sudah mula tahu pergerakan dalam solat walaupun dia belum lancar sepenuhnya tentang bacaan. Tapi bagi Harraz, ia satu kemajuan yang tinggi. Benar-benar tidak menyangka dia akan gigih seperti ini.

Ya, mungkin Dian penyebab dia menjadi seperti ini. Namun sekurangnya, kerana Dian dia cuba untuk menjadi seorang umat Islam yang lebih baik. Biar pun Dian nanti tidak menerimanya, Harraz yakin keputusannya untuk belajar agama bukanlah keputusan yang salah.

###########

Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam Toyota Alphard yang sudah pun menunggu. Awalnya Syaqiqah mahu pergi sendiri, tapi setelah difikirkan dia ikutkan Dian saja. Tidak mahu kakaknya itu mengesyaki apa-apa.

Adib menguntum senyum manisnya melihat wajah Dian dan Syaqiqah. Tapi sepertinya Dian agak sibuk kerana matanya menatap skrin telefon pintar sedari awal tadi.

Syaqiqah mengangkat wajah. Saat matanya bersatu dengan pandangan Adib melalui cermin, wajahnya langsung beralih ke luar. Wajah kasihan Amy langsung terbayang pada matanya.

Adib mengerutkan dahi. Apakah Syaqiqah sedang cuba mengelak pandangannya? Namun mengapa? Ertinya atas sebab apa? Atau kata-kata Dian benar?

Syaqiqah membuang pandang ke luar tingkap. Nafasnya turun naik menahan debaran. ‘ Saya bukan nak halang kebahagiaan awak, tapi saya minta awak jangan halang kebahagiaan saya.. tak senang untuk saya dapatkan hati Adib ‘.

Ayat itu bagai berulang dalam kepala dan pendengarannya. Ya Syaqiqah tahu dia akan mengotakan kata-katanya. Dia dan Adib tiada apa-apa hubungan!

‘ Adik.. biarkan je lelaki tu. Kalau memang ada jodoh adik dengan dia, adalah. Tapi buat masa sekarang.. adik fokus belajar, jangan fikir hal lain. ‘ Kini pesanan ibu diulang-ulang. Ya , untuk masa ini dia hanya perku fokus belajar. Hanya belajar.

#########

Dian menggeleng kepala melihat langkah lemah Syaqiqah. Melihat gaya adiknya pagi itu, dia benar-benar yakin tangisan Syaqiqah semalan adalah kerana Adib. Tapi kelihatannya Adib memang tidak mengetahui apa-apa. Agaknya apa yang berlaku semalam?

“Dian”.

Dian memandang. Senyum dihadiahkan buat Lainah yang baru tiba di kelas.

“Assalamualaikum” Dian memberi salam sambil ketawa kecil melihat sejambak bunga yang dipegang Lainah.

“Waalaikumussalam sayang..”

“Buah hati bagi?” Dian mengusik.

“Buah hatilah sangat. Untuk kau” Lainah menghulur.

Dian mengerutkan dahi. Walau pun begitu, huluran itu tetap disambut. “Dari?”

“Manalah aku tahu. Ada kad tu” Lainah menunjuk sambil tersengih memandang Dian.

Dian mengambil kad itu dan membacanya. “Thanks for helping my angah. Love you”.

“Angah mana ni?” Lainah yang mendengar menyoal.

Dian menggelengkan kepala. Hakikatnya angah yang dikenali hanya seorang. Angah Harraz? Atau yang menghantar benar-benar Ana?

“Siapa?”

“Tak tahu. Siapa hantar?”

“Budak penghantar bungalah cinta oi..”

“Oh..” Dian tersenyum seketika. Tapi setelah Ana menemuinya, mana ada dia berjumpa Harraz. Batang hidung pun tak nampak. Tambahan lagi saat ini Harraz sudah tiada kelas. Hanya menanti majlis konvokesyennya.

“Dian, kau kata nak ganti dinner yang rosak tu?” Lainah tiba-tiba menyoal.

Dian memandang. Ya juga. Dia juga tidak teringat langsung akan hal itu. “Boleh. Bila?”

“Betul kan ni?” Lainah menyoal.

“Iyalah. Kan aku dah cakap banyak kali, Cik Lainah”.

“Ok. Aku tanya abang aku, kalau dia free.. bolehlah..” Lainah sudah tersengih sendiri. Seronok benar dia bila Dian menyetujui saja. Tidaklah dia melihat abangnya bersedih lagi. Jenuh juga dia mahu menerangkan soal Harraz pada Ubadah pada malam itu.

Dian hanya menguntum senyum. Dia tahu Lainah cuba ‘menyatukan’ dia dan Ubadah sebenarnya. Tapi Dian layankan saja. Lagi pula, dia juga tidak berfikir apa-apa terhadap Ubadah.

Dan Dian yakin, sampai masanya nanti dia tetap akan jumpa dengan lelaki yang menjadi pemilik tulang rusuknya. Kalau dah jodoh tak ke mana bukan?

Telefon pintarnya tiba-tiba berdering menandakan ada panggilan masuk. Dian mengerutkan dahi pabila melihat nama ibu muncul sebagai pemanggil. “Assalamualaikum ibu”.

“Waalaikumussalam. Ibu kacau akak ke?”

“Taklah. Ada apa ibu call akak pagi-pagi ni?” Dian menyoal, bimbang tidak dapat berkata-kata kerana pensyarahnya bakal masuk.

“Akak tengah belajar kan? Maaf. Ibu nak cakap, akak jagalah adik elok-elok. Ibu risau..”

Dian tersenyum. “Mesti dia meleleh depan ibu kan?”

“Tak baik cakap macam tu. Adik tu dah cukup susah hati” Hannan menegur.

“Ok ibu, kalau ibu tak suruh pun akak jaga adik elok-elok. Itu je lah adik yang akak ada. Mestilah akak jaga ibu..”

“Lega ibu dengar.. Ni balik nanti macam mana? Nak ibu ambil?”

Dian ketawa. “Naik bas je ibu. Nanti ibu ambil kat stesen. Lusa jumpa ibu! Assalamualaikum..” dan Dian mematikan panggilan.

Demi Syaqiqah – P37

Dia tersengih melipat tangan memandang pasangan itu. Amboi, tiba-tiba saja mahu memberi adiknya hadiah. Ada apa-apakah ini?

“Untuk Iqah”.

Syaqiqah tidak menyambut sebaliknya memandang kotak kecil itu tak bererti. -Untuk apa?

Adib menggaru kepala yang tidak gatal. “Saya belum belajar bahasa isyarat”.

Syaqiqah senyum kecil. Pantas telefon pintar dikeluarkan dan dia membuka ruangan nota. Kemudian ia ditunjukkan pada Adib. -Kenapa bagi saya hadiah?

“Sebab terasa nak bagi”.

Syaqiqah mengerutkan dahi. Nafas dilepas. -Kalau macam tu saya tolak boleh?

Kali ini Adib pula tersenyum. Mahu menolak pun meminta izin? “Tak boleh. Terimalah hadiah ni. Ini sebagai tanda Iqah adalah gadis pertama dan terakhir yang berjaya masuk dalam hati saya” Adib jujur.

Syaqiqah menelan liur. Dia mencuri pandang kakaknya yang membelakangkan mereka. Sah! Kakaknya memang merestui Adib! Atau mereka ada perjanjian?

“Terima ea?”

-Kalau saya terima, maknanya saya terima awak ke?

Adib tergelak kecil membaca ayat itu. “Tak.. kalau awak terima maknanya, saya ada harapan”.

Pipi Syaqiqah terus saja memerah mendengar kata-kata Adib. Jantung yang berdegup kencang ditahan. Dia tidak mahu hilang imbangan di hadapan Adib pula.

“Saya suka Iqah, sayang Iqah sejak dulu tak pernah berubah” kali ini Adib memandang anak mata itu.

Syaqiqah terpana. Tubuhnya diam membeku. Wajahnya pucat lesi mendengar pengakuan Adib yang tiba-tiba. Memang selama ini, dia terasa begitu. Tapi dia langsung tidak menyangka sebegini cepat Adib meluahkan rasa hatinya!

“Terima?”

Syaqiqah memandang sesaat. Kotak kecil itu diambil dan dia terus melangkah pada Dian. Tangan kakak kesayangannya itu ditarik menaiki rumah mereka.

Adib hanya tergelak dengan gelengan kepala. Dibah, Dibah.. Sama je macam dulu. Bilalah agaknya ingatan dan suara gadis itu akan kembali?

##########

“Untunglah orang tu. Buah hati bagi hadiah…” jerit Dian sambil berlari pada Syaqiqah yang sedang duduk di atas katil.

Syaqiqah mengetap bibir. Tangannya mencubit peha Dian sepuas hati. Hingga kakaknya itu mengaduh dengan sengihan.

“Apa?”

Syaqiqah menggeleng sebagai tanda tidak tahu. Kotak kecil itu dibuka. Dia menguntum senyum melihat seutas rantai perak yang berada di dalamnya.

“Wow.. cantik!” puji Dian sambil memaut bahu Syaqiqah.

Syaqiqah masih tersenyum. Rantai leher itu diambil dan dia melihat loketnya. Loket berbentuk hati yang didepannya terukir huruf ‘A’ dan di belakangnya juga terukir huruf ‘A’.

“Untunglah orang kaya, siap boleh tempah-tempah lagi” Dian melepaskan nafasnya.

Syaqiqah memandang kebingungan. -Akak..

“Ya, sayang?”

-A ni untuk apa? Nama adik kan S?

Dian diam. Adib dan Adibah! Jawapannya mudah. Tapi adiknya itu masih tidak mengingat apa-apa. Bagaimana ya?

-Akak tahu?

“Alah.. dia nak suruh adik rindu dia banyak-banyaklah tu. Sebab tulah dua-dua A, nama dia kan Adib. Gedik pula si Adib ni…”

Syaqiqah tergelak kecil. Kata-kata Dian ada benarnya. Tapi harga rantai ini pasti mahal. Langsung tidak sesuai dengan dia yang tiada apa-apa.

Dian melepas nafas lega. Mujur jawapannya boleh diterima Syaqiqah. Jika tidak, payah juga mahu menerangkan. Adib juga satu! Mengapa memilih nama Adibah? Tidak sabar sangatkah mahu memanggil Syaqiqah dengan nama Adibah?
-Akak…

“Ya?” Dian memandang Syaqiqah yang sedang meletakkan kembali rantai itu dalam kotaknya.

-Tak lama lagi cuti. Kita balik Melaka kan?
“Mestilah.. Adik rindu ibu kan? Akak pun rindu.. Melaka, here we come!”

########

Syaqiqah tersenyum memandang bihun goreng cina di dalam pinggannya. Biar pun dia makan sendirian kerana kelas Dian berakhir satu jam lagi, itu tidak mengganggu seleranya kerana Syaqiqah benar-benar lapar.

“Syaqiqah kan?”

Suapan pertamanya setelah membaca doa terbantut. Syaqiqah memandang wajah yang menegur. Dahi berkerut memandang wajah itu.

“Ingat saya lagi? Saya Amy”.

Syaqiqah menganggukkan kepala. Amy. Kawan Adib sedari kecil menurut kakaknya.

“Saya mengganggu ke?”

Syaqiqah memegang perutnya yang masih lagi lapar. Dan memandang bihun goreng yang langsung belum terluak. Memang mengganggu. Tapi… Dia menguntum senyum manis dan menghadiahkan sebuah gelengan.

“Baguslah. Boleh kita berbual?”

Syaqiqah mengangguk lagi. Mahu mempersilakan Amy duduk, sepertinya gadis itu tidak selesa. Pasti Amy mahu ruang peribadi untuk berbicara.

“Jom, dalam kereta saya kalau awak tak keberatan”.

Dan Syaqiqah mengangguk lagi. Entah mengapa dia hanya menjadi pak turut. Langkahnya membontoti Amy yang melangkah ke arah sebuah Porsche 911 berwarna kelabu pekat.

“Silakan”.

Syaqiqah masuk ke dalam kereta mewah itu dan Amy menghidupkan enjin. “Saya terus terang boleh?”

Syaqiqah mengangguk dengan senyuman. Sememangnya apa yang Amy mahu dengannya?

“Awak tahukan saya ada hubungan dengan Adib?”

Kali ini Syaqiqah terdiam. Jadi Amy mahu menemuinya kerana Adib? Apakah dia… merampas hak orang lain? Tapi dia dengan Adib tiada apa-apa! Mereka hanya sekadar..

“Syaqiqah” Amy memanggil. Dia kehairanan, mengapa gadis itu dari tadi tidak bersuara? Hanya membuat gaya itu dan ini?

Syaqiqah mengangguk. Telefon pintarnya dikeluarkan dari beg. Ruang nota dibuka. -Amy tunang Adib?

Amy menguntum senyum namun dahinya berkerut. “Awak.. tak boleh cakap?”

Syaqiqah mengangguk. Tangannya bergerak membuat bahasa isyarat. -Saya bisu.

Amy mengangguk perlahan. Jadi inilah sebabnya. Gadis manis ini tidak boleh bercakap, bisu mungkin. Tapi mengapa Adib masih juga tertarik padanya?

-Amy ok?

“Ok. Saya minta maaf. Tak sangka…”
Syaqiqah tersenyum. Dia tahu berita itu pasti mengejutkan Amy. -Boleh kita.. Saya ada kelas lagi lepas ni.

“Sorry. Saya dengan Adib belum bertunang tapi sedang ke arah tu. Jadi saya harap awak tak ganggu Adib lagi?”

Syaqiqah mengerutkan dahi. Adakah dia sudah terlibat dengan masalah percintaan tiga segi? -Saya dengan Adib tak ada apa-apa.

