Demi Syaqiqah – P53

Lelaki berumur puluhan itu mundar mandir di bilik pejabatnya. Perkhabaran yang baru diberitahu Pisau amat mendukacitakan.

Menurutnya, beberapa minggu lepas Tun Adib Nasir dan Tun Maryamul Azra berkunjung ke rumah keluarga angkat Adibah di Melaka. Jalal tidak boleh berhenti berfikir, mengapa mereka berkunjung ke rumah itu?

Siasatan seterusnya dari Pisau masih tidak membuahkan hasil. Jalal kadang kala geram dengan kelambatan Pisau dalam kerjanya tapi mahu mengupah orang lain lebih menyusahkan.

Jadi lebih baik dia gunakan Pisau sebaik mungkin. Dan bila tiba masanya, nyawa lelaki itu akan dihabisi. Lelaki itu memegang terlalu banyak rahsianya. Siapa yang dapat menjangka andai suatu hari nanti Pisau akan menggunakan semua rahsia itu untuk menikam belakangnya?

Mengapa Tun Adib Nasir ke rumah itu? Atas sebab apa? Dan dia mengunjungi siapa? Apakah itu bererti Tun Adib Nasir dan keluarga angkat Adibah saling berkenalan? Apakah Tun Adib Nasir tahu bahawa Adibah adalah anak angkat keluarga itu?

Semakin difikirkan semakin banyak persoalan. Semakin tertekan Jalal dibuatnya. Yang paling menyakitkan hati adalah sikap Pisau yang asyik memberitahu dia masih tiada peluang untuk menangkap Adibah. Dari dahulu!

Nafas ditarik perlahan. Amnah yang sudah lelap diatas katil dipandang penuh kasih. Isterinya dunia akhirat, isteri kesayangan yang selalu saja menjadi penyejuk hati andai dia bersusah hati.

Puas menatap wajah Amnah, Jalal melangkah keluar dari bilik tidur dan menenangkan diri di ruang tamu. Nafas ditarik dan dihembus perlahan bagai orang yang melakukan yoga.

Bunyi pintu terbuka mengalih perhatiannya. Amy muncul dengan bertshirt lengan panjang berwarna pink bersama seluar jeans ketat berwarna merah. “Papa” gadis itu berlari memeluk Jalal yang duduk di sofa.

“Anak papa baru balik? Dah pukul tiga pagi sayang…” Jalal mencuit hidung Amy.

Amy sengih. “Amy keluar dengan Emily. Kawan dia ada buat birthday party. Tu yang tak sedar masa berlalu…Tapi, bila papa balik dari oversea? Tak bagitahu Amy pun…”

Jalal mengangguk dengan senyuman. Kepala Amy diraih dan dicium penuh kasih. “Asalkan anak papa happy, papa pun happy… Papa baru je sampai petang tadi. Kalau papa bagitahu awal, surprise ke?”

Amy sengih. Jalal mencari anak mata puterinya. Amnah ada memberitahu tentang perubahan drastik anak perempuan tunggal mereka itu. “So, apa cerita ni?”

Amy mengerutkan dahi. Buat seketika dia bingung dengan pertanyaan Jalal. “Cerita? What?”

“Your hijab?”

Amy membuat mulut berbentuk ‘o’. Kepala dipegang dan perlahan tangan Jalal dipaut. “Amy buka tudung boleh?”

Jalal melepas nafas perlahan. “Sebab?”

Amy memuncungkan bibirnya. “Amy penatlah.. I’m trying to hard, be a better person for Adib, ready to do everything, anything for him tapi dia tak nampak Amy langsung. For once in a lifetime, Amy nak hidup untuk diri Amy sendiri..Tak perlu fikir fasal dia. Bebas hidup cara Amy sendiri.”

Jalal tersenyum. Dia tidak tahu apa masalah Amy dan Adib tapi dia tahu masalah itu tidak akan kekal lama kerana Adib sangat sayangkan puterinya. Juga tiada wanita lain yang dapat menggugat rasa sayang itu kecuali.. Adibah. Tapi Adib bukannya tahu bahawa gadis itu masih hidup. Walhal dia belajar di universiti yang selalu saja Adib kunjungi. Jalal terasa mahu ketawa mengekek memikirkan kebodohan keluarga Adib itu. Namun tidak boleh, Adib Mubarakkan bakal menantunya..

“Papa tak marah?”

“Kenapa papa nak marah?”

“Sebab… Amy buka tudung?”

Jalal senyum lagi. “Cik Amelia Dato’ Jalal. Anak papa dah besar, dah cukup matang untuk fikir sendiri kan? Lagi pun.. kan papa dah cakap tadi, asalkan anak papa happy, papa pun akan happy. Yang penting bagi papa, Amy dengan mama. Amelia and Amnah. Yang lain , I don’t mind, I don’t care”.

Amy langsung memeluk tubuh Jalal. Sayangnya pada lelaki yang bergelar papa ini tidak terkata. Papa selalu saja menyokong keputusannya kalau benar itu yang dia mahukan. Papa yang sangat memahami, manalah dia tidak sayangkan papanya. “Tapi mama tu…”

“Amy sayang… Jangan marah mama macam tu. Jaaaangan terasa dengan mama. Amy kan kenal mama macam mana. Mama marah tanda sayang, mama tegur tanda peduli. Tak lama lagi baiklah mama tu, manalah dia sanggup nak marah puteri papa ni lama-lama”.

