Demi Syaqiqah – P54

“Dibah..”

“Dibah…”

Dahi Syamran berkerut bila panggilannya tidak disahut anak perempuannya itu. Afiqah menoleh ke belakang untuk melihat apa sebenarnya yang sedang dilakukan Adibah. “Tidur dah..”

“Tidur? Dibah, kita dah nak sampai ni…” Syamran meninggikan suaranya.

“Biar je la dia tidur. Nanti dah sampai, bangunlah tu..” Afiqah menguntum senyum.

Syamran ketawa mengalah. “Yelah sayang..”

Afiqah mengurut bahu suaminya yang sudah mula mengantuk. Syamran tersenyum memandang Afiqah yang mengusap kandungan yang sudah mula membesar. “Macam dah tak lama baby nak keluar..”

Afiqah ketawa. Begitu juga Syamran. Kereta yang sudah mula hampir dengan lampu isyarat membuatkan kaki Syamran menekan brek kaki.

Afiqah hanya berdiam diri sambil melihat hadapan. Syamran mula panik bila brek yang ditekan kakinya tidak memberi kesan. “Fika..”

“Kenapa Syam tak berhenti? Lampu merah tu..” Afiqah memandang, kereta makin hampir dengan lampu isyarat.

“Brek tak makan” Syamran bersuara serius.

Afiqah mengerut dahi. Kaki Syamran masih cuba menekan brek. Namun tidak memberi kesan pada kereta. “Syam..” Afiqah mula bersuara panik.

Syamran cuba menenangkan diri. Mata sudah menangkap sebuah lori yang melepasi dari arah selatan. Kereta yang laju berjalan membuatkan Syamran bertambah panik. Dan sebaik kereta melepasi lampu isyarat…

Lori mengelak dari terkena kereta, membuatkan lori melanggar pembahagi jalan. Pemandu yang hilang kawalan tidak dapat mengawal stereng menyebabkan lori terbalik serta merta.

Mujur jalan kosong ketika itu. Jadi tiada kenderaan lain. Kereta yang dipandu Syamran juga hilang kawalan ketika cuba mengelak dari lori membuatkan kereta terbabas masuk ke dalam hutan yang berada di sepanjang jalan.

Kereta akhirnya melanggar sebuah pokok dan remuk di bahagian hadapan. Kepala Syamran terhantuk mengenai stereng dan kepalanya berdarah. Tangannya menyedarkan Afiqah yang sudah tidak sedarkan diri. “Sayang bangun…”

Syamran memandang perut Afiqah yang sudah terperosok ke dalam. Hanya sekali lihat Syamran sudah tahu kandungannya tidak dapat diselamatkan. “Fika..”

Tangan cuba mencapai Adibah yang berada di tempat meletak kaki. Namun pergerakannya terbatas disebabkan terhimpit membuatkan tangannya tidak mengenai anak perempuannya itu.

Syamran cuba bertahan. Namun keadaannya membuatkan dia tidak dapat bertahan lama. Dan akhirnya dia tidak sedarkan sedang tangan kirinya memegang tangan Afiqah.

Matanya terbuka perlahan. Badannya terasa tidak selesa dengan kedudukannya. Dia bangun mengambil tempat di tempat yang sepatutnya.

Mata terbuka luas bila melihat abi dan umi di hadapan. “Umi.. Bangun.. Umi” Adibah mula mengalirkan air mata.

Mata memandang abi di sisi umi. “Abi.. Bangunlah..abi..”

Adibah memandang sekeliling. Dia tidak tahu dia berada di mana. Tangannya mengejutkan Afiqah tapi uminya itu tetap juga tidak sedar. Dia menjerit dengan tangisan memanggil abi tapi abi tidak menyahut.

Adibah mula takut melihat darah yang ber’sepah’ di dalam kereta. Wajah abi umi keduanya berdarah. Tangan abi juga berdarah. Tangan umi juga berdarah.

Adibah masih lagi menangis. Kepala terasa sakit dan matanya mula berpinar. Tapi Adibah tidak mahu pengsan. Matanya gagah dibuka dan mula terasa sesuatu mengalir keluar melalui dahinya. Adibah mencalit cairan di dahi dan melihatnya.

Darah… Adibah mula meronta. Dia tidak suka darah. Dia tahu dia akan demam panas bila ada darah yang mengalir keluar. Adibah akhirnya membuka pintu kereta dan keluar dari kereta.

Syaqiqah terjaga dari tidur.Tangannya diletakkan di dada menenangkan jantung yang berdegup kencang. “Abi… Umi…” dia bersuara perlahan. Sangat perlagan hingga dirinya sendiri juga hampir tidak mendengar.