Amy memandang wajah itu. “Saya tahu awak akan cakap macam tu. Tapi.. awak tahu kan yang Adib…”

Syaqiqah mengangguk. Sedikit demi sedikit. Bagaimana dia boleh terlibat dengan ini semua..? Dia sudah jatuh cinta dengan lelaki yang ternyata adalah milik orang! Wajah polos Amy dipandang sayu. Apakah Adib juga punya sikap yang sama seperti Harraz? Suka mempermainkan perasaan wanita?

“Saya sayang Adib dari kecil lagi” Amy mula membuka cerita. Wajah gadis bernama Syaqiqah itu dipandang. “Tapi Adib sayangkan orang lain…”

-Dibah? Syaqiqah pantas teringat nama yang pernah disebut Adib suatu masa dahulu.

“Awak tahu?”

Syaqiqah mengangguk. Dia hanya meneka. Tapi siapa tahu dia bakal mengetahui tentang gadis bernama Dibah itu?

“Dibah tu anak driver keluarga Adib. Kami bertiga memang rapat dari kecil. Dan memang dari kecil nampak sangat yang Adib sayangkan Dibah lebih dari seorang adik. Sampailah satu hari tu… Dibah accident. Satu keluarga meninggal dalam kemalangan tu” Amy bercerita sambil mengimbau kembali peristiwa bertahun lalu itu.

‘Innalillahi wa inna ilaihi raji’un..’ Syaqiqah mengucap dalam hati. Jadi gadis pujaan hati Adib itu sudah meninggal dunia?

“Lama nak ambil masa untuk pujuk Adib waktu tu. Dia memang tak boleh terima hakikat yang.. Dibah dah tak de. Macam-macam cara saya buat untuk dia lepaskan Dibah.. sampailah dia jumpa awak.. ” Amy berhenti, memandang wajah suci itu.

“Awak ada persamaan dengan Dibah. Walaupun saya tak tahu apa tu.. tapi saya tahu Adib nampak awak sebagai pengganti Dibah. Saya bukan nak halang kebahagiaan awak, tapi saya minta awak jangan halang kebahagiaan saya.. tak senang untuk saya dapatkan hati Adib” dan air matanya mula menitis mengenangkan layanan dingin Adib terhadapnya kebelakangan ini.

Syaqiqah melepas nafasnya. Tahulah dia rasa sayangnya yang baru hendak berputik telah pun melukakan hati seorang wanita baik hati dengan begitu mendalam. Tangan Amy digenggam menenangkan gadis itu.

-Saya tak pernah sedetik pun terniat untuk rampas kebahagiaan sesiapa. Baik Amy atau saya sendiri. Saya minta maaf kalau-kalau hal ni dah retakkan hubungan Amy dengan Adib.

Amy menguntum senyum hambar. Genggaman Syaqiqah dibalas membaca nota yang ditulis gadis itu. Dia benar-benar berharap Syaqiqah memaksudkan dan mengotakannya. Dia tidak sanggup lagi makan hati berulam jantung sendiri.

##########

Nafas dilepas melihat Syaqiqah yang berbaring membelakanginya. Sejak pulang dari petang tadi, begitulah keadaan adik tunggalnya itu.

Memang tangisannya tidak terdengar kerana ‘kelebihan’nya yang tidak bersuara, namun Dian tahu sangat adiknya itu sedang menangis. Langkah diatur mendekati Syaqiqah.

“Adik.. kenapa ni? Adik tak nak cerita kat akak ke?”

Syaqiqah menggeleng. Dia tidak punya hati untuk berkongsi cerita sekarang. Dia hanya mahu melepaskan beban di hati yang tertanggung. Mengapa Adib berusaha memenangi hatinya jika dia sudah ada Amy? Atau Adib benar-benar menganggapnya sebagai pengganti Dibah? Hanya sekadar pengganti?

“Adik, jangan macam ni. Akak tak suka” Dian bersuara tegas. Dia mendudukkan tubuh Syaqiqah agar adiknya itu menghadapnya.

Syaqiqah menggeleng lagi. Rantai leher yang bersa di genggaman dibawa ke belakang tubuh. Tidak mahu Dian terperasan.

“Adik.. jangan macam ni. Adik ada masalah?”

Syaqiqah memandang kosong. Rantai leher telah selamat disorok bawah bantalnya. -Akak.. semua lelaki sama ke?

“Adik cakap apa ni?” nada suara Dian berubah. “Adib ada buat apa-apa kat adik?” Dian menyoal cemas. Dari awal lagi dia telah memberi amaran pada Adib agar tidak melukakan hati Syaqiqah. Adiknya itu terlalu mentah untuk mengenali erti menangis kerana lelaki.

Syaqiqah menggeleng. -Adik cuma tanya je..

“Tanya dengan air mata macam ni? Betul tak ada apa-apa?” Dian menyoal serius.

Syaqiqah mengangguk. Dia mahu ibu! Syaqiqah mahukan ibu! Dia mahu pulang ke Melaka…

“Adik tak nak share dengan akak?” kali ini suara Dian lebih lembut, memujuk.

-Tak ada apa-apa.. Syaqiqah mengukir senyum dalam tangisannya.

Dian melepas nafas. Jika begini, hanya ibu yang mampu menenangkan hati adik manjanya itu. Dan mengikut firasat hatinya, pasti ibu menghubungi Syaqiqah sebentar lagi. Kerana ibu selalu saja tidak senang hati andai dia ataupun Syaqiqah dilanda masalah.

“Adik rehatlah..” Dian meninggalkan Syaqiqah sendirian di bilik tidur. Dia harus membuat perhitungan dengan jejaka bernama Adib Mubarak itu!

Demi Syaqiqah – P36

Tuala dicapai dan digunakan untuk membalut rambutnya yang basah. Dian senyum sendiri melihat Syaqiqah sudah pun lelap di kusyen sambil televisyen yang masih terpasang.

Dian mendekat pada televisyen dan mematikannya. Langkah diatur ke dalam bilik tidur dan selimut kesayangan Syaqiqah yang dihadiahkan arwah abahnya dicapai.

Amelia

Amelia


Usai menyelimuti tubuh Syaqiqah, langsir ditarik sedikit agar rumahnya gelap. Biar Syaqiqah nyenyak tidurnya.

Telefon pintar yang berada di atas meja belajar dicapai. Rasanya banyak mesej yang masuk. Baru saja skrin dihidupkan, panggilan dari Adib masuk dan Dian langsung menjawab.

“Assalamualaikum”.

“Waalaikumussalam. Dian, boleh tak kau turun? Ada orang nak jumpa”.

Dian mengerutkan dahi. Amboi, terus terangnya. Tapi bagus juga, tidak buang masa. “Siapa?”

“Turun lah. Atau kau nak aku suruh dia naik?”

Dian mengintai, Syaqiqah masih lena. Bimbang pula mengganggu tidur adiknya. “Aku turun. Sekarang ke?”

“Dia dah ada kat bawah tu..”

“Siapa?” Dian bergaduh ingin tahu.

“Bila kau turun, kau tahulah. Ok, kirim salam sayang kat Iqah” dan panggilan mati.

Dian melepas nafas. Adiblah Adib. Suka benar mematikan panggilan tanpa alamat. Tiba-tiba saja panggilan sudah terputus.
Rambutnya disanggul dan Dian memakai pakaian lengkapnya. Setelah ciuman di dahi dihadiahkan buat Syaqiqah, Dian langsung saja turun ke bawah.

“Hello?”

Dian menoleh ke belakang. Baru saja dia menanti, langsung dia ditegur. Dahi berkerut melihat seorang gadis berpakaian baju sekolah menengah bersama rambut yang diikat tocang satu.

“Kak Dian kan?”

Dian mengangguk. “Siapa eh?”

“Ana. Tengku Harana Tengku Hafzan” gadis itu memperkenalkan diri.

“Adik Harraz ke?” Dian langsung menyoal.
Ana mengangguk dengan senyuman. “Maaflah ganggu. Abang Adib kata Kak Dian baru balik dari kelas”.

“Ana nak apa?”

“Boleh kita sembang kat kedai ke? Ada tak kafe dekat-dekat sini?”

Dian bingung seketika. Terlalu banyak persoalan yang bermain dalam kepalanya. Wajah gadis comel yang persis pelakon itu dipandang kosong.

“Abang Adib ada cakap, adik Kak Dian tak sihat.. jadi Ana tak nak ganggu” Ana memberi penjelasan.

Dian mencebik. Sejak bila pula Syaqiqah tak sihat? Pandailah Adib ni, terlebih risau benar akan buah hatinya itu. “Ok, jomlah”.

##########

“Ana tak minta banyak. Ana cuma nak minta Kak Dian nasihatkan angah supaya dia tak buat mom and dad terus risau fasal dia” Ana mengakhiri ayatnya.

Dian diam, mendiamkan diri. Apa yang terjadi sebenarnya saat ini? Mengapa Ana berjumpanya dan meminta pertolongan itu? “Ana, akak dengan angah Ana.. kita orang…”

“Ana tahu Kak Dian nak cakap Kak Dian tak ada apa-apa hubungan dengan angah kan? Tapi Kak Dian tahukan macam mana angah fikir terhadap Kak Dian?”

Dian melepas nafas. Anggukan diberikan. Harrazlah Harraz. Fikirnya mahu membuang saja nama itu jauh di nun hutan belantara sebelum dia terjebak lebih dalam. Siapa sangka adik Harraz yang comel dan berwajah suci ini begitu ikhlas memohon pertolongan darinya?

“Ana right?”

Ana memandang. Begitu juga Dian. Memandang Ana dan gadis bak model yang menegur mereka. Dan dua saat kemudian, Ana menguntum senyum.

“Hi, Kak Ayien..” Ana bangun dari kerusi dan memeluk gadis yang dipanggil Ayien itu.

“Long time no see yeah?”

Ana mengangguk. Lama tidak bertemu wanita itu. Salah seorang dari teman wanita angahnya yang bersepah di Malaysia. “Kak Ayien buat apa kat sini?” Ana menyoal hairan, setahunya gadis itu bukan tipikal wanita yang akan menjejakkan kaki di restoran sederhana sebegini.

“Owner cafe ni, my aunt’s friend. I temankan auntie jumpa her bff. Ana?”

Ana tersenyum. Dia memandang Dian. “Kenalkan ni..”

“Hey, I know you!” gadis itu menjerit separuh suaranya.

Ana mengerutkan dahi. Begitu juga dengan Dian. ‘Sejak bila pula aku kenal minah ni?’ Dian bermonolog sendiri.

“Kak Ayien kenal Kak Dian?”

“So.. her name is Dian. Nice to meet you Dian” Ayien mesra menghulur tangan.

Dian bangun dari kerusi dan menyambut huluran Ayien. Rasanya, gadis ini pasti bekas teman wanita Harraz. Jika tidak bagaimana dia begitu mesra dengan Ana?

“Macam mana Kak Ayien kenal Kak Dian?” Ana mengulang pertanyaannya.

“Long time ago, before I broke with your angah… Harraz letak muka dia as wallpaper screen and I nampak.. bila I tanya, he said ‘You are not my sayang anymore.. bye!’ Macam tu lah ceritanya..” Ayien bercerita dengan gayanya.

Dian memandang tidak percaya. Ertinya Harraz mencuri gambarnya selama ini? Tapi biar benar, takkanlah Harraz menjadikan wajahnya yang ‘biasa’ itu sebagai ‘wallpaper’ di telefon pintar canggihnya itu?

Ana sudah tersenyum. Nampaknya benar seperti fikirannya. Angahnya benar-benar serius dengan wanita ini. Cantik, sopan.. tapi itu bukan halnya. Yang paling Ana tidak sangka, angahnya memilih wanita bertudung dan bertutup litup seperti ini. Jika dia membawa Dian berjumpa mom, momnya pasti akan melonjak kegembiraan.

“But I dah move on. It’s okay, tak de jodoh kut. But.. looks like she is the one?”
Ana hanya tersenyum. Mengangguk tidak menggeleng juga tidak.

“Okay Ana, I’ve got to go. Send my regards to your angah and paling penting.. don’t forget to invite me on his wedding day. Bye Dian!” gadis itu melentokkan kepala memandang Dian dan langsung berlalu pergi.

Ana memandang Dian dengan senyuman. “Sorry Kak Dian, angah memang…”

“Sebab ni lah orang panggil dia kasanova kan? Rasanya ni yang ketiga akak jumpa”.

Ana langsung tersenyum. Wah, angahnya maju. Sudah tiga orang yang ditemui Kak Dian. Nampaknya.. selepas ini Ana pasti akan menyokong sepenuhnya jika Harraz membawa pulang Dian dan memperkenalkan dia sebagai bakal isteri!

##########

“Iqah”.

Syaqiqah berhenti melangkah. Melihat Adib yang mengatur langkah perlahan ke arahnya. -Ya?

“Saya dah habis kuliah. Tinggal konvo je..”

Syaqiqah menguntum senyum. Ya, dia tahu itu. Lagi pula ini memang tahun terakhir Adib di sini. -Saya tahu..

“Saya dah ambil kelas belajar bahasa isyarat. Tapi Iqah jangan risau, saya tetap akan ambil hantar Iqah setiap hari”.
Syaqiqah mengangguk sambil dia dan Adib sama-sama mengatur langkah menuju ke kelas Syaqiqah. Rasanya ramai yang memerhati Adib di sebelahnya. Lupa pula Adib ini pujaan ramai di universiti itu.

“Abang kan.. kalau sehari tak tengok muka Dibah, rasa macam nak mati sebab rindu sangat” Adib tersenyum memandang Syaqiqah.

Syaqiqah mengerutkan dahi. Dia memandang Adib namun lelaki itu berlagak normal. Apakah memang itu yang diucapkan Adib atau dia yang tersalah dengar? Sehari tak tengok muka Dibah rasa macam nak mati sebab rindu sangat? Siapa Dibah? Syaqiqah tertanya sendiri.

