Demi Syaqiqah – P62

Lama wajahnya ditatap di hadapan cermin. Tudung yang satu ketika dahulu pernah dipakai harian diambil. Dia menyarungnya untuk beberapa minit sebelum ditanggalkan semula.
Amy melepas nafas. Dia belum punya kekuatan untuk bertudung semula. Ya, mungkin kerana semuanya dilakukan demi Adib dahulu. Tapi sekarang.. saat ini, dia pasrah. Walau apa pun yang dia lakukan, Adibah takkan dapat digantikan. Dia juga tidak mahu terhegeh-hegeh pada lelaki yang tidak pandai menghargainya.
Pintu terbuka dari luar dan mamanya masuk. Amy menguntum senyum melihat Amnah menatang dulang terisi makanan dan minuman. “Amy dah sihatlah mama. Amy boleh turun..”
Amnah ketawa kecil. “Mama tahu, apa salahnya sekali sekala?”
Amy memeluk Amnah. Manalah dia tidak cinta mati dengan mamanya seorang itu? Sentiasa ada untuknya dalam apa juga keadaan. “Mama..”
“Ya sayang..?”
“I love you…”
Amnah menjongket kening. “Bukan love Adib ke?”
Amy memuncungkan mulut. Dia tahu mama cuba menguji untuk melihat apakah dia sudah benar-benar ok. “Love you more!” dan pipi Amnah dicium.
“Mama love you too..” Amnah mengucapkan dan mencium dahi puteri tersayang.
“Amboi… papa ni nak campak mana?”
Amnah dan Amy berpaling. Tidak perasan pula papanya sudah pulang dari kerja. Amy sengih, “Papa”.
Jalal melangkah masuk dan duduk di sisi Amnah. Bahu isterinya dipaut. “Papa pun love mama juga”.
Amy ketawa. “Seriously papa? Jealous dengan anak sendiri?”
Jalal mengetap bibir. Membuat wajah garang. Dan seketika, mengalih pandangan konon merajuk. Amnah di tengah antara kedua beranak itu hanya ketawa kecil.
Amy ketawa. Amnah dicuit. “Mama, look at your hubby.! Mengadanya papa ni…”
Jalal berpaling. Pipi dan hidung Amy dicuit. “Ok, serious time! Papa sayang Amy, sayang mama…” dan kedua wanita itu dipeluk. “Dan papa takkan benarkan sesiapa pun rampas kebahagiaan ni!” dia berbisik perlahan.