Apa yang dia tidak tahu soal kemalangan itu ya? Apa yang dia lupa? Dia sudah berkali cuba mengingat namun kenyataannya sama. Tidak berjaya. Berkali kali namun tak berjaya juga.

Syaqiqah beristighfar beberapa kali sebelum melangkah keluar dari bilik tidur. Senyum dikuntum melihat Dian sedang leka menyelesaikan tugasan di ruang tamu. Pasti sengaja tidak membuat kerja di bilik agar tidak mengganggunya.

Dia memaling sekilas dan terperasan telefon pintarnya yang berada di atas meja belajarnya. Telefon pintar itu dicapai dan dia mula memeriksa segala pesanan yang masuk.

Dahinya berkerut membaca mesej dari pemanggil bernombor itu. ‘Amy nak jumpa you, I kat bawah. -Emily’.

Tidak susah bagi gadis seperti Emily mendapatkan nombor telefonnya, Syaqiqah maklum hal itu. Tapi sejak bila pula Amy rapat dengan Emily? Menurutnya, sikap mereka yang berbeza pastilah membuatkan mereka hampir tidak mesra antara satu sama lain.

Tapi ini mungkin cara yang terbaik untuk dia menyelesaikan salah faham yang sedang berlaku antara dia dan Amy. Suara hatinya menegaskan. Dia juga tidak suka salah faham ini berterusan. Siapa tahu Emily tahu caranya untuk memujuk Amy.

Langkah dibuka. Mahu memberitahu Dian bahawa dia akan ke bawah untuk menemui Emily. Tapi dua tiga langkah, Syaqiqah berhenti. Jika dia memberitahu Dian, pasti kakaknya itu tidak mengizinkan bukan?

Lama Syaqiqah berfikir akhirnya dia masuk ke dalam bilik dan bersiap. Kerana Dian memakai fon kepala, kerjanya jadi lebih mudah. Langsung saja Syaqiqah yang lengkap bertudung, bertshirt lengan panjang bersama skirt labuh itu keluar senyap-senyap.

“Hai”.

Syaqiqah tersenyum kelat melihat Emily yang rupanya sudah menunggu. Dia menunduk memberikan salam di dalam hati.

Emily tersenyum sekadar meraikan. “Kakak you tahu you keluar?”

Syaqiqah diam sesaat dua dan mengangguk. Parah juga jika dia beritahu Emily dia keluar tanpa pengetahuan Dian. Syaqiqah juga masih belum kenal benar akan sikap Emily.

“Silakan. Amy dah tunggu” Emily membukakan pintu kereta.

Syaqiqah diam mengikut. Mengambil tempat di sisi pemandu. Emily ketawa sendiri dengan kelurusan yang ditonjolkan Syaqiqah. Tidakkah dia takut melihat ada dua orang lelaki di tempat duduk bahagian belakang?

Setelah jauh meninggalkan kawasan apartment, Emily memberi isyarat pada lelaki yang berada di belakang Syaqiqah. Perlahan sapu tangan yang telah diletakkan kloroform ditekup pada wajah Syaqiqah, membuatkan gadis itu terkapai-kapai perlahan mencari udara pernafasan.

Syaqiqah menarik nafas sedalamnya. Namun sapu tangan yang ditekup pada wajah membuatkan dia sesak nafas. Dia cuba memandang Emily di sebelah tapi dia tidak dapat melihat. Dan akhirnya pandangannya gelap berkala.

Emily ketawa bila Syaqiqah sudah tidak sedarkan diri. Lelaki yang menekup wajah Syaqiqah membuka pintu kereta dan sapu tangan itu dibuang ke luar tingkap.

“Thanks for your cooperation, Syaqiqah” Emily tersenyum meneruskan pemanduan. Amy dihubungi, meminta gadis itu menemuinya di tempat biasa.

 

#########

 

Fon kepala ditanggalkan. Jam pada telefon pintarnya dilihat. Sudah jam enam petang, takkanlah Syaqiqah masih belum bangun? Sudahkah adiknya itu menunaikan solat Asar?

Dia bergerak ke bilik tidur. Dahi berkerut mendapati Syaqiqah tiada. “Adik.. Adik!” Dian mula memanggil.

Dia ke bilik air pula. Tiada. Dapur juga tiada. Beranda juga tiada. Rumah mereka bukanlah besar mana pun hingga Syaqiqah tidak mendengar jika dia sudah menjerit memanggil begitu.

“Adik!” Dian menjerit kuat. Langkah kaki laju mencapai telefon pintar yang berada di sebelah komputer riba. Nombor Syaqiqah dicari dan didail berkali-kali.

Tiada jawapan. Seterusnya ikon ‘Whats App’ ditekan dan dia menghantar mesej. Bertalu-talu dan panggilan ‘Whats App’ juga dibuat. Namun masih juga tiada suara.