###########

Amy memandang telefon pintarnya. Hampir tiga bulan dia dan Adib tidak keluar bersama, rasa janggal. Mana tidaknya, tiap kali diajak ada saja alasannya.

Nombor Adib dihubungi. Dia tetap mahu mengajak Adib keluar. Dan kalau boleh, dia mahu memaksa.

“Assalamualaikum Adib”.

“Waalaikumussalam. Ya, Amy?”

“Adib freekan? Jom outing?”

“Where?”

“Amy ikut je mana Adib nak pergi” Amy mula tersenyum.

“Look, Amy.. Adib rasa Adib tak boleh”.

“Kenapa? Adib free kan?”

“Sekarang ya, tapi bakal busy”.

“Tapi Adib dah lama tak bawa Amy keluar..” Amy mula merengek.

“Sorry Amy, Adib memang tak boleh. Tapi.. Adib nak kenalkan Amy dengan someone.. Cuma sekarang memang tak free. Nanti Adib free, Adib ajak Amy keluar” dan panggilan terputus.

Amy melepas nafas. Inilah sebabnya! Baru saja dia ingin bercakap, panggilan terus diputuskan. Tak semena-mena air matanya jatuh. Jangan-jangan someone yang dikatakan Adib adalah adik Dian? Dia tidak mahu, Adib tidak boleh memilih orang lain selain dirinya!

Amy menyembamkan wajah ke bantal. Melepaskan tangisan sepuas hati. Adib jahaaaatt!

##########

“Aku rasa kau dah jarang keluar dengan Amy sekarang”.

Adib memandang Harraz di hadapan. Telefon pintarnya diletakkan semula di atas meja. “Yeah, aku sibuklah. Aku nak Dibah fully recover ASAP”.

Harraz melepas nafas. “Aku bukan nak cakap apa Dib. Tapi kau kena cakap betul-betul dengan Amy yang kau tak fikir apa-apa kat dia dan kau dah ada orang yang kau sayang, betul-betul sayang..”

“Dia tahu aku tak anggap dia lebih dari seorang adik”.

“Dia tahu, tapi dia peduli tak?” Harraz memberi persoalan.

Adib terdiam. “Maksud kau?”

“Aku dah jumpa banyak perempuan, Dib. Kalau kau tak clear dengan Amy sendiri, dia akan fikir Iqah rampas kau dari dia” Harraz menerangkan.

“No way! Iqah was the first and she is the last. She’s my Dibah!”

“Tahulah Dib. Tapi dia tahu tak? Amy tak tahu yang Dibah kau tu hidup lagi…”

Adib terdiam. Kata-kata Harraz memang harus dipertimbangkan. Temannya itu lebih mengenali perempuan darinya. Tapi dia juga hairankan itu.. bagaimana Amy boleh tidak mengecam wajah Syaqiqah yang amat mirip dengan uminya?

“Kau dengan Dian apa cerita?” Adib mengubah topik perbualan.

Kali ini giliran Harraz pula terdiam. Dia juga tidak tahu. Dia dan Dian.. “Entah”.
Adib tergelak kecil. “Entah?”

“Entahlah Dib..” Harraz hanya melepaskan sebuah keluhan kecil sambil menghirup latte yang dipesan. Sejak peristiwa Adib menjemputnya dari kelab malam hari itu, dia sudah tiada hati untuk ke sana lagi. Dan terima kasih juga kepada kata-kata berhantu Dian, Harraz telah mula tertarik untuk belajar.. solat.

“Dia tahu tak kau dah stop clubbing?”

Harraz menggeleng.

“Dia tahu tak yang kau dah sebulan single?”

Harraz menggeleng lagi.

“Dia tak tahu yang kau dah lain?”

Kali ini Harraz mengangguk. “I don’t know. Aku rasa biar masa yang tentukan.. kali ini, aku betul-betul fikir yang… I want her, badly. Tapi aku nak biar hati dia terbuka secara natural. Aku tak nak paksa dia sampai dia suka aku.. kau faham kan?”

“That’s good. At least kau dalam proses to be a better person” Adib menguntum senyumnya.

Begitu juga dengan Harraz. Benar. Dian membuatkan dia ingin menjadi seseorang yang lebih baik. Dia benar-benar ingin membuat pembuktian bahawa dia cintakan Dian bukan sekadar suka-suka atau biasa-biasa. Dia mahu menjadi seorang lelaki yang boleh Dian harapkan dalam segala aspek, lahir dan batin.

Demi Syaqiqah – P35

Dia melepas nafas bila melihat gambar itu. Sudah sebulan asyik menerima gambar itu dari Emily benar-benar menyebalkan hatinya. Pun begitu, gambar itu tetaplah memberi kesan terhadap hati perempuannya.

Gambar yang baru diterima dua saat tadi adalah gambar Adib berlari mengejar gadis itu dan gambar keduanya ketawa gembira. Sakit juga hatinya memikirkan alasan yang selalu diterima bila dia mengajak Adib keluar akhir-akhir ini.

“Maaflah Amy, Adib sibuk”.

“Maaf sangat, Adib ada hal”.

“Sorry… Adib ada kelas”.

“Adib ada temujanji dengan daddy” dan bermacam seribu satu alasan lagi.

Amy melepas nafas. Apakah benar hati lelaki Adib sudah terpaut dengan gadis itu? Apakah Adib benar-benar menyukai adik Dian itu? Nampaknya Amy harus mengambil tahu. Dia tidak rela lagi membiarkan persoalan yang datang tidak berjawapan.

#########

“Adik, tengok ni”.

Syaqiqah yang sedang menyelesaikan tugasannya berpaling pada Dian yang berbaring di atas katil. -Apa?

“Sinilah kejap” Dian memanggil dan merubah posisi tiarap. Telefon bimbitnya diserahkan pada adiknya itu.

Syaqiqah duduk di sisi Dian dan menyambut huluran itu. Dahinya berkerut melihat gambar di skrin. Berkali-kali kepalanya ditoleh sana-sini. -Siapa?

“Tu gambar keluarga Adib dulu-dulu. Tapi, ada dua buah keluarga. Katanya lagi satu tu kawan baik ayah Adib, tapi dia orang ni tinggal serumah ke macam mana entah…”

Kerutan di dahi Syaqiqah bertambah. Dua wanita dewasa.. yang seorang berbadan dua, dua lelaki dewasa dan sepasang kanak-kanak.

Yang lelaki itu pastinya Adib tapi kanak-kanak perempuan ini… Syaqiqah memejam mata. Pandangannya jadi berbinar tiba-tiba. Berbalam dan tidak sejelas tadi lagi. Dadanya juga tiba-tiba berdegup kencang.

Nafasnya yang turun naik cuba ditenangkan. Akhirnya telefon pintar milik Dian terlepas dari pegangan. Namun jatuh di atas katil, tepat-tepat di sisi Dian.

“Adik” Dian langsung duduk. Tubuhnya menginjak untuk memberi Syaqiqah lebih ruang. “Ok tak ni?” soal Dian sambil menarik tubuh Syaqiqah.

Syaqiqah menggeleng. Dia bagai melihat bayangan dua kanak-kanak berlari tadi. Dian langsung ke bilik air, mencapai kain tuala putih yang berada di dalamnya. Tuala itu dibasahkan dan segera dia meletakkannya di atas kepala Syaqiqah. Bimbang pula adiknya itu tiba-tiba demam.

Syaqiqah yang sudah berbaring tersenyum memandang Dian saat dirinya lebih tenang. -Dah ok sikit..

“Kenapa macam tu? Ini macam dah kali kedua?” Dian pura-pura, menyoal walhal dia tahu sangat mengapa tubuh Syaqiqah memberi respon begitu.

Syaqiqah menggeleng. Tangannya melingkar pada pinggang Dian, mahu lelap seketika. Dian menepuk dengan senyuman pada bibir. Nampaknya rencana dia dan Adib mula menunjukkan hasilnya.

Kata Dr.Soleh, mereka akan menggunakan pendekatan sama dahulu. Ya, sama ketika Sulaiman dan Hannan meminta Dr.Soleh merawat Syaqiqah dahulu. Jika dahulu, ianya sukar kerana Syaqiqah masih kecil dan masih banyak yang dia tidak fahami tapi kini tidak lagi kerana dia sudah dewasa, kerja Dian dan Adib semakin mudah. Selebihnya kita lihat bagaimana Syaqiqah merespon.

Dan jika tidak berjaya juga, barulah pendekatan lain akan digunakan.

#########

Dia tersenyum membaca mesej penuh harapan dari Adib. Sesekali ketawa sendiri melihat bagaimana tingginya harapan Adib terhadap kesembuhan Syaqiqah. Kini Dian tidak lagi berbelah bahagi, ini memang keputusan yang tepat.

“Sayang.. jomlah ikut I” Dian tiba-tiba menangkap suara dari arah hadapannya.
Wajahnya diangkat sementara telefon pintar dimasukkan ke dalam beg. Liurnya ditelan melihat Harraz berkepit dengan seorang gadis ‘tidak cukup kain’ di hadapannya.

Harraz memandang. Pandangan Dian, mata itu cukup beku. Masih tersimpan pelbagai kemarahan dalam hatinya. Harraz tahu itu, dia sudah ‘membazirkan’ masa begitu banyak dengan wanita.. setakat itu takkanlah dia tidak tahu?

Langkah Dian mulai perlahan melihat gadis gedik itu bertambah gedik bila ternampak dia di situ. Ya semua ini, terima kasih yang teramatlah kepada gosip liar Emily yang selamanya diingati.

Harraz memandang gadis di sebelahnya. Entah mengapa dia membiarkan. Ikutkan selalu gadis itu sudah lama dihalau. Rimas! Tapi dia mahu melihat.. apakah ada tanda-tanda cemburu pada Dian?

Dian tidak peduli lagi. Jadi kata-katanya malam itu langsung tiada kesan? Dasar manusia, eh bukan.. dasar lelaki berhati kering! Pergi mampuslah kau.. gilaaa! Dian mengutuk dalam hati. Langkahnya dipercepatkan.

Harraz melepas nafas saat berselisih. Dian tidak kisah, langsung tidak kisahkannya. Mungkin dia cemburu, tapi lebih kepada marah dan sakit hati. Langkahnya langsung terhenti.

“Kenapa ni sayang..?”

Harraz menoleh. Dian masih melangkah tanpa menoleh sedikit pun. Dia tidak berharap dikejar Harraz. Jika tidak pasti Dian akan menoleh walaupun sekilas. Harraz melepas nafas hampa.

Harraz menarik lengannya dari kepitan gadis itu. “Ilya, kita putus. You are no longer my sayang..”

Ilya mengerutkan dahi. “What? Why? Sayang.. apa salah I pada you?”

“Look, Ilya. You tak de salah, salahnya I. I bercinta dengan you.. tapi I langsung tak sayangkan you. Good luck Ilya” dan Harraz langsung berlalu pergi. Tidak dipedulikan gadis itu yang berteriak memanggilnya bagai orang gila.

Malam ini, dia tidak mahu pulang. Dia mahu berseronok hingga esok. Otaknya terlalu berserabut dengan wajah Dian. Pandangannya bekunya tadi, kata-katanya malam itu, air mata Dian malam itu, wajah menyinga Dian malam itu.. segalanya Dian.

##########

Dia menguntum senyum hambar terhadap Syaqiqah yang melipat tangannya.

“Adik” Dian menegur.

Syaqiqah menggeleng. -Akak nangis.

Dian mengerutkan dahi. Dipegang bawah matanya, masih panas. Walau matanya tidak bengkak, pasti Syaqiqah dapat mengesan. “Ha’ah”.

-Kenapa? Syaqiqah menyoal, apakah kerana Harraz lagi?

“Sebab yang sama..” Dian memaut lengan Syaqiqah dan mula melangkah.

-Harraz?

Dian mengangguk. “Hal akak dengan dia, sampai bila pun takkan selesai kalau dia masih macam tu..”

-Akak ok?

“Ok tak ok. Lantak dialah, akak nangis pun bukan mati. Kalau dia blah dari hidup akak pun, akak boleh hidup lagi. Kan akak ada adiiik…” Dian melentokkan kepala pada bahu Syaqiqah.

Syaqiqah ketawa sejenak. Dan sama-sama melangkah menuju ke Toyota Alphard yang sedang menunggu.

##########

Amy memejamkan mata. Jadi dua beradik itu, diambil dan dihantar Adib. Dia telah bertanya pada Enon. Tun Adib Nasir telah mengupah pemandu lain untuk Adib kerana Pak Khai agak sibuk memandu buatnya. Ertinya Tun Adib Nasir menyokong perbuatan Adib memikat gadis itu. Jika tidak pasti Tun Adib Nasir akan persoalkan tentang Chevrolet Camaro milik Adib.

Dia melihat Toyota Alphard itu. Kereta yang sangat dia kenali. Dia juga sudah beberapa puluh kali menaikinya. Jadi benarlah Adib serius dengan gadis yang bernama Syaqiqah itu?

Amy mengesat air mata yang mulai mengalir. Dia fikir setelah kematian Adibah, Adib akan melihatnya. Adib akan perasan kehadirannya. Namun ternyata tidak. Dia malah melihat perempuan lain yang langsung tiada kaitan dengan mereka.

Dia terus menangis. Tubuhnya telah terhinjut-hinjut menahan esakan yang mendalam. Kecewanya, marahnya, geramnya, bengang juga.. bersatu di dalam tangisan dan jeritannya.

#########

Adib membuka matanya perlahan. Bunyi telefon pintar yang berdering sedari tadi benar-benar mengganggu tidurnya. Akhirnya Adib mengalah, panggilan itu diangkat.

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam.. Abang Adib, Ana ni”.