##########

Tun Maryamul Azra memandang jam dinding. Sudah jam sepuluh malam, mengapa anaknya masih belum pulang dari kerja?
“Tun”.
Tun Maryamul Azra menoleh. Menguntum senyum pada Anum yang menatang segelas air susu. “Minum?”
Tun Maryamul Azra menyambut dengan ucapan terima kasih. Anum mengerutkan dahi. Selalunya jam sebegini, Tun Maryamul Azra sudah pun masuk tidur. Memang Tun Adib Nasir marah jika dia tidur lewat kerana akan menjejaskan kesihatan yang telah pun terjejas.
“Anum bawa masuk tidur?” Anum memegang kerusi roda Tun Maryamul Azra.
Tun Maryamul Azra menggelengkan kepala. “Saya tunggu Adib jap..”
“Tun tak boleh cakap esok? Kalau Tun Nasir tahu ni…”
“Tak pe, kejap je..” Tun Maryamul Azra menguntum senyum. “Kalau Anum mengantuk, boleh tidur dulu. Nanti saya minta Adib hantar ke bilik”.
Anum hanya menguntum senyum. Tidak mungkinlah dia meninggalkan Tun Maryamul Azra sendirian. Akhirnya dia duduk melihat-lihat majalah yang tersusun di almari.
Bunyi enjin kereta benar-benar membuatkan Tun Maryamul Azra gembira. Tidak sabar rasanya menyampaikan amanah Hannan buat putera tunggalnya itu.
“Mommy tak tidur lagi?” Adib menyoal hairan melihat Tun Maryamul Azra di hadapannya. Segera briefcase dan kot diletakkan di atas sofa, dan tangan mommynya disalam hormat.
Tun Maryamul Azra tersenyum. “Mommy ada good news nak bagitahu”.
Adib melepas nafas. “Good news pun boleh tunggu esok kan? Kalau daddy tahu Adib biar mommy tidur lewat, teruk daddy bising nanti. Dengan Kak Anum sekali kena” Anum yang sengih memandangnya dijeling.
Tun Maryamul Azra ketawa kecil. “Mommy dah halau Anum masuk tidur, dia yang tak nak”.
Adib melepas nafas. Mommynya.. sakit-sakit begini pun masih lagi degil dan keras kepala. Mentang-mentanglah daddy ke luar negara bersama Uncle Jalal atas urusan syarikat. “Mommy nak cakap apa?”
Tun Maryamul Azra tersenyum. Adib yang duduk di hadapannya dipandang, pipi Adib diusap. “Tadi Hannan datang. Dia cakap boleh teruskan.. mungkin lagi dua minggu..?”
Adib menguntum nafas lega dan tersenyum. Dia tahu bagaimana pun Hannan pasti bersetuju jika dia berlaku jujur atas kejadian hari itu. Iyalah, hati ibu mana yang tidak risau?
Tun Maryamul Azra memandang. “Tapi kenapa Hannan nak cepatkan tarikh nikah. Mommy tak tahu pun Adib ada jumpa dia?”
Adib terdiam. Ya, dia merahsiakan hal itu dari semua orang. Yang tahu hanya dia, Harraz, Dian dan Syaqiqah sendiri. “Mak Cik Hannan datang?” Adib mengalih perhatian.
Tun Maryamul Azra mengangguk. “Dia datang hantar Dibah dengan Dian balik KL. Lepas tu ke Melaka terus. Katanya dah dua hari kat KL ni”.
Adib tersenyum. “Oklah mommy, esok kita bincang ye.. sekarang, Dib nak bawa mommy masuk tidur dulu..” Adib bangun dari kerusi dan menolak kerusi roda Tun Maryamul Azra.
Anum dipandang. “Giliran Kak Anum temankan mommy tidur?”
Anum mengangguk. Adib mengangguk. “Kak Anum tolong sediakan air panas ye.. Adib nak rendam kaki mommy jap.. dah tidur lambat ni..”
Anum tersenyum dan melihat Adib menolak kerusi roda memasuki lif. Untungnya Tun Maryamul Azra mempunyai anak sebaik ini. Lantas Anum bergegas ke dapur menunaikan permintaan Adib.