Amy hanya menguntum senyum mendengar kata-kata papa. Dia benar-benar berharap mama segera hilang marahnya. Amy tahu mama terasa hati kerana dia begitu berahsia soal perubahan yang berlaku terhadap dirinya. Bukan Amy tidak mahu berkongsi, tapi dia merasakan masanya masih belum tiba.

 

##########

 

Senyum dikuntum lebar menjemput Syaqiqah turun dari Toyota Alphard itu. Nampaknya Adibahnya itu diam saja di dalam kereta. Masih segan agaknya, walhal sudah pun bergelar tunangan.

“Iqah ok?” Adib menyoal sambil melangkah masuk ke dalam kedau barangan kemas.

Syaqiqah mengangguk dengan senyuman. Malunya bertimpa-timpa dengan pandangan Adib yang tidak lepas darinya. Akhirnya telefon pintarnya dikeluarkan dan ruangan nota dibuka.

-Jangan tengok macam tu. Iqah takut.

Adib ketawa kecil. Dia memohon maaf atas ketelanjurannya. Maklumlah bukan main gembira dan sukanya dia, Syaqiqah sudi keluar bersamanya untuk mencari cincin nikah.

“Iqah pilihlah mana Iqah nak. Kalau Iqah suka, Adib suka” Adib tersenyum memandang barisan cincin yang terdapat di balik meja kaca.

Syaqiqah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Banyaknya pilihan. Itu juga sudah satu masalah. Lagi satu, dia bukannya pernah berhadapan dengan barang kemas sebanyak ini. Jangan kata barang kemas asli, yang tiruan juga tidak pernah dia lihat. Juga bukanlah sikapnya mahu memakai barang kemas sini sana.

Adib dipandang, meminta simpati. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dia tidak pandai memilih barang kemas. Bagaimana jika pilihannya nanti tidak cantik namun harganya mahal melambung-lambung?

“Iqah…” Adib memanggil. Rasa bersalah pula pada pembantu kedai yang dari tadi menanti.

Syaqiqah sengih. Telefon pintar dihulur pada Adib. -Iqah tak tahu nak pilih…

Adib ketawa. Terhibur dengan Adibah Syaqiqahnya. Adibah Syaqiqab kesayangannya. Pembantu kedai dipandang. “Adik pergilah buat kerja lain dulu. Ada apa-apa, nanti saya panggil”.

Syaqiqah mengucapkan terima kasih di dalam hati atas pertolongan Adib. Tapi dia memang bingung berhadapan dengan barang kemas sebanyak itu. Terlalu banyak, hingga Syaqiqah terasa mahu keluar dari kedai itu.

“Iqah jangan risau. Adib akan buat Iqah selesa dengan Adib. Adib takkan biar Iqah sesuaikan diri seorang tapi Adib akan bantu…” Adib menenangkan dan Syaqiqah memandang dengan senyum manisnya sambil melepas nafas lega.

 

##########

 

Tangannya menggenggam sebuah penumbuk melihat pemandangan itu. Geramnya dia melihat Adib yang sibuk melayani Syaqiqah di kedai barang kemas itu. Nafasnya turun naik mengawal emosi yang hampir saja ‘meletup’.

“Amy, enough. Let’s go!” Emily di sisi menarik tangan Amy agar segera beredar dari situ. Bimbang gerak geri mereka menimbulkan kecurigaan.

Air mineral yang disediakan di restoran itu diteguk hingga habis sebotol. Namun bila teringat saja pemandangan menyakitkan hati tadi, emosinya kembali berkocak.

“Amy..” Emily berusaha menenangkan.

“Shut up, Emily” Amy membulatkan mata. Geramnya pada Syaqiqah masih belum habis. Dasar perempuan tak tahu malu! Perampas, penggoda.. Syaqiqah, go to hell!!

Emily melepas nafas dengan senyum kambingnya. Suka benar dia melihat Amy begitu. Itulah kau, aku dah cakap dari dulu kau tak nak percaya. Now what. Padan muka. “Dahlah tu.. I ada cara nak settlekan perempuan tu”.

Amy mengerutkan dahi. “Maksud you?”

Emily ketawa kecil. “You jangan risau. I faham apa yang you rasa. Sama macam apa yang Dian buat pada I… I akan pastikan dia terima akibatnya” Emily berkata penuh dendam.

Amy mengerutkan dahi. “You nak buat apa?”

“Just wait and see. I jamin you akan ketawa bahagia dengan plan I”.

“You nak bunuh dia ke?” soalan itu terpacul keluar dari mulut Amy.

Emily ketawa. “Nope! Senang sangat.. I akan pastikan dia merana perlahan-lahan. Dan dia akan keluar dari hidup Adib dengan sukarela.. You tak perlu bazir masa nak bergaduh bertampar dengan dia..”

“Sure?”

Emily ketawa kecil. Tunggulah Syaqiqah Syamran. Aku akan pastikan kau hidup dalam neraka.. Gadis cantik baik macam kau, kalau dah tak ada maruah macam manalah nak teruskan hidup agaknya..? Emily ketawa suka hati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s