Adib membulatkan mata. Dia tidak perasan siapa yang menelefon kerana matanya masih terpejam. Namun suara Ana yang teresak membuatkan dia benar-benar terjaga.

“Maaf Ana mengganggu. Ana tahu sekarang pukul empat pagi..”

“Tak Ana. Ada apa yang boleh Abang Adib tolong?” Adib langsung saja menyoal adik bongsu Harraz itu.

“Angah tak balik lagi.. dad tak ada, pergi oversea. Mom dah menangis dari tadi. Ana tak tahu nak buat apa”.

Adib melepas nafas. Ingatkan apalah. Ya, Harraz satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Sangat manja dengan momnya. Jadi seliar mana pun, dia tetap akan pulang ke rumah untuk tidur. Bererti dia tidak pernah pulang lewat dari dua pagi.

Pantasan saja wanita itu risau. Raz, Raz.. apa lagilah kau ni. “Ana.. cakap kat mom. Jangan risau. Abang Adib pergi cari Angah sekarang…”

“Terima kasih Abang Adib. Ana minta maaf menyusahkan” dan panggilan ditutup.

Adib melepas nafas. Tengoklah Raz, aku suruh kau ganti tidur aku! Tak guna punya kawan.. Adib langsung saja bersiap dan mengambil kunci keretanya. Bukannya dia tidak tahu di mana Harraz pada waktu begini.

#########

“Kau ni dah kenapa Raz?”

“Tak de apalah” Harraz di sebelah Adib membuang pandang ke luar.

Adib melepas nafas. Mujur dia tahu kelab malam kegemaran Harraz, jika tidak payah juga mahu mencari. Sewaktu dia tiba tadi pun, Harraz sudah menghabiskan lebih sebotol minuman keras itu. Akibat sudah kerap mungkin, bak kata orang sudah pandai minum.. dia mabuk, tapi masih boleh mengawal diri.

“Sampai bila kau nak jadi macam ni Raz? Kesian auntie tau. Ana tu call aku nangis-nangis, risau angah dia tak balik lagi” Adib mula membebel, geram benar dengan sikap Harraz.

Harraz memandang. “Ini semua perempuan tu punya fasal. Aku ni punyalah suka kat dia. Dia pandang aku sebelah mata pun tak..Dib, kau tahu tak aku punya muka ni tebal tengok dia. Dah tinggi macam ni” Harraz mula merapu dalam mabuknya. Membuat gaya itu ini, marahkan perempuan itu.

“Dah kalau macam ni perangai kau, bukan setakat Dian. Aku pun tak hingin nak buat member..”

“Tak hingin sudah! Along.. angah peninglah dengan perempuan ni. Entah apa yang dia nak. Dia tak nampak lagi ke along.. yang angah suka kat dia, sayang kat dia…”

“Raz” Adib menegur. Sah temannya ini mabuk. “Along kau kan dah tak de. Apa kau merapu ni?” Adib melepas nafas, geram. Bukannya dia tidak tahu kisah Tengku Harlina yang meninggal dalam kemalangan itu.

“Haha.. along accident. Dib, aku suka Dian kau tahu tak? Suka sangat.. tapi dia pejam mata je tengok aku.. Dian bodoh! Aku suka kaulah bangang.. kenapa kau tak pandang aku? Kenapa kau pandang mamat MyVi tu juga..?! ” Harraz terus merapu meraban.

Adib menggelengkan kepala. Ya Allah, bilakah temannya ini akan sedar akan hakikat bahawa Dian bukan bencikannya tapi takutkannya. Adib sendiri perasan Dian telah mula menaruh perasaan pada Harraz. Tapi gadis bertudung seperti itu, tak mungkinlah mahu mengambil lelaki sebegini untuk dijadikan imamnya. Berubahlah Harraz…!

Demi Syaqiqah – P34

“Boleh saya duduk?”

Dahinya berkerut. Wajahnya diangkat dari buku yang sedang dibaca. Matanya terpana seketika dengan wajah itu.

“Boleh saya duduk?” Adib mengulang kembali pertanyaannya.

Syaqiqah mengangguk. Memberi keizinan untuk Adib duduk di hadapannya. Beberapa buah buku yang dipegang Adib diletakkan di atas meja.

Hakikatnya buku-buku itu langsung tiada kaitan dengan tugasannya. Dia lebih selesa membuat tugasan menggunakan teknologi internet. Tapi bila terpandangkan Syaqiqah yang sedang leka membaca.. langsung muncul idea untuk meluangkan masa dengan pujaan hatinya itu.

Syaqiqah menegakkan buku. Melindungi wajah dari menjadi tatapan Adib. Kalaulah ada cermin di hadapannya saat ini, pasti dia melihat jelas pipinya yang memerah.

Adib ketawa kecil bila Syaqiqah melindungi wajahnya. Jelasnya gadis itu malu. Pasti pipinya sudah memerah bukan main jika Adib dapat melihatnya.

Telefon pintar yang sedang menggunakan mod getaran tiba-tiba bergetar. Telefon yang berada di dalam poket seluarnya itu diambil dan skrinnya dilihat. Panggilan daripada daddy?

Adib bangun dari kerusi perlahan agar ia tidak mengganggu Syaqiqah. Dan langkah diatur ke luar perpustakaan.

Syaqiqah meletakkan buku di hadapannya bila tangan terasa letih memegang. Dahinya berkerut bila mendapati Adib sudah tiada di hadapannya. Kepala ditoleh ke sana ke mari namun Adib tidak ditemui. Dan dia tersenyum lega.

########

“Assalamualaikum daddy..”

“waalaikumussalam. Adib kat mana? Daddy ada kat pejabat dekan ni”.

Dahi Adib berkerut. Ya, memang Tun Adib Nasir ada memberitahunya yang dia mahu ke universiti melihat Adibah, tapi mengapa kemunculannya tiba-tiba seperti ini?

“Daddy tak cakap nak datang hari ni?” Adib menyoal sambil berlari anak menuju ke pejabat.

“Tulah.. kebetulan ada meeting cancel. Daddy mintalah Qaniah uruskan daddy datang sini. Alang-alang tu..”

Ketukan di pintu menarik perhatian mereka. Dekan melangkah perlahan menuju ke pintu. Tidak boleh menjerit di hadapan tetamu penting. Melihat Adib yang muncul, pintunya dibuka seluas mungkin.

“Daddy” Adib melangkah ke arah daddynya dan tangan lelaki itu disalam.

Matanya melihat sekeliling. Ada Qaniah juga tiga orang ahli lembaga pengarah syarikat lainnya. “Daddy nak tengok Dibah?”

Tun Adib Nasir menguntum senyum lebar. Anggukan diberikan buat anak tunggalnya. “Dibah kat mana?” Tun Adib Nasir menyoal separuh berbisik.

“Library”.

Tun Adib Nasir mengangguk. Dekan di hadapannya dipandang dengan senyuman. “Saya nak tengok semua perpustakaan yang ada di universiti ni”.

“Boleh tuan. Saya sendiri akan bawa tuan melawat”.

############

Semua pelajar yang sedang mengulang kaji pelajaran, mengambil nota, menyiapkan tugasan atau apa sajalah yang sedang dilakukan.. terkejut apabila digesa pustakawan untuk berbaris menyambut kedatangan tetamu penting katanya.

Dan dalam ramai-ramai itu akan ada seorang pelajar yang dipilih pustakawan untuk menjadi penghulur bunga pada tetamu penting yang bakal tiba.

Syaqiqah memandang sekuntum bunga anggerik yang berada di pegangannya. Sesuai dengan nama blok bangunan ini, Blok Anggerik. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia yang terpilih. Menurut pustakawan itu, mereka memilih saja sesiapa pun kerana kedatangan tetamu penting yang amat mengejut. Pun begitu, Syaqiqah tetap mempersoal dalam diam.. mengapa dia?

Syaqiqah berdiri tegak di barisan belah kanan pintu, paling hujung. Kata pustakawan sebaik saja tetamu penting melangkah masuk, dia terus ke tengah barisan hingga tetamu itu sampai padanya. Selepas bunga itu berpindah tangan barulah dia ke tepi.

Kedengaran rakan-rakannya berbual sesama sendiri tentang tetamu penting itu. Ada yang seperti tahu gerangannya. Namun ramai yang tidak tahu siapa tetamu penting itu sebenarnya.

Suasana sunyi bila kedengaran bunyi tapak kasut dari jauh. Dia sudah tiba. Syaqiqah menarik nafas sedalam mungkin dan sebaik saja tetamu penting itu masuk, Syaqiqah maju ke tengah.

Dekan tersenyum pada Tun Adib Nasir sambil menerangkan setiap satu perpustakaan. Bercerita itu dan ini, dan memberi pelbagai maklumat yang ditanyakan Tun Adib Nasir.

Wajah dihalakan ke hadapan bila mendengar bisikan Adib di belakangnya yang memberitahu Adibah berada di hadapannya. Sungguh, wajah yang teramat mirip Afiqah itu buat Tun Adib Nasir benar-benar kaget.

“Syam.. aku dah jumpa Dibah” ucap Tun Adib Nasir perlahan. Hilang sudah tumpuannya terhadap apa yang sedang dekan bicarakan. Tumpuannya kini hanya pada anak gadis yang sedang memegang bunga ini.

Syaqiqah mengerutkan dahi melihat Adib yang berada dalam kelompok itu. Siapa tetamu penting yang beria dekan raikan ini? Yang jelas, dia berkaitan dengan Adib jika tidak masakan Adib berada di situ.

“Baiklah, students.. Saya kenalkan ini Tun Adib Nasir, ayah kepada kawan-kawan anda semua, Adib Mubarak. Tun Adib Nasir juga merupakan penyumbang dana terbesar untuk apa jua jenis alatan, kemudahan dan teknologi yang terdapat di universiti kita” dekan sibuk memberi penerangan kepada semua pelajar.

Syaqiqah menahan debaran. Jadi inilah Tun Adib Nasir yang sering diperkatakan itu? Dahinya berkerut. Sebaik mengetahui ini adalah ayah Adib, jantungnya berdegup lebih kencang. Juga dia merasakan.. pertama, dia pernah mengenali lelaki ini dan kedua, mengapa dia merasakan pandangan lelaki itu terus melekat padanya dari tadi? Atau hanya perasaan semata?

Bunga anggeriknya dihulur bila lelaki berumur itu sampai tepat di hadapannya. Namun telefon pintarnya tiba-tiba berbunyi dan Tun Adib Nasir menjawabnya. Dia tersenyum sendiri memandang Syaqiqah yang masih menghulur dengan wajah menunduk.

“Waalaikumussalam. Ya saya. Baik. Saya faham. Awak cakap dengan dia, saya datang sekarang. Minta dia tunggu” dan Tun Adib Nasir mematikan panggilan. Sambil itu dia menyambut huluran Syaqiqah.

“Terima kasih. Nama siapa?” Tun Adib Nasir masih tersenyum, mahu melihat reaksi anak itu.

Dekan mengerutkan dahi. Ini adalah perpustakaan keempat yang dilawati Tun Adib Nasir tapi ini adalah kali pertama Tun Adib Nasir beramah dengan pelajarnya. Siapakah gadis ini?

Syaqiqah diam seketika. Dan kad pelajar yang tergantung di leher ditunjukkan pada Tun Adib Nasir. “Syaqiqah Sulaiman?”

Syaqiqah mengangguk, sekilas matanya menangkap wajah Adib yang sedang mengukir senyuman di belakang ayahnya.

“Saya terpaksa pergi dulu. Bila lapang nanti, saya akan datang lagi. Tapi jangan risau, saya takkan datang terkejut macam ni lagi..” Tun Adib Nasir menguntum senyum memandang dekan.

Dekan mengangguk. “Silakan tuan”.

“Niah, call Pak Khai sekarang. Saya ada urgent meeting” Tun Adib Nasir memandang setiausahanya itu.

Dekan menghantar hingga keluar. Hatinya masih tertanya apa kaitan gadis ini dengan Tun Adib Nasir? Atau mungkin punya kaitan dengan Adib? Juga bunga anggerik yang masih berada di genggaman Tun Adib Nasir. Bunga jasmin, bunga mawar dan juga bunga tulip tadi diserahkan pada setiausahanya tapi tidak bagi bunga anggerik pemberian gadis ini.

Meski pun hatinya begitu ingin tahu, dekan sedar dia tidak boleh sewenangnya bertanya.

#########

Dian mengerutkan dahi bila melihat pemandu Toyota Alphard itu bukan lagi Pak Khai tapi seorang lelaki yang tidak dikenali.

“Masuklah” Adib menggesa.

Dian melangkah masuk dan tangan Syaqiqah ditarik. “Siapa?”

“Oh.. kenalkan ni Abang Adam. PA daddy sebenarnya, tapi daddy suruh jadi driver aku sementara daddy kat Malaysia. Sebab daddy susah nak ke sana sini bila Pak Khai tak ada” Adib mengenalkan sekaligus memberi penerangan.

“Abang Adam, ni Dian. Lagi seorang tu…” Adib menoleh dan tersenyum memandang Syaqiqah. Dian berdehem menyedari Adib terlalu lama merenung adiknya. “Iqah. Dia orang ni penumpang setia Adib”.

“Penumpang eh?” Dian membuat muka.

Adib sengih sendiri. “Bukan penumpang. Mini boss” dan dia ketawa sendiri. Dian dan Syaqiqah ikut ketawa. Dan Adam mula memandu mengikut arah yang ditunjuk Adib.

Demi Syaqiqah – P33

Nafasnya dilepas sebaik saja pinggannya licin. Dian menguntum senyum melihat wajah Ubadah. Hanya sekilas dan adiknya di sisi dipandang. Tangannya bergerak membuat bahasa isyarat pada adiknya. -Akak nak pergi toilet kejap..