########

Mereka tersenyum dengan tanda tangan yang diturunkan Mr.Supatchai itu. Entah mengapa, lelaki berumur pertengahan yang berbangsa Siam itu tinggal di negara eropah ini.
Setelah urusan menanda tangani kontrak selesai, Tun Adib Nasir dan Jalal memandang melepaskan senyum lega. Nampaknya kedatangan mereka ke sini tidak sia-sia.
Tengah hari itu, Jalal dan Tun Adib Nasir menikmati makan tengah hari yang disediakan hotel buat mereka. Mereka ditemani dua orang pembantu yang turut terbang bersama mereka dari Malaysia.
Jalal hanya memandang Tun Adib Nasir yang nampak benar bahagianya. Dalam hati dia ketawakan lelaki itu besar-besar. ‘Kau tak kenal aku lagi, Nasir! Aku nak tengok kau boleh tersenyum lagi tak nanti…’
“Dengar kata Adib nak kahwin?” Jalal memancing perhatian Tun Adib Nasir.
Tun Adib Nasir menguntum senyum. Dia masih belum memberitahu soal itu pada Jalal, mungkin Jalal ada mendengar gosip-gosip di pejabat. “InsyaAllah.. Amy macam mana?” ingatan pada gadis itu tiba-tiba menerpa.
Jalal mengangguk dengan senyum. Jika diikutkan hati, Tun Adib Nasir sudah dibelasah habis-habisan mengenangkan air mata Amy dua tiga kebelakangan ini. Namun ditahan-tahan agar rencananya mahu menghabiskan gadis bernama Adibah Syaqiqah tidak rosak. “Adalah buat drama sikit.. tapi nak buat macam mana,kan? Jodoh tu kerja Tuhan…”
Tun Adib Nasir melepas nafas lega. Kasihan juga dia pada Amy, mujur gadis itu cepat move-on. Siapa sangka Adib yang dia sangka hanya bermain mahu menemui Adibah setelah kemalangan itu berlaku dulu benar-benar menemuinya? Hotel Adib-Ah di Pulau Langkawi juga sudah berjaya menarik pelanggan ternama menginap di hotel itu. Hanya belum dia memberitahu bahawa hotel itu adalah milik Adib dan Adibah seratus peratus. “Alhamdulillah. Risau juga aku teringat Amy.. maaflah, Jalal”.
“Aku tak salahkan kau. Lagipun yang nak cari bakal isteri tu anak kau.. dah tak de jodoh..” Jalal sengih sambil memotong stik yang dibayangkan persis wajah Adib.
Tun Adib Nasir menguntum senyum. “InsyaAllah nanti aku bagi kad untuk kau, jangan lupa datang. Mesti kau tak sabar nak kenal bakal menantu aku…”
Jalal tersenyum sinis. Bakal menantu ya… Memang! Bakal menantu yang bakal menjadi mayat tak lama lagi..! Ikutlah jejak Syam dengan Fika yang kau sayang sangat tu Nasir..!!

#########

Syaqiqah memandang dirinya di hadapan cermin. Wajahnya yang dioles make-up sedikit oleh pembantu butik itu dipandang. Perlahan air matanya bergenang dan jatuh mengalir.
Dian yang menanti di luar masuk ke dalam ruang persalinan. Nafas dilepas melihat Syaqiqah merenung diri di hadapan cermin. “Adik.. Adib tengah tunggu tu. Sempat pula dia buat drama kat sini…”
Syaqiqah tersenyum bila wajah Dian hinggap di bahunya di hadapan cermin. Wajah Dian dipandang. “Adik tak sangka…”
“Tak yah nak berdrama sangat. Jom keluar cepat, Adib tak sabar nak tengok baju yang dia pilihkan.. Nak tengok sesuai ke tak” Dian menarik tangan Syaqiqah keluar dari ruang persalinan.
Adib yang kegelisahan menunggu langsung mengangkat wajah sebaik mendengar bunyi tapak kasut mendekati. Dia terpana seketika melihat Syaqiqah yang persis Adibah yang selalu dia mimpikan.
Harraz sudah tergelak melihat wajah Adib. “Woi! Agak-agaklah kau…” kepala Adib diketuk perlahan.
Adib menjeling. Malu diperlakukan begitu di hadapan gadis tercintanya.
Syaqiqah janggal ditatap begitu. “Ok tak?” soalnya perlahan.
“Cantik kan adik aku?” Dian tersenyum memandang Syaqiqah.
Adib mengangguk. “Jangan lupa adik kau tu bakal isteri aku!”
Syaqiqah tersenyum nipis. Adib memandangnya. “Tapi Dibah selesa tak? Ke nak tukar baju lain?”
Syaqiqah menggeleng. “Tak payahlah. Baju yang abang pilih ni dah ok sangat…”
Adib mengangguk. Suka dia dengar Syaqiqah memanggilnya dengan gelaran yang sama digunakan Adibah dahulu.
Dian melepas nafas. Rimas pula dia melihat merpati dua sejoli ini. Fonnya diserahkan pada Adib. “Tolong jap tangkap gambar aku dengan Iqah, nak kasi ibu tengok. Manalah tahu ibu tak berkenan kan..” sengaja suaranya dikuatkan, biar Adib sakit hati.
Adib ketawa kecil. Dianlah Dian.. gila betul sikapnya. Di hadapan Harraz pun masih begini sikapnya.. Bagaimanalah Harraz boleh meninggalkan dunia sosialnya kerana gadis gila begini? Adib ketawa sendiri..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s