Demi Syaqiqah – P49

“Maaf semua” satu suara memecah kesunyian di bilik komputer yang dipenuhi manusia itu.

Syaqiqah memandang. Fon kepala yang berada di kepala ditanggalkan. Memberi perhatian pada petugas yang mahu membuat pengumuman.

“Maaf. Sekejap lagi En.Adib Mubarak, wakil Tun Adib Nasir dari Adib Legacy akan sampai sini. Sekarang beliau ada di Blok Indigo. Jadi diminta semua pelajar yang sedang menggunakan komputer bagi laluan sekiranya En.Adib Mubarak nak tengok apa-apa. Faham?”

Semua pelajar menganggukkan kepala. Namun tidak buat Syaqiqah. Adib akan datang? Nafasnya tiba-tiba berderau. Jika Adib datang sudah pasti dia bersama Amy kerana setahunya, Amy setiausaha Adib. Syaqiqah jadi tidak senang duduk.

Dipandang komputer yang baru sahaja memaparkan maklumat yang mahu dia peroleh. Nafas ditarik. Dia berdoa semoga Adib tiba setelah dia beredar dari bilik komputer.

 

#########

 

Nafas ditarik sedalamnya sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik komputer itu. Ini bangunan kelas Dian, jadi dia sendiri tidak tahu akan terserempak dengan Syaqiqah atau pun tidak.

Dia mahu berjumpa Syaqiqah namun dalam keadaan begini, pertemuan dengan Syaqiqah akan membuat gadis itu sendiri tidak selesa. Apatah lagi, Amy bersama dalam rombongan kecil ini. Nama pun setiausahanya.

Senyum dikuntum buat tiga orang petugas bilik komputer yang menyambutnya. Moga Syaqiqah mahu pun Dian tiada di sini. Adib faham benar sikap Syaqiqah yang suka menunggu di bangunan Dian jika kelasnya sudah selesai. Tapi selalunya dia berada di perpustakaan.

Adib mula melangkah meneliti satu persatu komputer di situ. Segala kekurangan menurut pandangannya diberitahu pada Amy dan setiausahanya itu mencatitkan setiap satunya.

Syaqiqah yang berada selang dua meja dari meja yang sedang ditinjau Adib melepas nafas lega apabila tugasannya telah selesai. Fon kepala yang mengasingkan dia dari dunia luar ditanggalkan.

Dia bangun dari kerusi mahu meninggalkan bilik komputer. Mesej dari Dian sudah pun diterima. Harap-harap Adib masih belum kunjung tiba.

Namun memaling tubuhnya ke arah pintu keluar di sebelah kiri membuatkan dia menyedari bahawa dia sudah terlambat. Adib benar-benar di hadapannya, bersama rombongannya juga petugas yang ‘memandu’ tinjauan Adib.

Adib membulatkan mata. Automatik kata-katanya mati. Ayat Adib yang tergantung membuatkan Amy turut memandang. Wajahnya berubah melihat Syaqiqah berdiri tegak di hadapan mereka.

Syaqiqah menunduk memohon diri. Sekaligus menghindari pandangan mata tidak selesa yang diberikan Amy. Dia berlalu melewati sebuah meja di belakangnya. Membuat langkah selamat agar tidak lalu di sebelah Adib dan rombongannya.

Keluar sahaja dari bilik komputer, Dian terpacak di hadapannya. Senyuman tidak ikhlasnya dihadiahkan buat Dian. Tahulah Dian adiknya itu berjaya menemui Adib.

Adib berlagak normal dan melangkah ke hadapan. Matanya menangkap telefon pintar milik Syaqiqah yang berada di sebelah fon kepala. Apakah Syaqiqah tertinggal kerana kelam kabut menyedari dia datang?

Senyumnya disembunyikan. Laju sahaja tangannya mencapai telefon pintar itu dan memasukkannya ke dalam poket seluarnya. Nampaknya Tuhan sentiasa memberikannya peluang untuk mendapatkan Adibahnya kembali.

 

#########

 

Dian mengerutkan dahi mendengar pertanyaan uminya di dalam panggilan. Lantas dia yang berada di dapur segera ke bilik mendapatkan Syaqiqah.

“Adik”.

Syaqiqah yang sedang menyusun buku notanya memandang. -Ya?

“Fon adik mana? Umi kata umi call banyak kali adik tak angkat”.

Syaqiqah mengerutkan dahi. Sambil mengambil begnya, dia menjawab -Ada dalam beg ni. Habis battery kut..

Dian menanti sambil duduk di atas katil. Matanya menyoal bila melihat wajah Syaqiqah yang berubah. Syaqiqah memeriksa setiap inci begnya. Mana pula pergi telefon pintar miliknya?

Beg itu kemudiannya dibawa ke katil dan segala isinya dimuntahkan. Namun telefon pintarnya tetap juga tiada. Dahi berkerut memikirkan apa yang terjadi sepanjang hari ini.

“Adik” Dian mula risau melihat tingkahlaku Syaqiqah.

Syaqiqah menggeleng. -Adik rasa adik dah masuk dalam beg.

“Jangan buat akak risau. Cari betul-betul”.

Mereka berdua bersama memeriksa beg itu. Bila mendapati ianya masih tiada, Syaqiqah bingkas bangun dan menunggah mejanya. Kemudian berlari keluar mencari di ruang tamu dan juga dapur.