Syaqiqah mengangguk dengan senyuman. Dia menghantar kakaknya dengan pandangan mata. Namun saat menoleh, matanya terpandang figura tubuh yang terasa bagai dikenali. Harraz!

Dian membasuh tangan di sinki. Tisu diambil dan ia dibuang ke dalam tong sampah. Entah bagaimana, sewaktu melangkah keluar tubuhnya melanggar seorang gadis yang kebetulan ingin masuk ke bilik air.

“Hey, you buta ke?”

Dian mengerutkan dahi. Kasarnya! “Saya minta maaf”.

“Kalau tak nampak tu, pakai spek!”

“Cik.. kan saya dah minta maaf” Dian cuba menegur kekasaran gadis itu dengan berhemah.

“So.. you ingat your apology tu, berharga sangat?” sepertinya gadis itu tetap tidak berpuas hati dengan Dian.

Dian menggelengkan kepala. Malas melayan orang sebegini. Langkah diatur keluar dari bilik air. Dan nampaknya gadis itu tetap juga tidak berpuas hati, Dian dikejar hingga ke depan.

“Kejap!” tangan Dian ditarik.

Dian memandang. “Apa lagi?”

“You ingat you bagus sangat?”

Dian melepas nafas. Apa gadis di hadapannya ini fikir dia jenis gadis yang diam saat dibuli? “Saya terlanggar cik dan saya dah minta maaf. Apa lagi yang cik tak puas hati ni?”.

“Fine!” gadis itu mencapai segelas air putih dari meja berdekatan mereka dan mencurahnya ke atas kepala Dian. “Ooppss… Sorry, I sengaja!”

Dian mengetap bibir. Geramnya tidak terkata. Tapi jika dia membalas, ertinya dia dua kali lima dengan gadis ini. Pandangannya melihat sekeliling. Nampaknya seisi restoran itu sudah memandang mereka.

Syaqiqah, Lainah dan Ubadah bangun dari meja menghampiri Dian. Syaqiqah langsung saja memaut tubuh Dian bila dia melihat kakaknya menggenggam sebuah penumbuk. Tidak mahu kakaknya membalas.

“You takut ke?”

“Sya.. that’s enough!”

Gadis itu memandang jejaka di sebelahnya. “Sayang… budak ni yang cari fasal dulu..”

Ubadah melihat Dian yang memeluk dirinya. Kotnya ditanggalkan dan dia menghulurkan kot itu pada Dian. Namun.. dia sudah terlambat. Jejaka yang berada di sisi gadis itu lebih dulu menghulurkan.

Syaqiqah memandang. Jadi gadis ini kekasih Harraz? Dia memandang Dian, tidak pasti apa yang mahu dilakukan kakaknya itu. Mahu menyambut huluran Harraz dari hadapan atau Ubadah dari sisinya?

Dian mengangkat wajah. Harraz.. Wajahnya jelas mempamerkan rasa terkejut. Mengapa dalam ramai-ramai manusia.. Harraz juga yang muncul?

“Sayang.. no! Kenapa you bagi you punya kot?” gadis yang dipanggil Sya itu menjerit separuh suaranya.

Harraz membulatkan mata. Tangan dihalakan pada Dian. “Ambil ni.. nampak bentuk tu..”

“Sayang!” Sya menjerit.

Dian memandang sakit hati. Entah apa yang menyakitkan hati. Gaya Sya, atau kata-kata Harraz? Mungkin wajah selamba Harraz? Yang pasti dia terasa bagai mahu menumbuk seseorang!

Harraz langsung saja menyarung kotnya pada tubuh Dian bila terpandang Ubadah yang sudah merapati Dian, tidak rela lelaki itu yang dipilih Dian. Membuatkan Syaqiqah automatik menjauh.

“Sayang!” kali ini Sya langsung saja menjerit, langsung tidak kisah dengan orang sekeliling.

“Kita putus! I’m not your sayang anymore!” Harraz memandang dengan wajah menyinga.

“Iqah ambil beg. Saya hantar awak dengan Dian balik” dan Harraz menarik lengan Dian, membuat gadis itu tidak sempat berbuat apa-apa.

Syaqiqah memandang. Apa yang berlaku? Dia sendiri kebuntuan. Wajah Lainah dan Ubadah dilihat. Kemudian pandangan dihala pada Sya yang sudah terpekik terlolong kerana baru ditinggalkan.

Dia menunduk memohon maaf pada Lainah.
Wajah Ubadah jelasnya kebingungan bercampur kecewa. Langsung saja Syaqiqah berlari anak mengambil beg mereka berdua di meja dan membuntuti Dian dan Harraz.

“Lepaslah!” Dian menarik lengannya dari pegangan Harraz sebaik tiba di sisi kereta lelaki itu.

“You ok?”

“Kau rasa?” mata Dian membulat.

“I minta maaf fasal Sya..”

Dian senyum sinis. “Kau masuk uruskan teman wanita kau lah.. aku boleh balik sendiri..”

“You dah dengar kan tadi? I dengan dia dah tak de apa-apa. I hantar you balik” Harraz menekan punat buka kunci. Memandang Syaqiqah yang sudah menanti tidak jauh dari mereka.

“Mudahnya! Macam tu je kau putus dengan dia? Kalau kau cuma fikir kau sendiri, memang kau tak layak hidup dalam dunia ni. Teruk mana pun perempuan tu, dia tetap ada perasaan sebab dia manusia! Kau cakap kau suka aku? Pedulikan aku? Habis kalau suatu hari nanti, kau dah bosan dengan aku.. Aku akan jadi macam perempuan tadi? Kena tinggal kat tengah-tengah restoran depan orang ramai macam tu? Kalau kau betul-betul nak buat aku rasa.. sekurang-kurangnya kau ni lelaki yang boleh dipertimbangkan.. jangan fikir fasal diri sendiri je. Fikir fasal orang sekeliling kau. Utamakan orang sekeliling lebih dari diri kau sendiri..” Dian membuka kot milik Harraz dan meletakkannya kemas di atas bumbung kereta.

Langkah diatur mahu meninggalkan Harraz. Saat itu, air mata sudah pun mula bertakung pada mata. “Kalau kau betul sayang aku, aku nak bukti. Keadaan kau sekarang bukan buat aku kesian atau simpati, tapi buat aku takut”.

Harraz hanya mampu memandang. Hanya melihat Dian dan Syaqiqah berjalan beriringan menuju keluar dari perkarangan restoran. Dan tidak lama, MyVi itu datang mengambil mereka.

#########

Dian menangis semahunya di dalam bilik. Syaqiqah hanya memerhati dari hujung katil. Melihat kakak kesayangannya mengamuk memukul bantal peluk kesayangan.

“Bongok!”

“Dasar lelaki bongok!”

“Aku benci kau!”

“Harraz gila!”

Sesekali Syaqiqah ketawa. Tapi dia benar-benar kasihan pada kakaknya itu. Ini kali pertama seorang lelaki memberi kesan mendalam pada kakaknya.

Dia mahu memujuk. Tapi Syaqiqah kenal benar perangai kakaknya itu. Kerana perasaan yang menguasai kakaknya sekarang adalah perasaan marah mengatasi perasaan sedih. Jadi dia harus memberi Dian ruang untuk bertenang dulu.

“Gila!”

“Harraz gila! Aku benci kau.. jahat!”

“Bongokkk!!” kali ini Dian menjerit. Sakit hati masih terasa. Geram, marah, sedih dan kecewa bergabung menjadi satu. Kalaulah Harraz ada di depannya sekarang… “Gila!!”

Dan Dian duduk melipat lutut. Wajahnya disembam pada lutut dan dia mula menangis teresak-esak. Hilang sudah segala makian yang dilemparkan pada Harraz. Rambutnya yang dilepas turun mengelilingi lututnya. Membuatkan Dian kelihatan seperti gadis tak terurus.

Syaqiqah bangkit dari kerusi. Menghampiri Dian dan mengusap belakang tubuhnya. Pengepit rambut Dian diambil dan rambut panjang Dian dikepit.

-Akak… Bahu Dian dipaut.

Tubuh Dian terhinjut-hinjut kerana tangisan yang sangat teresak. “Adik…”

Syaqiqah terus mengusap belakang tubuh Dian. Dia tidak memahami apa yang kakaknya itu rasakan. Tapi Syaqiqah pasti tahu ia pasti perit. Melihat cara Dian menangis pon sudah buat Syaqiqah tahu keperitannya.

#########

Adib memandang nama Harraz dalam senarai kenalannya. Ikon gagang telefon disentuh. Jam menunjukkan pukul10.30 malam. Biasanya waktu begini Harraz masih di kelab malam. “Assalamualaikum”.

“Ya ada apa?”

Adib mengerutkan dahi. Sunyi saja. Tiada suara latar, tiada bunyi hiruk-pikuk mahupun suara manusia ketawa. “Kau kat mana?”

“Biliklah.. nak apa?”

“Kau tak keluar?”

Harraz diam. Jika dia masih ada mood untuk keluar, memanglah dia gila seperti yang dikatakan gadis itu. “Tak. Ada apa kau call aku ni?”

“Tak..” Adib cuba memujuk mendengar suara Harraz yang tegang seperti hendak marah. “Aku just nak kasitahu yang aku dah jumpa Dr.Soleh. And aku dengan Dian dah plan macam mana nak buat apa yang Dr.Soleh cakap..”

“Wow. Great news”.

“Raz, kau ok tak ni?” Adib menyoal risau. Dia mengatakan ia berita gembira namun nada suaranya langsung tiada tanda teruja.

“Now.. aku penat, nak rehat. Nantilah aku cerita” dan panggilan mati.
Adib melepas nafas. Sah ada sesuatu yang tidak kena dengan temannya itu. Apalah agaknya ya? Apakah ia masih lagi punya kaitan dengan Dian?

#########

Syaqiqah memandang Dian di sisi. Rasanya ada sesuatu di antara Adib dan kakaknya. Masuk hari ini sudah hari ketiga Adib mengambil mereka dari rumah.

“Jom, driver dah sampai”.

Syaqiqah membekukan diri. Dia perlukan penjelasan! Apa rencana Dian dan Adib? Dia tahu ada sesuatu yang disembuyikan dari pengetahuannya!

“Adik..” Dian memujuk, walhal dia tahu sangat mengapa adiknya itu marah akannya.

-Akak dengan Adib ada apa apa ke? Syaqiqah mengecilkan mata, membuat wajah mengesyaki sesuatu.

“Adib kata dia nak ngurat adik. So akak suruhlah dia ambil hantar kita setiaaaaap hari…”

Kata-kata Dian membuat Syaqiqah langsung diam membisu. Badannya yang ‘membeku’ menjadi ‘cair’. Dian terus saja menarik tangan Syaqiqah masuk ke dalam kereta dengan senyum kambingnya.

Melihat wajah Adib yang sengih memandangnya, wajah Syaqiqah yang memang sudah sedia memerah berubah menjadi ‘tomato’.

##########

Dian mencuri pandang Lainah yang langsung tidak menegurnya dari pagi tadi. Sebaik pensyarah melangkah keluar dari kelas, Dian langsung memaut lengan Lainah.
“Lainah…”

Lainah diam. Hatinya masih berbekas dengan peristiwa semalam. Jadi benarlah Dian dan Harraz ada sesuatu di antara mereka. Dia bukan marah bagi pihaknya, tapi dia kasihankan abang kesayangannya itu.

“Lainah.. maaflah fasal semalam”.

Lainah masih diam. Tidak mahu pedulikan kata-kata Dian.

“Ok, aku ganti balik. Tapi kali ini aku belanja kau, boleh?”

Lainah memandang dengan senyuman. “Promise?”

“InsyaAllah kalau tak ada apa-apa..”

“Abang aku?”

Dian melepas nafas. “Sekalilah…”

“Tapi kau dengan kasanova tu ada apa sebenarnya?”

“Ada apa ek?”

Lainah mencebik. “Kau jangan buat tak tahulah Dian.. Aku nak tahu”.

Dian melepas nafas bila suara Lainah berubah serius. “Kau memang nak tahu ke?”

“Gila tak nak! Kau tahu tak masa kasanova tu hulur kot kat kau, aku tercengang tahu tak? Bukan tu je.. siap tanda soal penuh kat kepala ni.. Lagi-lagi masa aku dengar, ‘I’m not your sayang anymore’ tu.. Kasanova putus dengan minah gedik tu sebab kau ke?”

Dian tersenyum tak bermakna. Pandangannya menangkap pensyarah yang melangkah masuk. “Nanti aku cerita”.

Demi Syaqiqah – P32

“Assalamualaikum”.

Syaqiqah berhenti. Agak terkejut dengan kehadiran Adib yang agak tiba-tiba. Dia menjawab salam dalam hati.

“Iqah ada kelas lagi lepas ni?” Adib menyoal lembut. Seronok bukan main bila Dian memberi ‘green light’ untuk dia cuba memikat semula tunangannya itu.

Syaqiqah mengangguk. Jarinya dibuka menunjukkan kelas seterusnya adalah pukul 2.00 petang.

Adib mengangguk. Dia melihat jam tangannya. Sekarang baru pukul 12.00 tengah hari. “Iqah nak ke mana?”

Syaqiqah memandang. Tangan dibawa ke mulut, memberitahu dia ingin menjamah makan tengah harinya.

Adib ketawa kecil. “Nak pergi kantin ke?”

Syaqiqah mengangguk. Namun wajahnya masih kekal tidak beriak. -Ada apa-apa yang boleh saya bantu?

Adib menggaru kepala yang tidak gatal. Langsung tidak memahami bahasa isyarat yang Syaqiqah gunakan. Nampaknya dia harus mengambil kelas sampingan agar mudah berbual dengan Syaqiqah.

Syaqiqah mengeluarkan telefon pintarnya. Ruang nota dibuka dan dia mula menaip sesuatu. Lantas skrinnya dihala pada Adib.