Dian melepas nafas lega sebaik saja muncul perkataan ‘online’. Dia menanti sementara Syaqiqah menaip sesuatu. Namun mesejnya ringkas. -Adik keluar dengan Adib.

Dian berasa tidak sedap hati namun dia cuba menyedapkan hatinya. Selalunya jika Syaqiqah mahu keluar dengan Adib, dia akan memaklumkan. Tapi ini… tidak mengapalah. Nanti bila Syaqiqah sudah pulang, dia akan memberi ceramah percuma pada adiknya itu.

 

#########

 

Kelab malam masih belum beroperasi kerana jam baru pukul enam petang. Namun melihat Emily yang melangkah masuk, pengawal tempat itu tersenyum memberi laluan memandangkan Emily adalah salah seorang pelanggan tetap di situ.

“Fatah, Damak. Bawa perempuan tu masuk” Emily memberi arahan.

Dua lelaki yang dipanggil Fatah dan Damak memapah Syaqiqah yang masih tidak sedarkan diri ke dalam kelab malam. Mereka menaiki tingkat atas menggunakan lif dan mengikut langkah Amy menuju ke kawasan bilik-bilik di belakang.

Syaqiqah ditempatkan di atas katil yang berada di bilik belah kanan paling hujung. Bilik yang sememangnya sering menjadi tempat ‘lepak’ Emily dan Amy.

Amy memandang Syaqiqah yang sedang terbaring tak sedarkan diri. Sekilas dia tersenyum dan pandangan dialih pada Emily. Emily lantas menyuruh dua pembantunya keluar dari bilik.

“You buat apa ni?”

Emily ketawa kecil. “I nampak you senyum. Suka hatilah you nak buat apa”. ”

Amy mengangguk perlahan. Saat itu, telefon pintar berdering minta diangkat. Amy memandang Emily namun Emily mengangkat bahu. Lantas Amy terperasan sebuah saku pada skirt labuh yang dipakai Syaqiqah. Lantas saku itu diseluk.

Telefon bimbit yang berdering dipandang. Senyumnya melebar melihat panggilan dari ‘Akak Sayang’. Ertinya Dian tidak tahu Syaqiqah keluar, mungkin. Kemudian, telefon pintar itu ditayang pada Emily.

“Who?”

“Akak sayang”.

Emily mengerutkan dahi. “Dian?”

Amy mengangguk. “Kenapa?”

“Tadi perempuan ni kata dia dah bagitahu kakak dia, kenapa Dian call?”

Amy ketawa kecil. “Maknanya dia tipu you…” Amy tersenyum saat telefon pintar berhenti berdering. Aplikasi ‘Whats App’ dibuka. Mesej dari Dian dibaca. “Dia tak bagitahu kakak dia..” Amy berkata sambil sibuk membaca mesej.

Emily mengangkat bahu. “Pandai juga minah ni menipu” langkah diatur pada Syaqiqah yabg masih terbaring. Wajah itu diperhati. Dia tiba-tiba mendapat satu akal.

Kepala Syaqiqah diusap sekilas dan tudung yang tersarung pada gadis itu ditanggalkan perlahan. Dia mengangkat kepala Syaqiqah perlahan dan rambut yang tersanggul dilepaskan. “Nice hair” sebuah pujian diucapkan.

Amy senyum sendiri membaca mesej dari Dian. Akhirnya dia menaip sesuatu. “Adik keluar dengan Adib” dia mengucapkan dan butang ‘send’ ditekan.

Emily tersenyum mendengar ucapan Amy. “Okey. I’d done my part.. and tak nak kacau dah.. Bye!”

“Kejap” Amy memanggil. Wajah itu dipandang. “I nak pinjam pembantu you seorang”.

Emily mengangguk. “Fatah or Damak?”

Amy sekadar mengangkat bahu dan Emily melangkah keluar dengan senang hati. Amy ikut tersenyum melihat Syaqiqah yang sudah ‘free hair’.

Telefon pintar milik Syaqiqah yang berada di dalam pegangan dimatikan dan dicampak ke atas katil. “Goodbye Dian..!”

Tshirt yang dipakai Syaqiqah dipandang. “Sorry ye Iqah.. You yang sakitkan I dulu” dan tshirt itu ditanggalkan dan terserlah singlet labuh berwarna hitam yang dipakainya. Dibiarkan tangan dan bahagian atas dada Syaqiqah terdedah.

Lantas selimut ditarik hingga menutupi dada Syaqiqah dengan senyuman. Wajah itu dipandang dan pipi itu disentuh. “I tak nak sakitkan you, tapi you sakitkan I. So I just… Sorry sayang”.

Lantas dia menuju ke meja dan kamera yang berada di atas meja itu diambil dengan senyuman menampakkan barisan giginya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s