Dian bergegas mencari di seluruh bilik. Namun tidak juga ditemukan. Akhirnya dia mendapatkan Syaqiqah di dapur. “Jumpa tak?”

Syaqiqah terduduk di atas lantai. Di mana pula telefon pintarnya? Sudahlah itu hadiah pemberian dari ibu sewaktu ulang tahunnya dua tahun lepas. Kalau hilang, dia juga tidak punya wang untuk membeli telefon pintar baru.

Dian menghampiri. Tubuh kecil Syaqiqah dipeluk erat. Tidak mahu rasa bersalah menghantui adik kesayangannya. “Cuba adik ingat balik. Mana adik letak fon adik”.

Syaqiqah memandang wajah Dian. Dalam diam dia berfikir, cuba mengingati semuanya kembali. Matanya membulat. -Adik tertinggal…

“Adik tertinggal?” suara Dian sedikiy meninggi, terkejut dengan kenyataan adiknya.

-Tadi Adib datang bilik komputer. Adik ingat nak mengelak dari dia, tak sangka…

“Adik tinggal fon kat bilik komputer?”

Syaqiqah mengangguk. Dian menarik adiknya ke ruang tamu. “Tak apalah. Esok kita tanya kat petugas bilik komputer tu.. Ada tu, jangan risau” kepala Syaqiqah diusap penuh kasih. Namun dalam hatinya. dia yakin bahawa telefon pintar milik adiknya tiada di bilik komputer sebaliknya ada pada lelaki bernama Adib Mubarak.

 

##########

 

“Assalamualaikum, bakal kakak ipar” satu suara menyapa, menyahut panggilan Dian.

“Waalaikumussalam, bakal adik ipar tak jadi” sengaja Dian membalas dendam. Itulah siapa suruh diamkan perihal telefon pintar adiknya.

“Kenapa tak jadi pulak? Jadilah…” seperti biasa Adib melayani.

“Kau ambil fon Iqah kan?”

Adib terdiam. Dian… selalu saja begini. Membuatkan rencananya mahu mengusik Syaqiqah selalu saja terbantut. Namun kali ini bukan mengusik, namanya memujuk.

“Diam tu tandanya ya kan?”

“Mana kau tahu? Iqah ada cakap apa-apa ke?”

“Kau dengan Iqah tak baik-baik lagi ke?”

“Kalau dah, tak delah aku buat benda macam ni”.

“Tengok. Kan dah mengaku, jadi betul lah yang kau ambil fon Iqah”.

Adib diam. “Kau tolonglah aku Dian. Aku ingat nak hantar je rombongan meminang Iqah.. tapi takut dia terkejut. Silap hari bulan buat malu mummy daddy aku…”

Dian tersenyum. Hatinya sejuk memikirkan kesungguhan Adib terhadap adiknya. “Aku ada idea. Sebab aku kakak dia, aku 100% yakin yang idea ni akan berhasil..”

“Ye ke Dian? Thank you…”

“Tapi ada syaratnya”.

“Aku janji, apa pun syaratnya.. aku setuju” Adib langsung menjawab tanpa berfikir.

“Betul? Anything? Everything?”

“Yes. Anything, everything”.

“Good.. kalau macam tu ikut plan ni..”

 

########

 

“Maaf Dian, Syaqiqah tapi memang akak tak nampak ada fon tertinggal kat bilik komputer semalam” petugas bilik komputer itu berusaha meyakinkan.

“Cuba akak ingat betul-betul” Dian memandang, mengharap kononnya.

Petugas itu melepas nafas. Sudah bosan memberi jawapan yang sama pada dua pelajar di hadapannya.Tapi dia tidak salahkan mereka juga. Nama pun telefon pintar, sesiapa pun akan risau kehilangannya. Lagi-lagilah orang kebiasaan seperti mereka. “Syaqiqah duduk meja berapa semalam?”

“Tujuh belas” Dian bersuara.

Petugas itu berfikir beberapa ketika dan menggeleng lagi. “Memang tak ada”.

Dian memandang Syaqiqah yang wajahnya sudah berubah. Hampa benar. “Macam mana adik?”

-Tak apalah. Takkan nak susahkan orang lain?

“Terima kasih akak, sudi layan kami”.

Petugas itu tersenyum dan Dian bersama Syaqiqah melangkah keluar dari bilik komputer. “Tak apalah adik. Nanti kita cuba cari fon secondhand..”

Syaqiqah berdiam. Telefon pintar itu pemberian ibunya. Terkilannya jika benar ia hilang dan sudah tidak boleh ditemukan. Sangat-sangat terkilan.

“Adik”. Dian memanggil sambil tangannya menarik tangan milik Syaqiqah. “Weekend ni kita keluar dengan Adib ye.. akak dah janji”.

Syaqiqah mengerutkan dahi. Langsung kakinya berhenti melangkah. Apakah Dian sengaja menyebut nama Adib saat ini?

“Kenapa?” Dian berpaling, mendekati adiknya.

-Keluar dengan Adib?

“Ya.. akak dah janji nak tolong dia carikan hadiah untuk Aunty Yam. Takkan nak mungkir janji?”

-Adik..

“Adik nak suruh akak pergi dengan Adib je ke?” sengaja Dian menyoal, walhal dia tahu sangat adiknya itu terlalu sayangkannya.

Syaqiqah menggeleng. Tak mungkinlah dia membiarkan Dian pergi sendirian. Dian sengih, “Kalau tak nak, jom ikut. Dah.. nanti tertinggal bas”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s