“Tak. Saya pun nak makan juga. Kita makan sama?”

Syaqiqah mengerutkan dahi. Selalunya sebelum ini, jika Adib dekat dengannya laju saja Dian muncul. Tapi kali ini.. ke mana pula kakaknya itu?

“Awak tak nak makan dengan saya?”

Syaqiqah hanya menguntum senyum. Langkah diatur menuju ke kantin dan Adib berlari anak hingga dia berjalan seiring Syaqiqah. Dalam hati, hanya Tuhan yang tahu betapa bahagianya dia.

##########

“Isn’t that Syaqiqah?”

Dia memandang arah yang ditunjuk temannya. Anggukan diberikan mengiakan kata-kata temannya.

“I thought Dian is the girl?”

Emily diam. Jadi Adib sudah beralih pada Syaqiqah. Bukankah lelaki itu sedang berusaha memenangi hati Dian? Tapi yang sedang makan bersama Adib saat ini adalah Syaqiqah.

Dan senyum jahatnya terukir. Ini lebih mudah! Lantas telefon pintarnya dikeluarkan dan ikon kamera disentuh. Nampaknya ada sesuatu yang harus dia laporkan.

“Like older like younger!”

##########

“Dian…”

Dian memandang Lainah di sebelah. Dahi berkerut dengan panggilan Lainah yang meliang-lentok. “Dah kenapa?”

“Hari ni kau balik dengan siapa?”
Dian diam berfikir. Menurut perjanjian, kalau boleh.. Adib mahu menghantar dia dan Syaqiqah pulang setiap hari. Jejaka itu sudah berjanji untuk menggunakan khidmat Pak Khai agar dia dan Syaqiqah selesa.

“Dian…”

“Adib kut?”

“Adib memang tengah tackle kau ke?”

“Nope! Dia tackle Iqah lah” Dian menjawab selamba sambil tangan ligat meng’highlight’ isi penting untuk tugasannya.

Mata Lainah membulat. “Aku tak tahu Adib suka Iqah”.

“Shuuut..” Dian membulatkan mata, bimbang kata-kata Lainah didengari. Dia tidak mahu adiknya ditimpa susah.
“Sekarang kau dah tahu..”

“Ala.. kau baliklah dengan aku” Lainah sengih menayangkan gigi.

“Habis kau nak suruh aku tinggalkan Iqah dengan Adib? Memang taklah.. dibuatnya Adib bawa lari adik aku tu. Kau nak aku jawab apa dengan ibu aku?”

“Bolehlah Dian..” Lainah terus memujuk.

Dian menutup buku. Lainah dipandang. “Ada apa-apa ke ni?”

“Abang aku baru dapat gaji. Dia nak belanja makan”.

“Kenapa aku?”

“Kan kau kawan rapat aku kat U ni?”

“Kenapa tak cakap awal-awal..? Aku dah janji dengan Adib. Esok boleh?”

“Betul?” anak mata Lainah tiba-tiba ‘bersinar’.

“Iye…” Dian sengih sambil menggeleng kepalanya. Dan kerjanya disambung semula.

#########

Enjin kereta dimatikan dan dia membitbit dua beg galas itu keluar dari kereta. Setelah kereta dikunci, Amy melangkah perlahan memasuki villa mewah itu. Saat terpandang Chevrolet Camaro milik Adib, Amy tersenyum.

“Assalamualaikum, aunty” Amy tersenyum menyalami Tun Maryamul Azra yang menyambutnya bersama Enon.
“Waalaikumussalam. Amy sihat?”

Amy mengangguk. “Alhamdulillah. Mama ada kirim apam gula hangus yang mama buat. Lagi satu ni, Amy belikan aunty mafela waktu pergi Brunei hari tu”. Enon menyambut huluran Amy.

“Buat susah-susah je Amnah ni. Nanti ucap terima kasih kat mama ye.. duduk dulu, Amy. Kak Anum tengah buatkan air” Tun Maryamul Azra menjemput.

Amy ikut menguntum senyum. Wanita di hadapannya ini memangnya pemurah dengan senyuman dari dulu. Tun Maryamul Azra ikut menyertai Amy dengan kerusi rodanya.

“Kaki aunty tak ok lagi?”

Tun Maryamul Azra ketawa kecil. “Ikutkan dah elok ni.. tapi Amy faham-fahamlah Uncle Omar tu macam mana. Dia kata kalau dia yakin aunty dah kuat, baru aunty boleh jalan macam biasa. Kena gunalah kerusi roda. Kalau tak, dia nak admit aunty kat hospital” cerita Tun Maryamul Azra sambil tersenyum mengingati doktor keluarga mereka merangkap teman rapat suaminya itu.

“Biasalah aunty.. doktor kan?” Amy melihat-lihat sekeliling. “Aunty, Adib ada ke?”

“Tak ada. Dia ada kelas. Amy nampak ada kereta ea?”

Amy mengangguk. Fikirnya Adib ada tadi. Lalu dia ke kelas menaiki apa?

“Dia minta Pak Khai hantar tadi. Balik nanti pun, dia nak Pak Khai yang ambil. Entah apa kena dengan Adib tu. Nasib baik Uncle Nasir oversea. Kalau tak jenuh Pak Khai nak berkejar…”

Amy mengangguk dengan senyuman. Saat itu telefon pintarnya tiba-tiba berbunyi menandakan mesej masuk. Skrin disentuh dan aplikasi ‘Whats App’nya dibuka. Mesej dari Emily?

Amy melihat gambar yang dihantar Emily. Gambar Adib makan bersama seseorang. Dahinya berkerut sambil gambar itu di’zoom’. Dia cuba mengingat wajah itu. Bukankah itu adik Dian? Gadis pendiam tempoh hari?

Mungkin mereka hanya kebetulan makan semeja. Biarlah. Malas pula Amy mahu melayan Emily yang kelihatannya sengaja mahu dia berbalah dengan Adib. Orang sebegini jika dilayan makin menjadi.

##########

-Akak, kita tunggu siapa?

Dian memandang Syaqiqah di sisi. “Adik tak larat berdiri ke?”

Syaqiqah menggeleng. Dia bukan letih, dia cuma hairan. Selalunya mereka terus pulang, tapi kakaknya seperti menunggu seseorang. Apakah mereka menunggu Lainah dan abangnya?

Sebuah Toyota Alphard berhenti tepat di hadapan mereka. Dan pintu terbuka automatik. Syaqiqah memandang Dian. Dian senyum, tangan Syaqiqah ditarik. “Jom”.

Adib tersenyum memandang dua beradik itu. Dia tambah tersenyum melihat wajah Syaqiqah yang kemerahan.

Dian berdehem, matanya membulat memandang Adib. Tidak suka adiknya dipandang begitu.

Adib sengih. Mulut mengeluarkan perkataan ‘Sorry’ tanpa suara. Garang benar kakak Syaqiqah yang seorang ini.

Duduknya dibetulkan. Namun hakikatnya mata masih lagi mencuri pandang Syaqiqah melalui cermin penghadang cahaya matahari.

“Esok aku tak balik dengan kau” ucap Dian setelah Syaqiqah turun dari kereta.

“Kenapa? Kau tak nak bagi aku hantar Iqah ke?”

Dian melepas nafas. “Taklah.. Esok aku balik dengan Lainah. Takkan aku nak biar Iqah balik dengan kau”.

Adib mengangguk. Lainah teman sekelas Dian. Adib tahu itu. “Ok. Lusa aku hantar”.

“Ye, setiap hari kau hantar. Hantar sampai aku nak termuntah tengok muka kau!” Dian mencebik.

“Kau muntah tak pe. Jangan Iqah yang muntah..sedih aku kalau dia muntah. Lagipun Dian tak muntah tengok muka Harraz je..” Adib menjelir lidah, seronok mengusik Dian.

Dian langsung turun dari kereta. Usikan Adib membuatkan dia terasa.. janggal.

##########

Adib yang bert-shirt lengan pendek bersama seluar separas betis berlari anak keluar dari lif. Menghampiri Tun Maryamul Azra yang leka melayani drama slot ‘Samarinda’ di Tv3.

“Mommy..” tangannya melingkar pada leher Tun Maryamul Azra dan sebuah ciuman dihadiahkan buat mommy kesayangannya itu.

“Adib.. dah besar panjang buat perangai macam budak kecil”.

Adib sengih lantas berbaring berbantalkan peha momnynya yang sedang duduk di sofa. “Mommy tengok apa?”

“Tengok TVlah sayang. Adib nampak mommy tengok langit ke?” Tun Maryamul Azra menyoal namun mata tidak lekang dari melihat kaca televisyen.

Adib ketawa mendengar jawapan mommynya. “Mommy…”

“Ya, sayang..?”

“Adib ada benda nak tunjuk” Adib berkata sambil tangan ligat membuka galeri gambar pada telefon bimbitnya.

Tun Maryamul Azra menyambut huluran Adib. Skrin telefon pintar milik Adib dipandang dan dia mengukir senyum. “Curi gambar Dibah. Tapi.. dekatnya gambar ni”.

“Mommy perasan?”

“Mestilah…” Tun Maryamul Azra senyum sekilas memandang Adib dan kembali memandang kaca televisyen.

“Actually mommy.. hari ni Dib lunch dengan Dibah”.

Tun Maryamul Azra memandang. Hilang sudah tumpuannya terhadap drama yang sedang ditonton. “Really?”

Adib mengangguk. “Mommy tahu.. cara dia sama macam umi. Dia tak suka makan guna sudu, sama dengan umi.” Dan Adib melepaskan sebuah nafas berpuas hati.

“Adib rindu Dibah ke rindu umi ni?” sengaja Tun Maryamul Azra memberi soalan sebegitu.

“Umi dengan abi memanglah rindu.. tapi dengan Dibah lagi-lagi rindu.. Adib harap ingatan dia boleh kembali..”

Tun Maryamul Azra senyum sambil tangan mengusap kepala Adib penuh kasih. Dia juga punya harapan yang sama dengan anak tunggalnya itu.

“Mommy, kalau Dibah dah ingat nanti, laju-laju Adib nak masuk meminang tau!”

“Amboi!” wajah Tun Maryamul Azra menunjukkan riak terkejut.

“Yelah mommy.. bertahun Adib tunggu Dibah tau. Adib tak nak hilang Dibah lagi. Adib pun dah nak habis study.. tak salahkan?”

Tun Maryamul Azra tersenyum. Anaknya ini.. dari dulu, Adibahlah satu-satunya gadis yang berada di hati juga ingatannya. Dia sendiri terkadang hairan, bagaimana puteranya itu boleh sesetia ini?

#########

Tiga gadis bertudung itu berjalan beriringan menuju ke tempat parkir kereta. Gembira rasanya hati Lainah kerana Dian sudi mengikutnya. Penat dia dirayu abangnya yang ingin sekali membawa Dian keluar makan.

“Abang..” Lainah mengetuk cermin tingkap kereta abangnya.

“Assalamualaikum..” Ubadah turun dari kereta, tersenyum memandang dua beradik yang sama cantik manis itu.

“Waalaikumussalam” Dian menjawab dan Syaqiqah menguntum senyum.

“Terima kasihlah sebab sudi terima ajakan saya”.

Dian ketawa kecil. Begitu juga Ubadah. Dan juga Syaqiqah. Mujur kakaknya memberitahu mereka pulang dengan Lainah kerana abangnya ingin membawa mereka keluar makan, baru menerima gaji kenaikan pangkat katanya.

Tapi Syaqiqah tahu lelaki itu sukakan kakaknya. Cuma Dian yang tidak sedar. Lihat cara lelaki itu memandang kakaknya pun, Syaqiqah sudah tahu.

“Saya dengan adik sayalah yang kena ucap terima kasih. Sudi nak belanja kita orang makan..”

“Dah..” Lainah memandang Ubadah yang tidak habis tersenyum. “Asyik senyum je, bila dapat makan ni? Jom”.

Ubadah senyum diikuti Dian dan Syaqiqah. Dan Ubadah membuka pintu kereta buat Dian juga Syaqiqah. Lainah mencebik dalam senyuman melihat tindakan abangnya.

Bunyi hon bertalu-talu menarik perhatian mereka berempat. Sebuah Bentley Mulsanne meluncur laju bersama hon yang sengaja ditekan pemandunya.

Syaqiqah sudah tersenyum-senyum. Ada orang cemburu! Lainah mendekati Dian. “Tu kereta Harraz kan?” dia menyoal berbisik.

Dian mengangguk. Dalam hati berdebar kerana bunyi hon itu. Apalah yang cuba dilakukan Harraz? Tiba-tiba peristiwa luahan perasaan yang sudah berlalu lebih tiga bulan itu masuk dalam ingatannya.

“Awak kenal kereta tadi?” Ubadah menoleh menyoal Dian.

Dian menggeleng. “Biarlah dia. Gila kut.. jom”. Dian membuka pintu kereta.

Ubadah masuk ke dalam kereta dengan senyuman. Begitu juga Lainah yang mengambil tempat di sebelah pemandu.

Syaqiqah menarik tangan Dian yang baru hendak masuk. -Harraz cemburu tu…

Dian mengetap bibir. “Merapulah adik ni. Masuk cepat..”

Demi Syaqiqah – P31

Nafas dilepas bila panggilannya tidak dipedulikan kakaknya. Syaqiqah mendekat dan bahu kakaknya disentuh. -Akak..

“Ya adik, kenapa?”

-Akak nampak tak tudung merah adik? Yang arwah abah hadiahkan tu..

“Ada dalam almari, belakang abaya merah akak. Adik tak perasan kut…”

Syaqiqah mengangguk dengan senyuman. Langkah diatur kembali ke bilik. Sekali Syaqiqah menoleh melihat kakaknya yang sudah pun bersiap. Entah apa tidak kena dengan Dian, dua tiga hari ini dia seperti berada di awangan.

###########

Dian menguntum senyum mendengar kata-kata Syaqiqah. Hari ini mereka sama-sama tiada kelas dan Dian mahu bertemu Dr.Soleh.

-Akak fikir apa lagi? Akak kata ada hal dengan Lainah..

“Adik kasi akak keluar?”

Syaqiqah ketawa sendiri. -Iye.. akak pergilah. Yang penting akak jangan balik malam!

“Yes boss. Sayang adik”. Dian terus bangun dan langsung bersiap. Hakikatnya pemandu Adib sudah pun menunggu di bawah. Dia langsung mencapai dress paras lututnya bersama kain duyung hitam. Seperti biasa, shawl instant yang bersusun di dalam almari di sarung ke kepala.

“Adik jaga diri. Assalamualaikum” Dian menghadiahkan sebuah kucupan di pipi Syaqiqah dan langsung keluar rumah.
Syaqiqah ketawa melihat kakaknya. -Akak, akak.. Macam manalah Harraz boleh syok kat akak kalau dah macam ni?

##########

Dian melihat-lihat kawasan apartmentnya. Mana pula Adib ni? Kata Adib dia sudah menunggu tapi mana keretanya? Dian tidak pasti kereta model apa yang digunakan Adib, yang dia tahu kereta itu berjenama Chevrolet dan bernombor plat AMAN dan entah apa nombornya.

Dia menahan dada yang berombak akibat dihon Toyota Alphard yang berada tepat di belakangnya. Dia memandang dan terperasan Adib yang berada di sisi pemandu. Lupa pula Adib menyebut pemandunya yang sudah menunggu.

“Assalamualaikum” Dian memberi salam sebaik pintu itu terbuka secara automatik.

“Waalaikumussalam. Kenalkan ni Pak Khai, driver daddy” Adib memandang Dian di belakang.

Dian menguntum senyum. Untung ada Pak Khai, Adib bagai tahu dia tidak selesa naik kereta berduaan dengab Adib. “Ingatkan Pak Mat tu driver” Dian mengucap perlahan.

Adib ketawa kecil sambil meminta Pak Khai mula memandu ke destinasi. “Pak Mat tu pengawal. Pak Khai ni driver. Kan tak sama”.

Dian mengangguk dengan wajah konon faham. Dalam hati sibuk berkata-kata tentang kekayaan terlebih-lebih keluarga Adib. ‘Pak Mat pengawal, Pak Khai pemandu, Cik Zah tukang masak, Kak Enon pengasuh, Kak Anum tukang kemas rumah. Pening.. aneh-aneh je kerja, tu belum masuk tukang kebun lagi.. Entah-entah ada tukang cuci kolam, tukang cuci longkang, tukang betulkan eletrik..’

“Dian” Adib memanggil melihat Dian bermonolog sendiri.

“Kenapa?” Dian memandang.

“Kalau kau nak tahu, driver keluarga Harraz pun nama Pak Mad juga. Tapi dia Pak Mad.. huruf ‘D’ belakang. Kalau Pak Mat kat rumah tu Pak Mat, huruf ‘T’ belakang..” Adib membuka cerita.

Menyebut nama Harraz, dada Dian berombak kencang. Dia cuba berlagak biasa agar Adib tidak mengesyaki apa-apa. “Harraz apa khabar?”

Adib memandang. Dia sudah agak! Ada yang tidak kena antara Harraz dan Dian, jika tidak masakan Dian memberi soalan begitu? “Macam tulah. Aku selalu sembang dengan dia, tapi dia asyik marah-marah. Aku dah cerita fasal kau kat Ana tau”.

“Apa?”

“Yelah. Aku kesian tengok Ana tu. Harraz tulah satu-satunya abang dia. Aunty dengan uncle lagi aku kesian.. Tapi aku bukan cakap apa pun. Aku cuma bagitahu yang Harraz pernah cakap dia sukakan kau. Aku pun tak tahu apa masalah antara kau dengan Harraz sampai Harraz balik ke kehidupan asal sebelum dia kenal kau”.

Dian diam. Kata-kata Adib membuatkan dia terasa.. berdosa. Apakah dia yang menyebabkan Harraz kembali ke kehidupan gelap itu?

“Kau tahu Harraz sukakan kau?”

“Ha?” Dian tidak menyangka pertanyaan itu yang keluar dari mulut Adib.

“Yelah… Kau tak terkejut pun aku cakap macam tu?”

“Dia.. ada luahkan hari tu”.

Kali ini mata Adib membulat. Langsung tempat duduknya dipusing agar ia menghadap Dian.”Serius?”

Dian terkejut. ‘Mak aih, canggihnya kereta!’

“Betul ke apa kau cakap?”

Dian mengangguk. “Tapi lepas tu kita orang dah tak…”

“I knew it! Maknanya Harraz serius fasal kau. Wow!” Adib menjerit keterujaan.

“Apa kau cakap ni?”

“Kau faham tak? Harraz tak pernah luahkan perasaan kat siapa-siapa. Semua perempuan-perempuan keliling dia tu, kau faham kan.. just for fun. Aku tak cakap ni nak buat Harraz nampak jahat kat mata kau.. Maksud aku..” Adib mula bingung bagaimana mahu menjelaskan.

“Aku faham” Dian membuat muka kelat.

“Maknanya.. Harraz jadi macam ni sebab kau? Yes, kau cakap kau tak pernah jumpa dia dah lepas luahan perasaan dia tu?”
Dian mengangguk. Dan Adib menyambung, “Dia rasa kau tolak dia. Dia kecewa, sebab tu dia buat semua ni. Dia nak perhatian kau! Raz.. Raz…”

Kali ini Dian diam terus. Pandangannya dibuang ke luar tingkap. Dia tidak tahu harus memberi respon yang bagaimana.

“Aku kena bagitahu Ana. Dah ada cara nak tolong Harraz” dan Adib memusing tempat duduknya kembali.

Dian terus berdiam diri di tempatnya.

##########

Skrin telefon dipandang. Kalau tidak salah, Adib ada memberitahu hari ini dia tidak punya hal. ‘Call lah, boleh ajak keluar..’ getus hatinya.

Nombor Adib dicari dalam senarai panggilan dan butang hijau ditekan.

“Assalamualaikum”.

“Waalaikumussalam. Adib…”

“Ya, Amy. Kenapa?”

“Hmm. Adib free kan?”

“Tak. Adib ada hal ni. Amy nak ajak keluar ke?”

“Ye ke.. ingatkan Adib free. Kebetulan Amy pun tengah tak ada benda nak buat” ujar Amy sambil tangan kiri sibuk menukar siaran televisyen.

“Sorry Amy. Adib memang tak boleh, nanti bila-bila kita keluar. Adib bawa Amy shopping?”

“Ok. Amy faham.. Thank you. Bye” dan panggilan dimatikan. Amy melepas nafas. Mata terus memandang skrin televisyen yang menyiarkan rancangan yang langsung tidak digemari Amy.

“Boringnya..”

“Sayang”.

Amy memandang. Mata membulat melihat papanya berpakaian formal, seperti mahu menghadiri majlis penting. “Are you going somewhere?”

Jalal mengangguk. “Papa ada event. Sayang nak ikut?”

“Mama sekali?”

Jalal ketawa kecil. Dia mengambil tempat di sisi Amy. “Of course my dear. She’s my woman, kalau mama tak pergi tak bestlah..”

Amy mencebik. “So lovey-dovey.. Tengoklah, nanti Amy ada boyfriend. Amy nak berlagak dengan papa.. In that case, Amy nak ikutlah”.

“Sure. Cepatlah siap. Mama kamu tu bukannya siap lama pun..” Jalal menggesa.

“I know. Amy anak mama, mestilah Amy pun siap tak lama” Amy menjerit kecil sebelum berlari menuju ke biliknya.

Jalal menguntum senyum. Dia sangat sayangkan Amnah dan Amy, dua mutiara permata dalam hidupnya. Dia akan pastikan tiada sesiapa pun yang dapat merampas kebahagiaan mereka sekeluarga. Segalanya sanggup dilakukan demi dua wanita berharga dalam hidupnya itu.

##########

Setelah panggilan mati, Adib memandang ke arah kanannya. Jadi mereka sudah tiba. Klinik Psikologi dan Psikiatri Soleh.

“Sama macam dulu?” Adib menyoal Dian yang turut memandang.

Dian menggeleng. “Dulu kecil je. Sekarang dah besar. Mesti ramai doktor ni..”

Adib mengangguk. “Memang pun. Tak silap aku ada empat orang doktor dengan lapan orang nurse. Tu tak campur Dr.Soleh”.

Dian mengangguk. “Jom”.

Pintu terbuka dan Dian turun dari kereta. Tidak sabar rasanya bertemu Uncle Soleh yang sudah lama tidak ditemui. Jadi kliniknya sekarang sudah berpusat di Kuala Lumpur.

Dian menuruti langkah Adib yang menuju ke kaunter. Dan jururawat yang menjaga kaunter dengan senyuman membawa mereka ke bilik Dr.Soleh.

“Dian kan?”

Dian menguntum senyum. Langsung tidak menyangka doktor ini mengingati wajahnya. “Ya, uncle. Uncle sihat?” Dian memberi tunduk hormat.

Dr.Soleh ikut senyum. “Sihat alhamdulillah. Ibu macam mana?”

“Ibu sihat, Iqah pun alhamdulillah”.

“Iqah.. kalau kamu dah besar panjang, budak tu mestilah dah besar juga kan?”
Dian menguntum senyum manisnya.

Nampaknya doktor ini masih saja tetap mesra seperti dahulu. Hanya wajah dan gaya saja yang berubah seiring bertambahnya usia.

“Uncle minta maaf tak dapat datang waktu arwah abah kamu meninggal. Ada juga ibu kamu bagitahu..”

Dian senyum lagi. “Tak pe uncle. Hal pun dah lama”.

Lama berbual, barulah Dr.Soleh sedar anak muda sepasang itu tidak duduk. Lantas dia langsung saja menjemput mereka duduk.

“Ni Adib” Dian memperkenalkan.

“Assalamualaikum, doktor”.

“Boleh panggil uncle je macam Dian, anak Tun Adib Nasir kan? Yang buat appoiment?”

Adib mengangguk. “Daddy kirim salam”.

“Waalaikumussalam. Tun Adib Nasir mesti sihat, Tun Maryam ok?”

“Mommy macam biasalah. Sakit tua…”

Dr.Soleh menganggukkan kepala. Dia memandang mereka berdua silih berganti. “Adib kata nak consult fasal Iqah?”

Adib mengangguk. Dr.Soleh memandang keduanya. “Adib dengan Dian ni…”

“Adib ni tunang Iqah, uncle” Dian langsung saja menjawab. Tidak mahu Dr.Soleh tersalah anggap.

Dr.Soleh menguntum senyum manis. Fikirnya Adib berhubungan dengan Dian, ternyata dia adalah tunangan Syaqiqah. Dia memandang skrin laptop dan mula membuka folder pesakitnya sekitar sepuluh tahun lepas.

Dan mereka mula berbincang tentang langkah yang harus diambil buat memulihkan permata hati Adib itu.

###########

Setelah membetulkan hud sweaternya, Harraz menyembur minyak wangi pada seluruh tubuh. Pasti dirinya terlihat kacak, dia langsung saja turun ke bawah.

“Angah nak pergi mana?”

Harraz memandang adiknya yang bangun dari sofa dan menghalanginya. “Dating”.

“Angah, kalau tak de kelas duduk je lah rumah..”

“Yang Ana sibuk ni kenapa?”

Ana melepas nafas. Kalau tidak dating, clubbing. Kalau tidak clubbing, dating. Dia yang naik bosan dengan hidup abangnya itu. “Ana kesianlah dekat mom and dad. Angah keluar balik mabuk-mabuk, bawa balik perempuan mana entah.. don’t you love our mom and dad?”

“Just let me go. Angah tahulah apa angah buat” Harraz menolak tubuh adiknya perlahan sehingga gadis itu tidak menghalanginya.

“Kalau macam ni lah perangai angah, bukan kata Kak Dian. Ana pun tak hingin!” Ana menjerit geram. Dia langsung saja berlari masuk ke biliknya.

Langkah Harraz berhenti seketika. Kepala ditoleh. Apakah Ana menyebut nama Dian tadi? Namun Ana sudah tiada. Harraz langsung maju. Tidak mungkinlah Ana menyebut nama Dian. Bukannya Ana kenal gadis itu.

Demi Syaqiqah – P30

“Kenapa adik tadi?”

Syaqiqah membetulkan pembaringan. Melihat kakaknya masuk ke dalam bilik, dia cuba untuk duduk. Pengepit rambut di sisi katil diambil dan rambutnya disimpul.

“Adik ok ke? Akak masakkan bubur ayam..” Dian tersenyum mesra menatang dulang yang terisi segelas air putih bersama semangkuk bubur ayam yang dimasak khas buat adik kesayangannya.

Syaqiqah menguntum senyum. -Adik pun tak tahu. Tiba-tiba je pening kepala…

Dian menganggukkan kepala. Memahami maksud kata-kata Syaqiqah. “Amy tu cantik kan?”

Syaqiqah mengangguk sambil menyambut suapan yang diberikan Dian. -Tunang Adib kan?

“Bukanlah.. Kawan dari kecil tu..” Dian membetulkan fakta.

Syaqiqah mengerutkan dahi. -Mana akak tahu?

“Adalah sumber yang boleh dipercayai…” Dian berpaling mencapai gelas jernih yang terisi air putih itu.

Dahi Dian berkerut seribu melihat wajah Syaqiqah yang tersenyum sendiri. “Ni apasal senyum-senyum ni princessa?”

-Mana ada adik senyum! Syaqiqah mencubit lengan Dian.

Dian mengangguk. Konon memahami. Hakikatnya dia sedar Syaqiqah tersenyum meraikan kegembiraan kerana berita yang baru dia maklumkan. Nampaknya adiknya itu sendiri tidak tahu dia jatuh cinta dengan tunang sendiri!

-Akak.. fasal gila tu?
Dian membulatkan mata. “Tu…”

-Siapa?

“Tengku Harraz Tengku Hafzan” ujar Dian. Menyambut huluran gelas dari Syaqiqah.

Mata Syaqiqah membulat. Harraz? Teman rapat Adib yang meminati kakaknya itu?

“Dia umum kat kantin tadi. I like you, I do care about you. Apa benda entah lagi dia merapu. Nasib baik kat tempat anak-anak bajet kaya tu. Tak de lah ramai yang dengar”.

-Laju!

“Apa yang laju?”

-Lajunya dia luahkan perasaan kat akak. Mata Syaqiqah membulat, langsung tak menyangkakan perkara itu.

“Maksudnya apa tu?” Dian mencuit pipi Syaqiqah.

-Yelah.. sejak kali pertama tengok dia, adik tahu yang dia suka akak.

“Tipu”.

Syaqiqah ketawa lagi. Makin galak ketawa melihat wajah cemberut Dian. Apakah memang kakaknya tidak sedar bahawa Harraz meminatinya? Atau.. kakaknya sedar tapi dia buat-buat tak nampak kerana status kasanova yang dipegang Harraz?

Dian menarik selimut dan menyelimuti hampir separuh tubuhnya. Dia duduk melunjur di sebelah Syaqiqah dan kepalanya melentok pada bahu Syaqiqah.

‘ Don’t you see it or you buat-buat tak nampak? ‘ Ayat terakhir dari Harraz tiba-tiba berulang main di kepalanya. Mungkinkah pengakuan Harraz itu benar?

-Tak nak letak pinggan kotor kat dapur ke? Syaqiqah menyoal. Selalunya kakaknya itu paling benci ada pinggan kotor yang tertinggal.

“Tak naklah. Nak manja-manja dengan adik dulu..”

##########

“Dian tu comel kan?”

Tersedak Adib mendengar kata-kata Amy di hadapannya. Jus kiwi di letakkan semula atas meja makan. Saat itu mereka sedang menikmati makan malam di restoran berdekatan rumah Amy.

“Kenapa dengan Adib ni?” Amy menyoal sambil tangan menghulur tisu pada Adib.

“Terkejutlah, apa lagi?”

Amy senyun sekilas. “Mesti Adib pelik macam mana Amy boleh kenal Dian kan?”

Adib mengangguk laju. “Of course! Surprise, very much. Firstly, sebab Amy kenal Dian and secondly, sebab tiba-tiba cakap fasal Dian”.

“Amy terlanggar dia dalam dua tiga hari lepas. Waktu Amy lambat jumpa Adib kat U hari tu?”

Adib mengangguk memahami. “Mana tahu dia Dian?”

“Dia kenalkan dirilah. Suka tengok dia, comel. Muka pun nampak ayu je.. Pakai shawl yang ada batu-batu tu.. Cute!” Amy tidak habis memuji sambil sibuk menghabiskan chiffon cake yang dipesan.

Adib ketawa kecil mendengar pujian Amy yang melambung. Suka betul dia dengan Dian. Tidak hairanlah, dia juga begitu sebelum mengenali sikap keras kepala Dian yang melampau. Tapi bila dah kenal sikap kepala batunya…

“Adib fikir apa?”

“Alang-alang Amy jumpa Dian, tak jumpa adik dia sekali?” Adib langsung menyoal.
Amy menganggukkan kepalanya. “Ada sekali hari tu.. Tapi dia diam je…”

“Amy tak rasa macam kenal dia ke?” Adib menyoal mahu melihat reaksi Amy.

Amy diam seketika. Berfikir-fikir sesuatu. Seminit, dua minit hingga lima minit… “Tak. Kenapa?” ringkas jawapannya walaupun tempoh berfikir memakan masa tiga ratus saat.

“Betul tak?” Adib mencari kepastian.

“Tak” Amy meyakinkan.

Adib diam seketika. Jadi benarlah Amy tidak cam Adibah? Ertinya dia benar-benar telah membuang jauh Adibah dan keluarganya dari ingatan. Jika tidak, paling kurang pasti dia mengingat wajah yang mirip Afiqah itu.

“Kenapa?” Amy menyoal sambil menghirup macchiato kesukaannya.

“Adik dia tak comel?”

“Amy cakap fasal Dian, bukan adik dia..” Amy membulatkan mata memandang Adib.

Adib ketawa sendiri. Dia tidak tahu apakah dia sedih atau gembira dengan berita bahawa Amy tidak dapat mengecam Adibah.

#########

Dia mematikan panggilan yang baru diterima dari mommy. Mommy memberitahu bahawa dia telah pun tiba di universiti bersama pemandu keluarga mereka. Turut berada dalam kereta adalah Cik Zah sebagai penemannya.

Langkah teratur rapi menuju pada kereta yang terletak di luar pintu pagar. Adib masuk dan mengambil tempat di sisi Tun Maryamul Azra kerana Cik Zah duduk di sisi suaminya yang memandu kereta.

“Mommy..”

Tun Maryamul Azra menguntum senyum. “Mommy kena turun ke?”

“Nope. Adib tahu mommy tak larat” Adib memegang tangan Tun Maryamul Azra. “Pak Khai” Adib memanggil sang pemandu.
Pak Khai memandang melalui cermin belakang. “Ya?”

“Pak Khai masuk dalam ye. Kita pergi kantin utama” Adib memberi arahan. Dia telah memeriksa jadual Syaqiqah dan Dian hari ini. Kelas Syaqiqah baru saja berakhir manakala kelas Dian baru saja bermula. Ini ertinya mereka tidak bersama.

Adib memang tidak mahu mommynya melihat Dian dan Syaqiqah bersama. Bimbang Tun Maryamul Azra banyak pula soalannya.
Kereta berhenti sebaik Adib memberi arahan. “Mommy, tengok tu..”

Tun Maryamul Azra memandang ke arah kanannya. Ke arah yang ditunjuk Adib. Cermin kereta yang gelap membuatkan Syaqiqah tidak menyedari dia diperhati.
Dia melihat seorang gadis mengambil tempat duduk. Benar-benar menghadap kereta. Sangat dekat namun Tun Maryamul Azra tidak boleh keluar meluru memeluk anak itu. “Dibah…”

Saat itu Adib sudah menggenggam jari-jemari Tun Maryamul Azra. Dia tahu benar pasti mommynya akan mengalirkan air mata. Tangan kirinya mengusap tubuh Tun Maryamul Azra yang sudah mula terhenjut-henjut.

Tangan kiri dalam genggaman Adib manakala tangan kanan melekap pada cermin bagai mengusap Adibah. Dia benar-benar rindukan arwah teman rapatnya. Wajah Adibah yang mirip Afiqah membuatkan air matanya makin galak mengalir.

Gaya Adibah makan, dan sesekali mengukirkan senyuman saat disapa rakan-rakannya. Tun Maryamul Azra benar-benar rindukan itu semua. Afiqah, Syamran dan Adibah.

“Dibah.. mommy rindu” Tun Maryamul Azra merintih perlahan.

Cik Zah yang turut memandang pun sudah ikut mengalirkan air mata. Dia tambah terkejut dengan apa yang dilihat. Langsung dia tidak menyangka Adibahnya masih lagi hidup di muka bumi ini. Wajahnya yang mirip sekali dengan Puan Afiqah membuatkan Cik Zah juga teresak-esak.

“Mommy… Ok tak ni? Nak balik?” Adib menyoal risau. Bimbang melihat air mata Tun Maryamul Azra yang makin galak mengalir.

Tun Maryamul Azra menggeleng. “Belum lagi..” Pandangan terus melekat pada gadis itu. Adibah membesar menjadi seorang gadis yang sangat cantik. Dia akui itu.

Cantik, ayu, sopan dan kejujuran jelas terpamer pada wajahnya. Gayanya… tidak terlalu ikutkan fesyen terkini yang pelbagai namun masih tetap bergaya yang ringkas. Juga pemakaian dress yang menampakkan sisi manis gadis itu.

Makannya juga sedikit tidak banyak. Yang penting, dia makan menggunakan tangan. Pasti mewarisi Afiqah yang memang tidak sukakan makan menggunakan sudu dan garfu. Tidak ikut sunnah Nabi katanya.

“Ya Allah.. Dibah” Tun Maryamul Azra mengetap bibir dan memejam mata. Membiarkan air mata yang bertakung mengalir membasahi pipi.

“Mommy…” Adib menenangkan.

“Mommy ok. Pandai keluarga angkat Dibah jaga dia.. Cantik, macam Fika. Lembut macam Fika..” Tun Maryamul Azra tidak lepas-lepas memandang.

Syaqiqah bangun dari duduk setelah pinggannya licin. Pinggan dan gelasnya dibawa dan dihulurkan pada penjaga kaunter makanan dengan senyuman. Setelah itu dia membasuh tangan di sinki. Tisu diambil untuk mengelap tangan yang basah dan setelah itu, tisu itu terus dibuang ke dalam tong sampah.

Dan langkah diatur kembali ke meja. Beg sandangnya dipakai dan dia mengambil failnya. Setelah itu dia melangkah keluar dari kawasan itu. Menuju ke kelas keduanya.

Tun Maryamul Azra mengalih pandangan. Anak lelaki tunggalnya dipandang. “Adib kena buat dia ingat kita ya?”

Adib mengangguk. “Promise, mommy”.

Tun Maryamul Azra menguntum senyum lemah. Tisu diambil dari beg dan dia mengelap sisa air matanya. “Dibah belajar kursus apa?”

“Interior design”.

Tun Maryamul Azra mengangguk. Jadi Adibah memilih seni reka dalaman sebagai bidangnya. Ertinya anak itu seorang yang berseni dan sukakakn seni. “Khai, jom balik. Adib ada kelas lagi kan lepas ni?”

Adib mengangguk. “Adib keluar dulu. Mommy… tolonglah jaga diri. Cik Zah tolong tengokkan mommy ye..”

“Ya, Adib”.

“Ok then. I’ll get going, love you mommy” Adib menghadiahkan sebuah kucupan di pipi Tun Maryamul Azra dan melihat kereta itu meluncur keluar dari perkarangan universitinya.

###########

“Aku dah cari maklumat fasal klinik Dr.Soleh. Bila kau free?”

“Kena tunggu aku free ke?” Dian menyoal sambil melihat sekeliling. Kalau mata lain melihat dia tidak kisah, yang dia bimbangkan kalau Syaqiqah melihatnya.

“Yelah. Kau kan kenal dia, mana tahu dia ingat kau. Jadi senang kita nak buat urusan. Mesti dia simpan lagi rekod kesihatan Iqah”.

Dian mengangguk. “Tengoklah, nanti aku free aku kasitau”.

“Baguslah kalau macam tu. Aku nak balik ni, nak tumpang?” Adib menawarkan.

“Gila! Nanti Iqah cakap apa kalau balik dengan kau?”

“Ok. Aku gerak dulu”.

Dian mengangguk dan memaling seluruh tubuh. Mahu bertemu Syaqiqah yang masih di bilik komputer.

“Dian” Adib tiba-tiba memanggil.

Dian menoleh kembali. “Apa?”

“Kau dengan Harraz ok?”

Dian mengerutkan dahi. Sejak kes luahan perasaan itu, dia sudah tidak bertemu Harraz. Atau lebih tepat lagi dia mengelak bertemu lelaki itu. “Ok, kenapa?”

“Taklah.. Ana cakap dengan aku yang..”

“Ana?”

Adib menganggukkan kepalanya. “Tengku Harana Tengku Hafzan, adik tunggal Harraz”.

“Oh.. Kenapa dengan Ana tu?”

“Ana cakap yang abang dia dah jadi balik macam dulu. Balik lewat malam mabuk-mabuk.. clubbing, bawa balik perempuan.. mom dia risau. Tak silap aku, sekarang ni dia selalu juga ponteng kelas. Kalau datang pun, tidur je.. Sedangkan lepas jumpa kau, Harraz dah berhenti buat semua benda tu sebab asyik fikir fasal kau je.. Waktu tu mom and dad happy betul” Adib menerangkan.

Dian terdiam. Sampai begitu sekali? Liurnya ditelan. Jika mabuk, ertinya dia meneguk ‘air kencing’ syaitan itu. Dan bawa balik perempuan ertinya.. berapa ramaikah wanita yang telah Harraz rosakkan?

“Kau terkejut ke?”

Dian mengangguk perlahan. Tidak dapat menipu dirinya sendiri. Langsung dia tidak menyangka Harraz seliar itu. Fikirnya lelaki itu hanya mempermainkan perasaan perempuan seperti yang dia dengar. Rupanya… Dia tiba-tiba jadi buntu. Apakah Harraz patut dijauhi.?

“Aku minta sangat kalau kau tahu apa problem dia, share dengan aku. Aku tak nak Harraz yang dulu dan aku pun tak tahu macam mana aku boleh rapat dengan dia. Aku yakin kau orang yang tepat buat Harraz sebab tanpa kau buat apa-apa pun.. dia boleh tinggalkan dunia gelap dia kerana kau” suara Adib kedengaran seperti merayu.

Dian diam. Tidak tahu respon apa yang harus diberikan. Separuh hatinya merasa berdosa kerana merasakan dialah penyebab Harraz kembali ke lembah dosa namun separuh lagi mengatakan lelaki itu patut dijauhi, sejauh-jauhnya.

“Oklah, assalamualaikum” Adib meninggalkan Dian yang masih kebingungan.

Dan Dian masih berfikir. Apa yang harus dia lakukan? Apakah tindakan tepat yang patut dia ambil? Ya Allah…